You are on page 1of 2

Ruj Kami Tarikh Ketua Polis Balai, Balai Polis Bandar AMBS, 23400 Dungun, Terengganu Tuan,

: SMKDM -05 Jld. 4 ( ) : 27 Jun 2011

MOHON BANTUAN POLIS PERONDA PROGRAM LARIAN SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA 2011 Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara diatas. 2. Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengadakan Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1Malaysia Seluruh Negara yang melibatkan semua warga JPN, PPD, Sekolah, PIBG, IPGM, Matrikulasi dan masyarakat setempat. 3. SMK Durian Mas juga terlibat dalam aktiviti larian ini.Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memerlukan bantuan dari Unit Peronda Polis dari jabatan tuan bagi mengawal lalulintas dan keselamatan untuk melancarkan program pada masa seperti berikut: Tarikh : Masa : Permulaan / Penamat : 2 JUN 2011 7.15 pagi Dataran Iltizam SMK Durian Mas BALORA Dataran Iltizam SMK Durian Mas

4. Bagi memudahkan pihak tuan, bersama-sama ini disertakan pelan larian tersebut. Pihak sekolah amat mengharapkan kerjasama pihak tuan yang sewajarnya. Kerjasama yang diberikan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. Melestarikan Pendidikan Terbilang BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, (NOORIZAN BT ABD KADIR) Pengetua SMK Durian Mas

Ruj Kami Tarikh Pengarah Klinik Kesihatan Bandar AMBS, 23400 Dungun Terengganu Tuan,

: SMKDM-05 Jld. 4 ( ) : 28 Jun 2011

MOHON PERSEDIAAN RAWATAN KECEMASAN BAGI PROGRAM LARIAN SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA 2011 Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara diatas. 2. Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengadakan Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1Malaysia Seluruh Negara yang melibatkan semua warga JPN, PPD, Sekolah, PIBG, IPGM, Matrikulasi dan masyarakat setempat. 3. SMK Durian Mas juga terlibat dalam aktiviti larian ini.Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memerlukan bantuan rawatan kecemasan untuk persediaan jika sekiranya berlaku sebarang kecederaan sepanjang program berlangsung pada masa seperti berikut: Tarikh : Masa : Permulaan / Penamat : 2 Jun 2011 (SABTU) 7.15 Pagi Dataran Iltizam SMK Durian Mas BALORA Dataran Iltizam SMK Durian Mas

4. Bagi memudahkan pihak tuan, bersama-sama ini disertakan pelan larian tersebut. Pihak sekolah amat mengharapkan kerjasama pihak tuan yang sewajarnya. Kerjasama yang diberikan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. Melestarikan Pendidikan Terbilang BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, (NOORIZAN BT ABD KADIR) Pengetua SMK Durian Mas

You might also like