You are on page 1of 29

1.0.

Pendahuluan Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada pelbagai

kaum, etnik dan budaya. Setelah lebih setengah abad merdeka, Malaysia telah berjaya keluar daripada kepompong kumpulan negara mundur menjadi sebuah negara yang pesat membangun. Di Malaysia, terdapat banyak kaum dan etnik yang berbeza-beza seperti etnik Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Dusun dan sebagainya. Setiap kaum dan etnik yang terdapat di Malaysia hidup dalam keadaan yang harmoni dan mengamalkan budaya dan cara hidup tersendiri.

Istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethnos yang bermakna orang. Satu kumpulan etnik ditafsirkan secara sosial atas dasar ciri-ciri budayanya. Etnisiti ialah rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub-budaya yang jelas di mana anggotanya merasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama.

Dari segi bahasa, etnik boleh didefinisikan sebagai kaum atau bangsa dan dari segi istilah pula etnik boleh didefinisikan sebagai kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, etnik ialah berkenaan bangsa manusia dan ia juga tidak memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang unsur. Penggunaan istilah ras dan etnik sering kali digunakan secara berulangan walaupun ia membawa makna yang berbeza. Di Malaysia, kedua-dua istilah ras dan etnik sering kali dicampuradukkan dan digunakan secara bertukar-tukar sehingga maknanya menjadi lebih kurang sama. Orang Melayu, Cina dan India sepatutnya dikenali sebagai etnik juga dipanggil ras dalam kehidupan seharian.

Etnik dalam sesebuah kaum adalah berbeza dari aspek ciri-ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan mengenai kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hibuuran. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Melanau, dan pelbagai lagi boleh dianggap sebagai etnik. Etnik secara dasarnya bersikap etnosentrik iaitu menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah dan ganjil, berada ditahap rendah atau tidak bermoral.

Kesimpulannya, kepelbagaian etnik di Malaysia menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik berbanding negara-negara yang lain. Masyarakat di Malaysia terutama bakal pendidik perlu memahami dan mengetahui selok-belok budaya yang terdapat di negara kita supaya akan terus kekal dan harmoni sebagai sebuah negara yang mempunyai identiti nasional dan jati diri sebagai sebuah negara bangsa Malaysia.

2.0.

Pengenalan Kadazandusun Kadazan atau Dusun merupakan kumpulan etnik (bumiputera) yang terbesar di

Negeri

Sabah.

Masyarakat

ini

merupakan

golongan

petani,

tetapi

dengan dan

perkembangan sosio- ekonomi yang dicapai oleh negara Malaysia sekarang, masyarakatini beransur-ansurberalih ke bidang perkhidmatan, perniagaan pertanian moden.

Sebelum Sabah merdeka melalui Malaysia, masyarakat Kadazan/Dusun dikenali sebagai Dusun, iaitu nama yang diberi oleh orang luar kepada mereka. Setelah mencapai kemerdekaan, mereka menggunakan nama "Kadazan" secara rasmi sebagai identiti mereka. Tetapi, oleh 'kerana masih terdapat etnik dari pedalaman yang berpendirian mendukung identiti "Dusun", istilah "Kadazan"dan "Dusun"dipersatukan menjadi "Kadazandusun" untuk memupuk dan menyatupadukan semangat "kesatuan" dalam kalangan mereka.

Banci pada tahun 1991 menunjukkan bahawa dari jumlah 1,8 juta orang penduduk Sabah, terdapat 372 089 orang Kadazandusun. Anggaran jumlah penduduk
3

Kadazandusun pada tahun1994 bertambah menjadi 433,600 orang, yang mana ianya terbahagi dalam dua kumpulan etnik iaitu Kadazan/Dusun dan Murut. Sebilangan besar dari mereka terdapat di daerah Penampang, Putatan, Kawang, Papar, Kimanis, Bongawan, Beaufort, Kuala penyu, Tuaran, Tamparuli, Kota Belud, Kota Marudu, Kudat. Pitas, Labuk Sugut, Paitan, Telupid, Ranau, Tambunan, Keningau, Tenom, Sook, Pensiangan dan Ulu Kinabatangan.

Menurut Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA) dan di dalam perlembagaannya, Kadazandusun merujuk kepada empatpuluh etnik seperti berikut: Bonggi,Lingkabau,Nabai,Tatana,Bundu,Liwan,Paitan,Tangara,Dumpas, Lobu, Pingas, Tidong, Gana, Lotud, Rumanau, Tindal, Garo,L undayo, Rungus, Tobilung,Iban, Makiang,Sinobu,Tolinting,Kadayan,Malapi,Sinorupu,Tombonuo,Kimaragang,Mangkaa Sonsogon,Tuhawon,Kolobuan, Minokok,Sukang,Tutung,Kuijau, Murut, Sungai dan Bisaya. Kesemua etnik ini mempercayai bahawa mereka berasal dari Nunuk Ragang,iaitu satu petempatan awal Kadazan/dusun yang terletak di Kawasan perkampungan Tompios dalam daerah Ranau.

Sesungguhnya, kaum Kadazandusun ini memiliki banyak budaya yang boleh diwarisi contohnya dari segi asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun, bahasa, pakaian tradisional, muzik berunsurkan tradisional, corak kehidupan masyarakatnya, tarian tradisional dan kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya Kadazandusun ialah Perayaan Pesta Kaamatan yang diadakan pada setiap tahun.

Dalam aspek asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun menjelaskan tentang kelahiran kaum Kadazand/usun dan lagenda kelahiran kaum ini bermula dari "Nunuk Ragang" sehinggalah kepada perkembangan dan penyebaran suku kaum ini ke seluruh pelusuk negeri Sabah yang telah banyak mempengaruhi sosio
4

budaya mereka mengikut tempat yang baru, contohnya dari aspek bahasa dan corak kehidupan mereka. Mengikut statistik, terdapat lebih kurang 40 etnik yang terdapat dalam suku kaum Kadazandusun.

Kesimpulannya, masyarakat Sabah mempunyai pelbagai etnik yang unik dan Kadazandusun merupakan salah satu etnik yang terbesar di Sabah. Kepelbagaian etnik ini membolehkan kita mengenali budaya sesebuah kaum serta dapat membantu kita untuk mengkaji mengenai cara hidup seharian etnik tersebut dengan lebih mendalam.

2.1.

Struktur Masyarakat/kelas sosial

Struktur merupakan istilah yang berasal daripada bahasa Latin iaitu structum yang membawa maksud menyusun. Oleh itu, struktur sosial membawa maksud susunan dalam masyarakat. Struktur sosial merupakan susunan daripada unsur-unsur sosial yang menjadi perkara asas dalam sesebuah masyarakat iaitu kelompok, kelas sosial, nilai dan norma sosial, serta lembaga sosial. Struktur sosial juga merupakan sebuah ruang abstrak dalam masyarakat.
5

Selain itu, struktur sosial juga merupakan susunan ekonomik atau kebudayaan kumpulan-kumpulan sosial. Di Malaysia, setiap bangsa mempunyai struktur masyarakat yang berbeza mengikut perbezaan bangsa.

Terdapat dua cara untuk menganalisis struktur sosial iaitu:


2.1.1. Melalui keturunan atau kasta, tingkat pendidikan, kekayaan dan usia.

Pembahagian ini dinamakan sebagai stratifikasi sosial iaitu perbezaan tahap. Dalam konteks negara kita, struktur sosial ini dapat dilihat pada tatatingkat pendidikan, kekayaan dan usia.
2.1.2.

Suku bangsa, ras, golongan atau kelompok, jenis keluarga, agama dan sebagainya dan pembahagian ini dinamakan perbezaan sosial (perbezaan fungsi dan adat)

Status, kedudukan individu atau kelompok dalam struktur sosial tidak bersifat statik sehingga berlaku perubahan. Perubahan posisi dalam struktur dalam struktur sosial yang dialami oleh individu atau sesebuah kelompok dikenali sebagai mobiliti sosial. Selain itu, terdapat juga kriteria sosial dalam masyarakat yang meliputi aspek pendidikan, profesion atau pekerjaan serta keturunan dalam kasta dan kriteria ini adalah berbeza mengikut etnik yang terdapat di Malaysia.

Di Sabah, terdapat pelbagai jenis etnik. Dusun merupakan salah satu etnik yang terdapat di Sabah. Dusun/Kadazan merupakan etnik utama yang terbesar di negeri Sabah. Secara umumnya, ianya merupakan koleksi kelompok etnik yang bertutur dalam
6

bahasa dan dialek yang hampir sama. Begitu juga dari segi budaya kepercayaan tradisi. Di dalam Dusun/Kadazan sendiri terdapat sekurang-kurangnya 10 bahasa yang mempunyai lebih dari 30 jenis dialek

Kaum Kadazan-Dusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah dan berasal daripada Indo-China. Kaum etnik ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional. Terdapat 27 suku kaum di dalamnya. Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun, Rungus, Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan sebagainya. Kadazan Dusun membentuk 30 peratus populasi Sabah yang terdiri daripada dua kaum, Kadazan dan Dusun digabungkan bersama kerana berkongsi bahasa dan budaya yang serupa. Bagaimanapun, bezanya etnik Kadazan tinggal di kawasan lembah dan secara tradisi terlibat dalam penanaman padi, sementara etnik Dusun tinggal di kawasan pergunungan di pedalaman Sabah.

Kumpulan etnik yang terbesar adalah suku kaum Dusun yang merupakan satu pertiga dari penduduk Sabah. Suku kaum Dusun yang tinggal di pantai barat seperti Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud dan juga di lembah bukit di Ranau, Tambunan, dan Keningau adalah petani tradisi yang menanam padi sawah dan huma. Sesetengah dari mereka memburu serta menangkap ikan sungai. Mereka kebanyakan bertempat di sekelilingi kawasan lembah pantai barat dan kawasan pendalaman.

Lazimnya masyarakat daripada subetnik yang disebut di atas adalah berasal (mendiami) daripada kawasan-kawasan (daerah) tertentu umpamanya Kimaragang di daerah Kota Marudu, Lotud di daerah Tuaran, Orang Sungai di daerah Kinabatangan, Sugut, Paitan dan Pitas. Bagi Orang Sungai yang tinggal di daerah Pitas, mereka menganut agama Islam manakala daerah-daerah lain seperti Kinabatangan Orang Sungai turut menganut agama-agama lain. Masyarakat Lotud (Suang Lotud) turut mendiami kawasan Pantai Barat Selatan negeri Sabah terutamanya Tuaran, Tamparuli, Telipok dan dan sedikit di Kota Belud (Tampasuk).

Mereka hidup secara kolektif dengan mendiami rumah panjang yang mengumpulkan beberapa keluarga, iaitu antara 150 - 200 orang. Walau bagaimanapun, pada masa kini, rumah panjang jarang dilihat dalam etnik ini. Kebanyakannya telah mengalami pembangunan fizikal dan mental. Istilah Kadazan-Dusun ini wujud dari hasil penggabungan etnik Kadazan Dusun serta beberapa etnik kecil lain. Penggabungan ini adalah akibat pertelingkahan politik. Walau bagaimanapun, perbezaan antara kaum Kadazan dan Dusun tidaklah begitu berbeza dan kasar.Beza antara bahasa Kadazan dan Dusun ialah seperti bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia.

Kesimpulannya, masyarakat etnik dusun ini hidup dalam kelompok masingmasing. Kebanyakan etnik dusun ini tinggal di kawasan pergunungan di Sabah berbanding etnik yang lain. Mereka mengamalkan cara hidup bertani dan menangkap ikan.

2.2.

Kepercayaan

Secara umumnya, kepercayaan bermaksud akuan akan benarnya terhadap sesuatu perkara. Biasanya, seseorang yang menaruh kepercayaan ke atas sesuatu pekara itu akan disertai oleh perasaan 'pasti' atau kepastian terhadap pekara yang berkenaan. Kepercayaan juga dapat didefinisikan sebagai satu keyakinan terhadap Tuhan, roh, perkara ghaib, atau suci yang mengakibatkan penyembahan. Kepercayaan dalam konteks psikologi adalah bermaksud suatu keadaan jiwa yang berkaitan dengan sikap berkedudukan-memihak (propositional attitude). Manakala dalam konteks agama pula, kepercayaan adalah sebahagian daripada batu asas pembangunan moral dan dikenali sebagai aqidah ataupun iman.

Walau bagaimanapun, kepercayaan itu dikatakan berkaitan dengan sikap berkedudukan-memihak, kerana melibatkan penekanan, penuntutan, dan jangkaan daripada seorang individu mengenai kebenaran sesuatu. Kebenaran yang dituntut itu mungkin sahih, dan mungkin palsu secara objektif, tetapi bagi individu yang berkenaan ia adalah sahih.

Bagi etnik di Malaysia, kepercayaan adalah berbeza-beza. Bagi masyarakat Dusun di Sabah mereka mengamalkan kepercayaan animisme iaitu sebelum kedatangan agama Kristian dan agama Islam. Kepercayaan ini diwarisi berasaskan fahaman dan adat "pagan" kaum. Bagi masyarakat Dusun, Kinorohingan adalah satusatunya Tuhan mereka yang bersemayam di dunia lain. Mengikut kepercayaan kaum kadazandusun juga, Kinorohingan merupakan tuhan di mana mereka meminta sesuatu
9

seperti keselamatan dan perlindungan dari sebarang penyakit. Kinorohingan juga dapat menghalang pengaruh kuasa ghaib seperti "Roogon" atau syaitan. Masyarakat kadazandusun mempercayai bahawa roh orang mati akan pergi ke Gunung Kinabalu dan apabila tiba masanya roh itu akan pergi ke syurga atau neraka.

Di samping itu, setiap tahun selepas menuai padi, masyarakat dusun mengadakan upacara "Magavau" iaitu upacara kesyukuran bagi menghormati semangat padi. Upacara ini dijalankan oleh "Bobohizan" atau ketua bomoh dengan membaca mentera.. Walau bagaimanapun, pada masa kini, kebanyakan masyarakat Kadazandusun adalah penganut agama Kristian dan sebahagian daripada mereka juga beragama Islam.

Secara tuntasnya, setiap masyarakat mempunyai kepercayaan masing-masing dan masyarakat Dusun di Sabah juga mempunyai kepercayaan atau pegangan mereka sendiri. Setiap kepercayaan atau pegangan dalam sesebuah etnik atau masyarakat adalah bermula sejak turun-temurun dan pendedahan mengenai kepercayaan masingmasing kepada etnik lain dapat mengelakkan berlakunya sebarang salah faham terutamanya dalam kalangan pelajar di sekolah.

10

2.3.

Bahasa

Bahasa ialah satu wahana perhubungan dan komunikasi antara manusia. Sebagai keperluan sosial, bahasa adalah alat penting untuk menyampai maksud, ia juga sistem lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan manusia sebagai alat untuk berhubung manakala dialek ialah satu variasi bahasa yang ditentukan mengikut wilayah dan ditutur bergantung kepada tempat seseorang itu dilahirkan (S.Nathesan, 1995). Menurut Dr. Jacqueline Pugh-Kitingan (1987), keluarga Dusun menggunakan empat belas bahasa pertuturan.

Antara bahasa Dusun ialah Liwan, Tagas, Dusun Tambunan, Tuhauwon dan Kuruyou. Bahasa Dusun Liwan tertumpu di daerah RanauBahasa merupakan salah satu Dari aspek bahasa, perbezaan loghat, sebutan dan ejaan banyak dipengaruhi mengikut etnik tertentu. Contohnya, sebutan dan ejaan suku kaum Kadazandusun dari satu daerah dengan daerah lain di negeri sabah adalah berlainan tetapi masih
11

membawa erti dan makna yang sama. Bahasa Dusun hampir menyerupai bahasa Kadazan tetapi terdapat sedikit perbezaan terutamanya dari segi ejaan dan sebutan. Contohnya "sembilan" yang disebut "siam" dalam bahasa Dusun dan "sizam" dalam bahasa Kadazan.

Walau bagaimanapun, terdapat juga perkataan yang berbeza tetapi maksud yang sama contohnya "dimana" yang disebut "hinonggo" dalam bahasa dusun dan "hinombo" dalam bahasa Kadazan atau "rumah" yang disebut "walai" dalam bahasa Dusun dan "hamin" dalam bahasa Kadazan. Walaupun kedua-dua bahasa ini berbeza tetapi kebanyakan suku kaum Dusun/Kadazan menggunakan kedua-dua bahasa ini dalam perbualan seharian.

2.4.

Adat Resam

Adat resam merupakan peraturan yang sudah diamalkan sejak turun-temurun lagi dalam sesebuah masyarakat sehinga menjadi hokum dan peraturan yang harus dipatuhi. Adat resam juga menjadi kebiasaan yang diwarisi dalam sesebuah masyarakat dan kepentingannya dalam sesebuah etnik tidka dapat dinafikan lagi. Adat merangkumi keseluruhan aspek kelahiran, perkahwinan sehingga kematian dalam hidup semua masyarakat di Malaysia.

Kaum Dusun di Sabah mempunyai banyak amalan adat resam dan tradisi yang diwarisi berasaskan fahaman dan agama adat "Pagan" kaum Dusun. Prof. Madya Abu

12

Hassan Sham (1987) melaporkan Prof. Dr. Mohd. Taib Osman menyatakan tradisi ialah suatu yang diwarisi daripada nenek moyang.

Antara ciri-ciri fahaman tradisi masyarakat Dusun yang dianggap baik ialah kaum ini mempercayai adanya alam ghaib seperti Tuhan dan setiap perbuatan mempunyai balasan baik buruknya. Bagi masyarakat Dusun, Tuhan ialah "Kinorohingan" dan mempunyai meminta kuasa tertinggi dari segala sebarang sesuatu. penyakit Tuhan tempat mereka mengkomunikasi atau meminta sesuatu khususnya kesihatan, keselamatan dan perlindungan daripada serta kinorohingan dapat menghalang pengaruh kuasa ghaib seperti syaitan atau "Roogon" dalam bahasa Dusun. Ini jelas terbukti dalam upacara-upacara masyarakat Dusun, contohnya apabila membuka tanah baru untuk pertanian, membina rumah dan masuk rumah baru, mengubati orang sakit, upacara memulakan menuai padi dan sebagainya, semuanya dimulai dengan mentera dan pemujaan kepada Kinorohingan.

Menurut Ismaily Bungsu(1988) kepercayaan kaum Dusun atau Kadazan tentang kinorohingan ialah kinorohingan bersemayam di luar sebagai Tuhan dan dikaitkan dengan beberapa lagenda khususnya hal-hal berkaitan dengan mentera pemujaan.

2.4.1.

Perkahwinan

Dalam konteksi komunikasi, ibu bapa bertanggungjawab memilih bakal isteri anak lelakinya. Setelah peminangan diterima oleh pihak keluarga perempuan, majlis perkahwinan akan dilakukan pada masa yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak dan lazimnya dilakukan pada waktu malam di rumah pengantin perempuan. Pada malam pertama si suami harus bermalam di rumah keluarga isterinya dan kemudiannya pasangan pengentin ini akan diarak ke rumah keluarga lelaki dan perempuan selama
13

tiga kali berturut-turut. Sebelum pengantin dibenarkan masuk ke dalam rumah, pihak tuan rumah keluarga lelaki atau perempuan menyanyi atau "Selakohan Sinding" dan dibalas oleh rombongan. Selakohan sinding ini bertujuan menyambut kedatangan rombongan pengantin baru tetapi diluahkan dalam bentuk nyanyian. 2.4.2. Mendiri dan Masuk Rumah Baru Mendirikan dan masuk rumah baru hendaklah dimulai dengan upacara "Tumedek" atau menanda. Upacara ini hendaklah dilakukan pada hari-hari penting bagi masyarakat Dusun yang dipanggil "Tadau Rampagas, Tanob, Selimpunan do kesilau, Selimpunaan Tadau Daat, Selimpunaan Tulan Daat, Kepuposan Tulan Daat dan Selimpunan Tulan Kelimo". Begitu juga dengan masuk rumah baru harus pada hari-hari yang terpilih dan diiringi dengan upacara sembahyang doa atau Megembawon / Mengendi. Upacara ini dilakukan oleh golongan tua yang mahir untuk mengendi. Lazimnya golongan perempuan yang melakukan upacaramegendi dan bukan daripada golongan lelaki.

2.4.3.

Hari Keluarga atau "Meginakan" Dusun mempunyai ahli upacara perpaduan dan keluarga satu yang

Masyarakat dipanggil meginakan.

Semua

kelurga
14

dijemput

upacara

menyembahyangkan mereka mengambil

arak Gampian bambu atau

Kinomolyang "Telutuk"

diketuai dipukul

oleh

mereka

yang bagi

mahir megendi serta dijalankan pada waktu malam. Setelah selesai upacara tersebut, untuk "Tontongon" mengeluarkan bunyi. Menurut kepercayaan mereka memukul bambu bertujuan memperbaiki dunia. Hari keluarga ini dihadiri semua ahli keluarga dan masyarakat kampung selama 7 hari berturut-turut.

2.4.4.

Ketian seorang lelaki yang menyebabkan seorang perempuan

Ketian ialah

mengandung tanpa sebab perkahwinan yang sah. Natijahnya lelaki dicaci dan dikehendaki membayar denda atau sogit berupa babi atau kerbau. Tujuannya menyejukkan panas dalam ahli keluarga dan masyarakat kampung serta memberitahu masyarakat kampung bahawa pesalah telah dihukum setimpal dengan kesalahannya.

2.4.5.

Mencuri atau "Manakau"

Pencuri dapat dikenal pasti dengan bantuan bomoh yang mahir melalui upacara "mengintutun". Alat-alat yang digunakan semasa mengintutun ialah telur ayam atau cermin. Semasa mengintutun, beberapa ahli keluarga dan masyarakat kampung datang sama-sama menyaksikan upacara mengintutun. Biasanya, bomoh akan memberitahu siapa yang mencuri dan biasanya tuduhan bomoh dipercayai oleh ahli keluarga dan majoriti masyarakat. Implikasinya, orang yang kena tuduh akan mendapat cacian dan celaan masyarakat kampung untuk beberapa waktu. Sebaliknya, pesalah yang melakukan kesalahan besar seperti mencuri kerbau boleh dihalau keluar "elohon" dari kampungnya.

2.4.6. Kahwin Bersaudara atau "Kepingaian Miadpinai"


15

Adalah menjadi kesalahan besar bagi masyarakat Dusun, jika seseorang lelaki atau perempuan berkahwin dengan seseorang yang dipercayai masih ada talian persaudaraan. Jika perkahwinan dilangsungkan juga, si lelaki dan perempuan akan dikenakan hukuman denda iaitu "Pitas" yang terdiri daripada 7 kerbau, 7 ayam, 7 perang, 7 tajau dan 7 mangkuk. Tujuannya ialah memutuskan tali persaudaraan untuk membolehkan mereka berkahwin. Pitas bagi lelaki hendaklah diberi kepada pihak keluarga perempuan dan pitasperempuan pula diberikan kepada keluarga lelaki. Pembayaran pitas ini dipanggil"Mesulak" atau sama-sama membayar denda (bertukartukar barang denda).

2.4.7.

Curang atau "Melapau"

Seorang lelaki atau perempuan yang telah berkahwin tidak boleh berlaku curang terhadap si suami atau si isteri . Jika berlaku kecurangan hendaklah dikenakan denda berupa kerbau atau babi. Tujuannya adalah dimakan bersama ahli keluarga yang dicuranginya iaitu isteri atau suami dan anak-anak.

2.4.8.

Kematian atau "Kepataiyen"

Bila kematian berlaku dalam masyarakat Dusun tradisi, ahli keluarga si mati akan memukul gong "Tontong sanang"yang bertujuan memberitahu ada kematian dalam ahli keluarga dan disertai turun dari rumah atau "menuhon" bertujuan cuba menahan roh simati atau kedwo-dwo melalui benda-benda yang diambil dipersekitaran halaman rumah si mati untuk disapukan di ubun-ubun kepala si mati dengan harapan si mati hidup semula. Selain itu, satu lagi alat komunikasi digunakan untuk memberitahu masyarakat kampung bahawa adanya kematian dalam sesebuah keluarga iaitu menggunakan buluh untuk dibunyikan atau "Mengarasapong".

16

Semasa si mati dibawa ke kubur, ahli-ahli keluarga akan meraung-raung dan memukul bekas letak si mati. Pada malam pada hari perkuburan, ahli keluarga akan mengadakan upacara memisah dengan menutup semua lampu dalam rumah. Tujuannya ialah agar roh si mati akan balik ke rumah untuk "megoit-megoit" atau membawa dan mengambil barang-barang milik si mati. Pada hari ketiga (3) pula, ahli keluarga simati mengadakan upacara pembahagian atau "Ikidan / angkiban" . Benda yang boleh dijadikan angkiban ialah ternakan dan tanaman. Tujuannya ialah mengadakan pembahagian harta untuk simati. Contoh narrator ialah " Anu bin Dia, ini saja bahagian mu. Jangan lagi ganggu kami". Pembahagian ini dilakukan dengan tangan kiri dan membelakang. Pada hari kelima atau ketujuh pula, upacara keselamatan yang dipanggil "Memagompi" melalui upacaramengendi dilakukan dengan bantuan sesorang yang mahir megendi.

17

3.0.

Isu-isu Ketidaksamaan Peluang Pendidikan Murid Peribumi di Malaysia

Pendidikan merupakan satu perkara penting di dalam kehidupan individu. Pada masa kini, pendidikan menjadi salah satu teras utama dalam menentukan arah tuju pencapaian individu. Namun begitu, setiap individi mempunyai peluang pendidikan yang berbeza. Kenapa ini berlaku? Satu sebab kenapa hal ini berlaku adalah disebabkan oleh lokasi kedudukan individu tersebut. Sama ada individu tersebut berada di bandar ataupun di luar bandar. Kedua-dua ini mempunyai peluang pendidikan yang berbeza di mana pendudukan bandar mempunyai lebih peluang berbanding penduduk luar bandar. Pendidikan juga adalah satu proses di mana seseorang memperoleh banyak faedah sosial seperti pekerjaan, gaji yang mencukupi dan kuasa politik. Walau bagaimana pun semasa penjajahan British di negara kita, tidak semua pelajar mempunyai peluang bersekolah kerana pada masa itu sekolah dibahagikan mengikut kumpulan etnik, kelas sosial, kurikulum dan penempatan. Ketidaksamaan peluang dalam pendidikan bermaksud sekatan hak seseorang untuk mengembangkan potensinya.

Konsep diskriminasi atau ketidaksamaan ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok terhadap anggota atau kelompok etnik lain yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan
18

negatif. Diskriminasi ialah perbuatan membanding dan membezakan individu atau kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata. Ketaksamaan telah berlaku sejak dahulu lagi iaitu semasa sistem feudal. Rakyat bawahan atau marhain, golongan pembesar, dan golongan istana menerima sistem pendidikan yang berbeza. Konsep ini telah diteruskan lagi pada zaman penjajah. Golongan pembesar mewariskan kecerdikan sebaliknya anak petani dan orang kampung terus ketinggalan

Menurut Hassan Mat Nor (1998), istilah peribumi digunakan untuk merujuk kepada kumpulan etnik dalam sesebuah wilayah yang dituntut dan dipertahankan oleh sesebuah negara. Menurut beliau, kumpulan kaum yang diklasifikasikan sebagai Bumiputera meliputi orang Melayu di Semenanjung, orang Melayu, Iban, Bidayuh, Kayan, Kenyah, Kelabit serta orang Melayu, Kadazan, Dusun, Bajau, Suluk dan penduduk lain di Sabah. Manakala, orang Asli pula terdiri daripada tiga kelompok utama iaitu Kumpulan Negrito, Senoi dan Melayu-Proto.

Menurut Kamus Dewan (2007) peribumi diertikan sebagai penduudk asli dan juga Bumiputera. Justeru, dapat dirumuskan bahawa peribumi merupakan istilah umum yang digunakan bagi merujuk kepada semua kelompok manusia yang dianggap sebagai penghuni asal atau terawal di Malaysia.

Kumpulan etnik di Sabah terdiri daripada kumpulan terbesar iaitu Kadazan Dusun. Kumpulan Kadazan tinggal di kawasan lembah serta secara tradisi terlibat dalam penanaman padi, manakal kumpulan etnik Dusun tinggal di kawasan pergunungan di pedalaman Sabah. Kumpulan etnik yang kedua terbesar di Sabah ialah
19

Bajau yang asalnya berketurunan pelaut. Di Sarawak pula, kumpulan Iban merupakan kumpulan etnik terbesar di Sarawak. Majoriti kaum Iban tinggal di rumah panjang di lembah sungai dan masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban.

Berdasarkan tempat tinggal masyarakat Peribumi secara umumnya, kumpulan masyarakat ini kebanyakannya tinggal di jauh pedalaman, terutamanya di Sabah dan Sarawak. Disebabkan lokasi tempat tinggal masyarakat peribumi agak terpencil, maka sebahagian daripada mereka kurang terdedah kepada arus perubahan dalam bidang pendidikan khususnya. Mereka masih terikat kepada budaya kehidupan tradisional dan kurang menerima perubahan yang pesat selari dengan arus perubahan yang dialami oleh Malaysia.

Isu ketaksamaan peluang pendidikan ini wujud dalam kalangan kumpulan peribumi dari aspek jurang pencapaian murid dan jurang digital akibat lokasi tempat tinggal, latar belakang masyarakat dan status sosioekonomi. Selain itu, kemudahan asas dan infrastruktur yang serba kekurangan juga merupakan salah satu lagi faktor penduduk peribumi ini ketinggalan dalam aspek pendidikan. Di samping itu, tempat tinggal yang jauh dan terpencil dari sekolah dan sistem perhubungan yang kurang baik merupakan faktor yang menyebabkan kadar keciciran tinggi.

Secara tuntasnya, jika isu ketaksamaan peluang pendidikan ini dapat diatasi, pembangunan dalam sesebuah etnik dapat ditingkatkan dan jurang perbezaan antara peluang pendidikan di kawasan bandar dan kawasan pedalaman dapat dikurangkan di samping semua murid dapat menikmati kualiti pendidikan yang sama rata.

20

3.1. Langkah Mengatasi Isu Ketaksamaan Peluang Pendidikan dalam Kalangan Masyarakat Peribumi

Apa yang kita sedia maklum, banyak faktor yang menyebabkan masyarakat peribumi serta pedalaman tidak mendapat peluang pendidikan yang sama berbanding dengan 21

masyarakat yang berada di kawasan Bandar dan kampung. Oleh itu, pihak kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk menangani isu ini. Pihak kerajaan juga boleh melaksanakan pelbagai inesiatif yang lain untuk tangani isu tersebut. Bagi faktor yang pertama, iaitu faktor infrastruktur dan prasarana. Pihak kerajaan telah melaburkan jutaan ringgit untuk meningkatkan infrastruktur dan prasarana di sekolah pedalaman. Justeru, pihak kerajaan telah mengeluarkan sejumlah peruntukan untuk membuat penempatan-penempatan baru kepada masyarakat di kawasan pedalaman. Penempatanpenempatan ini akan dibina berdekatan dengan kawasan bandar dan kampung. Infrastruktur ini mestilah setaraf dengan infrastruktur yang terdapat di sekolah-sekolah kawasan bandar. Kemudahan yang paling penting sekali adalah bekalan elektrik. Kerajaan perlu berusaha untuk membekalkan bekalan elektrik yang sepenuhnya ke kawasan pedalaman. Seperti yang kita sedia maklum, bekalan elektrik di kawasan pedalaman hanyalah seketika sahaja. Terdapat juga beberapa sekolah di pedalaman hanya menggunakan generator untuk bekalan elektrik mereka. Jika masalah ini tidak diselesaikan, sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah akan terganggu akibat bekalan elektrik yang tidak mencukupi. Selain daripada bekalan elektrik, kerajaan juga perlu menyediakan kemudahan-kemudahan lain yang boleh melancarkan kehidupan masyarakat-masyarakat di pedalaman. Antaranya adalah bekalan air bersih dan juga klinik-klinik desa serta kemudahan-kemudahan di dalam bilik darjah itu sendiri untuk keselesaan pelajar dan juga guru. Seterusnya adalah faktor tenaga pengajar. Kerajaan perlu befikir wajar untuk menempatkan guru-guru di kawasan pedalaman. Majoriti guru-guru yang dihantar ke kawasan pedalaman pada masa sekarang ini sebenarnya tidak berminat untuk mengajar di sana. Kebanyakan mereka hanya inginkan elaun yang diberikan. Oleh itu, pihak kerajaan perlu

22

memilih tenaga-tenaga pengajar yang betul-betul ingin ke kawasan pedalaman dan mereka ini perlu diberikan lebih elaun. Ini akan mewujudkan suasana mengajar yang lebih kondusif. Tidak kira pihak kerajaan mehupun pihak swasta, pihak-pihak ini kena bergabung dan mencari jalan penyelesaian untuk mengubah pemikiran-pemikiran kolot masyarakat-masyarakat peribumi untuk mereka berfikir untuk masa hadapan. Untuk membantu dalam proses ini, golongan-golongan peribumi yang telah berjaya perlu memberikan motivasi dan bimbingan kepada mereka yang masih kuat berpegang kepada prinsip hidup mereka yang kolot tersebut. Mereka ini perlu menggerakan minda-minda masyarakat merka untuk berubah. Apa yang paloin penting sekali adalah, golongan-golongan yang telah berjaya ini mestilah tidak lupakan daratan. Kesimpulannya, semua pihak tidak kira kerajaan, swasta, NGO mahupun individu itu sendiri perlu memainkan perana yang penting untuk mengatasi masalah-masalah ketaksamaan peluang pendidikan di kalangan masyarakat peribumi. Semua pihak ini perlu menggembeling tenaga untuk mengatasi masalah ini. Ini perlu untuk memastikan golongan-golongan masyarakat peribumi tidak ketinggalan ke belakang sekali.

4.0 Penutup

23

Etnik merupakan sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir sama termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Melanau, dan pelbagai lagi kaum boleh dianggap sebagai etnik. Etnik pada dasarnya bersikap etnosentrik iaitu menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah dan ganjil, berada ditahap rendah atau tidak bermoral.

Isu

ketaksamaan

peluang

pendidikan

merupakan

isu

yang

telah

lama

dibincangkan. Ini kerana isu ini merupakan salah satu isu yang telah memberikan impak atau kesan yang besar terhadap status sosioekonomi terhadap sesebuah etnik dalam pencapaian akademik mereka. Ketaksamaan peluang pendidikan ini amat ketara perbezaannya dalam unsur-unsur kelas sosial, jantina serta kumpulan etnik yang lain yang disebabkan oleh faktor geografi dan pegangan budaya.

Walau bagaimanapun, pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan dan pihak tertentu untuk merapatkan kembali jurang pencapaian digital dan ketaksamaan peluang pendidikan melalui beberapa inisiatif yang telah dirancangkan. Secara tuntasnya, jika isu ketaksamaan peluang pendidikan ini dapat diatasi, pembangunan dalam sesebuah etnik dapat ditingkatkan dan jurang perbezaan antara peluang pendidikan di kawasan Bandar dan kawasan pedalaman dapat dikurangkan di samping semua murid dapat menikmati kualiti pendidikan yang sama rata.

24

5.0. Refleksi Kendiri

Nama: Nur Amirul Azima Bt Shamsuddin K/P : 890831-03-5974

25

Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya Nur Amirul Azima Bt Shamsuddin dan rakan seperjuangan saya Noor Haszwani Bt Yusof menyiapkan tugasan Budaya dan Pembelajaran EDU 3106. Tugasan ini diberi masa selama empat minggu iaitu bermula pada 14 Februari 2011 dan diserahkan pada 10 Mac 2011. Pensyarah pembimbing kami ialah Encik Shaddin b. Sabri. Terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing diatas tunjuk ajar dan kerjasama yang diberikan kepada kami. Tugasan ini memerlukan kami menghasilkan esei pendek dengan memilih Etnik Dusun sebagai kajian untuk mengkaji tentang struktur masyarakat atau kelas sosial, kepercayaan, bahasa dan adat resam. Melalui kajian ini, dapatlah saya dan rakan mengetahui serba sedikit tentang etnik ini.

Selain itu, kami juga diminta untuk menghuraikan isu- isu ketidaksamaan peluang pendidikan murid- murid peribumi di Malaysia. Langkah- langkah dinyatakan untuk mengatasi ketidaksamaan peluang tersebut. Tugasan ini perlu disiapkan sebelum kami menjalankan praktikum selama sebulan di sekolah.

Kerja kursus pendek ini akan membantu saya mengenal lebih rapat budaya bangsa yang terdapat di Malaysia. Saya berbangga menjadi rakyat Malaysia kerana Negara ini mempunyai pelbagai etnik dan budaya.

Akhir kata, ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan- rakan yang lain diatas kerjasama yang diberikan. Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya di kampung yang tidak pernah putus memberikan nasihat dan bimbingan kepada saya. Diharapkan tugasan ini memuaskan pihak penilai. Segala kekurangan akan kami perbaiki pada masa akan datang.
26

Sekian, terima kasih.

27

Nama : Noor Haszwani bt. Mohd Yusoff K/P : 890313-08-5728

Alhamdulillah rasa syukur ini dirafakkan kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya akhirnya saya bersama rakan saya iaitu Nur Amirul Azima bt Shamsuddin telah berjaya menyiapkan tugasan Budaya dan Pembelajaran (EDU 3106). Tugasan yang telah diberi selama 4 minggu ini telah bermula pada 14 Februari 2011 dan akan diserahkan pada 10 Mac 2011. Pensyarah pembimbing kami ialah Encik Shaddin bin Sabri.

Tugasan pada kali ini memerlukan kami untuk mengkaji mengenai etnik-etnik yang terdapat di Malaysia dan kumpulan kami telah ditugaskan untuk mengkaji etnik Dusun yang merupakan salah sebuah etnik yang terbesar di Sabah merangkumi aspek kajian mengenai struktur masyarakat atau kelas sosial, kepercayaan, bahasa dan adat resam. Melalui kajian yang telah dilakukan ini, kami telah dapat meneroka dan mengetahui sedikit sebanyak tentang etnik Dusun.

Di samping itu, kami juga perlu untuk menghuraikan isu- isu ketidaksamaan peluang pendidikan murid- murid peribumi di Malaysia serta cadangan langkahlangkah untuk mengatasi ketidaksamaan peluang tersebut. Tugasan ini telah memberi peluang kepada saya mengetahui mengenai isu pendidikan di Malaysia.

28

Akhir kata, saya berharap agar tugasan ini dapat membantu saya untuk mengetahui selok-belok mengenai etnik-etnik yang terdapat di Malaysia dan juga mengenai masalah ketaksamaan dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Sekian, terima kasih.

29

You might also like