You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI 1/2009

Tarikh : 20.1.2009
Hari : Selasa
Masa : 2.30 tengahari
Tempat: Makmal B
Kehadiran : En. Jee Keat Keong (Guru Kanan Sains & Matematik)
En.Koay Kheng Hooi
En.Ahmad Zaidi b. Hussin
En.Abdul Aziz b. Abdullah
En.Mohamad Sofian b. M.Akhir
Pn.Jamilah bt Hashim
Pn.Balkhis bt Jaafar
Pn.Suhana bt Mahamad Yusof
Tidak Hadir : Pn Amah bt Lazim

Agenda 1 - Aluan Pengerusi

1.1 - Ketua Panitia En Koay Kheng Hooi mengucapkan selamat datang kepada guru-guru ke
mesyuarat panitia sains kali pertama.
1.2 - Guru Kanan Sains & Matematik, En Jee Keat Keong mengucapkan terima kasih atas kehadiran
guru-guru.
- Beliau memaklumkan keputusan matapelajaran sains bagi PMR 2008 adalah meningkat
walaupun tidak mencapai target yang sebenar.
- Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru, dan berharap usaha boleh
ditingkatkan lagi pada tahun ini.

Agenda 2 – Analisis dan Post Mortem Peperiksaan PMR 2007

2.1 - Peratus sains PMR 2008 adalah 83 % , meningkat berbanding tahun 2007.
- Bilangan pelajar yang mendapat gred B juga meningkat sebanyak 10 orang berbanding tahun
2007
- Daripada keseluruhan keputusan, boleh dikatakan kualiti dan kuantitiadalah meningkat
berbanding dengan tahun 2007

2.2 - Cadangan strategi meningkatkan lagi prestasi:


i. Dedahkan pelajar teknik menjawab soalan kertas 2 .
ii. Latihtubi format soalan struktur/subjektif.
iii. Kenalpasti pelajar cemerlang, sederhana dan galus dan diberi bimbingan oleh guru
dengan kaedah berbeza atau latihan mengikut kemampuan pelajar.
iv. Menggalakkan pelajar menggunakan kamus B. Inggeris- B. Melayu semasa P&P.
Agenda 3 - Perancangan Kurikulum dan Anggaran Perbelanjaan 2009

3.1 - Perancangan Kurikulum :-


i. Perjumpaan waris - perbincangan prestasi pelajar bersama waris masing-masing
guru tingkatan dan guru mata pelajaran.
i. Mesyuarat panitia.
ii. Kelas pengukuhan/Intensif.
iii. Ceramah Teknik Menjawab Soalan.

3.2 - Anggaran Perbelanjaan 2009


i. Anggaran keseluruhan yang diperuntukkan adalah lebih kurang RM 9,000.00 setahun
ii. Perbelanjaan membeli alat Bantu mengajar diutamakan
iii. Selepas bulan Jun baki perbelanjaan boleh digunakan untuk membeli buku.

Agenda 4 - PPSMI

4.1 - Mesyuarat telah dilaksanakan pada 18.01.2009.


- Opsme juga telah selesai dilaksanakan, dan pelu dibuat analisis.

Agenda 5 – Kelas pemantauan Kurikulum berkualiti

5.1 – Pencerapan akan dibuat mengikut jadual yang telah dikeluar.


5.2 – Buku latihan pelajar yang telah juga akan dihantar kepada Guru kanan

Agenda 6 - Hal-hal Lain

6.1 - Pelarasan Buku rancangan Mengajar.


- Waktu, Subjek, Kelas,Objektif, Hasil, Aktiviti, dan Refleksi.
- Dalam Aktiviti perlu ada Set Induksi dan Pengukuhan

6.2 - Masalah bangku makmal Kimia.


- Cikgu Jee akan usaha selesaikan masalah tersebut secepat mungkin.

6.3 - Cara – cara mengisi Head Count


- Cikgu Jee menerangkan cara – cara mengisi Head Count
- Head Count 3 perlu dilekatkan dalam buku rancangan mengajar

6.4 - Buku Rekod Mengajar


- Hantar sebelum TahunBaru Cina
- Kandungan: Rancangan Tahunan, Carta Gantt, Huraian Sukatan dan Sukatan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

…………………… ……………………..
(AHMAD ZAIDI B.HUSSIN) (KOAY KHENG HOOI)
Ketua Panitia Sains

You might also like