You are on page 1of 6

Nota Sejarah Perkembangan Linguistik

Zaman Yunani

Orang Yunani orang pertama yang terlibat dalam pengkajian linguistik. Pengkajian bermula pada 500 tahun sebelum masihi. Kajian bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran falsafah. Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-Socrates, pada abad ke-6 Sebelum Masihi Tokoh pengkajian bahasa zaman Yunani ialah Plato dan Aristotle. Plato ahli falsafah yang pertama menyelidik bahasa melalui karyanya berbentuk di Cratylus. Cratylus menerangkan bahasa bersifat alamiah, nalar dan logis dengan kumpulan anomalis yang berpegang kepada kepercayaan bahawa bahasa tidak nalar sepenuhnya. Plato pula menyelidik tentang tatabahasa yang membezakan antara kata nama dan kata kerja. Plato meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek kepada prediket dan kata kerja sebagai penerangan kepada perbuatan. Zaman aristotle 384-322 sebelum masihi. Tambah satu lagi pembahagian tatabahasa iaitu kata penghubung. Aristotle memperkembangan falsafah bahasa yang diasaskan oleh Plato. Gagasan lain yang dikembangkan oleh Aristotle ialah menganggap bahawa fungsi bahasa sebagai alat, khususnya untuk retorik dan puisi. Pada zaman yunani lebih tertumpu kepada tatabahasa. Kaedah kajian bersifat logik dan tidak saintifik.

Zaman Iskandariah

Pada abad ke-3 tahun masihi. Merupakan sebuah tanah jajahan Yunani. Penumpuan bahasa lebih kepada aspek lisan, iaitu pertuturan. Mengkaji sistem fonetik dan membahagi kepada adverb, perticipal, ganti nama dan kata depan. Memperkenalkan bidang sintaksis iaitu ayat merupakan satu unit deskriptif yang terdiri daripada turutan-turutan perkataan yang mempunyai makna.

Zaman Rom

Mengambil alih bidang bahasa setelah tamadun Yunani runtuh. Mengambil ilmu bahasa kajian bahasa Yunani dan membuat kajian dalam bahasa Latin. Perubahan sistem bahasa Yunani kepada bahasa Latin. Kurang menyumbang kepada perkembangan ilmu baharu bahasa.

Zaman Pertengahan

Dikenali sebagai zaman Renaissance. Mula mengkaji bahasa termasuk tatabahasa vernakular Menggunakan ilmu bahasa sebagai satu elemen untuk mengukur kualiti sesuatu bahasa Bahasa pada era ini masih kekal kepada fungsi kesusasteraan. Pada era ini juga teori sebab musabab, kelainan logika dalam bahasa dan hubungan antara bahasa mula berkembang. Golongan ini menolak bahasa luar atau bahasa pinjaman. Mengesan hubungan satu bahasa dengan bahasa lain terutama bahasa Inggeris.

Zaman Arab

Perkembangan di Baghdad setelah eropah mengalami zaman gelap. Ahli fikir yang terdiri daripada sarjana Islam yang mendapat sokongan daripada pemimpin mereka. Kajian tertumpu kepada Al-Quran dan ilmu fonetik berkembangan menjadi pesat dan hampir menjadi sempurna.

Zaman India

Bahasa Sanskrit digunakan memberi kesan yang besar kepada ilmu linguistik. Bahan kajian tidak berubah daripada tradisi bahasa Inggeris kepada kitab Rig-Veda. Kajian mereka lebih baik daripada Yunani dari aspek fonetik, morfologi dan sintaksis Pembaharuan yang dibuat ialah mengkaji bahasa secara saintifik.

Zaman Linguistik Bandingan


Permulaan kepada linguistik moden pada abad ke-19. Berkembang kepada bidang baru iaitu antropologi dan sosiologi. Pendekatan kajian berdasarkan bukti nyata Mengkaji pertalian dan hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Hubungan bahasa bukan melalui peminjaman atau kebetulan tetapi wujud daripada satu rumpun yang sama. Ahli bahasa pada zaman ini mengasingkan bahasa-bahasa di dunia kepada tiga kelompok, iaitu bahasa berisolasi, berimbuhan dan bahasa berfleksi. Hukum baru mula wujud yang dikenali sebagai hukum R-G-L dan R-D-L.

Zaman Moden

Pada abad ke-20. Pengkajian ilmu bahasa lebih cenderung kepada linguistik deskriptif atau linguistik huraian. Lebih bersistematik yang menekankan kepada sinkronis dan diakronis. Pengkaji mengeluarkan satu teori baru iaitu bahasa adalah baka dan satu fenomena sosial.

perbezaan zaman yunani, rom, iskandariah


1) Zaman Yunani a) Sejarah perkembangan Bermula sejak 500 SM Bahasa melambangkan ketinggian tamadun dan dikaji bagi menerangkan segala kejadian alam Unsur bahasa seperti kata dan makna dikaji pembentukannya samada terbentuk secara semulajadi atau kebiasaan Jika bahasa itu terbentuk secara semulajadi maka kita haruslah menerimanya sebagaimana ia terbentuk, tetapi jika ia terbentuk menurut kebiasaan, maka kita boleh memperbaikinya jika ada kekurangan (O.Jespersen, 1959) b) Tokoh - Plato (427-437 SM) Karya : Crystalus Mengkaji hubungan benda dengan nama benda samada bersifat tabii atau sepakat Ayat ialah logos yang merupakan rentetan kata yang mempunyai idea yang sempurna Logos terbahagi kepada dua iaitu onoma (benda) dan rhema (cerita) Membezakan kata nama dan kata kerja Mengenali bunyi konsonan geseran, letupan dan sebagainya (fonetik) -Aristotle (384 322 SM) memperkenalkan kata hubung dan sistem kala tense (past tense, present tense) -Kaum Stoik membezakan antara bentuk dan makna pembahagian kata : kata nama, kata kerja, kata hubung dan artikel (kata nama khas, kata ganti nama) memperkenal klasifikasi unsur-unsur fleksi seperti dalam Bahasa Ingeris (go:went:gone) memperkenal perbezaan bentuk aktif dan pasif, dan di antara kata kerja transitif dengan tak transitif c)Kelebihan pelopor sejarah perkembangan kajian ilmu linguistik menganggap bahasa ialah lambang ketinggian tamadun dan dikaji untuk menerangkan segala kejadian alam d)Kekurangan menganggap bahasa Yunani itu adalah termulia dan semulajadi, jadi harus dipatuhi oleh setiap penuturnya jika inginkan taraf dan kemuliaan dalam kehidupan mereka. Akibatnya bahasa itu dianggap tetap, tidak boleh berubah dan tidak perlu diperbaiki. 2) Zaman Iskandariah

a) Sejarah perkembangan Merupakan salah satu tanah jajahan Yunani Sejak abad ke-3 telah berkembang menjadi pusat penyelidikan sastera dan linguistik Melanjutkan usaha sarjana Yunani Pengaruh bahasa Yunani dibawa oleh Crates dari Malus pada 167 SM Kemudian dikembangkan oleh Derrentusvaro dalam karyanya De Lingua Latina Percaya bahawa bahasa yang dicatatkan dalam teks mereka adalah paling tulen, betul dan murni berbanding dengan bahasa koloquil mereka sehari-hari Menumpukan kepada bahasa bertulis berbanding lisan Melanjutkan usaha ahli tatabahasa kaum Stoik b) Tokoh a) Dionysius Thrax karya : Techne Grammatike mengkaji berdasarkan bahasa yang betul seperti yang digunakan oleh Homer dalam puisinya mengajar di Rhodes dan Rom asas tatabahasa dalam Techne Grammatike menjadi asas penulisan buku tatabahasa Eropah kini menggolongkan kata kepada 8 : kata nama, ganti nama, kata kerja, kata adjektif, kata adverba, kata sendi, kata partikel dan kata seru dalam bidang fonetik beliau membezakan maksud bunyi dengan maksud bentuk bunyi digolongkan menurut prinsip-prinsip sebutan membezakan bunyi r dengan l dalam bidang sintaksis beliau mentafsirkan ayat sebagai unit deskriptif yang terdiri daripada urutan perkataan yang mempunyai maksud lengkap c)Kelebihan berkembang sebagai pusat penyelidikan kesusasteraan dan linguistik sejak abad ke-3 d)Kelemahan kerja-kerja mencari asal teks daripada bukti-bukti yang ada menyebabkan timbulnya kepercayaan bahawa bahasa yang dicatitkan di dalam teks mereka adalah paling tulen, betul dan murni menumpukan kajian terhadap bahasa bertulis sahaja. Tiada usaha untuk membezakan secara tetap antara bunyi dengan huruf yang melambangkan bunyi itu 3) Zaman Rom a) Sejarah perkembangan Tidak banyak menghasilkan karya asli, sebaliknya menyusun tatabahasa Latin berdasarkan tatabahasa

Yunani dengan cekap dan baik Masyarakat Rom banyak terpengaruh dengan sifat pengkajian sarjana Yunani seperti Aristotle Pengaruh sarjana Iskandariah dan kaum Stoik misalnya boleh dilihat dengan jelas dalam karya M.T.Varro yang mengkaji bahasa Latin Sarjana Rom meniru model Yunani dari segi pandangan dan andaian terhadap bahasa serta aspek lain yang lebih halus dalam bahasa Terdapat persamaan antara bahasa Yunani dan Latin iaitu beberapa kategori seperti golongan perkataan, kasus, nombor dan sistem kala dikatakan sebagai ciri-ciri yang harus ada dalam semua bahasa di dunia b)Tokoh a) Appolonius Discollus mengkaji bidang sintaksis berpandukan bahan dalam Techne Grammatike dan penulis terdahulu berkaitan sintaksis menambahbaik huraian Thrax menghurai sintaksis berdasarkan kepada hubungan satu sama lain antara kata nama dengan kata kerja, disamping dengan perkataan-perkataan golongan lain dalam hubungannya dengan kata nama dan kata kerja tadi berusaha menggunakan hubungan unsur struktur untuk merujuk kepada binaan kata kerja dan partikel dalam suatu ayat atau kata nama dengan kata kerja juga merupakan ahli tatabahasa tradisional yang benar-benar menyedari hakikat penggolongan perkataan tertentu yang sama dengan menggunakan teknik penggantian b) M.T.Varro (116-27 SM) hidup sezaman dengan Thrax cara penghuraiannya pernah dikritik sebagai tidak menarik, tetapi dalam bidang masalah linguistik beliau dianggap ahli tatabahasa palinh tulen dalam kalangan sarjana bahasa Latin pemikirannya banyak terpengaruh dengan pegangan kaum Stoik berpendapat bahawa bahasa hdala seragam mengkaji bentuk fleksi dan bentuk terbitan dalam bidang morfologi, beliau telah menghurai beberapa kategori tatabahasa tertentu iaitu dari segi cara penggunaannya yang tidak langsung didasarkan kepada acuan penghuraian yang telah dilakukan untuk tatabahasa Yunani terdahulu c) Priscian (500 TM) karya : Instituciones Grammaticae lengkap membincangkan pembentukan kata dan ayat melanjutkan usaha Thrax dan Appolonius bidang fonetik : penjenisan bunyi bahasa dalam hubungan abjad dengan bunyi sebenar yang

dihasilkan bidang morfologi : pembentukan perkataan sebagai gabungan yang mengandungi imbuhan (bagaimanapun kurang memuaskan berbanding kajian oleh Varro) c)Kelebihan menggiatkan kajian tatabahasa dalam bahasa Latin karya yang dihasilkan menjadi pegangan asas penulisan tatabahasa Latin hingga ke hari ini d)Kelemahan hanya menyambung sahaja usaha Yunani sebelumnya seperti mengubahsuai dan membuat pengertian semula khususnya dalam konteks istilah falsafah cara penghuraian tokohnya pernah dikritik sebagai tidak menarik (Varro) penghuraian Priscian dikatakan tidak konsisten, kriterianya bercampur aduk di antara yang formal dengan yang bersifat semantik

You might also like