You are on page 1of 5

Nota Ceramah 2010

PEMANTAPAN TATABAHASA

BAHASA MELAYU : UPSR

PINTAR BERBAHASA - MEMBETULKAN YANG BIASA, MEMBIASAKAN YANG BETUL


1. Budak-budak nakal itu saling tuduh-menuduh dan tidak mahu mengakui kesalahan sendiri. (salah) Budak-budak nakal itu tuduh-menuduh dan tidak mahu mengakui kesalahan sendiri. (betul)
{Gugurkan perkataan saling sebab tuduh-menuduh adalah kata ganda yang membawa maksud saling}

2. Penduduk Kampung Sentosa saling bantu-membantu menguruskan majlis kenduri kahwin itu. (salah) Penduduk Kampung Sentosa saling membantu menguruskan majlis kenduri kahwin itu. (betul)
{Perkataan saling boleh digunakan tetapi tidak boleh dipadankan dengan kata ganda maksud saling}

3. Puan Kamariah Hamzah membeli sebiji kek berperisa coklat di pasar tani pagi tadi. (salah) Puan Kamariah Hamzah membeli sebiji kek berperasa coklat di pasar tani pagi tadi. (betul)
{Perkataan perisa membawa maksud enak/sedap, perasa pula membawa maksud rasa seakan-akan}

4. Siti Nurhaliza mempunyai peminat yang ramai di seluruh pelosok negara. (salah) Siti Nurhaliza mempunyai peminat yang banyak di seluruh pelosok negara. (betul)
{Jika merujuk kepada bilangan/kuantiti, penggunaan perkataan banyak adalah lebih tepat dan gramatis}

5. Emak menghidangi kami sepinggan goreng pisang yang masih panas petang itu. (salah) Emak menghidangi kami sepinggan pisang goreng yang masih panas petang itu. (betul)
{Hukum D-M yang betul, pisang goreng sebab yang diterang ialah pisang dan yang menerang ialah goreng}

6. Encik Mutusamy bekerja di Mini Estet Ulu Bernam sudah hampir dua puluh tahun lamanya. (salah) Encik Mutusamy bekerja di Estet Mini Ulu Bernam sudah hampir dua puluh tahun lamanya. (betul)
{Hukum D-M yang betul, estet mini sebab yang diterang ialah estet dan yang menerang ialah mini}

7. Kedua-dua pengantin itu berseri-seri semasa bersanding di atas pelamin. (salah) Kedua-dua orang pengantin itu berseri-seri semasa bersanding di atas pelamin. (betul)
{Kata bilangan kedua-dua di dalam ayat mesti diiringi dengan penjodoh bilangan yang sesuai, iaitu orang}

8. Seekor lembaga putih pernah dilihat oleh orang kampung di teratak usang itu. (salah) Satu lembaga putih pernah dilihat oleh orang kampung di teratak usang itu. (betul)
{Bagi benda yang tidak nyata/jelas, penjodoh bilangan tidak boleh digunakan, guna kata bilangan sahaja}

9. Bapa Khamarrul Efenddi adalah Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Seri Setia, Teluk Intan. (salah) Bapa Khamarrul Efenddi ialah Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Seri Setia, Teluk Intan. (betul)
{Ialah Kata pemeri yang menghubungkan benda (subjek) dengan cerita (predikat) dalam ayat}

10. Keterangan yang diberi oleh saksi utama kes pecah amanah itu ialah rekaan semata-mata. (salah) Keterangan yang diberi oleh saksi utama kes pecah amanah itu adalah rekaan semata-mata. (betul)
{Adalah Kata pemeri yang menghuraikan lebih lanjut tentang benda (subjek) yang disebut sebelumnya}

11. Masukkan sedikit cili sos ke dalam masakan itu, kata ibu kepada kakak. (salah) Masukkan sedikit sos cili ke dalam masakan itu, kata ibu kepada kakak. (betul)
{Hukum D-M yang betul ialah sos cili kerana yang diterang ialah sos dan yang menerang ialah cili}

12. Cik Azura membeli sehelai mini telekung yang bersulamkan benang emas di pasar malam. (salah) Cik Azura membeli sehelai telekung mini yang bersulamkan benang emas di pasar malam. (betul)
{Hukum D-M yang betul ialah telekung mini kerana yang diterang ialah telekung dan yang menerang ialah mini}

13. Mak Cik Mariam menghidangkan tetamunya sepinggan kuih seri muka. (salah) Mak Cik Mariam menghidangi tetamunya sepinggan kuih seri muka. (betul)
{Imbuhan apitan meng ... i - cerita (predikat) dalam ayat itu mesti merujuk kepada manusia sahaja}

PEMANTAPAN TATABAHASA, BAHASA MELAYU

PERKONGSIAN PINTAR BAHASA MELAYU (SK)

Nota Ceramah 2010

14. Encik Abdul Razak menghadiahi cincin bertatahkan berlian kepada bakal isterinya. (salah) Encik Abdul Razak menghadiahkan cincin bertatahkan berlian kepada bakal isterinya. (betul)
{Imbuhan apitan meng ... kan - cerita (predikat) dalam ayat itu mesti merujuk kepada benda atau binatang}

15. Mereka masih membincangkan tentang masalah keruntuhan moral para remaja. (salah) Mereka masih membincangkan masalah keruntuhan moral para remaja. (betul)
{Gugurkan perkataan tentang sebab imbuhan apitan mem ... kan sudah membawa maksud tentang}

16. Pekebun kecil masih membincangkan tentang harga kelapa sawit yang tidak menentu. (salah) Pekebun kecil masih membincangkan harga kelapa sawit yang tidak menentu. (betul)
{Gugurkan perkataan tentang sebab imbuhan apitan mem ... kan sudah membawa maksud tentang}

17. Berhati-hati memandu kenderaan di selekoh yang tajam dan merbahaya itu. (salah) Berhati-hati memandu kenderaan di selekoh yang tajam dan berbahaya itu. (betul)
{Tidak ada imbuhan awalan mer- dalam tatabahasa Melayu, bukan merbahaya tetapi berbahaya}

18. Kejayaan gemilang dalam UPSR yang diperolehi Abdul Mutalib kerana usaha gigihnya. (salah) Kejayaan gemilang dalam UPSR yang diperoleh Abdul Mutalib kerana usaha gigihnya. (betul)
{Apitan diper ... i hanya kepada empat perkataan; diperisteri, dipersuami, diperkawani dan diperingati} {Awalan diper- ialah awalan yang membentuk kata kerja ayat pasif, selain empat perkataan di atas}

19. Adik terlalu sayangkan kucing siam itu sehingga dibawanya tidur bersama-sama. (salah) Adik terlalu sayang akan kucing siam itu sehingga dibawanya tidur bersama-sama. (betul)
{Kata yang ada unsur emosi/perasaan tidak boleh disisipkan imbuhan akhiran -kan, sepatutnya akan}

20. Emak marahkan adik kerana tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh cikgunya. (salah) Emak marah akan adik kerana tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh cikgunya. (betul)
{Kata yang ada unsur emosi/perasaan tidak boleh disisipkan imbuhan akhiran -kan, sepatutnya akan}

21. Setengah murid tidak tahu membahagi-bahagikan masa dengan baik. (salah) Sesetengah murid tidak tahu membahagi-bahagikan masa dengan baik. (betul)
{Setengah membawa maksud satu perdua, sesetengah pula membawa maksud sebahagian daripada}

22. Muhammad Zunaidi menunggu kawannya di Stesen Bas Banting selama dua setengah jam. (salah) Muhammad Zunaidi menunggu kawannya di Stesen Bas Banting selama dua jam setengah. (betul)
{Dua setengah jam merujuk kepada bilangan jam, dua jam setengah merujuk kepada waktu, 2 jam 30 minit}

23. Lain-lain perkara turut dibincangkan dalam mesyuarat bulanan PIBG kali ini. (salah) Perkara-perkara lain turut dibincangkan dalam mesyuarat bulanan PIBG kali ini. (betul)
{Lain-lain membawa maksud banyak yang lain, perkara-perkara pula membawa maksud banyak perkara}

24. Lain-lain hal yang menyentuh agama, ras, dan budaya tidak perlu diperdebatkan. (salah) Hal-hal lain yang menyentuh agama, ras, dan budaya tidak perlu diperdebatkan. (betul)
{Lain-lain membawa maksud banyak yang lain, hal-hal pula membawa maksud banyak hal}

25. Satu rampasan mercun terbesar telah dilakukan oleh pasukan kastam Kelantan pagi tadi. (salah) Satu rampasan terbesar mercun telah dilakukan oleh pasukan kastam Kelantan pagi tadi. (betul)
{Mercun terbesar merujuk kepada mercun yang besar, rampasan terbesar merujuk kepada banyak rampasan}

26. Merujuk kepada perkara di atas, bersama-sama ini dikepilkan sesalinan sijil kelahiran. (salah) Merujuk perkara di atas, bersama-sama ini dikepilkan sesalinan sijil kelahiran. (betul)
{Perkataan merujuk dalam ayat membawa maksud kepada secara tersirat, tidak perlu merujuk kepada}

27. Encik Amiruddin menunggu anaknya di Stesen Bas Teluk Intan sejak dari pukul 10.00 pagi. (salah) Encik Amiruddin menunggu anaknya di Stesen Bas Teluk Intan sejak pukul 10.00 pagi. (betul)
{Gugurkan perkataan dari kerana kedua-duanya sejak dan dari adalah kata sendi yang sama maksud}

28. Semenjak dari hari itu, dia tidak pernah lagi datang ke sini, kata Haikal kepada Alif. (salah) Semenjak hari itu, dia tidak pernah lagi datang ke sini, kata Haikal kepada Alif. (betul)
{Gugurkan perkataan dari kerana perkataan semenjak dan dari adalah kata sendi yang sama maksud}

PEMANTAPAN TATABAHASA, BAHASA MELAYU

PERKONGSIAN PINTAR BAHASA MELAYU (SK)

Nota Ceramah 2010

29. Para pekerja sedang memperlebarkan jalan utama dari Kelang menuju ke Kuala Selangor. (salah) Para pekerja sedang memperlebar jalan utama dari Kelang menuju ke Kuala Selangor. (betul)
{Apitan memper ... kan menerima kata nama dan kata kerja, awalan memper- menerima kata adjektif}

30. Datin Suraya bercadang memperluaskan perniagaannya ke Sabah dan Sarawak. (salah) Datin Suraya bercadang memperluas perniagaannya ke Sabah dan Sarawak. (betul)
{Apitan memper ... kan menerima kata nama dan kata kerja, awalan memper- menerima kata adjektif}

31. Yang kekal cuma Allah sahaja, kata Ustaz Muhammad Ishak kepada anak murid-muridnya. (salah) Yang kekl cuma Allah, kata Ustaz Muhammad Ishak kepada anak murid-muridnya. (betul)
{Penggunaan kata penegas cuma dan sahaja tidak tepat, kedua-duanya membawa maksud yang sama}

32. Pertandingan mencari harta karun itu hanya terbuka kepada ahli kelab itu sahaja. (salah) Pertandingan mencari harta karun itu terbuka kepada ahli kelab itu sahaja. (betul)
{Penggunaan kata penegas hanya dan sahaja tidak tepat, kedua-duanya membawa maksud yang sama}

33. Siapakah yang suka membuang sampah sarap di kawasan yang lapang ini. (salah) Siapatah yang suka membuang sampah sarap di kawasan yang lapang ini. (betul)
{Kata penegas (partikel) -tah digunakan untuk menegaskan ayat penyata dan menyatakan situasi tidak sabar} {Kata penegas (partikel) -kah, -lah, dan -tah digunakan untuk menegaskan frasa predikat (cerita) sahaja}

34. Bilatah agaknya pemuda itu akan melangsaikan hutang-hutang lapuknya itu? (salah) Bilakah agaknya pemuda itu akan melangsaikan hutang-hutang lapuknya itu? (betul)
{Kata penegas (partikel) -kah digunakan untuk menegaskan ayat tanya dan menegaskan ayat seruan} {Kata penegas (partikel) -kah, -lah, dan -tah digunakan untuk menegaskan frasa predikat (cerita) sahaja}

35. Guru Besar merakamkan ucapan terima kasih di atas pandangan guru-gurunya. (salah) Guru Besar merakamkan ucapan terima kasih atas pandangan guru-gurunya. (betul)
{Di atas merujuk sesuatu yang mengisi ruang/tempat, atas merujuk perkara yang tidak boleh disentuh/abstrek}

36. Carta Penulisan Bahasa Melayu UPSR itu terletak atas meja Cikgu Md. Ramli. (salah) Cara Penulisan Bahasa Melayu UPSR itu terletak di atas meja Cikgu Md. Ramli. (betul)
{Atas merujuk perkara yang tidak boleh disentuh/abstrek, di atas merujuk sesuatu yang mengisi ruang/tempat}

37. Komputer note-book yang baru itu tersimpan dalam almari besi di bilik Guru Besar. (salah) Komputer note-book yang baru itu tersimpan di dalam almari besi di bilik Guru Besar. (betul)
{Dalam merujuk perkara yang tidak nyata/abstrek, di dalam merujuk sesuatu yang mengisi ruang/tempat}

38. Di antara acara yang dipertandingkan ialah mewarna dan melukis poster. (salah) Antara acara yang dipertandingkan ialah mewarna dan melukis poster. (betul)
{Di antara merujuk kedudukan/tempat atau lokasi, antara pula merujuk sebahagian daripada/beberapa}

39. Emak mengkhaskan lauk untuk kakak yang masih belum pulang dari sekolah. (salah) Emak mengekhaskan lauk untuk kakak yang masih belum pulang dari sekolah. (betul)
{Perkataan yang terbentuk hanya daripada satu suku kata mesti menerima imbuhan awalan menge-}

40. Pekerja Hotel Seri Malaysia itu sedang menglap lantai mozek di dewan utama hotel tersebut. (salah) Pekerja Hotel Seri Malaysia itu sedang mengelap lantai mozek di dewan utama hotel tersebut. (betul)
{Perkataan yang terbentuk hanya daripada satu suku kata mesti menerima imbuhan awalan menge-}

41. Kapal dagang itu masuk ke pelabuhan Pasir Gudang, Johor daripada utara Selat Melaka. (salah) Kapal dagang itu masuk ke pelabuhan Pasir Gudang, Johor dari utara Selat Melaka. (betul)
{Dari untuk menyatakan waktu atau masa, tempat, dan arah} {Daripada untuk menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, atau unsur abstrek} {Daripada untuk menyatakan maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda} {Daripada untuk menyatakan perbezaan atau perbandingan}

42. Berhati-hati ketika berada di jalan raya untuk mengelakkan diri dari ditimpa malapetaka. (salah) Berhati-hati ketika berada di jalan raya untuk mengelakkan diri daripada ditimpa malapetaka. (betul)
{Dari untuk menyatakan waktu atau masa, tempat, dan arah} {Daripada untuk menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, atau unsur abstrek} {Daripada untuk menyatakan maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda} {Daripada untuk menyatakan perbezaan atau perbandingan}

PEMANTAPAN TATABAHASA, BAHASA MELAYU

PERKONGSIAN PINTAR BAHASA MELAYU (SK)

Nota Ceramah 2010

43. Di zaman ini, kereta sudah menjadi satu daripada keperluan harian manusia. (salah) Pada zaman ini, kereta sudah menjadi satu daripada keperluan harian manusia. (betul)
{Di untuk menyatakan tempat sahaja} manakala {Pada untuk menyatakan waktu atau masa} {Pada untuk merujuk manusia dan haiwan apabila didahului perkataan ada Radio itu ada pada Rahim} {Pada untuk menunjukkan tempat bagi perbutan sesuatu kata kerja Gantungkan jam itu pada dinding} {Pada digunakan dalam bentuk ungkapan seperti pada saya, pada pendapatnya, dan pada pandangan saya}

44. Cik Nur Haryati Alias memasukkan baju kebaya yang baru dibelinya itu di dalam almari. (salah) Cik Nur Haryati Alias memasukkan baju kebaya yang baru dibelinya itu ke dalam almari. (betul)
{Kata sendi di untuk menyatakan tempat, manakala kata sendi ke untuk menunjukkan tempat atau arah}

45. Apa pun yang terjadi dalam keluarganya, jangan kamu campur tangan. (salah) Apa-apa pun yang terjadi dalam keluarganya, jangan kamu campur tangan. (betul)
{Kata ganti nama tak tentu apa-apa bagi mengantikan benda, orang, masa, tempat, dan hal tidak khusus} {Contoh kata ganti nama tak tentu - apa-apa, siapa-siapa atau sesiapa, mana-mana, dan bila-bila} {Kata tanya - apa, siapa, mana, bila berbeza maksudnya daripada apa-apa, siapa-siapa, mana-mana, bila-bila}

46. Siapa yang melanggar peraturan sekolah akan dikenakan denda dan tindakan disiplin. (salah) Siapa-siapa yang melanggar peraturan sekolah akan dikenakan denda dan tindakan disiplin. (betul)
{Siapa ialah kata tanya dan salah penggunaan, siapa-siapa ialah kata ganti nama tak tentu betul penggunaan}

47. {Rumah banglo itu terbesar sekali salah} {Rumah banglo itu terbesar betul}.
{Kata adjektif daripada binaan ter- apabila bertemu kata adjektif tidak perlu diikuti oleh sekali}

48. {Budak itu amat pandai sekali betul} {Pokok itu sangat besar sekali betul}.
{Kata penguat amat / sungguh / sangat apabila bertemu kata adjektif boleh diikuti kata penguat sekali}

49. {Cat air ini untuk kegunaan adiknya betul} {Cat air ini bagi kegunaan adiknya betul}.
{Pengunaan untuk dan bagi - boleh bertukar ganti tetapi ada yang tidak boleh ditukar ganti, seperti di atas}

50. {Baju kurung ini untuk kakak saya betul} {Baju kurung ini bagi kakak saya salah}.
{Pengunaan untuk dan bagi - boleh bertukar ganti tetapi ada yang tidak boleh ditukar ganti, seperti di atas}

51. Peninju veteran itu berhasrat untuk bersara daripada arena sukan lasak tersebut. (salah) Petinju veteran itu berhasrat untuk bersara daripada arena sukan lasak tersebut. (betul)
{Peninju membawa maksud tinju atau penumbuk, Petinju pula bermaksud orang yang berlawan tinju}

52. Sudah tiga hari Ahmad Nazrul Affendy tidak hadir ke sekolah kerana dia deman selsema. (salah) Sudah tiga hari Ahmad Nazrul Affendy tidak hadir ke sekolah kerana dia deman selesema. (betul)
{Perkataan di atas sering disalah ejakan, ejaan yang sebenarnya mengikut kamus dewan ialah selesema}

53. Emak membeli empat keping murtabak ayam di Bazar Ramadhan petang semalam. (salah) Emak membeli empat keping martabak ayam di Bazar Ramadhan petang semalam. (betul)
{Perkataan di atas selalu disalah ejakan, ejaan yang sebenarnya ialah martabak bukan murtabak/mertabak}

54. Kawasan pendalaman itu akan dimajukan oleh Kerajaan Negeri Perak menjelang tahun 2005. (salah) Kawasan pedalaman itu akan dimajukan oleh Kerajaan Negeri Perak menjelang tahun 2005. (betul)
{Pendalaman merujuk perihal mendalamkan, Pedalaman pula merujuk daerah yang jauh atau terpencil}

55. Setiap pagi ayah bersarapan dua biji telur ayam separuh masak dengan madu lebah asli. (salah) Setiap pagi ayah bersarapan dua biji telur ayam masak separuh dengan madu lebah asli. (betul)
{Telur ayam separuh masak merujuk separuh bahagian telur tersebut, masak separuh pula merujuk setengah masak}

56. Buku novel yang mengisahkan pergeseran hidup muda mudi masa kini itu dibaca oleh saya. (salah) Buku novel yang mengisahkan pergeseran hidup muda mudi masa kini itu dibaca oleh dia. (betul)
{Kata sendi oleh hanya menerima kata ganti nama diri ketiga sebagai pelengkap ayat, contohnya; ia, nya, dia, beliau, mereka}

57. Makanlah ikan kerana ia mengandungi banyak protein dan baik untuk kesihatan kita. (salah) Makanlah ikan kerana ikan mengandungi banyak protein dan baik untuk kesihatan kita. (betul)
{Kata ganti nama diri ketiga ia digunakan dalam ayat untuk/merujuk manusia sahaja. Salah, jika digunakan untuk benda atau haiwan}

58. Abdul Rahman tidak datang ke sekolah semalam kerana ianya mengalami demam selesema. (salah) Abdul Rahman tidak datang ke sekolah semalam kerana ia/dia mengalami demam selesema. (betul)
{Penggunaan ianya dalam ayat salah kerana ia dan nya merupakan kata ganti nama diri ketiga dan tidak bolah dijamakkan}

PEMANTAPAN TATABAHASA, BAHASA MELAYU

PERKONGSIAN PINTAR BAHASA MELAYU (SK)

Nota Ceramah 2010

You might also like