You are on page 1of 1

KELUARGA 96 Mengisahkan sekumpulan krew penggambaran di sebuah rumah terpencil dalam sebuah kampung.

Babak yang ingin dilakonkan ialah di sekitar ruang tamu. Watak yang terlibat untuk babak ini ialah mak (Fatimah), ayah (Ali), adik (Siti), abang (Husin) dan pengarah (Abu). Husin : Woi ! bukak pintu ni !! (berulang kali) Cepatlah!! (mengetuk pintu dengan kuat) Mak : Siti, cepat bukak pintu (sambil melipat kain)...cuba tengok apa hal dengan abang kamu tu..(dengan lembut) Siti : Baik mak. (berjalan sambil menuju ke pintu) Mak, abang mak..(berpaling ke arah mak memberitahu bahawa abang sudah pulang) Husin : Woi ! dah lama aku memekik depan pintu ni !! (nada tinggi)..kau pekak ke Siti ??!! Siti : Maaf abang.

Husin : (berjalan terhuyung-hayang mabuk menuju ke depan mak) Mak ! aku nak duit ! Bagi aku duit ! duit ! duit! duit ! Mak : Husin, kau nak buat apa dengan duit ? (nada lembut)...mak mana ada duit.

Husin : aaaahhhhh !!! (nada tinggi)...aku tak peduli ! jangan cakap banyak ! aku nak duit ! duit! duit! (sambil menghempas meja, kerusi dan barang- barang yang ada di ruang tamu). Ayah : Husin !!! apa hal dengan kau ni ??! anak tak guna !! ( berjalan dengan cepat menuju ke husin dan menampar dengan kuat). Pengarah: Cut ! Cut ! Cut ! salah, salah! Bukan ini yang aku hendakkan...! ulang semula babak ! Setiap babak ini dilakonkan semula dengan pelbagai variasi penyampaian dialog. Berikut ialah babakbabaknya. 1. Babak perlahan 2. Babak beremosi 3. Babak pantas. 4. Babak tunggang-langgang

You might also like