You are on page 1of 4

MISKONSEPSI DALAM ASAS UKURAN Ada beberapa jenis miskonsepsi yang dapat dikesan berlaku semasa murid menjawab

soalan yang bersangkutan dengan pembelajaran ukuran. (a) Ukuran panjang 2 Jika murid-murid diberikan petak berukuran 1sm murid dikehendaki melukis satu garisan, murid-murid tidak mengikut petak yang disediakan dan tidak menggunakan alat pembaris. Murid-murid akan melakukan kesilapan apabila mereka hanya melihat penghujung garisan sahaja tanpa melihat permulaan garisan. (b) Ukuran luas dan isipadu Kurang kefahaman tentang konsep luas dan isipadu. Murid-murid kurang memahami kehendak soalan. Keliru dengan perkataan lebih besar dan lebih kecil Tidak memahami rajah yang diberikan Murid-murid hanya membandingkan 2 bentuk apabila ia bercantum. Mengukur garisan yang diberikan dengan menggunakan pembaris yang disertakan.

(c) Ukuran Berat Kesalahan guru dari segi soalan (pilih jawapan) dan rajah (terlalu kecil, jarum tidak kelihatan dengan jelas dan kesalahan dalam perkataan) dan sebagainya. Murid-murid kurang memahami kehendak soalan. Keliru dengan maksud perkataan lebih berat dan lebih ringan.

Menggunakan simbol dalam jawapan. Murid-murid akan menyemakan mengukur timbangan sama dengan mengukur jam.

Murid-murid juga tidak menghiraukan nombor sifar yang sama juga digunakan seperti nombor-nombor.

Kurang kefahaman atau mengetahui serta tidak dapat membezakan di antara kilogram (kg) dan gram (g). Murid-murid tidak melihat dengan teliti digit yang ada pada timbangan tersebut dan tidak melihat simbol kg dan g. Contoh; Meletakkan perkataan lebih berat daripada dan lebih ringan daripada.

CARA MENGATASI MASALAH MISKONSEPSI DALAM ASAS UKURAN Salah satu dari kaedah pengajaran yang membantu murid mengatasi miskonsepsi mereka ialah dengan menggalakkan mereka berkongsi berbincang dan memperkembangkan interpretasi konsep matematik mereka. Prinsip-prinsip pengajaran ini ialah: 1. Sebelum mengajar, uji nilai kerangka konsep murid yang sedia ada. Selalunya guru menggunakan ujian untuk menilai pencapaian murid. Di sini kita cuba untuk menilai interpretasi intuitif dan kaedah murid sebelum mengajar. Ini tidak memakan masa yang panjang, hanya dengan memberikan beberapa soalan yang kritis atau ujian yang lebih mencabar. Guru akan membincangkan pemikiran murid yang mungkin menyebabkan jawapan yang mereka berikan. 2. Jadikan konsep dan kaedah penyelesaian yang sedia ada jelas dalam bilik darjah Pada permulaan pengajaran, tawarkan murid satu tugasan yang terdapat adanya kemungkinan murid melakukan kesilapan kerana miskonsepsi. Ini bermaksud supaya murid menyedari tentang interpretasi intuitif dan kaedah penyelesaian mereka dan mendedahkan kesilapan yang sering dilakukan dan miskonsepsi mereka jika ada. Murid dikehendaki melakukan tugasan tersebut secara individu tanpa bantuan dari guru. Tidak ada pengajaran baru dilakukan dan guru juga tidak menunjukkan kesilapan dan miskonsepsi murid. 3. Berkongsi kaedah dan keputusan (jawapan) dan merangsang konflik untuk perbincangan. Maklum balas akan diberikan kepada murid dengan cara sekurang-kurangnya satu daripada tiga cara ini iaitu: Dengan memberi arahan murid membandingkan jawapan mereka dengan rakan-rakan yang lain. Dengan mengarahkan murid mengulang tugasan tersebut menggunakan satu atau lebih kaedah alternatif. Dengan menggunakan tugasan yang mengandungi cara penyemakan yang dimasukkan dalam tugasan. Jika tugasan ini dirancang dengan betul, maklum balas yang diperolehi akan menghasilkan konflik kognitif bila murid mulai menyedari dan berdepan dengan interpretasi dan kaedah mereka yang tidak konsisten. Guru perlu mengambil masa untuk membuat refleksi dan perbincangan dengan murid secara berkumpulan atau sekelas mengenai konflik ini. Murid disoal dan disuruh

menerangkan mengenai tak konsistennya kognitif dan kaedah mereka dan mencari sebab mengapa ia berlaku. 4. Selesaikan konflik melalui perbincangan dan pembentukan konsep dan kaedah yang baru. Perbincangan secara kelas diadakan untuk ini. Murid digalakkan untuk memberi pendapat mereka mengapa miskonsepsi dan konflik ini berlaku. Guru bolehlah memandu murid untuk memahami konsep itu secara baru. 5. Kukuhkan pembelajaran dengan menggunakan konsep dan kaedah yang baru melalui penyelesaian masalah. Pembelajaran baru dapat diperkukuhkan dengan cara: Memberi masalah baru untuk diselesaikan. Menggalakkan murid mencipta dan menyelesaikan masalah mereka sendiri yang serupa. Menggalakkan murid membuat analisa tugasan yang mereka selesaikan dan membuat diagnosis sebab-sebab kesilapan yang dilakukan. Kemungkinan mengapa prinsip di atas berjaya mengikut penyelidikan yang diadakan ialah kerana faktor-faktor berikut: Kanak-kanak mengenal pasti dan dapat memberikan focus kepada halangan konseptual yang spesifik. Teori pembelajaran Matematik dapat dijadikan asas untuk memahami sebahagian dari miskonsepsi tersebut. Teori ini juga membolehkan guru: Menerangkan bagaimana dan mengapa kanak-kanak melakukan kesalahan-kesalahan tersebut; Membantu kanak-kanak memperbetulkan miskonsepsi mereka. Meramalkan jenis-jenis kesalahan yang selalu dilakukan; Memberi keutamaan pada kaedah intuitif dan mengenali halangan konsep murid. Perbincangan dan penglibatan murid yang dihasilkan. Tahap cabaran yang meningkat diberikan kepada murid. Memberi penekanan kepada pertuturan (oral) daripada penerangan berbentuk teks.

Kesimpulannya, miskonsepsi lahir dari apa yang telah diajarkan. Walaupun pelajaran yg diturunkan oleh mereka tersebut tidak logik dan salah, tetapi dari segi perspektif kanak-kanak, ia sangat sesuai dan benar. Bagi kita matematik adalah subjek kumulatif ataupun bertambahtambah, dan kita mempelajari sesuatu yang baru dengan berpandukan pembelajaran lampau. Maka, setiap miskonsepsi adalah betul bagi sesetengah pembelajaran yang terdahulu sebagaimana yang digariskan dalam kurikulum. Majoriti dari punca miskonsepsi adalah kerana generalisasi melampau dalam pengetahuan sedia ada yang hanya tepat untuk pembelajaran awal. Skema yang telah pun terbina dalam minda kanak-kanak akan terus kukuh dan sukar untuk berubah. Kanak-kanak tidak mudah untuk menerima idea baru dengan mudah, contohnya, menukar skema-skema yang sudah tersimpan dalam minda mereka, tetapi sebaliknya mereka akan cuba mencernakan idea baru tersebut kepada skema yg sedia ada, maka tiada perubahan yang akan berlaku. Persoalannya ialah, dapatkah kita mengatasi atau memperbaiki masalah miskonsepsi ini? Jawapannya ya dan tidak. Ya kerana pembelajaran yang akan diterima kemudian mungkin boleh membantu murid untuk mengintegrasikan pelajaran lampau dengan pelajaran baru sekaligus membantunya untuk mengatasi masalah miskonsepsinya, seandainya pelajaran yang baru nanti akan menitikberatkan isu-isu miskonsepsi yang dialaminya.

You might also like