You are on page 1of 2

Ekonomi Tradisional

Ekonomi tradisional adalah bercorak sara diri di kawasan luar bandar. Ekonomi tradisional ini biasanya adalah dilaksanakan oleh orang Melayu. Ekonomi tradisional yang biasanya dijalankan oleh orang Melayu adalah pertanian dan perikanan. Semasa pemerintahan British, ekonomi moden ataupun perdagangan telah dilaksanakan tetapi orang Melayu telah dikekalkan sector ekonomi tradisional mereka. Ini telah menyebabkan wujudnya, dwiekonomi iaitu ekonomi moden dan tradisional. Sebab-sebab orang British tidak membolehkan orang Melayu mengenal tentang ekonomi perdagangan adalah untuk mengekalkan pendudukan politik dan ekonomi orang British. Mereka tidak mahu orang Melayu itu bersaing dengan mereka. Sebab kedua adalah oleh sebab British tidak ingin mendedahkan ekonomi yang baru ini kepada orang Melayu. Mereka tidak ingin menyebabkan orang Melayu memperjuangkan sesuatu untuk mendapat hak mereka. Sebab ketiga adalah kerana British hendak mengawal kedudukan pemilik ladangnya tidak mahu orang Melayu berasa tidak puas hati atas mereka dan sanggup membenteras mereka oleh harga turun dan naik hasilannya. Sebab keempat adalah kerana British hendak mendapatkan sumber beras yang berterusan untuk memenuhi keperluan tempat tersebut iaitu memerlukan orang Melayu menanam padi demi keperluan mereka. Manakala kesan-kesannya pula adalah mengenalkan penggunaan wang. Orang British telah mengenakan pembayaran yang harus dibayar dengan wang. Ini telah memaksa orang Melayu mendapatkan wang untuk membayar cukai. Kesan kedua adalah tingkatnya hutang iaitu banyak petani tidak mampu membayar wang itu dan meminjam dari orang tengah yang mengenakan fadah yang tinggi itu. Kesan ketiga pula adalah pengenalan Akta Tanah Melayu iaitu kerena orang Melayu yang tidak mampu menjalankan aktiviti pertanian itu telah menjual tanah mereka kepada orang bukan Melayu. Kesan keempat adalah telah menyebabkan orang British tidak dapat mendapatkan keinginan iaitu orang Melayu menjalankan ekonomi tradisional yang membekalkan beras kepada mereka itu. Akta Tanah Melayu ini diadakan kerana orang Melayu telah menjual tanah mereka kepada orang bukan Melayu. Perbuatan mereka ini akan mengancam kuasa mereka. Oleh itu, mereka mengadakan akta ini bahawa tanah tersebut hanya boleh dijual kepada orang Melayu, tetapi akta ini akhirnya juga adalah gagal kerana tanah tersebut adalah merupakan tanah yang tidak subur iaitu seperti kawasan tanah tinggi. Akta ini telah gagal juga adalah kerana kelewatan akta ini diadakan. Akta ini gagal juga kerana kurang orang Melayu yang menyokong akta tersebut. Selain itu, ekonomi juga adalah diubah oleh perkembangan getah dan bijih timah iaitu telah menambahkan pendapatan ekonomi mereka itu. Sistem pengangkutan ini juga telah menggalakkan perkembangannya kerana memudahkan orang lain datang ke Tanah Melayu.

You might also like