You are on page 1of 22

SENARAI KANDUNGAN 1.0 Pengenalan 2.0 Objektif Kajian 3.0 Kawasan Kajian 4.0 Kaedah Kajian 4.

1 Pemerhatian 4.2 Temubual 4.3 Penyelidikan 4.4 Soal Selidik 4.5 Pemerolehan Data dan Pengumpulan Maklumat 5.0 Kerangka Kerja 6.0 Laporan Kajian 7.0 Kawasan Yang Sangat Baik 8.0 Kawasan Sederhana 9.0 Kawasan Yang Kritikal 10.0 Langkah- Langkah Untuk Menangani Masalah Kelestarian Alam Sekitar 11.0 Langkah- Langkah Penambahbaikan Yang Boleh Diambil Refleksi Kesimpulan Lampiran Rujukan

MS 2 2 3 4 4 4 4 5 5 6 7 8 9 10 12 15 18 20

1.0 Pengenalan
1

Kajian kali ini merupakan kajian mengenai audit hijau yang telah dijalankan di Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPIK). Menurut kamus dewan edisi keempat, audit telah didefinisikan sebagai pemeriksaan dan pengesahan kira-kira. Hijau pula ditafsirkan sebagai warna daun ataupun rumput. Ini bermaksud audit hijau adalah pemeriksaan yang dijalankan untuk mengetahui tahap kehijauan di sesebuah kawasan dengan mengambil kira tahap penggunaan tenaga eletrik, air, pengurusan sampah, kitar semula bahan pepejal, tenaga elektrik, pengangkutan, gaya hidup sihat, persekitaran kampus, polisi dan sebagainya. Daripada sudut pandangan subjek pembangunan lestari pula, audit hijau boleh diertikan sebagai satu aktiviti pemeriksaan serta pengesahan ke atas kehijauan alam sekitar di sesebuah kawasan. Kajian audit ini adalah penting kerana untuk meningkatkan kualiti di sesebuah kawasan kajian dan secara tidak langsung dapat mendidik dan memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian warga institusi ini supaya dapat belajar untuk memahami interaksi diantara manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar berfungsi. 2.0 Objektif Kajian Diantara objektif kajian ini dijalankan adalah:1. Memupuk kesedaran yang tinggi terhadap usaha melestarikan alam 2. Membina warga yang mengamalkan gaya kepimpinan lestari 3. Mengamalkan budaya hijau sebagai gaya hidup warga IPG 4. Menggunakan sumber secara optimum, kreatif, dan berhemah 5. Menggerakkan strategi P&P yang memupuk budaya lestari; 6. Mengintegrasikan prinsip kelestarian dalam pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum 7. Mengaplikasikan prinsip kelestarian melalui kurikulum pendidikan guru, dan 8. Menyelesaikan masalah pengurusan melalui pendekatan kelestarian.

Diharap melalui kajian ini sedikit sebanyak dapat memberikan kesedaran kepada pelajar tentang tugas dan tanggungjawab mereka yang sewajarnya terhadap aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

3.0 Kawasan Kajian

Kawasan kajian adalah terletak di lokasi yang strategik iaitu berdekatan dengan HUSM bersebelahan Jalan Yaacob Latif, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ilmu Khas. Kawasan yang difokuskan untuk melaksanakan laporan kajian Audit Hijau ini ialah di beberapa buah kawasan IPG Kampus Ilmu Khas. IPIK mempunyai beberapara bahagian yang boleh dipecahkan kepada beberapa blok. Diantara blok yang dipilih untuk melaksanakan kajian ini ialah kawasan Blok Harmoni, Blok Pentadbiran, Blok TESL, Blok Bestari, Blok Pentadbiran Khas dan Kafe.

4.0 Kaedah Kajian Kaedah kajian ini dijalankan adalah untuk memberi fokus kepada interpretasi, makna dan signifikasi budaya tentang sesuatu tingkahlaku. Sepanjang melaksanakan tugasan ini, terdapat beberapa kaedah yang kami gunakan untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan. Melalui kajian audit hijau yang dijalankan di beberapa Blok IPIK Cheras ini, kaedah kajian yang dijalankan ialah pemerhatian, temubual, selidik, dan soal selidik dan yang terakhir ialah pemerolehan data dan pengumpulan maklumat. 4.1 Pemerhatian Sebelum menjalankan kajian dengan lebih terperinci, kaedah pemerhatian digunakan untuk mendapat gambaran awal keadaan sekeliling kolej kediaman. Pemerhatian ini perlu untuk membuktikan sesuatu perkara dengan lebih tepat agar tidak bercanggah dengan hasil dapatan. Boring senarai semak digunakan sepanjang pemerhatian dijalankan dikawasan Kolej Kediaman guru pelatih dijalankan. 4.2 Temubual Maklumat seterusnya diperolehi secara lisan dengan menjalankan kaedah temubual. Proses temubual diadakan dengan staf- staf sokongan dan beberapa orang pensyarah untuk mengetahui sejauh mana mereka memainkan peranan dalam memastikan IPG KTB lestari terutamanya Pensyarah yang bertanggungjawab menguruskan proses pembangunan di IPG Kampus Tuanku Bainun. 4.3 Penyelidikan Penyelidikan dijalankan dengan menggunakan sumber-sumber tambahan dari internet. Mengenalpasiti kaedah-kaedah pengurusan sisa buangan yang lebih berkesan agar tidak memudaratkan alam sekitar. Kami juga meneliti ruang kediaman pelajar, kemudahan-kemudahan pelajar seperti tandas dan sebagainya, dan juga
4

cara pengurusan pekerja di kolej kediaman dan penghuni kolej kediaman dalam menggunakan sumber air dan elektrik.

4.4 Soal Selidik Borang soal selidik digunakan untuk memperolehi graf dan data berkaitan dengan kesedaran pelajar IPG Kampus Tuanku Bainun. Borang soal selidik penting untuk mendapatkan maklumat dengan mengambil beberapa penghuni maktab untuk dijadikan sampel. Responden yang adalah melibatkan penghuni kolej kediaman dan sesiapa sahaja yang menghuni kolj kediaman termasuk warden dan pekerja kebersihan. 4.5 Pemerolehan Data dan Pengumpulan Maklumat Data yang yang diperolehi daripada kawasan kajian dikumpul untuk menghasilkan satu laporan yang mantap mengenai IPG Lestari. Setiap maklumat yang telah diperolehi di analisa satu persatu dan ditapis semula agar tidak lari daripada tujuan asal kajian. Setiap bukti-bukti kajian berdasarkan pemerhatian, soal selidik, temubual dikumpulkan menjadi laporan audit hijau IPG Kampus Tuanku Bainun yang lengkap.

5.0 Kerangka Kerja

Taklimat

Taklimat berkaitan kerja kursus diterangkan oleh pensyarah tentang apa yang perlu dilakukan. Setelah mengetahui dan memahami apa yang perlu dilakukan kami membuat perjumpaan dengan ahli kumpulan untuk membincangkan berkaitan tugasan dan tugas diagihkan kepada ahli setia kumpulan.

Perbicangan dalam kumpulan

Tinjauan

Tinjauan dilakukan di beberapa kawasan untuk dijadikan kajian. Senarai senak ditanda dan gambar diambil sebagai bahan bukti kajian

Laporan

Data-data dikumpulkan untuk membuat laporan yang lengkap. Setiap ahli kumpulan meneliti dan menyemak hasil laporan yang dibuat.

Refleksi

Setelah kajian dilakukan, refleksi dibuat untuk member gambaran secara keseluruhan berkenaan dengan hasil tugasan sebelum, semasa dan selepas pelaksanan kerja kursus
6

6.0 Laporan Kajian


Blok Item

Harmoni Hasil Positif Negatif 4 1 3 2 4 2 0 16

Pentadbiran Hasil Positif 4 9 5 2 5 7 8 40 Negatif 5 1 4 7 4 2 0 23

TESL Hasil Positif 3 6 3 6 7 3 7 35 Negatif 6 4 6 3 2 6 1 28

Bestari Hasil Positif 2 8 8 5 9 3 7 42 Negatif 7 2 1 4 0 6 1 21

P.Khas Hasil Positif 5 8 5 6 3 3 8 38 Negatif 4 2 4 3 6 6 0 25

Kafe Hasil Positif 7 4 4 5 4 4 8 36 Negati f 2 6 5 4 5 5 0 27

Sampah Reduce Reuse Elektrik Air GHS Polisi JUMLAH

5 9 6 7 5 7 8 47

Jadual 1: Hasil Dapatan Positif dan Negatif Berdasarkan Item-Item Kajian

Rajah 1: Graf Hasil Dapatan Positif dan Negatif Berdasarkan Item-Item Kajian Oleh kerana soalan yang terdapat dalam senarai semak terbahagi kepada dua iaitu soalan berbentuk positif dan soalan berbentuk negatif, maka hasil dapatan yang diperolehi bukan diperolehi dengan menjumlahkan bilangan keseluruhan (Ya) dan (Tidak) kerana datanya tidak tepat untuk dibuat perbandingan. Sebaliknya kami
7

melihat kepada adakah soalan itu memberikan jawapan yang positif atau negatif. Jumlah jawapan positif atau negatif akan dikira dan dibuat perbandingan. Contohnya untuk soalan 1 dibahagian Sampah, soalannya ialah adakah terdapat sampah disekitar kampus?. Jika jawapannya Ya ini bermaksud hasil dapatan untuk soalan 1 ialah Negatif. Jika jawapannya Tidak ini bermakna ia membawa kepada hasil dapatan yang positif. 7.0 Kawasan Yang Sangat Baik ( Perlu Proaktif Untuk Terus Cemerlang) Blok Harmoni dan Blok Pendidikan Khas Blok Harmoni merupakan blok yang mendapat kritiria positif yang paling banyak iaitu sebanyak 47 manakala item negatif sebanyak 16 diikuti oleh Blok Pendidikan Khas sebanyak 38 item positif dan item negetif pula 25. Ini bermakna, kedua-dua blok ini mendapat markah yang tertinggi dari segi penjagaan alam sekitar berbanding blok-blok yang lain. Berdasarkan pemerhatian dan senarai semak yang dilakukan didapati penggunaan tenaga elektrik di kedua-dua blok ini adalah sangat terkawal. Penggunaan pengdingin hawa hanya digunakan ketika perlu. Begitu juga dengan penggunaan tenaga elektrik. Kelas-kelas yang tidak diduduki pelajarnya, penggunaan kipas dan lampu akan dipadam. Begitu juga lampu-lampu di bahagian kaki lima blok. Tepak pukul 7 pagi lampu di kaki lima akan dipadam. Dari segi pengurusan sampah pula, kebanyakan kawasan disediakan dengan tong sampah. Hal ini akan memudahkan pelajar untuk membuang sampah di tempat yang sesuai. Penggunaan tong sampah kitar semula juga boleh didapati di kawasan ini. Didapati kebanyakan pelajarnya mempunyai kesedaran berkenaan dengan konsep kitar semula kerana berdasarkan tinjaun saya dan ahli kump yang lain mendapati sampah-sampah di buang mengikut tong sampah kitar semula yang betul dan diasingkan. Kertas-kertas yang lama yang tidak digunakan diletakkan berasingan dengan sampah yang lain contohnya botol-botol plastik dan bekas-bekas plastik. Persekitaran kampus di Blok Harmoni dan Blok Pendidikan Khas juga terpelihara. Kebanyakan kawasan di blok ini di tanam dengan pokok-pokok bunga yang mencantikkan lagi permandangan. Penanaman pokok-pokok bunga ini bukan sahaja dapat mencantikkan lagi permandangan malah mampu memberi satu
8

persekitaran yang baik, kondusif dan sesuai untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kalau diperhatikan, disebabkan kawasannya yang mempuanyai banyak tumbuh-tumbuhan berbanding blok-blok yang lain menyebabkan kawasan ini nampak lebih sejuk dan udaranya juga lebih nyaman berbanding blok-blok yang lain. Terdapat juga beberapa polisi yang ditampal di setiap dinding blok bagi menerangkan kepada pelajar khussusnya berkenaan kepentingan menjaga alam sekitar dan peraturan-peraturannya yang mesti dipatuhi. 8.0 Kawasan Sederhana ( Buat Penambahbaikan) Blok Pentadbiran dan Blok Bestari Blok pentadbiran dan Blok Bestari pula menduduki tangga yang kedua. Jika diperhatikan hasil daripada kajian mendapati Blok Pentadbiran mendapat 40 hasil yang positif menunjukkan bahawa blok ini mengamalkan konsep penjagan alam sekitar. Hasil negatif pula sebanyak 23 berbeza sebayak 2 item jika dibandingkan dengan blok Pendidikan Khas. Manakala Blok Bestari pula hasil positifnya adalah sebanyak 42 dan negatif sebanyak 21. Jika diperhatikan tidak terdapat perbezaan yang ketara diantara kawasan yang sangat baik atau proaktif untuk terus cemerlang iaitu Blok Harmoni dan Pendidikan Khas. Namun begitu kawasan Blok Pentadbiran dan Blok Bestari boleh dianggap sebagai kawasan yang sederhana dari segi penjagan alam sekitarnya dan perlu beberapa penambahbaikan untuk mengatasi masalah tersebut. Blok Pentadbiran perlu diberi perhatian yang serius kerana sebagai sebuah blok yang merupakan pentadbiran utama IPIK, perlu menunjukkan tauladan yang lebih baik kepada blok-blok yang lain. Penggunaan tenaga eletrik yang tidak terkawal terutamanya di beberapa kawasan contohnya makmal dan di jabatan. Beberapa tinjauan yang dilakukan mendapati lampu dan kipas tidak ditutup walupun tiada pelajar didalam. Hal ini boleh diaangap sebagai suatu pembaziran sumber yang tidak sepatutnya berlaku. Begitu juga dengan penggunaan air. Air dibaiarkan melimpah akibat kebocoran. Hal ini memerlukan tindakan segera bagi mengelakkan pembaziran.

Namun begitu, dari segi pengurusan sampah dan kitar semula bahan pepejal, kedua-dua blok ini menunjukkan hasil yang positif dimana sampah-sampah dikumpul di suatu kawasan untuk dipungut oleh pihak yang bertanggungjawab. Begitu juga dengan amalan kitar semula. Tong-tong sampah kitar semula disediakan di setiap ssudut blok menunjukkan ada kesedaran berkaitan dengan kitar semula bahan di kedua-dua blok terbabit. Bahan-bahan palstik tidak digunakan sebaliknya digantikan dengan kertas dan tisu bagi membungkus mankanan dan sebagainya. Persekitaran kampus juga menarik dimana pokok-pokoK dijaga denaga baik. Walaupun terdapat beberapa pokok yang bersaiz agak beasr, namun ianya dijaga dengan baik, tidak ditebang. Hal ini sangat bersesuaian dengan konsep pembangunan lestari dimana pembangunan tanpa pengabaian alam sekitar. Namun begitu dari segi penggunaan kenderan, kebanyakan pensyarah dan kakitangan IPIK tidak menagamalkan konsep alam sekitar. Hal ini kerana banyak kenderaan di kawasan tersebut. Amalan perkongsian kenderaan ke tempat kerja tidak diamalkan. Kenderaan mengeluarkan asap dan ini alah tidak baik untuk alam sekitar. Sepatutnya perkara sebegini sebolehnya dielakkan dan amalan perkongsian kenderaan ke tempat kerja patut diamalkan. Kemudahan-kemudahan yang terdapat di IPIK digunakan sepenuhnya oleh pensyarah dan pelajar sebagai suatu amalan gaya hidup sihat. Kawasan kampus yang bersih daripada asap rokok menjadikan kandungan udara IPIK adalah lebih baik berbanding di sekitarnya. 9.0 Kawasan Yang Kritikal ( Memerlukan Tindakan Segera) Blok TESL dan Blok Kafe Berdasarkan dapatan yang diperolehi hasil kajian yang dilakukan didapati blok yang mendapat negatif iaitu yang merupakan kawasan yang kritikal dan memerlukan tindakan segera bagi memelihara alam sekitar di kawasan tersebut ialah Blok TESL dan Blok Kafe. Berdasarkan beberapa item senarai semak yang dibuat oleh ahli kumpulan, kedua-dua blok ini didapati blok ini kurang memuaskan penjagaan alam sekitarnya dan memerlukan tindakan segera bagi mengatasi masalah alam sekitar berbanding blok-blok yang lain. Hal ini terbukti berdasarkan nilai positif bagi Blok TESL hanya sebanyak 35 manakala Blok Kafe pula sebanyak 36.
10

Pengurusan sisa buangan yang tidak berkesan terutamanya di Blok TESL akan meningkatkan lagi pencemaran dan menigkatkan jumlah sampah yang dihasilkan. Kebanyakan pelajar Blok TESL tidak menyedari bahawa mereka adalah salah seorang daripada penyumbang sampah negara. Amalan kitar semula amat rendah malah pihak institusi juga tidak mempunyai peraturan yang tegas mengenai alam sekitar sebagai contoh menetapkan agar pengusaha kantin tidak menggunakan polisterin dan menyediakan plastik beg kepada pelajar. Walaupun mempunyai garis panduan berkenaan dengan penggunaan bahan kitar semula namun kesedaran dikalangan pelajar dan pengusaha kantin menyebabkan berlakunya amalan kitar semula yang rendah di kedua-dua kawasan tersebut. Kesedaran pelajar tentang kelestarian masih lagi di tahap yang rendah. Pelajar mengamalkan sikap tidak ambil peduli terhadap isu hijau ini biarpun telah wujud persatuan berunsurkan alam sekitar di institusi ini. Kesedaran pelajar terhadap amalan kitar semula juga turut rendah kerana hanya segelintir sahaja pelajar yang mengamalkan amalan kitar semula dan mengasingkan sampah mengikut ketegori tetapi rata-rata pelajar di institut ini lebih selesa dengan amalan sebelumnya dengan membuang sisa buangan tanpa usul periksa. Dari segi aplikasi sumber pula, kebanyakanpelajar institusi ini tidak menjimatkan penggunaan tenaga elektrik dan air sebaliknya pelajar institusi lebih suka membazirkan sumber seperti air dan elektrik ini. Dari segi struktur pembangunan pula masih terdapat infrastruktur di Institut ini yang masih tidak mencapai kearah kelestarian. Pengurusan sisa buangan yang tidak berkesan akan meningkatkan lagi pencemaran dan menigkatkan jumlah sampah yang dihasilkan manusia.

10.0 Langkah- Langkah Untuk Menangani Masalah Kelestarian Alam Sekitar Kesedaran untuk terus memulihara dan memelihara alam sekitar harus bermula dari dalam diri kita sendiri. Malaysia memiliki kepelbagaian biologi yang tidak ternilai dengan wang ringgit. Justeru, usaha harus dipergiatkan untuk
11

memastikan penglibatan individu menjaga amanah Tuhan yang sangat bermakna ini. Marilah kita bersama-sama terus memainkan peranan serta fungsi masingmasing sebagai warga yang bertanggungjawab untuk memelihara dan memulihara alam sekitar kurniaan Tuhan. Mulakan langkah pertama hari ini dengan menjaga alam di sekeliling kita agar menjadi pemangkin ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam yang lebih berkesan diperingkat global dan juga glokal. Oleh itu, bagi menangani masalah kelestarian alam sekitar yang berlaku di sekeliling kita khususnya di Institut Pendidikan Ilmu Khas ialah:10.1 Pendidikan Untuk Pembangunan Lestari

Pembangunan lestari bermaksud pembangunan atau perkembangan yang memenuhi keperluan semasa tanpa memusnahkan keperluan generasi akan dating. Kelestarian merupakan satu paradigma pemikiran masa depan dengan aspek-aspek keseimbangan persekitaran, sosial dan ekonomi diambil kira dalam merancang pembangunan dan menaik taraf kualiti kehidupan. Dalam satu masyarakat lestari, sama ada generasi semasa dan akan datang, mereka adalah masyarakat yang sihat, mempunyai keperluan asas yang cukup dalam satu ekosistem kepelbagaian biologi yang tidak dimusnahkan. Saintis, jurutera dan ahli perniagaan perlulah merancang aktiviti ekonomi ke arah yang lebih sihat dan mampan tanpa memusnahkan persekitaran sedia ada. Pendidikan untuk pembangunan lestari ialah satu misi pendidikan untuk mencari keseimbangan antara kesejahteraan manusia dan perkembangan ekonomi bersama tradisi budaya serta penghormatan terhadap sumber semulajadi. Amalanamalan dalam pendidikan untuk pembangunan lestari termasuklah penyertaan awam untuk membuat keputusan secara berkesan, koloboratif dan rakan kongsi secara silang sector, visi secara holistic, komitmen antara intra-generasi dalam menangani isu-isu keadilan sosial, kepelbagaina budaya bagi kelestarian akan dating, menyemak semula peranan sains dan pendidikan, serta menjalankan rundingan, penilaian dan tindakan bagi mencapai hasrat tersebut (Mohammad Zohir 2003). Manakala pendidikan lestari pula merujuk kepada satu proses pembelajaran seumur hidup yang dapat menghasilkan masyarakat bermaklumat dan mengambil
12

bahagian dengan ciri-ciri kemahiran dalam penyelesaian masalah, berliterasi saintifik dan sosial serta mempunyai komitmen dan tanggungjawab individu dan kumpulan. Proses ini dilihat dapat membantu menghasilkan sebuah masyarakat yang mapan daripada aspek ekonomi, sosial dan persekitaran. Pendidikan lestari dapat membantu pelajar-pelajar mendapatkan pengetahuan dan makna tentang perkembangan lestari secara umum dan dalam bidang profession mereka. Mereka juag dilatih dalam kemahiran-kemahiran, cara-cara dan teknik-teknik untuk membantu pekerjaan dan bidang profession mereka disamping mengembangkan sikap positif kea rah kepentingan pembangunan lestari. 10.2 Penerapan Pendidikan Alam Sekitar Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Di Malaysia, penerapan Pendidikan Alam Sekitar Dalam Pengajaran dan Pembelajaran dijalankan secara merentas kurikulum dalam semua mata pelajaran ataupun subjek di sekolah. Terdapat 16 nilai murni alam sekitar yang sesuai untuk diterapkan semasa P&P dalam Nilai murni alam sekitar yang akan diterapkan semasa P&P perlu dicatatkan dalam ruangan catatan di dalam Rancangan Persediaan Mengajar Harian dan juga di ruangan butiran am. Pengintegrasian Pendidikan Alam Sekitar dengan Sistem Pendidikan Kebangsaan secara langsung menjadikan Pendidikan Alam Sekitar sebagai suatu bidang pendidikan yang merentas kurikulum dan kokurikulum. Penyepaduan Pendidikan Alam Sekitar dalam ko-kurikulum adalah untuk mengimbangi proses penyepaduan Pendidikan Alam Sekitar dalam kurikulum iaitu sebagai satu usaha penyepaduan yang menjadi manifestasi terhadap segala apa yang dipelajari mengenai Pendidikan Alam Sekitar di dalam bilik darjah. Perkara ini adalah selaras dengan polisi yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000) dan Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005) yang dengan jelas menyatakan bahawa kursus Pendidikan Alam Sekitar dan aktiviti kokurikulum berasaskan alam sekitar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia akan diperkukuhkan. Oleh itu Pendidikan Alam Sekitar pendekatan kokurikulum boleh diterapkan
13

atau

diintegrasikan

semasa

melaksanakan

aktiviti

badan/unit

beruniform,

sukan/permainan

ataupun

Persatuan/Kelab yang ada di sekolah. 10.3 Program Kitar Semula

Aktiviti kitar semula ini dapat menghindari pembaziran bahan yang masih boleh digunakan, mengurangkan penggunaan bahan mentah, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (daripada pembakaran) dan air (daripada pemendaman tapak pembuangan sampah) dengan mengurangkan pembuangan bahan lazim dan mengurangkan gas kesan rumah hijau, berbanding dengan proses panghasilan produk menggunakan bahan asas. Kitar Semula adalah satu komponen daripada pengurusan bahan buangan moden dan juga elemen ketiga daripada carta buangan 3R; "Reduce, Reuse, Recycle". Bahan yang boleh dikitar semula termasuk pelbagai jenis kaca (botol-botol kaca), kertas (majalah, surat khabar), logam (tin minuman), plastik (botol atau bekas plastik), tekstil dan barangan elektronik. Walaupun hasilnya sama, tetapi kompos atau proses guna semula bahan buangan biodegrasi seperti makanan atau bahan buangan berkebun adalah bukan dikategorikan kitar semula. Bahan-bahan yang akan dikitar semula samada dihantar ke Pusat Kitar Semula oleh pengguna atau dipungut oleh pihak Pusat Kitar Semula di kawasan yang tertentu mempunyai perkhidmatan tong sampah kitar semula.

11.0 Langkah- Langkah Penambahbaikan Yang Boleh Diambil Menurut Kamus Dewan (2000), memulihara bermaksud memulihkan serta memelihara, menjaga dan melindungi sesuatu supaya sentiasa berada dalam
14

keadaan yang baik. Manakala pemuliharaan pula bererti proses, usaha dan perbuatan memulihara. Oleh itu, pemuliharaan alam sekitar adalah satu proses memulih baik semula sumber-sumber melalui pengurusan yang cermat dan dengan tidak membazir sumber-sumber semulajadi. Dalam konteks kajian ini juga, Pemuliharaan Alam Sekitar merangkumi aktiviti-aktiviti yang dibuat oleh pelajar seperti melakukan penanaman semula pokok. Polisi IPG Kampus Ilmu Khas yang menyokong pembangunan lestari ialah semasa merancang pembangunan, pihak pengurusan pembangunan akan memastikan lokasi yang dipilih tidak akan menjejaskan alam sekitar seperti melibatkan penebangan pokok. Selain dari merosakkan alam sekitar, penebangan pokok akan melibatkan kos yang lebih tinggi dan mengambil masa untuk membersihkan lokasi kawasan yang ingin dibangunkan. Seterusnya ialah penggunaan sumber semulajadi. Pihak pengurusan pembangunan juga akan meneliti kawasan yang boleh memanipulasikan sumber semula jadi secara maksimum agar menjimatkan penggunaan sumber seperti tenaga elektrik. Sebagai contoh penggunaan cermin sebagai dinding di unit R&D membolehkan pencahayaan terus dari luar sekaligus menjimatkan penggunaan tenaga elektrik dalam ruang pejabat. Manual Pengurusan 2009 IPGMK Ilmu Khas, telah mewujudkan

jawatankuasa keceriaan dan kebersihan yang antara bidang tugasnya memantau tahap kebersihan IPG Kampus Ilmu Khas agar memastikan sikap guru pelatih lebih kepada kearah kelestarian dengan bertanggungjawab menjaga kawasan mereka. Jawatankuasa ini digerakkan agar dapat memupuk konsep hijau dan amalan menjaga kebersihan alam sekitar wujud dalam diri setiap guru pelatih secara langsung dan tidak langsung. Unit Pengurusan Pembangunan memainkan peranan yang lebih kurang sama dengan EIA, iaitu merangka dan mengenalpasti pembangunan yang akan dijalankan di IPG Kampus Ilmu Khas agar tidak menjejaskan alam sekitar. Unit pembangunan IPG Kampus Ilmu Khas telah mempunyai matlamat kearah pembangunan IPG Lestari. Unit pembangunan diketuai oleh pensyarah dan beberapa pekerja teknikal lain. Segala aduan kerosakan, pembaikpulih dan pembinaan bangunan baru di IPG
15

Ilmu Khas dirujuk kepada mereka. Polisi IPG Kampus Ilmu Khas adalah untuk menjadi antara IPG yang persekitarannya mesra alam dalam erti kata lain menjadikan IPG Kampus Ilmu Khas sebagai IPG lestari Pihak pengurusan unit pembangunan juga mencari alternatif yang dapat

digunakan bagi mengurangkan penggunaan tenaga dengan menggunakan lampu yang menjimatkan tenaga energy saver yang dipasang dalam ruangan pejabat R&D. kelebihan lampu ini dapat mengurangkan sehingga 30% jumlah tenaga elektrik berbanding lampu biasa Bagi kawasan kolej kediaman, kerja-kerja membaikpulih bumbung kesemua blok kediaman pelajar menggunakan atap genting yang bahannya daripada tanah liat. Atap genting tanah liat ini merupakan atap yang tidak menyerap haba dan merupakan bahan penebat haba. Gantian atap genting ini menjadikan bilik asrama lebih sejuk. Pengurusan sisa buangan pula, mengambil kira Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Pelesenan) yang mana semua bahan dilonggokan di suatu kawasan dan hanya lori konsesi sisa buangan bahan binaan yang dilesenkan oleh kementerian sahaja dibenarkan mengambil bahan buangan ini. Polisi inilah yang mengekalkan institut ini kekal bersih dari bahan binaan. Menurut undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan kolej kediaman, penggunaan alatan elektrik di kawasan kolej kediaman Pelajar asrama seperti hitter, periuk nasi, iron dan sebagainya tidak dibenarkan kecuali guru pelatih hanya dibenarkan menggunakan alatan elektrik yang telah disediakan di dalam kitchenette sahaja dan hak kerajaan. Polisi ini adalah salah satu usaha untuk mengurangkan penggunaan tenaga elektrik di kawasan kolej kediaman . Peraturan asrama yang seterusnya menyebut pelajar harus memadamkan lampu pada jam 11 malam bagi lampu utama dan 12 tengah malam bagi lampu belajar. Setiap pagi lampu koridor akan ditutup selewat-lewatnya jam tujuh pagi. Ini bertujuan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik sekaligus mengurangkan sumbangan manusia kepada pemanasan global. Sekiranya penghuni asrama

16

mematuhi undang-undang ini, IPG lestari akan dapat dicapai dengan jayanya menerusi penjimatan tenaga elektrik.

17

Refleksi ( Sebelum, Semasa Dan Selepas Kajian) Alhamdulillah, rasa syukur dipanjatkan kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan. Setelah mendapat tajuk tugasan, saya menganggap tugasan ini sebagai satu masalah kepada saya kerana sebelum ini saya tidak pernah membuat Audit Hijau. Secara kasarnya, saya melihat tajuk yang diberikan begitu luas skopnya untuk difahami. Namun, selepas merujuk kepada pensyarah pembimbing, saya telah mendapat gambaran awal mengenai tugasan ini. Aktiviti Audit hijau ini akan meningkatkan lagi pengetahuan saya mengenai pemuliharaan alam sekitar dan penjagaan sumber agar ianya tidak membazir dan terjejas untuk jangka masa yang panjang serta memberi peluang kepada generasi akan datang untuk merasainya. Aktiviti ini memberi peluang kepada insan untuk belajar memahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungjawab ke arah kelestarian kehidupan di bumi. Bermula pada taklimat tugasan yang diberikan, saya telah merangka jalan kerja yang ingin dilakukan. Saya bersama-sama rakan cuba mencari bahan-bahan rujukan untuk dijadikan panduan. Bagi mendapatkan bahan-bahan rujukan tersebut saya telah mengunjungi pusat sumber dan saya juga berjaya dapatkan beberapa buah buku daripada senior-senior yang saya kira amat membantu. Saya dan kawan-kawan telah membahagikan tugasan tersebut bersamasama dan kami telah mula menjalankan kerja masing-masing. Saya telah mendapat tugas menilai sejauh mana Blok Kafe mengaplikasikan pengurusan alam sekitar. Saya bukan hanya tertumpu kepada bahan rujukan daripada buku sahaja, tetapi saya juga merujuk kepada maklumat-maklumat yang diperoleh daripada internet di mana banyak membantu. Kami melakukan tugasan ini dengan berhati-hati dan lebih terperinci supaya tidak terkeluar daripada kehendak soalan. Saya akui pelajaran yang memerlukan pemahaman dan pembacaan amat sukar bagi saya. Tambahan lagi, tugasan ini menghendakkan kami untuk berfikir di luar kotak mengkaji apakah yang dimaksudkan dengan Audit Hijau dan bagaimana untuk melaksanakannya.
18

Setelah beberapa hari mengadakan perjumpaan dengan rakan-rakan dan perbincangan, akhirnya kami dapat menyiapkan juga tugasan ini sebelum tarikh menghantar tugasan tamat. Walaupun berlaku sedikit salah faham, kami dapat juga menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Kerjasama di antara saya dan kawankawan amat penting bagi memastikan kelancaran tugasan. Daripada tugasan ini, saya memperoleh pelbagai pengetahuan baru terutamanya berkenan dengan kepentingan pengurusan alam sekitar yang saya kira tidak akan dapat saya peroleh seandainya bukan saya sendiri yang mengkajinya.

Kesimpulan

19

Secara kesimpulannya, pendidikan dan kesedaran yang mendalam tentang konsep kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari bertujuan untuk membentuk dan memupuk sikap keperihatinan terhadap alam sekitar. Pelbagai usaha boleh dilakukan oleh kita sebagai individu dan pelajar untuk memelihara alam sekitar. Sebagai seorang yang beriman, kita tidak mahu kemajuan sains dan teknologi yang dikecapi selama ini hanya bertujuan untuk melayani kehendak nafsu manusia semata-mata. Dengan berbekalkan kesedaran inilah maka segala tindakan atau aktiviti yang diambil terhadap alam sekitar adalah merupakan sebahagian daripada usaha untuk mengingatkan manusia dalam menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai khalifah di mukabumi. Begitu juga dengan jalan penyelesaian yang diambil terhadap masalah alam sekitar yang timbul tidak seharusnya bertujuan untuk memenuhi tuntutan lahiran dan fizikal manusia yang tidak terbatas itu sahaja.

Lampiran
20

Rujukan

21

Mohammad Zohir bin Ahmad @ Shaari. 2003 Geografi Sebagai Medium Pendidikan Alam Sekitar, Diges Pendidik,3(2):51:60. Rohaty Mohd Majzub.2005. Model Latihan Perguruan Glokal Untuk Pembangunan Lestari,Prosiding Seminar Pendidikan JJPG 2005, Universiti Kebangsaan Malaysia. Internet http://pengajianam900.forumotion.com/isu-alam-sekitar-f21/ekologi-ekosistemt335.htm
http://cikguseri73.tripod.com/geografistpmkertas1dan2/id5.html

http://geografifizikalpengajianam.blogspot.com/2009/09/tema-sistem-hidrologikonsep-kitaran.html http://ms.wikipedia.org/wiki/Persatuan_Pencinta_Alam_Malaysia http://www.ikim.gov.my/v5/index.php? lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=679&cmd=resetall

22

You might also like