You are on page 1of 1

Tokoh Perubatan Islam. Al-Razi Abu Bakar al-Razi/Muhammad bin Zakariya Razi atau lebih dikenali sebagai al-Razi.

Di Barat beliau dikenali sebagai Rhazes atau Rasis dan mendapat gelaran Gale yang bermaksud pakar bedah Yunan (Arab). Beliau berbangsa Parsi dan dilahirkan di Rayy, Iran pada 26 Ogos 850 atau pendapat lain 864/865 Masihi. Al-Razi merupakan guru kepada salah seorang tokoh perubatan terkenal iaitu Ibnu Sina. Al-Razi adalah doktor Muslim yang paling agung dan seorang penulis yang produktif (Philip K.Hitti). Pada waktu mudanya beliau lebih cenderung kepada kepada bidang muzik sehingga beliau mahir dalam bermain rebab dan serunai. Walau bagaimanapun beliau beralih kepada bidang sains dan perubatan selepasnya. Selepas itu beliau mempelajari bidang kimia tetapi terpaksa berhenti ekoran penyakit mata yang dihadapi beliau ketika berusia 30 tahun. Bagi menyembuhkan mata beliau, beliau telah berjumpa dengan ramai pakar perubatan, secara tidak langsung beliau meminati bidang perubatan. Al-Razi mempelajari ilmu perubatan daripada Ali bin Sahl Rabban Al-Tabari atau lebih dikenali sebagai Ali Ibnu Sahl. seorang pakar perunbatan dan ahli falsafah dari Merv. Ali Ibnu Sahl merupakan lulusan sekolah perubatan di Tabaristan. Berkat kerajinan beliau dalam menuntut ilmu perubatan serta kecemerlangan dalam bidang tersebut akhirnya beliau telah dilantik sebagai Pengarah Hospital Rayy. Atas permintaan Khalifah al-Muktafi yang memerintah kerajaan Abbasiyah ketika itu, Al-Razi telah berpindah ke Baghdad dan bertugas sebagai Ketua Pengarah Hospital Baghdad selama beberapa tahun. Setelah Khalifah al-Muktafi mangkat beliau kembali semula ke tanah kelahiran beliau, Rayy. Menurut ahli sejarah, Al-Razi telah menulis lebih 200 buah buku dan pelbagai rencana dalam bidang sains. Beliau telah diakui oleh cerdik pandai sebagai orang pertama yang menemui asid sulfurik yang diguna meluas dalam bidang kimia moden. Beliau juga menemui ethanol dan hasil sulingannya serta kegunaannya dalam bidang perubatan. Beliau merupakan orang yang pertama menulis mengenai penyakit cacar dan membezakan antara penyakit campak dengan cacar tulen. Karya beliau yang membincangkan hal ini ialah Al-Judari wa Al-Hasbah. Satu satunya kenyataan yang boleh dipercayai sebagai tanda-tanda awal penyakit ini (cacar) ditemui dalam catatan oleh ahli perubatan Parsi pada abad ke-9 yang bernama Al-Razi (Encylopedia Britannica) Salah satu karya agung yang dikarang oleh Al-Razi ialah Kitab Al-Hawi (Liber Contines). Karya ini adalah sebuah ensiklopedia yang paling lengkap yang mempunyai 20 jilid terdiri daripada amalan perubatan terapeutik, yang akhirnya menjadi sangat terkenal dan menjadi rujukan di beberapa buah universiti di Eropah. Karya seberat 10kg ini telah diterjemah beberapa kali di Eropah sejak abad ke-12 hingga abad ke-17. Buku ini merupakan mengandungi kaedah-kaedah perubatan India, Yunani, Parsi, Syria serta hasil kajian Al-Razi sendiri. Selain al-Hawi beliau juga menghasilkan karya al-Mansuri, al-Asrar dan Sirr al-Asrar. Al-Razi meniggal dunia pada 5 Syaaban 313 Hijrah bersamaan 27 Oktober 925 Masihi di Rayy. Ketika itu karya al-Hawi belum disiapkan dan ianya disiaapkan oleh murid-muridnya atas permintaan pembesar bernama Al-Amid.

You might also like