You are on page 1of 7

06/09/2012

CALON vs PARTI & MANIFESTO : MANAKAH LEBIH PERLU PERTIMBANGAN


Oleh Dr. Zaharuddin Abdul Rahman

06/09/2012

Panduan Ilahi Dalam Memilih Pemimpin


Firman Allah swt : Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dipercayai ( al Qasas : 26)

Berdasarkan ayat tersebut, sebaik-baik cara pemilihannya adalah berdasarkan kualiti dan merit berikut:1- KUAT 2- AMANAH
: : : : . :

Pun begitu, sebagaimana kita faham, apabila ia dimaksudkan terbaik' maka, terdapat cara lain yang masih dianggap baik', tidak buruk dan tidak juga tergolong dalam larangan. Pemilihan berdasarkan sebab-sebab selain merit tetapi munasabah menurut adat dan praktis yang sihat.

06/09/2012

Nabi s.a.w bersabda: , ,

, Sesungguhnya seorang imam (pemimpin) itu merupakan pelindung. Dia bersama pengikutnya memerangi orang kafir dan orang zalim serta memberi perlindungan kepada orang-orang Islam. Sekiranya dia menyuruh supaya bertakwa kepada Allah dan berlaku adil maka dia akan mendapat pahala, akan tetapi sekiranya dia menyuruh selain dari yang demikian itu, pasti dia akan menerima akibatnya. Muslim no 1841.

Nabi SAW bersabda : )) , . , )) , ((. : (( . , . Sebaik-baik pemimpin kamu ialah kamu mengasihi mereka dan mereka mengasihi kamu, mereka mendoakan kamu dan kamu mendoakan mereka. Dan seburuk-buruk pemimpin ialah kamu membenci mereka dan mereka membenci kamu dan kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu. Sahabat-sahabat pun berkata, Bolehkah kami menentang mereka? Jawab Nabi, Tidak, selama mana mereka tetap menegakkan solat. Apabila kamu melihat sesuatu yang kamu benci dilakukan oleh pemimpin kamu, hendaklah kamu bencikan perbuatannya itu. Jangan kamu lari dari mentaatinya Muslim no 1855.

06/09/2012

Nabi bersabda : )) (( Sesungguhnya mereka (pemimpin) yang adil berada di sisi Allah di atas mimbar-mimbar (tempat yang tinggi) yang dicipta dari cahaya yang mempunyai darjat yang baik dan tinggi di sisi al Rahman. Kedua dua tangan Allah adalah mulia dan tinggi. (Kelebihan ini disediakan kepada) mereka yang adil di dalam pemerintahan, ke atas keluarga dan apa-apa yang ditadbir oleh mereka. Muslim no 1827.

Calon Atau Parti?


Hipotesis realiti menunjukkan : Parti menentukan hala tuju keputusan setiap calon sebelum dan selepas berkuasa. Setiap calon terikat dengan dasar dan manifesto parti dalam keputusan besar atau sebahagian yang kecil. Namun dalam hal-hal kebajikan yang bersifat neutral, kebanyakkannya bebas dari dasar parti kecuali apabila ia menyentuh dasar yang sedia ada i.e air percuma, pendidikan percuma etc. Amat jarang kedapatan calon yang berani melanggar keputusan parti walaupun untuk menegakkan kebenaran.

06/09/2012

Calon masih boleh berfungsi secara bebas dalam kawasan masingmasing selama mana berada dalam ruang lingkup yang tidak bercanggah dengan parti dan manifesto. Mengundi calon bukan lagi atas dasar individu tetapi di atas dasar parti dan manifesto. Justeru, mengundi parti dan manifesto adalah lebih perlu diberi pertimbangan mendalam berbanding calon. Kandungan manifesto adalah alat keberkesanan wakil rakyat yang dipilih. untuk rakyat menguji

Justeru, pemilihan di ketika mengundi LEBIH PATUT dilakukan dengan merujuk kepada PARTI, GABUNGAN dan MANIFESTONYA Itu lebih tepat dalam konteks hari ini, Ia mungkin berubah berdasarkan tempat, masa, calon dan sebagainya.

06/09/2012

Hasil daripada penelitian terhadap realiti tersebut, kita mendapati bahawa setiap calon seolah-olah hilang sebahagian besar kebebasan individunya kecuali dalam beberapa perkara. Sebab itu, pendapat yang rajih ialah membuang undi berdasarkan parti dan manifesto adalah lebih penting berbanding calon KECUALI dalam keadaan berikut :

Bila Pilih Calon ?


Kredibiliti CALON menunjukkan kemampuannya mendokong kebenaran mengatasi ikatan & kongkongan dasar parti atau gabungan masing-masing. Manakala calon lawannya adalah seorang yang naif dalam partinya. Kedua-dua parti mempunyai track record, manifesto dan dasar yang hampir sama. Kekuatan CALON perlu dilihat ketika itu, khususnya yang paling bermoral patut diutamakan.
Kedua-dua parti membawa mudarat lebih dari manfaat. Ketika itu memilih CALON yang kurang mudarat dan lebih berkelayakan adalah lebih terpakai.

Kedua

Ketiga

06/09/2012

Konklusi

Ketiga-tiga item tersebut perlu dilihat namun secara UMUMnya PARTI dan MANIFESTO adalah LEBIH PATUT diberi pertimbangan berbanding calon.

Individu calon juga perlu diberi perhatian tetapi adalah sebagai pertimbangan sokongan di samping parti dan manifesto

Sekian, terima kasih.

You might also like