You are on page 1of 9

Unit 2

Keputusan untuk Melintas dengan Selamat


Tajuk 1 Kemahiran : Melintas dengan Selamat : Fokus Utama : 3.1 Aras 1 (ii) Fokus Sampingan : 8.2 Aras 2 (i) PKJR : 7.1.3 : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ; 1) menyatakan maklumat dengan ayat yang sesuai.

Tahun 3

Objektif

2) membina dan menulis ayat tunggal serta ayat majmuk untuk membentuk perenggan dengan betul. 3) menyatakan tempat melintas yang selamat untuk pengguna jalan raya. Aktiviti Sistem Bahasa : ( Rujuk muka surat 28 29 ) : Tatabahasa Kosa kata ayat tunggal ayat majmuk selekoh warden trafik lintasan belang

Pengisian Kurikulum : Ilmu Pendidikan Moral Nilai hemah tinggi KBT KB : membuat keputusan TKP : visual ruang Media Pengajaran Buku Aktiviti Refleksi : Media 2.1 ( Kad Imbasan Gambar ) Media 2.2 ( Kad Kuiz ) : Aktiviti 3 ( Menjawab soalan ) : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran )

27

Unit 2
Keputusan untuk Melintas dengan Selamat
Tajuk 1 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Melintas dengan Selamat 1. Berinteraksi dengan murid untuk mengingat kembali kemahiran dan ilmu yang diperlukan untuk melintas jalan raya dengan selamat; lima langkah melintas jalan dengan selamat berkongsi pengalaman mereka yang mengaplikasikan lima langkah melintas jalan raya dan cara-cara meningkatkan keselamatan. 2. Murid melakonkan watak ibu dan anak melintas jalan raya. Murid menyatakan cara-cara melintas jalan yang selamat; berpimpin tangan memilih tempat yang paling selamat untuk melintas seperti jejantas, blok pertengahan, persimpangan, tempat melintas yang disediakan (lintasan belang, lintasan sekolah dan lintasan pejalan kaki berisyarat) melintas jalan di tempat kamu boleh dilihat oleh pemandu dan boleh melihat kenderaan yang datang dari semua arah, berhenti dan undur setapak ke belakang sebelum melintas berjalan dan tidak berlari semasa melintas. 3. Menyatakan maklumat menggunakan ayat yang sesuai tentang tempat selamat yang boleh dipilih oleh pejalan kaki untuk selamat melintas menggunakan Media 2.1; blok pertengahan persimpangan tempat melintas yang disediakan, seperti lintasan belang, lintasan sekolah dan lintasan pejalan kaki berisyarat jejantas jalan yang mempunyai pembahagi jalan tempat yang mempunyai pulau pelindung lintasan kanak-kanak yang dikawal oleh warden.

Tahun 3
Catatan/Media/BBM

Media 2.1 Kad Imbasan Gambar

Nota guru:Sentiasa mengingatkan murid bahawa mereka perlu dibantu atau ditemani oleh orang dewasa sewaktu berada berhampiran dengan jalan raya dan semasa melintas jalan raya.

28

Unit 2
Keputusan untuk Melintas dengan Selamat
Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 4. Murid berkongsi pendapat dan berbincang tentang tempat melintas yang tidak selamat: Contohnya: jalan raya yang berselekoh menyebabkan pemandu sukar melihat pejalan kaki. tidak terdapat penanda jalan lalu lintas di bulatan datang dari semua arah apabila lampu isyarat tidak berfungsi atau tiada isyarat orang merah atau hijau jalan terlalu lebar untuk dilintasi terus apabila laluan pejalan kaki tamat secara tiba-tiba tidak terdapat kemudahan melintas jalan tidak terdapat laluan pejalan kaki. 5. Murid membuat perbandingan antara tempat yang selamat dengan tidak selamat untuk melintas. Senaraikan kelebihan atau kebaikan menggunakan tempat yang selamat untuk melintas; pejalan kaki boleh dilihat oleh pengguna jalan raya yang lain pejalan kaki boleh melihat kenderaan pemandu dan penunggang motosikal akan memperlahankan kenderaan di tempat melintas 6. Murid menyatakan bahaya yang akan timbul jika tidak menggunakan tempat melintas yang disediakan; pemandu sukar melihat pejalan kaki pemandu tidak mempunyai cukup masa untuk memperlahankan kenderaan mereka bagi mengelakkan perlanggaran pejalan kaki tidak dapat melihat kenderaan yang datang dari semua arah. 7. Murid membentuk dua kumpulan, A dan B untuk mengambil bahagian dalam kuiz keselamatan jalan raya. Murid perlu menjawab betul atau salah dan menerangkan jawapan mereka. Setiap jawapan yang betul akan diberi satu markah. 8. Murid membina ayat tunggal dan ayat majmuk yang betul untuk membentuk perenggan dalam Aktiviti 3.

Tahun 3
Catatan/Media/BBM

Media 2.2 Kad Kuiz

Buku Aktiviti ( Aktiviti 3 )

29

Unit 2
Keputusan untuk Melintas dengan Selamat

Media 2.1 Kad Imbasan Gambar

blok pertengahan

persimpangan

lintasan belang

lintasan belang dengan warden trafik

lintasan pejalan kaki berisyarat

jejantas

pembahagi jalan
30

pulau pelindung

Unit 2
Keputusan untuk Melintas dengan Selamat

Media 2.2 Kad Kuiz

Sentiasa berwaspada

Gunakan kemudahan untuk melintas jika ada

Sentiasa gunakan lima langkah untuk melintas

BETUL

SALAH

BETUL

SALAH

BETUL

SALAH

Jangan berlari ketika melintas

Pemandu sentiasa boleh melihat kita

Sentiasa berjalan bersama-sama orang dewasa

BETUL

SALAH

BETUL

SALAH

BETUL

SALAH

Jalan raya bukan tempat bermain

Kanak-kanak boleh melintas sendirian

Kemalangan boleh dielakkan jika kita berhati-hati

BETUL

SALAH

BETUL

SALAH

BETUL

SALAH

Langkah pertama melintas ialah undur setapak ke belakang

Pemandu mungkin tidak dapat melihat kanak-kanak dengan jelas

Kita hendaklah lebih berhati-hati ketika hari hujan

BETUL

SALAH

BETUL

SALAH

BETUL

SALAH

Laluan kongsi selalunya digunakan oleh pejalan kaki sahaja

Jejantas ialah tempat yang paling selamat untuk melintas

Berhenti, Lihat, Dengar, Fikir, Berwaspada!

BETUL

SALAH

BETUL

SALAH

BETUL

SALAH

Pastikan sama ada selamat atau tidak sebelum melintas

Melintas tanpa orang dewasa adalah tidak selamat

Bermain di jalan raya adalah berbahaya

BETUL

SALAH

BETUL

SALAH

BETUL

SALAH
31

Unit 2
Keputusan untuk Melintas dengan Selamat

Aktiviti 3
Melintas dengan Selamat

Aktiviti 3 Membina ayat tunggal dan ayat majmuk dalam perenggan berdasarkan situasi.
Tempat melintas yang selamat Mengapakah tempat ini selamat? Lintasan ini selamat kerana apabila kanak-kanak ingin melintas, warden trafik akan mengawal lalu lintas. Keadaan ini akan membolehkan kanak-kanak melintas dengan selamat. Lintasan ini selamat kerana dikhaskan untuk pejalan kaki. Namun, pejalan kaki perlu memastikan semua kenderaan berhenti terlebih dahulu sebelum melintas.

Lintasan kanak-kanak yang dikawal oleh warden trafik

Lintasan belang

Lintasan dengan lampu isyarat

Lintasan ini selamat kerana apabila isyarat orang hijau menyala semua kenderaan akan berhenti sepenuhnya. Ketika itu pejalan kaki bolehlah melintas.

Tempat melintas yang tidak selamat

Mengapakah tempat ini tidak selamat? Melintas di bulatan adalah tidak selamat kerana kenderaan bergerak dari pelbagai arah. Keadaan ini merumitkan pejalan kaki untuk memastikan keadaan yang selamat sebelum melintas. Melintas di jalan yang berselekoh adalah tidak selamat kerana pemandu tidak dapat melihat pejalan kaki yang ingin melintas.

Di bulatan

Selekoh

Jalan yang lebar

Melintas di jalan raya yang lebar adalah tidak selamat kerana pejalan kaki tidak dapat melintas terus dalam masa yang singkat.

32

Unit 2
Keputusan untuk Melintas dengan Selamat
Tajuk 2 Kemahiran : Melaporkan Situasi Melintas yang Rumit : Fokus Utama : 2.2 Aras 2 (i) Fokus Sampingan : 10.1 Aras 1(i) PKJR : 7.1.8 : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

Tahun 3

Objektif

1) menyatakan dan menerangkan langkah menangani situasi yang rumit ketika melintas dengan bahasa yang betul. 2) menulis karangan jenis situasi menggunakan perkataan yang sesuai. 3) menyatakan langkah keselamatan untuk menangani situasi melintas yang sukar atau rumit. Aktiviti Sistem Bahasa : ( Rujuk muka surat 34 ) : Tatabahasa kata nama am kata adjektif Kosa kata stesen bas pekan sibuk jalan lurus

Pengisian Kurikulum : Ilmu PKJR Nilai rasional (membuat pertimbangan) KBT KB : menjana idea BCB : menulis Media Pengajaran Buku Aktiviti Refleksi : : Aktiviti 4 ( Menulis karangan ) : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran )

33

Unit 2
Keputusan untuk Melintas dengan Selamat
Tajuk 2 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Melaporkan Situasi Melintas yang Rumit 1. Murid melihat beberapa gambar tentang situasi melintas sama ada melalui media cetak atau media eletronik. 2. Murid dan guru membincangkan tentang situasi yang terdapat dalam gambar dan mengaitkan dengan situasi yang rumit. 3. Murid menyatakan dan menyenaraikan situasi melintas yang rumit hasil pemerhatian semasa dalam perjalanan pergi dan balik dari sekolah. 4. Murid dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil untuk memikirkan situasi rumit yang telah disenaraikan. Setiap kumpulan hendaklah membuat penyelesaian untuk menangani situasi yang rumit tersebut. Jalan penyelesaian yang dibuat boleh berdasarkan soalan-soalan berikut: Apakah masalahnya? Mengapakah hal ini menjadi satu masalah? Apakah yang mungkin berlaku? Apakah pilihan kamu? Apakah yang akan kamu lakukan? 5. Dua orang wakil daripada setiap kumpulan akan ke hadapan kelas untuk melaporkan hasil perbincangan. 6. Rumuskan sesi tersebut dan terangkan kepentingan mengambil keputusan yang selamat ketika melintas. Ingatkan murid bahawa mereka perlu sentiasa ditemani oleh orang dewasa apabila berada di jalan raya dan semasa melintas jalan. 7. Murid menulis karangan dalam Aktiviti 4 mengenai situasi rumit yang telah mereka dikenal pasti oleh mereka dan cara-cara menangani situasi tersebut berpandukan diksi-diksi yang diberi; stesen bas pekan sibuk jalan lurus.

Tahun 3
Catatan/Media/BBM

Buku Aktiviti ( Aktiviti 4 )

34

Unit 2
Keputusan untuk Melintas dengan Selamat

Aktiviti 4
Melaporkan Situasi Melintas yang Rumit

Aktiviti 4

Tulis karangan tentang menangani situasi melintas yang rumit dengan menggunakan diksi-diksi yang diberi: stesen bas pekan sibuk jalan lurus

Pengenalan

Pada cuti sekolah yang lepas, saya dan adik telah pergi ke rumah nenek di Teluk

Batik. Saya berasa sungguh gembira kerana dapat bertemu dengan datuk dan nenek.

Isi
Keesokan harinya, kami meminta kebenaran datuk dan nenek untuk bersiar-siar di tepi pantai. Kami berjalan di laluan pejalan kaki, untuk sampai ke tepi pantai.

Semasa berjalan, adik hendak membeli layang-layang yang dijual di seberang jalan. Saya mencari tempat yang selamat untuk melintas jalan. Walau bagaimanapun, saya tidak menemui tempat yang selamat kerana jalan raya agak sibuk pada waktu itu.

Saya menunggu dan memerhatikan kenderaan seterusnya cuba mencari ruang yang selamat untuk melintas.

Akhirnya, dengan bantuan seorang dewasa, kami dapat melintas di kawasan jalan raya yang lurus dengan selamat.

Penutup

Kini saya memahami betapa rumitnya untuk melintas di jalan yang berselekoh dan

tidak selamat. Saya juga menyedari betapa pentingnya mendapatkan bantuan orang dewasa untuk melintas jalan terutama semasa keadaan jalan raya yang sibuk.

35

You might also like