You are on page 1of 3

KOMSAS Tingkatan 3

Cempaka Putih Untukmu


TEMA

Persahabatan yang ikhlas antara dua kaum yang berbeza.


Melalui Hartini dan Satiah, persahabatan yang terlalu intim menyebabkan terjalinlah hubungan dua keluarga apabila Satiah dianggap anak angkat kepada keluarga Hartini. Meskipun Satiah berbangsa Orang Asli dan keluarganya miskin, namun keluarga Hartini tetap melayannya dengan mesra dan mengambil berat akan segala keperluannya. Hartini berusaha memujuk Pak Morit agar membenarkan Satiah menerima perubatan moden bagi merawat penyakit barah yang dihadapinya walaupun Pak Morit pernah memarahi Hartini kerana perkara itu dan lebih percaya akan keupayaan pawang.

larang tidak membenarkan Encik Hasrul membawa Satiah ke hospital untuk menerima rawatan yang sepatutnya.

WATAK UTAMA

Hartini Ayu
Anak perempuan tunggal dalam keluarga o Anak perempuan tunggal kepada Encik Hasrul dan Puan Sarah. Dia mempunyai dua abang, iaitu Along dan Angah serta seorang adik bernama Amin. Hartini bersekolah di Sekolah Menengah Kuala Batu dan kemudiannya di Sekolah Menengah Puncak Wawasan. Anak yang taat dan hormat kepada ibu bapa o Hartini sayang akan ibu bapanya. Ketika berada di rumah neneknya di Pontian, Johor, dia sentiasa rindu akan ibunya. Jika terdapat masalah, dia sentiasa meluahkan isi hatinya dan meminta pandangan mereka. Bersikap gigih o Walaupun terpaksa menghadapi sikap Pak Morit yang garang dan tegas, Hartini tidak berputus asa supaya Satiah dapat menerima perubatan moden walaupun dilarang oleh Pak Morit.

PERSOALAN

Kegigihan menuntut ilmu


o Walaupun berada di kawasan pedalaman yang serba kekurangan, murid-murid Sekolah Menengah Kuala Batu tetap berusaha gigih untuk mencapai keputusan yang cemerlang seperti Hartini dan Satiah. -

Penagihan dadah dalam kalangan remaja


o Anak sulung Pak Morit telah menagih dadah sehingga mati akibat menghidap AIDS. Mak Usu kepada Hartini dan anak lelaki Mak Leha juga sering ditahan polis kerana menagih dadah. Junainah dan Salha, murid-murid di asrama sekolah juga terlibat dalam penagihan dadah.

WATAK SAMPINGAN

Satiah
Anak kedua dalam keluarga o Satiah ialah anak kedua dalam keluarga Pak Morit dan Mak Sukin. Satiah merupakan seorang gadis orang asli yang bersikap pendiam dan pemalu. Kakaknya meninggal dunia kerana menghidap penyakit AIDS. Bersikat ringan tulang o Ketika tinggal di rumah Hartini, dia sering membantu Puan Sarah membuat kerja-kerja rumah. Dia

Kepercayaan kepada unsur tahyul akan membawa padah


o Penyakit barah yang dihadapi oleh Satiah semakin parah akibat Pak Morit lebih percaya akan pawang dan enggan melanggar pantang-

juga tekun mengulangkaji pelajarannya sehingga memperoleh keputusan yang cemerlang dalam PMR. Bersikap tabah o Dia sanggup menanggung penderitaan penyakitnya dan meneruskan sisa hayatnya dengan belajar bersungguh-sungguh. Ketika berada di sekolah berasrama penuh, dia sentiasa sabar dan tidah memberitahu Hartini atau ibu bapanya tentang keadaan penyakitnya yang semakin melarat.

Leha juga sering ditahan polis kerana menagih dadah. Junainah dan Salha, murid-murid di asrama sekolah juga terlibat dalam penagihan dadah.

Masyarakat yang mempercayai perkara tahyul


o Pak Morit telah meminta bantuan pawang untuk menyembuhkan penyakit Satiah. Walaupun penyakitnya semakin melarat, Pak Morit tetap mempercayai keupayaan pawang tersebut dan berusaha mematuhi pantanglarang yang diberikan. Akibatnya Satiah tidak dapat menerima rawatan yang sepatutnya dari awal lagi dan meninggal dunia.

LATAR TEMPAT

Sekolah Menengah Kuala Batu


Hartini belajar di Tingkatan Tiga Teratai. Kelengkapan di sekolah ini tidak banyak beza dengan sekolah di bandar tetapi kelengkapan canggih masih kekurangan sebagai contoh sekolah itu baru menerima sebuah komputer yang didermakan oleh seorang dermawan.

Masyarakat yang mementingkan pendidikan


o Walaupun miskin, Pak Morit tetap mementingkan pendidikan anaknya sehingga sanggup menyerahkan Satiah kepada Encik Hasrul dan Puan Sarah sebagai anak angkat. Encil Hasrul turut telah menghantar Hartini ke kota untuk mempelajari ilmu komputer setelah selesai peperiksaan PMR supaya tidak membuang masa.

Sekolah Menengah Puncak Wawasan


Ketika di Tingkatan Empat, Hartini tinggal di asrama sekolah ini. Dia sebilik dengan Nora, Najmi dan Junainah. Hartini telah bergaduh dengan Junainah sehingga dipanggil ke bilik pengetua dan difitnah memiliki pil ecstacy sehingga ditahan di lokap.

NILAI MURNI

Setiakawan
o Persahabatan antara Hartini dan Satiah begitu erat menyebabkan mereka sentiasa mengambil berat antara satu sama lain. Hartini sanggup dimarahi oleh Pak Morit supaya Satiah dapat dihantar ke hospital kerana tidak sanggup lagi melihat Satiah menderita akibat penyakit barah paru-paru.

Hospital
Satiah telah terlantar di ICU hospital. Keadaannya sudah tenat. Doktor telah mengenal pasti bahawa Satiah sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Hartini turut membaca Al-Fatihah dan kalimah syahadah sambil memegang erat tangan Satiah. Akhirnya, Satiah meninggal dunia di hospital tersebut.

LATAR MASYARAKAT

Masyarakat yang menyalahgunakan dadah


o Anak sulung Pak Morit telah menagih dadah sehingga mati akibat menghidap AIDS. Mak Usu kepada Hartini dan anak lelaki Mak

Bertanggungjawab
o Encik Hasrul sanggup meninggalkan kota yang maju untuk memajukan kawasan pedalaman yang sudah

menjadi tanggungjawabnya sebagai pegawai Jabatan Pertanian. Dia sentiasa berusaha untuk meningkatkan hasil pertanian kaum Orang Asli serta membantu mereka memasarkan hasil pertanian mereka di kawasan Kuala Batu.

Kita hendaklah bersungguh-sungguh dalam usaha menimba ilmu.


o Hartini rajin berusaha untuk maju dalam pelajaran. Dia juga menjemput rakan-rakan sekelasnya untuk bersama-sama belajar supaya mereka boleh bersama-sama menempa kejayaan. Satiah dan Hartini saling membantu dan akhirnya kedua-dua mereka berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Semangat bermasyarakat
o Ketika kenduri kesyukuran di rumah Hartini untuk meraikan mereka yang mendapat keputusan yang cemerlang, penduduk kampung turut hadir dan bekerjasama menjayakan kenduri tersebut.

Kita perlulah bersedia untuk berubah ke arah yang lebih maju.


o Pak Morit perlu membuat anjakan paradigma kerana kepercayaannya terhadap pawang dalam mengubati penyakit barah telah membawa padah kepadanya.

PENGAJARAN

Kita jangan sekali-kali terperangkap dalam gejala penagihan najis dadah


o Anak Pak Morit, Mak Usu kepada Hartini dan anak Mak Leha telah terjerumus dalam gejala negatif tersebut. Masalah bukan sahaja ditanggung oleh diri mereka sendiri, malah oleh keluarga mereka. o

You might also like