You are on page 1of 1

Rawdhah 2012

BEZA SOALAN TERBUKA DAN SOALAN TERTUTUP


Terbuka Tidak berstuktur Responden dapat memberi jawapan secara bebas Tertutup Berstuktur Responden memilih daripada pilihan jawapan yang diberi

Kebaikan: Memberi kebebasan kepada responden untuk menjawab Responden dapat memberi jawapan yang terperinci Penemuan yang tidak dijangka mungkin berlaku Responden dapat memberi jawapan yang sesuai untuk isu yang kompleks. Memberi peluang untuk kreativiti dan menerangkan apa yang difikirkan. Menunjukkan logik, proses pemikiran responden. Keburukan: Jawapan mungkin terperinci tetapi darjahnya berbeza Jawapan yang tidak berkaitan atau relevan Perbandingan dan analisis statistik menjadi sukar Proses pengekodan menjadi sukar. Memerlukan masa yang lebih panjang untuk menjawab. Jawapan perlu ditulis perkataan demi perkataan dan ini mungkin menyukarkan orang yang membuat temubual. Mengambil ruang yang lebih besar Soalan yang umum menyebabkan responden tidak memberi jawapan yang relevan.

Kebaikan: Senang dan cepat untuk dijawab. Jawapan dapat dibandingkan dengan mudah. Kategori jawapan dapat membantu responden memahami soalan. Responden lebih cenderung menjawab soalan yang sensitif Mengurangkan kekeliruan dalam kalangan responden.

Keburukan: Mencadangkan idea yang mungkin tidak pernah difikir oleh responden Responden dapat menjawab walaupun tidak tahu langsung mengenai isu yang ditanya. Responden akan berasa kecewa sekiranya kategori jawapan yang diberi tidak sesuai dengan mereka. Salah faham oleh responden tidak dapat dikesan. Tersalah tanda jawapan Perbezaan jawapan antara responden tidak dapat dilihat. Memaksa responden memberi jawapan yang mudah. Memaksa responden membuat keputusan yang tidak mungkin/perlu dibuat dalam kehidupan harian.

You might also like