You are on page 1of 37

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

GGGE2153 TEKNOLOGI PENDIDIKAN

FAKTOR-FAKTOR YANG MENGHALANG PENGGUNAAN MEDIA PENGAJARAN DI KALANGAN GURU SAINS

AHLI-AHLI : SITI SOLEHAH BINTI IBRAHIM (A127032) ROHAYA BINTI ZAKARIA (A127828) HILWANI BINTI ANDUL RAZAK ( A127789 ) NURUL ADILAH BINTI KHALID (A127485) SITI JAMILAH BINTI MOHD TAHRIL (A127715) NOR HIDAYAH BINTI AZMAN (A127471) MANISAH BINTI OMAR (A127862) MUHAMMAD AMSYAR BIN ABOL HASSAN (A127759)

PENDAHULUAN Beberapa dekad yang lalu, media dirujuk sebagai alat pandang dengar. Ia adalah alat fizikal yang digunakan untuk pengajaran. Pada zaman dahulu di mana tahap teknologi masih rendah, mungkin sebatang kayu digunakan untuk membuat lakaran di atas tanah bagi menyampaikan idea-idea. Kemudian, semakin manusia maju, papan batu, papan hitam dan bahan-bahan audio digunakan dan kini, televisyen dan komputer pula memainkan peranan sebagai media pendidikan. Dunia pendidikan telah mengalami perkembangan dan perubahan yang begitu pesat dan pantas sekali. Perkembangan dan perubahan ini bukan sahaja melibatkan falsafah dan kandungan kurikulum tetapi juga pendekatan, metodologi dan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran. Justeru, proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan pendekatan yang lebih inovatif. Sebahagian besar perubahan ini berpunca daripada kemajuan dan sosial, perkembangan ilmu, teknologi maklumat dan kemajuan dalam bidang komunikasi. Perkara ini telah diperjelaskan oleh Yusuf Hashim dan Razmah Man (1999) yang menyatakan bahawa salah satu perubahan pendekatan yang berlaku ialah pembelajaran berasaskan teknologi. Menurut beliau pendekatan berasaskan teknologi ialah proses pembelajaran yang menggunakan teknologi multimedia untuk membantu memudahkan pelajar belajar sambil guru memainkan peranan sebagai pengurus atau fasilitator. Perkembangan teknologi yang semakin canggih kini, turut memberi kesan kepada definisi media itu sendiri di mana media ditakrifkan mengikut arus peredaran zaman. Sebagai contoh, menurut Heinich, Molenda, Russell, 1981, Media boleh didefinisikan sebagai penyampai atau pembawa maklumat antara punca dengan penerima seperti filem, video, radio, gambar foto, risalah, poster dan sebagainya. Pengertian ini lebih menekankan komunikasi. Media dijangka dapat memudahkan proses komunikasi antara penghantar dan penerima. Sesetengah individu mentakrifkan media meliputi media baru seperti slaid, transparensi overhed, televisyen, komputer dan lain-lain media telekomunikasi. Pernyataan ini secara umumnya membawa pengertian bahawa media itu mencakupi peralatan atau perkakas ( radio), bahan ( slaid ) atau kedua-duanya sekali. Peralatan atau bahan membawa konotasi yang sama, iaitu media. Untuk mendapatkan satu definisi yang menyeluruh dan untuk tujuan pengajaran, media boleh didefinisikan sebagai peralatan dan bahan ( perisian ) media yang dibina dan dirancang untuk tujuan menyampaikan maklumat atau pengetahuan.

Istilah media pengajaran agak sinonim di dalam dunia pendidikan. Di sebalik definisi media yang telah dinyatakan di atas, apakah pula yang dimaksudkan dengan pengajaran? Menurut Romiszowski ( 1988 ) pengajaran adalah proses yang berorientasikan matlamat yang dirancang terlebih dahulu. Bagi Heinich, Molenda dan Russell ( 1981 ), pengajaran merupakan penyusunan dan pengumpulan maklumat untuk menghasilkan pembelajaran. Proses pengajaran digunakan dalam pendidikan dan latihan terutamanya dalam institusi pendidikan seperti sekolah, maktab atau universiti. Dalam latihan, istilah pengajaran digunakan dalam latihan industri, ketenteraan atau perniagaan tetapi berbeza dari segi matlamat dan konteks. Dalam pendidikan, matlamat pengajaran bertujuan meningkatkan proses pembelajaran bagi sesuatu kemahiran yang dipelajari untuk pendidikan jangka panjang. Manakala dalam latihan, matlamat pengajaran ialah untuk meningkatkan prestasi atau kemahiran / pengetahuan bagi sesuatu tugasan dalam konteks profesion atau kerjaya pekerja. Jika media digunakan untuk tujuan pengajaran sama ada dalam pendidikan atau latihan, maka ia menjadi media pengajaran. Jika media itu digunakan untuk tujuan penyampaian atau persembahan maklumat, maka media itu menjadi media maklumat. Sebagai contoh video dokumentari yang ditunjukkan di kaca TV adalah video maklumat. Namun demikian, video dokumentari boleh menjadi media pengajaran jika ia dirancang untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk tujuan kajian ini, istilah media pengajaran membawa maksud peralatan atau perkakasan dan bahan ( perisian ) media yang telah dikenal pasti ( dipilih ), dibina atau dipinda untuk menyokong atau mengendalikan sendiri proses pengajaran dan pembelajaran. Yusuf, ( 1992 ) menyatakan bahan pembelajaran kendiri seperti modul pengajaran yang digunakan oleh pelajar-pelajar pendidikan jarak jauh terdiri daripada media yang mempunyai keupayaan untuk mengendalikan sendiri proses pengajaran-pembelajaran. Dalam membincangkan media, satu lagi fasa yang mewakili perkembangan evolusi ilmu pengetahuan mengenai pengajaran ialah Teknologi Pengajaran ( TP ). Apakah yang dimaksudkan dengan Teknologi Pengajaran? Kita akan mendapat satu gambaran yang jelas jika kita merujuk kepada definisi yang disebut dalam laporan kepada Presiden dan Kongres Amerika Syarikat bertajuk To Improve Learning ( 1970 ). Menurut laporan tersebut, TP ditafsirkan seperti berikut :

....Teknologi Pengajaran bukan semata-mata sebagai pengantara atau alat tetapi lebih dari itu, ia adalah satu cara sistematik merekabentuk, melaksana dan menilai proses pengajaran dan pembelajaran secara total mengikut objektif-objektif khusus berdasarkan kajian pembelajaran dan komunikasi manusia, serta menggunakan kombinasi sumbersumber manusia dan bukan-manusia untuk menghasilkan pengajaran yang lebih berkesan. Definisi ini memberi implikasi bahawa untuk menjamin peningkatan mutu pengajaran, perancangan yang sistematik dan penggunaan produk-produk teknologi secara bijak dan mahir merupakan antara elemen penting. Namun, disebalik perkembangan teknologi kini, agak mendukacitakan jika terdapat sesetengah individu yang memandang remeh penggunaan teknologi sebagai media pengajaran. Hal ini dibuktikan dengan terdapatnya kekangan-kekangan yang mungkin dihadapi oleh sesetengah guru dalam menggunakan media pengajaran sebagai alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Jadi, tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk meninjau apakah faktorfaktor yang menghalang penggunaan media pengajaran di kalangan guru Sains. Ini disebabkan bidang Sains sukar untuk dipisahkan dengan teknologi, ibarat isi dengan kuku.

PERNYATAAN MASALAH Kemudahan media sepatutnya memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran Sains di sekolah. Namun, masih terdapat rungutan daripada guru-guru berkaitan kekangan dalam menggunakan media sebagai bahan bantu mengajar mereka. Justeru, faktor-faktor yang menghalang penggunaan media dalam kalangan guru Sains perlu dikenalpasti. Daripada kajian ini diharapkan masalah ini dapat diatasi bagi membolehkan pelajar dapat menimba ilmu seiring dengan perkembangan teknologi.

TUJUAN KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk menilaii faktor-faktor yang menghalang penggunaan media dalam kalangan guru Sains melalui tiga objektif utama iaitu i) Untuk mengetahui faktor-faktor yang menghalang penggunaan media pengajaran dalam kalangan guru-guru Sains. ii)Untuk mengetahui implikasi yang dihadapi oleh guru Sains dalam menggunakan media pengajaran. iii) Untuk mengetahui cara mengoptimumkan penggunaan media pengajaran dalam kalangan

guru Sains. Daripada kajian ini diharapkan masalah ini dapat diatasi bagi membolehkan pelajar dapat menimba ilmu seiring dengan perkembangan teknologi.

OBJEKTIF KAJIAN 1) Untuk mengetahui faktor-faktor yang menghalang penggunaan media pengajaran dalam kalangan guru-guru Sains. 2) Untuk mengetahui implikasi yang dihadapi oleh guru Sains dalam menggunakan media pengajaran. 3) Untuk mengetahui cara mengoptimumkan penggunaan media pengajaran dalam kalangan guru Sains.

PERSOALAN KAJIAN Persoalan kajian (PK) dibina bertujuan untuk memastikan semua objektif kajian dapat dicapai. Bagi tujuan tersebut, kajian ini mengemukakan sembilan (9) persoalan kajian yang utama seperti berikut:

Objektif 1: Untuk mengetahui faktor-faktor yang menghalang penggunaan media pengajaran dalam kalangan guru-guru Sains.

PK 1 Penggunaan media pengajaran sangat penting dalam pengajaran sains PK 2 Kekurangan peruntukan kewangan menyebabkan media pengajaran tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna PK 3 Kedudukan geografi sesebuah sekolah mempengaruhi kualiti kemudahan media pengajaran

Objektif 2 Untuk mengetahui implikasi yang dihadapi oleh guru Sains dalam menggunakan media pengajaran.

PK 4 Pelajar lebih memahami isi pelajaran apabila menggunakan media pengajaran PK 5 Penggunaan media melambatkan pencapaian objektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran PK 6 Penggunaan media pengajaran membantu melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran

Objektif 3 Untuk mengetahui cara mengoptimumkan penggunaan media pengajaran dalam kalangan guru Sains.

PK 7 Guru perlu mempelbagaikan bahan media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran PK 8 Penggunaan CD e-learning yang diselaraskan oleh KPM dapat mengoptimumkan keberkesanan penggunaan media pengajaran dalam pengajaran dan pembelajaran PK 9 Penggunaan media pengajaran dalam proses P&P memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak

METODOLOGI KAJIAN Bagi mendapatkan maklumat bagi menyelesaikan tugasan ini, kami telah mencari maklumat melalui kajian perpustakaan, kajian internet dan kajian lapangan. Kami telah menjalankan kaji selidik keatas 30 orang responden yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi fakulti pendidikan dari progaram Sains di sekitar Universiti Kebangsaan Malaysia.

DAPATAN KAJIAN Hasil daripada persoalan kajian yang telah dlah do ilaksanakan te Untuk mengetahui faktor-faktor yang menghalang penggunaan media pengajaran dalam kalangan guru-guru Sains.

Penggunaan media pengajaran sangat penting dalam pengajaran sains


20 15 10 5 0 ss s ks ts sts

ss : sangat setuju s : setuju ks : kurang setuju ts : tidak setuju sts : sangat tidak setuju

Seramai 16 responden memilih sangat setuju tentang pentingnya penggunaan media dalam pengajaran sains. Manakala 13 responden memilih setuju dan hanya seorang responden memilih tidak setuju. Hal ini kerana, dalam melaksanakan P&P, seseorang guru itu perlu mempelbagaikan cara pengajaran dengan tidak hanya menggunakan media tradisional iaitu, kapur dan papan hitam. Guru harus memberi pengalaman pembelajaran yang lebih meluas kepada para pelajar dengan mencari inisiatif dan menggunakan pelbagai media pengajaran terutama dalam bidang mata pelajaran sains. Ini kerana, matapelajaran sains banyak melibatkan pembelajaran secara amali dan teori. Oleh itu, ini membuktikan bahawa penggunaan media pengajaran adalah penting dalam pengajaran sains. Bagi responden yang memilih tidak setuju, ia mungkin disebabkan oleh kemudahan media pengajaran yang disediakan oleh guru adalah tidak bersesuaian dengan tahap pelajar atau dari segi kesesuaian.

Kekurangan peruntukan kewangan menyebabkan media pengajaran tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna

16 14 12 10 8 6 4 2 0 ss s ks ts sts

ss : sangat setuju s : setuju ks : kurang setuju ts : tidak setuju sts : sangat tidak setuju

Seramai 12 responden sangat setuju dan 15 responden bersetuju bahawa kekurangan peruntukan kewangan menyebabkan media pengajaran tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna manakala 3 responden memilih kurang setuju dengan penyataan tersebut.
Kekurangan peruntukan merupakan salah satu tunjang utama yang menjadi faktor penghalang pelaksanaan media pengajaran dengan sempurna. Kebanyakan daripada responden bersetuju bahawa dengan permasalahan yang wujud ini.

Kedudukan geografi sesebuah sekolah mempengaruhi kualiti kemudahan media pengajaran

12 10 8 6 4 2 0 ss s ks ts sts

ss : sangat setuju s : setuju ks : kurang setuju ts : tidak setuju sts : sangat tidak setuju

Seramai 11 responden memilih sangat setuju, 8 responden memilih setuju, 9 responden memilih kurang setuju dan 2 responden memilih tidak setuju. Hampir sebahagian dari responden bersetuju bahawa kedudukan geografi sesebuah sekolah mempengaruhi kualiti kemudahan media pengajaran. Hal ini mungkin kerana ramai berpendapat agak sukar untuk mendapatkan akses internet bagi kawasan luar Bandar terutamanya di kawasan yang agak pedalaman. Hal ini menyebabkan media pengajaran yang digunakan dan disediakan adalah tidak memuaskan dan tidak dapat memberikan pengalaman pembelajaran secara menyeluruh kepada para pelajar. Namun, bagi responden yang tidak bersetuju pula, ini mungkin kerana mereka merasakan tiada masalah yang timbul sekiranya terdapat faktor geografi yang menghalang penggunaan media pengajaran didalam P&P.

Untuk mengetahui implikasi yang dihadapi oleh guru Sains dalam menggunakan media pengajaran.

Pelajar Lebih Memahami Isi Pelajaran Apabila Menggunakan Media Pengajaran


20 15 10 5 0 Sangat Tidak Setuju 1 6 0 Tidak Setuju 4 Kurang Setuju 19

Setuju Sangat Setuju

Pelajar Lebih Memahami Isi Pelajaran Apabila Menggunakan Media Pengajaran

Berdasarkan kepada graf bar diatas, majoriti responden iaitu seramai 19 orang setuju dengan persoalan kajian berkenaan dengan pemahaman pelajar adalah lebih apabila menggunakan media pengajaran. Hal ini diikuti dengan 6 orang responden yang kurang bersetuju,4 orang responden yang menyatakan sangat setuju dan hanya seorang responden memilih sangat tidak bersetuju dengan persoalan kajian diatas.

Penggunaan Media Melambatkan Pencapaian Objektif dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran
15 10 5 0 13 6 1 Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju 7 3 Sangat Setuju Penggunaan Media Melambatkan Pencapaian Objektif dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Graf diatas menunjukkan seramai 13 orang responden kurang bersetuju dengan persoalan kajian berkenaan dengan penggunaan media akan melambatkan pencapaian objektif dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Ini diikuti dengan 7 orang responden yang bersetuju dan 6 orang responden yang tidak bersetuju dengan persoalan diatas. Selain itu, minority responden iaitu, hanya

seorang sahaja yang memilih sangat tidak bersetuju dalam penyataan diatas dan 3 orang responden lagi memilih sangat setuju dengan persoalan yang menyatakan penggunaan media melambatkan pencapaian objektif dalam proses P&P.

Penggunaan Media Pengajaran Membantu Melancarkan Proses Pengajaran dan Pembelajaran


20 15 10 5 0 0 Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju 3 1 7 Penggunaan Media Pengajaran Membantu Melancarkan Proses Pengajaran dan Pembelajaran 19

Graf piramid diatas menunjukkan daripada 30 orang responden, majoriti daripada responden iaitu seramai 19 orang memilih untuk bersetuju dengan persoalan yang menyatakan penggunaan media pengajaran membantu melancarkan proses P&P. Manakala, minoriti daripada responden iaitu hanya seorang responden memilih tidak setuju dengan persoalan diatas. Hal ini diikuti dengan 7 orang responden yang memilih sangat setuju serta 3 orang responden yang kurang bersetuju dengan penyataan diatas.

Untuk mengetahui cara mengoptimumkan penggunaan media pengajaran dalam kalangan guru Sains.

14 12 10 8 6 4 2 0 sts

Guru perlu mempelbagaikan bahan media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran
sts : sangat tidak setuju ts : tidak setuju ks : kurang setuju s : setuju ss : sangat setuju

ts

ks

ss

Graf diatas menunjukkan bahawa, majoriti responden memilih untuk bersetuju dengan persoalan berkenaan dengan guru perlu mempelbagaikan bahan media pengajaran dalam proses P&P. Manakala, hanya --- responden memilih untuk kurang bersetuju dengan penyataan diatas. Hal ini diikuti dengan ---- responden yang sangat setuju, ----- sangat tidak setuju dan ---- responden tidakk bersetuju dengan persoalan kajian diatas.

Penggunaan cd e-learning yang diselaraskan oleh KPM dapat mengoptimumkan keberkesanan penggunaan media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran
20 15 10 5 0 sts ts ks s ss sts : sangat tidak setuju ts : tidak setuju ks : kurang setuju s : setuju ss : sangat setuju

Penggunaan media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan kerjasama dari pelbagai pihak
15 10 5 0 sts ts ks s ss sts : sangat tidak setuju ts : tidak setuju ks : kurang setuju s : setuju ss : sangat setuju

PERBINCANGAN

Media penyiaran bukan sahaja menjadi bahan penyampai maklumat malah sebagai satu sumber hiburan yang diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat. Hampir setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya satu saluran media penyiaran. Ini bukan hanya terhad kepada rumah, tempat bekerja, tempat umum malah kenderaan persendirian dan umum mempunyai alat penyiaran yang semakin hari semakin canggih. Yang menariknya saluran televisyen dan radio bukan hanya dapat ditonton di rumah malah di tempat awam sebagai satu aktiviti menunggu (lapangan terbang, bank, pejabat kerajaan, klinik, hospital, dan sebagainya). Di tambah dengan kemudahan video dan harga peralatan yang makin menurun (VHS, VCD, DVD), format media ini makin popular dewasa ini. Minat pada media ini tidak terhad kepada peringkat umur ataupun tahap pendidikan.

Jadi tidak hairanlah sekiranya media penyiaran merupakan satu bahan yang senang dan kerap diterima pakai dalam pengajaran dan pembelajaran. Penerimaan ini bukan saja terhad kepada tenaga pengajar malah pelajar sendiri. Penggunaan bahan pengajaran yang disenangi pengajar dan pelajar secara tidak langsung dapat menjamin keselesaan penggunaan bagi kedua-dua pihak. Media dengan kombinasi pergerakan, warna dan suara dalam banyak perkara dapat mendramatikkan idea lebih baik dari sesetengah medium yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pengalaman pembelajaran tidak lagi terbatas dalam suasana bilik darjah. Pelajar dapat mempelajari sejarah silam, menjelajahi dunia atau

melawati angkasa lepas tanpa perlu menapak keluar dari bilik darjah. Ini merupakan salah satu kepentingan utama penggunaan media dalam pengajaran.
Penggunaan media pengajaran sangat penting dalam pengajaran sains
20 15 10 5 0 ss s ks ts sts

ss : sangat setuju s : setuju ks : kurang setuju ts : tidak setuju sts : sangat tidak setuju

Berdasarkan kepada salah satu penyataan kaji selidik kami, iaitu kepentingan media dalam pengajaran. Seramai 16 responden memilih sangat setuju tentang pentingnya media dalam pengajaran sains. Manakala 13 responden memilih setuju dan hanya seorang responden memilih tidak setuju. Ramai responden bersetuju mungkin kerana penggunaan media dalam pengajaran sains menjadikan pengajaran lebih tersusun. Sebelum memulakan pengajaran, guru terlebih dahulu menyusun pengajaran secara sistematik supaya objektif pengajaran dapat dicapai dalam masa yang ditetapkan dan kadang kala penggunaan media dapat mempercepatkan pemahaman pelajar sekaligus pengajaran dapat diselesaikan tepat pada masanya. Selain itu, penggunaan media dalam pengajaran juga memberi banyak maklumat baru kepada pelajar. Sebagai contoh, jika guru menggunakan video, filem, TV pendidikan, slaid dan sebagainya dalam pengajaran dapat meluaskan pandangan dan menambahkan pengetahuan pelajar. Tambahan pula, pembelajaran menjadi lebih dekat dengan pelajar. Sesuatu perkara yang perlu dipelajari tetapi berlaku di luar bilik darjah boleh dirakamkan melalui gambar, video atau ditulis ceritanya dalam buku dan kemudian dibawa ke bilik darjah. Pengetahuan yang berada di luar bilik darjah menjadi lebih hampir kepada pelajar apabila mereka dapat melihat sendiri perkara tersebut berbanding hanya membayangkan apa yang diceritakan oleh guru mereka. Akhir sekali, dengan penggunaan media dalam pengajaran juga dapat membuat pembelajaran yang bosan menjadi lebih seronok. Pembelajaran berlaku apabila terdapat perubahan tingkahlaku. Dengan melihat filem, televisyen dan media lain pelajar akan teransang untuk belajar. Hal ini akan menerbitkan rasa seronok kepada pelajar kerana persekitaran bilik darjah adalah steril. Oleh kerana seronok

melihat atau mendengar media pengajaran tersebut, perubahan tingkahlaku pelajar akan lebih mudah terhasil dan seterusnya pembelajaran berlaku. Media dengan ini telah dapat memberikan satu pengalaman yang berbeza yang mungkin agak sukar dinikmati sepanjang hayat. Objektif pembelajaran kognitif, efektif, dan kemahiran motor dapat dicapai dengan menggunakan media sebagai alat mengajar atau belajar.

Selain itu, dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah(KBSM) pelbagai alat dan bahan media pengajaran diguna sebagai suatu cara untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran berkesan. Menurut Jerome Bruner (1966) , seorang pakar psikologi pendidikan mencadangkan supaya pelajaran yang disampaikan kepada pelajar bermula dari pengalaman enaktif (pengalaman secara langsung atau sebenar) ke pengalaman ikonik (melalaui visual seperti gambar,video dan lainlain). Tapi apa yang penting adalah kebijaksaaan guru tersebut untuk menyusun bahan-bahan pengajaran demi untuk mencapai objektif pengajaran. Mengikut Burner (1966) lagi, proses yang dinyatakan di atas sesuai bagi semua peringkat umur bukan sahaja kanak-kanak. Apabila sesuatu pengajaran disampaikan kepada pelajar yang tidak mempunyai pengalaman yang relevan sebagai asas rujukan , proses pengajaran hendaklah dimulakan dari pengalaman secara langsung, ikonik dan simbolik. Media pengajaran dapat memberi suatu pengalaman yang konkrit dan juga membantu memberi pengalaman kepada kanak-kanak. Menurut Kassim Bin Abbas, dalam bukunya yang bertajuk Media Dalam Pendidikan .Beliau

mendapati bahawa kanak-kanak dewasa lebih terdedah kepada alat-alat media seperti komputer, televisyen(TV), filem dan lain-lain teknologi komunikasi. Justeru itu, pengalaman yang didapati melalui alat-alat media seperti ini sangat berguna dan digunakan secara bijaksana dalam pengajaran. Sebagai contoh, pelajar melihat beberapa proses yang terlibat dalam pembinaan bangunan tinggi Mereka mungkin telah melihat pekerja memasak besi untuk membuat asas tapak bangunan , mereka juga telah melihat pekerja membancuh simen dan lain-lain dalam kerja pembinaan bangunan. Pengalaman seperti inilah dapat disatukan dalam video. Video dapat menyatukan kesemua proses yang terlibat dalam pembinaan bangunan dan pelajar boleh menyaksikan langkah demi langkah dalam melakukan sesuatu proses. Namun begitu, penggunaan media juga dapat membawa keburukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran jika disalahgunakan. Sebagai contoh , jika slaid yang dihasilkan

itu dapat membantu guru menjelaskan konsep maka ia seharusnya digunakan hanya sebagai bahan sokongan kepada guru tersebut, bukan hanya bergantung kepada slaid tersebut sematamata. Guru perlulah bijak menggunakan bahan media pengajaran dengan sebaiknya bagi membantu mereka dalam proses keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Pada zaman teknologi yang sedang pesat membangun ini, guru seharusnya tidak lagi memainkan peranan sebagai penyampai maklumat semat-mata. Mengikut Natinonal School Board di Amerika , tiada media atau teknologi pengajaran yang boleh menggantikan guru tetapi ia penting untuk membantu perkembangan dalam profesion perundangan, perakaunan dan perubatan. Sebagai pengurus maklumat, guru akan memainkan peranan yang lebih berkesan dan dapat memberi lebih perhatian kepada pelajar dalam bilik darjah. Sebenarnya, apa yang diperlukan dalam pendidikan adalah kemasukan maklumat yang tidak terhad dan penyediaan perkembangan pengajaran supaya maklumat ini dapat disampaikan oleh guru secara sistematik. Ledakan teknologi canggih di alaf ini telah membawa satu reformasi dalam pendidikan secara mendadak. Kesannya kepada sektor pendidikan sangat besar sehingga melibatkan peruntukan kewangan yang banyak dan mempengaruhi penggubalan dasar kerajaan. Hal ini berkait rapat dengan salah satu penyataan dalam kaji selidik yang telah dijalankan.
Kekurangan peruntukan kewangan menyebabkan media pengajaran tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna
15 10 5 0 ss s ks ts sts

ss : sangat setuju s : setuju ks : kurang setuju ts : tidak setuju sts : sangat tidak setuju

Berdasarkan hasil kajian tersebut, seramai 12 responden sangat setuju dan 15 responden bersetuju bahawa kekurangan peruntukan kewangan menyebabkan media pengajaran tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna manakala 3 responden memilih kurang setuju dengan penyataan tersebut. Hampir sebahagian responden bersetuju dengan penyataan tersebut mungkin kerana sekolah lebih menumpukan ke arah bidang lain. Sebagai contoh untuk keceriaan sekolah. Hal ini kerana pihak atasan iaitu pegawai-pegawai dari kementerian/

jabatan akan menegur sekolah yang tidak mempunyai langsir dan tidak mempunyai sudut keceriaan. Kadang kala ada guru yang sengaja tidak mahu menggunakan media dalam pengajaran. Hal ini kerana guru tidak diberi kebenaran untuk menuntut kembali wang yang mereka gunakan untuk media yang bakal digunakan dalam pengajaran. Ini berlaku kerana pihak sekolah sendiri tidak mempunyai peruntukan untuk perkara tersebut. Namun begitu, baru-baru ini Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) telah membelanjakan lebih RM12 juta khusus bagi membiayai usaha meningkatkan kemudahan teknologi di sekolah. Isu kecanggihan teknologi, menyebabkan kepaerluan maya yang bersifat global. Ini mempengaruhi penggubalan dasar kerajaan dalam mewujudkan identity negara bangsa malaysia yang merdeka. Namun begitu, jika diperhatikan situasi kini, penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan masih terkebelakang dan masih di tahap lemah. Beberapa faktor yang dikaitkan dengan masalah ini, dan salah satu daripada faktornya adalah kekurangan peruntukan kewangan untuk menyediakan bahan media pengajaran dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Pada hakikatnya, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah kewangan yang besar dalam menyediakan infrastruktur teknologi di sekolah . Sebagai bukti, dalam Bajet 2003 yang dibentang oleh Perdana Menteri ketika itu, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Dr Mahathir Mohammad memperuntukkan RM5 billion untuk tempoh 2002-2008 bagi melengkapkan prasarana dan latihan kepada tenaga pengajar untuk memastikan kelancaran perlaksanaan mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah. Setelah 4 tahun berlalu, kemudahan dan kelengkapan komputer di sekolah-sekolah semakin memuaskan. Kenyataan ini menunjukkan kerajaan telah memperuntukkan sejumlah besar kewangan dalam membekalkan pelbagai peralatan ICT ke sekolah-sekolah termasuk CD perisian kursus, serta menghantar guru-guru mengikuti kursus pendedahan penggunaan komputer termasuk penggunaan internet dalam pengajaran.

Sehubungan dengan itu, Menteri Pelajaran

Tan Sri Musa Muhammad (Utusan

Malaysia, 28 Jun 2001) telah mengingatkan para guru bahawa Kerajaan telah berbelanja besar dalam menyediakan infrastruktur teknologi di sekolah dan para guru hendaklah menggunakan teknologi yang disediakan oleh kerajaan untuk menghasilkan lebih ramai pelajar yang cemerlang. Manakala dalam Bajet 2009, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperuntukkan RM2.093 bilion untuk bidang pendidikan, meliputi

RM1.949

bilion

untuk

Pembangunan

Pendidikan dan

RM144

juta

untuk Belanja

Mengurus bagi manfaat semua sekolah di seluruh negara. Hishammuddin berkata Kementerian Pelajaran turut menyambut baik kenyataan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Mansor untuk menempatkan 3,000 siswazah yang mempunyai kelulusan dalam bidang ICT untuk ditempatkan di sekolah-sekolah di seluruh negara yang mempunyai jaringan internet bagi membantu menjayakan inisiatif ICT. Beliau juga berterima kasih atas langkah Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi untuk mempertingkatkan keupayaan sistem Internet di 3,000 buah sekolah di seluruh negara yang mempunyai jaringan Internet (Schoolnet). Secara keseluruhannya, jika ditelitikan satu demi satu kenyataan yang dipetik daripada akhbar-akbar mahupun daripada bajet tahunan di atas , kerajaan memang amat menitikberatkan mengenai kepentingan arus teknologi yang semakin pesat dewasa ini . Justeru itu, kerajaan sedaya upaya ingin menerapkan budaya celik IT di kalangan pelajar dan guru-guru di sekolah. Walaupun terpaksa memperuntukkan sejumlah besar kewangan, kerajaan berharap agar peruntukan yang dikeluarkan mendatangkan banyak manfaat kepada sekolah. komuniti dan negara.Tetapi terjadinya masalah kekurangan kewangan untuk menyediakan bahan media pengajaran mungkin disebabkan oleh pihak sekolah tidak menggunakan sepenuhnya peruntukan kewangan yang diberikan oleh kerajaan untuk meningkatakan prasarana teknologi di sekolah.

Dewasa ini, dengan adanya Multimedia Supercoridor (MSC) telah merancakkan pertumbuhan dan perkembangan industri ICT di Malaysia. MSC merupakan agenda negara Malaysia yang digunakan untuk mencapai Wawasan 2020 dan juga bersaing dalam ekonomi global. MSC jika dilihat dari perkembangan semasa adalah sangat positif di mana pertumbuhan syarikat yang bertaraf MSC adalah sentiasa meningkat mengikut kajian yang dibuat dalam tahun 2003. Peruntukan bajet untuk Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) di luar bandar juga tidak ketinggalan supaya masyarakat luar bandar juga dapat menikmati teknologi terkini sampai pada mereka, dan tidak jauh ketinggalan daripada masyarakat bandar yang terlebih dahulu menerimanya. Melalui penyataan dalam kajian yang telah dilakukan iaitu kedudukan geografi mempengaruhi kualiti kemudahan media pengajaran.

Kedudukan geografi sesebuah sekolah mempengaruhi kualiti kemudahan media pengajaran


12 10 8 6 4 2 0 ss s ks ts sts

ss : sangat setuju s : setuju ks : kurang setuju ts : tidak setuju sts : sangat tidak setuju

Berdasarkan kepada hasil kajian yang dilakukan, seramai 11 responden memilih sangat setuju, 8 responden memilih setuju, 9 responden memilih kurang setuju dan 2 responden memilih tidak setuju. Hampir sebahagian dari responden bersetuju bahawa kedudukan geografi sesebuah sekolah mempengaruhi kualiti kemudahan media pengajaran. Hal ini mungkin kerana ramai berpendapat agak sukar untuk mendapatkan akses internet bagi kawasan luar Bandar terutamanya di kawasan yang agak pedalaman. Hal ini menyukarkan para guru mencari bahan media untuk digunaka dalam pengajaran. Oleh itu, guru hanya menggunakan ABM yang tersedia sahaja. Selain itu, ada guru memberi alasan bahawa kekangan masa menjadi penghalang utama bagi mereka menggunakan media dalam pengajaran. Hal ini kerana jarak tempat tinggal mereka dengan sekolah sudah cukup jauh serta mengambil masa yang agak lama untuk sampai ke sekolah setiap hari. Oleh sebab itu, mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan ABM dalam bentuk media. Tambahan pula, tahap kemahiran dalam kalangan guru sendiri masih berada di tahap sederhana. Hal ini kerana, rata- rata guru yang mengajar di kawasan pedalaman merupakan penduduk asal kawasan tersebut juga. Oleh sebab tidak diberikan pendedahan yang secukupnya, mereka tidak dapat menggunakan media dalam pengajaran. Namun begitu, bagi responden yang tidak setuju dengan penyataan ini mungkin sudah menyedari usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan dalam membudayakan ICT dalam masyarakat. Hal ini kerana baru-baru ini Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menganjurkan program Jerayawara Sekolah Bestari MSC Malaysia iaitu suatu program yang mendekatkan teknologi kepada masyarakat luar Bandar terutama kepada pelajar sekolah. Dalam Rancangan Malaysia ke -8(RMK8) , usaha-usaha yang lebih proaktif dan bersepadu telah dibuat untuk menjadikan Malaysia sebagai sesebuah negara yang mempunyai ekonomi berasaskan pengetahuan yang berdaya saing dengan menggunakan ICT bagi mendorong pembangunan. Untuk itu,

infrastruktur ICT diperluaskan terutamanya di kawasan luar bandar bagi merapatkan jurang digital dan membolehkan semua penduduk mendapat peluang yang sama untuk memperolehi maklumat dan pengetahuan.

Berdasarkan tesis Amri Ab. Rahman, Samsudin Wahab, Dr Farok Zakaria, yang bertajuk Kajian Awal Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi di kawasan luar Bandar (2005). Beliau telah melakukan kajian mengenai kesedaran serta kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi di luar bandar. Penyelidik telah memilih Ketengah, Terengganu sebagai lokasi kajian dan responden mereka terdiri daripada penduduk Ketengah sendiri yang rata-ratanya merupakan peneroka yang tidak mempunyai pendidikan yang tinggi. Selepas melakukan kajian, didapati bahawa hanya minimum 3.1% responden yang mengetahui tentang kewujudan MSC di Malaysia dan hanya minimum 3.6% mengetahui kewujudan kemudahan internet yang disediakan oleh kerajaan. Dalam kajian ini juga penyelidik cuba mendapatkan maklum balas dari respoden mengenai kemudahan teknologi di daerah Ketengah itu. Rata-rata responden menyatakan bahawa kemudahan komputer tidak cukup manakala hanya 43% menyatakan kemudahan teknologi di daerah itu mencukupi. Ini menunjukkan kemudahan teknologi masih berada di tahap rendah .Daripada kajian ini, dapat dirumuskan bahawa penduduk-penduduk di kawasan kajian mempunyai tahap kesedaran yang rendah tentang kemudahan teknologi yang disediakan oleh kerajaan.

Sementara itu, menurut Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Amar Leo Moggie berkata, pembangunan kemudahan teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT) di pedalaman agak ketinggalan berbanding di bandar.``Kerajaan menyedari masalah ini dan sedang merangka rancangan bagi membolehkan lebih ramai rakyat negara ini turut mendapat akses maklumat yang saksama,'' katanya.Beliau berkata demikian ketika melancarkan syarikat penyedia kemudahan jalur lebar dan aplikasi e-niaga Cordoda Corporation Sdn. Bhd. di Taman Teknologi Malaysia dekat Kuala Lumpur, baru-baru ini.Katanya, melalui program yang dikenali sebagai Pembekalan Perkhidmatan Universal (USP, satu dana akan dibentuk dengan kerja sama kerajaan dan swasta.Melalui projek tersebut, dana dari kerajaan akan digunakan untuk membangunkan prasarana komunikasi di

kawasan pedalaman terutama terhadap sekolah yang masih tidak mempunyai kemudahan asas telekomunikasi.

Daripada kenyataan di atas jelas menunjukkan bahawa kedudukan geografi sesebuah sekolah sangat mempengaruhi kualiti kemudahan media pengajaran. Kedudukan sekolah yang jauh di pedalaman dan perjalanan yang mengambil masa yang lama di samping

memerlukan beberapa jenis pengangkutan untuk sampai ke sesebuah sekolah menyebabkan peralatan media dan teknologi terkini yang sudah terdapat di bandar tidak dapat sampai ke kawasan pedalaman. Jadi guru berdepan dengan cabaran yang besar dalam usaha memperkenalkan teknologi terkini dan peralatan media yang memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung kepada pelajar.

Dalam KBSR (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah) dan KBSM (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah), pelbagai alat dan bahan media pengajaran digunakan sebagai satu cara untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan. Alat dan bahan ini diperolehi dari pusat sumber sekolah dan diintegrasikan dengan strategi-strategi pengajaran seperti pengajaran dalam kelas, kumpulan, individu, dan sebagainya. Soalannya adakah guru mengetahui yang semasa memilih bahan-bahan media ini mempunyai prinsipprinsip tertentu sebagai asas rujukan? Prinsip-prinsip ini perlu difahami kerana di dalam media terkandung jenis-jenis pengalaman yang perlu disusun atur untuk mengukuhkan proses pengajaran-pembelajaran. Tanpa berpegang kepada sesuatu teori yang rasional, maka penggunaan alat dan media akan menjadi lebih mekanikal dengan tidak meninggalkan sesuatu yang bermakna kepada pelajar. Guru boleh membina konsep dan teori asas cara memilih media dan kaedah pengajaran jika mengetahui hubungan antara media, pembelajaran dan pengajaran. Media pengajaran bukan sahaja dapat memberikan suatu pengalaman yang konkrit malahan dapat membantu murid menyatukan pengalaman yang ada pada mereka. Kanak-kanak dewasa ini adalah lebih terdedah kepada alat-alat media seperti computer, televisyen, filem dan lain-lain teknologi komunikasi. Pengalaman yang didapati melaui alat-alat media seperti itu sangatlah berguna dan seharusnya digunakan secara bijaksana oleh guru dalam sesuatu pengajaran.

Bagi menggunakan media pengajaran didalam kelas, kita hendaklah mengetahui bagaimana cara pelajar memproses maklumat yang diterima semasa pembelajaran. Salah satu langkah yang berkesan untuk memahami cara pelajar menerima,memproses, dan menyimpan konsep yang dibina adalah dengan memahami teori pembelajaran. Jerome Bruner (1966), seorang pakar psikologi pendidikan mencadangkan supaya pelajaran yang disampaikan kepada pelajar seharusnya bermula dari pengalaman enaktif ( pengalaman secara langsung atau sebenar ) ke pengalaman ikonik ( iaitu melalui visual seperti gambar, video, dll ) dan ke cara simbolik atau digital ( seperti perkataan ). Beliau seterusnya menyarankan bahawa kebijaksanaan guru untuk menyusun bahan-bahan pengajaran akan menentukan kejayaan atau penguasaan pelajar terhadap sesuatu pelajaran. Mengikut Bruner, proses ini sesuai bagi kesemua peringkat pelajar bukan sahaja bagi kanak-kanak. Apabila pelajar yang tidak mempunyai pengalaman yang relevan sebagai asas rujukan tentang sesuatu perkara yang disampaikan oleh guru, proses pembelajaran seharusnya dimulakan dari pengalaman secara langsung, pengalaman ikonik dan seterusnya simbolik. Dalam merancang pengajaran, langkah awal dan terpenting bagi guru sebelum sesuatu topic pengajaran itu disampaikan kepada para pelajar adalah mengukur tahap atau peringkat pengalaman sedia ada pelajar. Penyataan diatas bersesuaian dengan hasil dapatan kajian kami dimana, seramai 19 orang bersetuju bahawa implikasi daripada penggunaan edia pengajaran membantu pelajar lebih memahami isi pelajaran apabila menggunakan media pengajaran. Hanya seorang sahaja yang sangat tidak bersetuju dengan penyataan diatas.

Pelajar Lebih Memahami Isi Pelajaran Apabila Menggunakan Media Pengajaran


20 15 10 5 0 Sangat Tidak Setuju 1 6 0 Tidak Setuju 4 Kurang Setuju 19

Setuju Sangat Setuju

Pelajar Lebih Memahami Isi Pelajaran Apabila Menggunakan Media Pengajaran

Menurut Piaget (1929), dalam teori perkembangan kognitifnya, beliau mengemukakan 2 idea perintis iaitu akomodasi dan asimilasi. Vygotsky (1962) pula mengembangkan idea scaffolding untuk membantu pelajar mencapai tahap yang lebih tinggi pada zone of proximal development daripada yang dijangkakan. Oleh itu, melalui media pengajaran seperti bahan maujud yang ditunjukkan dihadapan kelas, pelajar dapat mengasimilasikan pengajaran teori yang terdapat didalam buku, kepada keadaan sebenar. Mungkin pada peringkat teori berkenaan dengan sesuatu subjek sains, para pelajar mempunyai pelbagai interpretasi atau pelbagai pemahaman yang berbeza berkenaan apa yang diajar, Sebagai contoh, apabila guru mengajar topik sains berkaitan dengan konsep inertia, pelajar mungkin membentuk skema yang berbeza-beza mengikut tahap pemahaman masing-masing. Namun, apabila para pelajar ini diperkukuhkan lagi berkenaan konsep inertia tersebut dengan bahan maujud, mungkin dengan pembinaan model lori yang berlanggar antara satu sama lain, para pelajar akan menambah maklumat baru atau memperkayakan struktur kognitif mereka yang sedia ada. Ini dinamakan proses asimilasi. Sekiranya pengetahuan mereka berkenaan konsep inertia tersebut dapat diperbetulkan menurut konsep yang sebenar selepas melihat model tersebut, proses akomodasi telah berjaya dilakukan keatas pelajar tersebut. Ini menunjukkan melalui media pengajaran yang pelbagai, ia dapat membantu pelajar memahami isi pelajaran dengan lebih berkesan. Melalui implementasi teori pembelajaran ini keatas penggunaan media pengajaran, ia dapat membantu seseorang pelajar menjangkau ke tahap pemahaman sesuatu konsep yang lebih tinggi (Daniel, 1999 a.) .

Penggunaan Media Melambatkan Pencapaian Objektif dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran
14 12 10 8 6 4 2 0 13

7 3

1 Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju

Penggunaan Media Melambatkan Pencapaian Objektif dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Hasil dapatan kajian kami yang lain pula mendapati seramai 13 orang kurang bersetuju bahawa penggunaan media melambatkan pencapaian objektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran manakala seramai 7 orang pula bersetuju. Menurut Arfah Ab. Aziz et al (1993), tujuan penggunaan media pengajaran dikalangan guruguru ialah untuk mencapai objektif pelajaran, membantu pelajar memahami konsep dan menguasai kemahiran Guru menentukan kandungan dan kaedah pengajaran setelah objektif-objektif pengajaran ditetapkan. Objektif pengajaran dianalisis berasaskan kandungan dan huraian kurikulum (KBSM dan KBSR). Kemudian guru membuat, membaiki atau mengubah suai media pengajaran yang akan digunakan dalam pengajaran. Di sini peranan guru masih menjadi penentu atau pemutus kepada keputusan untuk menggunakan media. Dalam rajah 2, guru menentukan objektif-objektif pengajaran, memilih kandungan dan kaedah serta menilai hasil pembelajaran. Persembahan pengajaran dan lain-lain aktiviti pengajaran seperti latihan, ujian, dan sebagainya dikendailkan oleh media sendiri. Pita video, pengajaran berbantu computer, system audio tutorial, modul pengajaran adalah antara jenis teknologi pengajaran yang boleh mengambil alih tempat guru. Wilkinson (1980) menyatakan terdapat bukti yang menyokong bahawa media pengajaran mempunyai impak yang signifikan ke atas pencapaian pelajar sekiranya ia dipilih dengan mengambil kira atribut media, ciri-ciri pelajar dan diintegrasikan kedalam program pengajaran.

Moldstad (1974) berpendapat media jika digunakan bersama pengajaran ala tradisional (guru, kapur dan tutur) akan meningkatkan proses pembelajaran. Heinich, Molenda dan Russell (1989,1991) pula mengemukakan model ASSURE untuk merancang pengajaran secara sistematik. Bagi mereka proses pengajaran menjadi lebih berkesan jika penggunaan media dirancang secara sistematik. Teknologi moden telah memudahkan perolehan pengetahuan, terutamanya melalui internet (Harris, 1996). Menurut Bohm 1994), perolehan melalui cara ini adalah tidak terbatas. Teknologi interaktif dalam pendidikan memberi peluang untuk seseorang pengguna menerokai dan mencuba mencari maklumat sendiri (Holmes, 1995).

Penggunaan Media Pengajaran Membantu Melancarkan Proses Pengajaran dan Pembelajaran


20 15 10 5 0 0 Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju 3 1 7 Penggunaan Media Pengajaran Membantu Melancarkan Proses Pengajaran dan Pembelajaran 19

Penggunaan media pengajaran seperti diatas secara tidak langsung dapat membantu proses P&P berjalan dengan lancar kerana, guru bukan sahaja dapat membantu dan fokus kepada pelajar yang lemah, malahan konsep scaffolding dapat dilakukan keatas pelajar yang telah mahir, dimana pada peringkat awal, guru membantu mereka dalam mengendalikan penggunaan media tersebut, namun apabila mereka telah mahir mereka dibenarkan mengendalikan media tersebut secara bersendirian dan ini dapat membantu mereka belajar secara kendiri. Guru juga tidak menghadapi masalah dalam membahagikan masa dan kaedah yang berlainan dalam sesi P&P. . Sebaliknya sesuatu proses pengajaran mungkin tidak memerlukan seorang guru berada di dalam bilik darjah semasa murid belajar. Pengajaran ala ini dikatakan berasaskan media atau

pengajaran kendiri. Media pengajaran yang digunakan dalam system ini dihasilkan oleh pihak lain atau mungkin guru kelas sendiri tetapi digunakan oelh pelajar tanpa bantuan guru

Berdasarkan objektif ketiga iaitu, untuk mengetahui cara mengoptimumkan penggunaan media pengajaran dalam kalangan guru-guru sains. Koh Boh Boon (1992) menyatakan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah melibatkan dua pihak iaitu guru dan murid. Justeru, pengajaran yang ideal haruslah membawa kesan penuh ke atas pembelajaran yang berlaku. Guru seharusnya berupaya menyampaikan dan memastikan pelajarnya memahami setiap yang diajarnya seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar.

Seiring perkembangan semasa, proses pengajaran memerlukan satu usaha yang dapat menjana perkembangan proses pembelajaran pelajar. Kedinamikan proses pengajaran melalui daya kreativiti mahupun penggunaan teknologi masa kini seperti penggunaan bahan media pengajaran adalah asas ke arah melahirkan amalan proses pengajaran berkesan. Namun begitu, sekiranya bahan yang dihasilkan tidak dapat menarik para pelajar untuk mengikuti isi pelajaran maka segala usaha guru dianggap tidak berbaloi bahkan menyebabkan pembaziran masa.

14 12 10 8 6 4 2 0 sts

Guru perlu mempelbagaikan bahan media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran
sts : sangat tidak setuju ts : tidak setuju ks : kurang setuju s : setuju ss : sangat setuju

ts

ks

ss

Graf di atas menunjukkan maklum balas responden berkenaan kewajaran guru mempelbagaikan bahan media pengajaran dalam prosespengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan responden bersetuju bahawa guru perlu mempelbagaikan bahan media pengajaran.

Penggunaan bahan-bahan media pengajaran yang bersesuaian dengan kandungan pelajaran dapat menyumbang kepada keberkesanan proses pengajaran. Menurut Atan Long (1982), sesuatu alat penyampaian terutama alat yang baru bagi pengalaman pelajar akan dapat menimbulkan minat dan seterusnya menggerakkan pelajar-pelajar untuk belajar. Sehubungan itu, penyediaan bahan pengajaran yang bertepatan dengan isi pelajaran akan membawa dimensi baru dalam pembelajaran para pelajar bagi meningkatkan lagi kefahaman mereka.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Yusri Mat Johor (2004) mendapati 92.5% daripada 40 orang guru sejarah di 12 buah sekolah menengah dalam daerah Bentong, Pahang bersetuju bahawa penggunaan komputer dapat meningkatkan minat pelajar terhadap matapelajaran Sejarah. Hal ini menunjukkan penggunaan komputer bukan sahaja berdasarkan kelebihan internet, malahan dalam proses pengajaran yang menggunakan aplikasi teknologi komputer dapat menggabungkan elemenelemen teks, grafik/visual, audio, video dan animasi untuk membolehkan proses pengajaran menjadi lebih kreatif dan hidup.

Kebolehan pelajar unruk memahami sesuatu adalah melibatkan berbagai pancaindera seperti yang disarankan oleh Wayne F. Virag (1976): seseorang individu dalam suasana pembelajaran adalah tertakluk kepada pelbagai bahan pengajaran, teknik-teknik dan peringkat-peringkat

penyampaian pengajaran suasana pembelajaran ini pula adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti kaedah penyampaian dan bahan pengajaran yang digunakan dalam suasana fizikal yang direka untuk pembelajaran.

Oleh yang demikian, guru harus pandai memilih butir-butir penting yang perlu diberi perhatian supaya jelas, terang, kemas dan teratur. Bahan media pengajaran haruslah dapat disesuaikan dengan keperluan murid dan masa yang diperuntukkan. Bahan media pengajaran juga seharusnya bersabit dengan tujuan pelajaran dan bahan yang hendak disampaikan. Sekiranya tidak, usaha menyediakannya adalah sia-sia sahaja.

Kepelbagaian bahan media pengajaran memberi banyak kepentingan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale (1964) kepentingannya bolehlah dirumuskan seperti menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep, sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar, dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal, memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri dalam kalangan pelajar serta boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam.

Kamarudin Hj. Husin (1988) pula merumuskan kepentingannya adalah seperti memberi rangsangan dan minat murid-muird, membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal, menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh cara-cara lain, menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan beragam serta dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan perbendaharaan kata.

Robiah Sidin dan Hassan Langgulung (1980) mengemukakan bahawa kreativiti bagi seorang guru merupakan elemen yang dapat dipergunakan untuk menghasilkan satu bentuk pengajaran dinamik. Para guru yang memiliki daya kreatif seringkali mendatangkan banyak idea baru selain dapat mengatasi masalah dengan menggunakan bahan-bahan serta situasi-situasi tertentu dengan cara luar biasa. Jelaslah bahawa sekiranya daya kreativiti ini dapat dijelmakan dalam proses pengajaran oleh seorang guru maka proses pembelajaran pelajar-pelajarnya akan mendapat limpahan maklumat pengetahuan maksimum.

Bukan itu sahaja, kreativiti guru dalam menyediakan bahan media pengajaran akan menjadikan suasana pembelajaran lebih kondusif selain membuka ruang untuk pelajar memahami sepenuhnya isi pelajaran yang disampaikan dan sentiasa mengingati setiap perkara yang telah mereka pelajari. Malah, kreativiti guru juga secara langsung menanam nilai murni kepada pelajar supaya melahirkan sesuatu yang berinovasi dalam pemikiran mereka. Kemantapan proses pengajaran dengan menggunakan bahan media pengajaran menerusi adunan kaedah, teknik dan pendekatan kreatif oleh seorang guru menjanjikan suatu proses pembelajaran yang menarik minatpelajar dalam mengikuti isi pelajaran yang disampaikan oleh guru tersebut.

Selain itu pengajaran dan pembelajaran perlu mendapat perhatian wajar dari tenaga pengajar. Terdapat banyak faktor yang mampu menyumbang kearah meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. Kaedah yang sistematik yang digunakan boleh membuat pengajaran menjadi lebih berkesan. Keadaan sebaliknya mungkin terjadi sekiranya tanpa kaedah yang sistematik digunakan dalam pengajaran.

Menurut Gagne et. Al (1992), terdapat sembilan adegan pengajaran yang menyokong proses dalaman untuk mencapai hasil pembelajaran. Iaitu mendapatkan perhatian pelajar, menyampaikan objektif pembelajaran, meningkatkan kembali pelajaran yang lepas, menyampaikan pelajaran, memberi panduan atau bantuan pelajaran, menyoal kefahaman dan kebolehan pelajar, mendapatkan gerak balas yang betul daripada pelajar, menilai prestasi, dan mengukuhkan ingatan dan pengalaman pembelajaran.

Walaubagaimanapun terdapat tiga perkara yang utama untuk menentukan konsep pembelajaran tersebut berlaku secara maksima. Perkara tersebut ialah kesungguhan, tindakan dan refleksi. Tiga perkara ini saling bertindak di antara satu sama lain. Perubahan yang diharapkan dalam sesuatu pembelajaran adalah peningkatan pengetahuan menerusi pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran memerlukan kesungguhan, tindakan dan memikir semula atau refleksi. Oleh itu, mod penyampaian memainkan peranan menentukan pembelajaran berlaku. Gabungan pelbagai mod seperti kuliah, tutorial, CD, internet dan bahan bercetak dijangka membantu meningkatkan aktiviti pembelajaran. Salah satu teori yang menyokong keperluan penggunaan mod penyampaian adalah Teori Multiple Intelligences oleh Garder.

Manakala penulis di kalangan pelajar UPSI menyatakan terdapat perkaitan yang signifikan di antara penggunaan pelbagai media pengajaran dengan nilai pembelajaran pelajar. Perkaitan ini penting kerana terdapat perbezaan dalam gaya pembelajaran, minat, tumpuan dan keupayaan pelajar dalam menganalisis maklumat.

Sebagai contoh media pengajaran ialah penggunaan e-pembelajaran. Penggunaan e-pembelajaran memberi impak pembelajaran atau peluang yang luas kepada pelajar untuk memberi makna kepada pembelajaran menerusi penglibatan aktif pelajar, interaktif, kolaboratif dan menggalakkan

pembelajaran seumur hidup. Di samping itu, pengalaman pembelajaran pelajar dijangka mampu meningkat. Pengalaman pembelajaran yang diperoleh menerusi penggunaan e-pembelajaran tidak terbatas oleh dinding bilik darjah semata-mata. Penggunaannya juga mampu menambah nilai pembelajaran sekirannya diurus dalam persekitaran pembelajaran yang sesuai. Nilai-nilai tersebut sebagaimana diberikan oleh Oblinger, Barone, Hawkins, 2001 iaitu Exploration, Experience, Engagement, Empowerment, Effectiveness, Expanded dan Ease of use. Tambahan pula, pelajar mampu meneroka maklumat baru menerusi perpustakaan digital atau laman web. Pelajar juga berpeluang mendapatkan pengalaman berbincang dengan pakar dari universiti menerusi e-mel. Pelajar mampu bekerjasama dan berkongsi maklumat pelajaran menerusi kemudahan upload dan download. Pelajar juga berpeluang mengembangkan keberkesanan komunikasi kerana dapat berinteraksi sesama pelajar dan guru di luar waktu sekolah menerusi teknologi komunikasi pada masa yang dipilih sendiri.

Kenyataan ini bertepatan dengan graf hasil kaji selidik kami. Graf di bawah ini menyatakan cd elearning yang diselaraskan oleh KPM dapat mengoptimumkan keberkesanan penggunaan media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Peratusan tertinggi adalah setuju mengenai pernyataan ini.

Penggunaan cd e-learning yang diselaraskan oleh KPM dapat mengoptimumkan keberkesanan penggunaan media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran
20 15 10 5 0 sts ts ks s ss

sts : sangat tidak setuju ts : tidak setuju ks : kurang setuju s : setuju ss : sangat setuju

Selain itu, hasil kajian yang telah dijalankan oleh para penyelidik menunjukkan kesan positif terhadap aplikasi media dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, mengikut Wilkinson (1980) kajian-kajian yang dibuat oleh Almstead dan Craf (1960), Lembaga Sekolah

Anaheim (1963) dan Wade (1967) menunjukkan bahawa pengajaran menggunakan televisyen telah meningkatkan pencapaian pelajar. Johnson (1988) mendapati pelajar pada keseluruhannya mempunyai sikap yang positif terhadap pengajaran video interaktif walaupun mereka lebih suka kepada kaedah pengajaran tradisional.

Seterusnya kajian yang dilakukan oleh penyelidik di Universiti Vandervilt (1990) juga menunjukkan perkembangan yang positif terhadap penggunaan media interaktif dalam pengajaran. Akhir sekali kajian Nuruddin Jamin (1978) tentang The development of educational media service in Malaysia 1957 ~ 1972 menunjukkan bahawa media bukan lagi dianggap sebagai alat dan bahan bantu mengajar tetapi harus menjadi komponen terpenting dalam kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran.

Bagi mengoptimumkan penggunaan bahan media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kerjasama daripada semua pihak terutamanya kementerian, pihak kerajaan mahupun swasta, pentadbir sekolah, guru-guru, ibu bapa dan juga pelajar amatlah diperlukan bagi memastikan penggunaannya berkesan. Oleh itu, pembahagian tanggugjawab diperlukan bagi mempertingkatkan aplikasi media dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Saiful Kadri (2005), bagi menjayakan sistem pengajaran bermodul ini, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) haruslah merancang usaha untuk melatih guru-guru dan bakal-bakal guru cara-cara untuk membina modul yang sistematik yang memenuhi ciri-ciri pedagogi yang sesuai. Namun penyataan beliau bukan hanya boleh diaplikasikan untuk modul tetapi juga bahan-bahan media pengajaran yang lain.

Guru harus diberi kursus aplikasi media dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya mereka sedar tentang keberkesanan aplikasi media dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru harus diberi latihan untuk mengendalikan dan menyelenggara peralatan televisyen dan VCR, menggunakan siaran dan rakaman audio dan video dalam pengajaran mengikut pendekatan sistem serta menerbitkan atau mengubahsuai bahan video dan audio menggunakan prinsip reka bentuk pengajaran.

Selain itu, pihak kerajaan juga haruslah memberi peruntukan khas untuk membaiki, menyelenggara dan membeli bahan gantian atau perisian. Penggunaan siaran televisyen dan radio pendidikan perlulah disusun semula untuk memberi ruang kepada penggunaan bahan rakaman. Bilik darjah harus diubahsuai untuk dijadikan bilik tontonan televisyen atau video. Ini bermakna lebih banyak peralatan televisyen dan VCR dibekalkan ke sekolah mengikut bilangan pelajar.

Pihak institusi pendidikan swasta atau kerajaan juga digalakkan menerbitkan bahan program video atau audio tempatan. Lebih banyak rakaman video, pita audio dan perkakasan komputer harus disediakan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan lebih menarik. Pihak pentadbir sekolah pula harus memberi motivasi dan galakkan kepada para guru-guru tentang kepentingan aplikasi media dalam pengajaran dan pembelajaran. Mereka juga harus menunjukkan teladan yang baik dengan mengaplikasikan media semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Kassim Abbas (2009) menyatakan sebagai seorang guru, salah satu daripada peranan anda ialah bertindak sebagai Penyampai Maklumat (Transmitter of Information). Guru juga berperanan sebagai pemimpin perbincangan (discussion leader). Guru seharunya terlibat dalam proses pertukaran idea, maklumat dan pendapat. Penggunaan rakaman pita, filem, program televisyen, buku, pameran dan media lain yang berkaitan juga mampu membuatkan perbincangan lebih bermakna dan mendalam. Sekiranya guru dapat mempelbagaikan bahan media pengajaran mereka, sudah tentu proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku akan menjadi lebih menarik dan efektif. Oleh itu, guru dan pelajar itu sendiri haruslah peka terhadap pilihan sumber media yang pelbagai. Guru juga perlu mempunyai pengetahuan untuk menangani kepelbagaian pelajar khususnya daripada segi gaya belajar, tahap kebolehan serta kemampuan belajar. (Rosnaini Mahmud 2006)

Walaupun kajian menunjukkan hasil dapatan yang positif, namun begitu aplikasi media dalam proses pengajaran dan pembelajaran tidak dijalankan 100% di sekolah. Menurut Yusup (1998) lagi, pada keseluruhannya, penggunaan peralatan media masih rendah di kalangan guru sekolah menengah. Dapatan kajian menunjukkan sejumlah 172 pelajar (49.1%) melaporkan bahawa guru mereka hanya menggunakan peralatan OHP satu kali atau tidak menggunakan langsung sepanjang tahun

persekolahan. Kurang daripada 50% pengajaran.

guru sekolah menengah menggunakan media dalam

Penggunaan media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan kerjasama dari pelbagai pihak
15 10 5 0 sts ts ks s ss sts : sangat tidak setuju ts : tidak setuju ks : kurang setuju s : setuju ss : sangat setuju

CADANGAN KAJIAN

CADANGAN MENINGKATKAN PENGGUNAAN MEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS

Guru adalah orang yang paling penting dan layak dalam memperkenalkan teknologi kepada pelajar di peringkat awal lagi .Ini selaras dengan harapan kerajaan iaitu,Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melihat ICT sebagai suatu alat untuk merevolusikan pembelajaran, memperkayakan kurikulum, memperkembangkan pedagogi, menstrukturkan organisasi sekolah dengan lebih berkesan, melahirkan hubungan yang lebih kuat di antara sekolahsekolah dan masyarakat, dan meningkatkan penguasaan pelajar. Konsep ICT dalam pendidikan dari kaca mata KPM merangkumi 3 polisi utama: i. ICT untuk semua pelajar, bermaksud bahawa ICT digunakan sebagai sesuatu yang boleh mengurangkan jurang digital antara sekolah. ii. Fungsi dan peranan ICT di dalam pendidikan adalah sebagai suatu alat pengajaran dan pembelajaran, sebagai sebahagian daripada subjek tersebut, dan sebagai sesuatu subjek tersendiri. iii. Menggunakan keberkesanan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan

sesuatu sistem pengurusan http://www.scribd.com/doc/4762752/PERANAN-ICT-DALAM-PENDIDIKAN Oleh itu sangat wajar guru meningkatkan penggunaan media di sekolah dengan mengabaikan segala kesulitan yang dialami bagi membolehkan pelajar memahami teknologi dan pada masa yang sama dapat mempelajari ilmu sains dengan lebih mudah dengan adanya laman sesawang yang dapat menunjukkan proses setiap teori sains yang berlaku.Terdapat beberapa cadangan utuk meningkatkan penggunaan media di sekolah iaitu: Memberi latihan intensif menggunakan teknologi kepada guru Langkah ini sangat penting bagi mengelakkan guru daripada ketinggalan dalam penggunaan alatan media.Dalam latihan ini guru diajar cara mencari maklumat,memaparkan maklumat kepada pelajardan sebagainya. a.Bahan pengajaran dalam bentuk laman web bagi memudahkan pelajar memahami pengajaran pengajar ketika atau selepas kelas Langkah ini akan membolehkan pelajar mengulangkaji pelajaran secara persendirian dan dapat mengelakkan pelajar ketinggalan berbanding dengan pelajar lain. Pelajaran akan menjadi sistematik dan pelajar juga boleh bersedia lebih awal dengan nota yang di perolehi di laman sesawang.

b. Menyediakan ruang untuk pelajar berinteraksi dengan guru menerusi e-mel. Guru tidak sepatutnya menghadkan penggunaan media dengan hanya menggunakan power point ,video semasa pengajaran, tetapi guru juga boleh memanfaatkan e-mail untuk berinteraksi dengan pelajar disamping mendapatkan maklum balas tentang kefahaman pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

c.mempelbagaikan sumber pencarian maklumat seperti video,dokumentari ,gambar dan sebagainya Penggunaan media yang pelbagai dalam proses pengajaran dan pembelajaran menambahkan minat pelajar untuk menguasai sesuatu ilmu dengan lebih mendalam bukan bergantung kepada isi pengajaran didalam kelas semata-mata.Ini ditambahkan lagi dengan adanya kemudahan internet yang meluas di kampong atau Bandar memudahkan lagi penerokaan ilmu bagi pelajar-pelajar,Paparan video ,dokumentari, ataupun gambar mampu membuatkan

pelajar merasai sesuatu perkara seperti kejadian tsunami dan gempa bumi.Dalam hal ini,guru bertindak sebagai model dalam mengembangkan penerokaan ilmu bagi para pelajar.

d.mendapatkan nikmat nasihat pakar dan bantuan teknikal (Zulkifli, 1998 ) Biasanya guru mengambil jalan mudah dengan mengabaikan alatan media setelah menghadapi masalah.Dalam hal ini,guru sepatutnya mendapatkan nasihat pakar dalam mengendalikan peralatan tersebut.Bantuan teknikal daripada pihak sekolah dalam menyelengara alatan media sangat penting untuk memastikkan peraltan tersebut berkeadaan baik.

e.Berkongsi dan bertukar pendapat berhubung dengan proses pengajaran dan pembelajaran ;teknik pengajaran terbaik, idea kreatif dan inovatif, latihan dan penilaian, bahan bantu mengajar dan sebagainya. (Zulkifli, 1998) Bagi meningkatkan penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran sains,guru juga disarankan sentiasa berkongsi dan bertukar teknik atau cara pengajaran bagi menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai.Penggunaan media yang pelbagai mampu menarik perhatian pelajar tentang sesuatu topik pengajaran yang baru dan pada masa yang sama mampu menggalakkan pelajar berfikir.

KESIMPULAN Wong (2002) metakrifkan pengetahuan teknologi maklumat berdasarkan dua dimensi iaitu kategori isi kandungan dan tiga aras Taksonomi Bloom. Menurut Wong, dimensi kategori isi kandungan mencakupi pengetahuan asas tentang pekakasan dan perisian sistem serta internet dan WWW. Dimensi tiga aras Taksonomi Bloom pula meliputi pengetahuan fakta, pemahaman dan aplikasi. Dalam kajian ini, definisi pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi yang diguna pakai adalah sama seperti definisi yang dikemukakan oleh Wong iaitu pengetahuan teknologi maklumat dan telekomunikasi merujuk kepada kefahaman dan maklumat yang dimiliki oleh guru-guru berkaitan perkakasan dan perisian system serta internet dan WWW berdasarkan tiga aras Taksonomi Bloom (pengetahuan fakta, pemahaman dan aplikasi).

Justeru itu dapatlah dirumuskan bahawa peranan media dan teknologi pengajaran penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat mengurangkan beban tugas guru. Dengan kepelbagaian bentuk pola pengajaran, guru mempunyai pilihan yang tepat bagi menjalankan sesi pengajaran dan pembelajarannya agar lebih berkesan dengan menggunakan bahan media pengajaran. Selain itu, pembelajaran pelajar juga menjadi lebih berkesan kerana pelajar memperolehi pengalaman sendiri dan daripada pengalaman, maklumat akan lebih konkrit dan tahan lebih lama dalam ingatan pelajar.

Konklusinya, guru yang cemerlang ialah guru yang dapat menyampaikan isi pelajaran kepada anak didiknya dengan berkesan. Justeru, pelbagai kaedah dan teknik digunakan oleh guru dalam memenuhi keperluan ini. Antara wadah yang dikenal pasti ialah penggunaan bahan media pengajaran. Penggunaan bahan media pengajaran yang pelbagai akan lebih menarik minat pelajar dan membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Selain itu, media pengajaran juga dapat menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih terancang, meningkatkan daya ingatan pelajaran, memperkayakan pengalaman, menggalakkan pembelajaran individu, memberikan keseronokan belajar dan dapat dijadikan sebagai bank maklumat.

RUJUKAN Saiful Kadri Ismail. 2005. Pembinaan dan Pelaksanaan Modul Powerpoint untuk Pembelajaran Matematik Penjelmaan. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rosnaini Mahmud. 2006. Kesediaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Asas dalam Pendidikan (TMKP) Guru-guru Sekolah Menengah. Tesis Doktor Falsafah. Univesiti Kebangsaan Malaysia.

Wong Su Lan. 2002. Development and Validation of an Information Technology (IT) based Instrument to Measure Teachers IT Preparedness. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Putra Malaysia.

Kassim bin Abbas. 2009. Media dalam Pendidikan. Ed. Ke-2. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Noor Sharifah bt Sutan Saidi. 2001. Garis Panduan Perncangan ICT bagi Kawasan Luar Bandar di Semenanjung Malaysia. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Badrul Hisham. 2000. Kesediaan Guru dalam P&P Matematik berbantukan Komputer (PPBK) di Sekolah. Ipoh: Maktab Perguruan Ipoh.

Abdul Wahab Ismail Ghani, Kamariah Haji Sarip & Hasrina Mustafa. 2006. Penggunaan Komputer di Kalangan Guru Sekolah Menengah. Pulau Pinang.

Amri Abdul Rahman, Samsudin Wahab & Dr Farok Zakaria. 2005. Prosiding Seminar Kerajaan: Kajian Awal Penggunaan Teknologi Maklumat & Komunikasi di Kawasan Luar Bandar. Terengganu: Universiti Teknologi Mara.

Abdul Latif Haji Gapor. 2006. Domain Penilaian dalam Teknologi Pendidikan. Ed. pertama. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Yusup Hashim. 1997. Media Pengajaran untuk Pendidikan dan Latihan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

You might also like