You are on page 1of 17

Bumi dan Alam Semesta : Sistem Suria

Sistem Suria 1. Sistem Suria terdiri daripada : a) Matahari; b) Sembilan buah planet dan bulannya; c) Objek lain seperti komet, asteroid, dan meteor. 2. Matahari adalah sebuah bintang dan merupakan pusat bagi Sistem Suria. 3. Semua planet berputar dan beredar mengelilingi Matahari melalui orbit. 4. Sembilan buah planet yang terdapat dalam Sistem Suria ialah Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun, dan Pluto. 5. Bumi adalah satu-satunya planet yang mempunyai udara dan air bagi membolehkan hidupan seperti manusia, haiwan, dan tumbuhan hidup di atasnya. 6. Musytari adalah planet yang terbesar manakala Pluto adalah planet terkecil. 7. Utarid adalah planet yang paling hampir dengan Matahari sementara Zuhal adalah planet yang cantik kerana terdapat tiga gelang yang berwarna-warni di sekelilingnya.

Asteroid Dan Meteor 1. Asteroid adalah jutaan batu logam yang kecil berbanding dengan planet. 2. Asteroid juga beredar mengelilingi Matahari melalui satu jalur. 3. Jalur ini terletak di antara Marikh dengan Musytari. 4. Meteoroid adalah ketulan batu yang terapung di angkasa lepas. Apabila meteoroid masuk ke atmosfera Bumi, meteoroid akan bergeser dengan udara lalu terbakar menghasilkan coretan cahaya yang dipanggil meteor. 5. Meteor yang berjaya sampai ke Bumi dipanggil meteorit. 6. Apabila meteorit besar menghentam permukaan Bumi, kawah akan terhasil.

Sistem Suria

Ulang Kaji Tahun 5: - Penyebaran Biji Benih -Rantai Makanan dan Siratan Makanan - Sifat Cahaya
NOTA Penyebaran Biji Benih 1. 2. 3. Tumbuhan perlu membiak untuk kemandirian spesiesnya iaitu memastikan spesiesnya dapat terus hidup di bumi ini. Salah satu cara bagi tumbuhan untuk memastikan kemandirian spesiesnya ialah melalui penyebaran biji benihnya. Cara tumbuhan menyebarkan biji benihnya.

4. 5.

Untuk penyebaran yang berkesan,struktur fizikal biji benih/buah disesuaikan dengan kaedah penyebarannya. Antara penyesuaian ini ialah: Cara Penyebaran Haiwan Biji benih keras, susah hadam Angin Air Mekanisme letupan Biji benih halus, bersayap, ringan, berbulu Buah bersabut, kalis air, terdapat banyak ruang udara Permukaan buah menjadi tegang apabila kering. Penyesuaian Biji Benih / Buah Buah berwarna menarik, harum/sedap dimakan

Rantai Makanan dan Siratan Makanan 1. Perhubungan makanan antara organisma hidup boleh ditunjukkan dalam bentuk: (a) rantai makanan. (b) siratan makanan. Rantai makanan adalah hubungan makanan antara beberapa organisma hidup secara linear. Gabungan beberapa rantai makanan disebut siratan makanan. Contoh rantai makanan.

2. 3. 4.

5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12.

Semua rantai makanan bermula dengan pengeluar (tumbuhan). Pengeluar membina makanan secara fotosintesis. Tikus, ular dan helang ialah contoh pengguna. Pengguna yang memakan pengeluar disebut pengguna primer. Biasanya haiwan herbivor atau omnivor. Pengguna yang memakan pengguna primer disebut pengguna sekunder. Biasanya haiwan karnivor atau omnivor. Tenaga dipindahkan di sepanjang rantai makanan. Tenaga berasal daripada Matahari. Dalam kehidupan sebenar, hubungan yang lebih kompleks akan membentuk siratan makanan.

Alam Fizikal :
NOTA 1. 2.

Arus dan Litar Elektrik (Ulang Kaji Tahun 5)

Banyak alat / peralatan yang digunakan dalam kehidupan seharian menggunakan elektrik Antara contoh peralatan yang menggunakan elektrik ialah radio, televisyen, komputer dan lain-lain lagi.

Litar Elektrik 1. 2. 3. Bateri atau sel kering merupakan satu daripada sumber arus elektrik. Setiap bateri mempunyai dua hujung yang dinamai terminal positif (+)dan negatif (-). Apabila kedua-dua hujung terminal disambung oleh wayar penyambung dan dipasangkan mentol seperti rajah di bawah, mentol akan menyala.

4. 5. 6.

Mentol menyala kerana ada laluan lengkap atau tertutup yang membenarkan arus mengalir. Laluan elektrik ini dinamai litar elektrik. Litar yang terdapat ruang kosong di sepanjang laluan arus digelar litar terbuka atau tidak lengkap. Mentol tidak menyala kerana elektrik tidak boleh melalui udara di antara ruang kosong itu.

Konduktor dan Penebat Elektrik 1. Bahan yang membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya dinamai konduktor elektrik, manakala bahan yang tidak membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya dinamai penebat elektrik. Semua logam ialah konduktor elektrik. Contohnya kuprum dan besi. Semua bukan logam kecuali karbon ialah penebat elektrik. Contohnya plastik dan kayu. Sesetengah cecair seperti asid dan alkali boleh membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya.

2. 3. 4.

Menyiasat Alam Kehidupan: Persaingan antara Hidupan


NOTA

1. Satu daripada bentuk interaksi antara hidupan ialah persaingan. 2. Persaingan wujud di antara spesies yang sama atau di antara spesies yang berlainan. 3. Persaingan wujud apabila hidupan bersaing untuk mendapatkan sumber yang sama dan terhad. 4. Haiwan bersaing untuk mendapatkan makanan,minuman,tempat tingal dan pasangan. 5. Tumbuhan bersaing untuk mendapatkan air,nutrien.cahaya matahari dan ruang hidup. 6. Antara faktor-faktor yang boleh mengurangkan persaingan ialah i. perpindahan keluar (emigrasi). ii. pertambahan dalam kadar kematian. iii. pertambahan dalam sumber makanan. iv. pengurangan dalam kadar kelahiran.

RUMUSAN

Menyiasat Bumi dan Alam Semesta (Exploring the Earth and Space) : Asteroid, Meteor dan Buruj (Asteroid, Meteor and Constellation)

Nota

Menyiasat Alam Kehidupan : 4)

Hidupan Bergerak (Ulang Kaji Tahun

1. Semua benda hidup termasuk tumbuhan dan haiwan boleh bergerak. 2. Pergerakan tumbuhan berbeza daripada pergerakan haiwan. 3. Pergerakan tumbuhan melibatkan bahagian tertentu tumbuhan sahaja contoh pucuk dan akar. 4. Sesetengah daun tumbuhan contoh ;semalu ,menguncup apabila disentuh. 5. Pergerakan terhad tumbuhan juga dikenali sebagai gerak balas terhadap rangsangan. 6. Tumbuhan bergerak balas terhadap berbagai rangsangan seperti cahaya matahari, air, graviti, suhu dan sentuhan . 7. Pucuk bergerak ke arah cahaya matahari manakala akar bergerak ke arah tarikan graviti. 8. Sulur paut tumbuhan seperti kacang panjang bergerakbalas terhadap sentuhan. 9. Pergerakan tumbuhan juga adalah perlahan dan tidak ketara. 10. Tumbuhan bergerak untuk

Mendapatkan cahaya matahari Mendapatkan air Mendapatkan sokongan

11. Pergerakan haiwan lebih ketara berbanding tumbuhan dan ianya melibatkan keseluruhan badannya. 12. Haiwan bergerak untuk

Mencari makan Melarikan diri daripada musuh Mencari pasangan untuk tujuan pembiakan Mencari habitat yang sesuai untuk hidup dan

membiak 13. Terdapat pelbagai cara pergerakan haiwan. Contoh Haiwan dan Cara Pergerakan

Kura-kura Cara pergerakan : Merangkak Penyesuaian : Berkaki pendek Badan rapat dengan tanah

Kanggaru Cara pergerakan : Melompat Penyesuaian : Kaki belakang lebih panjang dan berotot kuat

Harimau Cara pergerakan : Berlari pantas Penyesuaian : Berkaki kuat, berotot dan tegap

Orang utan Cara pergerakan : Memanjat Penyesuaian : Berkuku cengkam dan tangan yang panjang

Beruang Cara pergerakan : Berjalan Penyesuaian : Berkaki

Ular Cara pergerakan : Menyusur Penyesuaian : Badan licin dan berotot kuat untuk menggantikan kaki. Pergerakan lancar

Ikan Cara pergerakan : Berenang Penyesuaian : Mempunyai sirip dan badan berbentuk larus

Siput babi Cara pergerakan : Mengengsot Penyesuaian : Menggunakan bahagian berotot dan berlendir untuk bergerak perlahan-lahan dan sedikit demi sedikit.

Burung Cacing tanah Cara pergerakan : Menjalar Penyesuaian : Badan berotot dan bersentuhan dengan tanah. Cara pergerakan : Terbang Penyesuaian : Mempunyai sayap atau kepak

Pergerakan perlahan

Tulang ringan

You might also like