You are on page 1of 9

Anda akan menyertai Pertandingan Bahas Ala Parlimen peringkat daerah sebagai pasukan kerajaan.

Usul perbahasan tersebut ialah Pemantauan Pihak Berkuasa Dapat Mencegah Masalah Keracunan Makanan dalam Kalangan Murid Sekolah. Sebagai menteri kedua, sediakan teks perbahasan tersebut. Teks Contoh Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Speaker Dewan, rakan-rakan Yang Berhormat daripada pihak kerajaan, barisan pembangkang dan seterusnya ahli-ahli dewan sekalian. Tuan Yang Dipertua, Sebagai menteri yang kedua, saya pastinya menolak definisi usul yang telah dipinda oleh Ketua Pembangkang sebentar tadi iaitu Pemantauan Pihak Berkuasa Tidak Dapat Mencegah Masalah Keracunan Makanan dalam Kalangan Murid Sekolah. Jadi saya memohon agar definisi usul itu dipinda semula seperti definisi yang diberikan oleh Perdana Menteri, iaitu Pemantauan Pihak Berkuasa Dapat Mencegah Masalah Keracunan Makanan dalam Kalangan Murid Sekolah. Tuan Yang Dipertua, Sebelum membentangkan hujah-hujah seterusnya, saya akan membidas hujah yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang sebentar tadi. Ketua Pembangkang mengatakan bahawa pemantauan yang kurang berkesan tidak dapat mencegah masalah keracunan makanan dalam kalangan murid sekolah. Tuan Yang Dipertua, Sebenarnya, pihak berkuasa mempunyai prosedur atau peraturan yang menjadi garis panduan untuk meluluskan tender kantin kepada pengusaha yang berjaya. Selepas itu, pihak berkuasa hendaklah memantau pengusaha-pengusaha kantin yang sedang menjalankan operasi itu

dengan berkesan. Jadi sepatutnya pihak berkuasa hendaklahlah menjalankan tanggungjawab mereka itu dengan berkesan. Sekiranya mereka menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan, sudah pasti masalah keracunan makanan dalam kalangan murid sekolah akan dapat diatasi. Mungkin ada segelintir pihak yang berkuasa tidak menjalankan pemantauan yang berkesan tetapi bukan bermakna semua pihak berkuasa tidak menjalankan pemantauan yang berkesan. Jika berlaku juga sebahagian kecil pihak berkuasa yang tidak menjalankan pemantauan dengan berkesan, suddah pasti mereka juga akan dikenakan tindakan kerana kecuaian. Jadi, perkara pokoknya di sini, pihak berkuasa sepatutnya menjalankan pemantauan dengan berkesan untuk mencegah masalah keracunan makanan dalam kalangan murid sekolah. Tuan Yang Dipertua, Pemantauan pihak berkuasa akan dapat mencegah masalah keracunan makanan dalam kalangan murid sekolah, jadi hujah saya yang pertama iaitu berpaksikan frasa, pemeriksaan berkala secara kerap. Selepas tender diberikan kepada pengusaha kantin, pihak berkuasa perlulah membuat pemeriksaan berkala secara kerap terhadap pengusaha kantin tersebut. Pihak berkuasa seperti pegawai-pegawai daripada Jabatan Pelajaran dan Jabatan Kesihatan perlulah membuat pemeriksaan secara mengejut untuk memastikan makanan yang disediakan benar-benar bersih dan selamat untuk dimakan oleh murid-murid. Sampel makanan perlulah diperiksa dan dibuat uji kaji di makmal. Selain itu, pekerja-pekerja yang terlibat untuk menyediakan makan perlu mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Sekiranya langkah ini dijalankan, sudah pasti keracunan makan dalam kalangan masyarakat tidak akan berlaku. Tuan Yang Dipertua, Sekiranya pemeriksaan berkala secara kerap dijalankan sudah pasti pihak pengusaha kantin akan mementingkan kebersihan dalam aspek penyediaan makanan. Oleh itu, pengusaha kantin perlulah memastikan

tangan penyedia makanan benar-benar bersih dan premis penyediaan makanan mereka bersih. Selain itu, tukang masak juga perlu memakai topi dan apron di samping memotong kuku mereka agar bersih. Sayursayuran atau bahan-bahan yang hendak dimasak perlulah dibersihkan dengan air yang secukupnya di samping tidak mendedahkan makanan kepada lalat atau serangga yang lain. Jika langkah ini diambil oleh pengusaha kantin, sudah tentulah masalah keracunan makanan dapat dielakkan. Tuan Yang Dipertua, Hujah saya yang kedua iaitu berpaksikan frasa, mengadakan kursus kepada pengusaha kantin. Pihak berkuasa perlulah mengadakan kursus yang berkaitan dengan aspek kebersihan dalam pengendalian makanan kepada pengusaha-pengusaha kantin sekolah. Melalui kursus tersebut, pengusaha kantin akan mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh demi menjaga kebersihan makanan di kantin. Sudah tentu, mereka akan diberikan pendedahan tentang cara-cara untuk menyediakan makanan yang bersih dan selamat untuk murid-murid sekolah. Pekerjapekerja kantin itu juga didedahkan dengan aspek kebersihan dan kesihatan yang perlu dititikberatkan dalam penyediaan makanan. Selain itu, mereka perlu memakai pakaian yang sepatutnya semasa memasak makanan dan menjaga kebersihan seperti memastikan kuku mereka dipotong, membasuh tangan sebelum memegang makanan dan sebagainya. Oleh itu, masalah keracunan makanan dalam kalangan muridmurid sekolah akan dapat diatasi. Tuan Yang Dipertua, Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa saya menyokong usul ini seratus peratus dan memohon agar usul ini diluluskan oleh dewan yang mulia ini dengan suara majoriti.

Selamat pagi dan salam sejahtera, saya akan membuka arena perdebatan pada hari ini. Sekalung ucapan terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang Dipertua , barisan kerajaan yang disegani, perwakilan pembangkang, Ahli-ahli berhormat dan siding parlimen yang saya muliakan sekalian. Selamat bersua dan selamat bersidang di arena perdebatan pada pagi ini. Tuan Yang Dipertua, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Saya amat bersyukur kerana dengan berkat keamanan dan keharmonian di bawah pimpinan kerajaan negara kita dari dahulu sehingga kini. Oleh itu, pada hari ini, dewan kembali bersidang untuk membahaskan satu usul penting yang pastinya akan mencuri perhatian sidang dewan sekalian. Ahli-Ahli Dewan yang saya muliakan, Sebagai Perdana Menteri saya akan menyatakan hujah-hujah yang menyokong usul ini. Seterusnya hujah saya akan disambung oleh menteri pertama, menteri ketiga pula membidas hujah-hujah songsang daripada pihak pembangkang. Jadi, dapatlah dirumuskan di sini, pemansuhan peperiksaan awam ini akan dapat membawa kepada kecemerlangan pendidikan di negara kita. Tuan Yang Dipertua, Usul pada hari ini berbunyi, Peperiksaan Awam UPSR dan PMR wajar dimansuhkan. Oleh itu, sebelum saya pergi lebih jauh lagi, izinkan saya terlebih dahulu Tuan Yang Dipertua untuk memberikan definisi usul ini secara literal agar pihak pembangkang khususnya tidak terkial-kial untuk mencari asas perjuangan kami. Menurut kamus Dewan Peperiksaan awam bermaksud, peperiksaan yang wajib diduduki oleh setiap sekolah kerajaan di Malaysia. UPSR pula ialah Ujian Penilaian Menengah Rendah yang wajib diduduki oleh semua pelajar Darjah Enam di Malaysia. PMR pula bermaksud Penilaian Menengah Rendah yang wajib diduduki oleh semua pelajar Tingkatan Tiga di Malaysia. Wajar Dimansuhkan pula bermaksud, wajar dihapuskan atau dilenyapkan. Begitulah definisi usul yang saya berikan secara literal sebentar tadi. Saya juga ingin menyatakan bahawa pihak kerajaan yakin dengan hujah-hujah yang bentangkan sebentar sahaja lagi dan seterusnya usul kami akan diterima dengan konsensus tanpa sebarang pertikaian. Tuan Yang Dipertua, Kami meletakkan dua indikator bagi memantapkan usul kami. Yang pertama, saya katakana ialah kecemerlangan seseorang pelajar bukan hanya terletak pada kecemerlangan akademik semata-mata. Yang kedua indikator kami ialah tugas dan tanggungjawab seseorang guru dinilai daripada kecemerlangan pelajar yang diajar olehnya. Oleh itu, berdasarkan indikator-indikator ini secara jus-

tifikasi, saya sepenuhnya yakin bahawa hujah yang akan kami kemukakan sebentar sahaja lagi akan diterima tanpa perlu diperdebatkan dengan hujah-hujah palsu daripada pihak pembangkang. Tuan Yang Dipertua, Sejak zaman berzaman kita menyaksikan sistem pengajaran dan pembelajaran di Malaysia ini masih berada di takuk yang lama kerana sepenuhnya berorientasikan peperiksaan. Oleh itu, objektif untuk menimba pengetahuan secara menyeluruh dalam pelbagai bidang, tidak dapat kita penuhi kerana sentiasa fokus kepada peperiksaan semata-mata. Lihat sahaja, peristiwa yang baru-baru ini di mana salah sebuah Maktab Rendah Sains Mara di negara kita ini yang menolak puluhan pelajar yang mendaftar di sekolah itu melalui sistem ambilan melalui borang. Para pelajar yang mendaftar itu semuanya mendapat 5A, dan ke atas, tetapi apabila diadakan ujian susulan melibatkan keseluruhan aspek sama ada kelancaran membaca, mengira dan sebagainya, ramai yang masih tidak lancar lagi membaca. Mengapa perkara ini berlaku? Kerana disebabkan oleh penekanan terhadap peperiksaan semata-mata. Adakah kita masih ingin melihat perkara ini berlaku lagi pada masa akan datang?Sidang Dewan pastinya sudah mempunyai jawapan yang tersendiri bukan? Di samping itu Yang Dipertua dan Sidang Dewan Sekalian, pemansuhan peperiksaan awam ini juga membolehkan pelajar belajar tanpa sebarang tekanan. Hal ini demikian, kerana pelajar tidak lagi perlu untuk menghabiskan sukatan pembelajaran dalam tempoh enam tahun dan tiga tahun untuk peperiksaan UPSR dan PMR. Pelajar hanya mengambil satu peperiksaan awam sahaja iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tempoh masa belajarnya mencecah sebelas tahun sejak dari darjah satu hinggalah tingkatan lima. Dengan ini, beban pelajar untuk menghabiskan sukatan dalam tempoh masa yang singkat dapat dihapuskan. Sehubungan dengan itu, beban para guru di sekolah juga dapat dikurangkan.Pemansuhan UPSR dan PMR meringankan beban guru apabila para guru tidak diwajibkan untuk mengadakan kelas tambahan sebaik sahaja tamat sesi persekolahan pada setiap hari. Jelasnya, pemansuhan UPSR dan PMR mampu mengurangkan beban pelajar dan guru. Tuan Yang Dipertua dan Ahli- Ahli Dewan sekalian, Tambahan lagi, pemansuhan UPSR dan PMR dapat menggalakkan penyertaan pelajardalam kegiatan kokurikulum. Pemansuhan kedua -dua peperiksaan ini menyebabkan kelas tambahan untuk pelajar tidak diwajibkan dan sekaligus memberi masa lapang yang lebih banyak kepada pelajar. Dengan ini, pelajar boleh menggunakan masa yang terluang untuk menyertai kegiatan kokurikulum. Mereka boleh menyertai kegiatan persatuan, kelabmahupun permainan. Pertandingan lari berganti -ganti, petanqe, bola sepak dan sebagainyaturut menjadi

pilihan utama aktiviti sukan yang juga merupakan pilihan kegemaran parapelajar. Kesannya, pelajar dapat menggerakkan sukan di sekolah sehingga ke peringkat daerah, negeri mahupun antarabangsa. Hal ini jauh berbeza dengan dahulu apabila pelajar harus menghadiri kelas tambahan yang diwajibkan di kebanyakan sekolah supaya dapat melulus peperiksaan UPSR dan PMR yang meliputi subjek -subjek penting. Oleh itu, jelasnyabahawa pemansuhan UPSR dan PMR dapat memberi peluang tanpa batasan kepada pelajar untuk menceburi diri mereka dalam kegiatan kokurikulum. Tuan Yang Dipertua, Pemansuhan UPSR dan PMR ini juga akan memberi kebaikan kepada negara dengan menjimatkan kos perbelanjaan kerajaan. Menurut Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin, pemansuhan UPSR dan PMR bertujuan untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan. Pemansuhan kedua-dua peperiksaan ini menyebabkan pembayaran gaji untuk penggubalan pemeriksa soalan peperiksaan tidak diperlukan. Hal ini membantu kerajaan menjimatkan pembayaran emolumen yang mencecah jutaan ringgit dalam perbelanjaan mengurus setiap tahun. Kita sedar bahawa belanjawan negara yang mengalami defisit akan menyebabkan kerajaan terpaksa meminjam wang dari bank-bank tempatan mahupun luar negara. Malahan, peminjaman wang dari bank-bank yang melibatkan kadar faedah atau kadar pertukaran asing yang tinggi mampu menggugat dan memburukkan keadaan lagi. Hal ini akan meringankan beban negara untuk menampung semua kos perbelanjaan ini. Tuan Yang Dipertua dan sidang dewan yang saya muliakan sekalian, Dengan menyedari hakikat ini, marilah kita sama-sama membuka hati dan minda kita supaya menerima pembaharuan yang dilaksanakan oleh kerajaan ini untuk kepentingan anak bangsa kita sendiri. Oleh yang demikian langkah Kementerian Pelajaran di negara kita untuk memansuhkan peperiksaan awam ini adalah wajar dan tidak perlu dipertikaikan lagi. Oleh itu sekali lagi saya katakan bahawa peperiksaan awam, UPSR dan PMR wajar dimansuhkan. Sekian mohon untuk terus mencadang. Hujah Daripada Pihak Pembangkang( Ketua Pembangkang). Salam aspresiasi dan salam satu Malaysia buat Tuan Yang Dipertua, rakan-rakan di deligasi kerajaan, rakan-rakan pembangkang dan Ahli-Ahli dewan yang dimuliakan sekalian. Tuan Yang Dipertua Dewan, setelah dibentangkan definisi usul secara literal oleh pihak kerajaan yang saya kira begitu menarik sekali, maklumlah diambil bulat-bulat daripada Kamus Dewan, kami dari legasi pembangkang faham tentang usul yang dikemukakan. Namun , memang sudah menjadi adat di dalam arena perdebatan di mana sudah menjadi tanggungjawab kami dalam

meneliti beberapa kesilapan dan kekurangan. Oleh itu kami akan mengutarakan hujah-hujah logik dan benar untuk menangkis hujah-hujah kurang jelas daripada pihak kerajaan sebentar tadi. Sebagai ketua pembangkang, saya akan menyatakan hujah-hujah yang membantah sekeras-kerasnya usul ini. Seterusnya hujah saya akan disambung oleh rakan pembangkang kedua yang ternyata tidak kurang mantap hujahnya , pembangkang ketiga pula membidas hujah-hujah songsang daripada pihak kerajaan. Jadi, kami yakin sepenuhnya dengan hujah yang kami lontarkan nanti, pihak kerajaan terpaksa menerima hakikat bahawa peperiksaan awam ini tidak wajar dimansuhkan. Pertama pada hari ini Yang Dipertua, kami masih kurang jelas tentang perlaksanaan pemansuhan peperiksaan awam ini. Hal ini kerana , pihak kerajaan sebentar tadi telah mengatakan peperiksaan awam ini dimansuhkan kerana pelajar hanya belajar berorientasikan peperiksaan semata-mata. Sekiranya tanpa peperiksaan, bagaimana hendak menilai usaha pelajar dan guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran? Dan yang keduanya Yang Dipertua, mereka menyatakan bahawa pemansuhan peperiksaan awam ini adalah untuk mengurangkan kos perbelanjaan kerajaan. Kalau benar pemansuhan peperiksaan awam ini dapat menjimatkan kos perbelanjaan kerajaan mengapa peperiksaan awam ini tidak dimansuhkan pada tahun 1997 dulu, ketika negara kita mengalami kemelesetan ekonomi yang sangat teruk? Di mana kerelevenan hujah yang disampaikan oleh deligasi kerajaan? Kami harap dapat dijawab pertanyaan ini oleh pihak kerajaan sebentar lagi. Tuan Yang Dipertua, Adalah tidak benar bahawa pemansuhan peperiksaan awam ini dapat meningkatkan prestasi pelajar seperti yang diperkatakan oleh pihak kerajaan , bahkan bagi pihak kami, kami telah melihat bahawa pemansuhan UPSR dan PMR akan menjejaskan penilaian terhadap tahap pretasi pelajar yang berasaskan peperiksaan standart. Hal ini demikian, kerana guru disekolah kurang berupaya untuk menyediakan soalan yang standart dan setaraf dengan UPSR mahupun PMR. Mereka hanya mampu menyediakan ujian bulanan mengikut sekolah masingmasing sahaja untuk menilai perkembangan pelajar. Penilaian perkembangan pretasi pelajar sebegini seolah-olah tiada hala tuju yang tertentu di samping tidak dapat menilai perkembangan pretasi pelajar dengan tepat. Hal ini jauh berbeza apabila UPSRdapat menilai keupayaan pelajar dalam menguasai perkara asas 3M iaitu membaca, menulisdan mengiri. Tambahan lagi, UPSR juga penting untuk menentukan tahap pencapaian pelajar dengan tepat sebelum mereka melangkah ke alam sekolah menengah lagi. PMR pulajuga penting kerana ia dapat menentukan arah aliran yang bakal diambil oleh pelajarsebelum mereka

memasuki tingkatan empat dan lima di samping menilai keupayaan pelajardalam bidang-bidang tertentu. Jelasnya, peperiksaan awam UPSR dan PMR perlu dikekalkan untuk penilaian perkembangan pretasi pelajar yang standart. Di samping itu Yang Dipertua, pemansuhan UPSR dan PMR akan mengurangkan bilangan pelajar yang memperoleh keputusan yang cemerlang dalampeperiksaan SPM. Hal ini demikian, kerana pelajar hanya menduduki peperiksaan SPM buat sekali sahaja selepas belajar selama sebelas tahun. Oleh itu, pelajar tidak mempunyai pengalaman yang secukupnya sebelum menduduki peperiksaan SPM. Maka, data yang menunjukkan bilangan pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan SPM akanmemperlihatkan pola yang merosot. Hal ini jauh berbeza apabila dengan kewujudan UPSR dan PMR, pelajar akan mendapat pengalaman peperiksaan sebenar yang pertama dalamUPSR di peringkat sekolah rendah sebelum mengambil peperiksaan PMR dan SPM di sekolahmenengah. Dengan ini, kesilapan yang pertama boleh dibaik pulihkan pada peperiksaan kali kedua iaitu PMR. Hal ini membolehkan pelajar lebih berpengalaman dan berkeyakinan tinggiuntuk menduduki peperiksaan SPM selepas melalui dua peperiksaan awam yang dianggap peringkat percubaan untuk kecemerlangan dalam SPM. Tegasnya, pengalaman pelajar menduduki peperiksaan itu sangat penting Yang Dipertua memandangkan mereka tidak lepas daripada perasaan kurang yakin apabila berdepan dengan peperiksaan. Tuan Yang Dipertua dan Ahli Dewan Yang Dimuliakan sekalian, Pemansuhan UPSR dan PMR juga menghilangkan budaya saling bersaing di sekolah rendah dan sekolah menengah rendah. Budaya saling bersaing penting dalam kalanganpelajar sejak dahulu lagi. Hal ini demikian, kerana budaya saling bersaing bukan sahaja mampu melahirkan pelajar yang mempunyai keazaman yang tinggi untuk memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang, malahan hal ini turut menjadi alternatif lain untukmemberi dorongan kepada pelajar lain supaya mempertingkatkan pretasi mereka.Ekorannya, data yang menunjukkan bilangan pelajar yang cemerlang dalam SPM akan meningkat. Kita sedar bahawa peperiksaan awam akan diutamakan berbanding dengan ujian bulanan yang diadakan di sekolah masing-masing. Oleh itu, pemansuhan UPSR danPMR akan meninggalkan ujian bulanan sahaja untuk menilai pretasi pelajar. Sebagaikesannya, para pelajar hilang semangat mahupun inisiatif untuk saling bersaing antara satusama lain. Apakah pihak kerajaan sama sekali tidak pernah terfikir bahawa persaingan itulah yang membantu kita berusaha dengan lebih gigih? Saya kira pihak kerajaan sudah melupakan hal ini, maklumlah sibuk mencari sebab supaya peperiksaan awam ini dapat dimansuhkan dengan segera. Oleh itu Yang Dipertua dan Sidang dewan yang saya muliakan sekalian,

berdasarkan hujah yang telah saya kemukakan ini, sekali lagi saya katakan bahawa peperiksaan awam UPSR dan PMR amatlah tidak wajar dimansuhkan memandangkan ia lebih banyak memberikan implikasi negatif kepada sistem pendidikan di negara kita pada masa kini. Hujah saya akan diteruskan oleh rakan pembangkang yang seterusnya, dan dengan ini saya mengundur diri. Mohon untuk terus membangkang.

You might also like