You are on page 1of 147

Izzul Izzati

bab

OMBOL pintu yang tidak berkunci direntap dan dipulas dengan rasa geram. Daun pintu yang terkuak dibiarkan terhempas sendiri. Bunyi dentuman kedengaran kuat bergema. Biar terasa bingit gegendang telinga, biar terasa mahu gugur jantung sesiapa yang mendengar. Dia tidak peduli. Hatinya benar-benar dihenyak dengan rasa bengang. Jiwanya betul-betul sakit. Nalurinya terselinap rasa luka yang begitu pedih tatkala mengenangkan diri diperalatkan demi kepentingan dan kebahagiaan orang lain. Sedangkan hati sendiri sakit terdera. Arghh!! Terlepas jua perasaan geram dan marah yang sedang saling bertindih dengan rasa kecewa. Kunci kereta di tangan dicampakkan ke atas meja. Berdeting-deting bunyinya ketika berlaga dan bergesel dengan permukaan meja kaca.

kuseru kasihmu

Dihempaskan pula badan ke sofa panjang sambil menghela nafas berat. Seberat beban di kepala ketika itu. Lengan tangan digalas ke dahi dan mata dipejamkan rapat. Seboleh-bolehnya mahu melenyapkan segala bentuk rasa perasaan yang nyata sarat membelenggu emosi. Biarpun minda sedang berselirat, dia sebenarnya masih sedar aksinya itu sedang diperhatikan dan dipertontonkan oleh Emilia, teman serumahnya yang kebetulan turut berada di ruang tamu. Dia tidak peduli apa pun penilaian Emilia tentang dirinya kala itu. Dibiarkan Emilia membuat tafsiran sendiri. Kali ini, dia benar-benar tidak mampu membendung lagi segala macam bentuk tekanan yang sememang telah lama bersarang di jiwa. Telah lama terpendam. Bila-bila masa saja boleh meletus bak gunung berapi. Emilia yang sedang memerhati hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala. Dia tidak perlu bertanya kerana dia sudah mengetahui jawapannya. Dia juga dapat membaca apatah lagi meneka apa yang sedang dialami oleh Afrina pada waktu itu. Bukan kali ini sahaja Afrina berkelakuan sebegitu. Sudah tiga tahun mereka tinggal serumah. Emilia sudah masak dengan perangai Afrina. Malah, dia faham kenapa dan mengapa. Dia juga mengetahui sebab-musababnya. Cuma kali ini, emosi Afrina nampak begitu tertekan. Rina, kau okey, ke? sapa Emilia perlahan sejurus emosi Afrina tampak tenang. Mendengarkan suara Emilia, perlahan-lahan Afrina membuka kelopak mata. Raut wajah teman serumahnya itu dipandang dengan renungan yang kosong tanpa emosi. Aku rasa lebih baik kau tukar aje tempat kerja, Rina. Tak adalah kau tension macam ni, ujar Emilia memberi cadangan. Cadangan yang entah ke berapa kali diusulkan namun dibiarkan sepi. Apa yang istimewa sangat dengan mamat bernama Hakimi di mata Afrina sehinggakan begitu

Izzul Izzati

susah sekali Afrina hendak melupakan, dia pun tak tahu. Afrina menghela nafas. Wajah Emilia dipandang sekilas sebelum diketap bibirnya. Entahlah, Lia, cakap memang senang tapi nak lakukannya..., Afrina membiarkan ayatnya tergantung. Dia bangun perlahan-lahan dari sofa dan melangkah ke birai tingkap kaca. Melalui laras tingkap, dihalakan pandangan anak mata ke padang permainan yang terletak beberapa meter dari rumah teres dua tingkat itu. Keriuhan kanak-kanak yang sedang berkejaran di antara satu sama lain mengelilingi buaian dan papan gelongsor ketika itu bagaikan sepi di telinga apabila di pendengarannya terngiang-ngiang kembali bait-bait perbualan antara dia dengan Hakimi di tempat kerja.

RINA, kau mesti tolong aku, Permintaan Hakimi membuatkan pergerakan Afrina semerta terbantut. Tolong? Bebola mata menerjah tepat ke wajah Hakimi yang berada di hadapan mejanya. Tolong apa lagi, Kimi? keluh Afrina. Salah satu fail kelabu kehitaman yang tersusun kemas di atas rak di sebelah meja kerjanya dicapai dan dibelek-belek pantas. Hatinya mula berasa tidak tenteram dengan nada suara Hakimi yang ternyata berlainan sekali dari biasa. Aku ada masalah sikit, Rina. Hanya kau yang dapat tolong selesaikan masalah aku ni. Please! Masalah apa lagi? Afrina menghela nafas berat. Wajah Hakimi dijeling sekilas. Dia merasakan ada sesuatu yang terbuku di sudut

kuseru kasihmu

hati. Masalah dulu juga tapi..., Tapi apa? pintas Afrina. Kau ni kan, tak habishabis dengan masalahlah, perli Afrina sinis berbaur geram. Hilang semangatnya hendak membuat kerja. Bukan dia tidak tahu apa masalah Hakimi. Kalau tidak fasal Natasha, tidak mungkin Hakimi sanggup merayu-rayu sebegitu. Dia ingat aku ni apa? Jabatan Kebajikan dia? Dari zaman belajar sampai kerja tak habis-habis nak menyusahkan aku. Eeeiii! Geramnya! Jiwa Afrina memberontak sendiri. Dokumen dalam fail tersebut terus dibeleknya. Maklumat yang ingin dicari terasa hilang punca. Tidak tahu apa sebenarnya yang hendak dicari. Semuanya gara-gara Hakimi! Tapi kali ni lain, Rina. Lain? Terangkat kening Afrina mendengar. Sukar untuk dia percaya Hakimi ada masalah lain selain daripada Natasha. Mustahil! Detik hati Afrina sendiri. Hakimi mengangguk, mengiakan. Apa pula masalah kau kali ni? Terpacul juga persoalan daripada ulas bibir Afrina. Mungkin rasa teruja ingin mengetahui tiba-tiba membuak. Rina, err... sebenarnya aku, Hakimi kelihatan gelisah hendak memberitahu. Aku dengan Tasha cadang nak kahwin. Bulat anak mata Afrina mendengar. Lidahnya bagai terpaku kejap. Dia kelu tiba-tiba. Langsung ketandusan katakata. Biarpun perlahan Hakimi menuturkannya tetapi itu sudah cukup menyentak aliran darah dalam setiap urat sarafnya. Jari-jemari yang tadinya pantas membelek turut terhenti. Berbaur perasaan ketika itu. Terkilankah dia? Kecewakah dia? Terlukakah dia? Dadanya mula sesak, menahan segala macam emosi yang tiba-tiba menyerang.

Izzul Izzati

Rina, Afrina terperanjat. Tugas yang terganggu dan terhenti diteruskan kembali, cuba menutup rasa kalut dan menggelabahnya. Segala macam bentuk perasaan yang melanda ditelan dalam-dalam. Sedaya-upaya cuba menyembunyikan daripada dapat dikesan oleh Hakimi. Dia harus bijak mengawal emosi biarpun hati tidak mampu untuk berbohong lagi pada diri sendiri. Rina! panggil Hakimi lagi. Kali ini, Afrina mengangkat muka. Wajah gelisah dan resah Hakimi kelihatan jelas di matanya. Dia dapat mengagak mengapa, biarpun tiada penjelasan daripada Hakimi. Tatkala pandangan mereka berlaga, Afrina kembali menunduk. Purapura menatap kandungan kertas kerja di dalam fail. Padahal tumpuannya pada kala itu langsung hilang. Rina, kau dengar tak ni? Suara Hakimi kedengaran tidak berpuas hati. Aku dengar, jawab Afrina perlahan. Terus berpurapura menatap dan membelek surat-surat dan kertas kerja. Dia sebenarnya perasan, kebisuannya itu membuatkan Hakimi bertambah gelisah. Biarkan! Biar dia rasa, getus hati Afrina. Macam mana ni, Rina? Macam mana apa? Acuh tak acuh jawapan Afrina. Masih terus mencuba menahan emosi dalam diri agar tidak terpamer pada wajah. Pasal aku dengan Tasha nak kahwin, Hakimi mengulangi masalah yang ingin disampaikan. Rasa nak kahwin... kahwin ajelah. So, what is your problem? Afrina masih bersahaja. Biarpun suaranya kedengaran sedikit mendatar menahan rasa. Fail kelabu kehitaman ditutup dan ditolak ke tepi meja. Pergerakannya ternyata menjadi tidak tentu hala untuk menutup kekalutan

kuseru kasihmu

yang sedang menyerang jiwanya ketika itu. Perincian lukisan arkitek yang tergulung kemas bak lemang yang telah dibakar di atas meja sisi dicapai dan dibentangkan memenuhi ruang meja. Dia berlagak sibuk, bertujuan menghalau Hakimi secara halus daripada terus menepek di tempat duduknya itu. Paling ditakuti, Hakimi dapat mengesan apa yang sedang bergelora di dalam nalurinya ketika itu. Lagi parah! Rina, kau kan tahu apa masalahnya kalau aku berkahwin dengan Tasha, Hakimi menghela nafas. Raut wajahnya kelihatan tegang. Afrina kembali memandang wajah Hakimi. Anak mata mereka bertaut lagi. Afrina kembali menunduk. Tidak berani untuk terus membalas renungan mata Hakimi. Tusukan pandangan sebegitu sudah cukup meruntuhkan benteng ketahanan hatinya. Ingin sekali dia menjerit dan meluahkan apa yang terbuku. Namun, apakan daya. Dia tidak mampu. Dia tidak mahu dan tidak ingin sekali-kali bermimpi pada siang hari. Biarpun rasa kecewa yang bermukim terasa semakin memberat hembusan nafasnya. Tetapi, untuk dia berterusterang, tidak sama sekali! Maksud kau, Azlan dan Haliza? Setenang mungkin Afrina menyoal, berpura-pura berfikir dan cuba memahami maksud yang ingin disampaikan oleh Hakimi. Hakimi mengangguk laju. Dari dulu lagi aku dah cakap. Kau kena berterusterang sebelum apa-apa berlaku. Tapi kau degil. Bila dah terdesak macam ni, aku juga yang kau cari, sindir Afrina. Sinis lagi pedas! Dalam maksud yang ingin disampaikan. Sungguh pun begitu, dia yakin Hakimi tidak mungkin memahami apatah lagi cuba mengerti. Dia pasti! Amat pasti! Hakimi kelihatan menundukkan wajah. Tak semudah itu, Rina. Kau kan tahu Lan dan Liza kawan baik kita. Aku dah cuba tapi aku tak sampai hati, luah

Izzul Izzati

Hakimi lemah. Hati Afrina mencebik sinis. Mengaku kawan baik konon.tapi sanggup tikam kawan tu dari belakang. Sudah lama dipendamkan ayat itu. Ingin sahaja dihamburkan katakata itu kepada Hakimi. Tetapi, mulutnya bagai dikunci rapat. Sudahnya, dia membiarkan sahaja berlalu. Rina! seru Hakimi lagi. Aduh! Nak apa lagi? Mengapalah mamat ni tak habis-habis menyusahkan orang? Desis hati Afrina. Ringan sahaja mulutnya untuk menghalau Hakimi jauh-jauh. Tidak sanggup lama-lama menahan kemelut emosi yang sedang melanda jiwanya ketika itu. Oh! Tuhan, mengapa harus ada perasaan ini? Rintih Afrina sendiri. Dia menghela nafas dalam. Kelopak mata dipejamkan seketika bagi mencari ruang ketenangan. Rina, aku berharap sangat kau dapat menolong aku kali ni, Hakimi masih tidak berputus asa untuk merayu. Afrina menghela nafas yang semakin sesak. Kimi, aku rasa, dalam hal ini lebih baik kau dan Tasha sendiri yang berterus terang dengan dia orang, bukannya aku, ujar Afrina dalam nada tenang mengawal emosi. Aku tak berani, Rina, Hakimi bersuara lesu. Hai, kau dan Tasha berani buat. Kenapa pulak sekarang tak berani tanggung? sindir Afrina. Terlepas juga nada suara berbaur perasaan geram dan kesal daripada mulutnya. Wajah Hakimi ditenung tajam. Hakimi kelihatan semakin gelisah. Wajahnya diraup berkali-kali. Rina, kau tolonglah aku, sayu Hakimi mengharap. Afrina memalingkan wajah daripada terus direnung oleh Hakimi. Berbuku perasaan hatinya mendengarkan jawapan Hakimi. Tak boleh, Kimi! Dalam hal ini, aku tak jamin, Afrina cuba menolak. Ini soal perasaan. Kau dan Tasha seolah-

kuseru kasihmu

olah sengaja memainkan perasaan dia orang. Kau sedar tak, kau telah rosakkan kepercayaan Azlan pada kau, ujar Afrina sinis. Hakimi terdiam. Raut wajahnya kelihatan keruh. Aku mengaku, aku salah tapi tolonglah aku kali ni, Rina. Kau tolonglah cakapkan bagi pihak aku, Rina, Hakimi terus merayu. Kau tahu tak, hal ini boleh membuatkan kau bermusuh dengan Lan, tegas Afrina lagi. Aku tahu. Aku sedar tapi aku terpaksa. Hakimi menjawab longlai. Terpaksa konon!Cebik Afrina dalam hati. Hampirhampir sahaja terluah keluar daripada mulutnya. Nafas dihela lagi meredakan amuk perasaan geram. Aku cintakan Tasha, Rina. Aku bukannya nak perkara ni terjadi tapi mungkin sudah ditakdirkan jodoh aku dengan Tasha, sambung Hakimi lagi. Huh! Takdir yang diciptakan oleh mereka sendiri, mahu disalahkan kepada takdir, konon! Hati Afrina mendongkol. Namun, akalnya kembali berfikir rasional. Bukankah urusan jodoh, hidup dan mati adalah urusan Tuhan? Kenapa mesti dipertikaikan? Mungkin takdir untuk dirinya juga telah ditetapkan. Dia hanya mencintai Hakimi secara diam tapi bukan untuk dimiliki. Sebak terasa mencengkam di sudut hati. Rina, please, Hakimi terus merayu. Afrina mengetap bibir. Sayu benar kedengaran suara Hakimi meskipun dia tahu sikap Hakimi yang hanya mementingkan diri sendiri itu tidak seharusnya dikasihani. Tidak sepatutnya ditolong! Biar dia rasa akibat perbuatannya sendiri. Biar dia tanggung sendiri! Biar padan muka dia! Dengus hati Afrina. Tetapi, itulah. Walaupun perasaan marah

Izzul Izzati

terasa menggunung kepada Hakimi namun jauh di sudut nalurinya dia tidak sampai hati membiarkan Hakimi terus menerus begitu. Lemahkah dia dengan perasaan? Lemahkah dia? Afrina menghela nafas. Wajah Hakimi dipandang sekilas. Kau nak aku buat apa? Terpacul juga soalan daripada bibir Afrina biarpun tanpa ada niat untuk menunaikan permintaan Hakimi. Namun persoalan yang keluar berbaur kesudian untuk membantu, itu sudah cukup membuatkan Hakimi tersenyum lega. Riak keceriaan mula bertunas pada setiap raut wajahnya. Afrina yang memandang hanya mampu mengetap bibir. Menahan rasa yang sedang menjalar di hati. Aku percayakan kau, Rina. Aku yakin kau boleh pujuk Lan. Kau tolong cakapkan baik-baik, ya? Sempat Hakimi berpesan sebelum dia melangkah pergi. Afrina kehilangan kata-kata. Hanya mampu memandang Hakimi berlalu pergi. Terasa dirinya begitu bodoh sekali. Tidak ada pendirian, menjadi pak turut untuk kebahagiaan orang lain sedangkan diri sendiri merana, memendam rasa.

RINA! Afrina tersentak. Spontan menoleh ke arah suara yang menyapa. Dilihat wajah Emilia berada di hadapannya kini. Bukan lagi wajah Hakimi. Kau okey ke, Rina? Afrina diam, tidak menjawab. Hanya senyuman hambar diberikan. Emilia melangkah menghampiri Afrina yang masih membeku di birai tingkap. Simpatinya menggunung. Afrina yang dikenalinya selama tiga tahun itu memang pandai menyembunyikan rasa hati. Tetapi, kawan baiknya itu juga

kuseru kasihmu

manusia biasa yang tidak selamanya dapat memendam segala apa yang terbuku. Akan terluah juga apabila tekanan perasaan kian sendat menekan. Aku sedih tengok kau selalu begini, Rina. Kau fikirlah tentang cadangan aku tadi. Aku tahu kau susah nak lupakan dia tapi sekurang-kurangnya kau tak perlu lagi menghadap muka dia hari-hari, nasihat Emilia sambil menggenggam erat tangan teman baiknya itu. Afrina terus membisu. Air mata yang lama ditahan menitis jua ke pipi dengan sifat keprihatinan Emilia. Genggaman tangan teman baiknya itu turut dibalas. Mengharap sedikit kekuatan. Ternyata dia lemah. Lemah kepada perasaan yang sememangnya tidak pandai berbohong. Ia tetap juga hadir biarpun sudah puas dia mengelak dan menepis. Hakimi Haris! Wajah kacak itu menguak kembali kenangan lama.

10

Izzul Izzati

bab

DA sesiapa tak sebelah awak ni? Senyap.Pertanyaan pemuda itu tidak dihiraukan. Malah, siswi itu terus ralit berkhayal. Anak matanya merenung kosong bahagian hadapan dewan. Asyik sekali! Cik adik? Masih senyap. Tiada sebarang reaksi yang diberikan. Helo, cik adik! Bahu siswi itu dicuit. Opocot, mak kau! Spontan, Afrina yang sedang mengelamun, melatah terperanjat dengan sapaan secara tiba-tiba. Serentak dia berpaling mencari wajah insan yang telah mengacau-ganggu mimpi indahnya pada kala itu. Terasa hati melonjak panas dan geram! Namun apabila mata bertentangan mata, dia menjadi kaku serta-merta. Dia terkesima. Tergamam. Terpegun.

11

kuseru kasihmu

Terpesona. Ada sesiapa tak sebelah awak ni? Tanpa menghiraukan reaksi Afrina yang nampak terpinga-pinga, pemuda tersebut mengulangi pertanyaannya yang masih tidak dijawab. Sebaris senyuman sinis terukir. Ada... err tak ada. Sebenarnya ada tapi hari ni dia tak datang, Afrina gugup. Tergagap-gagap dia menjawab setelah menyedari aksinya sedang diperhatikan. Tiba-tiba, dia menjadi kalut dan gabra menahan perasaan malu. Merah padam wajahnya. Sebal tatkala kedengaran gelak tawa yang ditahan-tahan oleh rakan sekuliah yang duduk berhampiran. Alamak! Macam mana aku boleh melatah tadi? Aduh! Mak! Malunya! Afrina mengutuk dirinya sendiri. Mahu sahaja dibungkuskan wajahnya di dalam buku nota. Boleh saya duduk? Tempat duduk belakang dah penuh, pinta pemuda tersebut. Senyuman sinisnya masih terukir. Afrina yang sedar tentang situasi tersebut hanya mampu mengangguk dan cuba membalas senyuman yang diberikan namun sayang seribu kali sayang. Senyuman yang nyata tidak menjadi. Yang terhasil senyuman sumbang lagi sumbing. Malunya tidak terucap. Kalau boleh disorokkan wajah di bawah meja sudah pasti dilakukannya pada ketika itu. Pemuda itu segera duduk di sebelah Afrina. Dia sempat memberikan sekuntum senyuman. Terserlah sebaris giginya yang cantik tersusun. Afrina yang memandang bertambah terpesona. Hati perempuannya tercuit. Ditambah lagi lekuk di bawah dagu melengkapkan lagi ketampanan pemuda itu. Aduhai! Pakwe siapa ni, ek? Hatinya seperti ditarik-tarik oleh besi berani. Sepanjang kuliah berlangsung, Afrina hilang tumpuan. Fokusnya lari. Konsentrasinya tidak lagi pada

12

Izzul Izzati

syarahan pensyarah di hadapan. Anak matanya bagai diseruseru untuk mencuri pandang wajah pemuda di sebelahnya itu. Sukar untuk diungkapkan lagi perasaannya ketika itu. Apa yang pasti, dia terasa ingin menatap sekali lagi raut wajah pemuda yang tiba-tiba datang menepek di sebelahnya. Tibatiba sahaja. Bagai putera raja turun dari kayangan! Chewah! Sempat Afrina berangan sendiri. Afrina terus resah di tempat duduknya. Bila ada kesempatan dia cuba melirik ekor mata, menerokai sepenuhnya wajah pemuda itu. Sampai naik juling biji mata apabila hanya terlihat bahagian sisi wajah. Hampa rasanya. Ingin memandang lebih-lebih, bimbang akan dapat dikesan oleh teman-teman sekuliah yang berada di barisan tempat duduk belakang. Lagi haru dibuatnya! Lagipun, pemuda tersebut kelihatan bersahaja, tiada tanda-tanda untuk menoleh memandang ke arahnya. Tumpuannya hanya pada syarahan yang sedang diberikan oleh Dr. Hassan ketika itu. Apa yang hendak dikatakan lagi, dia sememangnya bukan ada daya penarik untuk dipandang pun! Afrina diserang perasaan rendah diri. Biarpun begitu, jiwanya tetap melonjak untuk mengikut kata hatinya waktu itu. Perasaan apakah ini? Afrina terus melayan angannya. Dia tersentak daripada khayalan. Terpinga-pinga seketika. Keadaan dewan kuliah yang tadinya sunyi sepi tibatiba berubah menjadi gamat. Riuh-rendah bagai pasar borong. Kuliah sudah tamat, ke? Jam tangan ditilik. Aduh! Cepatnya masa berlalu! Keluh hati Afrina. Di toleh ke meja sebelahnya. Pemuda di sisinya itu terus bangun dan berlalu tanpa sempat dia menegur. Paling tidak pun menatap raut wajah yang telah berjaya mencuri tumpuannya itu. Melihatkan pemuda itu sepantas kilat hilang daripada pandangan mata, Afrina pantas melangkah seperti mengejar. Dia tercari-cari wajah itu namun hampa. Dia mengeluh kecewa. Afrina termangu. Kenapa dengan aku hari ni, ya?

13

kuseru kasihmu

Tidak pernah rasanya berperasaan begini. Tiba-tiba aje berminat dengan pemuda tersebut. Walhal bukannya tidak pernah melihat pemuda yang lebih kacak daripada pemuda itu sebelum ini. Rasa kecewa dan terkilan mengiringi langkah Afrina sewaktu keluar dari dewan kuliah. Memandangkan teman baiknya, Natasha dan Haliza tidak hadir ke kuliah hari itu, terpaksalah dia bersendirian mencari makanan untuk santapan tengah hari tersebut. Biarpun seleranya seakan-akan hilang namun langkah kaki tetap diatur jua menuju ke kafeteria yang terletak di bahagian belakang bangunan fakulti pengajiannya. Lagipun, perutnya sudah berlagu keroncong kerana sejak dari pagi tidak diisi. Sepanjang kaki melangkah ke kafeteria, dia tidak dapat mengelak daripada menahan anak matanya meliar dan meneropong ke setiap sudut. Takut-takut si jejaka kelihatan di mana-mana. Masih cuba menaruh harapan. Masih juga berharap. Tetapi sia-sia. Akhirnya, dia melewati pintu masuk kafeteria. Anak mata Afrina terpaku seketika. Pemuda yang dicari-cari itu dilihat sedang enak menikmati hidangan bersama dua orang rakannya yang lain. Hati Afrina tiba-tiba melonjak riang. Gembira tidak terkata. Seleranya tiba-tiba datang. Hatinya sekali lagi bagai ditarik-tarik untuk menjamu selera di kafeteria tersebut. Biarpun sendirian. Dia tidak mahu melepaskan peluang yang ada untuk menatap wajah yang tibatiba berjaya menawan perhatiannya itu. Menawan sekeping hatinya. Kalaulah mamat tu tahu. Aduh, malunya! Sempat Afrina mengutuk diri sendiri. Ah! Biarkanlah! Bukannya selalu, lagipun tak mungkin mamat tu tahu. Hati Afrina tersenyum nakal. Afrina tergesa-gesa menyenduk nasi dan lauk. Aduhai! Tiba-tiba sahaja dia menjadi seorang yang gelojoh.

14

Izzul Izzati

Biasanya hanya satu lauk dan kuah yang menjadi santapan perutnya. Kali ini, hampir melimpah pinggan nasinya dengan lauk-pauk. Satu alasan untuk dia berada lama-lama di situ. Tanpa berlengah, dia mencari tempat duduk yang selesa untuk meneropong segala gerak geri dan raut wajah pemuda idaman. Itu sudah memadai. Putera idaman? Hmmm. Mungkin juga! Bisik hati Afrina yang sudah mula berbunga riang. Orangnya tinggi lampai, berkulit cerah, berkumis nipis dan rambutnya kelihatan teracak-racak akibat dipotong pendek, amat sesuai dengan raut wajahnya. Cuma matanya agak sepet. Macam anak Cina kacukan Melayu. Dengan lain kata, macam hero drama bersiri Korea. Aduh! Panahan sinar anak mata pemuda tersebut terasa menggetarkan jiwa ketika terpandang pertama kali di dewan kuliah tadi. Tidak dinafikan, pemuda itu boleh dikategorikan sebagai jejaka yang terkacak di kampus. Kelopak bunga di hati Afrina semakin mekar. Terasa bagai kembang setaman. Dia tidak mampu menahan bibirnya lagi daripada mengukir senyuman manis. Semanis tunas cinta yang mula bertunas dalam hati. Oh! Semudah itu dia telah jatuh cinta. Inikah dinamakan cinta pandang pertama? Hati Afrina bersoal jawab sendiri. Dia tersenyum mengenangkan jejaka itu. Namun, senyuman itu mati tibatiba tatkala teringatkan sesuatu. Oh! Layakkah dia untuk berganding dengan putera idaman itu? Seorang yang biasa sahaja pada pandangan mata. Tiada tarikan apatah lagi berwajah cantik. Afrina mengetap bibir. Semangatnya turut merudum. Hoii, Rina! Oh, mak kau! Afrina melatah lagi kerana terkejut bila bahunya ditepuk kuat dari belakang. Bagai hendak gugur jantung akibat terkejut yang teramat. Nasib sudu yang dipegang tidak terlepas daripada genggaman. Eeii... bengangnya dia! Afrina

15

kuseru kasihmu

menyumpah-nyumpah sendiri melihat orang yang menyergahnya itu. Kau! Tasha, Liza! Terkejut aku! getus Afrina geram. Natasha dan Haliza mengekek ketawa melihat reaksi Afrina. Tanpa disuruh dan dipelawa, mereka berdua duduk di hadapan meja Afrina. Tidak dipedulikan pandangan mata yang sedang melihat gelagat mereka. Afrina terasa malu sendiri. Itulah, berangan lagi. Kita orang datang pun tak perasaan, usik Natasha dengan senyuman geli hati. Tolong sikit! Memandai-mandai ajelah kau orang ni, sangkal Afrina biarpun hakikatnya begitu. Tidak rela dia dijadikan bahan kutukan kawan-kawannya itu andainya mereka berdua mengetahui rahsianya kelak. Tidak sama sekali! Mana hendak disorokkan wajahnya nanti. Hai. Sebelum ni, tak pernah pulak kau makan sorang-sorang kat kafe. Tiba-tiba aje. Ada apa-apa ke? sakat Haliza pula dengan gelak tawa mengusik. Natasha menyambung tawa Haliza. Afrina tersenyum kelat. Kelekaan dia merenung pemuda tersebut membuatkannya benar-benar tidak menyedari kehadiran kedua-dua temannya itu. Kalaulah mereka berdua tahu cerita sebenar. Pasti haru! Belum pun tahu lagi, dia sudah menjadi bahan gelak ketawa. Aa... aa..., Rina, selalunya kau main bungkus aje. Mimpi apa hari ni kau makan kat kafe? giat Natasha pula. Gelak tawa masih kedengaran. Mana ada, jawab Afrina sedikit geram. Apa salahnya aku makan sorang-sorang kat kafe. Yang kau orang berdua ponteng kuliah pagi tadi, kenapa? perli Afrina pula cuba mengubah haluan topik bicara. Natasha dan Haliza tersenyum tersipu-sipu.

16

Izzul Izzati

Ala, Rina. Sesekalibukannya selalu, Natasha menjawab sekali bagi pihak Haliza. Pandailah kau orang.Afrina mencebik. Natasha dan Haliza hanya tersengih. Eh, Tasha! Tiba-tiba sahaja Haliza bersuara sedikit menjerit ketika matanya terpandang seseorang yang sedang menjamu selera di dalam kafeteria tersebut. Kenapa? soal Natasha tidak sabar. Hakimi, senior yang aku ceritakan kat kau hari tu, ada kat sinilah. Mana? Anak mata Natasha liar mencari ke sekeliling kafeteria. Haliza memuncungkan mulutnya ke arah orang dimaksudkan. Afrina dan Natasha segera memfokuskan anak mata mereka ke arah tempat yang ditunjukkan oleh Haliza. Mana? Natasha cuba mendapatkan kepastian tatkala menyedari terlalu ramai pelajar yang berada di dalam kafeteria tersebut. Ituyang pakai baju warna merah tu. Kacak, kan? Berkenan betul aku. Sekali pandang terus jatuh hati. Seronoknya kalau dapat jadi boyfriend aku, beritahu Haliza bersungguh-sungguh. Natasha dan Afrina kembali menoleh ke arah pemuda yang dimaksudkan oleh Haliza. Air muka Afrina serta-merta berubah setelah menyedari orang yang dikatakan itu adalah orang yang sama diminati. Aduh! Putera idamanku, ke? Wajah Afrina berkerut bak kertas bergumpal. Kacau daun betullah dia orang ni! Tak ada ke orang lain yang kau orang nak minat? Rungut Afrina dalam hati. Dia mula rasa tergugat. Tidak mampu untuk dinafikan terpercik juga perasaan kecewa dalam sudut hatinya. Siapalah dia jika dibandingkan dengan

17

kuseru kasihmu

kedua-dua teman baiknya itu. Afrina mengeluh hiba dalam diam. Menelan dalam-dalam rasa hampa yang menerpa. Kelopak bunga yang baru mula berputik, layu sebelum sempat kembang mekar dan mewangi. Harapan hatinya turut gugur satu-persatu. Nasi yang berbaki ditolak ke tepi. Seleranya terus mati tiba-tiba. Hmmboleh tahan juga mamat tu, komen Natasha. Tidak berkedip memandang orang yang dimaksudkan. Kacak, kan? Senyuman Haliza kian manis. Menggambarkan betapa perasaannya ketika itu berbungabunga. Afrina menelan air liur pahit. Kau kata tadi, dia tu senior kita. Tapi, macam mana pulak dia ada dalam kuliah Dr. Hassan? soal Afrina cuba berlagak biasa. Apalah kau ni, Rina. Itu pun tak tahu ke? kutuk Haliza. Kalau dah satu kelas dengan junior, dia mengulang subjeklah tu. Tak pun dulu dia tak ambik subjek tu, terang Haliza dengan diiringi ketawa kecil. Natasha turut tergelak. Afrina terdiam mendengar. Tidak memberi apa-apa komen dan reaksi. Hanya menjadi pemerhati gelagat kawankawannya itu. Liza, kalau kau berkenan sangat dengan senior tu, aku cabar kau pikat dia. Amacam? duga Natasha dengan senyuman meleret. Tersirap darah Afrina mendengar. Wajah Haliza segera dipandang, menunggu respons. Jauh di sudut hati tetap berharap-harap agar cabaran Natasha ditolak. Hmm..., Haliza seperti berfikir seketika. Wajah Natasha dan Afrina dipandang silih berganti dengan senyuman nakal. No problem! Kalau dapat nanti, jangan pulak kau orang berdua cemburu dahlah, jawab Haliza dengan ketawa

18

Izzul Izzati

bangga. Seolah-olah cabaran itu bakal menghasilkan kemenangan. Natasha mencebik. Ooit cik kak, jangan nak berlagak lagi. Biar dapat dulu. Aku nak tengok, tempelak Natasha. Haliza tersengih. Belum cuba, aku dah tahu. Haliza ketawa terkekek, cuba mengusik Natasha. Afrina terus diam membisu. Namun, dia tetap berusaha juga untuk mengukirkan senyuman kepada keduadua temannya itu untuk melindungi emosi yang semakin sendat mengasak dalam jiwanya ketika itu. Perasaan kecewa yang bermukim sedikit sebanyak menjerut kemanisan senyuman yang ingin dipamerkan.

19

kuseru kasihmu

bab

AK Rina! Kak Rina! Afrina tersentak. Lamunan panjangnya terputus tiba-tiba. Interkom yang menjerit bertalu-talu memanggil namanya, ditenung seketika sebelum dijawab. Iya, Mas. Ada apa? Bos nak jumpa Kak Rina, jawab Mastura, setiausaha pejabat tempat Afrina bekerja. Nak jumpa? Bila? Jam di pergelangan lengan dikerling. Lapan setengah pagi. Masih awal. Sekarang, Kak Rina. Hah? Sekarang?! Apa pakcik tu nak pagi-pagi lagi, Mas? rungut Afrina. Ada nada keluhan ketidakpuasan hati kedengaran. Mastura tergelak kecil mendengar cara Afrina membahasakan kepada bos mereka.

20

Izzul Izzati

Entahlah, Kak Rina. Agak-agaknya, semalam dia mimpi kahwin lagi kot. Itulah pagi-pagi semangat masuk ofis, gurau Mastura dengan iringan ketawa geli hati. Afrina hanya tersenyum. Tetapi, fikirannya lebih tertumpu pada sebab musabab ketuanya itu hendak berjumpa. Rasa-rasanya, semua kerja sudah selesai. Kalau ada pun dateline nya, masih belum due. Harap-harap tidak ada masalah besar. Doa Afrina dalam hati sambil bangun dan melangkah ke arah bilik Encik Kamal di tingkat bawah bangunan tiga tingkat itu. Setiap kali anak tangga pejabatnya dilangkah, setiap kali itulah hatinya merungut panjang. Malang betul bekerja di pejabat yang tidak ada kemudahan lif ini. Hari-hari terpaksa turun naik anak tangga setinggi tiga tingkat. Bukan setakat boleh membuat nafasnya semput dan lenguh urat sendi. Malah silap hari bulan boleh tercabut kepala lutut. Dia yang masih muda pun rasa begitu. Macam manalah Kak Noor dan Wan Amalyn ketika sedang sarat mengandung? Afrina sempat mengomel. Terkumat-kamit bibir mulutnya berbicara sendiri. Hai, Rina! Hah? Errr. Hai, Johar, balas Afrina sedikit tergagap. Terkejut dengan kemunculan Johar di hadapannya tiba-tiba. Bercakap dengan siapa tadi? soal Johar. Bibirnya tersenyum geli hati. Afrina menelan air liur. Tidak dapat tidak, senyuman Johar terpaksa dibalas bagi menutup rasa malu. Senyuman masam-masam manis. Aduh! Macam mana dia boleh tidak perasan kemunculan mendadak Johar itu. Afrina membebel sendiri lagi tanpa sedar dia sudah pun berada di hadapan pintu bilik Encik Kamal. Daun pintu diketuk perlahan-lahan.

21

kuseru kasihmu

Masuk! Kedengaran suara Encik Kamal memanggil. Perlahan-lahan Afrina memulas tombol pintu. Kenapa Encik Kamal panggil saya? Encik Kamal yang ketika itu sedang tekun meneliti dokumen di atas meja segera mengangkat wajah. Muka Afrina dipandang dan dilemparkan senyuman seketika sebelum dia bersuara. Duduk dulu, Rina. Ada perkara yang I hendak bincangkan dengan you. Afrina menurut. Agaknya betul tekaan Mastura, Encik Kamal nampak bersemangat betul pagi ini. Senyuman Encik Kamal dibalasnya bagi melindungi hati yang sedang digeletek perasaan geli hati bila teringatkan gurauan Mastura. Begini Rina, projek kita yang tertangguh di Hulu Pahang hendak dijalankan kembali. Dua minggu lagi, klien bercadang untuk melawat tapak. Semua konsultan terlibat. Memandangkan I ada mesyuarat penting hari tu, jadi I nak you ganti tempat I ke sana nanti. Encik Kamal berjeda seketika. Surat di hadapannya diteliti sekali imbas sebelum disambung kembali percakapannya. Jadi sekarang, I nak you dapatkan balik fail projek ini. You cuba dapatkan kembali anggaran kos terbaru berdasarkan kadar semasa, okey? Perlahan Afrina mengangguk. Memahami arahan yang telah diberikan oleh Encik Kamal. Any problem? soal Encik Kamal. Wajah Afrina ditenung seketika. Err nanti saya kena pergi sorang aje ke, Encik Kamal? soal Afrina sedikit resah. Terangkat kening Encik Kamal mendengar

22

Izzul Izzati

pertanyaan Afrina. Kenapa? You takut ke? Taktak. Saya saja tanya, jawab Afrina kalut. Cuba menafikan perasaannya biarpun itulah yang dia rasakan. Takkan Encik Kamal tak faham? Atau sengaja buat tak faham? Kena pergi sorang-sorang ke kawasan pedalaman. Kawasan hulu pulak tu!. Eeeiiisiapa tak takut! Omel Afrina sendirian. Memang pun orang tua ni susah nak faham jiwa orang. Afrina terus membebel dalam hati. Hendak disuarakan tidak berani. Nak mampus! Kalau tak ada apa-apa masalah, you boleh pergi sekarang, ujar Encik Kamal. Afrina bangun untuk beredar. Sebelum sempat dia memulas tombol pintu untuk keluar, Encik Kamal memanggilnya kembali. Rina, kalau you takut nak drive seorang, I akan minta Hakimi teman you ke sana nanti, okey? Afrina terkedu. Air liur ditelan berkali-kali. Alamak! Encik Kamal dengar ke? Dengan Hakimi, encik? Afrina turut terkejut sama dengan saranan Encik Kamal. Bulat matanya memandang wajah Encik Kamal. Kenapa? Ada masalah ke? Reaksi Afrina membuatkan dahi Encik Kamal berkerut kehairanan. Tak... err... tak ada masalah, Gugup Afrina menjawab setelah menyedari Encik Kamal dapat membaca gelombang hatinya. Encik Kamal hanya mengangguk dan kembali menatap butiran di dalam dokumen di hadapan mejanya itu. Eeeiiigeramnya, tak ada orang lain ke nak suruh teman aku. Kalau dengan dia tulebih baik aku pergi sorangsorang. Damai sikit jiwa. Afrina mengomel sendiri sebaik

23

kuseru kasihmu

sahaja keluar dari bilik Encik Kamal. Kenapa, Kak Rina? tegur Mastura tatkala terdengar Afrina berbicara sendiri. Tak ada apa-apa, Mas. Tu, pakcik tulah..., Afrina membiarkan ayatnya tergantung. Dia tahu Mastura memahami maksudnya. Mastura tergelak kecil. Eh, Kak Rina! Tadi, Abang Kimi cari Kak Rina! jerit Mastura apabila dilihat Afrina sudah mula melangkah menaiki anak tangga. Langkah Afrina mati mendengarkan nama Hakimi disebut. Dihela nafas panjang berbaur keluhan. Aduh! Hakimi lagi! Dah tak ada orang lain ke? Hakimi! Hakimi! Rungut Afrina dalam hati. Tanpa sepatah kata sebagai jawapan kepada Mastura, dia kembali mengatur langkah menaiki anak tangga ke tingkat tiga. Langkah diayun laju. Aksi Afrina menimbulkan tanda tanya kepada Mastura yang sedang memerhati dari jauh. Namun tidak disuarakan. Rina!! Afrina menarik nafas geram. Isk! Boleh tunggang terbalik jantung dan hati kalau selalu dia dipanggil macam ni! Bebel Afrina sendiri. Wajah Hakimi yang tiba-tiba muncul di hadapannya membuatkan langkah kaki sekali lagi terbantut. Argh! Hakimi lagi! Macam diseru-seru! Dengus hati Afrina. Macam mana, Rina? Kau dah cakap dengan Lan? soal Hakimi tidak sabar. Belum lagi, jawab Afrina, acuh tak acuh. Langkah kembali diatur menuju ke tempat duduknya. Belum? Air muka Hakimi berubah tanda tidak berpuas hati. Langkah Afrina dihalangnya. Kenapa belum? Kau tau kan perkara ni tak boleh ditangguhkan lagi. Afrina menghela nafas geram. Tajam anak matanya menikam wajah Hakimi. Diri Hakimi di hadapannya itu terasa amat kecil sekali dipandang.

24

Izzul Izzati

Kimi, boleh tak kau bersabar sikit? Aku tengah sibuk. Kalau kau nak cepat, apa kata kau sendiri yang cakap dengan Lan? Lagi bagus, Afrina cuba menembusi halangan Hakimi untuk ke tempat duduknya. Apa ni, Rina? Kau kan dah janji nak tolong aku, Hakimi mendengus. Nada suaranya turut meninggi. Kalau nak aku tolong, kau kenalah sabar! balas Afrina sedikit bengang. Namun, cuba dikawal apabila memikirkan kawan-kawan sepejabat turut mendengar. Rina! Hakimi cuba menghalang langkah Afrina dari meninggalkannya. Kau, Maaf, Kimi. Aku banyak kerja. Lain kali kita bincang, Afrina memotong ayat Hakimi. Dia sudah bosan mendengar rayuan yang menyesakkan kepalanya itu. Tanpa mempedulikan reaksi Hakimi, Afrina terus melangkah. Dibiarkan Hakimi yang seperti cacing kepanasan itu sendiri.

25

kuseru kasihmu

bab

EG yang telah diisi beberapa helai pakaian untuk dipakai dalam sehari semalaman diletakkan di atas katil. Afrina menghela nafas panjang. Hatinya masih berperang dengan perasaan dan emosi yang berbelah bahagi. Sama ada hendak balik ke kampung atau teruskan saja rajuknya yang masih belum terpujuk dengan sikap emak yang telah menyinggung perasaannya itu. Sibuk! Sibuk! Sibuk! Itu ajelah jawapan kamu kalau mak suruh balik! Afrina termangu sendirian di birai katil dalam biliknya. Memandang kosong dinding bilik yang bercat kuning lembut. Fikirannya lebih tertumpu kepada kata-kata emak ketika dihubungi semalam dan terus terngiang di cuping telinganya.

26

Izzul Izzati

Bukan Rina tak nak balik, mak. Rina betul-betul banyak kerja sekarang ni, Afrina teringat bagaimana dia cuba membela diri. Orang lain pun kerja jugak tapi ada masa jenguk mak bapak. Patutlah tak ada orang nak. Fikirkan kerja memanjang. Kalau macam ni perangai kamu, Rina, sampai ke tua kamu tak kahwin! Berdesing panas telinga Afrina dengan leteran emaknya itu. Sedikit sebanyak hatinya turut tergores. Mak tak kira. Kamu mesti balik hari pertunangan Risya nanti! Talian telefon kedengaran diletakkan tanpa sempat Afrina membela diri lagi. Nafas dihela perlahan. Hati Afrina masih dipagut perasaan terkilan berbaur kecewa apabila mengenangkan sikap emak yang tidak pernah mahu memahami hatinya. Ikutkan hati, tidak ingin dia menjengukkan diri pada hari pertunangan Arisya, adiknya itu. Biar emak tahu betapa hatinya benarbenar sakit dan tersinggung. Namun demikian, itu tidak mungkin dilakukan setelah difikirkan bahawa jasa ibunya itu yang mengandung, melahirkan, menjaga dan membesarkan sehingga dia berjaya kini tidak terbalas rasanya. Pukul berapa kau nak bertolak, Rina? Pertanyaan Emilia mengejutkan Afrina daripada terus menerawang jauh. Wajah Emilia yang menjenguk di muka pintu dipandang. Senyuman teman serumahnya itu tetap dibalas biarpun tidak semanis senyuman yang dilemparkan oleh Emilia. Cukuplah sekadar menyembunyikan perasaan dalam hati. Sekejap lagi, Ringkas Afrina menjawab. Eh, Rina! Setahu aku, adik kau Risya masih belajar lagi, kan? Emilia menempatkan punggungnya sama di birai katil Afrina. Afrina hanya mengangguk, mengiakan.

27

kuseru kasihmu

Mak kau tak kisah ke? soal Emilia lagi. Entahlah, Lia. Budak-budak sekarang ni belum habis belajar lagi dah gatal nak kahwin. Tak macam zaman kita dulu, fikirkan nak kumpul duit dulu. Iyalah, nanti tak adalah menyusahkan mak bapak, kan? jawab Afrina panjang. Sempat dia mengerling nakal kepada Emilia di sebelahnya. Bulat mata Emilia mendengarkan jawapan Afrina. Hah, itu tak ada lain. Nak mengata akulah tu, dengus Emilia sambil menarik muncung bibir mulut. Tanda memprotes. Eh! Terasa pulak dia, Afrina ketawa lepas melihat reaksi kawan serumahnya itu. Sedikit sebanyak mengurangkan perasaan sedih di hati. Sajalah tu, dengus Emilia, pura-pura marah. Tahu, tak apa. Afrina menyambung tawa. Kau dan Khairil tu sememangnya dah sampai seru untuk berkahwin. Tunggu duit sampai bila pun tak akan cukup, Lia, ujar Afrina kemudiannya. Chewah-chewah! Sedapnya mulut bercakap. Yang kau tu, sampai bila nak tunggu Hakimi? Kucing bertanduk pun tak mungkin kau dapat, tau? balas Emilia, tidak mahu mengalah. Afrina terdiam. Raut wajahnya serta-merta berubah. Emilia yang tersedar atas kelancangan mulutnya itu mula rasa serba salah. Dia pasti Afrina terasa dengan kata-katanya yang dianggap hanya sebagai gurauan. Tiada niat langsung di hati untuk menyinggung perasaan Afrina. Maaf, Rina. Aku tak bermaksud..., Tak apa, Lia. Aku faham, Afrina memintas ayat Emilia. Dia bangun dari birai katil dan mencapai beg pakaian yang diletakkan di atas katil lantas disandang ke bahu. Lama ke kau bercuti? Emilia cuba mengubah topik. Perasaan bersalah

28

Izzul Izzati

terus-menerus mengepung diri melihatkan wajah suram Afrina. Mahu sahaja dia menampar mulutnya sendiri atas keterlanjuran bicara tadi. Itulah benar kata pepatah, terlajak perahu masih boleh diundurkan tapi kalau sudah terlajak kata, silap-silap boleh putus sahabat. Hisy, mintak janganlah! Doa Emilia. Tak, Lia. Petang esok aku balik sini. Lagipun, kalau aku mintak cuti belum tentu bos aku tu luluskan. Silapsilap gaji aku pula kena potong, Afrina cuba berlawak untuk mengubah mood dalam diri sambil memulas tombol pintu bilik. Emilia hanya diam mendengar. Tidak berani memberi komen. Bimbang tersilap cakap lagi. Langkah kaki Afrina diekori sehingga ke pintu kereta Waja milik Afrina. Kalau ada apa-apa nanti, kau telefon rumah aku, ya? Handphone aku matikan, pesan Afrina sambil menghidupkan injin kereta. Emilia hanya mengangguk. Faham maksud yang ingin disampaikan oleh Afrina, sengaja mematikan telefon bimbitnya agar Hakimi tidak dapat menghubungi. Emilia mengeluh sendiri. Perasaan bersalah yang bertandang masih lagi bersisa dan kini hatinya dipagut pula dengan rasa simpati yang tiada penghujung kepada sahabat baiknya itu. Rina Rina.

AFRINA membelok keretanya memasuki lorong jalan Kampung Batu Satu. Anak matanya meneroka pandangan ke kiri dan ke kanan jalan. Tidak banyak perubahan meskipun sudah lebih enam bulan dia tidak pulang ke kampungnya itu. Enam bulan? Memang satu jangka masa cukup lama. Kalau bayi yang baru lahir dalam masa enam bulan sudah tentu pandai

29

kuseru kasihmu

merangkak. Malah sudah pandai menyebut perkataan mama. Jadi, memang sepatutnya dia dimarahi oleh mak kerana itu. Biarpun perjalanan dari Kuala Lumpur ke Temerloh sekarang ni tidak sampai tiga jam setelah siapnya Lebuh Raya Pantai Timur, sungguhpun begitu dia tetap tidak berkesempatan untuk selalu pulang ke kampungnya itu. Kesibukan kerja di pejabat semakin menjadi-jadi pula sekarang ni. Banyak projek pembangunan yang terbengkalai sewaktu kegawatan dulu yang ingin dibangunkan kembali setelah ekonomi beransur pulih. Afrina memberhentikan kereta setelah memasuki halaman rumah ibu bapanya itu. Sunyi sepi aje. Ke mana perginya mak dan ayah? Afrina tertanya-tanya sendiri tatkala terpandang pintu rumah berkunci rapat. Jam di pergelangan tangan dikerling. Hampir pukul tujuh malam. Biasanya, waktu Maghrib mak dan ayah ada di rumah. Kecut hati Afrina ketika bayangan wajah emak tiba-tiba tergambar di fikiran. Daun pintu rumah diketuk perlahan-lahan. Beberapa seketika kemudian, pintu rumah itu terkuak. Hah, Rina! Kata tak dapat balik, Afrina hanya tersenyum menyambut pertanyaan daripada Encik Arifin. Ayah sihat? Tangan Encik Arifin disambut dan dicium penuh hormat. Emmm, jawab Encik Arifin sambil mengangguk. Afrina kehilangan kata-kata melihatkan reaksi ayahnya itu. Kenapa lewat sampai, Rina? Tadi, bertolak pukul berapa? Pertanyaan dan kemunculan tiba-tiba abangnya, Arif seperti menyelamat keadaan. Abang! Bila balik? Tak nampak pun kereta? soal Afrina girang. Pipi Daniel, anak saudaranya yang turut berada di samping abangnya itu, dicuit dan dicium. Daniel yang

30

Izzul Izzati

tidak senang dengan usikan Afrina segera melarikan diri ke belakang bapanya. Afrina ketawa melihat telatah anak saudaranya itu. Tengah hari tadi abang sampai. Hai, takkan sebesarbesar kereta abang tak nampak kot? perli Abang Arif sambil ketawa mengusik. Ye ke? Afrina tersengih malu lalu menoleh melihat kereta Abang Arif diparkir elok di sebelah kereta ayah di halaman rumah. Kepala yang tidak gatal digaru-garu cuba menutup rasa malu yang bertandang. Memang dia benar-benar tidak perasaan tadi. Agaknya, fikirannya terlalu memikirkan reaksi mak dengan kepulangannya itu sehinggakan menutupi pandangan mata kasar kepada alam di sekelilingnya. Ini mesti tengah berangan lebih-lebih, sampai langsung tak perasan, sakat Abang Arif lagi. Eh, memandai aje abang ni! Mana ada! sangkal Afrina. Ekor matanya sempat menjeling ke arah ayahnya di sofa yang hanya membisu diri tanpa memberi sebarang respons. Yelah tu. Boleh ke abang percaya? Tak percaya, sudah, jawab Afrina malas hendak melayan sikap Abang Arif yang suka mencari ruang untuk menyakat. Dia sebetulnya segan dengan ayah yang turut mendengar. Ketawa Abang Arif semakin galak kedengaran. Afrina memasamkan wajahnya. Pukul berapa bertolak tadi, Rina? Abang Arif mengulangi pertanyaan yang masih belum dijawab oleh Afrina. Lewat sikit keluar tadi. Rina ada kerja sikit nak kena siapkan, beritahu Afrina. Perkataan kerja sengaja diperlahankan setelah ekor matanya perasan jelingan Encik Arifin. Seperti ingin turut mendengar jawapan yang bakal diberikan. Untuk menutup rasa serba-salah dan tidak kena, Daniel di sisi Abang Arif di tarik ke dalam ribanya.

31

kuseru kasihmu

Boleh pun balik. Ingatkan dah lupa jalan nak balik ke rumah! Puan Salmiah yang tiba-tiba muncul dari ruang dapur menyampuk membuatkan senyuman Afrina sertamerta hilang. Namun, dia tetap bangun dari duduknya untuk mendapatkan emaknya itu. Rina masuk dulu, mak, mohon Afrina setelah menyalami dan mencium tangan Puan Salmiah. Dia menapak ke bilik dengan perasaan sebal, sedih dan terkilan. Tidak sanggup lama-lama berhadapan dengan emosi emak yang tidak berkesudahan mencari kesalahannya. Tengoklah tu, perangai tak berubah-ubah. Cakap sikit, merajuk. Apa nak jadi agaknya! Puan Salmiah terus membebel. Afrina hanya mendengar dan membisu diri. Kakinya tetap melangkah biarpun mulut terasa ringan untuk membalas bagi membela diri! Pun begitu, tidak sampai hatinya untuk melukakan hati seorang ibu dengan kata-katanya nanti meskipun tiada niat untuk melawan. Abang Arif turut sama mendiamkan diri. Tidak berani menyampuk. Amat faham dengan sikap Puan Salmiah yang tidak suka anak-anaknya menjawab. Hanya pandangan simpati yang mampu dilemparkan kepada Afrina yang telah menghilangkan diri ke dalam bilik. Dahlah, Sal. Rina kan dah balik tu, bela Encik Arifin. Puan Salmiah tidak menjawab hanya dengus tidak berpuas hati kedengaran.

DI BILIK, Afrina merebahkan badan ke katil. Matanya dipejamkan bagi melepaskan kepenatan memandu. Selebihnya,

32

Izzul Izzati

dia ingin mencari ketenangan seketika. Keserabutan fikirannya tidak pernah surut dengan kerja di pejabat dan masalah yang dibawa oleh Hakimi. Ditambah dan di sendat pula dengan sikap emak yang tidak mahu memahami keadaan dirinya membuatkan dia rasa sedikit tertekan. Kalau keadaan ini berpanjangan, boleh sakit jiwa agaknya. Argh! Hati Afrina menjerit sendiri. Kak Rina! Panggilan kuat kedengaran di telinga mengejutkan Afrina yang hampir terlena. Dilihat wajah adiknya, Arisya sedang tersengih-sengih di sisi. Alahai budak ni, memang tak boleh tengok orang senang langsung. Eeiii! Dengus Afrina dalam hati kerana ketenangannya diganggu. Kelopak mata kembali dipejamkan. Kak Rina, bangunlah! kejut Arisya. Badan Afrina digoyang-goyangkannya. Ada apa Risya, akak penatlah, rungut Afrina. Kelopak mata terus dipejamkan. Bangunlah Kak Rina! Marilah tengok baju tunang Risya ni, cantik tak? rayu Arisya manja. Afrina membuka sedikit matanya. Baju yang tersarung di badan Arisya ditenung seketika. Hmm..cantik, jawab Afrina tanpa emosi. Matanya kembali dipejamkan. Boringlah akak ni, tak sporting langsung! dengus Arisya. Mendengarkan rungutan Arisya, Afrina menahan gelak dalam hati. Saja dia hendak mendera perasaan Arisya yang telah mengganggu ketenangan dan lenanya. Dia tahu rajuk adiknya tidak lama. Adat adik-beradik. Lagipun, mereka memang selalu begitu setiap kali bersua. Tetapi, senyumannya lenyap tiba-tiba ketika terdengar suara Puan Salmiah menyapa.

33

kuseru kasihmu

Kakak kamu memang macam tu, Risya. Dia bukannya minat dengan benda-benda macam ni. Tak sedar lagi, umur dah nak mencecah tiga puluh. Nak jadi anak dara tua agaknya kakak kamu tu! Perasaan Afrina bagai dipalu. Pedih! Sindiran tajam emaknya itu terasa menusuk jauh ke dalam hulu hati. Dalam diam, Afrina menghela nafas dalam-dalam menahan perasaan sebak. Dicelikkan kelopak mata. Wajah Puan Salmiah kelihatan di muka pintu bilik; sedang merenungnya dengan pandangan yang amat sukar ditafsirkan. Suara Arisya yang tadinya membingitkan suasana turut terdiam. Akak nak pergi mandi dululah, Risya. Kejap lagi akak tengok baju Risya, ya? Afrina bersuara juga meskipun suaranya rasa tersekat-sekat menahan rasa sedih. Perlahanlahan, dia bangun dari katil. Setelah mengambil tuala yang masih berlipat di dalam beg, dia terus berlalu ke bilik air tanpa mempedulikan aksinya yang diperhatikan oleh Puan Salmiah. Arisya terus-menerus diam membatukan diri tanpa membalas kata-kata kakaknya itu. Dia faham sendiri. Di dalam bilik air, Afrina menangis sepuas-puas hati. Dibiarkan air pancuran membasahi wajahnya. Sebak hati tidak tertahan lagi dengan sikap yang ditunjukkan oleh emak. Hatinya meraung dan menjerit sendiri. Tidakkah emak sedar bahawa jodoh pertemuan adalah urusan Allah. Kenapa dirinya dipersalahkan?

34

Izzul Izzati

bab

ASYA, kita kahwin? H a m p i r tersedak Natasha mendengar. Dadanya tiba-tiba berkocak dengan rasa debar. Wajah Azlan di sebelahnya tidak berani ditatap. Air liur ditelan berkali-kali, cuba meredakan resah yang tiba-tiba datang menerpa. Kahwin? Natasha menyoal kembali, berpura-pura tidak memahami. Biarpun sudah jelas soalan yang telah Azlan ajukan menerjah masuk ke cuping telinganya. Irama dan alunan melodi lagu daripada corong radio amat perlahan untuk mengganggu apatah lagi menghalang pendengarannya daripada menghayati dan meneliti butir bicara Azlan sebentar tadi. Azlan mengangguk. Senyuman ceria dilemparkan.

35

kuseru kasihmu

Melambangkan betapa hatinya berbunga riang untuk menyuarakan hasrat murninya nan satu itu. Dia telah bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami dan seterusnya sebagai ayah kepada anak-anaknya yang bakal lahir kelak. Dah sepatutnya kita berkahwin, Tasha. Dah terlalu lama perhubungan kita. Kalau kahwin entah-entah dah setengah dozen anak kita, tak? Azlan ketawa kecil dengan lawaknya sendiri namun penuh berbunga bahagia. Anak mata yang tertumpu pada jalan raya sesekali mengubah haluan menjeling mesra ke arah Natasha di sebelah. Bagaimanapun, kesuraman cahaya lampu jalan yang menerobos masuk melalui cermin lut sinar kereta telah berjaya melindungi perubahan pada raut wajah Natasha ketika itu daripada dapat dikesan oleh Azlan. Natasha terkelu sendiri. Ketawa Azlan teragak-agak untuk disambut. Hatinya semakin gundah gulana. Haru biru! Punggungnya bagai dipanggang, panas membahang. Terasa ingin melarikan diri. Amat mustahil! Dia ketika itu berada di dalam perut kereta Azlan. Mahu tidak mahu dia terpaksa mengikut ke mana sahaja haluan tayar kereta Azlan dan yang paling pasti dia terpaksa menghadapi kenyataan yang seperti sedang mencekik dirinya sendiri pada kala itu. Tasha tahu, mak dan ayah Lan pun dah setuju kalau kita langsungkan cuti sekolah nanti. Tapi sebelum tu, kita bertunang dulu. Azlan terus bercerita keinginannya tanpa menyedari raut muka Natasha sudah pucat lesi, tidak berdarah. Perasaan bersalah dalam hati Natasha bergendang hebat kerana telah mempermainkan hati Azlan yang nyata luhur dan jujur dengan hubungan mereka. Bibirnya turut terkunci rapat untuk berkata-kata apatah lagi menolak impian murni Azlan. Lan ingat kita tak payah bertunang lama-lama. Cukuplah sebagai syarat. Apa pendapat, Tasha?

36

Izzul Izzati

Natasha terkedu. Tak tak terlalu awal ke, Lan? Gugup Natasha bersuara. Terasa degupan jantungnya makin bergetar pantas. Awal? Azlan menoleh sekilas ke arah Natasha. Cuba mencari anak mata Natasha, minta kepastian. Maksud Tasha err, Natasha sedikit menggelabah. Pertanyaan Azlan tidak mampu untuk dijawab. Apa maksud Tasha? Tasha nak tunggu sampai bila? Soalan bertalu-talu daripada Azlan menjadikan bibir Natasha kaku membeku. Dia benar-benar kehilangan katakata. Sesekali dia membetulkan duduknya mencari keselesaan. Walhal sebelum tu, dia amat selesa sekali tatkala bersandar ke kusyen kereta. Bukan... bukan itu maksud Tasha... err..., Natasha terus kehilangan bicara. Tidak tahu apa yang harus diperkatakan. Atau lebih sesuai alasan yang sebagaimana lagi hendak diberikan agar Azlan terus menutup cerita fasal kahwin. Dia benar-benar rasa terperangkap kini. Rahsianya dengan Hakimi yang tertutup kemas terasa hampir terselongkar. Tetapi sampai bila rahsia itu harus disimpan? Tidakkah dia dengan Hakimi juga mempunyai impian yang sama ingin bersatu di alam perkahwinan? Cepat atau lambat rahsia itu pasti terbongkar juga. Lagipun, dia sendiri tidak sanggup lagi berpura-pura dan berlakon di hadapan Azlan. Semakin lama semakin kuat perasaan bersalah menekan lubuk hatinya. Ikutkan hati, ingin sahaja dia berterus-terang. Namun dihalang keras oleh Hakimi. Tidak mahu Azlan salah faham konon. Padahal, memang jelas lagi bersuluh perbuatan mereka akan lebih melukakan dan menyakitkan hati teman baik sendiri. Ingin menunggu Hakimi memulakan dahulu, entah bila. Bukan dia tidak pernah menyuarakan. Tapi setiap

37

kuseru kasihmu

kali disuarakan, jawapan Hakimi tetap sama. Masa masih belum sesuai. Masih belum mempunyai kekuatan untuk berterus terang. Tidak sampai hati. Dan macam-macam lagi. Habis tu? Soalan Azlan menarik khayalan Natasha ke alam nyata kembali. Dada Natasha kembali sesak. Ataupun Tasha masih belum bersedia? Azlan terus menyoal. Nyata dia tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Natasha, insan yang amat disayangi dan dicintai setulus hati. Tiada insan lain lagi di dambakan untuk menjadi suri hidupnya selain Natasha. Gembiranya tidak terucap pada saat Natasha menerima lafaz cinta dan menerimanya setulus hati. Biarpun Natasha sering melengahkan masa untuk mereka bersatu tetapi dia tetap percaya kepada cinta Natasha. Dan bagi dia, Natasha akan selalu setia. Begitu tinggi harapan pada hubungannya dengan Natasha tidak mampu digugat lagi. Natasha menelan air liur berkali-kali. Fikirannya benar-benar buntu untuk berfikir bagi mencipta alasan lagi. Hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala sebagai jawapan. Azlan menghela nafas. Stereng kereta dipusing dan langsung berhenti di bahu jalan. Wajah Natasha dipandang tidak berkelip. Kepastian ingin diraih. Tidak sanggup menunggu lebih lama. Bukan dia meragui kesetiaan Natasha tapi dia ingin merealisasikan mahligai impian yang telah lama diimpikan. Reaksi Azlan membuatkan Natasha semakin gelisah. Perasaan bersalah semakin kuat menekan. Anak mata Azlan yang merenung tidak berani dibalas. Keluarga Tasha tidak bersetuju, ke? Azlan terus mengutarakan persoalan. Natasha menggeleng-gelengkan kepala lagi.

38

Izzul Izzati

Atau Tasha, Azlan membiarkan soalan yang satu itu tergantung. Tidak berani untuk meneka kemungkinan kebenarannya. Sesuatu yang sentiasa diharap, agar dijauhinya Tuhan. Lan, Natasha menghela nafas cuba mencari kekuatan. Tiba-tiba, perasaan sesal dan marah pada Hakimi mencengkam hati. Hakimi sengaja membuatkan dan membiarkan masa berlalu begitu lama, sehinggakan dia terperangkap dalam membuai perasaan Azlan pada cinta palsunya itu. Lan, jangan salah faham. Maksud Tasha, tidakkah terlalu awal kita nak kahwin sebab ekonomi kita baru hendak pulih? Sempatkah Lan hendak mengumpul duit bagi persiapan perkahwinan kita nanti? Bagi Tasha, perkahwinan hanya sekali. Tasha tak nak hanya sekadar akad nikah aje, jelas Natasha mencipta alasan. Kenyataan yang diberikan Natasha membuatkan Azlan ketawa panjang. Jelas di wajahnya perasaan lega yang amat. Pedal minyak ditekan kembali dan menghalakan haluan kereta semula ke jalan raya. Janganlah Tasha risau. Memang dari awal lagi Lan sudah kumpul duit untuk persediaan perkahwinan kita. Sejak Lan mula kerja lagi. Lagipun, mak Lan dah janji nak menanggung separuh kos perbelanjaan kenduri kita nanti. Lan kan, satu-satunya anak lelaki mak yang belum kahwin. Mendengarkan jawapan Azlan, suara Natasha bagai hilang dari anak tekak. Tubuhnya terhenyak kaku pada kusyen kereta.

39

kuseru kasihmu

bab

6
ARU semalam kamu jejak kaki kat rumah ni, hari ni dah nak

balik KL? Panahan soalan berbaur sindiran yang dilemparkan Puan Salmiah bagai duri yang menusuk tajam dalam cuping telinga Afrina. Seperti biasa, dia hanya membisu seribu bahasa. Wajah Puan Salmiah yang kelihatan masam mencuka di toleh sekilas sebelum beg pakaiannya diletakkan di tepi sofa berdekatan pintu utama. Kemudian, dipandang satu-persatu wajah-wajah yang berada di ruang tamu itu. Encik Arifin, Arisya, Abang Arif serta kakak iparnya, Kak Rahayu yang sedang mengupas buah epal untuk Daniel. Panas agaknya kat rumah ni, sampaikan dah tak boleh nak duduk lama-lama, Puan Salmiah terus membebel menyuarakan ketidakpuasan hatinya.

40

Izzul Izzati

Afrina terus mendiamkan diri. Digagahkan kaki melangkah menghampiri Puan Salmiah dan Encik Ariffin di sofa. Dia bersimpuh menghadap Puan Salmiah sebelum ditundukkan wajah. Lambat-lambat Afrina membuka mulut, cuba bersuara. Maafkan Rina, mak. Rina tak dapat cuti. Rina, Memang itu ajelah alasan kamu, Puan Salmiah memotong. Balik-balik alasan tak dapat cuti, sibuk, banyak kerja, tah apa-apa lagi. Susah-susah sangat tak payah balik langsung. Hati mak pun tak sakit! Puan Salmiah masih terus mahu mencari salah Afrina. Afrina kaku di lantai. Menahan telinga dan gelora rasa terkilan serta kecewa dengan sikap mak. Bibir yang sememangnya kelu untuk bersuara terus mengeras dan beku. Apa yang Puan Salmiah katakan sudah di agak dan memang itulah yang selalunya dia dengar di corong telefon. Bebelan dan nada yang sama. Memang sebiji! Cuma bezanya, kali ini dia terpaksa berhadapan dan menelan satu-persatu setiap katakata yang dilontarkan. Tidak dapat menekup dan menjauhkan gagang telefon seperti selalu. Bukan dia sengaja, jauh sekali untuk jadi anak derhaka. Tetapi, hati mana dapat menahan perasaan hiba andainya mereka juga berada di tempatnya. Sementelah, kata-kata itu daripada ibu kandungnya sendiri. Sudah-sudahlah tu, Sal, Encik Arifin menyampuk. Cuba mengendurkan emosi perasaan isterinya. Dah memang Rina banyak kerja. Nak di apakan lagi. Kalau dia tak balik langsung, nanti awak juga yang susah, jawab Encik Arifin bagi pihak Afrina. Abang Arif dan Arisya tidak berani menyampuk apatah lagi Kak Rahayu yang hanya menjadi pendengar setia. Tak ada susahnya. Kalau dia berani tak balik langsung rumah ni, buatlah! Jangan panggil aku ni, mak lagi, balas Puan Salmiah, tidak mahu mengalah dengan katakatanya.

41

kuseru kasihmu

Hisy, awak ni, Sal! Encik Arifin menggelenggelengkan kepala dengan sikap isterinya itu. Dah lewat ni, Rina. Nanti lambat pulak sampai KL. Dahlah kamu tu memandu sorang diri, sambung Encik Arifin. Afrina menarik nafas lega kerana ayahnya seperti memahami keadaannya. Mak, Rina pergi dulu, Afrina mencapai tangan Puan Salmiah dan diciumnya penuh hormat. Emm, Puan Salmiah mendengus perlahan. Afrina terus menahan perasaan dengan reaksi Puan Salmiah. Biarpun wajah tenang dipamerkan namun dadanya berombak rasa sedih dan pilu yang amat. Setelah bersalam dengan Encik Arifin, Arisya, Abang Arif serta kakak iparnya, Afrina mengangkat beg pakaian perlahan-lahan dan disandang ke bahu. Sampai KL nanti jangan lupa telefon, okey? Abang Arif yang mengekori langkah Afrina sempat berpesan. Afrina tersenyum hambar dan mengangguk. Hah, bawa kereta tu elok-elok. Terus balik. Jangan nak singgah di tempat lain lagi! Kedengaran suara Puan Salmiah memberi pesanan tatkala Afrina hampir melewati pintu utama. Afrina kembali menoleh. Laju kepalanya mengangguk. Sebaris senyuman terukir biarpun Puan Salmiah tidak memandang wajahnya ketika itu. Biarlah! Pesanan yang diberikan oleh emak itu sudah memadai mengubat sedikit luka di hati Afrina. Sekurang-kurangnya, dia tahu yang emak masih sayang dan mengambil berat tentang dirinya. Cuma mungkin kemarahan dan ketidakpuasan hati emak yang masih bersisa membuatkan emak bersikap begitu. Agak-agaknya, jika dia yang berada di tempat emak pada saat itu, pasti perkara yang sama akan dilakukan kepada anaknya, tak? Afrina bersoal jawab dengan hatinya sendiri. Mana ada ibu tidak sayangkan anaknya. Dia

42

Izzul Izzati

memujuk hati lagi. Kalau Kak Rina free, jangan lupa singgah kolej Risya ye, kak? Arisya tidak mahu ketinggalan untuk berpesan ketika Afrina menghidupkan enjin kereta. Kepalanya dijengahkan, mendekatkan dirinya dengan tingkap pemandu. Abang Arif turut sama menghantarnya ke kereta. Kak Rahayu hanya memandang dari jauh. Huh! Malaslah akak. Setiap kali Kak Rina singgah, Risya tak pernah ada kat bilik. Buat apa Kak Rina pergi? getus Afrina cuba mengusik adiknya itu. Ala, Kak Rina ni! Arisya mencebik kelat. Kak Rina telefonlah dulu. Kelas Risya memang tak tentu masa, Bibirnya dimuncungkan. Begitulah sikapnya setiap kali tidak berpuas hati. Afrina ketawa senang. Abang Arif turut sama ketawa. Terhibur hatinya melihatkan reaksi Arisya. Arisya memang adik manja tetapi amat menyenangkan hatinya. Orang dah ada tunang. Mana nak lekat kat bilik lagi, Abang Arif pula menyakat. Arisya tersengih-sengih malu memandang wajah Afrina dan Abang Arif. Jangan tak balik bilik terus dahlah, ujar Afrina memberi nasihat berbaur ingatan. Hisy, Kak Rina nih! Tak adalah Risya macam tu! Muncung Arisya makin panjang. Ketawa Afrina dan Abang Arif kembali meledak. Baguslah macam tu, Risya, Afrina memandang wajah Arisya yang masam mencuka namun tampak berseri. Seri orang sedang bertunang. Darah tengah manis katakan. Teringat kembali majlis pertunangan adiknya yang sudah berlangsung semalam. Afrina terasa ada sesuatu berbuku dalam hati. Sesuatu yang sukar ditafsirkan. Rina, Abang Arif harap Rina tak ambik hati sangat dengan perangai mak. Sikap mak memang macam tu, dik.

43

kuseru kasihmu

Rina tau, bang. Janganlah Abang Arif risau. Rina okey, Afrina tersenyum hambar. Perasaan sebak kembali mengepung dada dengan sikap prihatin satu-satunya abang kandungnya itu. Dalam diam, dia memanjat kesyukuran tidak terhingga pada Tuhan kerana dikurniakan adik-beradik yang memahami hatinya. Bersabarlah, Rina, pujuk Abang Arif lagi. Dia tahu walaupun Afrina cuba berlagak biasa namun jauh dalam sudut hati adiknya itu amat terluka dengan sikap Puan Salmiah. Janganlah abang risau. Hmmm Rina pergi dulu, Mata yang mula berair pantas dilarikan ke arah jam yang tertera di papan pemuka kereta. Cuba mengelak daripada perasaan sendunya dapat dikesan oleh Abang Arif dan Arisya. Biarpun mereka mungkin memahami, tetapi dia tidak mahu membebankan hati mereka dengan kesedihannya. Selagi terdaya. Selagi mampu, dia akan pendamkan sendiri. Kak Rina, bawa kereta baik-baik, ya? pesan Arisya. Sempat dia mencium pipi kakak kesayangannya itu. Afrina ketawa senang dengan gelagat adiknya. Ketawa itu yang pastinya dibuat-buat. Untuk melindungi rahsia hati. Air mata yang hampir menitis diseka. Insya-Allah, dik. Wajah abang dan adik kesayangan dipandang sayu sebelum kaki menekan perlahan-lahan pedal minyak. Meninggalkan kawasan rumah tempat lahirnya. Sebak yang ditahan akhirnya mengundang juga air mata apabila terpandang wajah mak dan ayah menerusi cermin pandang belakang. Kesudian mereka menghantar pemergiannya biarpun pada saat akhir. Sesungguhnya dia pasti, emak dan ayah amat menyayangi dia sepertimana adik dan abangnya juga. Hati Afrina berbisik sendiri. Air mata yang mengalir bertambah laju membasahi lekuk pipi. Selaju deruan enjin kereta membelah jalan raya.

44

Izzul Izzati

bab

ETELAH mengunci pintu kereta, Afrina berlari-lari anak bagi mempercepatkan langkah. Jam tangan dipandang lagi. Alamak! Sudah terlambat! Mati aku kena marah dengan Encik Kamal! Bisik Afrina resah. Lambat hari ni, Kak Rina? tegur Mastura ketika Afrina melewati pintu pejabat. Biasalah Mas. Traffic jam, jawab Afrina. Tanpa berlengah, langkah kaki terus diayun pantas menaiki anak tangga untuk ke tingkat tiga. Hampir-hampir dia terlanggar Johar yang kebetulan sedang menuruni anak tangga. Opss! Sorry, Jo, ucap Afrina. Johar hanya tersengih. Afrina membiarkan Johar dengan senyumannya. Dia meneruskan langkah kakinya memanjat anak tangga yang masih berbaki. Sesampai di tempatnya, interkom pula

45

kuseru kasihmu

berbunyi bertalu-talu. Kelam-kabut Afrina menekan butang menjawab. Iya, Encik Kamal, jawab Afrina dengan nafas termengah-mengah. Semput. Penat setelah berlari menaiki berpuluh-puluh anak tangga. You tahu tak sekarang ni dah pukul berapa? Suara Encik Kamal seperti menengking. Afrina terdiam. Semangatnya seakan hilang melayang dengan sergahan Encik Kamal. Jam di atas mejanya dipandang. Pukul sembilan setengah pagi. Dia membiarkan soalan Encik Kamal tanpa jawapan. You tahu tak, hari ini ada mesyuarat pukul sepuluh pagi? Encik Kamal terus melontar pertanyaan berbaur kemarahan. Afrina menelan air liur. Maaf encik sa saya terlambat sampai, Tergagap Afrina menjawab. Sudah! Turun cepat! Bawa fail projek Tasik Bayu sekali, Keras arahan Encik Kamal. Kedengaran gagang telefon seperti dihempaskan. Afrina menelan air liur berkalikali. Hatinya terasa kecut sendiri mengenangkan Encik Kamal yang sedang mengamuk. Tanpa membuang masa, segera dicapai fail projek dan bergegas menuju ke anak tangga. Rina! Tunggu dulu! Afrina menoleh. Dilihat Hakimi juga sedang berlari anak menuju ke arahnya. Dia menghela nafas panjang. Aduh! Mamat ni lagi! Tanpa menunggu Hakimi menghampirinya, Afrina kembali mengatur langkah. Rina! Hakimi yang sedang mengejar sempat menangkap pergelangan tangan Afrina yang pantas melangkah. Tindakan Hakimi membuat Afrina terkesima. Kaget. Aliran darahnya semerta tersirap laju. Dia bungkam.

46

Izzul Izzati

Kaku. Sentuhan tangan Hakimi terasa meresap ke seluruh salur darah. Membuatkan langkah kaki yang tadinya pantas melangkah terhenti tiba-tiba. Manakala, degupan jantungnya kini pula laju berlari. Dadanya berombak kencang menahan debaran yang tiba-tiba datang bertandang. Namun, situasi itu tidak lama tatkala wajah Encik Kamal yang sedang menunggu kembali menerpa dalam benak kepalanya. Tanpa sepatah perkataan yang keluar daripada bibir Afrina, direntap kembali pergelangan tangan yang berada dalam genggaman Hakimi. Segera dia melangkah menjauhi. Rina..., Maaf, Kimi, aku ada mesyuarat. Encik Kamal dah tunggu aku kat bawah. Ill see you later, pantas Afrina memotong ayat Hakimi. Alahai, skemanya ayat! Kutuk Afrina sendiri setelah menyedari baris ayat yang keluar daripada mulutnya. Ekor matanya menyedari jelingan dan kerlingan mata-mata teman sepejabat yang lain. Pasti mereka perasan babak cerekarama yang berlaku tadi. Argh! Ini semua Hakimi punya pasal! Afrina mendengus geram. Rina! Hakimi kehilangan suara setelah Afrina berlari laju menuruni anak tangga seterusnya hilang daripada pandangan. Dia mengeluh lemah. Perasaannya berbaur ketika itu. Geram dan marah bercampur resah. Geram dengan sikap Afrina yang seperti cuba mengelak daripada berbincang perihal dia dengan Natasha. Resah mengenangkan permasalahan dengan Natasha yang masih belum selesai. Semakin resah tatkala teringatkan Natasha yang semakin mendesak. Kimi, tak kanlah kita selamanya macam ni? Mak dan ayah Tasha dah bising. Umur kita pun bukannya muda lagi. Dua tahun lagi mencecah tiga puluh tahun. Sampai bila nak tunggu? Kata-kata Natasha terngiang-ngiang kembali di telinganya.

47

kuseru kasihmu

Tunggulah, Tasha. Kimi belum cakap lagi dengan Lan. Lagipun, Rina dah janji nak tolong, pujuk Hakimi. Lagi-lagi Lan! Rungut Natasha. Kalau Kimi tak berani nak cakap, biar Tasha sendiri yang cakap. Jangan, Tasha. Kimi takut Lan salah faham nanti. Lagipun, Hakimi kehilangan kata-kata. Lagipun, apa? soal Natasha. Hakimi menghela nafas. Lagipun... tak sepatutnya Tasha terima cinta Lan dulu kalau Tasha tidak cintakan dia, ujar Hakimi. Kimi kan tahu sebab Tasha terima cinta Lan waktu tu. Kenapa sekarang nak diungkit lagi? Soal Natasha geram. Entahlah, Tasha. Mungkin silap kita tidak berterus terang dengan Lan dari awal. Bila dah jadi macam ni, Hakimi membiarkan ayatnya tergantung. Masalahnya sekarang, Tasha tak boleh tunggu lagi. Kalau Kimi betul-betul cintakan Tasha, suruh mak dan ayah Kimi masuk meminang Tasha. Kalau tidak, Kalau tidak, apa? Hakimi menyoal. Intonasi suara Natasha mengundang kebimbangan hatinya. Kalau tidak, Tasha suruh aje Lan yang masuk meminang. Hakimi terdiam. Lama. Kata-kata Natasha seperti mengugutnya. Perlukah dia mengikut kata hati, pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan perasaan kawan-kawannya? Soal Hakimi pada dirinya sendiri. Tapi bukankah dia dengan Tasha.... Hakimi melepaskan keluhan lagi. Wajahnya diraup berkali-kali. Terasa buntu untuk membuat keputusan. Jeritan telefon bimbit tiba-tiba menyentakkan Hakimi yang jauh mengelamun. Segera dicapai telefon yang berada di sisi meja. Helo, Kimi, Kedengaran suara Haliza di hujung talian.

48

Izzul Izzati

Liza, Hakimi menghela nafas. Cuba meredakan rasa gelisah. Hujung minggu ni, Kimi sibuk tak? Kenapa? soal Hakimi, acuh tak acuh. Fikirannya terasa berserabut. Liza ingat nak cari barang sikit. Teman Liza shopping, boleh? Sorry, Liza. Kimi tak senang, Tanpa berfikir panjang, Hakimi terus menolak. Haliza mengetap bibir. Tersinggung dengan respons Hakimi. Hatinya terasa hampa sekali. Sejak akhir-akhir ini, Hakimi sengaja mengelak dari berjumpa dengannya. Haliza tiba-tiba senyap. Diam seribu bahasa membuatkan Hakimi dihenyak rasa bersalah. Otaknya terasa beku untuk berfikir mencari alasan bagi memujuk Haliza kembali. Err Liza, maafkan Kimi. Sebenarnya hujung minggu ni, Kimi nak balik JB. Kimi dah lama tak jenguk mama dan papa, Hakimi terpaksa berbohong untuk mengambil hati Haliza kembali. Macam nilah, Liza. Apa kata kita keluar lepas kerja esok? Betul? Suara Haliza kembali ceria. Hakimi menghela nafas. Hmmm, Janji? Kimi janji. Liza tunggu nanti. Kimi datang jemput, okey? Okey. Bye. Kedengaran talian dimatikan. Hakimi terduduk di kerusi. Belum selesai satu masalah, masalah lain pula yang timbul. Masalah yang ditimbulkannya sendiri. Kalau dulu dia tidak jadikan Haliza sebagai alat untuk mengaburi pandangan mata Azlan tentang hubungannya dengan Natasha, sudah

49

kuseru kasihmu

pasti dia tidak tersepit begini. Memang dulu dia tidak terfikir kesan daripada perbuatannya. Tapi sekarang, dia benar-benar dihimpit rasa bersalah. Bersalah pada Haliza dan Azlan setelah lima tahun berlalu.

FIKIRAN Afrina menerawang jauh. Dia melayan perasaan sendiri sepanjang perjalanan pulang dari mesyuarat yang dihadiri bersama Encik Kamal. Terbayang-bayang kembali detik-detik semasa Hakimi memaut pergelangan tangannya di pejabat pagi tadi. Masih terasa-rasa debaran dalam dada kala itu. Masih terasa-rasa kehangatannya. Dia sedar, hanya dia berperasaan begitu tetapi tidak Hakimi. Namun, dia tidak mampu menahan perasaannya daripada terbuai sendiri. Dia benar-benar kalah dan lemah dengan kehendak nalurinya itu. Dia juga sedar dan amat sedar akan kebodohannya yang satu itu tetapi dia tidak tahu bagaimana ingin mengelak. Obseskah dia? Atau sebenarnya gila bayang? Oh, tidak! Afrina terasa malu sendiri. Mengingati janji dengan Hakimi berkaitan Azlan membuatkan hati dan perasaan Afrina kembali bergelora kencang. Geram, marah, sakit hati, terkilan dan sedih. Terasa berbaur-baur perasaan. Sakit jiwanya dengan sikap Hakimi dan Natasha yang hanya mementingkan diri sendiri. Tidak terfikirkah mereka akan perasaan Azlan dan Haliza, kawan baik mereka semenjak dari universiti lagi? Tidak sayangkah mereka dengan persahabatan yang telah lama terjalin? Tetapi, sememangnya perasaan cinta itu sendiri boleh membunuh nilai-nilai persahabatan dan seterusnya membunuh kasih sayang yang pernah bersemi di antara mereka. Afrina mengeluh dalam diam. Encik Kamal menoleh sekilas ke arah Afrina yang

50

Izzul Izzati

banyak membisu diri sejak mereka keluar bermesyuarat pagi tadi. Melihatkan wajah Afrina yang mendung, terselit perasaan bersalahnya. Dia pasti, perubahan sikap Afrina mungkin kesan daripada amarahnya sebelum itu. Dia sebenarnya sedar, Afrina bukan sengaja datang lewat ke pejabat. Dia faham kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur tidak menentu tetapi dia juga perlu menjaga etika pekerjanya agar menitikberatkan disiplin dalam diri. Rina, nanti jumpa I dulu sebelum you dengan Hakimi bertolak ke Hulu Pahang, Encik Kamal memecah kebisuan di antara mereka. Afrina menoleh. Sedikit terkejut dengan sapaan Encik Kamal tiba-tiba. Dia hanya mampu mengangguk dan kembali memandang ke luar tingkap kereta. Reaksi Afrina mengundang lagi perasaan bersalah di hati Encik Kamal. Rina, apa kata kita pergi lunch dulu sebelum balik ofis, ajak Encik Kamal. Hanya dengan cara itu sahaja yang dapat dia memujuk Afrina secara tidak langsung. Afrina mengangguk lagi. Anywhere you like? soal Encik Kamal lagi. Mana-mana pun boleh, Encik Kamal, Encik Kamal mengangguk dan kemudiannya membelok stereng kereta memasuki jalan ke Wangsa Maju dan menghala ke perkarangan tempat letak kereta Alpha Angle. DeliFrance, boleh? tanya Encik Kamal. Tak kisah, jawab Afrina seraya mengangkat bahu. Tak takut gemuk? soal Encik Kamal dengan senyuman terukir pada bibirnya. Terangkat kening Afrina mendengar nada gurauan Encik Kamal. Tak, jawab Afrina pendek. Turut tersenyum memandang Encik Kamal. Lega! Bosnya itu tidak lagi marahmarah.

51

kuseru kasihmu

bab

ENYUM sorangsorang nampak! Huh! Beranganlah tu! perli Afrina sebaik sahaja duduk di sebelah Emilia yang sedang enak-enak berbaring di katil. Senyuman Emilia semakin meleret dan melebar. Bantal peluk di sisi didakap erat. Senyuman terus mekar. Berkerut-kerut raut wajah Afrina kehairanan memerhati. Hai, Lia! Kau ni, kenapa? Senyum tak habishabis. Anak raja malang mana dah meminang kau ni? Senyum tak cukup pipi, usik Afrina dengan iringan ketawa kecil. Emilia mengalihkan bantal. Anak matanya kelihatan bersinar-sinar memandang ke wajah Afrina. Melambangkan betapa bahagianya hati ketika itu. Rina, Emilia berjeda seketika. Senyuman malunya pula kelihatan terukir kini. Kau tahu tak, Rina?

52

Izzul Izzati

Tak, aku tak tahu, Afrina memintas. Sengaja hendak menyakat Emilia. Emilia mendengus. Bantal peluk di tangan dibaling ke arah Afrina yang sedang enak mengetawakannya. Ceh! Memanglah kau tak tahu kerana aku belum bagi tahu lagi, balas Emilia geram kerana Afrina memotong bicaranya. Afrina mengekek. Dapat juga dia mengenakan Emilia. Emilia hanya tersenyum senang dengan usikan Afrina. Rasa gembira yang berlimpah-ruah dalam hatinya ketika itu menenggelamkan segala rasa geram dengan usikan Afrina. Dia bangun dari katilnya dan merapat ke sebelah Afrina. Kau tahu, Rina. Aku dengan Khairil nak bertunang, ujar Emilia, lambat-lambat. Senyuman malu-malu tersungging di bibir sebaik sahaja dia menuturkan berita gembira tersebut. Tidak ada yang lebih menggembirakan bagi seorang gadis sepertinya selain mendengar kata-kata ungkapan aku ingin melamarmu daripada seorang kekasih yang dicintai yang sememangnya di nanti-nantikan selama ini. Hah? Really? Terlopong mulut Afrina. Kenapa? kau tak percaya? Emilia menarik muka kelat melihatkan aksi Afrina. Bukan, bukan aku tak percaya, Lia. Tapi, susah nak percaya, jawab Afrina ikhlas apabila Emilia seperti terasa hati. Memang pun. Aku pun susah nak percaya bila Khairil memberitahu aku masa lunch tadi. Alhamdulillah. Tahniah, Lia! Afrina memeluk bahu teman baiknya. Akhirnya sampai juga seru korang berdua, ya? Aku tumpang gembira, Lia, Lirih dan sayu suara Afrina. Thanks, Rina. Emilia menggenggam erat tangan

53

kuseru kasihmu

Afrina. Nanti kau tolong teman aku cari barang hantaran, eh? pinta Emilia pula. Eh! Apa pulak aku? Afrina menolak. Kau pergilah dengan Khairil. Beli sama-sama lagi senang tak payah susahsusah nak ukur saiz badan, saiz kaki, saiz tangan, Afrina cuba melawak. Itulah masalahnya sekarang, keluh Emilia tibatiba. Kenapa pula? Makin berkerut muka Afrina dengan aksi Emilia. Khairil kata ahli keluarganya dah berpakat nak sponsor setiap barang hantaran. Dia hanya mengikut, ujar Emilia dengan nada tidak berpuas hati kerana tidak dapat memilih sendiri barang yang disukainya. Kalau ye pun keluarganya nak sponsor, takkan kau tak boleh beli barang dengan Khairil? Lagipun barangan hantaran tu untuk Khairil juga, kan? ujar Afrina. Oh, tidak! bantah Emilia. Memandangkan barangan hantaran untuk aku dirahsiakan, Emilia berjeda seketika. jadi aku juga nak rahsiakan barangan hantaran untuk dia. Barulah adil! luah Emilia, berbaur tidak kepuasan hatinya. Afrina tergelak kecil sambil menggelengkan kepalanya. Ada-ada ajelah kau ni, Lia, Emilia hanya tersengih. Hai, nampaknya aku terpaksalah cari housemate baru lepas ni, Nada suara Afrina berbaur sayu. Bukan housemate tapi roommate, jelas Emilia. Senyuman nakal terukir. Terangkat kening Afrina mendengar kata-kata Emilia. Cari roommate? Kenapa pulak? soal Afrina kurang memahami. Mengarut! Bertahun-tahun dia tinggal seorang sebilik. Tiba-tiba, nak kena cari teman sebilik. Apahal? Bebel

54

Izzul Izzati

Afrina sendiri. Ai! Buat-buat tak paham pulak, perli Emilia selamba. Berkerut muka Afrina cuba menangkap maksud Emilia. Fikirannya gagal berfungsi bagi menaksir maksud yang tersirat yang telah disampaikan Emilia. Lurus bendul betullah kau ni! Emilia mengekek ketawa. Amboi mulut! Tak ada insuranslah tu. Sedapnya mengata orang! Kali ini, wajah Emilia pula menjadi sasaran dengan bantal peluk. Gamat bilik mereka dengan ilai tawa. Tapi kan, Rina, aku harap kau janganlah tunggu Hakimi. Alamatnya sampai ke tualah kau tak dapat room mate nanti, Emilia berkias dengan tawa yang masih bersisa. Terjegil anak mata Afrina setelah faham maksud yang ingin disampaikan Emilia. Mendengarkan nama Hakimi disebut, semangatnya terasa hilang. Keriangan dirinya terus terbang lesap tiba-tiba. Mulutnya terus membisu seribu bahasa. Emilia yang perasan perubahan mendadak raut wajah Afrina mula rasa bersalah. Namun dia perlu mengejutkan lena panjang Afrina. Biarpun Afrina tidak memperlihatkan minat yang mendalam kepada Hakimi. Tetapi, dia tahu hati Afrina terus obsesi secara diam terhadap Hakimi. Dia pasti! Jika tidak, mengapa Afrina tiba-tiba berubah sikap setiap kali nama Hakimi disebut? Seperti ada sesuatu yang sedang bersarang dalam lipatan hati Afrina pada Hakimi. Nampaknya begitu teruk sekali panahan cinta pandang pertama Afrina. Emilia mengeluh sendiri. Dia tahu, Afrina sebenarnya sedar hatinya akan kecewa terluka jika dia terus mengharap cinta Hakimi. Namun itulah, cinta di dalam hati teman kesayangannya itu ternyata amat susah dirobohkan.

55

kuseru kasihmu

Tetap teguh dan kukuh abadi bersemi di jiwanya. Rina Rina Emilia mengeluh lagi.

HALIZA membelek-belek blaus yang digantung bersusun di atas para. Tetapi, konsentrasinya bukan di situ. Perhatiannya lebih pada gelagat Hakimi. Anak matanya tidak lepas menjeling ke arah Hakimi yang kelihatan resah gelisah menekan butang telefon bimbit di tangan. Hatinya ingin sekali bertanya. Gerangan siapakah yang sedang dihubungi oleh Hakimi? Sehinggakan dia merasakan pertemuan mereka pada petang itu amat hambar. Hakimi seperti terpaksa menemaninya. Bukan dia ingin sangat membeli-belah tetapi sengaja mencari alasan untuk berjumpa dengan Hakimi. Mengharapkan Hakimi yang memulakan dahulu bagai menunggu buah yang tidak gugur. Selain daripada dirinya, adakah lagi insan istimewa yang bertakhta di hati Hakimi? Benarkah dia istimewa? Kalau benar, mengapa begitu susah Hakimi ingin mengucapkan kata azimat yang selalu dilafazkan oleh insan yang sedang bercinta? Tapi, benarkah mereka sedang bercinta? Haliza terus melontar pertanyaan demi pertanyaan yang tidak memberikannya jawapan yang tepat. Malahan menambahkan lagi kekeliruan dalam hatinya. Pertemuan buat pertama kali dengan Hakimi kembali menjengah. Terima kasih, Kimi, kerana sudi berkawan dengan Liza, ujar Haliza malu-malu. Bahagianya ketika itu, bagai bulan jatuh ke riba. Kimi lagi tak sangka dan rasa amat bertuah Liza sudi berkenalan dengan Kimi. Kimi berharap berhubungan kita nanti berkekalan selamanya. Berona merah wajah Haliza menahan malu yang bertandang. Kata-kata Hakimi bagai menyirami dirinya

56

Izzul Izzati

dengan embun pagi. Hatinya berbunga bahagia. Saat itu, ingin sahaja dia mengucapkan kata cinta kepada Hakimi namun dia menahan hati agar tidak terluah. Dia tidak mahu dikatakan perigi mencari timba biarpun terang-terang menunjukkan dia yang memulakan dan menghulurkan salam perkenalan. Dia amat bernasib baik kerana Hakimi menerima. Jika tidak, dia tidak tahu di mana dia nak letak mukanya. Teringat kembali betapa bangganya dia dengan kedua-dua rakan baiknya, Natasha dan Afrina kerana berjaya memenuhi cabaran Natasha. Namun, setelah lima tahun mereka berkenalan dan kenal rapat, tidak pernah sekali dia mendengar kata cinta terluah daripada bibir Hakimi. Dia seperti mengejar bayang-bayang yang tidak pasti. Liza, err Kimi ada hal. Apa kata kita balik sekarang? Kimi teman Liza lain kali, okey? Teguran Hakimi menyentakkan khayalan Haliza. Apa boleh buat, Jawapan Haliza berbaur hampa. Baju yang sedang dibelek diletakkan kembali ke tempatnya. Hilang semangatnya hendak membeli belah. Hakimi yang perasan hanya mampu mendiamkan diri namun jauh di sudut hatinya terselit jua perasaan bersalah. Menjaga hati Natasha adalah lebih utama pada ketika itu. Sepanjang perjalanan pulang, Hakimi banyak membisu. Haliza tidak kurang resah untuk memulakan bicara. Namun, dia perlu mengambil kesempatan yang ada untuk bertanya. Dia tidak sanggup lagi menjadi pungguk yang rindukan bulan. Andainya Kimi tidak kisah, boleh tak Liza nak tanya sikit? Hakimi kelihatan teragak-agak untuk mengangguk. Seperti dapat meneka apa yang bakal disoal oleh Haliza.

57

kuseru kasihmu

Begitulah kalau diri sudah buat salah memang hati akan sering dalam resah gelisah. Actually, what do you expect from our relationship? Hakimi menelan air liur berkali-kali. Kenapa kenapa Liza tanya macam tu? Gugup Hakimi bertanya, pura-pura tidak memahami. Tentu Kimi faham maksud Liza, kan? Hakimi cuba mengukir senyuman bagi menyembunyikan hatinya yang sudah berselirat dengan segala macam rasa. Kita kan dah lama berkawan. Tentu sekali Kimi ikhlas berkawan dengan Liza, Setenang boleh Hakimi menjawab. Berharap Haliza tidak memanjangkan persoalan tersebut. Kawan? Haliza menelan rasa kecewa. Bukan jawapan itu yang diharapkan keluar daripada bibir Hakimi. Wajah Hakimi yang sedang memandu kelihatan tenang dipandang penuh sarat dengan rasa hiba. Apa yang sebenarnya bermain di hati Hakimi tidak mampu untuk dia meneka secara pasti. Kalau boleh, ingin sekali dia menyelami sedalam-dalamnya. Sekurang-kurang dia tahu siapa dia sebenarnya di sudut hati Hakimi. Benarkah hanya kawan? Berkali-kali perkataan itu bergema di hati Haliza. Itukah jawapan yang dia dapat setelah bertahun dia menunggu kata cinta daripada Hakimi? Kimi, Liza tak menganggap Kimi sebagai kawan, luah Haliza dengan suara ditahan-tahan. Biar Hakimi tahu! Biar Hakimi faham apa yang terbuku. Hati Hakimi berdetak kencang. Air liur yang ditelan terasa kesat. Kita bukan lagi kanak-kanak remaja, Kimi. Liza. Liza memang sukakan Kimi sejak dulu lagi. Sejak kita kenal

58

Izzul Izzati

dulu. Jadi, Liza perlu tahu apa yang Kimi rasa pada Liza, luah Haliza tersekat-sekat. Raut wajah ditundukkan. Cuba melindungi riak malu yang terukir. Namun hatinya rasa lega teramat kerana dapat meluahkan. Hakimi kehilangan kata-kata. Kalau diberi pilihan, dia tidak mahu menjawab soalan Haliza. Dia pasti jawapannya bakal melukakan hati Haliza. Namun, wajarkah dia terus membiarkan Haliza membina harapan sedangkan dia tidak berniat sebegitu terhadap Haliza? Melihat Hakimi diam membisu, Haliza memejamkan mata cuba melindungi rasa hampa. Biarpun begitu, hatinya tetap berdoa dan berharap cintanya akan berbalas. Jalinan perhubungan mereka yang sudah menjangkau jangka masa yang lama memberi keyakinan teguh dalam hatinya biarpun ke kadang timbul rasa keliru. Oh! Hati, sememangnya tidak pernah mahu mengerti. Pandang-pandang hati berkenan Tidur malam terbayang-bayang Tenung-tenung hati keliru Siapakah di hatimu Lama-lama, lama merindu Pada teruna idaman Rasa resah rasa pilu Dia buat tak tahu Jauh-jauh, jauh hati Hati kita yang terluka Rasa resah rasa malu Tangan bertepuk sebelah Dapatkah kuinginkan

59

kuseru kasihmu

Hatimu dan hatiku Berpadu menjadi satu Hati Haliza terus berlagu pilu.

60

Izzul Izzati

bab

FRINA mengerling sekilas ke arah jam di pergelangan tangannya. Anak mata dihalakan ke arah pintu kafeteria. Keluhan yang dilepaskan berbaur resah dan geram. Menunggu orang sememangnya terasa lama biarpun baru sahaja lima minit masa berlalu. Semakin resah tatkala memikirkan baris-baris ayat yang bakal diperkatakan kepada Azlan dan Haliza nanti. Bagaimanakah perasaan mereka nanti? Kecewa? Marah? Sedih? Afrina terasa lemas dengan pertanyaan-pertanyaan sendiri. Mengapa hatinya perlu bimbang dan rasa gusar walhal masalah tersebut bukan berkaitan dengannya pun? Kenapa dia pula mesti rasa sakit jiwa sedangkan Hakimi dan Natasha bergembira dan bahagia dengan apa yang telah mereka lakukan? Tapi, benarkah begitu? Detik Afrina lagi. Apa pun mereka berdua adalah kawan baiknya. Dan, sudah tentu dia juga turut rasa tempiasnya akibat daripada sikap Hakimi

61

kuseru kasihmu

dan Natasha. Fikiran Afrina melayang menggamit memori. Kenangan sewaktu zaman belajar kembali menjengah.

RINA, kau satu grup dengan Hakimi, kan? soal Haliza ketika Afrina sedang bersiap-siap untuk pergi perbincangan dengan kumpulan kuliahnya. Hmm, kenapa kau tanya? soal Afrina sambil melihat gelagat rakan baiknya itu tersenyum malu. Aku nak mintak tolong sikit, boleh tak? Tolong apa? Tolong bagi surat ni pada Hakimi, boleh? Surat? Surat apa? soal Afrina, masih tidak dapat memahami maksud yang ingin disampaikan oleh Haliza. Apalah kau ni, Rina. Buat tak faham pulak. Surat aku nak berkenalan dengan Hakimi tu lah! Senyuman meleret Haliza membantut pergerakan Afrina. Ada satu macam perasaan meresap ke dalam nalurinya ketika itu. Susah untuk dihuraikan. Apa yang pasti dia rasa tergugat. Benar-benar tergugat. Belum pun dapat ditawan, putera idaman terasa telah dibawa lari. Permintaan Haliza terasa berat untuk diterima. Sebenarnya, dia sudah dapat mengagak perkara ini akan berlaku ketika nama ahli kumpulan diagihkan oleh Profesor Hassan. Tatkala ternampak namanya tersenarai sekumpulan bersama Hakimi, Halizalah yang paling gembira seolah-olah nama dia pula yang tersenarai. Dapat dirasakan Haliza akan menggunakan dia sebagai laluan untuk berkenalan dengan Hakimi. Kini, telahannya itu ternyata benar. Rina! Boleh ke tak? Haliza mengulangi pertanyaannya setelah Afrina membisu diri.

62

Izzul Izzati

Afrina yang sedang memasukkan nota ke dalam beg sandang menoleh sekilas ke arah Haliza yang kelihatan bermuncung. Hai, takkan main surat aje. Sekarang ni kan zaman teknologi serba canggih. Gunalah SMS ke, e-mel ke, nak lagi canggih guna MMS, baru ada kelas, ujar Afrina berbaur mengusik secara tidak langsung cuba mengelak daripada perasaannya dikesan oleh Haliza. Bukan macam tu, Rina. Memanglah aku boleh berkenalan terus dengan Hakimi. Tapi, aku rasa cara macam tu... macam perempuan gatal! Meletus juga ketawa daripada bibir Afrina mendengar teori yang diutarakan oleh Haliza itu. Tau, tak apa. Habis tu, dengan hantar surat tu tak macam perempuan gatal ke? perli Afrina. Ketawa masih kedengaran. Dengan surat, nampak sopan sikit. Lagipun, kalau melalui kau mesti Hakimi rasa aku sememangnya ikhlas dan jujur nak berkenalan dengan dia. Kesungguhan luahan hati Haliza membuat Afrina terdiam. Sememangnya teori yang dibuat oleh Haliza itu betul. Suara ceria Hakimi menusuk ke cuping telinga apabila bingkisan surat Haliza bertukar tangan. Hai, bertuah badan. Kau jangan cemburu, Lan! Orang cantik macam Haliza nak berkenalan dengan aku, Afrina mengetap bibir mendengar. Sedikit sebanyak hatinya turut terjerut; rasa kecewa bertindih dengan rasa hampa. Peluangnya untuk mendekati putera idaman seperti tertutup kini. Impiannya bagai retak bak kaca pecah. Walhal, dari awal lagi dia sedar pautan hatinya pada Hakimi hanya ibarat angan-angan yang tidak mungkin menjadi realiti. Apa pulak aku nak cemburu? Aku pun nak berkenalan dengan Natasha, lagi cantik, Afrina teringat kembali bagaimana bermulanya detik

63

kuseru kasihmu

perkenalan Azlan dengan Natasha. Jangan perasan! Belum tentu kau dapat Natasha, Hakimi seperti memperkecilkan Azlan. Afrina pada masa itu hanya menjadi pendengar yang setia biarpun dalam sudut hatinya menahan sendu sendiri. Belum cuba, belum tahu! Azlan tidak mahu mengalah. Rina, nanti kau tolong aku pulak bagi surat pada Natasha, ya? Hah? Afrina yang sedang berpura-pura meneliti kertas kerja di hadapannya rasa mendongkol. Minta tolong lagi! Ingat aku ni posmen kau orang ke? Saat itu, mahu saja dihamburkan rasa tidak kepuasan hati namun tidak mampu terluah daripada bibirnya.

HEI, Rina! Hah? Afrina tercengang-cengang seketika kerana terkejut. Terbang lesap segala kenangan dan memori lama. Kelihatan Haliza sedang tersengih di hadapannya waktu itu. Beranganlah tu, sakat Haliza melihat keadaan Afrina. Kau, Liza! Selalu buat aku sakit jantung, marah Afrina. Haliza mengekek. Keceriaan yang terpamer pada wajah Haliza membuatkan hati Afrina tersentuh. Dipagut rasa sayu. Tidak sampai hati hendak membunuh keceriaan teman baiknya itu dengan berita yang bakal diperkatakan nanti. Apasal lambat? rungut Afrina bersahaja bagi menyembunyikan rasa hati. Biasalah, Rina. Kau bukan tak tahu, jalan jam, jawab Haliza.

64

Izzul Izzati

Cepatlah, Rina, apa sebenar perkara penting yang kau nak cakap dengan aku tu? Sampaikan tak boleh cakap dalam telefon, soal Haliza, tidak sabar. Kerusi di hadapan Afrina ditarik sambil tangannya menggamit memanggil pelayan kafeteria untuk memesan minuman. Sabarlah sekejap, tunggu Lan datang dulu, ujar Afrina. Jam di pergelangan tangan dipandang sekilas. Kau cakap ajelah dengan aku dulu. Nanti, bila Lan datang kau cakap sekali lagi, desak Haliza tidak sabar. Tunggulah Lan datang sekejap lagi. Malaslah aku nak ulang-ulang banyak kali. Lecehlah kau ni, Rina, keluh Haliza. Afrina hanya tersenyum. Namun, senyumannya jelas tidak menampakkan keserian apatah lagi kemanisan. Kau macam mana sekarang? Ofis banyak kerja, tak? soal Afrina mengubah topik perbualan agar Haliza dapat melupakan seketika perkara yang hendak diperkatakan. Hal kerja, jangan cakaplah, Rina. Memang tak pernah habis. Aku sekarang ni tengah bengang dengan bos aku tu. Semua kerja nak cepat. Dia ingat kita ni apa? Mesin? Kalau mesin pun, boleh rosak agaknya, Afrina tergelak kecil. Situasi kerja mereka sama sahaja walaupun berlainan pejabat. Mungkin itu juga yang sedang dirasakan oleh rakan sekuliahnya yang lain. Banyak sangat ke kerja kau sekarang? Setiap kali aku telefon, tak pernah ada kat ofis, Biasalah, Liza jadi macai orang ni, kenalah ikut kata bos, jawab Afrina bersahaja. Haliza tergelak mendengar gaya bahasa Afrina. Betullah, Rina. Kalau diikut-ikutkan hati hendak saja aku berhenti kerja. Buka bisnes sendiri. Jadi bos. Tak adalah jadi macai orang lagi, ujar Haliza diiringi ledakan ketawa.

65

kuseru kasihmu

Afrina turut tergelak. Natasha pun sama macam kau. Sibuk memanjang. Kalau telefon, tak pernah nak dapat, rungut Haliza. Afrina mengetap bibir, mendengar. Benarkah Natasha kesibukan atau pura-pura sibuk? Nalurinya merasakan Natasha sengaja tidak mahu menerima panggilan Haliza. Kau dengan Kimi, macam mana? Tercetus soalan daripada bibir mulut Afrina secara tidak sengaja. Sudah terlewat untuk ditarik kembali setelah disedari ketelanjurannya itu. Pertanyaan Afrina mematikan senyuman Haliza. Agak lama dia terdiam. Entahlah, Rina, susah aku nak baca apa sebenarnya tersirat dalam hati Kimi. Selama kita orang rapat, aku tak pernah sekali dengar dia kata cinta pada aku, luah Haliza tanpa perlu didesak. Rasa kecewa yang ditanggung seperti mengatasi segalanya. Hati Afrina dihimpit simpati yang sarat. Dia faham apa yang terbuku dalam hati Haliza ketika itu. Agak-agaknya antara dia dengan Haliza, siapa yang lebih merana dengan sikap Hakimi? Sempat Afrina meneka-neka dalam hati. Kau tak cuba tanya atau berterus-terang dengan Kimi ke? Afrina cuba menduga Haliza biarpun dia sebenarnya tahu mengapa Hakimi bersikap begitu. Haliza mengangguk. I did, jawab Haliza lemah. Jadi, apa kata Kimi? soal Afrina, tidak sabar ingin mengetahui. Dia diam aje. Tak jawab apa-apa, luah Haliza lagi. Jawapan Haliza membuatkan Afrina terdiam sejenak. Suasana antara mereka menjadi hening seketika. Kau masih menaruh harapan dengan Kimi lagi ke? Afrina memecah kebisuan. Dia perlukan kepastian. Baginya, jawapan yang bakal diperkatakan oleh Haliza itu nanti akan

66

Izzul Izzati

menyenangkan tugasnya bagi menceritakan perkara yang sebenar. Haliza terdiam sejenak. Wajah Afrina yang menanti jawapannya dipandang kosong. Entahlah... tapi aku benar-benar cintakan dia, Rina, jawab Haliza sayu. Afrina terdiam. Dia mengeluh dalam diam. Kenyataan Haliza membuatkan lidahnya kelu. Biar pun begitu perasaan simpati tetap berdetik dalam hati Afrina pada Haliza, sahabat yang senasib dengannya itu. Namun, Haliza beruntung kerana berpeluang meluahkan isi hati kepada Hakimi tetapi dirinya? Mungkin merahsiakan lebih baik daripada meluahkan. Apatah lagi cintanya terang-terang telah ditolak biarpun belum diluahkan. Afrina membuat rumusan sendiri. Eh, Rina. Kau tolong aku, boleh? Haliza bersuara ceria tiba-tiba. Tolong? Kau nak mintak tolong apa? Afrina menyuarakan kesudiannya biarpun hati benar-benar terasa resah dengan permintaan Haliza. Kau kan satu ofis dengan Kimi. Apa kata kau cuba tanyakan Kimi pasal perkara ni? Aku? Nafas Afrina seakan terhenti mendengar permintaan Haliza yang di luar kemampuannya itu. Namun untuk menolak, lidahnya seakan kaku untuk menuturkannya. Langsung dia kehilangan kata-kata. Dia rasa terperangkap kini. Tugasnya semakin rumit. Please, Rina, aku nak tahu sangat perasaan dia pada aku. Kau tolong, ya? Desak Haliza. Afrina terus kehilangan suara. Bunyi mesej daripada telefon bimbitnya bagai menyelamatkan keadaan daripada memberi jawapan kepada Haliza.

67

kuseru kasihmu

Sorry Rina, aku ada hal. Emergency! Ill call u later - Azlan. Afrina mengeluh. Skrin telefon bimbit ditenung lama. Susah untuk digambarkan situasi dirinya waktu itu. Kenapa Rina? Tercetus persoalan daripada mulut Haliza, melihatkan raut wajah Afrina berkerut seribu. Lan tak dapat datang, Jadi, macam mana sekarang? Lain kalilah, Liza. Kita tunggu Lan ada masa nanti. Afrina hilang semangat. Fikirannya terasa berserabut tiba-tiba. Perasaan geram dan marah semerta membukit pada Hakimi kerana menyusahkan semua pihak. Dia yang tidak terlibat ini pula yang menjadi mangsa. Afrina mendengus geram. Apa salahnya kau bagi tahu aku dulu? Penting sangat ke perkara yang hendak kau katakan tu? Afrina terkedu seketika. Teguran Haliza membuatkan dia menarik nafas panjang, bimbang emosi yang sedang bergejolak diketahui Haliza. Entahlah.rasanya tak, jawab Afrina sebagai jalan tengah. Bimbang Haliza akan terus mendesak. Berkerut dahi Haliza. Pelik! Bukankah di dalam telefon sebelum ini, Afrina begitu beria-ia ingin menyampaikan sesuatu. Okeylah, kalau macam tu, aku chau dululah, Rina. Aku dah janji dengan room mate aku nak dinner kat luar malam ni, ujar Haliza sambil bangun dari duduknya. Kau jangan lupa tanyakan Kimi perkara tu, ya? Haliza sempat berpesan sebelum beredar. Afrina mengangguk dalam keterpaksaan. Dirinya tak ubah seperti lilin. Terbakar, menerangi dan akhirnya memusnahkan diri sendiri. Mungkin dia terlalu lemah untuk menghampakan hati seorang yang bernama sahabat.

68

Izzul Izzati

bab

10

ANA lagi ok? Yang ni ke atau yang ini? Atau, yang ni lagi nampak menarik? Emilia menyoal Afrina sambil menyua beberapa helai baju kemeja kepada Afrina. Pada cuti hujung minggu itu, awal-awal pagi lagi dia sudah mengejutkan Afrina, mengajaknya menemaninya membeli-belah. Rungutan Afrina kerana mengganggu tidurnya tidak dihiraukan. Khidmat bakti Afrina untuk menolong memilih barangan hantaran hari pertunangannya amat diperlukan. Emilia tersenyum sendiri bila teringatkan dia bakal menjadi tunangan Khairil nanti. Tak sabar rasanya. Senyuman meniti di bibir Emilia lagi. Afrina menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Masuk kali ini sudah lebih sepuluh helai kemeja lelaki pelbagai jenama disuakan kepadanya. Berlengan pendek dan berlengan

69

kuseru kasihmu

panjang. Kononnya, bertanya pendapat. Tapi, bila diusulkan Emilia pula tidak berkenan. Aduh! Naik pening kepala dia dengan kerenah Emilia. Sudahlah awal-awal pagi lagi diajak terpacak depan Mid Valley ini. Untuk menolak, dia tidak berani. Bimbang akan menghilangkan semangat teman serumahnya itu yang ternyata begitu seronok untuk mencari barangan hantaran pertunangannya. Lagipun, dia faham apa yang sedang dialami oleh Emilia. Sudah sekian lama Emilia menanti saat sebegini. Sudah lama dia menunggu. Tentu sekali dia mahu memilih sebaik mungkin. Bertunang bukan selalu. Sekali seumur hidup. Lebih-lebih lagi jika tali pertunangan diikat dengan pilihan hati. Hati Afrina berkata-kata sendiri. Bertuah sungguh Emilia! Sedangkan dia? Afrina mengeluh hambar. Cepatlah, Rina! Yang mana satu ni? Gesaan Emilia menarik Afrina dari dunia khayalan. Hmmmsemuanya nampak ok, jawab Afrina sebagai jalan tengah. Dia sudah keletihan setelah sudah lebih dua jam berpusing. Kakinya juga sudah naik lenguh berdiri. Sungguh pun begitu masih belum berjumpa yang berkenan di hati. Mungkin Emilia sudah rambang mata. Tidak tahu mana satu hendak dipilih. Isk! Kau ni? Aku tanya lain, kau jawab lain. Takkan nak beli kesemuanya pula? Lari bajet aku, rungut Emilia. Afrina tergelak kecil melihat Emilia mencuka tidak berpuas hati. Kalau aku pilih, aku kenalah bertunang dengan Khairil nanti, balas Afrina terus-menerus ketawa mengusik. Ooitt! Jangan nak berangan. Aku mintak tolong pilih baju aje, tau! dengus Emilia. Usikan Afrina tidak dihiraukan. Dia kembali membelek kemeja-kemeja yang banyak tergantung. Afrina ketawa mengekek.

70

Izzul Izzati

Habis tu, kau tanya macam aku pulak yang nak bertunang dengan Khairil, ujar Afrina dengan sisa ketawa. Emilia tersengih. Lia, aku nak duduk sekejaplah. Kalau kau dah pilih nanti kau cari aku kat bangku sana, ya? Hmmm..., Emilia hanya mengangguk. Tidak mahu fokusnya terganggu. Afrina menggelengkan kepala sambil tersenyum. Langkah kaki diayun ke arah bangku yang disediakan di dalam kompleks membeli belah tersebut untuk berehat mahupun melepak. Belum pun sempat Afrina duduk di atas bangku kayu, darahnya berderau tiba-tiba. Anak matanya terpaku pada kelibat pasangan kekasih yang begitu mesra. Saling bertukar senyum dan tawa. Jari jemari mereka bertaut erat, saling berpimpin. Nampak benar-benar sedang berbahagia dilamun cinta yang sedang membara. Afrina terkaku. Dadanya berombak kencang seakan mahu tercabut. Nafasnya rasa tertahan-tahan. Semput tiba-tiba. Lututnya turut terasa lemah longlai seolah-olah tidak bermaya hendak berdiri lagi. Dia memaliskan tubuh saat pasangan sejoli itu berjalan melintasinya. Bimbang kehadirannya di situ disedari oleh mereka berdua. Melihatkan reaksi kebahagiaan yang terpamer, mana mungkin pasangan itu perasan akan kewujudan insan-insan di sekeliling mereka. Biarpun hati sarat dengan rasa kecewa dan terluka sendiri, dia masih juga mahu memandang semula ke arah Hakimi dan Natasha. Dia sedar kehadiran Natasha di sisi Hakimi bakal mempertontonkan kepadanya babak-babak yang bisa merobek hati dan jiwa. Apatah lagi senyuman mekar yang terukir pada wajah Hakimi jelas menunjukkan betapa dia berbahagia di sisi Natasha. Naluri Afrina benar-benar terhiris dengan rasa cemburu. Tanpa dapat ditahan, hatinya

71

kuseru kasihmu

tiba-tiba dikepung dengan rasa sebak dan hiba. Pandangan matanya mulai kabur. Air mata mula bergenang di tepi tubir mata. Ditahankan jua agar tidak menitis. Dia masih sedar dia bisa menjadi tontonan insan-insan sekeliling kiranya dia mengikut hati dan perasaannya ketika itu. Sudahnya, dia hanya memandang sepi bayangan Hakimi dan Natasha yang semakin menjauh dan kemudiannya menghilang di celahcelah orang ramai. Afrina terduduk sendiri setelah merasakan tidak mampu lagi hendak berdiri lebih lama. Dia sendiri tidak mengerti mengapa bayangan wajah dan senyuman Hakimi sering terlintas dalam ruang mindanya walhal dia sedar untuk memiliki Hakimi bagai jauh panggang dari api. Bukan dia tidak mahu menerima hakikat itu tetapi hati dan perasaannya ternyata degil untuk mengakui. Sering kali juga dia memujuk hati mengatakan Hakimi sememangnya tidak ada keistimewaan untuk dipuja sebagai jejaka idaman. Namun, kadang-kadang jiwanya lemah untuk melawan emosi yang sudah melekat kukuh di setiap penjuru hati. Bertambah susah dan sukar untuk dia melupakan setelah hampir setiap hari dia terpaksa bersua muka dengan Hakimi. Tanpa sedar, dalam diam dia sebenarnya sering mencuri pandang dari jauh wajah Hakimi sewaktu di pejabat. Cukuplah hanya sekadar mengubat rindu. Gaya dan penampilan Hakimi dengan raut wajah dan senyumannya ternyata bisa membuat hati manamana anak dara yang melihat tertawan sendiri. Dan dia mengaku, dia tidak terkecuali biarpun cuba untuk dielak. Kerana dia hanyalah insan biasa yang mempunyai kehendak dan naluri. Akan tetapi, sampai bilakah hati ini akan terus dibuai mimpi-mimpi sebegini? Rina! Afrina tersentak. Isk! Kau ni, Rina. Puas aku cari kau. Rupanya, kat

72

Izzul Izzati

sini kau berangan, bebel Emilia. Afrina diam membisu. Kata-kata Emilia dibiarkan tidak berbalas. Semangatnya benar-benar luntur. Rina, kau ni kenapa? Perubahan sikap Afrina rupanya dapat dikesan oleh Emilia. Maafkan aku, Lia. Kita balik. Lain kali aku teman kau lagi, ya? pinta Afrina perlahan. Tanpa menunggu Emilia memberi jawapan, Afrina pantas mengangkat kaki menghala ke pintu lif. Tidak mampu lagi untuk dia menunggu lebih lama. Emilia yang kebingungan segera berlari mengikut. Apahal pulak ni? Kepalanya yang dilitupi kain tudung digarugarunya. Sepanjang perjalanan pulang, Afrina tetap mendiamkan diri. Emilia memandu tenang. Namun anak matanya tidak lepas pandang mencuri perhatian ke arah teman kesayangannya di sebelah. Pun begitu, dibiarkan Afrina melayan emosi biarpun hatinya melonjak untuk bertanya sebab-sebab yang menyebabkan perubahan sikap Afrina tiba-tiba sahaja. Biasanya Afrina akan bersikap sebegitu jika berkaitan dengan Hakimi. Tidak mungkin ada sebab lain. Dia pasti! Amat pasti! Hati Emilia meneka dengan yakin. Lia, aku jumpa Kimi tadi. Tiba-tiba, Afrina memecah kebuntuan antara mereka. Bulat mata Emilia mendengar. Pantas dia menoleh. Hatinya terasa ingin melompat meraikan kemenangan kerana tekaannya betul namun akal warasnya melarang kerana itu akan menambahkan lara sahabat baiknya itu. Jadi, memang betullah Hakimi penyebabnya. Hakimi pun satu masa ni pulalah nak memunculkan diri. Rosak rancangan aku untuk membeli belah. Sempat Emilia menyumpah seranah Hakimi biarpun dia tahu Afrina mahupun Hakimi tidak bersalah. Afrina memendam perasaan kerana Hakimi. Sedangkan

73

kuseru kasihmu

Hakimi pula tidak mengetahuinya. Jadi, siapa yang bersalah? Spontan Emilia menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Rina..., Emilia cuba bersuara. Maafkan aku, Lia. Aku betul-betul tak dapat kawal emosi tadi, Pantas Afrina memotong. Perasaan bersalah menerpa kerana merosakkan rancangan Emilia. Its okay, Rina. Jangan risau. Aku faham. Lagipun masih ada masa. Thanks, Lia. Tangan Emilia dicapai dan digenggam erat.

74

Izzul Izzati

bab

11

NCIK Kamal memandang wajah Afrina dan Hakimi silih berganti. Anak mata kemudiannya dihalakan pula ke arah lakaran lukisan lokasi tapak projek Hulu Bentong yang dibentangkan hingga hampir memenuhi ruangan meja. Sudah hampir satu jam mereka berbincang mengenai projek yang akan dilaksanakan itu nanti. Paling penting ketika itu, Afrina dan Hakimi faham mengenai skop kerja dan keadaan tapak projek yang bakal dilawati oleh mereka pada keesokan harinya. I want both of you to check the actual situation of the site thoroughly and make sure all those related items will be included in the estimated cost for this project, okay? Afrina dan Hakimi menganggukkan kepala; tanda memahami pesanan daripada bos mereka itu. Any problem? soal Encik Kamal. Wajah Afrina dan

75

kuseru kasihmu

Hakim dipandang lagi. Hampir serentak Hakimi dan Afrina menggeleng-gelengkan kepala. Okey, kalau dah tak ada apa-apa masalah, cukup sampai sini dulu perbincangan kita. Anything, please inform me. Afrina dan Hakimi sekali lagi menganggukkan kepala. Mereka kemudiannya bangun dari kerusi di bilik mesyuarat itu untuk beredar. Tunggu dulu, Rina! Encik Kamal memanggil sewaktu Afrina sudah hampir melepasi pintu. Manakala, Hakimi sudah pun keluar dari bilik tersebut. Ada apa, Encik Kamal? Lepas ni, bawakan semua report tender projek Sri Menanti ke bilik I, Afrina hanya mengangguk. Kakinya kembali melangkah dan tombol pintu bilik mesyuarat dipulas sekali lagi. Rina! Afrina terkejut. Wajah Hakimi sudah kelihatan di tempat duduknya. Aduh! Lagi-lagi muka ni! Apa jenis spesies entah. Lagi hendak dijauhi lagi rapat dia mendekati. Tak reti-reti bahasa! Bentak Afrina sendiri. Agaknya sudah lama dia menunggu sewaktu Encik Kamal memanggilnya tadi. Afrina membuat rumusan sendiri. Tepi sikit, Kimi, aku nak ambil fail yang Encik Kamal nak, pinta Afrina apabila kedudukan Hakimi telah menghalangnya untuk mengambil fail yang dikehendaki oleh Encik Kamal. Kau dah cakap dengan Lan, Rina? Hakimi menyoal tanpa mengendahkan permintaan Afrina. Dia sebenarnya sudah putus asa dengan sikap Afrina yang banyak berdolak-

76

Izzul Izzati

dalik tatkala diajukan persoalan tersebut. Kimi, boleh tak kau sabar sikit? Aku nak cepat ni. Encik Kamal tengah tunggu, ujar Afrina sedikit bengang dengan sikap Hakimi. Rina, sudah seminggu aku tunggu. Kau nak suruh aku tunggu sampai bila? Balas Hakimi turut meninggikan suara. Terjegil anak mata Afrina mendengar suara Hakimi yang agak tinggi. Sudahlah minta tolong, nak memaksa orang pulak. Banyak cantik muka dia! Desis Afrina dalam hati. Anak matanya masih tajam merenung wajah Hakimi yang bersahaja. Anak mata mereka berlaga. Kelakuan Hakimi dan Natasha petang semalam tiba-tiba terbayang dalam fikiran. Tanpa dapat dielak, terselinap perasaan cemburu di hati. Dia rasa terluka dan kecewa sendiri. Afrina akhirnya mengalah dan mengalihkan kembali pandangan anak matanya daripada menatap wajah Hakimi yang hanya akan menambahkan sakit di hati. Kimi, kalau macam nilah sikap kau...,Afrina membiarkan ayatnya tergantung. Sorry, Kimi! I cant help you any more, Afrina bersuara tenang biarpun hakikat hatinya sudah panas membara dengan perangai Hakimi. So now, you are on your own, tambah Afrina lagi. Fail di dalam laci dicapai dan terus berlalu. Anak mata Hakimi pula terjegil mendengarkan jawapan Afrina. Rina! Lantang Hakimi memanggil setelah menyedari Afrina sudah jauh meninggalkannya. Melihatkan teman-teman sepejabat yang saling pandang memandang, dia membatalkan niatnya untuk menyekat langkah Afrina. Sakit betul hatinya dengan reaksi Afrina yang tampak dingin akhir-akhir ini. Pedulikan dia, Kimi. Rina tu bukan boleh dipakai

77

kuseru kasihmu

sangat, Hanum tiba-tiba menyampuk, cuba mengapi-apikan sikap buruk Afrina terhadap Hakimi. Di samping itu, dia cuba mengambil kesempatan untuk menarik perhatian Hakimi. Hakimi tidak menjawab teguran Hanum. Hanya diam membisu. Langkah kaki diayun pantas ke arah tempat duduknya. Tak payahlah nak sibuk hal orang lain, Hanum. Kamu tu boleh dipakai sangat ke? bidas Kak Noor bersahaja dengan wajah selamba. Kedengaran gelak-ketawa Wan Amalyn dan Anita, juga teman sepejabat yang lain. Hanum mendengus bengang. Pantas meninggalkan tempat duduknya dan melangkah masuk ke dalam pantri. Kak Noor tersengih geli hati melihat aksi Hanum. Peduli apa dia andainya Hanum terasa. Bukan dia tidak tahu, Hanum memang ada hati dengan Hakimi. Keakraban Afrina dan Hakimi sejak mereka mula bekerja di pejabat itu menjadi punca Hanum tidak menyukai Afrina. Apatah lagi Hakimi tidak melayannya. Afrina terus melangkah biarpun suara Hakimi kedengaran bergema dalam ruang pejabat. Tidak dipedulikan lagi teman-teman yang tertoleh-toleh kehairanan. Kata-kata Hanum yang menyakitkan masih sempat singgah ke cuping telinga. Pun begitu tidak dihiraukan juga. Hatinya saat itu berbelit dengan rasa kesal, geram dan marah. Saling menindih dengan segala macam perasaan berbaur yang sudah lama tersimpan di hati. Langkah Afrina kian longlai. Dan, akhirnya dia menyandar lemah ke dinding di ruang tangga. Terlupa seketika wajah Encik Kamal yang sedang menantinya. Terasa ingin dihamburkan segala perasaan yang bersarang dalam dada. Terasa ingin diluahkan perasaan yang terbeban dalam hati. Namun, apalah dayanya. Jauh dalam sudut hati, dia tidak dapat mengelak daripada terjentik dengan cemburu

78

Izzul Izzati

setiap kali Hakimi menyebut nama Natasha di hadapannya. Pertemuan dengan mereka berdua pada hujung minggu lepas menambahkan lagi rasa seksa yang sedia ada dalam jiwanya. Menambahkan lagi lara hati. Biarpun berulang kali dipujuk hatinya. Dia tidak mahu hidupnya seumpama pungguk rindukan bulan. Namun apakan daya, dia akui dia manusia lemah. Hatinya tidak mampu mengusir wajah Hakimi daripada terus menghuni di dalamnya. Perasaan kurniaan Allah itu amat susah untuk dia padamkan walaupun jiwanya sering sakit diperlakukan Hakimi. Dia juga sedar, dia tidak boleh berterusan begini. Dia perlu keluar daripada kemelut perasaannya yang seperti mengharapkan kasih Hakimi. Ya! Dia mesti berbuat sesuatu agar perasaannya tidak terus bermimpi dan berharap. Afrina meneruskan langkah tatkala terdengar derap tapak kaki menaiki anak tangga. Baru dia teringat arahan Encik Kamal. Matilah dia kena marah dengan Encik Kamal kerana lambat menyampaikan fail yang diinginkan. Ini semua gara-gara Hakimi! Argh! Lari baik-baik, Rina. Jatuh nanti, susah! Afrina terkedu. Perasaan malu dan sebal terasa menyerbu ke muka. Teguran Johar membuatkan dia memperlahankan sedikit langkah kaki menuruni anak tangga. Baru dia perasan, dia sering bertembung dengan Johar setiap kali dia berlari, menaiki atau menuruni anak tangga. Hiks! Mamat ni, masa orang nak cepat itulah dia pula nak muncul. Macam tau-tau aje. Gerutu Afrina. Biarpun begitu, senyuman Johar tetap dibalas, tutup malu.

79

kuseru kasihmu

bab

12

AKIMI terus resah di tempat duduknya. Sikap Afrina sepanjang hari tersebut benar-benar menguji kesabaran dirinya. Afrina seperti tidak membenarkan langsung untuk dia mendekati. Setiap kali dia datang menghampiri setiap kali itulah Afrina cuba menyibukkan diri dengan berbual di telefon dan berbual dengan teman sekerja yang lain. Panas mendidih hatinya melihat. Kawan-kawan! Kak Noor nak buat air ni, ada sesiapa berminat! Laungan suara Kak Noor memecahkan kesunyian di dalam pejabat pada petang itu. Jam di dinding menunjukkan ke angka tiga setengah petang. Memang masa-masa begini mengulik rasa mengantuk. Elok juga pekena kopi panas. Kak Noor! Saya nak! Saya nak! Kaw-kaw punya!

80

Izzul Izzati

Suara Johar kedengaran lantang meminta. Wan pun nak, Kak Noor! Saya juga! Riuh kedengaran kawan-kawan sekerja di pejabat Afrina memesan minuman. Kak Noor tersenyum sinis. Hmmmkorang ni, pantang offer. Cepat aje menyahut. Nak buat sendiri, malas! perli Kak Noor. Masing-masing yang terasa terkena pada batang hidung sendiri hanya tersengih-sengih dengan sindiran berbaur usikan daripada Kak Noor. Hakimi mendiamkan diri. Tidak berminat untuk menyertai mereka yang lain. Afrina yang berada kira-kira kurang dari sepuluh meter bertentangan tempat duduknya dipandang berulang kali. Melihatkan Afrina sedang bersandar senang di kerusi, dia mengambil kesempatan menghampiri. Kesabaran untuk terus menunggu sudah sampai ke tahap maksima. Kak Noor! Biar Rina tolong, Afrina terus membuntuti langkah Kak Noor ke arah pantri setelah disedari haluan langkah Hakimi sedang menuju ke arah tempat duduknya. Melihat tindakan Afrina, langkah Hakimi terbantut di pertengahan jalan. Tajam anak matanya memerhatikan Afrina yang kelihatan berlagak selamba. Berbaur perasaannya ketika itu. Afrina sempat mengerling renungan mata Hakimi. Tajam menikam. Bagai ingin menelan dirinya hidup-hidup. Lebih teruk daripada singa puasa sebulan. Gumamnya sendiri. Apa perlu kisah! Biar dia rasa! Orang macam Hakimi memang patut diajar begitu. Desis hati Afrina dalam diam. Berdendamkan dia? Terdetik juga persoalan dalam hatinya. Rina, buat kopi paling sedap untuk Jo, tau!

81

kuseru kasihmu

Johar bersuara tatkala Afrina melintasinya. Senyuman nakal menguntum di bibir. No problem, Jo, Senyuman Johar dibalas manis. Berasap hati Hakimi memerhati. Hah! Kimi, kamu ni kenapa? Tercegat tengah jalan. Mengigau ke apa! Sergahan Kak Noor membuatkan Hakimi terkebilkebil akibat terkejut. Kak Noor ketawa. Disambut pula oleh mereka yang lain. Afrina cuma tersenyum sinis. Hah! Kamu nak kopi ke tak nak ni? Boboleh juga, kak, Tergagap Hakimi menjawab pertanyaan Kak Noor yang tiba-tiba itu. Kalau ye pun berangan nak kahwin, janganlah tengah jalan, Kimi. Kalau kat jalan raya, dah sah kamu mati kena langgar. Langsung tak sempat kahwin, perli Kak Noor. Hakimi terkedu. Merah wajahnya menahan malu. Gelak ketawa terus kedengaran. Suasana ruang pejabat tiba-tiba menjadi gamat. Afrina berlagak selamba. Cuba menahan gelak daripada meletus melihat perubahan air muka Hakimi. Padan muka! Hati Afrina berkata geram. Sempat dia terpandang jelingan kelat Hanum kepadanya. Bukan dia tidak tahu Hanum kelihatan tidak berpuas hati kerana buah hati pengarang jantungnya dipermainkan. Menyampah betul dia melihat! Hakimi terus terdiam. Kata-kata Kak Noor sememang tepat terkena mukanya. Tidak berani dia memandang wajah Afrina yang sudah pasti mengejeknya dalam diam. Afrina yang melintasi di hadapannya dan menuju ke pantri bersama Kak Noor hanya mampu dipandang dari ekor mata. Bernanah hatinya ketika itu. Kak Noor, air kopi untuk Kimi nanti Kak Noor tak

82

Izzul Izzati

payah letak gula, saran Afrina ketika Kak Noor mengambil balang berisi gula. Berkerut seribu dahi dan muka Kak Noor. Afrina yang sedang mengatur mug dalam dulang dikerling kehairanan. Kenapa pula? soal Kak Noor. Secara tidak langsung dia ingin tahu tentang punca perselisihan antara Hakimi dan Afrina pagi tadi. Kot-kot Afrina sudi cerita kepadanya. Kimi, memang suka kopi tak bergula, kak, ulas Afrina bersahaja. Lagipun, Rina nampak dia mengantuk sangat hari ni. Eloklah Kak Noor buatkan kopi pahit untuk dia. Pekat sikit lagi bagus. Khasiat minum kopi ni mampu menyegarkan fikiran dan minda orang mengantuk. Biar lebih cergas dan segar. Betul tak, Kak Noor? Dengan riak selamba, Afrina berkata tanpa langsung memandang anak mata Kak Noor. Bimbang Kak Noor perasan reaksinya yang sedang cuba mengenakan Hakimi yang sering menyakitkan hatinya. Hai, sampai macam tu sekali mengantuk si Hakimi. Tanpa banyak soal lagi, Kak Noor terus membancuh seperti mana yang diusulkan oleh Afrina. Lagipun, dia percaya kata-kata Afrina kerana apa yang dia tahu Afrina dan Hakimi sudah saling kenal-mengenali dan agak rapat masa di kampus dulu. Dan kini berlarutan biarpun masing-masing sudah bekerja. Sementelah lagi mereka satu pejabat. Cuma, akhirakhir ini hubungan Hakimi dan Afrina kelihatan seperti dilanda perang saudara. Adatlah tu, bila sudah berkawan rapat. Kak Noor membuat rumusan sendiri. Hati Afrina tersenyum geli hati. Namun, dia tidak berani mempamerkan pada raut wajah. Silap hari bulan Kak Noor perasan nanti. Dia keluar terlebih dahulu dari pantri sambil membawa dulang yang mengandungi beberapa cawan yang berisi air kopi. Cawan kopi untuk Hakimi ditinggalkan. Dibiarkan Kak Noor sahaja yang membawanya. Alasan diberi,

83

kuseru kasihmu

cawan Hakimi sudah tidak cukup ruang untuk diletakkan di dalam dulang yang dibawa. Terima kasih, Kak Noor, ucap Hakimi sebaik sahaja cawan berisi air kopi pahit Kak Noor letakkan di sebelah mejanya. Hmmm sama-sama kasih, balas Kak Noor bersahaja dan terus berlalu ke tempat duduknya. Hakimi segera mengambil dan menghirup kopi panas itu perlahan-lahan. Tiba-tiba, air kopi yang baru dihirup tersembur keluar kembali daripada mulutnya. Dia sedikit melompat tatkala air kopi tertumpah dan terkena pada baju kemeja putih dan seluarnya. Wajah Hakimi berubah kelat. Lebih kelat daripada kopi yang dirasai. Air kopi apa ni, Kak Noor? Pahit semacam aje, komen Hakimi. Segera dia mengeluarkan sapu tangan untuk membersihkan kopi yang tertumpah. Dah memang nama pun kopi, takkan nak rasa milo pulak! Orang dah buat, banyak pulak songeh dia, marah Kak Noor. Hakimi terkedu. Sekali lagi dia terkena. Gelaktawa kawan-kawan membuatkan dia tidak berani membalas ataupun cuba menjawab kenyataan Kak Noor. Takut tersalah cakap. Dia bukan tidak tahu sikap Kak Noor kalau sudah mula membebel. Boleh masak dia dibuatnya. Melihatkan Hakimi terkulat-kulat sendiri menelan kopi pahit. Afrina menekup mulut menahan gelak dari tercetus. Padan muka! Puas hatinya.

84

Izzul Izzati

bab

13

ETANG itu, Afrina berkirakira untuk pulang awal dari pejabat. Biarpun kerja yang perlu diselesaikan sedang bertimbun-timbun, namun konsentrasinya seakan hilang. Ini semua gara-gara Hakimi! Sebetulnya dia cuba mengelak daripada Hakimi terus mengganggu dirinya. Bukan dia tidak sedar, sejauh mana sangat dia boleh melarikan diri daripada Hakimi. Apatah lagi, esok mereka berdua akan berangkat ke tapak bina Hulu Pahang bersama-sama. Memang sah, dia tidak boleh mengelakkan diri lagi. Rina, dah nak balik ke? Johar menyapa semasa melihat Afrina berkemas-kemas untuk pulang. Memandangkan dia juga hendak balik ke rumah, Johar berharap Afrina akan mempelawanya pulang bersama. Biarpun mereka sebenarnya pulang dengan kereta berasingan tetapi sekurang-kurangnya

85

kuseru kasihmu

berjalan bersama sehingga ke tempat letak kereta. Afrina hanya sekadar tersenyum tawar dengan teguran Johar. Dia tidak berminat hendak menjawab. Sementelah dari ekor mata, dia perasan Hakimi turut menoleh dan memandang ke arahnya. Dia juga perasan Johar seperti ingin menyatakan sesuatu, namun langkah kaki diayun laju menuju ke arah anak tangga. Bimbang Hakimi cuba menghalang langkahnya itu. Johar termangu sendiri melihat Afrina langsung pergi. Hai, Rina! Awal kau balik hari ni, sapa Emilia tatkala terlihat Afrina sedang berbaring senang di sofa panjang. Hari ni aku penatlah, Lia. Rasa nak rehat, jawab Afrina bersahaja. Nak rehat? Terangkat kening Emilia mendengar. Alasan Afrina terasa pelik di telinganya. Tas tangan dan kunci kereta diletakkan di atas meja sebelum dia melabuhkan punggung ke sofa sebelah Afrina. Ye, ke? Atau ada sebab-sebab lain kau balik awal ni? soal Emilia lagi. Cuba mengorek. Tak ada apa-apalah, Lia. Aku betul-betul penat, ujar Afrina. Boleh percaya ke ni? Emilia masih mahu Afrina berterus-terang apa yang sedang disembunyikannya. Lia, aku rasa nak pergi mandi dululah. Badan aku rasa melekit. Afrina cuba mengelak. Dia mahu otaknya tenang daripada memikirkan tentang Hakimi. Pantas dia bangun dari sofa dan melangkah menuju ke bilik. Dia sengaja melarikan diri daripada Emilia mengorek dan memanjangkan cerita fasal Hakimi. Dia faham apa yang sedang difikirkan oleh Emilia melalui pandangan matanya. Emilia terkebil-kebil melihat aksi Afrina yang pantas. Sesudah membersihkan diri, Afrina merebahkan

86

Izzul Izzati

badan ke katil. Dia ingin melelapkan mata barang seketika. Merehatkan fikiran yang ternyata amat berserabut pada kala itu. Berselirat dengan segala macam perkara yang benar-benar mengganggu ketenangan hidupnya kini. Argh! Hakimi Harris! Tanpa diseru, nama itu bagai bergema sendiri di ruang hatinya yang paling dalam. Bagaimana harus dipadamkan seraut wajah itu? Semakin dia berusaha membuangnya jauh, semakin kerap bayangan wajah Hakimi menerpa benaknya. Setiap kali bayangan Hakimi singgah di fikiran, emosi dalam dirinya akan dihenyak-henyak dengan segala perasaan berbaur. Kecewa, terkilan, marah dan sakit hati namun masih ada terselit rasa kasih yang tersulam. Oh, Tuhan! Mengapa mesti ada perasaan itu? Tidakkah dia rasa membodohkan diri sendiri? Mengharapkan cinta dan menyeru kasih Hakimi yang terang-terang bukan miliknya. Namun, jauh di sudut hati dia tidak mampu menepis harapan yang telah tersedia tersemat. Deringan telefon di atas meja mengejutkan Afrina yang hampir terlena. Dalam mata yang masih terpejam, digagau tangannya mencari gagang telefon. Siapalah yang mengacau malam-malam buta ni? Ngomel Afrina dalam hati. Ini tidak ada lain, mesti Hakimi! Argh! Hakimi lagi! Bilalah nama itu akan lenyap di fikiran? Helo! jawab Afrina malas. Gagang telefon dilekapkan ke tepi telinga. Kelopak mata kembali dipejamkan. Rina! Aku ni, Hmm. Kau, Lan. Nak apa? soal Afrina, acuh tak acuh. Kelopak matanya masih terpejam. Jom keluar! Keluar? Serta-merta kelopak mata Afrina terbuka luas. Dilirik anak mata ke arah jarum jam di atas meja. Sudah mencecah sebelas malam. Kau gila ke, Lan, kan ke dah tengah malam

87

kuseru kasihmu

ni? Sekejap aje, Rina. Aku janji hantar kau balik sebelum dua belas malam, pujuk Azlan. Hmm, Afrina mengerahkan otaknya berfikir seketika. Okeylah, kau kat mana tu? Pukul berapa kau nak sampai rumah aku? Aku dah ada depan rumah kau. Cepatlah turun! Terbeliak biji mata Afrina. Pantas dia melompat turun dari katil. Kain langsir segera diselak. Kelihatan lampu kereta Azlan menyuluh dengan terang lorong jalan depan rumahnya. Dihelanya nafas panjang. Aduh! Ini lagi seorang manusia yang bisa memeningkan kepalanya! Keluh Afrina lagi. Setelah bersiap ala kadar, Afrina mendapatkan Azlan yang masih setia menantinya di hadapan rumah. Terdetik juga dalam hati, agak-agaknya apa jiran-jiran akan berkata tatkala mereka terlihat dia keluar rumah di waktu sebegitu bersama teman lelaki? Teman lelaki? Afrina membiarkan pertanyaan itu tanpa jawapan. Terlebih fikir akan memeningkan lagi kepalanya yang sedia pening. Kita nak ke mana ni, Lan? soal Afrina sebaik sahaja kereta Azlan meluncur pergi. Apa kata kita lepak kat gerai depan sana? saran Azlan. Afrina hanya menjongket bahu. Tanda tak kisah. Setelah meletakkan kereta di bahu jalan, mereka berdua mencari-cari meja makan yang dikira strategik tempatnya. Meskipun sudah hampir tengah malam namun masih ramai yang berkunjung ke gerai tersebut. Rata-rata berpasangan. Seperti juga dia dengan Azlan. Pasti mereka yang lain memandang dia dan Azlan jua begitu. Biarlah. Mereka bebas meneka dan menilai. Sempat Afrina bergumam sendiri. Whats up? Malam-malam buta kau cari aku? Tanpa menunggu lama, Afrina melontarkan

88

Izzul Izzati

pertanyaan. Menu yang tersedia ada di atas meja dibelek-belek tanpa minat. Aikk! Sepatutnya aku yang tanya kau, apahal kau nak jumpa aku? Azlan pula bertanya. Aisey! Afrina mengeluh sendiri. Dia hampir terlupa tentang hal itu. Apatah lagi setelah perselisihan faham antara dia dengan Hakimi di pejabat petang tadi, fikirannya terasa beku untuk berfikir jauh lagi. Wei! Apa lagi yang kau berangankan tu? Cepatlah cerita, Rina! gesa Azlan apabila Afrina tiba-tiba membisu. Kau ni, tak reti-reti nak bersabar langsung! rungut Afrina. Azlan tersengih. Afrina menghela nafas dalam-dalam. Berfikir-fikir. Mencari mukadimah yang sesuai untuk memulakan bicara. Err sebenarnya begini, Lan, kata-kata Afrina terhenti apabila pelayan gerai datang mengambil pesanan. Kau tak makan lagi ke, Lan? soal Afrina setelah pelayan tersebut beredar. Terlupa seketika untuk memberitahu perkara yang terhenti sebentar tadi. Belum, jawab Azlan ringkas. Hai, lewat betul kau makan, Ini yang aku tengah bengang, Rina. Nada suara Azlan berbaur ketidakpuasan hati. Kalau kau nak tahu Rina, malam ni aku dah janji nak keluar dengan Tasha. Last minute, Tasha cancel date. Dia kata dia tak sihat, pening kepala. Nak berehat aje kat rumah. Tapi bila aku ke rumah sewanya, kawan-kawan dia cakap dia dah keluar dengan seseorang, dengus Azlan geram. Afrina terdiam sendiri. Raut wajah Azlan di hadapannya dipandang penuh simpati. Hanya dia seorang di antara kawan-kawannya yang tahu mengapa Natasha bersikap begitu. Ketika itu mereka berada dalam tahun akhir di universiti. Itu pun secara kebetulan dia terserempak

89

kuseru kasihmu

dengan Natasha bersama Hakimi secara tidak sengaja. Mereka berdua waktu itu sedang makan bersama di salah sebuah gerai berdekatan kampus. Cukup mesra. Makan bersuapan. Sesiapa yang melihat pasti tidak teragak-agak mengatakan yang mereka berdua sedang dilamun cinta. Perasaan terkejut semasa melihat Natasha dan Hakimi tidak dinafikan. Tetapi, dia tidak mampu berbuat apa-apa. Dia masih mengingati bagaimana Natasha yang menyedari kehadirannya di gerai tersebut, segera memohon agar perkara tersebut dirahsiakan daripada pengetahuan Azlan dan Haliza. Rasa marah memang ada waktu itu tapi demi sebuah persahabatan, rahsia itu terus tersimpan bertahuntahun lamanya sehinggalah mereka tamat belajar dan bekerja kini. Sungguh dia tidak menyangka dia telah berkawan dan jatuh cinta pada orang yang mempunyai sifat pentingkan diri sendiri akibat desakan cinta. Sedih, terkilan dan kecewa. Satu rangkaian yang sudah cukup menghiris jiwanya. Kasihan Azlan dan Haliza, mereka pasti lebih derita kerana dipermainkan. Woit! Berangan lagi! sergah Azlan. Hai, sejak bila kau pandai berangan ni, Rina? Diam-diam kau simpan pakwe, eh? Azlan galak ketawa mengusik. Ceh! Kau jangan nak mengarut! Terjegil biji mata Afrina. Eiiisesuka mulut dia kata aku simpan pakwe! Dia ingat aku ni apa? Hati Afrina menyumpah sendiri. Azlan tergelak besar. Afrina buat pekak badak. Malas hendak melayan. Namun, sedikit sebanyak terasa segan juga apabila dia perasan ada mata-mata yang turut memandang. Cepatlah, Rina, perkara apa yang penting sangat tu? Azlan bersuara tatkala gelak tawanya kian reda. Permintaan Azlan membuatkan Afrina menghela nafas panjang. Sebelum aku cerita, aku nak kau berjanji dengan aku, boleh?

90

Izzul Izzati

Janji? Janji apa? soal Azlan. Janji yang kau tak akan bertindak apa-apa. Yang paling penting, kau terima dengan hati yang terbuka. Bertindak apa? Terima apa? Berkerut dahi Azlan cuba memahami maksud yang ingin disampaikan. Janji dulu, baru aku cerita, jawab Afrina. Azlan mengekek geli hati dengan kerenah Afrina. Perangai kau ni macam anak saudara aku aje. Kena janji dulu baru nak dengar cakap, Ketawa Azlan kembali meledak. Ceh! Afrina tersenyum kelat. Ada ke patut di samakan aku dengan anak saudara dia? Rungut Afrina lagi. Perbualan Afrina dengan Azlan terganggu setelah pelayan gerai datang membawa pesanan. Azlan tanpa berlengah terus menarik pinggan nasi dekat dengannya. Nasi di pinggan disudu dan disuap ke mulutnya tanpa mempelawa Afrina yang sedang memerhati di hadapannya. Kelaparan perut mengatasi minatnya untuk mengetahui hal yang ingin diperkatakan oleh Afrina. Afrina terleka seketika melihat gelagat Azlan yang sedang menikmati nasi goreng dengan penuh berselera. Agakagaknya, apalah reaksi Azlan andainya dia mengetahui perkara sebenarnya? Masih berselerakan dia? Terbit rasa resah di hati Afrina. Patutkah dia memberitahu atau membiarkan sahaja Hakimi dan Natasha menyelesaikan sendiri masalah mereka? Memang sepatutnya di biarkan! Biar padan dengan muka dia orang berdua! Desis hati Afrina geram. Lan, boleh tak aku nak tanya sikit? Azlan mengangguk. Terus menyuap makanan ke mulut. Lapar benar lagaknya. Tergeleng-geleng kepala Afrina melihat. Kau dengan Tasha bila lagi nak kahwin? soal Afrina

91

kuseru kasihmu

bersahaja. Sengaja cuba menduga dan memancing emosi Azlan. Pertanyaan Afrina mematikan kunyahan mulut Azlan. Kepala digeleng-gelengkan lemah. I dont know, jawab Azlan perlahan dalam nada suara yang dalam. Seperti ada sesuatu yang menghalang. Why? soal Afrina lagi. Azlan terdiam seketika. Sudu dan garpu diletakkan di tepi pinggan. Selera dia seperti terbantut biarpun nasi masih berbaki separuh pinggan. Hati Afrina tersentuh melihat. Rasa amat bersalah kerana persoalan yang diajukan telah mematikan selera Azlan. Entahlah, Rina, sejak aku ajak Tasha bertunang, dia seperti cuba melarikan diri dari aku. Pelbagai alasan diberikan. Kadang-kadang tu, aku rasa alasan yang dia bagi macam tak logik tapi entahlah, luah Azlan mendatar. Ada keluhan terkilan kedengaran. Kau agak-agak, kenapa? soal Afrina, masih mahu menguji perasaan Azlan. Azlan tersenyum nipis sambil menggeleng-gelengkan kepala. Tanda tidak tahu. Tapi kan, Rina, kekadang aku rasa dia macam ada orang lain aje, ucap Azlan. Senyumannya tibatiba berubah kelat. Are you sure? Afrina terus-menerus menyoal. Terangkat kening Azlan mendengar soalan yang bertubi-tubi tentang Natasha. Setahunya, Afrina tidak pernah berminat hendak mengetahui hubungannya dengan Natasha. Pernah dia menyuarakan masalah hubungannya dengan Natasha. Minta pendapat kerana Afrina adalah kawan baik Natasha sewaktu belajar dahulu. Tetapi, Afrina tidak pernah serius mendengar. Kononnya tidak ada pengalamanlah. Tidak tahu untuk memberi komenlah. Di luar bidang dialah. Dan macam-macam lagi alasan yang terkeluar daripada mulut

92

Izzul Izzati

Afrina. Sikap keprihatinan Afrina kali ini mengundang tandatanya dalam hati Azlan. Tasha ada cerita apa-apa kat kau ke? Azlan menyoal pula. Anak matanya dihalakan tepat ke anak mata Afrina. Dapat merasakan Afrina cuba menyembunyikan sesuatu. Errtak ada, Menggelabah Afrina seketika mendengar soalan yang diajukan. Aku cuma tanya aje, ujar Afrina kemudiannya. Renungan mata Azlan seperti meraguinya, membuatkan dia mula rasa resah dan gelisah. Lan, we better go. Its too late now. Afrina melirik ke arah jamnya. Cuba mengelak daripada terus terperangkap dengan persoalan yang sedang bersarang dalam fikiran Azlan. Tetapi bukankah sekarang masa yang amat sesuai untuk dia memberitahu Azlan perkara sebenar? Kenapa mesti ditangguhkan lagi? Afrina termangu seketika. Fikiran terasa kosong untuk memberi keputusan. Hatinya berbelah-bahagi. Apa yang pasti, dia tidak sampai hati untuk menyatakan sesuatu yang bakal mengecewakan hati kawan-kawannya. Lagipun, dia sayangkan tali persahabatan yang telah terjalin antara mereka berlima. Azlan yang memerhati reaksi Afrina, terasa kepalanya semakin sendat dengan tanda tanya. Nanti dulu, Rina! Azlan menghalang pergerakan Afrina yang sudah bangun dari duduknya. Kau belum lagi cerita perkara penting nak beritahu aku. Err, Afrina kehilangan kata-kata. Lain kalilah, Lan, dah lewat malam. Esok pagi, aku kena outstation. Takut nanti terlajak tidur pulak, Afrina memberi alasan. Azlan akur. Pelayan gerai digamit untuk membayar harga makanan.

93

kuseru kasihmu

bab

14

UASANA sekeliling masih gelap-gelita. Matahari masih belum menampakkan sinar cahayanya. Namun, burung-burung sudah mula berkicau menandakan hari sudah menjelang pagi. Kesejukan suhu pagi itu jelas terasa. Bagai mencucuk-cucuk dan menusuk hingga ke tulang hitam. Sementelahan lagi bercampur dengan kedinginan alat penghawa dingin kereta, membuatkan Afrina memeluk tubuh yang hampir beku menahan kesejukan. Sudah lebih sejam Hakimi dan Afrina bertolak ke Hulu Pahang tetapi tiada langsung bicara kedengaran di antara mereka. Seperti ada sesuatu yang menghalang untuk mereka berbicara seperti biasa. Afrina kelihatan tenang bersandar di kusyen kereta sebelah Hakimi. Pandangan matanya banyak dilemparkan ke luar tingkap kereta. Biarpun

94

Izzul Izzati

begitu, hatinya tetap berlagu resah dengan situasi tegang yang sedang menyerang di antara mereka. Lebih-lebih lagi masa perjalanan masih panjang untuk sampai ke destinasi. Sesekali terdetik dalam hati perkataan menyesal kerana menerima saranan Encik Kamal, mengajak Hakimi untuk menemaninya. Memandu sendirian tanpa Hakimi lagi selesa dan tenang jiwa. Desis hati Afrina sendiri. Hakimi terus memandu dalam kebisuan. Tidak berminat untuk berbicara apatah lagi bersembang dengan Afrina di sebelahnya. Sakit hati dengan sikap Afrina petang semalam masih terasa. Masih berbuku rasa geram. Wajah Afrina yang tenang tanpa riak bersalah menambah lagi rasa bengang hatinya. Setelah hampir dua jam perjalanan, Hakimi memperlahankan kelajuan keretanya untuk meninjau geraigerai makan yang ada di sepanjang jalan. Dia sebenarnya tahu, Afrina lebih arif tentang jalan tersebut dan gerai makan yang mana lebih sedap dan bagus. Disebabkan ego yang ternyata tebal dalam diri, membuatkan dia tidak mahu mengalah untuk memulakan bicara seterusnya untuk bertanya kepada Afrina yang juga masih membisu diri. Sebaik sahaja terpandang sebuah gerai makan, Hakimi memperlahankan lagi kelajuan kereta dan akhirnya berhenti betul-betul di hadapan gerai tersebut. Jam tangannya dikerling sekilas. Pukul sembilan pagi. Masih ada satu jam setengah untuk mereka sampai ke tapak projek. Tanpa mengajak Afrina bersama, dia melangkah keluar dari perut kereta dan duduk di salah sebuah meja makan. Dibiarkan Afrina terkontang-kanting bersendirian di dalam kereta. Melihatkan reaksi Hakimi, hati Afrina mendengus geram. Huh! Perangai macam budak-budak! Kutuk Afrina sendiri. Ikutkan hati, tidak ingin dia mendapatkan Hakimi yang sedang mengisi perut. Tetapi terkenangkan perutnya

95

kuseru kasihmu

yang juga menjerit kelaparan, hendak atau tidak dia terpaksa berfikir dua kali. Lambat-lambat, dia melangkah keluar dari kereta. Diperhatikan seketika sekitar gerai makan yang penuh sesak dengan pelanggan. Masing-masing sedang enak menjamu selera. Langkah kaki kemudiannya diayun menuju ke meja yang sedang diduduki Hakimi. Terlintas juga dalam hati untuk mencari meja kosong daripada duduk semeja dengan Hakimi yang nyata menampakkan tidak menyukainya duduk bersama. Namun, dia terpaksa menahan perasaan dan mengalah setelah memikirkan pandangan mata orang di sekitar yang mungkin sedang memerhatikan gelagat mereka berdua. Hakimi terus menjamu selera tanpa menghiraukan Afrina yang duduk di hadapannya. Setelah menghabiskan sepinggan nasi lemak dan segelas teh tarik, dia menggamit pelayan gerai untuk membayar. Semua sekali empat ringgit lima puluh sen, encik, ujar pelayan gerai. Bukan semua, ini sahaja, balas Hakimi selamba sambil menunjukkan pinggan nasinya sahaja. Darah merah terasa menyerbu ke muka Afrina yang mendengar. Seleranya semerta terbantut. Pernafasannya terasa sesak menahan perasaan hiba dan sakit hati bercampur baur. Biarpun dia tidak mengharapkan Hakimi turut membayar harga makanannya sekali tetapi sedikit sebanyak hatinya turut rasa sebal ketika anak mata pelayan gerai itu memandang tepat ke wajahnya. Seolah-olah memahami apa yang sedang bergolak dalam fikiran dan hatinya pada kala itu. Lebih malu apabila Hakimi terus berlalu ke kereta tanpa menunggu dia menghabiskan makanan. Melihatkan Hakimi sudah menghidupkan enjin kereta, Afrina terpaksa meninggalkan nasi yang masih separuh di pinggan. Berbakul perasaan geram bertandang dalam hati. Kalau tidak kerana kewujudan pemilik gerai dan orang ramai

96

Izzul Izzati

yang sedang menjamu selera, ingin sahaja dia mencekik-cekik sepuas hati batang leher Hakimi. Paling tidak pun di beri sebiji penumbuk pada muka kacak Hakimi bagi meredakan perasaan sakit hati. Kacak ke? Boleh blah! Getus Afrina yang benarbenar panas dan bengang sambil melangkah laju menuju ke kereta selepas membayar. Mereka sampai ke tapak projek tepat pada masanya. Pengurus dan jurutera projek; Encik Zaid dan Encik Fahmi juga sudah kelihatan, sedang meninjau-ninjau kawasan. Cik Afrina? teka Encik Zaid ketika Afrina dan Hakimi melangkah menghampiri mereka. Afrina mengangguk. Senyuman yang dihulurkan oleh Encik Zaid dan Encik Fahmi dibalas. Apa khabar, Cik Rina? Selama ni hanya mendengar suara, baru hari ini kita dapat berjumpa, ujar Encik Zaid. Ini siapa? soal Encik Zaid lagi. Oh, ya! Perkenalkan, my colleague, Hakimi. Afrina memperkenalkan Hakimi kepada yang ada. Wajah Hakimi dikerling sekilas. Walaupun perasaan marah masih membukit dengan perangai Hakimi, dia cuba menahan sabar agar tidak terpamer pada raut wajah. Jelingan mata Afrina dibalas sebelum Hakimi menghulurkan tangan kepada Encik Zaid dan Encik Fahmi. Hakimi, Saya Zaid. Ini jurutera saya, Fahmi, Salam daripada Hakimi disambut. Sementara menunggu arkitek datang, apa kata kita tunggu dulu dalam kabin, cadang Encik Zaid. Afrina dan Hakimi mengangguk setuju. Mereka berempat berjalan seiringan menuju ke arah pejabat tapak yang terdapat di situ. Mesyuarat pada pagi itu berlarutan hingga ke petang dengan lawatan ke tapak kawasan yang hendak dibangunkan. Afrina mengambil beberapa gambar kawasan tapak binaan

97

kuseru kasihmu

tersebut untuk dijadikan panduan semasa penyediaan dokumen tender nanti. Sempat dia memerhati keadaan sekitar tapak projek di mana chalet akan dibangunkan. Meskipun kawasan tersebut dirasakan amat sesuai untuk dijadikan tempat berehat tetapi lokasinya yang jauh ke pedalaman amat sukar untuk orang ramai datang berkunjung. Lebih-lebih lagi kawasan tersebut kekurangan keperluan asas seperti kedai makan dan kedai keperluan lain. Entah apa yang menarik minat pihak klien projek tersebut, dia pun tidak tahu. Sempat Afrina mengomel sendiri. Nak terus balik ke, Cik Rina? soal Encik Zaid sebaik sahaja mereka bersurai untuk beredar dari kawasan projek. Begitulah agaknya, jawab Afrina sambil menjeling sekilas ke wajah Hakimi. Hakimi hanya memandang tanpa riak emosi. Hmmbaik you berdua bertolak sekarang. Hari pun macam nak hujan, saran Encik Zaid. Afrina turut mendongak memandang ke arah langit. Awam hitam kelihatan sedang berarak menyeliputi langit yang semakin beransur gelap. Okeylah, Encik Zaid, kami jalan dulu. Jumpa lagi nanti, Afrina memohon diri. Senyuman turut dilemparkan kepada Encik Fahmi dan Encik Azman, arkitek projek tersebut yang turut ada bersama. Hakimi bersalam dengan yang ada sebelum mengikuti langkah Afrina ke kereta. Situasi dingin di antara Hakimi dan Afrina masih belum reda biarpun hampir seharian mereka bersama berbincang berkaitan projek. Masing-masing seperti berlakon di hadapan mereka yang ada di tapak binaan tersebut. Belum pun sampai setengah jam masa perjalanan mereka pulang ke Kuala Lumpur, hujan renyai-renyai mulai turun. Semakin lama semakin bertambah lebat. Hakimi

98

Izzul Izzati

terpaksa memperlahankan kelajuan kereta dan kadang-kala hampir berhenti kerana pandangan hadapan cermin kabur dan tidak jelas. Afrina yang berada di sebelah Hakimi mulai resah dan bimbang melihatkan keadaan sekeliling yang gelap dan hujan yang turun bagai tidak mahu berhenti. Hatinya turut berdebar tatkala memikirkan laluan mereka ketika itu meredah hutan rimba dan bukit-bukau. Bagaimana nanti kiranya mereka terbabas? Ya Allah! Minta dijauhkan. Doa Afrina dalam hati. Kimi, kau okey ke? Masih boleh drive lagi? Terpacul juga soalan daripada bibir Afrina setelah disedari raut wajah Hakimi turut mempamerkan kebimbangan. Tidak dihiraukan lagi perasaan marah yang belum reda dengan sikap Hakimi. Apa yang penting pada saat itu ialah mereka selamat meredah perjalanan yang berliku-liku dalam keadaan hujan lebat. Okey, aku okey, jawab Hakimi perlahan namun nadanya jelas bergetar kebimbangan. Ringan mulut Afrina meminta Hakimi berhenti dahulu di tepi jalan. Biar hujan reda dahulu baru menyambung kembali perjalanan mereka. Tetapi apabila difikirkan mereka ketika itu berada di dalam hutan yang tebal, dibatalkan niatnya. Dalam kekalutan dan kebimbangan, terdetik juga rasa bersyukur di dalam hati kerana Hakimi menemaninya ke tapak projek Hulu Pahang. Agak-agaknya kalau dia datang seorang, apa yang akan berlaku pada dia nanti? Afrina tidak mahu memikirkannya. Apa yang pasti dia akan menangis sorang-soranglah jawabnya. Pom! Afrina dan Hakimi tersentak ketika terdengar bunyi yang kuat. Serentak dengan itu kereta bagai hilang keseimbangan. Terenjut-enjut. Hakimi terpaksa memberhentikan keretanya di tepi jalan. Mana mungkin

99

kuseru kasihmu

untuk meneruskan perjalanan dengan keadaan kereta begitu. Mereka berdua berpandangan seketika. Masingmasing kelihatan pucat. Cuma tidak dapat dikesan kerana suasana agak gelap. Hanya diri sendiri yang dapat merasakannya. Kau nak ke mana Kimi? soal Afrina berbaur kebimbangan bila Hakimi cuba mencapai payung yang berada di tempat duduk belakang. Aku nak tengok keadaan kereta sekejap, jawab Hakimi. Jangan, Kimi, hujan lebat tu, halang Afrina. Kebimbangan jelas tergambar di raut wajahnya. Its okay. Aku cuma nak tengok keadaan kereta, Hakimi membuka pintu dan menuju ke bahagian bonet kereta. Hujan lebat bersama angin yang bertiup kencang membuatkan payung Hakimi sukar dikawal. Hampir-hampir terlepas daripada tangannya. Dia mencapai lampu picit yang tersimpan di dalam bonet dan kemudiannya disuluh ke bahagian bawah tayar kereta. Dia mengeluh sendiri. Kenapa dengan kereta, Kimi? tanya Afrina setelah Hakimi memasuki ke dalam perut kereta semula. Pakaian Hakimi basah kuyup. Dia kelihatan menggigil apabila kulitnya yang basah terkena penghawa dingin kereta. Terdetik juga rasa simpati di dalam hati Afrina melihat. Tayar pecah, jawab Hakimi sambil menggelenggelengkan kepala. Isk! Masa ni lah pulak tayar nak pecah! Hakimi merungut sendiri. Afrina terdiam seketika. Buntu otaknya untuk berfikir. Habis, macam mana sekarang ni, Kimi? Afrina terus menyuarakan kebimbangan. Kita kena tunggu sampai hujan reda dulu baru boleh tukar tayar.

100

Izzul Izzati

Tunggu? soal Afrina lagi. Hakimi mengangguk. Kita tak ada pilihan, Jawapan Hakimi membuatkan Afrina tersandar lemah ke kusyen tempat duduknya. Dalam hati tidak putusputus dia berdoa, supaya mereka berdua selamat sampai ke rumah.

101

kuseru kasihmu

bab

15

UKA pintu ni! A f r i n a yang sedang terlena tersentak kerana terkejut. Terpinga-pinga dia seketika. Cermin pintu kereta kedengaran diketuk dari luar. Di toleh ke sebelahnya. Meskipun keadaan agak gelap tetapi dia tahu Hakimi sedang tidur di sebelah tempat duduknya kerana dia terdengar dengkuran halus. Jam pada dashboard kereta dipandang. Pukul dua belas setengah malam. Mereka berdua ternyata tertidur sementara menunggu hujan berhenti. Tok! Tok! Cermin kereta diketuk lagi. Afrina mula rasa berdebar. Jantungnya berdegup kencang. Dilihat ada sinar lampu suluh sedang menyuluh ke dalam kereta mereka. Namun wajah-wajah orang yang mengetuk kereta tidak berapa jelas kelihatan kerana suasana sekeliling gelap-gelita dan cermin tingkap juga berkabus.

102

Izzul Izzati

Siapa mereka? Orang jahatkah? Degupan jantung Afrina makin ketara tatkala teringatkan pelbagai peristiwa yang sering terjadi. Adakah mereka berdua pula akan menjadi mangsa nanti? Tanpa banyak berlengah lagi, Hakimi yang sedang lena dikejutkan. Tersirap darah Afrina tatkala jarijemarinya tersentuh kulit badan Hakimi yang tidak berbaju. Dadanya berdetap kencang. Terpinga-pinga Hakimi seketika kerana terkejut. Kenapa, Rina? soal Hakimi cemas. Tanpa menunggu Afrina menjawab, Hakimi sudah mendapat jawapannya apabila kedengaran cermin kereta terus diketuk bertalu-talu. Afrina cuba menghalang Hakimi dari membuka pintu kereta tapi sudah terlambat kerana Hakimi sudah pun membukanya. Serentak dengan itu, mentol lampu pada bahagian siling kereta menyala dengan terang dan menyuluh setiap ruang. Sah! Badan Hakimi yang tidak berbaju jelas pada pandangan mata Afrina. Dia terpanah seketika. Apa kamu buat kat sini? Kedengaran suara yang bertanya. Afrina menarik nafas lega apabila mendengar suara yang bertanya tidak seperti suara orang jahat. Namun penuh rasa curiga. Sebenarnya, errr sebenarnya, Tergagap Hakimi menjawab. Afrina di sebelahnya dipandang seketika. Disebabkan diri masih dikuasai perasaan terkejut, Hakimi tidak dapat berfikir secara tenang. Melihatkan Hakimi bukan berseorangan di dalam kereta, orang yang bertanya tadi turut menjengukkan kepalanya untuk melihat ke dalam perut kereta. Kemudian dia berbisik sesuatu kepada beberapa orang di sebelahnya. Afrina dan Hakimi saling berpandangan. Hati Afrina kembali berdebar. Seperti ada sesuatu yang tidak kena. Hakimi yang menyedari dia tidak berbaju segera mencapai baju

103

kuseru kasihmu

yang digantung di tempat duduk belakang. Tergesa-gesa dia menyarungkan ke badan. Sebenarnya pakcik, kami berdua dari Kuala Lumpur. Kami terperangkap dalam hujan lebat tadi. Tayar kereta kami pancit, jawab Hakimi kemudiannya. Nada suaranya sedikit tergagap. Tayar pancit? soal pakcik tersebut seperti ingin kepastian. Lampu suluh dihalakan ke arah tayar kereta. Kamu berdua ni sebenarnya buat apa kat sini? Jangan cuba berbohong! Suara pakcik tersebut sedikit keras. Saya tak bohong. Tayar kereta memang pancit tadi, jawab Hakimi gugup. Kamu bohong! Tayar kereta kamu mana ada yang pancit. Hakimi terkedu. Dia bungkam seketika. Bulat mata Afrina memandang wajah Hakimi. Minta kepastian. Sebenarnya tayar kereta saya memang pancit tadi tapi saya dah tukarkan. Lepas tukar tayar tadi, saya rasa letih dan tertidur kat sini, jawab Hakimi kemudiannya. Kalau pakcik tak percaya, pakcik boleh tengok bukti, Hakimi terus membela diri. Mana buktinya? Pakcik tersebut terus bertanya. Ternyata masih raguragu dengan jawapan Hakimi. Hakimi melangkah ke arah bonet kereta. Setelah bonet dibuka, muka Hakimi serta-merta berubah pucat. Wajah pakcik di hadapannya dipandang seolah-olah meminta simpati. Saya saya terlupa nak ambil tayar yang pecah tadi, pakcik, Suara Hakimi sedikit gugup. Hampir tidak keluar dari bibirnya. Terlupa ambil? Kamu letak kat mana?

104

Izzul Izzati

Bukan kat sini. Errr... jauh dari sini, Hakimi menjawab, teragak-agak. Terasa ingin ditamparnya wajah sendiri kerana kelalaiannya meninggalkan tayar yang pecah di dalam hutan. Pakcik tersebut memandang Hakimi dengan perasaan curiga. Kamu berdua ikut kami! Kedengaran tegas suara pakcik itu memerintah. Ikut pakcik? Kenapa? Apa salah kami? soal Hakimi pantas. Afrina menelan air liur. Pahit. Dia sememangnya dapat meneka mengapa. Kamu ditangkap kerana berkhalwat di dalam kereta. Hah? Anak mata Hakimi membuntang. Afrina kaku mendengar. Tekaannya ternyata tepat. Pernafasannya bagai terhenti tiba-tiba.

PAKCIK Salleh, ketua kampung berdekatan, memandang Hakimi dan Afrina silih berganti. Melihatkan air muka mereka berdua, dapat dirasakan Hakimi dan Afrina memang jujur dan tidak bersalah. Dia masih berasa curiga dengan cerita yang telah didengari daripada Hakimi. Lagipun, dia tidak boleh menilai seseorang itu dengan hanya melihat raut wajah. Syaitan tidak mengira sesiapa untuk digoda imannya. Apatah lagi mereka ditangkap dalam keadaan yang mencurigakan. Hakimi tidak berbaju. Panas katanya setelah menukar tayar kereta. Satu alasan yang sukar diterima. Kalau betul kamu letih sangat, kenapa kamu berhenti di tempat yang sunyi dan gelap macam tu? Banyak lagi tempat lain kamu boleh berhenti dan tidur, syarah Pakcik

105

kuseru kasihmu

Salleh. Saya letih sangat, pakcik. Tak terdaya nak memandu lagi, jawab Hakimi meminta simpati. Kamu boleh memandu? soal Pakcik Salleh kepada Afrina. Bo boleh, jawab Afrina sedikit gugup. Degupan jantungnya berlari kencang. Akalnya masih belum dapat berfikir dengan baik. Apa yang berlaku secara mendadak benarbenar membuat dia kebingungan. Perasaan terkilan terasa membuak-buak dan melimpah di dalam hati kerana Hakimi tidak mengejutkannya sewaktu dia menukar tayar kereta dan berhenti di bahu jalan di kampung tersebut. Macam mana dia boleh tidak tersedar? Soal Afrina sendiri. Agak-agaknya badan dia terlalu letih. Lepas jumpa Azlan malam semalam, dia tidak dapat melelapkan mata dan hari ini seharian pula dia di berada tapak binaan. Fikiran dan tubuh badannya ternyata tidak sempat hendak berehat. Afrina membuat kesimpulan sendiri. Dah tu, kenapa kamu tidak ganti tempat dia untuk memandu? Teguran Pakcik Salleh mengejutkan Afrina kembali ke alam realiti. Realiti yang dia dengan Hakimi kini ditangkap. Ditangkap basah! Afrina terkedu. Bibir mulutnya bagai dikunci untuk menjawab. Dia tidur masa tu, saya tak sampai hati nak kejut, jawab Hakimi bagi pihak Afrina. Tak sampai hati konon! Manisnya bahasa! Desis hati Afrina. Bukan dia tidak tahu perangai Hakimi. Sombong tak bertempat. Bila jadi macam ni, siapa yang patut disalahkan? Padan muka! Padan muka aku juga! Sempat Afrina mengomel sendiri. Pakcik Salleh menggeleng-gelengkan kepalanya. Keluhan dilepaskan. Alasan memang senang diciptakan tetapi

106

Izzul Izzati

sukar dia mempercayainya kerana mereka tidak ada saksi untuk membuktikan. Hanya Allah sahaja yang tahu situasi mereka berdua. Lagipun, mereka ditangkap oleh pendudukpenduduk kampung yang sedang meronda. Andainya dilepaskan mereka begitu sahaja, sudah pasti mendatangkan ketidakpuasan hati penduduk kampung tersebut. Paling berat, dia bakal kehilangan kepercayaan orang kampung kepadanya. Lepaskan kami, pakcik. Kami tak bersalah, rayu Hakimi. Pakcik minta maaf. Pakcik tak boleh lepaskan kamu berdua. Kes kamu berdua ni bukan hanya kali ini sahaja baru berlaku. Dah banyak kali berlaku, Tapi, kami bukan penduduk kampung ni dan kami tak buat apa-apa! Hakimi tidak berpuas hati dengan tuduhan Pakcik Salleh. Tajam anak matanya memandang Afrina yang hanya membisu diri. Seolah-olah meyakinkan penduduk kampung tersebut akan kesalahan mereka. Disebabkan kamu bukan penduduk kampung nilah, kami tidak boleh lepaskan kamu. Ini sebagai pengajaran kepada pemuda-pemudi di kampung ini agar tidak melakukan maksiat, ujar Pakcik Salleh. Pakcik! Saya tak bersalah! Saya berani bersumpah yang saya tidak bersalah! ucap Hakimi tegas bagi membela diri. Afrina langsung sepi tanpa suara. Sememangnya, dia tidak tahu apa yang harus diperkatakan biarpun dia sedar dia sepatutnya turut sama membela dirinya bersama Hakimi. Tetapi perasaan, fikiran bahkan konsentrasinya bagai hilang tidak menentu. Pakcik nak kamu menghubungi ibu bapa kamu berdua sekarang, arah Pakcik Salleh tanpa menghiraukan rayuan Hakimi.

107

kuseru kasihmu

Hakimi meraup wajahnya beberapa kali. Nafas berat dilepaskan. Bagaimana dia boleh terlupa untuk menyimpan kembali tayar kereta yang telah diganti. Kepala digelenggelengkan beberapa kali. Terasa kesal kerana dia ditangkap ketika tidak berbaju. Disebabkan alasan itulah, dia gagal mempertahankan diri. Bukan disengajakan. Setelah dia menukar tayar kereta, bajunya itu lencun dengan peluh ditambah pula lembap akibat terkena hujan lebat sewaktu keluar dari kereta. Sememangnya rasa tidak selesa. Terdetik juga rasa kesal di dalam hati kerana tidak mengejutkan Afrina, jika tidak pasti perkara ini dapat dielakkan. Silap dia juga membiarkan enjin kereta terpasang, kalau dimatikan sudah tentu tiada orang yang perasan mereka berdua sedang tidur di dalam kereta. Hakimi mengeluh sendiri. Banyak sekali kesilapan dan kelalaian dilakukan sehinggakan mengundang musibah. Afrina terkaku di situ. Pandangan mata Pakcik Salleh membuatkan hembusan nafasnya seakan-akan terhenti. Antara terpaksa dan dipaksa, dia tiada pilihan. Akur dengan arahan Pakcik Salleh agar menghubungi keluarganya. Apa alasan yang sebaiknya harus diberikan kepada kedua orang tuanya itu? Bolehkah ibu bapanya menerima berita ini? Marahkah mereka? Malukah mereka dengan apa yang terjadi? Soalan demi soalan menghenyak fikiran Afrina ketika itu.

108

Izzul Izzati

bab

16

AMU tau tak, Rina, kamu betul-betul memalukan mak dan ayah! Mana mak nak letak muka kalau orang kampung tahu? Afrina diam dan tunduk. Kata-kata yang terhambur daripada mulut Puan Salmiah bagai menghentam-hentam segala salur darah dan menusuk pedih ke dalam hulu hatinya. Biarpun begitu, dia tidak berani membuka mulut untuk mempertahankan diri apatah lagi menjawab meskipun hakikatnya dia dan Hakimi tidak bersalah. Air liur ditelan beberapa kali. Cuba membuang perasaan berbaur yang sedang menyeliputi jiwanya pada tika itu. Dijeling sekilas ke arah Hakimi yang juga tunduk membisu. Status Hakimi dengannya hari ini berbeza dengan status Hakimi semalam. Semalam hanya sebagai kawan. Ya, hanya sekadar kawan biasa. Kawan satu universiti dulu. Kawan sepejabat. Tetapi, hari ini dengan

109

kuseru kasihmu

sekelip mata Hakimi sudah bergelar suami. Suami? Perkara yang tidak pernah terfikir apatah lagi terlintas di dalam fikirannya. Gembirakah dia kerana dapat memiliki Hakimi? Atau, sebenarnya bakal menambahkan lagi lara di hati? Dia menghela nafas dalam-dalam. Beban masalah itu terasa berat untuk diterima namun dia dengan Hakimi terpaksa akur untuk mengelak daripada kes mereka dihantar ke pejabat agama. Sudah tentu bertambah panjang cerita andainya mereka berdua terpaksa keluar masuk Mahkamah Syariah. Untuk mengelak daripada malu dan menutup kes, keluarga Afrina bersetuju untuk menikahkan mereka berdua pagi itu juga meskipun keluarga Hakimi tidak dapat dihubungi. Kononnya ke luar negara. Malu mak nak mengaku anak macam kamu ni, Rina! Kamu ni tak sudah-sudah buat mak susah hati, bebel Puan Salmiah lagi. Afrina memilih untuk mendiamkan diri. Hanya menahan telinga dengan perasaan hiba ditahan-tahan. Biarpun hatinya terluka. Jiwanya pula bagai dihiris pedih dengan katakata tajam daripada emaknya sendiri. Kamu tak pernah nak menyenangkan hati mak. Ada saja nak menyakitkan hati! Puan Salmiah terus memarahi Afrina tanpa memberi peluang untuk Afrina membela diri. Afrina terus membisu. Mak hantar kamu belajar tinggi-tinggi, bagi ilmu ugama tapi ini yang kamu balas pada mak. Kamu tak pernah nak fikir ke perasaan mak dan ayah, Suara Puan Salmiah berubah kendur dan berbaur sendu dan hiba. Sampai hati kamu memalukan mak, Rina. Afrina menghela nafas. Mata dipejamkan menahan perasaan. Maafkan Rina, mak. Semua yang terjadi bukan kemahuan Rina. Rina tak bersalah, mak! Hati Afrina merintih sendiri. Tidak berani hendak menyatakan kepada Puan

110

Izzul Izzati

Salmiah. Hakimi juga diam seribu bahasa. Sedikit-sebanyak hatinya turut terkena tempias kata-kata Puan Salmiah. Cukuplah tu, Sal. Marah pun tak ada gunanya lagi. Perkara dah terjadi, sampuk Encik Arifin. Bila keluarga kamu balik, Hakimi? soal Encik Arifin kemudiannya. Minggu depan, pakcik err ayah, jawab Hakimi tergagap. Afrina memandang sekilas wajah Hakimi yang kelihatan gelisah. Satu persoalan menerpa ke dalam benaknya. Betulkah keluarga Hakimi tiada di Malaysia? Atau sengaja cuba dirahsiakan daripada pengetahuan mereka? Sikap Hakimi memang sukar dijangka. Ayah nak kamu hantar keluarga kamu untuk datang berbincang. Secepat mungkin, sebelum orang lain dapat tahu, Suara Encik Ariffin kedengaran tegas. Ayat terakhir mengandungi maksud yang dalam dan tersirat. Hakimi yang memahami, mengangguk-anggukkan kepalanya. Akur dalam keterpaksaan. Otaknya buntu, fikirannya terasa berserabut malah hati dan perasaannya terasa berperang sesama sendiri. Wajah Natasha tiba-tiba terbayang di dalam mata, menyesakkan lagi pernafasannya, menghuru-harakan lagi akal fikirannya. Afrina tidak mahu menunggu lama lagi di ruang tamu, perlahan-lahan dia bangun dari sofa menuju ke bilik. Biarpun dia tahu kemarahan emak dan ayahnya masih belum reda. Dan mungkin tidak akan reda setelah apa yang telah berlaku. Tetapi, patutkah dia disalahkan atas apa yang telah terjadi? Nak ke mana pulak tu? Sergahan Puan Salmiah mematikan langkah Afrina. Rina Rina nak masuk bilik, mak, jawab Afrina gugup.

111

kuseru kasihmu

Mak belum habis cakap lagi kamu dan nak lari. Apa nak jadi dengan kamu ni, Rina? Cakap mak tak pernah nak dengar. Ikut kepala sendiri. Nak tunjuk degil! Puan Salmiah terus membebel. Afrina kaku berdiri. Diam tidak berkutik. Dahlah Sal, cukup-cukuplah tu, celah Encik Arifin. Rina, pergi masuk bilik, arah Encik Arifin kemudiannya. Afrina tidak menunggu lama terus menyambung langkahnya menuju ke bilik. Sempat dia menoleh ke arah Hakimi yang turut memandang ke arahnya. Dia tidak dapat meneka pandangan mata Hakimi kepadanya pada saat itu. Fikirannya kosong untuk berfikir lebih jauh.

DI BILIK, Afrina termangu sendirian di birai katil. Jam pada dinding dipandang. Sudah melewati pukul lima setengah pagi. Hanya tinggal sejam untuk melelapkan mata sahaja sementara menunggu waktu cerah. Dia terus termangu di sudut katil. Merenung kenyataan yang sedang terbentang dan tersurat yang entah bagaimana bentuk dan rupa sebagai isteri Hakimi. Wajah Abang Arif dan adiknya Arisya serta kawan-kawan satu persatu terlintas di dalam fikiran. Belum pun selesai satu masalah, masalah yang lain pula timbul kini. Apa yang hendak dia katakan kepada Arisya dan Abang Arif? Bagaimana pula dengan reaksi Emilia, Azlan, Haliza dan Natasha? Oh Tuhan, rumitnya masalah ku ini. Rintih hati Afrina. Pintu bilik yang dibuka dari luar menyentakkan Afrina daripada termenung panjang. Wajah Hakimi yang muncul di hadapannya dipandang sekilas. Mendung dan muram. Biarpun dia tidak dapat menyelami sedalam-dalamnya hati Hakimi pada saat itu namun dia seperti dapat meneka apa yang sedang menyeliputi fikiran Hakimi.

112

Izzul Izzati

Tanpa mempedulikan pandangan Afrina kepadanya, Hakimi berlalu ke katil dan diambil sebiji bantal. Dicampakkan batal tersebut di atas permaidani dan direbahkan badannya di situ. Matanya dipejamkan dan digalas lengannya pada dahi. Afrina memandang dengan perasaan berbaur. Sedih dan pilu. Sayu hatinya bila terkenangkan pernikahannya tidak seperti mana yang diimpikan oleh setiap gadis. Penuh kemesraan, kebahagiaan, keceriaan dan keriangan. Segala itu hanyalah ilusi semata dan fantasi itu tidak mungkin terjadi. Sikap Hakimi pula yang seperti mementingkan perasaan sendiri menambahkan lagi rasa sendu di dalam hati. Sejak mereka diijabkabulkan beberapa jam lepas, sepatah perkataan pun tidak keluar daripada bibir mulut Hakimi. Seperti turut sama menyalahkan dirinya. Melihatkan Hakimi memejamkan mata, Afrina mematikan suis lampu bilik dan menghidupkan suis lampu meja. Dia kemudiannya perlahan-lahan merebahkan kepala pada bantal di atas katil. Dipandang sekilas ke arah Hakimi yang sedang berbaring kaku di permaidani. Biarpun kelihatan Hakimi memejamkan mata tetapi dia sebenarnya tahu Hakimi masih belum tidur. Mana mungkin dapat melenakan diri dengan masalah sedang sarat bermain di dalam kepala. Afrina terkebil-kebil memandang siling bilik dalam kesamaran lampu meja. Sudah puas dia cuba memejamkan mata namun gagal untuk mengundang ngantuknya. Sudah puas dia menukar posisi tidur. Berpusing ke kiri dan ke kanan. Masih belum dapat menghilangkan resah gelisah di hati. Rina, Afrina sedikit tersentak. Akhirnya, Hakimi bersuara juga memecahkan kebuntuan dan kedinginan yang melanda mereka. Namun, panggilan Hakimi dibiarkan sepi tanpa sahutan. Dipandang sekilas ke arah Hakimi yang sedang berbaring di bawah. Ternyata telahannya benar, Hakimi juga

113

kuseru kasihmu

tidak dapat melelapkan mata. Rina, aku tahu kau belum tidur. Suasana sepi bermaharajalela ketika itu. Dalam kesuraman lampu itu kedengaran Hakimi melepaskan keluhan panjang. Afrina terus menerus diam. Hanya menunggu ayat yang bakal diperkatakan oleh Hakimi. Rina, tahu kan yang kita terpaksa bernikah? Afrina tetap diam. Tidak langsung memberi apa-apa reaksi biarpun terasa ingin menggelengkan kepala menafikan. Menafikan! Benarkah? Terdetik soalan yang tidak mampu diberikan jawapan menusuk jauh ke dalam hatinya saat itu. Adakah impiannya untuk memiliki Hakimi masih membara? Afrina memejamkan mata rapat. Cuba mencari ruang untuk hati dan fikirannya tenang. Walaupun pernikahan ini sah tapi aku harap kau faham keadaan aku, Lambat-lambat Hakimi menuturkannya penuh emosi. Afrina mengangkat wajah. Cuba memahami maksud yang ingin disampaikan oleh Hakimi. Rina, maafkan aku. Bukan maksud aku untuk lari dari tanggungjawab. Tapi, apa yang bakal aku putuskan nanti untuk kebaikan kita juga, Hakimi terdiam seketika sebelum dia menyambung kembali kata-katanya. Rina, pernikahan kita ini hanya sementara. Kita akan berpisah sebaik sahaja aku berkahwin dengan Natasha, Tersirap darah Afrina mendengar baris-baris ayat yang baru diperkatakan oleh Hakimi. Bukankah Hakimi sudah berjanji dengan ayah yang dia akan menghantar keluarganya berbincang mengenai majlis perkahwinan mereka? Kenapa tiba-tiba berubah? Sampai hati Hakimi buatnya begini. Rintih Afrina sendiri. Mata dipejamkan rapat. Dadanya terasa sesak. Melihatkan Afrina mendiamkan diri, Hakimi bangun

114

Izzul Izzati

daripada perbaringannya. Rina, maafkan aku. Aku faham keadaan kau tapi aku tak boleh terima perkahwinan ini. Aku tak boleh terima, luah Hakimi berkali-kali. Ada keluhan hampa pada hujung suaranya. Afrina membuka kelopak mata. Menarik nafas dalamdalam mencari ketenangan serta kekuatan untuk berbicara. Huh! Faham konon! Apa yang kau faham sebenarnya, Kimi? Hati Afrina menyoal sendiri. Kau rasa hampa, kecewa tapi bagaimana dengan aku? Aku lagi hampa Kimi, lagi kecewa. Hati Afrina bertambah hiba. Itulah kelemahannya, tidak mampu untuk meluahkan apa yang terbuku di dalam dada. Tiada upaya menyatakan perasaan hatinya sendiri. Naluri Afrina bertambah sebak. Dia menahan agar tidak terluah menjadi tangisan. Biarpun air mata sudah bergenang dalam tubir matanya. Mujurlah cahaya lampu meja agak suram. Dapatlah juga dilindungi raut wajahnya daripada dapat dikesan oleh Hakimi. Tidak ingin dia menunjukkan wajah sedih di hadapan Hakimi meskipun itulah kenyataannya. Rina! Seru Hakimi setelah Afrina terus membisu diri. Kimi, tak siapa nak perkara ini berlaku. Dan, aku juga tak boleh memaksa untuk kau menerima apa yang telah berlaku, Perlahan Afrina berkata menahan rasa sebak yang hampir sebu menyeliputi nalurinya. Cuma, kenapa kau tidak berterus terang sahaja dengan ayah aku tadi. Kenapa kau sanggup berjanji dengan ayah aku? luah Afrina sedikit geram berbaur kecewa menahan rasa sebak yang kian mencengkam dada. Hakimi terdiam. Wajahnya ditundukkan. Tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Melihatkan Hakimi kehilangan

115

kuseru kasihmu

kata-kata, menitik juga air mata di atas pipi Afrina. Memang sudah di agak. Hakimi hanya pandai membuat keputusan tetapi tidak berani mengambil risiko. Orang lain pula terpaksa menanggungnya. Siapa lagi kalau tidak dia!

116

Izzul Izzati

bab

17

FRINA dan Hakimi pulang ke Kuala Lumpur pada keesokan harinya sebaik sahaja selepas sarapan pagi bersama kedua-dua orang tua Afrina. Setelah menurunkan Afrina di depan rumah sewanya, Hakimi terus memecut kereta laju, seolah-olah tidak sabarsabar lagi untuk berlalu pergi. Lagak Hakimi tidak ubah seperti ingin lari sepantas yang boleh bagi menjauhinya. Tidak seperti mana semalam, sebelum peristiwa itu berlaku. Wajah Hakimi sentiasa mengekorinya. Sentiasa mengganggu ketenangan miliknya. Kini, apa yang hendak dikatakan lagi? Sekelip mata corak kehidupannya berubah. Keluh Afrina sendiri. Kita tetap jalani kehidupan kita seperti biasa walaupun kita telah bernikah. Aku akan cuba cepatkan proses perceraian kita nanti, Itulah kata-kata terakhir yang diucapkan oleh Hakimi

117

kuseru kasihmu

sebelum memecut keretanya pergi. Afrina mengetap bibir. Biarpun kereta Hakimi sudah lama lenyap daripada pandangan mata namun dia masih tegak berdiri di hadapan pintu pagar rumah. Fikirannya terasa tepu untuk berfikir. Terlalu sukar untuk diterima segala yang terjadi. Umpama mimpi yang tidak pernah termimpi kerana cinta yang tidak terluah kepada Hakimi adalah sekadar ilusi yang tidak pernah terfikir akan menjadi realiti. Afrina menghela nafas dalam-dalam, cuba mencari ruang ketenangan dalam diri yang ternyata kusut dan belum pasti dapat dicari punca untuk kembali terungkai. Dia terus kaku berdiri. Rina! Kau buat apa kat luar tu? Kenapa tak masuk? Teguran Emilia membuatkan Afrina menoleh. Baru dia sedar yang dia telah lama berdiri tegak di situ. Mengalahkan tiang lampu jalan. Sempat Afrina menjeling ke arah tiang lampu elektrik yang terpacak tegap di hadapannya. Dia ingin tersenyum namun sekelumit pun tidak mampu terukir di bibirnya ketika itu. Kau baru sampai ke? Kata semalam, habis meeting terus balik? Emilia terus menyoal. Afrina hanya mendiamkan diri. Soalan Emilia dibiarkan sepi tanpa jawapan. Tanpa sepatah kata, Dia melangkah lemah masuk ke dalam rumah dan terus ke biliknya. Dibiarkan Emilia tercengang sendiri dengan penuh tanda tanya. Dia ingin bersendirian untuk seketika. Ada masa nanti, pasti akan diceritakan juga kepada teman baiknya itu kerana Emilia adalah satu-satunya teman yang sudi mendengar dan memahami hatinya. Terkejutkah Emilia nanti? Harap-harap Emilia tidak pengsan setelah mendengarnya ceritanya nanti. Hati Afrina tersenyum tawar sendiri. Dia merebahkan badan ke atas katil. Dibiarkan beg kerja di tepi almari tanpa dikemaskan. Badan dan fikirannya

118

Izzul Izzati

terasa amat letih sekali. Nasib hari ini bukan hari kerja, kalau tidak jenuh dia dan Hakimi memikirkan alasan yang logik mengapa mereka tidak dapat ke pejabat hari ini. Agak-agaknya apa reaksi rakan sepejabat lebih-lebih lagi Encik Kamal seandainya diketahui yang Hakimi kini suaminya setelah ditangkap berkhalwat sewaktu keluar daerah atas urusan kerja? Haliza dan Azlan? Natasha? Oh! Tidak! Hati Afrina menjerit hiba. Air matanya mengalir lagi. Fikirannya tiba-tiba terasa berat bagai ditimpa bebanan yang tidak kelihatan. Adalah lebih baik digalas batu seguni daripada menanggung beban masalah sebegini. Afrina memejamkan mata. Mindanya tidak mampu berfikir lagi. Kelopak matanya semakin berat untuk diangkat. Kain cadar lecun dengan air matanya. Akhirnya, dia terlena sendiri dalam kesedihan setelah semalaman dia tidak mampu melelapkan mata.

SEBAIK sahaja sampai di rumah, Hakimi segera melarikan diri ke bilik. Teman serumahnya, Zaidi yang sedang berbaring di atas sofa tidak dihiraukan. Kesan kepenatan membuatkan fikirannya tidak mampu berfikir apa-apa lagi. Setelah membersihkan diri, Hakimi mundar-mandir di bilik. Nyata dia tidak mampu berehat dengan selesa selagi permasalahannya masih belum nampak jalan penyelesaian. Dia tidak rela melepaskan Natasha demi sebuah perkahwinan yang tidak diingini. Dia perlu berbuat sesuatu. Jika tidak, pasti dia akan kehilangan Natasha. Beg pakaian yang tersimpan di atas almari pakaian dipandang lama. Fikirannya mula berfungsi kembali. Tanpa berlengah, beg pakaian itu dicapai dan diturunkan dari atas almari. Kemudian dibuka pula pintu almarinya dan mengeluarkan beberapa helai baju dan seluar

119

kuseru kasihmu

cukup untuk dipakai beberapa hari. Diisi kesemua baju dan seluar yang telah dipilih ke dalam beg. Setelah bersiap sepantas mungkin, Hakimi mengatur langkah keluar bilik. Dilihat rakan serumahnya, Zaidi masih lagi terbaring di atas sofa. Masih leka menonton televisyen. Kimi! Kau nak ke mana? Terbantut seketika pergerakan Hakimi apabila tibatiba sahaja dia ditegur oleh rakan serumahnya itu. Aku nak balik JB dalam dua tiga hari, jawab Hakimi sambil menyarung kasut di kaki. Kau biar betul, Kimi? Zaidi bangun daripada sofa. Kau kan baru balik dari outstation. Takkan nak drive ke JB pulak? Kau tak letih ke? Tenungan matanya dipenuhi persoalan kerana tindakan mengejut Hakimi. Hakimi terdiam sejenak. Nafas panjang dihela. Teguran Zaidi menyedarkan dia akan keadaan dirinya saat itu yang sememangnya letih dan amat penat sekali. Tetapi, tekanan masalah yang sedang menyaluti fikirannya membuatkan dia terpaksa dan memaksa diri untuk itu. Sekiranya dia tunggu lebih lama, akan lebih menyulitkan lagi keadaan yang tersedia kusut. Tiba-tiba kau nak balik JB, apasal? Mama dan papa kau tak sihat ke? Soalan Zaidi membuatkan Hakimi segera bangun dari tempat duduknya. Keletihan dan kepenatan tiba-tiba hilang kembali. Beg pakaian di sisi dicapai. Tak, mama dan papa aku sihat. Cuma..., Hakimi mengetap bibir. Tidak dapat meneruskan bicaranya. Cuma apa? Hakimi terdiam. Rasa terperangkap. Berkerut dahi dan muka Zaidi dengan reaksi Hakimi. Kau ni kenapa, Kimi? Lain macam aje aku tengok? Tak ada apa-apa, Edi. Aku dah lambat ni. Aku pergi

120

Izzul Izzati

dulu. Tergesa-gesa Hakimi mengatur langkah menuju ke arah kereta yang diletakkan di luar pagar. Dia bimbang Zaidi akan cuba bertanya lebih lanjut lagi. Zaidi menggaru-garu kepala yang tidak gatal setelah kereta Hakimi hilang daripada pandangan. Dia rasa musykil dengan kelakuan Hakimi hari itu. Seperti ada sesuatu yang tidak kena. Persoalan yang bertandang di dalam hati terus hilang tatkala anak matanya tertancap pada jarum jam dinding. Menunjukkan angka dua petang. Dia perlu bersiap segera kerana dia ada temu janji dengan kelab bola sepaknya lewat petang nanti. Berbincang untuk perlawanan yang akan berlangsung antara kelab. Begitulah masanya dihabiskan setiap hujung minggu.

121

kuseru kasihmu

bab

18

ETANG itu suasana di jalan raya tampak tenang; mungkin masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk berehat sepuasnya di rumah pada hujung minggu. Azlan berasa bosan keseorangan di rumah. Lantas dia terfikir untuk mengajak Natasha keluar bersiar-siar dan berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur. Dia membawa kereta dengan kelajuan sederhana memandangkan tidak apa yang perlu dikejarkan seperti selalu apabila dia ingin cepat sampai ke pejabat. Takut terlambat. Lagipun, dia tahu Natasha tentu berada di rumah sewanya. Hatinya benar-benar rasa yakin. Sebaik sahaja Azlan menghampiri perkarangan rumah sewa Natasha, dia memperlahankan kelajuan keretanya. Namun stereng kereta pantas dilencongkan dan langsung berhenti di bahu jalan setelah anak matanya tertangkap kelibat

122

Izzul Izzati

bayangan kereta Perdana V6 milik Hakimi di hadapan rumah sewa Natasha. Hatinya mula berdetak kencang. Biarpun dia sedar yang Natasha juga kawan kepada Hakimi namun entah mengapa hatinya rasa resah tidak menentu. Tidak dinafikan rasa cemburu tetap melanda jiwanya. Kalau boleh, dia tidak mahu Natasha rapat dengan kawan-kawannya lain walhal mereka semua terlalu rapat sewaktu belajar di universiti dahulu. Sudah menjadi sifat manusia barangkali. Tidak suka berkongsi kasih. Kalau ada pun mungkin orang lain namun bukan dirinya. Desis hati Azlan. Kegelisahan yang terkumpul di dalam dada Azlan semakin sarat ketika kaki Natasha melangkah masuk ke dalam perut kereta Hakimi, membawa bersama sebuah beg pakaian. Setelah Natasha menutup pintu kereta, tanpa menunggu lama, Hakimi terus memecut laju ke jalan raya utama. Azlan yang memerhati bingung seketika dihimpit seribu persoalan. Gerak hati mendorong Azlan turut sama memecut keretanya mengikut haluan kereta Hakimi di hadapan. Secara berhatihati dia mengekori kereta Hakimi agar tidak kehilangan jejak. Dalam masa yang sama, dia turut bimbang Hakimi akan menyedari tindakannya itu. Azlan terus mengekori kereta Hakimi biarpun haluan kereta Hakimi memasuki pondok tol yang menghala ke lebuh raya selatan semenanjung. Niat di dalam hati mahu terus mengekori, namun dia mengalah juga. Akhirnya, dia memberhentikan keretanya di kawasan rumah rehat Seremban setelah menyedari kereta Hakimi terus memecut laju ke hadapan seperti tiada tanda akan berhenti. Hakimi dan Natasha sebenarnya hendak ke mana? Seremban, Melaka atau Johor Baharu? Tapi, mengapa? Sungguh-sungguh dia tidak tahu. Persoalan terus menindih kotak fikiran Azlan. Pantas dia mencapai telefon bimbit. Hanya satu nama yang terlintas di kepalanya. Afrina! Afrina tentu tahu ke mana haluan Hakimi

123

kuseru kasihmu

dan Natasha. Nada panggilan terus berdering dalam talian namun belum ada tanda-tanda panggilannya akan dijawab. Azlan hampir putus asa. Stereng kereta dipulas kembali ke lebuh raya untuk kembali ke Kuala Lumpur. Jalan menuju ke arah rumah Afrina menjadi pilihannya ketika itu. Dia perlukan penjelasan segera tentang apa yang telah dilihatnya. Setakat mana hubungan Natasha dengan Hakimi yang dia tidak tahu selain daripada kawan biasa?

AFRINA tersedar akibat terkejut bila terasa badannya digoncang. Mula-mula perlahan kemudian kuat. Eeeii! Kacang hantu manalah yang mengganggu ni! Tak boleh nak tengok orang senang sikit! Hati Afrina mengamuk marah. Dicelikkan kelopak mata. Terkebil-kebil dia seketika. Wajah Emilia yang sedang tersengih di pandang seketika sebelum anak matanya singgah ke arah jam yang tergantung pada dinding. Alamak! Sudah masuk waktu Maghrib. Lamanya dia tidur. Hey! Bangunlah! Tidur mati ke apa? tempelak Emilia berbaur mengusik. Paha Afrina ditamparnya. Afrina hanya mampu tersenyum tetapi lebih kepada tersengih. Terasa ringan kepalanya setelah dapat rehat yang mencukupi. Tetapi masalah itu. Argh! Dia malas hendak fikirkan lagi. Rina, Azlan cari kau tadi, Azlan? Apa dia nak, Lia? Emilia menjongket bahu. Bila aku kata kau baru balik dari outstation dan tengah tidur, terus dia pergi. Dia nampak macam ada masalah aje, Afrina hanya diam membisu. Tidak berminat untuk mengambil tahu. Hakimi dan Natasha adalah punca segala

124

Izzul Izzati

masalah mereka. Tetapi, bagaimana pula masalahnya dengan Hakimi? Fikirannya terasa berat kembali. Dicapai tuala yang tersidai dan berlalu ke bilik air. Emilia memandang penuh dengan ribuan persoalan. Malam itu, tidak dapat tidak, Afrina terpaksa bercerita kepada Emilia apa yang sebenarnya berlaku. Dia memerlukan seseorang yang benar-benar memahami pada saat fikirannya sudah buntu untuk berfikir mencari jalan penyelesaian. Emilia yang begitu terpegun mendengar, memandang wajah Afrina tanpa berkelip. Sukar untuk dia mempercayainya apatah lagi menerima. Tetapi, itulah realitinya. Kita hanya insan yang lemah dan daif yang dikurniakan akal yang bijaksana, ilmu pengetahuan yang luas dan rezeki yang lumayan namun sebagai hamba-Nya kita tidak dapat lari daripada diuji oleh Allah. Pasti ada hikmah di sebaliknya. Rumit masalah kau ni, Rina, putus Emilia setelah lama membisu diri setelah mendengar cerita daripada Afrina. Berat lagi aku yang menanggungnya, Lia, luah Afrina. Emilia memandang penuh simpati. Apa lagi yang boleh dikatakan selain daripada mempamerkan rasa simpati. Itulah konsep fitrah hidup dan kelemahan manusia yang tidak mampu menjangka apa yang bakal berlaku di masa hadapan sebaliknya apa yang dirancang belum tentu lagi berjaya dilaksanakan. Habis tu, kau setuju dengan keputusan Kimi? Entahlah Lia, aku dah tak tahu apa yang patut aku buat sekarang ni, luah Afrina lagi. Bingung rasanya. Apa aku nak jawab dengan mak dan ayah aku kalau Kimi memang dah tekad dengan keputusannya? Tak sanggup rasanya aku nak melukakan hati orang tua tu lagi. Apa yang berlaku sudah cukup memalukan mereka. Cuma sekarang ni bernasib baik kerana orang sekeliling tidak tahu. Kalau tidak entahlah,

125

kuseru kasihmu

keluh Afrina. Ada sendu di sebalik kata-katanya yang berbaur kecewa. Emilia mendiamkan diri. Bingung juga dia untuk memberi pendapat. Dia tahu kesulitan yang Afrina hadapi. Kalaulah tidak kerana adanya undang-undang, mahu sahaja dia menyuruh Afrina membelasah Hakimi cukup-cukup. Biar Hakimi rasa seksanya. Dia juga turut sama rasa geram dengan sikap Hakimi yang tidak mahu langsung bertanggungjawab. Rina, aku rasa kau jangan mengalah dengan Hakimi, ujar Emilia setelah lama berfikir. Maksud kau? Berkerut-kerut dahi Afrina kehairanan. Buat sesuatu agar Hakimi tidak jadi berkahwin dengan Natasha, jawab Emilia. Kerutan dahi dan wajah Afrina kian ketara, cuba untuk memahami maksud yang tersirat di sebalik kata-kata Emilia. Sesuatu tu, apa? soal Afrina seperti orang bodoh. Aksi Afrina membuatkan Emilia tersengih nakal. Cuba pikat Hakimi, Pikat? Hampir terjegil keluar biji mata Afrina mendengar saranan teman baiknya itu. Kau biar betul? Kau ingat senang ke nak pikat Kimi? Liza yang cantik tu pun fail, inikan pula aku. Lagipun, manalah aku ada pengalaman bab pikat memikat ni, sangkal Afrina, tidak bersetuju. Siapa kata kau tak cantik, Rina. Cuma kau aje yang rasa macam tu. Tak pernah nak yakin pada diri kau sendiri. Bila lagi nak ada pengalaman kalau tak nak cuba? Emilia cuba membangkit semangat Afrina. Pengalaman memikat orang? Biar betul, Emilia ni! Gerutu Afrina sendiri. Aku tak naklah, Lia. Malu kalau Kimi

126

Izzul Izzati

tahu aku cuba memikat dia, tolak Afrina lagi. Apalah kau ni, Rina. Hakimi tu kan dah jadi suami kau. Apa nak dimalukan, Afrina menghela nafas. Sungguh! Dia tidak dapat menerima saranan Emilia. Kalau dilakukan pun mungkin sesuatu perkara yang terakhir yang akan dilakukan dalam hidupnya. Pikat Hakimi! Oh tidak! Sungguh-sungguh dia tidak mahu. Cakap memang senang Lia, cuba kau di tempat aku sekarang, keluh Afrina. Aku faham perasaan kau, Rina. Tapi cubalah kau fikir baik-baik, kalau kau ikut kata Hakimi, tak pasal-pasal kau jadi janda muda. Kau nak ke? Dia pulak senang-senang kahwin lain, Nak ke tak nak. Itu bukan soalnya, Lia. Kau kan tahu bukannya boleh dipaksa-paksa orang suka kat kita, ujar Afrina kemudiannya. Rina, kau kan dah lama kenal Kimi. Selama ni, tak pernah sekali dia nak cuba menghargai kau walaupun sebagai kawan. Lagi menyusahkan adalah. Jadi sekarang ni masanya untuk kau ajar dia balik. Biar dia faham sikit perasaan orang lain, sambung Emilia berbaur geram. Afrina menggeleng-gelengkan kepala. Tanda tidak berapa setuju dengan cadangan diusulkan. Emilia menghela nafas. Tidak berpuas hati dengan reaksi Afrina. Kalau tidak kerana diri kau pun, kau kena fikirkan juga hati mak dan ayah kau yang dah terluka tu, Rina, pujuk Emilia lagi. Afrina diam. Sedikit sebanyak dia termakan juga dengan kata-kata Emilia walaupun keraguan untuk melakukannya lebih terserlah. Macam mana pula dengan Tasha, Lan dan Liza? Aku rasa tak ada masalah. Sama ada Kimi kahwin

127

kuseru kasihmu

dengan kau atau Natasha sama aje. Lan dan Liza tetap kecewa. Aku tak rasa diaorang akan salahkan kau seandainya diaorang tahu perkara sebenar, ujar Emilia penuh keyakinan. Lagak seorang penasihat pula. Tasha? Pedulikan dia, Rina. Selama ni pun dia bukan kisahkan perasaan orang lain, jawab Emilia bersahaja. Afrina mengeluh panjang. Memang Natasha tidak pernah kisah fasal perasan orang lain tetapi dalam hal ini dia juga yang terpaksa berhadapan dengan Natasha nanti. Mungkin tidak hari ini, tapi bagaimana pula dengan hari esok? Agak-agaknya apa tindakan Natasha kepadanya? Afrina takut untuk memikirkannya. Apa yang perlu aku buat, Lia? Boleh ke aku pikat Kimi? Agak-agak Kimi terpikat tak dengan aku? Tanpa sedar terpacul keluar pertanyaan yang nyata berlainan dengan kata hatinya sebentar tadi. Tersimpul senyuman geli hati pada bibir Emilia yang mendengar. Senyuman nakalnya bertambah meleret tatkala wajah Afrina kelihatan merah menahan malu. Hai, best student macam kau ni ada masanya bodoh juga, yek? perli Emilia dengan wajah selamba. Terbeliak biji mata Afrina mendengar ayat yang terkeluar daripada bibir Emilia. Namun itu tidak terkesan di dalam hati jauh sekali untuk berkecil hati dengan katakata Emilia. Sikap tulus dan ikhlas dalam diri Emilia selama mereka bersahabat tidak boleh dipertikaikan lagi. Nak buat macam mana, cikgu aku dulu pun tak pernah ajar, balas Afrina bersahaja. Juga tidak mahu mengalah dengan kata-kata Emilia. Emilia terus ketawa. Afrina memasamkan muka melihatkan ketawa Emilia semakin rancak. Ceh! Kurang asam punya kawan!

128

Izzul Izzati

bab

19

IBA-TIBA aje Kimi ajak Tasha jumpa mama dengan papa, kenapa? Natasha memecahkan keheningan ketika dalam perjalanan ke rumah ibu bapa Hakimi. Kan Tasha juga yang nak Kimi cepatkan perkahwinan kita, kenapa pulak tanya? jawab Hakimi sedikit berang. Dia jadi rimas dengan soalan yang diajukan oleh Natasha. Eh! Takkan Tasha nak tanya pun tak boleh? soal Natasha sedikit terusik dan terkilan dengan sikap Hakimi yang tiba-tiba naik angin dengan soalannya. Hakimi terdiam. Nafas dihela dalam-dalam apabila tersedar daripada kesilapan yang tidak disengajakan itu. Kimi minta maaf, Tasha. Kimi penat sebenarnya. Hakimi cuba tersenyum semanis mungkin kepada Natasha bagi melindungi kekalutan hatinya yang sebenar. Bukan sahaja Natasha, dia sendiri tidak menjangkakan keputusan

129

kuseru kasihmu

mendadaknya itu. Fikirannya benar-benar kusut untuk berfikir dengan baik. Segala apa yang dibuat seperti mengikut kata hati. Setelah menghantar Afrina ke rumahnya tengah hari itu, kegelisahan dalam diri ternyata terus menghantui. Mengingati lafaz nikah dengan Afrina dan janjinya dengan keluarga Afrina membuatkan nafasnya benar-benar tidak teratur. Dia perlu melakukan sesuatu. Amat perlu! Apa yang pastinya dia tidak mahu kehilangan Natasha. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Dia nekad! Dia tidak kisah lagi fasal Azlan dan Haliza. Apa nak jadi-jadilah. Dia tidak peduli fasal Afrina dan keluarga. Pandai-pandailah Afrina menyelesaikan masalah itu bersama keluarganya. Mak dan ayah Afrina pun satu, mereka tidak sepatutnya memaksa dia menikahi Afrina. Mereka sememangnya tidak boleh hidup bersama. Tiada langsung perasaan cinta yang terbit di antara mereka. Biarpun secebis. Masakan bisa dan mungkin untuk mereka terus hidup berpurapura sebagai suami isteri. Dia yakin Afrina sendiri tentu faham tindakannya itu. Hakimi terus melayan perasaan sendiri. Melihatkan Hakimi membisu, Natasha turut mendiamkan diri. Malas hendak memanjangkan cerita. Bimbang juga akan mencetus pertengkaran di antara mereka. Dia sebenarnya terkejut bercampur gembira semasa Hakimi menelefonnya tiba-tiba. Memintanya bersiap dengan kadar segera untuk mereka berangkat ke rumah ibu bapa Hakimi yang menetap di Johor Bahru. Biarpun begitu perasaan tanda tanya tetap berlegar dalam mindanya dengan keputusan mendadak yang dibuat oleh Hakimi. Agak-agaknya Hakimi sudah boleh memecahkan rasa bersalah terhadap Azlan dan Haliza, tak? Teka Natasha sendiri. Menyebut nama Azlan, dada Natasha pula terasa sesak dan lemas tiba-tiba. Perasaan bersalah tetap menghantui

130

Izzul Izzati

biarpun dari mula lagi dia berniat menerima cinta Azlan hanya sebagai batu loncatan bagi dia mendekati Hakimi. Dan dia yakin hubungan cinta pura-puranya bersama Azlan tidak akan bertahan lama. Paling lama pun hanya setahun. Tetapi malang, jangkaannya meleset. Azlan begitu setia kepada cintanya. Tiada sebab untuk dia jadikan alasan bagi memutuskan hubungan mereka. Biarpun begitu, perasaan bersalah hampir tidak wujud di dalam hati sewaktu cintanya itu disambut baik oleh Hakimi. Dan, mereka bercinta secara rahsia sehingga tamat belajar dan kini menjangkau hampir lima tahun. Adatlah tu. Cinta tidak semestinya sampai ke jinjang pelamin. Bisik Natasha sendiri menyedapkan hati sendiri namun jauh di sudut naluri tetap terselit perasaan bersalah yang sukar diungkap. Dia mengeluh dalam diam sebelum wajah Hakimi yang sedang memandu dijeling sekilas. Kimi okey ke? Kalau penat biar Tasha pula drive? tanya Natasha setelah menyedari Hakimi terus membisu diri. Tidak seperti selalu mereka berjumpa. Its okay, Tasha. Kimi masih boleh memandu lagi, jawab Hakimi. Senyuman Natasha cuba dibalas meskipun hambar. Senyumannya mati sebaik sahaja anak mata memandang semula ke jalan raya di hadapannya. Dia merasakan kejadian semalam seperti mengekori langkahnya. Pedal minyak ditekan selaju mungkin, seolah-olah ingin melarikan diri dari kenyataan itu. Setelah lima jam perjalanan, akhirnya mereka sampai juga ke plaza tol Skudai. Hakimi menghalakan haluan stereng keretanya menuju ke Johor Bharu. Sebetulnya, kedua-dua ibu bapanya tidak ke mana-mana. Apa yang dikatakan kepada keluarga Afrina dan Pakcik Salleh, ketua kampung di mana dia dengan Afrina ditangkap hanya pembohongan sematamata. Tidak salah rasanya berbohong untuk kepentingan diri. Hakimi menyedapkan hati sendiri. Lagipun, dia rasa terkilan

131

kuseru kasihmu

dengan tindakan keluarga Afrina yang telah memaksa mereka supaya bernikah bagi mengelak kes itu dibawa ke Mahkamah Syariah. Untuk mengelak daripada diketahui orang ramai. Malulah kononnya! Dia bukan berdendam dengan ibu bapa Afrina tetapi rasa tidak puas hati tetap bersarang di dalam jiwanya. Dia bukannya bersalah. Kenapa pula dia harus dipaksa begitu? Afrina pun satu hal! Mengikut sahaja apa kata-kata ibu bapanya tanpa membela diri langsung. Tanpa sedar, Hakimi menggenggam kuat stereng kereta. Sikap Afrina benar-benar mengundang rasa geram dan marah di dalam jiwanya. Reaksi Hakimi mengundang persoalan dalam hati Natasha yang memerhati. Namun tidak berani mempersoalkannya. Mungkin Hakimi terlalu letih dan tertekan dengan kerja. Natasha cuba membuat andaian sendiri bagi membuang prasangka buruk yang bertandang. Tetapi, di dalam sudut hatinya, dia tidak mampu menepis perasaan resah dengan perubahan sikap Hakimi tiba-tiba. Jom, Tasha. Kita dah sampai, ajak Hakimi sebaik sahaja meletakkan kereta di hadapan pagar rumah kepunyaan mama dan papanya itu. Natasha membuka pintu dan melangkah perlahanlahan keluar dari kereta. Sementara menunggu Hakimi mengeluarkan barang-barang mereka, dia menjenguk ke dalam kediaman rumah teres dua tingkat itu. Hiasan seni tamannya kelihatan ringkas namun masih menarik perhatian sesiapa yang memandangnya. Tanaman hijau menghiasi laman depan. Ia turut dilapisi permaidani rumput yang mana jelas memberi kesegaran dan ketenangan. Di tepi pagar rumah, ditanam dengan pelbagai jenis pokok kelapa daripada spesies rendang. Meskipun rumah ibu bapa Hakimi di bahagian lot tepi yang mana kedudukannya berhampiran simpang jalan raya yang sibuk dengan laluan kenderaan, tetapi landskap yang dibina menghalang pandangan pengguna jalan raya serta

132

Izzul Izzati

mengurangkan kebisingan walaupun tidak sepenuhnya. Tasha, apa ditunggu lagi? Jemputlah masuk. Mama dan papa tentu tengah tunggu kita, pelawa Hakimi sewaktu melihat Natasha masih tegak berdiri di hadapan pintu pagar. Apa yang dikatakan oleh Hakimi adalah betul kerana kelihatan wajah kedua-dua orang tuanya di hadapan muka pintu rumah mereka. Senyuman manis terpamer pada raut wajah Puan Jamilah dan Encik Haris, melihatkan Hakimi dan Natasha sihat seperti biasa dan selamat sampai. Apa khabar, auntie? ucap Natasha mesra. Tangan kedua-dua ibu bapa Hakimi disalami dan diciumnya penuh hormat. Baik Natasha, jawab Puan Jamilah, ibu Hakimi. Encik Haris, ayah Hakimi hanya tersenyum melihat. Cantik, puji Puan Jamilah sambil menyentuh pipi Natasha. Patutlah anak auntie tak sabar-sabar nak kahwin, usik Puan Jamilah sambil tersenyum memandang Hakimi. Encik Haris hanya ketawa. Natasha tersenyum malu tetapi sempat menjeling ke arah Hakimi di sebelahnya. Hakimi hanya menunduk. Tidak ada sebaris senyuman yang terukir pada bibirnya. Mungkin terlalu penat. Natasha cuba membuat andaian sendiri. Sebenarnya bukan Kimi yang tak sabar nak kahwin, tapi mama kamu ni yang tak sabar-sabar nak terima menantu, sakat Encik Haris pula. Hish! Abang ni. Ke situ pulak, jeling Puan Jamilah tidak senang kerana suaminya seperti dapat membaca hatinya. Natasha ketawa kecil melihat gelagat kedua-dua bakal mertuanya itu. Hakimi terus membisu. Tidak berminat hendak menyampuk. Jemputlah, Tasha. Jangan malu-malu. Natasha mengangguk sambil melangkah mengikut Puan Jamilah dan Encik Haris.

133

kuseru kasihmu

KIMI tak nak bertunang, mama. Kimi nak nikah terus, beritahu Hakimi ketika mereka sekeluarga duduk berbincang sambil menikmati hidangan makan malam. Natasha juga turut sama dalam perbincangan tersebut sedikit terkejut mendengar. Keputusan Hakimi di luar jangkaannya. Tidak pula Hakimi memberitahunya sebelum ini. Kenapa Hakimi tidak berbincang dahulu dengannya mengenai perkara ini? Hati Natasha dijentik persoalan. Anak mata Puan Jamilah membulat tiba-tiba, memandang wajah anak sulungnya itu. Manakala dahi Encik Haris berkerut seribu. Mereka saling berpandangan sebelum memandang semula wajah Hakimi dan Natasha silih berganti. Kenapa pula tak nak bertunang? Kalau nak cepat sekali pun sekurang-kurangnya bertunang dulu dalam dua atau tiga bulan, nasihat Puan Jamilah. Natasha yang berada di sisi Hakimi memahami maksud pandangan mata Puan Jamilah dan Encik Haris. Dia turut memandang wajah Hakimi penuh kehairanan. Keresahan yang jelas tergambar pada raut muka Hakimi menambahkan lagi perasaan ingin tahunya. Biarpun dia juga bersetuju dengan cadangan Hakimi untuk mempercepatkan perkahwinan mereka namun cadangan Hakimi tetap menjadi tanda-tanya. Dapat dirasakan Hakimi cuba menyembunyikan sesuatu daripadanya. Seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan Hakimi. Tasha pun rasa macam tu, auntie. Mak dan ayah Tasha pun nak Tasha bertunang dulu, ujar Natasha turut menyokong nasihat bakal mertuanya itu. Tak boleh, Tasha. Kimi tak nak, Hakimi membantah. Natasha bertambah terkejut mendengar. Wajah Hakimi di sebelahnya turut di pandang tidak berkelip. Kenapa pulak tak boleh? Apa masalahnya? Encik

134

Izzul Izzati

Haris pula bertanya. Nada suaranya mencerminkan perasaan kehairanan membuak-buak. Dapat dirasakan Hakimi mempunyai maksud yang terselindung. Hakimi terkedu. Dia segera menunduk setelah perasan mukanya menjadi sasaran mata kedua ibu bapanya termasuk Natasha. Sikap terburu-burunya telah membuatkan papa dan mamanya mulai mengesyaki sesuatu. Begitu juga Natasha. Hakimi menghela nafas dalam-dalam, cuba menenangkan kembali hati dan fikirannya. Dia sepatutnya berhati-hati. Tersilap langkah rahsianya akan terbongkar secara tidak sengaja. Parah dia nanti! Sudah tentu mama dan papanya tidak akan meneruskan majlis perkahwinan dia dengan Natasha. Hakimi meraut wajahnya berkali-kali. Kenapa, Kimi? Kimi ada masalah ke kalau bertunang dulu? Puan Jamilah pula bertanya. Hakimi menelan air liur pahit. Tak tak ada, mama, sangkal Hakimi sedikit menggelabah. Wajah terus ditundukkan. Cuba mengelak daripada mamanya dapat mengesan kegelisahan hatinya. Habis tu, mama tengok macam ada yang tak kena aje, Err. Bukan macam tu, mama. Sebenarnya, Kimi rasa elok kita buat terus majlis akad nikah tanpa buat majlis pertunangan. Lagipun, keluarga Tasha dekat Perak. Jauh mereka nak datang berulang alik dari Johor Bharu ke Perak. Kalau buat satu majlis sahaja bukan sahaja dapat jimat duit tapi jimat masa, Natasha, Puan Jamilah dan Encik Haris saling berpandangan. Jawapan Hakimi mengundang beribu persoalan dan kehairanan di dalam hati mereka. Alasan yang tidak logik!

135

kuseru kasihmu

bab

20

AGI Isnin itu, awal-awal lagi Afrina sudah berada di pejabat. Entah kenapa hatinya rasa tidak sabar hendak berjumpa dengan Hakimi. Selalunya dia rasa gembira andainya Hakimi tidak ada atau bercuti. Terasa aman dunia. Tetapi, hari ini memang sukar ditafsirkan hati ini. Apa yang dia tahu, masalah mereka perlu diselesaikan seberapa segera. Mereka perlu berbincang untuk kebaikan semua pihak. Dia amat berharap Hakimi menimbangkan balik keputusan yang telah diputuskan. Kiranya perlu, dia mungkin akan berterus-terang tentang hatinya terhadap Hakimi biarpun dirasakan itu bukanlah jalan yang terbaik. Silap hari bulan, dia pula akan dituduh mengambil kesempatan atas apa yang berlaku. Tapi demi maruah mak dan ayah serta keluarganya, dia sanggup menerima segala kemungkinan itu.

136

Izzul Izzati

Memandangkan dia masih belum bersarapan, Afrina berkira-kira hendak membancuh minuman untuknya. Cukuplah sekadar mengisi perut waktu pagi. Semasa melangkah ke pantri, dipandang sekilas ke arah tempat duduk Hakimi yang masih kosong. Mengapa Hakimi tidak sampai lagi? Hati Afrina sedikit resah. Sambil membancuh dan mengacau Nescafe panas, fikiran Afrina turut sama berputar memikirkan cadangan yang diutarakan oleh Emilia semalam. Aku rasa kau tahu apa yang patut kau buat. Tapi, jangan pula kau goda dia macam perempuan gatal, Meledak ketawa Emilia waktu itu. Afrina tersenyum sendiri namun senyumannya berubah kelat. Sekelat Nescafe yang dibancuhnya tanpa gula. Menggoda Hakimi? Mampukah aku melakukannya? Berkali-kali disoal hatinya. Afrina tersentak ketika pintu pantri terkuak. Wajah Mastura dan Kak Noor kelihatan terjongol di muka pintu. Wah! Pagi Rina datang hari ni, ceria suara Kak Noor menyapa. Haah, awal-awal lagi dah sampai. Ada apa-apa ke, Kak Rina? sambung Mastura. Wan Amalyn, yang juga rakan sepejabat Afrina yang kebetulan baru masuk, cuma tersenyum. Pandailah, Mas, datang pagi-pagi mesti ada apaapa ke? soal Afrina sambil membasuh sudu yang telah digunakan. Biasanya macam tulah. Semalam tak dapat tidur ke? Kak Noor pula cuba menyakat. Eh! Kak Noor ni, memandai aje, sangkal Afrina. Kak Noor tengok mata Rina merah semacam aje, macam tak cukup tidur? Betullah tu! ujar Kak Noor dengan senyuman meleret. Mastura turut menyengih. Berkerut dahi Afrina. Dikerling matanya ke cermin muka yang berada di dalam pantri. Ketara sangatkah wajahnya

137

kuseru kasihmu

nampak tidak cukup tidur? Memang pun dia tidak dapat melelapkan mata walau sepicing pun semalam. Hakimilah puncanya! Dari pengalaman Kak Noorlah, orang yang tengah angau bercinta biasanya tak dapat tidur lena, sakat Kak Noor dengan iringi ketawa mengusik. Mastura dan Wan Amalyn turut sama menyambut tawa Kak Noor. Afrina tersenyum pahit. Dia menahan perasaan, melihat teman-teman sepejabatnya itu galak mengetawakannya. Agak-agaknya kalau mereka berdua tahu perkara sebenar, adakah mereka akan ketawa begitu? Ketawa mengejek mungkin? Tetapi, tidak mungkin Kak Noor, Wan Amalyn dan Mastura akan berbuat begitu. Dia kenal hati budi mereka bertiga. Tapi, bagaimana pula dengan rakan sekerja yang lain? Terutama Hanum yang tergila-gilakan Hakimi? Afrina mengetap bibir. Siapa si dia tu, Kak Rina? Ceritalah sikit. Tak baik bercinta senyap-senyap, tau! Mastura pula menggamatkan lagi usikan Kak Noor. Mana ada. Pandai-pandai aje korang ni, sangkal Afrina. Iye lah tu. Boleh ke Kak Noor percaya? Ketawa mengusik masih kedengaran. Orang macam Rina tu, betul ke ada boyfriend, Kak Noor? Siapalah insan yang malang tu, ye? sampuk Hanum yang tiba-tiba muncul. Ketawa kecil seakan-akan mengejek kedengaran biarpun perlahan namun tajam berbisa menusuk ke dalam cuping telinga Afrina yang mendengarnya. Ikutkan hati ingin sahaja dia berbalas mulut dengan Hanum yang sememangnya terkenal dengan mulut laser. Paling tidak pun mengenakan kembali si mulut tempayan tu. Namun, apabila teringatkan peristiwa hitam semalam, dia hanya mampu mendiamkan

138

Izzul Izzati

diri. Bimbang dia pula yang terkena nanti andainya rahsia itu terbongkar. Terbongkar? Minta-minta dijauhkan, mana hendak diletakkan mukanya nanti. Suasana di dalam ruang pantri tiba-tiba sunyi dan sepi tanpa ada gelak ketawa mengusik lagi. Tak ada boyfriend pun tak apa, Rina. Jangan jadi macam orang tu, kejar boyfriend orang tapi diri sendiri gigit jari kerana syok sendiri! balas Kak Noor bagi pihak Afrina. Gelak ketawa kembali bergema di dalam pantri tersebut. Afrina tidak dapat menahan turut tersenyum. Hanum menarik muka empat belas. Berdengus kasar dan segera melangkah keluar dari pantri tanpa sempat membuat minuman. Gelak ketawa terus kedengaran. Afrina membawa air Nescafe yang telah dibancuh ke tempat duduknya. Tempat duduk Hakimi dipandang lagi. Masih kosong! Bercutikah Hakimi atau dia ada mesyuarat pagi ni? Hatinya semakin resah menanti. Terasa ringan tangannya menekan butang interkom untuk bertanyakan kepada Mastura ke mana perginya Hakimi. Namun, dia bimbang sikap ingin tahunya itu akan menimbulkan tanda-tanya Mastura pula. Suis komputer di atas meja dihidupkan. Dia cuba mengalihkan perhatiannya terhadap kerja-kerja yang banyak tertangguh. Sekurang-kurangnya dapat menghilang sedikit kegelisahan hati dan paling penting melenyapkan segala permasalahan yang masih membelenggu fikiran. Deringan telefon bimbit membuat dia tersentak. Kelam kabut dia mendapatkan telefon bimbitnya itu yang masih tersimpan di dalam tas tangan. Dalam hati, dia amat berharap Hakimi yang menghubunginya biarpun perkara tersebut adalah mustahil. Tapi, manalah tahu. Afrina mengeluh hampa tatkala melihat nama Azlan yang tertera di atas skrin telefon bimbitnya. Lambat-lambat dia menekan butang untuk menjawab.

139

kuseru kasihmu

Helo, Rina! Iya, Afrina menjawab. Boleh aku tahu Kimi ada kat ofis,tak? soal Azlan tanpa banyak bicara. Tak ada. Kenapa? soal Afrina pula kehairanan. Nada suara Azlan ternyata serius. Tidak seperti selalu yang sentiasa ceria. Kau tahu tak dia ke mana? Tanpa menjawab soalan yang diajukan oleh Afrina, Azlan terus menyoal. Tak. Aku tak tahu. Aku pun tengah tunggu dia sekarang, balas Afrina. Kenapa Lan? soal Afrina lagi dengan perasaan ingin tahu melonjak-lonjak. Tak ada apa-apa cuma..., Azlan tidak menghabiskan ayatnya. Kedengaran jelas pada cuping telinga Afrina, Azlan mengeluh panjang. Cuma apa, Lan? Afrina tidak berpuas hati soalannya tidak berjawab. Dapat dirasakan Azlan sedang menyembunyikan sesuatu daripadanya. Adakah Azlan sudah mengetahui perkara sebenar? Tasha ada cerita apa-apa tak dengan kau? Azlan terus-menerus menyoal Afrina. Afrina terkedu seketika. Tidak tahu apa yang harus dijawabnya. Dia rasa serba-salah. Rina! Tak... tak ada. Kenapa? jawab Afrina sedikit gugup kerana berbohong. Nasib mereka berbicara melalui telefon. Sekurang-kurangnya Azlan tidak dapat mengesan perubahan air mukanya. Tak apalah, Rina. Lan! Suara Afrina hilang tatkala Azlan mematikan talian. Hatinya tiba-tiba di amuk resah. Dia cuba menghubungi Azlan

140

Izzul Izzati

kembali tetapi telefon bimbit Azlan tidak dapat dihubungi. Dicubanya pula telefon pejabat Azlan. Jawapan daripada penyambut panggilan, Azlan cuti kecemasan hari ini. Argh! Afrina termangu seketika di meja. Fikiran yang sememangnya buntu kini terasa bertambah berselirat pula. Apa sebenarnya sedang berlaku? Afrina cuba mencari jawapan untuk persoalannya sendiri. Dapat dirasakan segala yang berlaku ada hubung-kait dengan Hakimi juga Natasha. Ringan tangannya hendak menelefon Haliza untuk bertanya. Manalah tahu, kot-kot kawannya itu tahu. Tetapi, bagaimana pula sekiranya Haliza tidak tahu? Tidakkah nanti menjadi tanda-tanya Haliza pula? Afrina meletakkan kembali gagang telefon. Tidak mahu memanjangkan cerita yang sememangnya sudah pun kusut-masai. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk menunggu sahaja Hakimi.

RINA, jom pergi makan! ajak Johar. Tersenyum-senyum. Berharap Afrina menerima pelawaannya. Afrina menjeling jam tangannya. Sudah pukul satu tengah hari. Patutlah! Tak apalah, Jo. Jo pergilah makan dulu. Rina ada kerja sikit, tolak Afrina tanpa mengangkat wajah. Kerja-kerja juga, Rina. Makan kenalah juga. Kalau kau sakit, aku juga yang susah nanti, jawab Johar selamba. Masih tersenyum-senyum. Hai, Jo! Ajak Rina sorang aje, ke? Kawan-kawan pun nak pergi makan juga, sampuk Kak Noor. Johar tersengih-sengih malu. Jo memang macam tu, Kak Noor. Bila Rina tak ada baru nak ajak kita, sampuk Wan Amalyn. Afrina hanya diam membisu di tempatnya. Tidak berniat menyampuk perbualan kawan-kawannya itu. Johar

141

kuseru kasihmu

yang masih tersengih dijeling sekilas dari ekor mata. Huh! Tak ubah macam kerang busuk. Betul ke kamu tak nak turun makan, Rina? Atau nak kirim apa-apa, boleh Kak Noor tolong belikan. Kak Noor pula bertanya. Takpe lah, Kak Noor. Rina tak rasa nak makan lagi. Kalau lapar nanti, Rina turun cari makan sendiri, Afrina menolak sebaik mungkin agar Kak Noor tidak terasa. Betul ke tak nak ni? Johar yang masih setia menunggu pula menyampuk. Afrina menggelengkan kepala. Sedikit senyuman dihulurkan kepada Johar dan kawankawannya yang lain. Kalau macam tu, Kak Noor turun dululah. Jangan biarkan perut kosong, Rina. Tak elok, pesan Kak Noor sebelum berlalu pergi. Johar yang turut mengikut langkah kaki Kak Noor sempat mengenyit mata nakal. Afrina cuma tersenyum dengan gelagat Johar. Perhatian kembali dipusatkan pada kerja-kerja yang terbentang di hadapannya. Sesekali terbabas juga mengingati Hakimi yang masih belum menampakkan batang hidung. Ke mana sebenarnya Hakimi pergi? Entah yang ke berapa kali persoalan itu berlegar di dalam fikirannya. Sehingga petang, Hakimi masih tidak kelihatan di pejabat. Afrina rasa kecewa menunggu. Satu kerja pun tidak mampu disiapkan. Tumpuannya benar-benar hilang. Hilang bersama Hakimi yang entah berada di mana kini. Sebaik sahaja habis waktu pejabat, dia tidak menunggu lebih lama. Pantas dia berkemas-kemas untuk pulang. Berkira-kira mahu meninggalkan pejabat seberapa segera. Tidak dipedulikan pandangan mata teman-teman sepejabat dengan tindakannya itu terutama Mastura yang berada di muka pintu masuk utama. Afrina tidak segera pulang ke rumah. Stereng

142

Izzul Izzati

kereta dipulas ke kawasan perumahan Taman Melawati di mana Hakimi tinggal. Resah yang menghimpit jiwa tidak tertanggung rasanya. Sampai di lorong rumah Hakimi, dia memandu perlahan-lahan dan cuba meninjau ke dalam kawasan rumah Hakimi. Kosong! Kereta Hakimi mahupun rakan serumahnya tidak kelihatan. Pintu rumah juga turut berkunci. Jelas menunjukkan tuan rumah tiada di rumah. Sekali lagi Afrina hampa. Dia memberhentikan kereta agak jauh sedikit dari halaman rumah Hakimi. Dia termenung seketika di situ. Hatinya dipagut rasa berbelah bahagi. Sebahagian mendesaknya supaya menunggu kepulangan Hakimi manakala sebahagian lagi membantah keras. Wajarkah tindakannya itu atau macam orang tak betul? Mengharap pada orang yang tidak sudi. Keyakinannya tiba-tiba terasa goyang. Afrina mengambil keputusan untuk terus menunggu. Sementara itu, dia cuba menghubungi Azlan namun masih tidak berjaya. Jam pada dashboard kereta sudah menunjukkan pukul lapan setengah malam. Aduh! Mana Hakimi ni pergi? Rungut Afrina mula kebosanan. Dia menoleh lagi ke arah rumah Hakimi. Gelap-gelita. Tiada cahaya lampu yang menerangi di dalam rumah. Biarpun rumah jiran-jiran Hakimi sudah bercahaya, namun suasana sekeliling tetap sunyi sepi. Nasib dia sedang bercuti. Tidak perlulah kelam kabut mencari surau atau masjid. Afrina menyandar lesu pada kusyen kereta. Badannya terasa letih sekali. Fikirannya menerawang lagi. Betul ke tindakan aku ni? Dia tertanya-tanya sendiri. Kalau Hakimi balik nanti, apa yang hendak aku katakan nanti, ya? Tiba-tiba terpacul soalan yang dia sendiri tidak pasti jawapannya. Kepala yang tidak gatal digaru-garunya. Setelah berfikir panjang, Afrina menghidupkan kembali enjin kereta. Buang masa aje dia menunggu andainya dia sendiri tidak pasti apa sebenarnya

143

kuseru kasihmu

yang hendak dikatakan kepada Hakimi. Belum sempat Afrina menukar gear untuk meninggalkan kawasan perumahan tersebut, kelihatan sebuah kereta berhenti betul-betul di hadapan rumah Hakimi. Walaupun cahaya dari lampu jalan samar-samar namun dia masih dapat mengecam pemilik kereta tersebut. Hakimi! Afrina mematikan semula enjin keretanya. Entah kenapa seperti ada kuasa semangat yang menyerap ke dalam diri. Dia bagai diseru-seru supaya mendapatkan Hakimi yang sedang membuka pintu pagar rumahnya. Tetapi, belum pun sempat Afrina membuka pintu kereta untuk melangkah, bayangan Natasha kelihatan berdiri di sisi Hakimi. Terbantut terus pergerakan Afrina. Argh! Macam mana Natasha boleh ada bersama? Aduh! Apa dia buat kat sini? rungut Afrina geram. Bukankah rumah Hakimi rumah orang bujang? Berani betul Natasha ni. Tak takut kena tangkap basah ke? Tangkap basah? Afrina mengetap bibir tatkala peristiwa hujung minggu lepas menerpa ke dalam minda. Tanpa menunggu lebih lama, Afrina menghidupkan kembali enjin kereta dan memecut laju meninggalkan tempat itu. Semakin lama dia di situ, semakin terluka hatinya. Perasaan cemburu yang tiba-tiba tertunas bagai menghirishiris pedih jiwanya. Selalukah Hakimi membawa Natasha ke rumahnya? Suatu persoalan yang tidak mampu dijawabnya. Pedal minyak terus ditekan laju. Mahu di bawa jauh-jauh hatinya yang benar-benar kecewa itu.

144

No. ISBN:- 978-938-42552-8-2 Jumlah muka surat:- 538 Harga Runcit:S/M:- RM19, S/S:- RM22 Harga Ahli KKN:S/M:- RM15, S/S:- RM18

Sinopsis:Memiliki kasih Hakimi dari alam kampus hanyalah mimpi-mimpi indah Afrina semata-mata. Menjadi milik

Hakimi apatah lagi. Impian semakin jauh, lantaran jejaka idaman turut menjadi rebutan dua orang sahabat baiknya sendiri. Dia sedia mengalah, memberikan laluan dan ruang biarpun hati sendiri sakit memendam rasa kecewa. Bertambah menjerut rasa tatkala Hakimi menyambut baik cinta salah seorang daripada mereka. Namun dugaan hadir tanpa dipinta, langsung tidak terlintas di fikiran. Musibah datang jua menimpa antara dia dan Hakimi. Suratan ataupun kebetulan? Sukar untuk ditafsirkan. Tetapi apa yang pasti, ada rahsia yang perlu diselindungkan. Ada cerita yang harus disembunyikan dan disimpan kemas daripada pengetahuan umum terutama kawan-kawannya. Kasihnya kepada Hakimi tidak boleh dibiarkan sepi. Cabaran Afrina, kasih Hakimi harus dimiliki dengan apa jua cara sekalipun. Namun relakah dia dikatakan sebagai muka tembok demi menyeru kasih Hakimi? Persoalannya mampukah Afrina menyeru kasih Hakimi sedangkan cinta Hakimi tetap teguh kepada kekasih hati? "Dalam desiran rindu yang terpendam, ada seru membisikkan... kaulah kekasih hingga ke akhirnya."

Berjayakah Afrina meraih cinta Hakimi? Untuk menjawab persoalan yang timbul, dapatkan KUSERU KASIHMU di rangkaian kedai buku Popular dan MPH serta kedai-kedai buku berhampiran anda. Anda juga boleh melanggan secara terus dengan kami sama ada melalui online atau pun pos. Jika anda ingin melanggan melalui online, sila layari

laman web kami di:- www.kakinovel.com untuk maklumat lanjut. Jika anda ingin melanggan secara pos, sila tuliskan di atas sekeping kertas saiz A4 nama penuh anda, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel dan jumlah naskhah yang ingin dipesan. Poskan bersama wang pos/kiriman wang (atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE) ke alamat berikut:Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, D'Wangsa, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur. No. tel:- 03-4149 0096 No. faks:- 03-4149 1196

You might also like