You are on page 1of 33

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS Fakulti Pendidikan & Pembangunan Manusia

KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH


Siri Modul Pembelajaran
UNIT

TOPIK

TEORI-TEORI BERKAITAN KURIKULUM BILIK DARJAH


KUMPULAN KULIAH:

DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO. MATRIK TANDA TANGAN

NOORFAZILAH BT AZLAN NAPISAH BT HUSSIN NORAZLINA BT FUAD NURASHIKIN BT TUKIRAN NUR SYAHIDA BT RANI

L20112007393 L20112007394 L20112007395 L20112007396 L20112007397

PENSYARAH: DR. IKHSAN OTHMAN

SEMESTER 2 - SESI 2012/13

Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

KANDUNGAN

HALAMAN

Hasil Pembelajaran.............................................................................2 Peta Minda...........................................................................................2 Pengenalan..........................................................................................3 Konsep dan Pengertian Teori-teori Pembelajaran...........................4 Teori-teori Kurikulum dan Pengajaran..............................................8 Aplikasi Teori Dalam Amalan Pengurusan Kurikulum...................15 Bilik Darjah Kurikulum Merupakan Segala Bentuk Pembelajaran.....................20 Yang Terancang Yang Berlaku Di Dalam Bilik Darjah Isu-isu Berkaitan................................................................................23 Rumusan.............................................................................................24 Glosari.................................................................................................25 Bibliografi............................................................................................27 Latihan Kendiri Soalan Objektif........................................................................28 Soalan Esei..............................................................................29 Skema Jawapan.......................................................................30

Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

UNIT 2 TEORI-TEORI BERKAITAN KURIKULUM BILIK DARJAH

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pembelajaran topik ini, anda dapat: 1. 2. 3. 4. Memberi takrif konsep dan pengertian teori-teori pembelajaran Memahami teori-teori kurikulum dan pengajaran Mengaplikasikan teori dalam amalan pengurusan kurikulum bilik darjah Menerangkan bahawa kurikulum merupakan segala bentuk pembelajaran yang terancang yang berlaku dalam bilik darjah 5. Menilai isu-isu yang berkaitan dengan teori-teori kurikulum bilik darjah

PETA MINDA

TEORI-TEORI BERKAITAN KURIKULUM BILIK DARJAH

Konsep dan pengertian teori-teori pembelajaran

Teori-teori kurikulum dan pengajaran

Aplikasi teori dalam amalan pengurusan kurikulum bilik darjah

Kurikulum merupakan segala bentuk pembelajaran yang terancang di dalam bilik darjah
Isu berkaitan teori kurikulum bilik darjah

Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

PENGENALAN
Teori merupakan antara perkara asas kepada sesuatu bidang ilmu, termasuklah bidang psikologi pendidikan.Teori-teori pembelajaran dalam psikologi pendidikan memberi fokus kepada aspek-aspek pembelajaran dan daripadanya datang idea-idea dan prinsip-prinsip tertentu. Perkataan teori ini sebenarnya tidak asing bagi kita, malah adakalanya digunakan dalam percakapan atau perbualan seharian. Walau bagaimanapun penggunaan perkataan teori dalam perbualan seharian ini mungkin tidak menepati maksud teori yang sebenar. Apakah yang dimaksudkan dengan teori? Stanovich (1992) telah memberi satu definisi tentang teori, iaitu set konsep-konsep yang saling berkait, yang digunakan untuk menjelaskan sesebuah data dan untuk meramal keputusan kajian-kajian akan datang. Cohen, R pula mendefinisikan teori sebagai satu set pernyataan sejagat yang ada pertalian antara satu sama lain. Ia mengandungi definisi dan pernyataan yang menggambarkan pertalian antara dua perkara yang dianggap benar. Ia juga mengandungi ayat-ayat yang menggambarkan peraturan bagi membentuk satu pernyataan beru. Dalam erti kata lain, kita boleh maksudkan teori sebagai andaian-andaian ataupun hipotesis-hipotesis tentang sesuatu yang berdokongkan kajian. Manakala takrifan bagi kurikulum ialah, kurikulum menjadi ilmu teras dalam bidang pendidikan dan merupakan nadi penentu pada masyarakat akan datang. Bidang kurikulum berdiri di atas pelbagai cabang ilmu seperti pengurusan, ekonomi, sains, kejuruteraan, psikologi dan sosiologi. Kejayaan sistem pendidikan di sesebuah negara bergantung kepada reka bentuk kurikulumnya. Reka bentuk kurikulum yang unggul menjadikan negara itu maju dan membangun. Jadi, tidak hairanlah di kebanyakan negara maju berusaha membangunkan kurikulumnya sejajar dengan keperluan dan matlamat pembangunan negara. Reka bentuk kurikulum menjadi dasar bagi pengembangan potensi individu dan pembangunan sumber asli negara yang dipadankan dengan ilmu yang diperoleh melalui kurikulum. Aspek pengurusan kurikulum bilik darjah dengan matlamat pendidikan adalah saling berhubungkait dengan yang lain. Bagi merealisasikan matlamat pendidikan, semua pihak perlu berganding bahu bagi menjayakan pengurusan kurikulum bilik darjah yang berkesan. Pendidik dan bakal pendidik pula memainkan peranan utama bagi merealisasikan hasrat pendidikan negara melalui penterjemahan kurikulum dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu, seorang guru juga perlu mengetahui dan memahami elemen-elemen pengurusan kurikulum bilik darjah serta berusaha untuk menguasai kemahiran-kemahiran yang berkaitan. Kecekapan guru menjalankan peranannya akan mewujudkan suasana sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yang baik dan keadaan bilik darjah yang kondusif dapat meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

KONSEP DAN PENGERTIAN


2.1 Konsep Dan Pengertian Teori-Teori Pembelajaran

Menurut Robert M. Gagne (1970) mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan oleh proses pertumbuhan. Morgan dan King (1975) dalam buku Introduction to Psychology pula mentafsirkan pembelajaran sebagai sebarang tingkah laku yang kekal akibatnya pengalaman yang diperolehi atau latihan yang telah dijalani. Pembelajaran merupakan suatu fenomena utama yang melibatkan perkembangan dan pertumbuhan individu, kemajuan sesuatu kaum dan ketamadunan mereka. Kepentingan fenomena ini telah menyebabkan para cerdik pandai, umpamanya pendidik, ahli sains, psikologis dan fisiologis telah bersama-sama cuba menerokai fenomena ini supaya dapat dimanfaatkan dalam bidang pendidikan secara berkesan. Ekoran daripada cita-cita dan usaha inilah wujudnya pelbagai prinsip atau teori yang sekarang digunakan dalam bidang pendidikan. Terdapat pelbagai teori-teori pembelajaran yang boleh digunapakai oleh para pendidik bagi menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran dengan lebih berkesan. Konsep pembelajaran yang berlandaskan teori-teori pembelajaran masa kini boleh diklasifikasikan kepada lima mazhab yang utama, iaitu, behavioris, kognitif, konstruktivisme, sosial dan humanis. Teori pembelajaran merujuk kepada penjelasan tentang proses, prinsip dan hukum pembelajaran yang dihasilkan melalui kajian saintifik. Kepentingan teori pembelajaran adalah untuk menjelaskan bagaimana pembelajaran berlaku dan sebagai asas pembentukan strategi pengajaran. Pembelajaran juga merupakan suatu perubahan pada individu hasil daripada pengalaman (Slavin, 1991). Kita sebagai guru perlu membantu murid-murid dalam memfokus proses pemerhatian dan mental mereka supaya mereka boleh memperoleh pengetahuan asas dan kemahiran secara berkesan. Ini menyebabkan ahli psikologi telah membina pelbagai teori pembelajaran yang berbeza. Antara teori-teori pembelajarannya ialah:

2.1.1 Teori Pembelajaran Behavioris Teori ini diperkenalkan oleh tokoh-tokoh yang terdiri daripada Ivan Pavlov, Edward Thorndike dan B.F. Skinner. Ahli teori behaviorist menekankan peranan pengalaman dalam mentadbirkan tingkah laku. Dalam teori ini beberapa istilah diperkenalkan antaranya ialah pelaziman. Pelaziman merupakan suatu proses di mana tingkah laku organisma berkaitan dengan rangsangan daripada persekitaran. Ivan P.Pavlov, setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ialah sebarang tingkah laku yang timbul akibat rangsangan. Contohnya apabila guru memberikan arahan supaya berdiri, murid dengan cepatnya berdiri. Arahan itu ialah rangsangan, manakala tindakan berdiri itu ialah gerak balas. Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan antara rangsangan dengan gerak balas. Dalam contoh ini terdapat dua rangsangan; pertama ialah suasana pengajaran dan pembelajaran dan kedua ialah aspek emosi, iaitu rasa seronok dan gembira. Jadi, murid-murid mengaitkan satu rangsangan (suasana pembelajaran) dan satu lagi rangsangan lain (suasana seronok). Oleh itu, murid 4

Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

berkenaan pun mempunyai keinginan ke sekolah. Pembelajaran yang berlaku ekoran perkaitan ini dinamakan pelaziman. Pembelajaran akibat perkaitan 2 rangsangan ini dikenali sebagai pelaziman. Manakala E.L.Thorndike (1874-1949) iaitu pelopor psikologi Amerika memperkenalkan pembelajaran cuba jaya dan beberapa hukum tentang perkaitan rangsangan dan gerak balas. Eksperimen telah dilakukan ke atas seekor kucing lapar yang diletakkan dalam sangkar. Daripada hasil eksperimen, Thorndike mengemukakan 3 hukum utama iaitu hukum kesediaan, hokum latihan dan hukum kesan. Menurut Thorndike, kesediaan merujuk kepada persiapan yang perlu ada sebelum individu dapat bertindak. Seorang murid dikatakan akan berasa puas apabila dia bersedia untuk bertindak. Sebaliknya, murid yang belum bersedia untuk bertindak akan berasa kecewa. Manakala Hukum Latihan menyatakan pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika latihan diadakan. Hukum Kesan pula menyatakan bahawa pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika terdapat kesan yang menyeronokkan selepas terhasilnya gerak balas. Misalnya seorang murid mengucapkan salam kepada guru dan salam itu disambut dengan senyuman guru. Murid itu akan berasa pengalaman itu menyenangkan dan dia akan mengulangi lagi. Skinner pula memperkenalkan teori pelaziman operan yang mengkaji tentang perkaitan antara tingkah laku dan kesannya. Dalam teori ini, tingkah laku yang tidak diingini sebenarnya boleh diubah kepada tingkah laku yang diingini.

2.1.2 Teori Pembelajaran Sosial Albert Bandura yang merupakan ahli psikologi Amerika Syarikat yang terkenal telah memperkenalkan teori pembelajaran sosial. Teori ini menegaskan bahawa pembelajaran manusia berlaku dengan cara memerhatikan orang lain melakukan kerja. Menurut Bandura, terdapat 4 elemen penting dalam pembelajaran pemerhatian iaitu: i) memberi perhatian ii) mengekalkan maklumat iii) menghasilkan tingkah laku iv) motivasi dan peneguhan Aplikasi daripada teori ini, contohnya guru hendaklah menjadi model yang baik kerana perlakuan guru selalu ingin dicontohi murid. Oleh itu, pakaian, tingkah laku dan bahasa pertuturan guru mestilah baik. Pemerhatian boleh berlaku dalam tiga bentuk seperti berikut: a) Memerhati secara langsung, iaitu melihat model sendiri atau secara tidak langsung, iaitu dengan menonton filem, video, mendengar huraian atau melihat gambar foto. Contohnya, kanak-kanak meniru ibubapa atau guru dari segi pakaian, pertuturan, gaya berjalan dan sebagainya.

Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

b) Pemerhatian melalui sekatlakuan dan tak sekatlakuan. Sekat lakuan merupakan sekatan tingkah laku yang sesuai dalam situasi A tetapi tiidak sesuai dalam situasi B. Contohnya, murid yang boleh bersorak-sorak di kantin ketika memanggil rakan tidak boleh melakukannya di dalam bilik darjah. Ini dipelajari murid-murid disebabkan adanya peraturan bilik darjah yang boleh membawa hukuman jika amalan itu berlaku. manakala memerhati melalui taksekatlakuan ialah murid akan terus meniru amalan dalam sesuatu situasi. c) Pemerhatian melalui elistasi. Dalam proses elistasi, seseorang individu akan turut melakukan apa sahaja yang dilakukan oleh orang lain sekiranya dia telah pun mengetahui cara untuk melakukannya. Contohnya, apabila melihat seorang murid lain membaca buku di dalam kelas, Amir pun mengeluarkan buku lalu membacanya. Keinginan untuk membaca itu timmbul selepas melihat murid lain membaca. Sekiranya tidak ada murid lain membaca, kemungkinan keinginan Amir untuk membaca tidak timbul.

2.1.3 Teori Humanistik Teori Humanis menumpukan pada apa yang berlaku dalam diri seseorang individu. Pendekatan humanistik menekankan keseluruhan murid, dengan kata lain aspek emosi dan sosial kehidupan murid. Pendekatan ini mengandaikan bahawa murid bermotivasi secara semulajadi untuk belajar dengan syarat pengalaman pendidikan adalah bermakna. Ia juga menekankan kepentingan peranan guru dalam memberi sokongan dan sentiasa mengambil berat tentang anak didiknya.

2.1.4 Teori Pembelajaran Kognitif Teori ini berfokus kepada perubahan yang berlaku terhadap cara manusia berfikir daripada peringkat bayi kepada zaman kanak-kanak, remaja dan seterusnya alam dewasa. Menurut Gagne (1970), pembelajaran bergerak dari yang paling mudah menuju kepada yang rumit. Pembelajaran pada aras yang tinggi bergantung kepada pembelajaran pada aras yang rendah. Gagne telah mengenal pasti lapan jenis pembelajaran seperti berikut: i) Pembelajaran isyarat Jenis pembelajaran ini merupakan pembelajaran yang paling mudah. Ia lebih merupakan perubahan tingkah laku yang disebabkan oleh pengaruh kebiasaan. Misalnya, apabila loceng berbunyi pukul 7.30 pagi, semua murid akan berkejar ke bilik darjah masing-masing dan mereka akan terus berdiri serta memberikan penghormatan kepada guru yang masuk. Ini merupakan pembelajaran isyarat dan ia tidak banyak menggunakan akal fikiran. ii) Pembelajaran menganggu gerak balas Pembelajaran rangsangan gerak balas bergantung kepada proses peneguhan. Ini bermakna guru perlu memberi pujian dan ganjaran bagi tingkah laku yang diingati.

Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

iii) Rangkaian Rangkaian merupakan satu siri tingkah laku yang berkaitan antara satu sama lain untuk melengkapi satu tugasan yang dijalankan. Misalnya, ketika menyambut bola dalam permainan tenis, pemain hendaklah berdiri di posisi yang sesuai, di tapak yang munasabah dan mengayunkan raket dengan gaya yang betul agar bola tenis dipulangkan dengan baik. Siri tingkah laku ini disebut rangkaian. iv) Pertalian berbahasa Pertalian berbahasa merupakan suatu bentuk rangkaian berbahasa. Ini berlaku apabila seseorang kanak-kanak menghubungkaitkan benda yang dilihat dengan nama objek secara menyebutnya. Misalnya, apabila melihat bola, kanak-kanak tersebut terus menyebut bola. v) Pembelajaran diskriminasi Jenis pembelajaran ini berlaku apabila murid dapat memilih gerak balas yang sesuai untuk bertindak bagi menghasilkan sesuatu. Misalnya, dalam kelas, murid dapat membezakan antara fakta yang kurang penting dengan fakta yang penting. vi) Pembelajaran Konsep Ini berlaku apabila murid bertindak balas kepada benda-benda sebagai satu kelas atau kategori. Misalnya, murid yang mempelajari warna dan bentuk akan mengkategorikan kuning, merah, biru, putih, hitam dan hijau sebagai warna manakala bulat, segitiga, segiempat dan bujur sebagai bentuk. vii) Pembelajaran hukum Ini merupakan pembelajaran yang rumit kerana ia akan melibatkan pembelajaran konsep, rangkaian dan pertalian berbahasa. Misalnya, murid mempelajari bahawa apabila air membeku, isipadunya bertambah. Konsep-konsep yang dipelajari ialah membeku, isipadu dan bertambah. Kemudiannya, konsep-konsep ini perlu dirangkaikan bersama untuk membentuk hukum. viii) Penyelesaian Masalah Penyelesaian masalah merupakan pembelajaran yang paling rumit. Ia melibatkan penggunaan konsep serta pembelajaran hukum. Gagne telah menggunakan urutan-urutan penyelesaian masalah sebagaimana yang dicadangkan oleh John Dewey. Urutan langkah itu seperti berikut: a) mengenal masalah b) mencari maklumat c) membuat hipotesis d) menguji hipotesis e) membuat rumusan

2.1.5 Teori Konstruktivisme Teori ini menyatakan bahawa murid membina pengetahuan berasaskan pengalaman mereka. Setiap murid menimba pengetahuan semasa mereka belajar dan ilmu pengetahuan yang terbaik dan mendalam adalah melalui interaksinya dengan persekitaran fizikal dan sosial. 7

Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

Vygotsky, ahli psikologi yang banyak menekankan tentang konstruktivisme sosial di mana ilmu pengetahuan yang dibina berdasarkan interaksi sosial, adat budaya dan aktiviti yang membentuk pembinaan dan pembelajaran individu.

2.2
2.2.1

Teori-Teori Kurikulum Dan Pengajaran


Pengertian teori kurikulum

Satu set generalisasi yang saling berkait secara logik, konsep dan cadangan dan lainlain yang mewakili satu pandangan sistematik sesuatu fanomena kurikulum. Berfungsi untuk memperkata, menjangka dan menerangkan fenomena kurikulum dan sabagai polisi untuk panduan aktiviti kurikulum (Zais : 1979). Satu set huraian eksplanandum yang melibatkan : a) Hukum am dan prinsip berkaitan yang berfungsi sebagai aksiom (pernyataan yang benar dan betul). b) Hukum berkaitan tertentu menjadi teorem atau dalil yang diterbitkan daripada aksiom. c) Definisi konsep yang terlibat dalam huraian tentang aksiom dan teorem. (Reese,1970)

2.2.2

Kandungan Teori Kurikulum

Liputan

Perkembangan

TEORI KURIKULUM

Pembahagian

Rekabentuk

Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

i)

Liputan Kurikulum Keluasan muatan kurikulum Menggariskan unsur budaya atau ilmu pengetahuan pilihan yang sepatutnya membentuk muatan kurikulum Pemahaman memerlukan penelitian latar belakang masyarakat dan falsafah, keadaan masyarakat semasa serta ideologi pendidikan semasa Pembahagian Kurikulum Kepelbagaian kurikulum kepada pelbagai jurusan, program dan bidang pengetahuan yang berlainan Menghuraikan persoalan tentang bagaimana kurikulum dipecah-pecahkan kepada pelbagai bahagian tertentu serta menentukan murid manakah yang dibolehkan belajar pecahan-pecahan tersebut Mencantumkan proses kepelbagaian dan penempatan kurikulum. Rekabentuk Kurikulum Corak penyusunan secara menegak dan mendatar untuk memandu guru mengutarakan kurikulum kepada murid melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Ke arah memenuhi tuntutan ideologi pendidikan dan matlamat kurikulum. Perkembangan Kurikulum Usaha untuk membaiki kurikulum. Katalis perkembangan : Ledakan pengetahuan, teknologi, kepekaan kehidupan dan hubungan antarabangsa Konsepsi perkembangan : Proses analisis situasi, pembinaan, pelaksanaan dan penilaian kurikulum.

ii)

iii)

iv)

Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

2.2.3

Teori Kurikulum
Terdapat empat teori kurikulum yang penting iaitu: 1. Teori Disiplin Mental 2. Teori Kurikulum Saintifik 3. Teori Fungsional 4. Teori kurikulum sekolah

2.2.3.1 Teori Disiplin Mental Ia merupakan teori kurikulum yang terawal. Menurut teori ini kuasa mental boleh dibangunkan menerusi banyak latihan seperti menghafal. Terdapat dua andaian asas tentang pembelajaran dan kurikulum : Pembelajaran mesti dipaksakan. Justeru, dendaan patut dikenakan sekiranya matlamat pembelajaran hendak dicapai. Kawalan yang ketat perlu dilaksanakan ke atas proses pembelajaran. Dengan demikian adalah diharapkan intelek pelajar akan bertambah maju peringkat demi peringkat. Menurut teori kurikulum disiplin mental, sekolah merupakan tempat membina perkembangan akal. Kurikulumula merupakan alat untuk menghalusi keupayaan akal. Semua pelajar di sekolah akan belajar perkara yag sama. Fungsi pendidikan adalah untuk latihan mental. Pelopor Logik William James dan Thorndike, E.L. Psikologi- indera akal mempunya otot. Fungsi kurikulum Sekolah membina perkembangan otot Kurikulum halusi perkembangan otot.

Liputan : Semua ilmu untuk membina otot mental Pembahagian : Tidak perlu kerana setiap orang dilahirkan Kandungan dengan otot mental yang sama. Rekabentuk : Tiada Perkembangan : Tiada

10

Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

2.2.3.2 Teori Kurikulum Saintifik Gerakan pengurusan saintifik telah mula menguasai barat pada awal kurun ke-20 dan tempiasnya turut dirasai oleh disiplin pendidikan. Pengurusan saintifik banyak bersandar pada konsep kecekapan dan kepiawaian. Kedua-dua unsur inilah yang menyebabkan peningkatan produktiviti industri dan perniagaan. Salah satu pengaruh daripada gerakan saintifik ialah pewujudan objektif pembelajaran dalam bentuk perlakuan. Kaedah ini membenarkan guru mengukur kemajuan murid beliau seperti mana pengurus kilang mengukur prestasi pekerja beliau. Menurut teori kurikulum saintifik, Sekolah merupakan tempat untuk memproses input iaitu (murid) menjadi output yang bersedia memikul peranan dalam kehidupan. Oleh sebab itu, kanak kanak di beri pendidikanp untuk masa depan. Kanak-kanak perlu dibezakan mengikut kecerdasan untuk memberi latihan spesifik yang selaras dengan peranan mereka dalam masyarakat.

Pelopor

Franklin Bobbit, Frederick W.Tayler Pengeluaran barang industri

Logik

Sekolah memproses input (murid) menjadi output yang bersedia memikul peranan dalam kehidupan

Fungsi kurikulum

Pendidikan untuk masa depan Liputan : Disiplin ilmu yang sesuai Menyediakan kanak kanak melakukan aktiviti spesifik dengan betul Pembahagian : Merujuk kepada orang yang berlainan dalam kelas sosial Membezakan kanak kanak untuk mempelajari aktiviti aktiviti selaras dengan peranan mereka dalam kelas sosial masing masing apabila dewasa. Darjah kecerdasan membezakan semua orang untuk diajar perkara yang selaras dengan takdir masing masing 11

Kandungan

Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

Rekabentuk : Aktiviti yang perlu dirancang dengan penyusunan langkah secara teliti untuk membantu kanak kanak belajarr sendiri Guru merekabentuk kurikulum yang sesuai

Perkembangan : Tiada

2.2.3.3 Teori fungsional Teori ini beranggapan bahawa peranan asas pendidikan ialah menyebarkan pengetahuan / kemahiran kepada generasi seterusnya. Pendidikan juga dikatakan sebagai agen sosialisasi - mengintegrasikan warga ke dalam masyarakat. Dalam hal ini pendidikan mengambil peranan menyebarkan nilai - nilai teras masyarakat, di samping bertindak sebagai pengawal sosial. Sebagai satu agen sosial, pendidikan bertindak menyisihkan anggota masyarakat menurut merit. Tanpa disedari pelajar cerdas dipilih untuk profesion bergaji tinggi manakala yang kurang cerdas dilatih untuk profesion kolar biru, contoh dalam sektor teknikal.

Pelopor

E. Durkheim, Talcott Parson Sosiologi Fungsi sosial

Logik Masyarakat wujud berasaskan sistem peranan anggotanya Fungsi kurikulum Pendidikan memasyarakatkan kanak kanak Liputan : Memuatkan ciri ciri budaya umum dan khusus Menyediakan kemahiran kerja untuk memenuhi fungsi sosial Kandungan Pembahagian : Mengikut permintaan tenaga manusia dan peningkatan kemahiran untuk memenuhi petak pekerjaan. Membahagikan kurikulum kepada beberapa bidang dan 12

Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

program Menempatkan murid untuk belajar ilmu dalam bidang yang berlainan Rekabentuk : Kurikulum rasmi Menyediakan kanak kanak bagi berperanan sebagai anggota masyarakat Pendidikan menerapkan nilai, pengetahuan dan kemahiran Perkembangan : Perkembangan teknologi mempengaruhi kurikulum untuk memenuhi tuntutan kerja Kemahiran untuk laksana pekerjaan

2.2.3.4 Teori Kurikulum Sekolah Menurut teori sekolah, pendidikan sebagai satu alat kawalan sosial dan penerapan ideology. Sekolah merupakan tempat pembentukan masyarakat mengikut kehendak dan keperluan Negara itu sendiri. Oleh sebab itu, liputan, pembahagian dan rekabentuk kurikulum sentiasa berubah mengikut reformasi pendidikan

Pelopor Logik Fungsi kurikulum

John Dewey, Arcer, Goodlad Sosiologi Sekolah institusi masyarakat Pendidikan sebagai satu alat kawalan sosial dan penerapan ideology

Kandungan

Liputan : Berasaskan ideologi pendidikan golongan dominan

Pembahagian :

13

Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

sebagai alat kawalan sosial kepelbagaian jurusan dapat memberi peluang kepada murid murid yang berbeza mengikut pencapaian, minat dan kecenderungan

Rekabentuk : rekabentuk berlaku di peringkat sekolah, masyarakat dan institusi ditentukan oleh golongan dominan corak dan struktur kurikulum untuk menyatupadukan semua rakyat Perkembangan : mengikut proses morfogenesis perubahan sistem pendidikan berlaku mengikut

perubahan politik, sosial dan ekonomi

14

Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

2.3

Aplikasi Teori Dalam Amalan Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah

2.3.1 TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF i) Pembelajaran merupakan satu proses mental Melalui prinsip ini, pembelajaran dianggap sebagai satu proses pemikiran. Dalam proses pembelaran, pelajar sering berfikir, menyelesaikan masalah dan menggunakan akal fikiran mereka melalui kaedah tinjauan secara terperinci. Prinsip ini menekankan kepentingan berfikir. Dalam hal ini, pembelajaran di bilik darjah harus dipraktikkan supaya pelajar dapat berfikir dengan sempurna. Mereka harus didedahkan dengan pengalaman atau keadaan tertentu untuk menghasilkan gerak balas tertentu. Mereka perlu diberi berfikir, menganalisis serta menilai data-data atau rangsangan-rangsangan yang diperoleh daripada dunia luar sebelum mereka mampu beraksi terhadapnya. Prinsip ini memberi perhatian berat kepada kebolehan intelektual, membina persepsi, ingatan, sensasi dan proses-proses lain yang terlibat dengan aktiviti mental. ii) Pembelajaran adalah proses cuba jaya Dalam kehidupan kita, sering kali kita berhadapan dengan pelbagai masalah dan kita akan cuba untuk menyelesaikannya melalui pelbagai cara yang kita fikirkan terbaik. Pada kebiasaannya, kita akan cuba menyelesaikan masalah dengan pelbagai percubaan sehinggalah salah satu daripada percubaan tersebut dapat mengatasinyanya. Dalam hal pembelajaran, proses ini kerap berlaku dan diamalkan di bilik darjah. Malahan, ia juga merupakan cara yang paling digemari oleh pelajar. Melaluinya, pelajar berpeluang untuk mengetengahkan pendapat mereka dan menggunakan idea sendiri untuk mengatasi masalah. Daripada kesukaran mengatasi masalah itu, maka celik akal akan terhasil secara automatik. Pengalaman-pengalaman itulah yang merupakan pembelajaran bagi mereka. iii) Pembelajaran adalah satu penyiasatan Dalam hal ini, pelajar biasanya meneliti, memerhati, menganalisis, membuat perbandingan, mengesan dan sebagainya. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelbagai cara boleh digunakan untuk membolehkan penyiasatan dilakukan. Guru boleh menggunakan teknik penemuan, inkuiri, teknik menyelesaikan masalah, teknik lawatan dan sebagainya. Pelajar juga boleh mengadakan sesi-sesi perbincangan, membentangkan laporan dan lain-lain yang difikirkan perlu dan sesuai. Situasi ini memberi mereka peluang untuk bertukar-tukar pandangan, mengetengahkan penemuan, menilai kerja-kerja sendiri dan sebagainya. iv) Isi pelajaran disusun mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak Mengikut pendapat Jean Piaget dalam teori pembelajaran kognitif, beliau telah mengelaskan kepada empat tahap perkembangan kognitif Piaget. Oleh yang demikian, isi pelajaran yang disampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mestilah mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Hal ini demikian kerana, pengetahuan dan kebolehan kanak-kanak berbeza mengikut umur atau pun tahap masing-masing. Di sini, guru haruslah menyampaikan dan menyusun isi-isi pelajaran mengikut perkembangan kanak-kanak. Contohnya, di prasekolah ia lebih kepada bermain sambil 15

Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

belajar serta cenderung kepada pengetahuan asas tentang kemahiran 3M. Dengan itu guru hendaklah mengajar pelajar tersebut mengikut peringkat perkembangan mereka dan bukannya mengajar mereka dengan menggunakan sukatan pelajaran sekolah rendah.

2.3.2 TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME i) Pembelajaran adalah satu tabiat Prinsip ini amat sesuai diterapkan dalam proses pembelajarn khususnya pembelajaran bahasa. Pembelajaran adalah bertujuan untuk membentuk kebiasaan dan kerana itu ia memberikan banyak ulangan dan latihan. Pembelajaran harus juga dijalankan secara intensif dan bukan dalam bentuk berselang-selang. Dalam proses pembelajaran, bilangan pelajar mestilah tidak terlalu besar. Guru perlu merancang dengan rapi dan teliti. Pembelajaran harus bermula daripada yang mudah dahulu, dan diikuti oleh polapola yang kompleks sifatnya. Selain itu, setiap kesilapan atau kesalahan yang berlaku hendaklah dibetulkan di peringkat awal lagi supaya ia tidak menjadi kekal sebagai kebiasaan yang negatif. ii) Pengukuhan dalam pembelajaran Pengukuhan penting kerana ia merupakan alat untuk menentukan pembentukan tingkah laku yang dikehendaki berlaku dengan sempurna. Menurut prinsip ini, sesuatu gerak balas yang betul perlu diteguhkan oleh guru dengan cara memberikan pengukuhan yang memberangsangkan. Dalam situasi pembelajaran, pengukuhan positif yang kerap dilakukan adalah pujian, mempamerkan keistimewaan, memberi pengiktirafan, memberi maklum balas yang menggalakkan, memberi dorongan, galakan dan sebagainya. iii) Latihan pembelajaran adalah latihan yang dikukuhkan Latihan yang dimaksudkan di sini ialah ulangan sesuatu gerak balas dengan sesuatu rangsangan. Latihan ini dilakukan untuk membiasakan diri dengan sesuatu tabiat yang telah terbina supaya ia kekal. Latihan-latihan seperti ini hendaklah dilakukan dalam keadaan yang bermakna. Kebijaksanaan guru menguruskan dan menyebarkan latihan dengan sempurna akan menghasilkan keberkesanan dan pembelajaran akan dapat dikekalkan sepanjang masa. iv) Operasi rangsangan dan tindak balas dalam pengajaran Pembelajaran adalah hasil operasi rangsangan dan tindak balas. Penggunaan keduadua eleman ini biasanya akan menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan. Dalam proses pembelajaran, terdapat pelbagai rangsangan yang boleh difikirkan dan diperkenalkan oleh guru. Di samping bertujuan untuk menghasilkan satu pembentukan tingkah laku yang berkesan, ia juga boleh bertindak sebagai daya penggerak serta meningkatkan minat dan motivasi. Sebagai contoh, apabila guru ingin menyuruh pelajar beratur ketika waktu rehat di kantin sekolah, guru boleh mengaitkannya dengan cara untuk berjaya dalam kehidupan.

16

Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

Dalam pengajaran dan pembelajaran, pelbagai rangsangan boleh dicipta. Ini termasuklah mempelbagaikan tingkah laku dan pola interaksi guru dan pelajar, mempelbagaikan pengalihan saluran deria, mempelbagaikan aktiviti, pendekatan, kaedah dan teknik, mempelbagaikan alat bantu mengajar dan penggunaan contohcontoh lain yang baik dan sebagainya. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu. Sebagai contoh, guru ingin pelajar supaya tidak mengaitkan mata pelajaran matematik dengan kesukaran, dengan memberi mereka latihan-latihan yang mudah dan apabila mereka beransur mahir menyelesaikan masalah yang sukar, maka guru bolehlah menukar aras pembelajaran kepada tahap yang seterusnya.

2.3.3 TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME Prinsip yang paling penting adalah bahawa guru-guru tidak memberikan pengetahuan kepada pelajar. Sebaliknya, pelajar mesti membangunkan ilmu pengetahuan secara sendiri dalam struktur mental mereka. Ini bermakna, pelajar harus berusaha sendiri dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam bilik darjah. Berikut merupakan antara aplikasi teori konstruktivisme yang boleh dipraktikkan oleh guru: i) Guru berperanan sebagai tutor dan fasilitator Konstruktivisme tidak mengenepikan peranan guru secara aktif atau memandang sepi tehadap nilai kepakaran dan pengetahuan yang ada pada mereka. Konstruktivisme mengubah suai peranan tersebut supaya guru dapat membantu pelajar membina pengetahuan dan tidak terlalu tertumpu kepada menghasilkan semula satu seri fakta. ii) Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran Guru-guru konstruktivis menyediakan alat seperti penyelesaian masalah dan aktivitiaktiviti pembelajaran yang berasaskan inkuiri yang dapat membentuk dan menilai ideaidea mereka, mengait simpul kesimpulan dan membuat inferensi dan menarik serta menyampaikan pengetahuan mereka dalam satu persekitaran pembelajaran kolaboratif. Guru membantu menciptakan situasi di mana pelajar merasa selamat untuk bertanya dan membayangkan pengetahuan dan pendapat melalui cara-cara sendiri, sama ada secara personal atau dalam kumpulan perbincangan. Guru harus menciptakan aktiviti-aktiviti yang menghalakan pelajar ke arah memancarkan semula pengetahuan dan pengalaman lepas. iii) Pelajar memainkan peranan pusat dalam mengawal pembelajaran Pelajar mengawal proses pembelajarn mereka, dan mereka membimbing arah dan hala tuju dengan memancarkan semula pengalaman-pengalaman mereka. Proses ini menjadikan mereka pakar dalam pembelajaran mereka. iv) Pelajar diberi peluang untuk mengorak pembelajaran Guru-guru konstruktivisme menggalakkan pelajar memerhatikan dengan teliti bagaimana aktiviti dapat membantu mereka menguasai sesuatu pemahaman. Dengan menyoal diri sendiri dan menggunakan strategi tertentu, pelajar dalam kelas konstruktivis, secara 17

Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

ideal akan menjadi pakar. Ia memberi mereka alat yang berkesan untuk mengekalkan pembelajaran. Melalui satu persekitaran bilik darjah yang terancang dengan baik, pelajar belajar bagaimana hendak mempelajari sesuatu. Apabila mereka secara berterusan menggunakan pengalaman mereka, pelajar akan mendapati idea mereka menjadi semakin rumit dan kompleks dan mereka memperkembangkan kebolehan mereka untuk mengintergrasikan dan membangunkan maklumat baru. v) Pelajar melibatkan diri secara aktif (fizikal, sosial, mental dan emosi) Konstruktivisme membentuk pelajar daripada seoarng penerima yang pasif kepada seorang peserta yang aktif dalam proses pembelajaran. Pelajar hanya boleh membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Mereka perlu menggunakan minda mereka secara aktif untuk membandingkan maklumat-maklumat baru dengan pengalaman sedia ada mereka dan untuk mencapai kefahaman terhadap maklumat baru ini. Pelajar juga terlibat dalam proses metakognitif, iaitu operasi yang mengarah dan mengawal kemahiran secara kognitif dalam minda mereka. Pada akhir sesi pengajaran, mereka terlibat dalam proses-proses menilai dan menaksir pemikiran sendiri melalui refleksi dan renungan. vi) Pelajar menentukan strategi pembelajaran sendiri Pelajar perlu merancang strategi pembelajaran yang berkesan untuk diri sendiri serta membuat refleksi dan menilai tentang pembelajaran yang telah berlaku. Guru-guru pula perlu merancang dan menggalakkan pembelajaran kumpulan koperatif, pembelajaran berasaskan projek dan pendidikan kajian luar yang memberi peluang kepada pelajar untuk mengendalikan pembelajaran kendiri mereka. vii) Penyelesaian masalah dan pemahaman yang mendalam Aktiviti utama dalam kelas konstruktivisme ialah menyelesaikan masalah. Pelajar menggunakan kaedah inkuiri untuk bertanyakan soalan, menyiasat, dan menggunakan pelbagai sumber untuk mendapatkan jawapan dan penyelesaian. Semasa pelajar meneroka sesuatu topik, mereka akan menghasilkan kesimpulan, dan apabila penerokaan diteruskan, mereka menyemak semula konklusi tersebut. Penerokaan melalui penyoalan, menghalakan kepada lebih banyak soalan. Pelajar mempunyai idea yang mungkin kemudiannya mereka dapati banyak yang tidak sah, tidak betul, atau tidak mencukupi untuk menerangkan pengalaman baru. Ideaidea ini adalah langkah sementara dalam integrasi pengetahuan. Pengajaran konstruktivisme mengambil kira konsep semasa pelajar dan membina daripadanya pengalaman-pengalaman baru. viii) Kerjasama dan pembelajaran koperatif digunakan Kelas konstruktivisme bergantung sepenuhnya kepada bekerja bersama-sama (collaboration) di kalangan pelajar. Terdapat banyak alasan mengapa kolaborasi menyumbang kepada proses pembelajaran. Alasan utama yang ditanggapi dengan baik ialah melalui pembelajaran kolaboratif, pelajar belajar tentang belajar bukan sahaja untuk mereka tetapi juga untuk rakan sebaya. Apabila pelajar menyemak dan menyelenggarakan

18

Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

proses pembelajaran bersama-sama, mereka boleh mencernakan strategi atau kaedah daripada persetujuan antara satu sama lain. ix) Pembinaan ilmu pengetahuan kendiri Pelajar membina pengetahuan sendiri, iaitu membina makna daripada pengalaman dan interaksi sosial serta persekitaran. Secara aktif, pelajar membina maklumat berasaskan pengalaman sedia ada; apa yang telah dipelajari oleh mereka sebelum proses ini adalah penting. Pengetahuan dibina secara aktif melalui proses saling mempengaruhi antara pengetahuan sedia ada dan pengetahuan baru; proses-proses yang berterusan melibatkan penjanaan idea, pemeriksaannya dan kemudian penstrukturan semula ideaidea tersebut. Pembinaan maklumat dibuat secara membanding maklumat lama dan baru; ia melibatkan pengubahsuaian kefahaman konsep-konsep lama dan baru berasaskan kepercayaan individu. x) Penggunaan penaakulan dan logik dalam menilai informasi baru Apabila seorang pelajar menyedari bahawa ilmu atau maklumat yang ada padanya tidak konsisten atau serasi dengan penerangan baru, ia akan bermotivasi untuk membetulkan ketidakseimbangan pada dirinya. Pelajar tersebut akan berusaha menerima informasi baru dan menganalisisnya sebelum menerima atau menolaknya. xi) Menggunakan kemudahan yang disediakan oleh guru Guru-guru sebagai fasilitator menyediakan pelbagai bahan sokongan untuk membantu pelajar dalam proses pembelajaran kendiri. Bahan bantu pengajaran yang digunakan oleh guru-guru harus menunjukkan perkaitan dengan pengalaman sedia ada pelajar. Bahan-bahan bantu pengajaran yang dipersembahkan juga mesti menarik dan pelbagai untuk menarik minat pelajar agar mereka cepat menguasai ilmu baru. Pelajar mengambil kesempatan untuk menerapkan idea-idea baru berdasarkan pemahaman kendiri daripada bahan-bahan bantu pengajaran.

19

Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

2.4

Kurikulum Merupakan Segala Bentuk Pembelajaran Yang Terancang Yang Berlaku Di Dalam Bilik Darjah

Kurikulum
DI SEKOLAH

Zais (1996), Kurikulum meliputi segala pembelajaran:

(Terancang & tidak DI SEKOLAH dirancang) (Terancang)

DI BILIK DARJAH (Terancang)

Umum

Khusus

Pelbagai tanggapan dan pendapat tentang kurikulum yang boleh kita rumuskan sebagai kurikulum adalah segala bentuk pembelajaran yang terancang dalam bilik darjah. Menurut Neagly dan Evans dalam Kamaruddin Hj. Husin dan rakan-rakan (2004) kurikulum ialah semua pengalaman yang dirancang dan dikemukakan oleh pihak sekolah yang bertujuan untuk membimbing murid memperoleh hasil pembelajaran yang telah ditetapkan mengikut keupayaan masing-masing. Saylor dan Alexander 1974 mendefinisikan kurikulum sebagai rancangan dalam menyediakan kesempurnaan pembelajaran bagi mencapai tujuan secara menyeluruh dan objektif yang spesifik yang berkait dengannya. Rancangan ini dibina oleh pusat persekolahan untuk sesuatu populasi murid sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia (1988) telah mendefinisikan kurikulum sebagai segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah ataupun sesebuah institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Kurikulum sekolah boleh dibahagikan kepada dua bahagian : i Bahagian yang meliputi sukatan pelajaran dan kandungan mata pelajaran serta segala kegiatan pengajaran dan pembelajaran. bahagian yang meliputi kegiatan pendidikan luar bilik darjah (kokurikulum) seperti kegiatan sukan, persatuan, pasukan pakaian seragam dan lain- lain.

ii

Ishak Ramly (2003) menyatakan kurikulum merangkumi semua pengalaman yang didapati di dalam dan luar sekolah dan perkara yang diajarkan di sekolah dan di dalam bilik darjah. Beliau turut mengelaskan kurikulum kepada tiga bahagian iaitu : i) kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan di sekolah

20

Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

ii)

kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan secara praktikal di dalam kelas. Kurikulum ialah pengisian sepanjang hayat bagi membudayakan ilmu dan pengalaman individu ataupun berkumpulan.

iii)

Daripada pendapat di aras dapat disimpulkan bahawa kurikulum sememangnya suatu bentuk pembelajaran yang terancang yang mana kurikulum itu sendiri merupakan aktiviti pembelajaran yang dirancang atau disusun berpandukan kandungan kurikulum kebangsaan, sukatan dan huraian sukatan pelajaran yang mana objektif dan matlamatnya ditentukan terlebih dahulu. Kurikulum mestilah terancang untuk memastikan ia berjaya dilaksanakan. Perancangan bermula dari peringkat mengadakan silibus hinggalah kepada peringkat implementasinya di dalam bilik darjah menerusi rancangan pengajaran harian. Tanpa perancangan sebenarnya guru merancang untuk gagal. Perancangan perlu disokong dengan matlamat atau objektif yang jelas dan kebolehcapaiannya adalah tinggi. Jika perancangan yang dibuat begitu baik tetapi matlamatnya tidak jelas, maka guru yang melaksanakannya sudah pasti merasa keliru terhadap halatuju yang hendak dicapai. Kurikulum hanyalah dokumen jika tidak dilaksanakan menerusi pendekatan kaedah, strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Oleh sebab itu, sesuatu kurikulum yang hendak disampaikan dalam bilik darjah perlulah terancang untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Keberkesanan pelaksanaan tugas guru di bilik darjah bergantung kepada perancangan yang berkesan dalam melaksanakan kehendak-kehendak kurikulum. Berpandukan kurikulum, guru perlu merancang penggunakan buku teks, penggunaan buku sumber, penggunakan buku rujukan, penggunaan bahan-bahan pengayaan dan penggunaan teknologi maklumat di dalam bilik darjah. Perancangan pelaksanaan kurikulum di bilik darjah juga melibatkan penguasaan isi atau pengetahuan, kemahiran, penggunaan kaedah pengajaran, penglibatan aktif pelajar, perkembangan strategi belajar, penggunaan alat bantu mengajar dan sebagainya. Kurikulum juga menjadi asas bagi guru merancang latihan- latihan, ujian, peperiksaan dan tugasan untuk mengukur dan menilai kebolehan pelajar. Kurikulum terancang dapat memaksimumkan keupayaan murid untuk beroleh pengetahuan. Lebih daripada 95 % maklumat atau pengetahuan yang disampaikan oleh guru dapat dikuasai atau difahami murid. Kejayaan sesuatu kurikulum sekolah adalah berkait rapat dengan pengoperasian kurikulum sekolah. Sehubungan itu, guru haruslah menguasai kemahiran dalam mentafsir perubahan kurikulum sekolah dengan tepat serta kebolehan membuat pengubahsuaian berdasarkan keperluan pelajar, persekitaran dan kemudahan sumber yang sedia ada atau dapat diperolehi. Peranan guru dalam pengoperasian kurikulum ialah menghayati perubahan kurikulum sekolah, meningkat dan mengemaskini pengetahuan dan kemahiran dalam mentafsir dan melaksanakannya dengan berkesan. Rajah di bawah menunjukkan penglibatan guru dalam perancangan dan pelaksanaan kurikulum di bilik darjah.

21

Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

ANALISIS KURIKULUM

Falsafah, rasional, objektif, isi kandungan

MENENTUKAN KEPERLUAN PELAKSANAAN

Bahan-bahan dan alatan pengetahuan ( isi pelajaran, strategi dan teknik, susunan dan pengendalian bilik darjah). Kemahiran guru

PERANCANGAN PENGAJARAN

Rancangan pengajaran dan susunan bilik darjah Bahan- bahan pengajaran (isi, susunan, aktiviti, penyerapan nilai,ilmu dan kemahiran, peruntukan masa)

PELAKSANAAN PENGAJARANPEMBELAJARAN

Teknik mengajar Aktiviti sokongan

PENILAIAN

Kesan pengajaran dan pembelajaran, kesan bahan pelajaran, prestasi murid dan pencapaian objektif. Rancangan Strategi dan teknik

KAJIAN SEMULA DAN TINDAKAN SUSULAN

Untuk melaksanakan sesuatu kurikulum dengan berjaya, guru hendaklah terlebih dahulu memahami dan menghayati falsafah dan matlamat kurikulum, struktur dan organisasi kurikulum serta sukatan pelajarannya. Di samping itu, guru harus mempunyai pengetahuan tantang mata pelajaran pengkhususannya serta mempunyai kemhiran mengajar termasuk menghubungkait pengetahuan, kemahiran dan nilai di antara satu sama lain, mengendalikan pengajaran dengan bagi pelajar- pelajar pelbagai kebolehan, dan mempunyai ciri-ciri keguruan yang positif dan kreatif untuk melaksanakan dan menjayakan kurikulum yang terbentuk. Di peringkat sekolah, peranan guru dalam pelaksanaan dan kejayaan kurikulum meliputi tugas-tugas seperti menganalisis objektif kurikulum dan isi kandungannya, menentukan keperluan pelaksanaan seperti melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar dan penyediaan bahan-bahan pelajaran, merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut saranan kurikulum serta membuat penilaian untuk mengenalpasti kelemahan dengan tujuan meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan kurikulum melalui pengubahsuaian dalam rancangan mengajar. 22

Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

Antara kepentingan kurikulum terancang adalah untuk digunakan sebagai rujukan bagi meneguhkan kelebihan dan kekuatan serta membaiki kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam perancangan tersebut. Ia juga boleh membantu guru merancang aktiviti-aktiviti dan gerak kerja susulan. Selain itu, kurikulum terancang juga boleh dijadikan sebagai senarai semak yang membolehkan guru- guru memerhatikan dan mengenal pasti sama ada butiran-butiran penting berkaitan tertinggal ataupun tidak. Ini boleh mengelakkan pengajaran seseorang guru itu menjadi seperti bidang terjun dalam proses penyampaian ilmu. Di samping itu ia boleh menambah keyakinan guru untuk menghadapi murid ketika proses penyampaian ilmu dalam bilik darjah.

2.5
2.5.1

Isu-isu berkaitan
Terlalu banyak teori pembelajaran

Terdapat 5 Teori Pembelajaran yang dipelajari oleh para guru untuk diaplikasikan kepada pelajar masing-masing semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Namun kerana terdapat terlalu banyak teori maka guru sukar untuk menggunakan teori yang tepat. Ini kerana bagi memastikan keberkesanan teori, guru terpaksa mengambil masa yang lama untuk mencari teori yang paling tepat untuk digunakan kepada pelajar mereka. Oleh yang demikian, sukar untuk mendapatkan komitmen daripada setiap guru untuk berusaha mencari Teori Pembelajaran yang patut digunakan kepada pelajar mereka kerana usaha ini memerlukan persediaan yang rapi dan penilaian yang berterusan. 2.5.2. Guru menggabungkan banyak teori dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran

Antara isu lain yang sering berlaku ialah guru menggabungkan banyak teori dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Untuk memastikan semua teori digunapakai kepada pelajar dan menjimatkan masa, guru telah menggabungkan dua atau lebih teori dalam satu sesi pengajaran dan pengajaran. Ini menyebabkan guru sukar membuat penilaian tentang ketepatan penggunaan teori dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran mengikut jenis pelajar dalam bilik darjah yang berbeza. 2.5.3. Guru sukar memilih teori yang tepat untuk diaplikasikan dalam bilik darjah Kebanyakan guru yang sukar untuk memilih teori yang tepat untuk diaplikasikan dalam bilik darjah ialah guru yang tidak mampu membuat penilaian secara peribadi dan perkaitan langsung antara teori yang bakal digunakan dan jenis pelajar mereka. Oleh yang demikian guru perlulah memahami setiap teori yang dipelajari dan mengenali pelajar mereka dengan lebih mendalam supaya pemilihan teori pembelajaran adalah tepat dan berkesan. 2.5.4 Guru sering kali menolak teori sebagai sesuatu yang ideal dan tidak dapat dipraktikkan Isu guru sering kali menolak teori sebagai sesuatu yang ideal dan tidak dapat dipraktikkan merupakan isu yang paling sukar ditangani kerana melibatkan keperibadian guru 23

Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

itu sendiri. Program motivasi diri untuk para guru perlulah diwujudkan bagi membolehkan para guru sedar akan tugas hakiki mereka iaitu mendidik pelajar. Apabila guru telah dimotivasikan maka semangat untuk guru belajar semula teori pembelajaran dan mengaplikasikan teori tersebut dalam bilik darjah akan terlaksana.

RUMUSAN
Teori-teori pembelajaran berfungsi untuk membantu pembelajaran seseorang dengan cara yang paling berkesan. Dalam situasi tertentu seperti mendedahkan konsep asas sesuatu perkara, pendekatan behavioris mungkin lebih berkesan. Setelah konsep asas tersebut dikuasai, pendekatan kognitif boleh diguna untuk melatih kemahiran berfikir pelajar supaya mereka lebih aktif berinteraksi dengan maklumat yang diberi dan memproses maklumat tersebut untuk jangka masa yang panjang. Pendekatan yang dibawa oleh teori konstruktivisme pula menjadikan pelajar seakan seorang saintis yang perlu meneroka sendiri maklumatmaklumat yang ada dan membina kefahaman sendiri berdasarkan pengetahuan sedia mereka dan maklumat yang baru diperolehi. Pendekatan ini lebih kepada mengaplikasi pengetahuan. Berdasarkan teori-teori pembelajaran yang dibincangkan, peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak merupakan faktor yang paling penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di dalam peringkat ini, aktiviti pengajaran harus dikembangkan daripada konkrit kepada abstrak. Penggunaan model yang sesuai memainkan peranan yang penting untuk menyampaikan konsep pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Pelajar-pelajar seronok apabila menjalankan aktiviti pembelajaran dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran. Oleh itu, guru harus mempertimbangkan keperluan asas pelajar mereka dipenuhi. Guru-guru perlu menjadikan suasana bilik darjah kondusif dengan menjalankan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar pelajar merasa seronok, gembira, harmonis dan selamat dengan melibatkan diri mereka ke dalamnya. Guru juga perlu bersifat penyayang dan memupuk nilai penghargaan kendiri di kalangan pelajar serta memberi motivasi dan peneguhan yang sesuai supaya mereka berusaha bersungguh-sungguh dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pendek kata, teori-teori pembelajaran yang ada saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Kekurangan yang ada pada teori behavior akan ditampung oleh teori kognitif dan begitulah sebaliknya. Teori-teori ini jika ia digunakan dengan berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seseorang tentu akan mempastikan pencapaian objektifobjektif pembelajaran.

24

Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

GLOSARI
Aksiom : Proposisi yang samada tidak dibuktikan atau didemonstrasikan tetapi dianggap tidak dapat disangkal, atau tertakluk kepada sesuatu keputusan. : Kaedah yang menentukan tugas dan kemahiran. : Layanan yang tidak adil terhadap individu tertentu, di mana layanan ini dibuat berdasarkan kumpulan yang diwakili oleh individu berkenaan. : Satu fenomena yang perlu dijelaskan. : Kecerdasan : Sesuatu kenyataan atau kejadian yang dapat diperhatikan, diberikan dan dijelaskan secara saintifik. : Kesimpulan yang berupa pernyataan umum dari beberapa pernyataan khusus. : Satu tekaan intelek yang cuba menyatakan hubung kait antara dua atau lebih pemboleh ubah. : Ikatan rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika terdapat kesan yang memuaskan (ganjaran) selepas sesuatu gerak balas yang dihasilkan. : Kesediaan dan persiapan-persiapan yang perlu ada, sebelum individu itu bertindak, iaitu belajar. : Perkaitan antara rangsangan dan gerak balas bertambah kukuh jika terdapat latihan. : Satu kepercayaan yang menjadi asas kepada tingkah laku seseorang. : Perlaksanaan : Aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir, menaakul, menganalisis, membentuk konsep, menyelesaikan masalah dan sebagainya. : Sesuai, menyumbang atau menggalakkan. : Pengertian atau pendapat yang terbentuk dalam fikiran (seseorang atau sesuatu kumpulan) tentang sesuatu idea atau gagasan. : Satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. 25

Analisis Diskriminasi

Eksplanadum Elisitasi Fenomena

Generalisasi

Hipotesis

Hukum kesan

Hukum kesediaan

Hukum latihan

Ideologi

Implementasi Kognitif

Kondusif Konsepsi perkembangan

Konstruktivisme

Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

Kurikulum

: Laluan, garis panduan, rancangan yang teratur yang merangkumi aktiviti akademik dan bukan akademik. : Fikiran, idea, huja, alasan atau prinsip. : Proses minda yang menyebabkan seseorang itu sedar tentang pemikirannya, berusaha untuk mengingat dan merenung kembali perkara yang telah difikirkan, menilai atau menganalisis proses berfikir yang telah dilalui serta membuat perancangan untuk menggunakannya dengan lebih berkesan pada masa akan datang. : Proses perubahan dan perkembangan bentuk organ atau individu. : Sebarang perubahan tingkahlaku : Satu proses yang menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam aktiviti yang diadakan secara langsung atau secara berurutan dengan beberapa orang pelajar yang lain. : Kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama. : Penyampaian, tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan murid : Rancangan tindakan yang telah dipersetujui secara rasmi sebagai asas untuk membuat atau melaksanakan sesuatu keputusan atau dasar. : Pekerjaan yang berkaitan dengan pelaksanaan tugas-tugas yang lebih memerlukan kekuatan dan tenaga fizikal, seperti kerja kilang. : Ilmu mengenai jiwa atau mengenai fikiran manusia. : Perubahan atau pembaharuan yang mengarah kepada keadaan yang lebih baik. : Ilmu pengetahuan tentang masyarakat (termasuk cara kehidupannya, pertumbuhannya dan lain-lain) : Satu pernyataan yang telah dibuktikan berdasarkan pernyataan pernyataan terdahulu, contohnya teorem-teorem yang lain, dan pernyataan-pernyataan yang telah diterima sebelumnya, seperti aksiom-aksiom. 26

Logik Metakognitif

Morfogenesis

Pembelajaran Pembelajaran kolaboratif

Pembelajaran koperatif

Pengajaran

Polisi

Profesion kolar biru

Psikologi Reformasi

Sosiologi

Teorem

Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

BIBLIOGRAFI
Abd. Rahim Abd. Rashid. (1999). Profesionalisme Motivasi Pengurusan Bilik Darjah. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman. (2008). Falsafah dan Kurikulum. Quantum Books.\ Azizi Yahaya, Noordin Yahaya, Zurihanmin Zakariya. (2005). Psikologi Kognitif. UTM : Cetak Ratu Sdn. Bhd. Jamalludin Harun, Zaidatun Tasir. (2003). Multimedia Dalam Pendidikan. PTS Publications and Distributors Sdn Bhd. Kamarudin Hj. Husin, Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (2004). Pedagogi Asas Pendidikan. Kuala Lumpur, Kayazano Enterprise. Mahmood Nazar Mohamed (1990). Pengantar Psikologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Mohamad Daud Hamzah dan Koh Tsu Koon. 1987. Perkembangan Kurikulum: Satu Panduan Praktis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Hasani Dali & Mohamad Johdi Salleh (2009). Pengurusan Bilik Darjah. Dalam Noraini Idis dan Shuki Osman, Pengajarn dan Pembelajaran: Teori dan Praktis. Kuala Lumpur: McGraw Hill. Pps 161-188. Mok Soon Sang. (2004). Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah) Sekolah Menengah Semester 1 &2. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Nik Aziz Nik Pa. (1999). Pendekatan Konstruktivisme Radikal Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan dan Abdul Aziz Shukor. 2008. Siri Pendidikan Guru : Psikologi Pendidikan. Shah Alam. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Syed Ismail Syed Mustafa & Ahmad Subki Miskon. (Jun 2011). Penerbitan Multimedia Sdn Bhd Pengantar Pendidikan.

Zaini Abdullah.(2011). Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

27

Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

LATIHAN KENDIRI
SOALAN OBJEKTIF
1. Teori ini menyatakan bahawa murid membina pengetahuan berasaskan pengalaman mereka dan setiap murid membina pengetahuan semasa mereka belajar dan ilmu pengetahuan melalui interaksinya dengan persekitaran fizikal dan sosial. Siapakah tokoh pelopor teori di atas? A. B. C. D. Ivan Pavlov E.L. Thorndike B.F. Skinner Vygotsky

2. Berikut merupakan kandungan teori kurikulum kecuali i. liputan ii. rekabentuk iii. fungsional iv. disiplin mental v. perkembangan A. i, ii B. ii, iii C. iii, iv D. iv, v 3. Pembelajaran adalah satu fahaman bahawa murid membina pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Pernyataan di atas merujuk bentuk pembelajaran: A. Kontekstual B. Behaviorisme C. Konstruktivisme D. Kogntif 4. Manakah kenyataan yang tepat tentang pendekatan pembelajaran konstruktivisme? A. Guru tidak menyampaikan maklumat secara telus kepada murid. B. Murid mengaplikasikan idea-idea baru dalam konteks yang sama antara satu sama lain. C. Murid mengaplikasikan idea-idea baru dalam konteks yang berbeza antara satu sama lain. D. Guru perlu mengawal kebolehan, murid dan keperluan supaya pembelajaran berjaya.

28

Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

5. Apakah elemen penting dalam Teori Behaviorisme A. Ilmu dan Pemikiran B. Rangsangan dan Gerakbalas C. Tingkahlaku dan Perbuatan D. Pengajaran dan Pembelajaran 6. Ishak Ramly (2003) menyatakan kurikulum merangkumi semua pengalaamn yang didapati di dalam dan luar sekolah dan perkara yang diajarkan di sekolah dan bilik darjah. Beliau turut mengelaskan kurikulum kepada tiga bahgaian seperti yang berikut kecuali A. Kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan di sekolah. B. Kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan secara praktikal di dalam kelas. C. Kurikulum ialah pengisian sepanjang hayat bagi membudayakan ilmu dan pengalaman individu ataupun berkumpulan. D. Kurikulum sebagai rancangan dalam menyediakan kesempurnaan pembelajaran bagi mencapai tujuan secara menyeluruh dan objektif yang spesifik yang berkait dengannya.

SOALAN ESEI
1. Terdapat 4 jenis teori kurikulum iaitu teori kurikulum disiplin mental, teori kurikulum saintifik, teori kurikulum fungsional dan teori kurikulum sekolah. Huraikan teori kurikulum sekolah. Soalan 2 & 3 berdasarkan pernyataan di bawah: Cikgu Rohani adalah seorang guru yang percaya bahawa pembelajaran berkesan seharusnya berpusatkan murid. Beliau sering mengapliksasikan Teori Pembelajaran Kognitif dan Konstruktivisme bagi mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. 2. Berdasarkan pernyataan di atas, jelaskan lima prinsip pembelajaran Teori Konstruktivisme yang perlu diambil kira oleh Cikgu Rohani. 3. Huraikan mana-mana lima daripada lapan peringkat proses pembelajaran Gagne yang Cikgu Rohani perlu usahakan untuk memastikan keberkesanan pembelajaran muridmuridnya. 4. Nyatakan secara ringkas apakah yang diideakan dalam Teori Kognitif? 5. Huraikan kepentingan kurikulum terancang dalam bilik darjah?

29

Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

SKEMA JAWAPAN SOALAN OBJEKTIF 1. D 2. C 3. C SOALAN ESEI


1. Liputan : Berasaskan ideologi pendidikan golongan dominan Pembahagian : sebagai alat kawalan sosial kepelbagaian jurusan dapat memberi peluang kepada murid murid yang berbeza mengikut pencapaian, minat dan kecenderungan Rekabentuk : rekabentuk berlaku di peringkat sekolah, masyarakat dan institusi ditentukan oleh golongan dominan corak dan struktur kurikulum untuk menyatupadukan semua rakyat Perkembangan : mengikut proses morfogenesis perubahan sistem pendidikan berlaku mengikut perubahan politik, sosial dan ekonomi 2. Prinsip pembelajaran Teori Konstruktivisme yang perlu diambil kira oleh Cikgu Anita: Pembelajaran berpusatkan pelajar. Pengetahuan bermakna dibina pelajar. Pemahaman dibentuk melalui analisis dan sintesis pengalaman lalu. Aktiviti pembelajaran menggabungkan 3 domain iaitu domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor. Refleksi membantu membentuk pengetahuan dan pemahaman. Pelajar berperanan menentukan pembelajaran sendiri. Hasilan pembelajaran adalah pelbagai dan sukar hendak dijangka. Menggalakkan pelajar berfikir dan mencuba idea baru. Menyokong dan mencabar pemikiran seseorang pelajar. Guru berperanan sebagai fasilitator. 3. Lapan peringkat proses pembelajaran Gagne yang Cikgu Rohani perlu usahakan untuk memastikan keberkesanan pembelajaran murid-muridnya. i) Pembelajaran isyarat - Di peringkat awal proses pengajaran dan pembelajaran, guru menjalankan pembelajaran isyarat. ii) Rangsangan gerak balas - Dalam pembelajaran rangsangan gerak balas, guru mementingkan peneguhan. iii) Rangkaian motor - Guru perlu mengajar sesuatu kemahiran secara berulang. 30

4. A 5. ? 6. D

Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

iv) Prinsip pertalian bahasa - Sambil guru mengemukakan hujah, guru perlu menggalakkan kemahiran menulis pelajar supaya perkembangan bahasa berlaku. - Guru harus mengarahkan pelajar supaya menyebut dan mengeja konsep-konsep dan menulis nota mengenai ciri-ciri konsep yang penting. v) Diskriminasi - Merupakan aspek yang penting dalam penguasaan konsep. - Pelajar seharusnya dapat membezakan ciri-ciri penting dalam satu kategori dengan kategori yang lain. - Pelajar juga perlu tahu membezakan ciri-ciri yang penting dan kurang penting dalam sesuatu kategori. vi) Pembentukan konsep - Guru harus memastikan pelajar dapat membentuk konsep dengan mudah. - Dia harus mengenal pasti ciri-ciri penting dan tidak penting dalam sesuatu kelas atau kategori. - Guru boleh mengemukakan soalan-soalan yang boleh memandu pelajar untuk membentuk konsep dengan mudah dan jelas. vii) Pembentukan hukum - Guru boleh mengajar hokum dengan menggunakan kaedah perbandingan, dan dengan mengaplikasikan hokum dalam situasi pembelajaran yang berlainan. - Guru harus member arahan yang jelas, mudah dan memfokus kepada aspek-aspek yang penting dalam hokum. viii) Penyelesaian masalah - Dalam proses penyelesaian masalah, guru memberikan situasi masalah yang perlu diatasi oleh pelajar. - Guru memberi bimbingan kepada pelajar mengenai hokum dan konsep yang perlu diaplikasi. - Aspek yang paling penting dalam proses penyelesaian masalah ialah pelajar mencari jawapannya sendiri. 4. Teori kognitif berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran, dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku. Ahli-ahli psikologi kognitif seperti Bruner dan Piaget menumpukan kajian kepada pelbagai jenis pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah dan celik akal mengikut pelbagai peringkat umur dan kebolehan pelajar. Teori-teori pembelajaran mereka adalah bertumpu kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan dan pengkategorian. Menurut teori ini, manusia memiliki struktur kognitif, dan semasa proses pembelajaran, otak akan menyusun segala maklumat di dalam ingatan.

5. Antara kepentingan kurikulum terancang dalam bilik darjah adalah digunakan sebagai
rujukan bagi meneguhkan kelebihan dan kekuatan serta membaiki kelemahankelemahan yang terdapat dalam perancangan tersebut. Ia juga membantu guru-guru merancang aktiviti-aktiviti dan gerak kerja susulan. Selain itu, kurikulum terancang juga boleh dijadikan sebagai senarai semak yang membolehkan guru-guru memerhatikan dan mengenalpasti sama ada butiran-butiran penting berkaitan tertinggal ataupun tidak. Ini boleh mengelakkan pengajaran seorang guru itu menjadi bidang terjun dalam proses penyampaian ilmu. Di samping itu juga, ia boleh membantu meningkatkan 2

Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

keyakinan guru untuk menghadapi murid serta menyampaikan dan mengembangkan ilmu pengetahuan dengan berkesan.

You might also like