You are on page 1of 14

SULIT*

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN SEJARAH MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN KERTAS 2 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN (Tiga Jam) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN

940 / 2

STPM

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SANDAKAN (Peti Surat 1458, 90716 Sandakan) SOALAN SET 1 PEPERIKSAAN PENGGAL SATU Tingkatan Enam Atas SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)
Arahan Kepada Calon: Jawab empat soalan sahaja: dua soalan daripada Bahagian A dan dua soalan daripada Bahagian B.

Kertas soalan ini terdiri daripada 2 halaman bercetak Unit Peperiksaan STPM SMK Sandakan 1

BAHAGIAN A 1. Bincangkan pengaruh Islam dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisional di Tanah Melayu. 2. Pada awal abad ke-20, British telah menandatangani perjanjian dengan Siam untuk mengukuhkan kedudukannya ke atas negeri-negeri Melayu Utara di Tanah Melayu. Bincangkan. 3. Huraikan reaksi penduduk pribumi terhadap campurtangan British di Sabah dan Sarawak dari tahun 1850-an hingga tahun 1915. 4. Apakah peranan pertubuhan bercorak sosioekonomi di Tanah Melayu dari tahun 1918 hingga 1938. 5. Bincangkan syor-syor Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. 6. Bincangkan ciri-ciri kerajaan demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia.

BAHAGIAN B 7. Hierarki sosial yang wujud mengukuhkan sistem beraja di Asia. Bincangkan. 8. Huraikan perkembangan ekonomi komersial di Asia Tenggara pada abad ke-19. 9. Bincangkan Implikasi Perjanjian Bowring (1855) dan Perjanjian Nanking (1842) terhadap negara masing-masing. 10. Fahaman Marxisme telah berkembang di Indonesia dan Vietnam pada abad ke-20. Bincangkan. 11. Huraikan perjuangan kemerdekaan Filipina daripada Amerika Syarikat dan perjuangan kemerdekaan Burma daripada British. 12. Bincangkan Struktur pentadbiran Negara Thai, Burma dan Vietnam selepas perang dunia kedua.

SKEMA JAWAPAN SOALAN-SOALAN PEPERIKSAAN STPM SEJARAH 2 BERPUSAT GABUNGAN SANDAKAN

Sejarah 2 (940/2) 1. Bincangkan Pengaruh Islam dalam kehidupan masyarakat Melayu Tradisional di Tanah Melayu. KEHENDAK SOALAN Kehendak soalan ini begitu jelas, iaitu perubahan-perubahan yang berlaku dalam masyarakat Melayu setelah kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Setiap perubahan mesti disokong dengan contoh. RANGKA JAWAPAN Pendahuluan Islam bersifat universal dan mudah difahami menyebabkan masyarakat Melayu mudah mempraktik dalam kehidupan seharian. Islam mempengaruhi mental dan spritiual masyarakat Melayu. Isi-Isi Penting Kepercayaan dan keimanan masyarakt Melayu telah mengalami perubahan, terutama konsep ketuhanan, mnalah cara berfikir masyarakat melayu juga turut berubah seiring dengan ajaran Islam. Segala upacara adat Istiadat yang bertentangan dengan ajaran Islam turut mengalami perubahan dam mereka telah meninggalkan segala bentuk adat yang tidak sesuai dengan hukum syarak. selain itu amalan tentang kuasa sihir, bomoh dan dukun turut berkurangan, mereka akan meminta dengan berdoa kepada Tuhan . Nilai-nilai Islam begitu kukuh tertanam dalam diri masyarakat Islam, kehidupan bermasyarakat begitun diutamakan dalam Islam spt bekerjasama dan tolong menolong sesama Islam dan manusia lain. Dalam pemerintahan dan petadbiran unsur Islam turut berkembang contoh gelaran Sultan, Raja sebagai wakil Tuhan telah diperbetulkan. Dalam Ekonomi yang berteraskan Islam telah membantu perkembangan Ekonomi masyarakat Melayu. segala penipuan dapat dikurangkan Penerapan undang-undang Islam mementingkan keadilan semua tanpa mengira agama dan bangsa. Aspek lain seperti seni bina terutama istana, masjid dan sebagainya. Setiap pekerjaan mestilah daripada sumber yang halal Penutup/Kesimpulan Kedatangan Islam ke Tanah Melayu sebenarnya banyak mengubah bukan sahaja dari segi fizikal malahan mental serta spiritual masyarakat melayu. Kehadiran Islam telah menyebabkan masyarakat melayu mengalami perubahan yang ketara dalam semua aspek kehidupan.

2. Pada awal abad ke-20, British telah menandatangani perjanjian dengan Siam untuk mengukuhkan kedudukannya ke atas Negeri-negeri Tanah Melayu. Bincangkan. KEHENDAK SOALAN Soalan ini memerlukan kemahiran calon untuk mengingat tentang peristiwa Perjanjian British-Siam 1902 dan perjanjian British-Siam 1909. Jawapan mestilah menjelaskan tentang sebab dan kepentingan perjanjian tersebut kepada British.

RANGKA JAWAPAN Pendahuluan British berusaha untuk menguasai Negeri-negeri Melayu Utara untuk mengukuhkan penguasan mereka terhadap Tanah Melayu. Negeri-negeri Melayu Utara pada masa itu di bawah kekuasan Siam, oleh itu British telah membuat perjanjian dengan Siam Siam telah menyerahkan Negeri-negeri Melayu Utara melalui perjanjian British-Siam pada tahun 1902 dan 1909 Isi-isi Penting Perjanjian British-Siam 1092 Kebimbangan terhadap camputangan kuasa asing lain dan kegiatan syarikat persendirian menggugat peluang British terhadap negeri-negeri tersebut, antaranya ialah Rusia, Amerika Syarikat dan Syarikat Perkongsian Duff. Penentangan oleh penduduk negeri-negeri Melayu Utara terhadap penguasan Siam ke atas mereka telah menyebabkan mereka meminta bantuan daripada British. Siam juga gagal untuk menguruskan hal-ehwal dan kebajikan negeri-negeri tersebut, oleh itu British telah mendesak Pejabat Tanah Jajahan untuk meminta Siam menyerahkan negeri-negeri tersebut kepadanya. Kepentingan yang diperoleh British terhadap Negeri-negeri Melayu Utara ialah Siam mengakui kekuasan British di Kelantan dan Terengganu. Perjanjian British-Siam 1909 Ini adalah hasil daripada persetujuan antara British dengan Perancis untuk menamatkan persaingan untuk mendapatkan negeri-negeri melayu Utara dan untuk mengekang pengaruh Jerman di Asia Tenggara Siam menyedari negeri-negeri Melayu Utara, terutama Kedah tidak menguntungkan oleh itu dengan menyerahkan Kedah kepada British akan memberikan pulangan kepada Siam Bagi British negeri-negeri tersebut dapat dijadikan sebagai pangkalan dan pelabuhan dan ini akan menambahkan bilangan pelabuhan yang sedia ada khususnya di Asia Tenggara Perjanjian ini telah mengukuhkan kedudukan British di Tanah Melayu dan sebagai pemulaan pemisahan negeri-negeri tersebut dan penguasaan Siam Penutup/kesimpulan British berjaya menguasai Negeri-negeri Melayu Utara sepenuhnya dengan termeterainya perjanjian tersebut Pengaruh Siam ke atas Tanah Melayu semakin berkurangan, akhirnya British telah menggabungkan Negeri-negeri Melayu Utara dengan Negeri-negeri Melayu tidak bersekutu.

3. Huraikan reaksi penduduk pribumi terhadap campurtangan British di Sabah DAN Sarawak dari tahun 1850-an hingga 1915. PENDAHULUAN James Brooke dilantik menjadi gabenor Sarawak sejak tahun 1842. namun begitu pentadbiran Brooke di sarawk telah mencetuskan beberapa siri gerakan tentangan terhadapnya. Manakala di Sabah, Syarikat Berpiagam Borneo Utara telah mentadbir Sabah sejak tahun 1881. pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara ini juga telah ditentang oleh penduduk tempatan. PENENTANGAN DI SARAWAK 1. Kebangkitan Syarif Masahor di Sarawk (1851-1860) Syarif Masahor merupakan Gabenor di sarikei. Kebangkitan bermula apabila bersubahat dengan Dato Patinggi Abdul Gapur untuk menentang Brooke. Syarif masahor mendapat sokongan orang-orang Melayu Sarikei,

Mukah, Igan dan juga Iban yang disebut Pakatan Orang Melayu. Beliau juga terlibat dengan pergaduhan di antara Pengiran Arshad dan Pengiran Mutasin yang menyebabkan beliau diusir dari sarikei. Penentangan yang dilakukan olehnya dapat dipatahkan dan akhirnya beliau dibuang negeri ke Singapura. 2. Kebangkitan Rentap (1853-1861) Rentap seorang pembesar kaum Iban di Hulu Sungai Sekrang. Perubahan yang telah dibuat oleh Brooke menggangu punca penadapatan mereka dan telah bangun menentang Brooke. Pada 1853 beliau Berjaya menawan kubu Brooke di Sungai sekrang. Brooke bertindakbalas melancarkan serangan ke atas kubu rentap di Bukit Sadok dan Berjaya menewaskan Rentap pada 1861. 3. Kebangkitan orang-orang Cina (1857) Orang Cina melancarkan serangan terhadap Brooke kerana menghalang urusan perdagangan. 4. Kebangkitan Bantin (1893) Semasa charles Brooke menjadi Raja, seorang lagi pemimpin Iban telah bangkit menetang pemerintahan British. Bantin Hanya dapat ditewaskan pada tahun 1908. PENENTANGAN BRITISH DI SABAH 1.Kebangkitan Malingkote (Tahang) (1891) Pada tahun 1891 orang-orang murut di dareh Padas dan tenom telah bangkit menentang kerajaan British. Ia dimulakan oleh seorang ketua yang dipercayai mempunyai kuasa ghaib dan kebal. Ia perlu membayar keistimeawaan yang ada pada dirinya dengan memusnahkan bintang ternakan dan tanaman. Kebangkitan ini merebak hingga ke kawasan pedalaman dan Berjaya menyatukan beberapa kumpulan yang bermusuhan sebelum ini. Kebngkitan ini berlanjutan selama setahun dan dapat di kawal oleh pihak British. 2. Penentangan Mat Salleh (1895) Mat Salleh berasal daripada keturunan bajaudan sulu. Beliau dianggap pemimpin yang alim dan mempunyai ilmu yang luar biasa. Pada tahun 1894, pengikut Mat Salleh telah membunuh dua orang dayak di Sungai Sugut. British meminta supaya diserahkan pengikutnya kepadanya. Mat Salleh enggan, lalu pasukan Britishmenyerang kampung kediamannya di Jambangan. Mat Salleh pada Ogos 1895 telah pergi sandakan untuk berunding dengan pemangku gabenor Cook tetapi tidak diterima. Pada Ogos 1896 Mat salleh melancar serangan balas di Marudu dan disokongoleh penduduk Ranau dan Inanam. Mat Salleh juga melancarkan serangan terhadap British apabila British membina pejabat di Tambunan. Mat Salleh dan Pengikutnya melancarkan serangan ke kawasan-kawasan penyokong British. Pasukan Mat Salleh mengalami kekalahan apabila bertembung dengan pasikan British di kampung lalang dan kampung Tebuh. Akhirnya Kubu Mat Salleh di tawan dan Mat Salleh dilaporkan meninggal dunia pada januari 1900. Pengikutnya berjuang secara gerila sehingga dapat dipatahkan pada 1905.

3. Kebangkitan Rundum (1915) Kebangkitan ini dipimpin oleh pembesar Murut bernama Antanum. Beliau mendapat sokongan orang Murut di kawasan pedalaman Sabah. Antanum dan pengikutnya telah melancarkan serang dengan membakar daerah British di Pensiangan, kemudian marah ke Rundum tetapi pasukan mereka dapat disekat oleh British. Antanum membina kubu di Sg. Selangit tetapi kemudian diserang oleh British. Dalam serangan tersebut Antanum dan 400 orang pengikutnya telah terkorban. Kesimpulan. Kesimpulannya semua tentangan terhadap British di Sabah dan Sarawak berpunca daripada tindakan British camputangan dalam hal ehwal penduduk tempatan. Namun begitu semua tentangan ini berjaya dipatahkan.

4. Jelaskan peranan pertubuhan yang bercorak sosioekonomi di Tanah Melayu dari tahun 1918 hingga 1938 KEHENDAK SOALAN Menghendaki calon untuk menjelaskan tentang peranan pertubuhan-pertubuhan bercorak sosioekonomi yang muncul di Tanah Melayu sepanjang tempoh 1918 hingga 1938. Calon juga mestilah menjelaskan tentang matlamat pertubuhan tersebut. RANGKA JAWAPAN Pendahuluan Persatuan awal yang ditubuhkan di Tanah Melayu lebih cenderung terhadap keagamaan dan perpaduan Masyarakat melayu menubuhkan persatuan berbentuk sosioekonomi untuk memajukan ekonomi dan menyayingi penguasan oleh orang dagang terhadap ekonomi Tanah Melayu Pertubuhan ini bersifat setempat.

Isi-isi penting. Sifat sekulat nasionalisme melayu pada amnya adalah disebabkan tekanan politik dan ekonomi daripada orang dagang, terutama orang cina yang banyak memonopoli peniagaan d Tanah Melayu Pada tahun 1926, Kesatuan Melayu Singapura (KMS) telah ditubuhkan oelh sekumpulan Melayu yang berpendidikan Inggeris dan prsatuan ini berifat sosioekonomi Penubuhan Kelab Putera di Kota Bharu mempunyai dua tujuan utama, iaitu menyatupadukan masyarakat melayu Kelantan di samping membawa masyarakat Kelantan mencapai kemajuan dalam semua aspek kehidupan Penubuhan Persekutuan Setiakawan Belia bertujuan menyebarkan ilm pengetahuan melalui penghasilan buku-buku dan penubuhan perpustakaan Persatuan Melayu Perak dianggotai oleh kakitangan kerajaan dan bertujuan untuk memelihara nasib orang Melayu Perak, mengeratkan hubungan kerjasama di kalangan Melayu. Tujuan persatuan Melayu Pahang ditubuhkan untuk memajukan pendidikan dan ekonomi orang Melayu serta menyampaikan masalah ekonomi dan sosiol orang Melayu kepada pihak British. PASPAM berharap agar dapat memupuk perpaduan di kalangan orang Melayu Persatuan Melayu Selangor ditubuhkan untuk memajukan kaum Melayu, meningkatkan taraf pendidikan kaum Melayu, mendesak kerajaan supaya membenarkan orang Melayu menjurus kepada perkhidmatan awam.

Penutup/Kesimpulan Pertubuhan sosioekonomi bermotifkan perpaduan di kalangan orang Melayu. Selain itu pertubuhan tersebut berlandaskan ajaran agama Islam Golongan berpendidikan agama dari Timur Tengah telah memperjuangkan supaya orang Melayu kembali kepada ajaran Islam yang sebenar Masyarakat Melayu perlu disatukan dengan pertubuhan yang manta psupaya kekukuhan ekonomi akan terjamin.

5.Bincangkan syor-syor Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. KEHENDAK SOALAN Soalan ini mengkhendaki calon untuk membincangkan tentang syor-syor yang terkandung dalam pelembagaan Persekutuan Tanah Melayu. RANGKA JAWAPAN

Pendahulan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 merupakan kesinambungan daripada usaha membentuk sistem pemerintahan sendiri oleh British kepada Tanah Melayu. Seperti dalam perlembagaan 1948. Prinsip Demokrasi terus diterap dan merupakan asas kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, asas perpaduan kaum merupakan tunjang perlembagaan Persekutuan. Isi-isi penting Majlis Raja-raja masih dikekalkan sebagai lambang perpaduan dikalangan penduduk Tanah Melayu khususnya orang melayu yang dianggotai oleg sembilan orang sultan dan berperanan penting dalam pentadbiran tanah Melayu. Parlimen Tanah Melayu mempunyai dua dewan utama, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara Kewujudan dewan perwakilan adalah untuk rakyat supaya dapat memudahkan pemerintahan negara melalui wakil yang telah dilantik dan dipilih, di mana segala dasar dan undangundang negara akan digubal. Taraf kewarganegaraan dipermudahkan tetapi masih tertakluk kepada beberapa syarat antaranya sesiapa yang lahir dipersekutuan Tanah Melayu selepas merdeka akan mendapat kerakyatan Tanah Melayu, malahan mesti mengakui taat setia kepada Tanah Melayu dan boleh bertutur dalam bahasa melayu. Hak keistimewaan orang melayu terjamin dalam perlembagaan, iaitu sebagai kaum pribumi , segala kemudahan akan diberi keutamaan kepada prang melayu khususnya dalam mendapatkan tanah, jawatan perkhidmatan awam, manakala agama Islam dan bahasa Melayu mendapat taraf rasmi di Tanah Melayu. Penutup Walaupun Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 digubal dan diilhamkan oleh pihak British namun masih mengekalkan unsur-unsur pemerintahan tradisional seperti peranan sultan ataupun raja Peranan rakyat sebagai penentu pemerintahan negara telah digunakan melalui sistem demokrasi yang dilaksanakan dalam pilihan raya. Orang melayu turut mendapat pembelaan sebagai kaum pribumi, pada masa yang sama orang dagang tidak dipinggirkan dalam perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu1957. Kemerdekaan telah mendedahkan para pemimpin negara kapada cabaran untuk membangun dan memajukan Tanah Melayu.

6. Bincangkan ciri-ciri demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia. KEHENDAK SOALAN Soalan ini menghendaki untuk membincangkan ciri-ciri demokrasi yang terdapat dalam pemerintahan Malaysia. Antara amalan demokrasi yang terdapat dalam pemerintahan di Malaysia ialah raja berperlembagaan, perlembagaan dan pilihanraya. RANGKA JAWAPAN Pendahuluan Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dalam semua hal-ehwal pentadbiran dan pemerintahan sejak negara mencapai kemerdekaan. Sistem demokrasi berparliemn merupakan tunjang utama ke arah kestabilan politik dan perpaduan di kalangan rakyat di Malaysia. Demokrasi meliputi semua aspek dalam pentadbiran sama ada di peringkat pusat mahupun negeri Isi-isi penting Raja berperlembagaan merupakan ciri utama pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia

Yang Di Pertuan Agong merupakan ketua negara yang memainkan peranan penting dalam pemerintahan negara, terutama sebagai lambang keagungan dan perpaduan di kalangan penduduk di Malaysia Ketua negeri sama ada sultan atau yang Dipertuan Negeri menjalankan tugas mereka berdasarkan perlembagaan negara, ini menunukkan bahawa sistem demokrasi berparlimen sememangnya di amalkan di negara ini. Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia, ianya merupaka panduan utama bagi menentukan corak pemerintahan, malahan perlembagaan merupakan sumber segala undang-undang yang bakal digubal sama ada di perinkat pusat mahupun negeri Parliemn meruapakan institusi pentadbiran tertinggi di Malaysia, merupakan lambang demokrasi, parlimen bertanggungjawab dalam merangka dasar dan undang-undang negara Di parlimen terdapat beberapa bahagian yang jelas menunjukkan bahawa sistem demokrasi sememangnya di amalkan seperti Yang Diperuan Agong, Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Pilihan raya dijalankan setiap lima tahun sekali bagi memlilih wakil-wakil rakyat dalam parlimen mahupun Undangan Negeri. Pilihan raya yand diadakan akan memilih wakil yang terdapat suara paling ramai oleh rakyat, ini merupakan simbol utama demokrasi rakyat secara majoriti.

Penutup Demokrasi berparlimen yang di amalkan di Malaysia dapat mengekalkan kestabilan politik, kemakmuran ekonomi dan perpaduan kaum, institusi pemerintahan yang terdapat di Malaysia sememangnya menerap unsur-unsur demokrasi. Yang Dipertuan Agong dan Perlembagaan merupakan lambang sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.

BAHAGIAN B 7. Hierarki sosial yang wujud mengukuhkan sistem beraja di Asia. Bincangkan KEHENDAK SOALAN Soalan ini berbetuk perbincangan dan calon mestilah membincangkan hierarki sosial di Asia dan sejauhmanakah sistem heirarki ini mampu mengukuhkan kedudukan sistm beraja.

RANGKA JAWAPAN Pendahuluan Masyarakat Tradisional di Asia tebahagi kepada dua golongan utama, iaitu golongan yang memerintah dan golongan diperintah. Kewujudan kierarki sosial dalam masyarakat di Asia ditentukan oleh faktor kekayaan dan kekuasaan Golongan yang memiliki pengaruh dan harta akan berada di atas sistem pemerintahan beraja yang wujud di Asia bertunjangkan sokongan daripada golongan bawahan Raja di anggap wakil Tuhan dan rakyat bawahan mesti taat setia. Isi-isi penting Raja atau maharaja memainkan peranan penting dalam masyarakat di Asia. Raja akan bertindak sebagai ketua kerajaan Raja merupakan utusan Tuhan untuk menjalankan pemerintahan dan menjaga kebajikan rakyat. Raja di anggap suci dan mesti dihormati oleh rakyat sebagai tanda taat setia. Sistem beraja mendapat pengaruh daripada agama Hindu dan Buddha. Raja dianggap sebagai pusat alam semesta.. Raja mempunyai tugas yang luas seperti meggubal undang-undang dan ketua hakim. Raja juga menguasai perekonomian negara.

Raja-raja di Asia memiliki keistimewaan yang meletakkan mereka di tempat yang tinggi dalam masyarakat..Konsep taat setia dan daulat mengukuhkan kedudukan mereka Hierarki sosial pemerintah dikukuhkan lagi dengan kewujudan golongan bangsawan dan pegawai tinggi kerajaan yang bertugas sebagai nadi dan tulang belakang pemerintahan beraja. Masyarakat bawahan pula terdiri daripada tukang, petani dan hamba. Golongan ini mempengaruhi sistem politik dan ekonomi negara kerana menjadi sumber daya manusia. Tenaga mereka dikerah apabila diperlukan. Terdapat juga golongan paling bawah dalam struktur masyarakat iaitu golongan hamba abdi. Golongan ini dimiliki oleh raja atau golongan bangsawan. Golongan hamba abdi dianggap harta atau kekayaan. Di Asia mobiliti sosial boleh berlaku terutama golongan awahan yang menduduki kelas pertengahan. Kedaan ini dtentukan oelh taraf pendidikan.

Penutup Dalam masyarakat tradisional di Asia mobiliti sosial berlaku. Masyarakat bawahan berpeluang memperbaiki status sosial Ketaatan masyarakat diperintah memperkukuhkan sistem beraja Raja berusaha untuk mengurangkan ancaman terhadap kerajaan

8. Huraikan perkembangan ekonomi komersial di Asia Tenggara pada abad ke-19 KEHENDAK SOALAN Soalan ini meminta calon menekankan ekonomi komersial di Asia Tenggara pada abad ke-19. Calon wajar memberikan contoh yang sesuai meliputi beberapa buah negara yang tedapat di Asia Tenggar. RANGKA JAWAPAN Pendahuluan Kehadiran bangsa asing khususnya Barat telah mengubah situasi ekonomi trdisional, dengan kehadiran Barat modal yang banyak telah mempengaruhi perkembangan ekonomi sosial Perkembangan ekonomi komerisal di Asia Tenggara disebabkan hasrat barat untuk mengukuhkan kepentingan mereka, secara langsung penduduk di Asia Tenggara telah terdedah dengan pelbagai bentuk ekonomi baru yang sebenarnya berasaskan daripada ekonomi sara diri seperti perdagangan antarabangsa , pertanian dan perlombongan. Isi-isi penting Pihak penjajah Barat telah menjadikan kawasan Asia Tenggara sebagai kawasan pertanian yang maju, memandangkan kawasan Asia tenggara mempunyai tanah-tanih yang subur, maka pihak barat telah memperkenalkan tanaman baru yang sangat diperlukan di pasaran antarabangsa, antaranya koi, getah dan tebu. Pihak barat tlah memperkenalkan sistem ekonomi untuk memajukan sektor pertanian di Asia Tenggara seperti Sistem Polo di Filipina, Sistem tanaman paksa, dasar liberal dan sebagainya di Indonesia. Sistem ekonomi yang diperkenalkan oleh barat sebenarnya bertujuan untuk mengaut keuntungan sebanyak mungkin untuk di bawa ke negara asal. Ekonomi komersial diperkenalkan oleh barat sebenarnya sangat berlainan dengan ekonomi sara dir. Saiz dan hasil daripada ekonomi komersil menunjukkan peningkatan yang ketara, malahan pelbagai teknik dan peralatan yang canggih telah diperkenalkan untu meningaktkan pengeluaran.

Pemodal barat tlah memperkenalkan kaedah perlombongan bijih timah yang elbih efesian seperti kapal korek dan Pam Kelikir Kekayaan bahan mineral yang terdapat di Asia Tenggara seperti emas, tembaga, pertoleum dan sebagainyatelah mendodrong pemodal asing untuk melabur sdlam sektor perlombongan. Syarikat Asing telah membiayai usaha untuk mencar gali galian berharga yang terdapat di Bumi Asia Tenggara. Negara-negara yang terdapat di Asia Tenggara telah melakukan hubungan dagangan dengan bangsa lain seperti British, Perancis, Sepanyol. Hasil yang dipedagangkan seperti pertanian dan perlombongan.

Penutup Hubungan dengan Barat telah mendorong perkembangan ekonomi komersial di rantau Asia Tenggara Bangsa Barat berjaya memperkenalkan ekonomi komersial kerana berjaya menguasai politik di aAsia Tenggara Akibat secara langsung daripada perkembangan ekonomi komersial terhadap kehidupan rakyat di Asia Tenggarai ialah penduduk tempatan kehilangan sumber pendapatan kerana tidak mampu bersaing dengan pemodal Barat yang kaya.

9. Bincangkan implikasi Perjanjian Bowring (1855) dan Perjanjian Nanking (1842) terhadap negara masing-masing. Pengenalan Akibat Revolusi Perindustrian, kuasa Barat menjalankan dasar imperialisme untuk mencari tanah jajahan yang dapat membekalkan bahan mentah dan pasaran baru. British menandatangani perjanjian Bowring dengan Raja Mongkut pada tahun 1855 manakala perjanjian nangking dengan pihak China pada tahun 1842. kedua-dua perjanjian mempunyai implikasi tertentu. Isi-isi penting Implikasi Perjanjian Bowring Permulaan dasar buka pintu Hubungan Diplomatik yang erat Kemerdekaan Siam tetap terpelihara Pembukaan Siam kepada perdagangan antarabangsa Britain muncul sebagai pelabur utama Penguasaan Perdagangan orang cina di Siam tamat. Implikasi Perjanjian Nanking Permulaan dasar buka pintu Permulaan pencerobohan kuasa asing Penyerahan Hong Kong kepada British Kemorosotan Dinasti manchu Kemorosotan ekonomi China Penutup Kedua-dua perjanjian tersebut sebagai jalan untuk Barat camputangan di negara-negara Asia dan seterusnya mengaut keuntungan yang tedapat di negara-negara AsiaTenggara.

10. Fahaman Marxisme telah berkembang di Indonesia dan Vietnam pada abad ke-20. Bincangkan. RANGKA JAWAPAN Pendahuluan

10

Parti Komunis Indo-China dan Parti komunis Indonesia bangkit awal abad ke-20. PKC ditubuhkan 1930 PKI ditubuhkan 1920 Kedua-dua parti bertujuan menggulingkan pemerintah tempatan, mendapat kemerdekaan & tubuhkan republic komunis.

ISI Perjuangan PKC Parti Kebangsaan Vietnam berjuang gulingkan pemerintah Perancis & lancer pemberontakan 1929. Percubaan gagal parti ini musnah & pemimpin ditangkap & dibunuh Wujud kekosongan dlm gerakan nasionalisme Vietnam Memberi peluang penubuhan Parti Komunis Indo-China 1930 Ditubuhkan secara rahsia di Hong kong oleh Ho Chi Minh Parti ini mendapat bantuan dari Rusia & China Tujuan utk mendapat kemerdekaan Vietnam melalui dua peringkat iaitu menubuhkan negara demokratikk yang bersifat kelas pertengahan dan peringkat kedua melancarkan revolusi massa Utk mencapai tujuan, parti i ni menyebarkan dakyahnya melalui petani & buruh Kaum petani diseru menentang Perancis Menganjurkan pemogokan untuk melumpuhkan ekonomi 1931, parti ini menghasut petani melaksanakan pemberontakan di Tongking Banyak kekacauan melatus di Annam Tengah & Cochin-China Ho Berjaya menubuhakan soviet di wilayah Annam-Ha & Nghe An Kerajaan Perancis bertindak dengan menindas pemberontak. Ramai dibunuh & Ho dipenjarakan di Hong Kong Parti merosot & lumpuh beberapa tahun Selepas 1935 parti ini disusun semula menjadi barisan bertindak dan bekerjasama menentang Fasis Parti ini diarahkan Komintern untuk menukar dasar anti-perancis kepada dasar perdamaian & bekerjasama dgn Perancis menentang gerakan Fasis Italy, Jerman & Jepun Kerjasama ini bertahan sehingga 1939 Perancis menindas komunis & terpaksa bergerak bawah tanah.

Parti Komunis Indonesia Parti Komunis Indonesia berasal dari Kelab Demokratik Sosial Indies (ISDV) yang bersikap antiBelanda ISDV meresap fahaman komunis dalam Sarekat Islam Ahli SI seperti Semaun & Darsono tertarik dengan fahaman komunis 1923, Kongres Sarekat Islam menetapkan ahli SI tidak boleh menjadi ahli pertubuhan lain Ramai ahli cenderung pada komunis keluar parti PKI yang ditubuhkan 1920 menubuhkan Sarekat Rakyat & Sarekat Merah di beberapa bandar di Indonesia PKI bekerjasama dengan Rusia & Komintern untuk gulingkan Belanda Pemogokan dilancarkan oleh Tan Melaka gagal. Beliau ditangkap dan dibuang negeri Semaun telah mengambilalih & melancarkan pemogokan tetapi gagal PKI melancarkan revolusi menentang Belanda tetapi dipatahkan Belanda Belanda mengharamkan PKI Revolusi ini gagal kerana tidak ada sokongan Komintern & Rusia, kaum tani, perpecahan dlm parti antara pemimpin revolusioner dgn pemimpin Liberal dan kerajaan Belanda yang menindas

KESIMPULAN Parti Komunis Indo-China lebih mantap perjuangannya & dapat sokongan kuat dari China

11

Parti ini berjaya menubuhkan pemerintahan komunis di Vietnam Utara PKI pula tidak berjaya dalam perjuangannya menggulingkan Belanda Selepas kegagalan revolusi, PKI turut diharamkan

11. Huraikan perjuangan kemerdekaan Filipina daripada Amerika Syarikat dan Burma daripada British. KEHENDAK SOALAN Calon hendaklah menerangkan tentang perjuangan kemerdekaan Filipina dari Amerika Syarikat dan Burma daripada British. Perjuangan kemerdekaan Filipina bersifat diplomasi tanpa melibatkan revolusi bersenjata. Manakala di Burma pula usaha-usaha para nasionalis Burma untuk mencapai kemerdekaan. RANGKA JAWAPAN Pendahuluan Pada tahun 1933, Amerika syarikat merancang memberikan kemerdekaan kepada Filipina tetapi disebabkan pendudukan Jepun usaha ini terbantut Pendudukan Jepun di Filipina banyak memberi manfaat dan mendapat kerjasama daripada penduduk Filipina. Selepas tamat perang dunia kedua, Amerika Syarikat telah kembali ke Filipina . Para nasionalis berusaha untuk mencapai kemerdekaan melalui rundingan atau diplomasi. Selepas perang dunia kedua British telah membuka ruang kepada rakyat Buma untuk menuntut kemerdekaan, para Nasuionalis Burma telah membuat rundingan dengan British supaya memberi kemerdekaan. Golongan nasionalis menggunakkan cara diplomasi untuk mencapai kemerdekaan, malahan British turut membantu Burma mempesiapkan kemerdekaan. Isi-isi penting. Filipina Rakyat Filipina telah berusaha menuntut kemerdekaan daripada penjajah Amerika Syarikat pada tahun 1920-an. Pemimpin Filipina telah menghantar rundingan kemerdekaan ke Amerika Syarikat. Utusan Amerika telah di hantar ke Filipina untuk meninjau kesedian kemerdekaan tetapi mengecewakan kerana rakyat Filipina belum bersedia. Rombongan kali kedua untuk mendapatkan kemerdekaan telah dihantar. Walaupun usaha ini gagal tetapi telah membuka jalan untuk mencapai kemerdekaan melalui Rang Undang-undang Hare-hawescutting diluluskan di Amerika. Rang undang-undang tersebutmenyatakan kesediaan Amerika Syarikat untuk memberi kemerdekaan kepada Filipina, malangnya Majlis Perundanag Filipina menolak syarat pembinaan pangkalan tenter a Amerika di Filipina. Pada tahun 1934 Quezon mengetuai rombongan ke Amerika Syarikat untuk mempercepatkan kemerdekaan Filipina Rombongan itu berjaya memujuk Senat Amerika Syarikat supaya meluluskanUndang-undang TydingMcDuffie yang mengandungi pengiktirafan kemerdekaan Filipina dalam tempoh 10 tahun Selepas perang dunia kedua , Amerika Syarikat yang kembali ke Filipina untuk memutuskan supaya plilinah raya untuk memilih pemerintah akan dilaksnankan pada januari 1946. Parti Liberal di bawah pimpinan Manuel Roxas telah berjaya meraih kejayaan dan membentuk kerajaan Filipina yang merdeka. Kemerdekaan Filipina telah diisytiharkan pada 4 Julai 1946

Burma Pada ogos 1846 Aung San bersama-sama dengan Liga Kemerdekaan Rakyat Anti-Fasis (LKRAF) telah mendapat kebenaran daripada Gabenor British di Burma, iaitu memberi kebenearan supaya Majlis Menteri dibentuk untuk mendapatkan kemerdekaan secara perundingan daripada kerajaan British

12

Perjuangan kemerdekaan Burma telah diusahakan oleh golongan nasionalis, ini dimulakan sebaik saja British kembali memerintah Burma Pentadbiran tentera oleh British telah melambatkan proses pemberian kemerdekaa, oleh yang demikian pada spetember 1946 telah berlaku satu tunjk perasaan dikalangan pelajar, nasionalis dan kakitangan awam. Aung San berjaya mneredakan tunjuk perasaan dan akhirnya beliau dilantik menjadi perdana menetri sementara Burma Bagi mempersiapkan kemerdekaan Burma, British mencadangkan supaya perlembagaan Burma di gubal sebelum kemerdekaan dapat diberikan, oleh itu satu rombongan ke London pada Januari 1947 yang dianggotai oleh Aung San , Ba Sein dan Thakin Mya Perbincangan tersebut berjaya menetapkan tarikh untuk melaksanakan proses pilihanraya bagi pemilihan wakl-wakil rakyat. Pada april 1947 prsiapan rapi untk melaksanakan pilihanraya telah dibuat, dalam pilihanraya tersebut Dewan perwakilan yang mengandungi 255 kerusi telah ditandingi oleh LKRAF Kepurusan pilihanraya telah menunjukkan parti Aung San telah berjaya meraih undi majoriti dengsn memenangi 248 kerusi selebihnya dimenangi pihak komunis Dengan kemenangan tersebut British telah memberi mandat kepada LKRAF untuk menggubal perlembagaan Burma pada Jun 1947 Dalam proses penggubalan perlembagaan dan perundingan pada Julai 1947, Aung San bersama lima tokoh nasionalis dibunuh, oleh itu para nasionalis sebulat suara melantik U Nu sebagai Perdana Menteri Burma bagi meneruskan rundingan dengan British Pada september 1947 U Nu perlembagaan baru untuk Burma yang merdeka telah diluluskan Pada oktober 1947, U Nu telah ke London untuk mendapatkan pengakuan sekaligus menandatangani perjanjian dengan British tentang kemerdekaan Burma Persetujuan telah dicapai dan pengisytharan kemerdekaan telah dibuat pada 4 Januari 1948 Penutup Rakyat Filipina dan Burma telah berjuang dan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah masing-masing Kedua-dua negara ini menggunakan cara perundingan dan diplomasi yang akhirnya mendapat kemerdekaan tanpa pertumpahan darah. Pendekatan yang digunakan oleh kedua-dua negara ini telah mempengaruhi negara-negara lain yang belum mencapai kemerdekaan untuk menggunakan pendekatan yang sama.

12. Bincangkan struktur pentadbiran Negara Thai, Burma dan Vietnam selepas Perang Dunis Kedua. RANGKA JAWAPAN Pendahuluan Ketiga-tiga Negara mempunyai struktur pentadbiran masing-masing Negara Thai mengamalkan system beraja berperlembagaan Struktur pemerintahan Burma lebih banyak meniru gaya pemerintahan British Pemerintahan Vietnam berideologikan komunis Isi-isi penting Negara Thai mengamalkan system pemerintahan beraja Tiga badan utama, eksekutif, perundangan & kehakiman Eksekutif badan tertinggi laksanakan pemerintahan diketuai oleh Perdana Menteri yang mengetuai kabinet kerajaan Kabinet terdiri dari menteri2 dilantik dikalangan wakil rakyat Perundangan dua dewan, Dewan Senat & Dewan Undangan Negeri Perundangan menggubal & meluluskan undang2 negara

13

Kehakiman bertanggungjawab dalam hal keadilan Burma terdapat Dewan Kebangsaan & Dewan Rendah Anggota kedua-dua dewan dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya 4 tahun sekali Pentadbiran tempatan 3 bahagian Paling luas dikenali sebagai Burma Sebenar terdiri daripada bandar & kampung yang ditadbir secara langsung oleh kerajaan pusat Terdapa juga Wilayah atau negeri autonomi Wilayah yang ketiga ialah wilayah istemewa Pemerintahan Vietnam terbahagi kepada dua, Vietnam Utara & Vietnam Selatan Terdapat badan perundangan di V.Utara V.Utara dibahagikan kepada 3 wilayah Terdapat juga badan perundangan di Vietnam Selatan Pentadbiran V.Selatan dibahagikan kepada 40 wilayah Penutup Masing-masing mempunyai struktur pemerintahan tersendiri Membentuk pentadbiran yang kemas dan mantap Menggunakan unsur-unsur Barat dalam pentadbiran

14

You might also like