You are on page 1of 8

ISL Minggu 9 (i) Mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber tentang kerjasama politik dan hubungan etnik pada

tempoh 1946- 1955, 1956 1963, 1964 kini.

Dalam usaha menguasai sepenuhnya sektor ekonomi, idea tentang negara bangsa dan proses politik yang moden diperkenalkan oleh penjajah British secara berperingkat- peringkat. Penjajah British telah Berjaya menguasai proses politik dan pentadbiran di Tanah Melayu melalui perjanjian dengan Sultan Melayu. Penjajah British melakukan pemisahan dan pembahagian kuasa. Kuasa Sultan telah dibataskan kepada hal-hal yang berkaitan dengan agama dan adat istiadat Melayu. Kronologi Penglibatan Rakyat Tempatan dalam Proses Politik Dalam era penjajahan, penglibatan rakyat tempatan dalam proses politik dan pentadbiran adalah terhad.

Terbukanya sistem pendidikan Inggeris kepada anakanak pembesar tempatan.

Dalam era penjajahan Jepun, hanya sebilangan kecil rakyat yang dilibatkan dalam sektor pentadbiran dan politik.

Pada saat akhir era penjajahan, rakyat telah mula dilibatkan dalam proses politik dan pentadbiran di peringkat paling bawah, sebagai pegawai rendah. Penglibatan rakyat tempatan ke dalam proses politik secara meluas. (Berakhirnya penjajahan Jepun di Tanah Melayu dan penyerahan Sabah dan Sarawak kepada British sebagai tanah jajahan British memperkenalkan Malayan Union).

Kerjasama politik dan hubungan etnik pada tempoh 1946- 1955 Malayan Union 1946 telah dirancang dan dilancarkan setelah kembalinya penjajah British ke Tanah Melayu. Kesatuan ini terdiri daripada 9 buah negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka. Terdapat beberapa ciri penting Malayan Union, iaitu pemusatan kuasa di tangan kerajaan pusat, Raja-Raja Melayu hilang kuasa kecuali ke atas hal berkaitan Islam dan adat istiadat Melayu, hak kerakyatan yang bebas berdasarkan prinsip jus soli. Malayan Union merupakan suatu bentuk pemerintahan yang berasaskan idea negara bangsa yang bersifat unitart, memberi pengakuan kesaksamaan kepada semua penduduk sebagai rakyat atau bangsa berdasarkan prinsip jus soli. Perjuangan UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946 kerana menentang hebat Malayan Union. Tujuan utama perjuangan ialah memelihara kepentingan orang Melayu dan mengukuhkan kuasa politik mereka. Kongres India Malaya (MIC) ditubuhkan pada Ogos 1946 dan matlamat MIC ialah menjaga kepentingan dan kebajikan orang India di Tanah Melayu. Persatuan Cina Malaya (MCA) ditubuhkan pada Februari 1949 dan tujuan penubuhan adalah melindungi kepentingan dan kebajikan orang Cina di Tanah Melayu. Kerjasama etnik yang erat antara UMNO, MCA dan MIC telah membawa kejayaan besar dalam proses politik awal di Persekutuan Tanah Melayu. Dalam pilihan raya Majilis Perbandaran Kuala Lumpur pada 1952, pakatan yang diasaskan oleh UMNO dan MCA telah memenangi 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan. Dalam pilihan raya Persekutuan 1955, Parti Perikatan UMNO-MCAMIC berjaya memenangi 51 daripada 52 kerusi Majilis Perundangan Persekutuan yang dipertandingkan. Hal ini ialah asas yang kuat bagi Tunku Abdul Rahman yang mengetuai UMNO dan Parti Perikatan untuk menunjukkan kepada British bahawa wujud kerjasama erat antara etnik di Tanah Melayu. Kerjasama tersebut menunjukkan bahawa mereka telah bersedia untuk memperoleh kemerdekaan.

Kerjasama politik dan hubungan etnik bagi tempoh 1956- 1963 Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) ialah sebuah parti multi-etnik. IMP merupakan percubaan lanjut untuk memupuk kerjasama dan perpaduan etnik. IMP ditubuhkan oleh pengasa UMNO iaitu Dato Onn bin Jaafar yang telah keluar daripada UMNO. Beliau bertindak demikian setelah cadangannya untuk membuka UMNO kepada semua rakyat Tanah Melayu ditolak oleh UMNO dan sebilangan rakyat. Parti perikatan merupakan kerjasama dan perbincangan berdasarkan konsep musyawarah antara etnik yang diwakili oleh parti-parti politik. Parti Perikatan yang diketuai UMNO diperbesar bilangan anggotanya pada 1972 dengan kemasukan ahli komponen baharu. Sehubungan itu, Parti Perikatan ditukar nama kepada Barisan Nasional (BN). Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) ditubuhkan pada tahun 1959 di Sarawak. Parti ini mendapat galakan daripada pentadbir kolonial kerana penubuhannya dianggap sebagai persediaan awal ke arah pemerintahan sendiri yang dirancang oleh pentadbiran kolonial Inggeris. Pucuk pimpinannya dimonopoli oleh etnik Cina meskipun ia merupakan parti multi-etnik. Sabah Chinese Association (SCA) ditubuhkan pada tahun 1962 oleh sebab SUPP tidak sehaluan dengan pemerintah kolonial. Ia telah diterima masuk ke dalam kerajaan pertama yang dibentuk berdasarkan pilihan raya 3 tingkat pada 1963. SCA hanya mendapat sokongan segelintir daripada orang Cina. Parti Perikatan Sarawak adalah diketuai oleh Stephen Kalong Ningkan daripada parti SNAP. Parti ini dibentuk atas gabungan semua parti di Sarawak kecuali SUPP dan tujuannya ialah menubuhkan kerajaan pertama di bawah seliaan pentadbiran kolonial British.

Kerjasama politik dan hubungan etnik bagi tempoh 1964 hingga kini Parti Bumiputera ialah penggabungan BERJASA dan PANAS. Parti ini ialah perpaduan politik antara etnik Melayu dan Melanau. Parti ini dipimpin oleh Abdul Rahman Yaakub dan Abdul Taib Mahmud.Parti ini berjaya mendominasi politik dan kerajaan sejak tahun 1970 dan bergabung dengan PESAKA untuk membentuk PBB pada tahun 1973. Democratic Action Party (DAP) muncul di Sarawak pada akhir 1970an sebagai pesaing kepada SUPP untuk mendapat sokongan orang Cina. Kejayaan

hanya terhad kepada keupayannya menawan beberapa kawasan majority Cina. Di samping itu, Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) ditubuhkan oleh Leo Moggie, bekas pemimpin SNAP. Penajaannya pada tahun 1983 telah merobohkan perpaduan Dayak di bawah SNAP. Secara keseluruhan di Sarawak, meskipun kelihatan bahawa masyarakat di Sarawak terpisah-pisah kepada beberapa parti politik yang berbeza-beza, namun semangat untuk menjalin dan memupuk kerjasama antara kelompok etnik masih tetap berlangsung. BN menjadi pemangkin kepada kerjasama yang erat demi pembangunan negara.

Di Sabah pula, United Kadazan Nasional Organization (UNKO) telah ditubuhkan oleh Donald Stephens pada Ogos 1961. Parti ini telah menyatupadukan Kadazan Dusun dan Bumiputera bukan Islam. United Sabah Nasional Organization (USNO) ditubuhkan oleh Tun Dato Mustapha Dato Harun pada Disember 1961. Parti Perikatan di Sabah pula ialah gabungan UMNO-MCA-MIC, UNKO,USNO, dan SCA. Parti Bersatu Sabah (PBS) ditubuhkan oleh Joseph Pairin Kitingan. Ia merupakan parti multi-etnik walaupun jelas kepimpinanya dimonopoli oleh Bumiputera bukan Islam. Secara keseluruhannya, proses politik di Sabah turut memperlihatkan kewujudan parti-parti politik berasaskan kepentingan kelompok etnik tersebut. Usaha-usaha untuk memupuk perpaduan etnik melalui kerjasama politik turut dijalankan. Kerjasama antara etnik dalam proses politik bukan suatu perkara yang mustahil.

(ii)

Mengenalpasti fasal- fasal dalam Perlembagaan berkaitan dengan unsur-unsur tradisi.

Unsur-unsur

tradisi

adalah

satu

kontrak

sosial

semasa

penggubalan

perlembagaan yang meliputi bahasa, agama, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera (Sabah dan Sarawak) serta pemerintahan beraja. Unsur-unsur tradisi adalah penting kerana ia telah wujud ratusan tahun sebelum perlembagaan diwujudkan pada tahun 1957. Ia juga berperanan menstabilkan system politik negara dan laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya Reid menekankan betapa pentingya perlembagaan mengambil kira faktor-faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum tahun 1957. Ini menunjukkan betapa pentingnya unsur-unsur tradisi sehingga

dilindungi di bawah Akta Hasutan dan dianggap sebagai isu-isu sensitif yang dilarang daripada dijadikan isu perbincangan awam. Ia juga merupakan satu pra-syarat dan permuafakatan yang telah dipersetujui dan diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu. Ini bermakna orang Melayu diberikan hak istimewa, Islam menjadi agama persekutuan dan Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan sebagai prasyarat penerimaan hak kewarganegaraan oleh etnik bukan Melayu. Pra-syarat ini

menunjukkan bahawa pemimpin terdahulu telah menerima satu formula bagi menyelesaikan masalah yang wujud tanpa melibatkan konflik antara etnik di Tanah Melayu pada ketika itu. Perkara-perkara yang menyentuh hubungan etnik dalam Perlembagaan Malaysia ialah: I. Perkara 3 iaitu agama Islam, namun agama lain bebas diamalkan II. Perkara 8 iaitu persamaan dan hak sama rata dan pengecualian peruntukan ini dalam soal agama, kedudukan istimewa Melayu dan seumpamanya.

III. Perkara 10 (4)

iaitu batasan hak kebebasan bersuara daripada

menyentuh kedudukan Raja-Raja, Islam, orang Melayu, kewarganegaraan dan seumpamanya. IV. Perkara 38 iaitu kuasa Majlis Raja-Raja menghalang Parlimen membuat undang-undang yang menyentuh kedudukan Raja-Raja Melayu, orang Melayu dan bahasa Melayu dan Islam. V. Perkara 150 (6a) iaitu kedudukan Agama Islam, Adat istiadat Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, kewarganegaraan meskipun dalam keadaan darurat. VI. Perkara 152 iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tanpa menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka. VII. Perkara 153 iaitu kedudukan istimewa orang-orang Melayu tanpa

menafikan kedudukan yang sah kaum lain.

Begitu juga Perjanjian Malaysia yang dibuat pada tahun 1963, merupakan satu persetujuan yang telah disepakati antara pemimpin Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Ia lebih dikenali sebagai Perkara Dua Puluh yang mengandungi tuntutan Sabah dan Sarawak yang bersetuju untuk menyertai Malaysia. Antara yang terkandung dalam Perkara Dua Puluh ialah mengenai imigresen, bahasa, kewangan dan hak istimewa Bumiputera Sabah dan Sarawak. Ia boleh dirujuk dalam Senarai II dan Senarai III serta yang berkaitan dengan peruntukan tambahan bagi Sabah dan Sarawak. Unsur-unsur tradisi difokuskan kepada tiga: (i) Perkara 152 iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tanpa menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka. Namun, perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa lain dan seterusnya

memperuntukkan bahawa tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan

daripada menggunakan (selain daripada maksud rasmi) atau mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain. Begitu juga kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan pembelajaran bahasa lain dalam persekutuan. (ii) Perkara 3 iaitu agama Islam ialah agama persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman di mana-mana bahagian persekutuan. Kebebasan beragama ini dijamin dalam perlembagaan terhadap semua agama iaitu setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya dan bahawa setiap agama mempunyai hak untuk menguruskan hal-ehwal agamanya sendiri, menubuh dan menyelenggara institusi bagi maksud agama atau khairat, dan memperolehi dan memiliki harta benda serta

memegang dan mentadbirnya mengikut undang-undang. (iii) Perkara 153 iaitu kedudukan istimewa orang-orang Melayu tanpa menafikan kedudukan yang sah kaum lain. Perkara ini juga melindungi kaum-kaum lain iaitu adalah menjadi tanggungjawab Yang Di Pertuan Agong untuk melindungi juga hak-hak mereka yang sah menurut peruntukan lain. Begitu juga perkara ini tidak boleh dilaksanakan jika ia mengakibatkan kehilangan sebarang jawatan awam yang dipegang oleh sesiapa atau penarikan sebarang biasiswa atau keistimewaan yang dinikmati oleh kaum lain atau perlucutan atau penamatan permit lesen yang dipegang olehnya. Lain-lain kedudukan istimewa orang Melayu termasuklah peruntukkan Perkara 86 dan 90 berhubung dengan tanah rizab orang Melayu, yang mana memberi kuatkuasa undang-undang perlembagaan kepada undang-undang sedia ada berkenaan perkara melindungi tanah rizab orang Melayu dari

diselenggarakan oleh orang bukan Melayu. Perjanjian sosial atau social contract ini perlu diterima oleh semua rakyat Malaysia tanpa perlu mempersoalkannya lagi. Melalui pembudayaan sikap ini, secara langsung ia dapat menghindarkan negara Malaysia daripada berada dalam keadaan tidak stabil yang boleh merosakkan perpaduan yang sudah sedia terjalin

Rujukan Scribd, Inc. (2011). Kerjasama politik dan hubungan etnik. Dipetik pada Mac 4, 2011 dari http://www.scribd.com/doc/58420565/Kerjasama-Politik-Dan-Hubungan-new Shamsul Amin Baharuddin. (2008). Modul Hubungan Etnik. Kuala Lumpur, Malaysia: MASKHA SDN. BHD Slideshare, Inc. (2011). PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HE. Dipetik pada Mac 4, 2011 dari http://www.slideshare.net/kaichew/tajuk-6-perlembagaanpresentation Slideshare, Inc. (2011). PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA. Dipetik pada Mac 4, 2011 dari http://www.slideshare.net/emkay84/hubungan-etnik-2011-perlembagaanmalaysia-dalam-konteks-hubungan-etnik-di-malaysia

You might also like