You are on page 1of 4

Analisis Soalan Sejarah STPM Kertas 2 Bahagian B Tahun 2001 2011 Bahagian B: Sejarah Asia Tema 1: Masyarakat Tempatan

n Tahun 2001

Soalan Huraikan peranan golongan pembesar dalam system pemerintahan zaman Tokugawa dan Zaman Manchu pada abad ke-19. Bincangkan dasar pintu tertutup yang diamalkan oleh Thailand dan Vietnam pada abad ke-19. Terangkan system pemerintahan beraja di Thailand dan Myanmar (Burma) sebelum kedatangan Barat. Huraikan struktur masyarakat feudal yang terdapat di Negara China dan Jepun sebelum pembukaan kedua-dua negara ini kepada kuasa-kuasa asing. Huraikan adat yang diamalkan oleh masyarakat China dan Jepun sebelum kedatangan Barat. Huraikan sistem ekonomi tradisional di Thailand dan Filipina sebelum kedatangan Barat. Bandingkan faktor-faktor yang menyebabkan Thailand dapat mengekalkan kedaulatannya daripada penjajahan kuasa Barat berbanding dengan Negara China pada abad ke-19. Masyarakat di Asia Tenggara pada abad ke-19 berpegang teguh kepada kepercayaan agama. Bincangkan. Bandingkan hieraki masyarakat Vietnam dengan hieraki masyarakat Jepun pada abad ke-19. Bandingkan system pemerintahan maharaja di China dengan system pemerintahan maharaja di Jepun hingga abad ke-19. Bincangkan sistem pemerintahan beraja di Thailand dan China sebelum penglibatan kuasa Barat. Bincangkan peranan pembesar di Thailand dan Vietnam sebelum peluasan pengaruh Barat. Bincangkan kegiatan pertanian sara diri di India dan Vietnam sebelum campur tangan Barat. Bincangkan sistem pembesar di Myanmar dan di Thailand sebelum kedatangan kuasa Barat. Bincangkan pengaruh agama Hindu-Buddha dalam system pemerintahan beraja di Thailand dan Myanmar sebelum kedatangan Barat. Bincangkan susun lapis masyarakat antara masyarakat di China dengan masyarakat di Jepun pada abad ke-19.

2002

2003

2004

2005 2006 2007 2008 2009

2010 2011

Tema 2: Transformasi Masyarakat Tahun 2001 Soalan Bincangkan perubahan-perubahan yang nyata akibat campur tangan British di Indiadan China sehingga mencetuskan Dahagi India pada tahun 1857 dan Pemberontakan Boxer pada tahun 1900. Bincangkan tindak balas masyarakat peribumi terhadap kuasa Barat di Filipina dan Indonesia pada abad ke-19. Huraikan ekonomi komersial di Indonesia dan Thailand selepas kedatangan Barat pada abad ke-19. Bincangkan reaksi masyarakat tempatan terhadap kuasa Barat di Vietnam dan Filipina pada abad ke-19. Bincangkan faktor-faktor yang membawa meletusnya Revolusi China pada tahun 1911 dan Revolusi Siam pada tahun 1932. Bincangkan dasar pengilhakan kuasa-kuasa Barat di Vietnam dan India pada abad ke-19. Jelaskan faktor-faktor yang membantu perkembangan pesat ekonomi komersial di Jepun pada abad ke-19. Huraikan perkembagan pendidikan Barat di Indonesia dan di Thailand dari tahun 1850 hingga Perang Dunia Pertama. Sejauh manakah ekonomi menjadi faktor terpenting dalam campur tangan Barat di Negara China dan Jepun pada abad ke-19? Bandingkan tindak balas masyarakat tempatan terhadap kuasa Barat di Filipina dan di india pada abad ke-19. Bincangkan langkah-langkah pemodenan yang dilakukan oleh Raja Chulalongkorn di Thailand dan Raja Mindon Minh di Myanmar (Burma). Huraikan kesan kedatangan kuasa Barat terhadap perubahan ekonomi di Indonesia dan Filipina. Bincangkan kesan hegemoni kuasa Barat terhadap China dan Jepun pada abad ke19. Huraikan kegiatan ekonomi di Indonesia dan Thailand hingga awal abad ke-20. Pertembungan antara kebudayaan Barat dengan kebudayaan tempatan telah mengakibatkan meletusnya Perang Jawa (1825 1830) dan Dahagi India (1857). Huraikan. Bincangkan perubahan yang dilakukan oleh Raja Mongkut (1851 1868) di Thailand dengan perubahan yang dilakukan oleh Raja Mindon Min (1853 1878) di Myanmar dalam udaha mengekalkan kedaulatan negara masing-masing. Huraikan kewujudan masyarakat berbilang kaum di Indonesia dan Myanmar pada abad ke-19. Terangkan perkembangan system pendidikan di Filipina dan Jepun pada abad ke19. Bincangkan faktor yang mendorong meletusnya Perang Inggeris-Burma I (1824 1826) dan Perang Candu I (1839 1842) Bincangkan perkembangan perusahaan gula sebagai tanaman komersil di Pulau Jawa dan di Thailand pada abad ke-19. Bincangkan perkembangan campur tangan Perancis di Vietnam dan campur tangan

2002 2003 2004 2005 2006 2007 -

2008

2009 2010

British di China pada abad ke-19. Sejauh manakah perpecahan dalam kalangan pemberontak dalam Dahagi India pada tahun 1856 dan pemberontak dalam pertubuhan Katipunan pada tahun 1896 di Filipina telah membawa kepada kegagalan pemberontakan tersebut. Campur tangan British dalam adat resam di India dan amalan diskriminasi Sepanyol terhadap penduduk tempatan di Filipina pada abad ke-19 telah menyebabkan masyarakat peribumi di kedua-dua negara itu bangkit menentang kuasa penjajah. Bincangkan penyataan ini. Tema 3: Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa

2011

Tahun 2001 2002 2003

Soalan Huraikan gerakan anti-Jepun di Filipina dan Burma dari tahun 1942 hingga tahun 1945. Tiada Soalan Huraikan mengapa peranan dan pengaruh golongan agama dalam gerakan nasionalisme di Myanmar (Burma) dan di Indonesia mengalami kemerosotan selepas pertengahan tahun 1930-an. Jelaskan mengapa kehadiran Jepun di Asia Tenggara telah membawa gerakan politik yang berbeza di Thailand dan Myanmar (Burma). Bincangkan perkembangan organisasi gerakan nasionalisme di Vietnam dari tahun 1913 hingga tahun 1931. Huraikan corak perjuangan Dr. Sun Yat Sen dalam Revolusi China pada tahun 1911 dan Mahatma Gandhi dalam nasionalisme di India sebelum tahun 1941. Bincangkan peranan golongan intelektual dalam gerakan nasionalisme di Indonesia dan Myanmar (Burma) dari tahun 1900 hingga tahun 1941. Huraikan pengaruh agama terhadap kebangkitan semangat nasionalisme di Indonesia dan Myanmar pada awal abad ke-20. Huraikan peristiwa sejak tahun 1940-an yang membawa kemerdekaan India dan Filipina. Bandingkan perjuangan bersenjata yang dilakukan oleh Parti Komunis China (PKC) dan Parti Komunis Indonesia (PKI) hingga pertengahan abad ke-20. Perjuangan Parti Nasional Indonesia (PNI) dan Kongres Kebangsaan India (KKI) mempunyai matlamat dan cara yang berbeza. Bandingkan. Usaha pemodenan yang dijalankan di Jepun pada pertengahan abad ke-19 hingga awal abad ke-20 lebih Berjaya berbanding dengan usaha pemodenan di China. Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan ini? Sejauhmanakah agama dan bahasa memainkan peranan dalam menyatukan bangsa Indonesia dan India pada abad ke-20? Bincangkan perjuangan Jose Rizal dalam gerakan nasionalisme di Filipina dan Dr. Sun Yat Sen dalam Revolusi China pada tahun 1911. Bincangkan perjuangan gerakan Hukbalahap di Filipina dan gerakan Viet Minh di Vietnam semasa dan selepas pendudukan Jepun. Sejauh manakah pendudukan Jepun di Indonesia dan Myanmar dari tahun 1942 hingga tahun 1945 menyemarakkan semangat kebangsaan masyarakat tempatan. Bincangkan peranan golongan berpendidikan Barat dalam gerakan nasionalisme di Vietnam dan Thailand pada awal abad ke-20.

2004

2005 2006

2007 2008

2009

2010 2011

Tema 4: Pengisian Kemerdekaan Tahun 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 Soalan Bandingkan cirri pemerintahan Republik China dengan Indonesia dari tahun 1949 hingga tahun 1960. Bincangkan persamaan dan perbezaan dasar luar Negara China dan India dari tahun 1948 1963. Jelaskan perkembangan politik yang berlaku di China dan Jepun setelah tamatnya Perang Dunia Kedua (1945 1955) Bandingkan dasar luar Vietnam dengan dasar luar Indonesia dari tahun 1945 hingga tahun 1963. Huraikan bagaimana Amerika Syarikat berjaya mengukuhkan fahaman demokrasi dalam pentadbiran negara Filipina (1935 1946) dan Jepun (1945 1952). Bandingkan dasar luar Thailand dan dasar luar Indonesia selepas Perang Dunia Kedua. Huraikan dasar luar Negara yang diamalkan oleh Pakistan dan China selepas Perang Dunia Kedua hingga tahun 1963. Huraikan usaha pembangunan ekonomi dan sosial yang dilaksanakan di Vietnam dan Filipina dari tahun 1945 hingga tahun 1963. Bandingkan dasar luar Thailand dengan dasar luar Jepun selepas Perang Dunia kedua hingga tahun 1963. Bandingkan perkembangan politik di India dengan perkembangan politik di Jepun selepas Perang Dunia Kedua hingga tahun 1950. Bandingkan sistem pemerintahan republik antara Indonesia dengan Vietnam selepas Perang Dunia Kedua hingga tahun 1960.

Disediakan oleh; Puan Jaitun binti Banggu Guru Akademik Sejarah STPM SMK Sandakan.

You might also like