You are on page 1of 2

Dapatan Kajian 8.1- Konsep perniagaan pasar malam.

Konsep perniagaan pasar malam adalah urusan jual beli dalam kuantiti yang kecil kepada pengguna akhir. Biasanya,perniagaan runcit (pasar malam) mempunyai banyak jenis barangan tetapi dalam kuantiti yang kecil bagi setiap jenis. Perniagaan yang biasanya dijalankan adalah seperti makanan dan minuman,sayursayuran,buah-buahan,ikan dan daging.Tterdapat juga peniaga yang menjual pakaian dan kasut. Perniagaan pasar malam ini,memerlukan modal yang kecil dan lesen perniagaan dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Pasar malam di Padang Jawa, Shah Alam beroperasi di Jalan Besar Padang Jawa, berhampiran dengan Sekolah Rendah Agama Padang Jawa dan ianya mudah dikunjungi oleh penduduk sekitar. Pasar malam ini beroperasi setiap hari Jumaat dari jam 5 petang hingga 10 malam. 8.2-Kepentingan Perniagaan Pasar Malam. Kegiatan perniagaan pasar malam yang berlokasi di Puncak Alam 2, Selangor pada setiap hari Sabtu dari jam 6 petang hingga 10 malam telah memberi banyak sumbangan kepada pembangunan ekonomi di sekitarnya. Antaranya ialah: 1. Menyediakan peluang pekerjaan Berbagai-bagai pekerjaan disediakan di lokasi pasar malam ini. Antaranya peniaga makanan dan minuman, buahbuahan,sayur-sayuran daging, ayam, pakaian dan kasut. Kebanyakan peniaga ini terdiri daripada penduduk tempatan yang tinggal berhampiran dengan kawasan pasar malam. 2. Meningkatkan taraf hidup/pendapatan Hasil pendapatan antara RM600 hingga RM1000 yang ini telah berjaya meningkatkan pendapatan keluarganya. Dengan ini taraf hidup mereka telah

3. Memudahkan penduduk tempatan membeli barangan keperluan Lokasi pasar malam yang berdekatan dengan jalan besar dan kawasan perumahan merupakan satu kelebihan kepada penduduk sekitar. Penduduk boleh mendapatkan barang keperluan seperti ikan,daging dan ayam dengan mudah. Kunjungan sekali seminggu pada hari Jumaat ini memang dinanti-nantikan oleh penduduk di kawasan Padang Jawa kerana berbagai juadah dan makanan dijual. 4. Menyediakan barangan segar Kebanyakan pengunjung pasar malam gemar membeli di sini kerana barangan yang dijual seperti sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan hasil yang baru dipetik dari kebun atau ladang. Sayursayuran kampung seperti pucuk paku,ulam-ulaman pegaga,pucuk ketereh dan daun kaduk adalah hasil tanaman peniaga sendiri yang dipasarkan di pasar malam ini. Begitu juga dengan hasil laut seperti ikan,udang dan sotong dijual dalam keadaannya yang masih segar.

Sebagai salah seorang penduduk di Padang Jawa ini,saya merasa amat beruntung dan bersyukur kerana dapat menikmati kemudahan pasar malam di sini.

8.3 Faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit 8.3- Faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit yang berfokuskan pasar malam. Antara faktor yang mempengaruhi perniagaan pasar malam ialah: 1. Governan Pihak kerajaan negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menyediakan tapak pasar malam di kawasan bersebelahan kawasan perumahan. Contohnya, di Padang Jawa, tapak pasar malam yang

disediakan oleh MBSA ialah di sepanjang lorong berbentuk U berhampiran dengan Sekolah Rendah Agama Padang Jawa. Dengan adanya tapak ini, geraigerai perniagaan pasar malam dapat disusun dengan baik. Ini juga memudahkan urusan jual beli dilakukan. 2. Modal- Modal bagi memulakan perniagaan pasar malam tidaklah besar. Biasanya peniaga hanya mengeluarlan wang simpanan sendiri sebagai modal pendahuluan. Ini menyebabkan perniagaan pasar malam mudah dimulakan dan diuruskan. Oleh kerana kos overhednya rendah, maka peniaga pasar malam dapat menjual barangan dengan lebih murah. Hasil kajian mendapati majoriti perniagaan (70%) memulakan perniagaan dengan modal kurang dari RM5,000 dan selebihnya (13.6%) menggunakan modal melebihi RM5,001 sehingga RM10,000. Manakala selebihnya ( 16%) menggunakan modal melebihi RM10,000. Mengenai sumber modal pula, majoriti peniaga pasar malam (47.4) menggunakan simpanan peribadi sebagai modal, diikuti sumber dari institusi kewangan (24.8%) dan hanya 0.3% sahaja peniaga memperolehi dari sumber lain sebagai modal perniagaan. 3. Pasaran Tempatan Kebanyakan lokasi pasar malam terletak di kawasan tumpuan penduduk seperti kawasan perumahan yang bersaiz besar. Contohnya di Puncak Alam 2, lokasi pasar malam di Jalan Puteri 1, menyebabkan perniagaan pasar malam di sini kunjungi penduduk-pendudukpenduduk sekitar iaitu komuniti bandar Puncak Alam 2 hingga Bukit Kapar. Jumlah penduduk yang besar ini menawarkan permintaan yang tinggi terhadap barangan yang dijual di pasar malam Puncak Alam 2. 4. Kesesuaian waktu berniaga Perniagaan pasar malam Puncak Alam 2 ini memang sering ditunggu-tunggu oleh penduduk di sini kerana waktu

perniagaannya dari jam 6.00 petang setiap hari Sabtu amat bersesuaian dengan masa tamat bekerja di pejabat. Lokasi pejabat-pejabat kerajaan dan pejabat-pejabat swasta yang terletak berhampiran dengan tapak pasar malam ini, memudahkan lagi pekerjanya mengunjungi pasar malam selepas tamat bekerja pada jam 6 petang. Sebagai salah seorang komuniti di Puncak Alam 2, saya merasa bertuah dan bersyukur kerana adanya tapak pasar malam yang berhampiran kediaman saya.

You might also like