You are on page 1of 3

Melihat pada Negara Malaysia sekarang, hubungan antara etnik yang membentuk masyarakat plural adalah pemandangan yang

terindah dan terbaik didunia pada zaman ini. Perancangan ekonomi Negara yang bermula dari awal kemerdekaan menjadi kan Malaysia Negara dunia ketiga yang maju berbanding Negara ASEAN yang lain. Dari sebuah Negara yang hanya mengharapkan komoditi rendah dan pertanian dalam era 60-an, Malaysia pada hari ini telah menjadi ransangan ekonomi berpandukan eksport melalui industri yang tinggi. Malaysia telah menghapuskan pengenalan etnik yang berpandukan sektor ekonomi, dimana semua warga Negara ini mampu berdaya saing antara satu sama lain dalam mengejar kesamaan ekonomi. Pperancangan ekonomi yang baik telah memberi peluang kepada semua etnik untuk mendpat kebaikan daripada pembangunan Negara yang semakin pesat dan berterusan. Orang Cina tidak lagi dikatakan memonopoli perniagaan di Bandar dan perusahaan besar, kerana orang Melayu dan India juga telah mempunyai pemilikan perniagaan yang baik dan bernilai berjuta-juta ringgit. Orang Melayu juga tidak lagi dikatakan hanyalah petani dan nelayan yang miskin, tetapi telah meningkat secara seiring dengan pembangunan Negara. Maysarakat India yang dikatakan hanya tinggal diladang dan bidang pengankutan keretapi juga mampu menjadi pemilik syarikat dan menyertai industri ang lain. Jurang perbezaan antara etnik telah dihapuskan, walaupun tidak sepenuhnya, namun ini adalah reality yang Negara kita mempunyai rakyat yang hidup mewah dan harmoni berbanding Negara lain yang hidup dalam kadar kemiskinan yang tinggi dan kacau bilau, akibat daripada persengketaan anara suku kaum, agama dan status. Semua ini telah dapat dielak oleh kerajaan yang sensitive dengan hunbungan antara etnik dalam Negara ini. Namun terdapat perkara yang perlu diubah oleh kerajaan untuk memperbaiki lagi kesejahteraan masyarakat di dalam Negara ini. Kekacauan antara kaum jarang berlaku dinegara ini, namun tidak dinafikan jikalau akan berlaku, keran sentiment-sentimen perkauman dan keagamaan adlah pencetus kepada kekacauan di Negara jiran yang akan mempengaruhi nagara kita. Sebagai Negara yang mempunyai rakyat berbilang bangsa dan agama, kerajaan perlu mempunyai pelan tindakan yang drastic bagi menjaga keamanan Negara kita ini. Saya menyokong tindakan kerajaan untuk menangkap anasir-anasir yang memecah belahkan masyarakat dan mengunakan kuasa atau pengaruhnya untuk menganggu kesejahteraan Negara. Tapi tindakan yang diambil seharusnya mempunyai bukti yang kukuh dan sahih. Bukannya desas-desus atau pertuduhan yang melulu. Ini akan menjadi alasan kepada pihak yang ingin meraih

kemenangan atau publisiti murah bagi mendapatkan sokongan untuk merampas kuasa dari kerajaan atau menimbukkan kekacauan. Pengenalan Islam Hadhari dalam pentadbiran Negara adalah sangat baik dan merupakan rencana yang dpat mengukuhkan laki hubungan antara kaum di Negara Malaysia ini. Islam merupakan agama rasmi dalam Negara ini dan seharusnya dikuti oleh masyarakat undang-undang yang diketengahkan untuk kesjahteraan kita. Agama Islam mengajar umatnya untuk hidup dengan harmoni penganut agama yang lain. Ajaran ini juga diajar oleh penganut agama lain, persefahaman seperti ini perlu bagi Negara yang mempunyai masyrakat yang berbilang kaum dan agama. Pengaruh Islam dalam pentadbiran Negara ini perlu dipertingkatkan dan undangundang di Negara perlu diselaraskan dengan undang-undang agama Islam bagi menjaga penganut agama islam dan menjadi ikutan kepada penganut agama lain. Contoh seperti ini dapat dilihat di sekolah-sekolah pada zaman ini, pelajar-pelajar islam diwajibkan menutup aurat semasa berada disekolah, penganut agama lain digalakkan mengikuti amalan ini, justeru itu, semua pelajar yang berada disekolah memakai pakaian yang menutup aurat dan ramai pelajar bukan islam menutup aurat tapi tidak sehingga memakai tudung. Kerana memakai tudung hanya bagi yang beragama Islam sahaja. Melihat pada ini, perpaduan dapat dilihat disekolah-sekolah dan perpaduan sepatutnya diamalkan disekolah-sekolah. Pelajar bolaeh diasuh dan ditanam dengan sikap perpaduan yang akan menjadi amalan mereka apabila mereka keluar dari alam persekolahan. Apabila pelajar memahami apa itu Islam Hadhari, pelajar dapat mengamalkan konsep Islam hadhari. Setelah melihat dan mengkaji perancangan dan perlaksanaan yang dijalankan oleh kerajaan, saya mendapat perseptif baru dalam perhubungan etnik. Walaupun saya telah mengamalkan perpaduan antara kaum, namun pemahaman kenapa Kaum tertentu dilihat lebih dari bangsa saya adalh jelas. Kaum Melayu tertinggal jauh kebelakang dalam arus pembangunan, namun kerajaan telah berjaya menaikkan tarak orang melayu sehingga dapat bersaing dengan kaum yang lain. Kita seharusnya mengambil peluang yang diberikan oleh kerajaan dan mencapai kejayaan untuk meningkatkan martabat bangsa kita. Saya memang cintakan keamanan, namun keamanan yang saya rasai sekarang seperti goyah oleh ketidak stabilan politik pada zaman ini. Setelah membuat kajian yang diberikan iini, timbul kesedaran untuk meyakinkan anak didik saya untuk bersyukur dengan keamanan yang dikecapi dan menjaganya walaupun mereka berada diluar sekolah. Saya berasa bertaggungjawab untuk memnerapkan perpaduan dalam diri anak didik saya.

Dalam penghasilan tugasan ini mungkin terdapat kecacatan yang ketara, dan saya akui masa yang diberikan untuk menghasilakn tugasan ini agak singkat. Ini kerana masa saya bertugas dan pelbagai tugasan pendek yang diberikan yang perlukan perhatian. Namun saya dapat memperbaiki semua itu andai masa yang saya ada dapat ditambah agar saya dapat memberikan yang lebih baik dan lebih berkualiti.

You might also like