You are on page 1of 1

HURAIKAN NILAI YANG TERDAPAT DALAM NOVEL YANG ANDA KAJI.

Novel yang saya kaji ialah Papa(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof. Nilai yang terdapat dalam novel ini ialah nilai kasih sayang seorang suami terhadap isteri. Hal ini jelas ditunjukkan ketika Mama koma, Papa semakin kerap berada di rumah untuk menjaga Mama dengan berinteraksi ataupun bercerita walaupun Mama mungkin tidak dapat mendengar semua itu. Selain itu, nilai hormat-menghormati seorang anak majikan kepada pembantu rumah. Julai menghormati pembantu rumahnya, Mak Cik Noraini yang mengasuhnya sejak kecil dengan mendengar nasihat yang diberi olehnya. Nilai bertanggungjawab seorang anak kepada ibu. Julia menjaga Mama pada waktu cuti hujung minggu dan cuti semesta ketika Mama koma. Sementara itu, nilai kerajinan seorang pelajar terhadap pelajarannya. Julia adalah seorang pelajar yang rajin berusaha dan sering menjadi rujukan rakan sekelasnya kerana kerajinannya yang menyediakan nota Geografi yang lengkap. HURAIKAN PENGAJARAN YANG TERDAPAT DALAM NOVEL YANG ANDA KAJI. Novel yang saya kaji ialah Papa(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof. Pengajaran yang terdapat dalam novel ini ialah kita hendaklah bersabar menghadapi segala dugaan. Menerusi novel ini, Papa menerima kematian anak kembar siamnya dan mama yang koma dengan sabar serta reda akan segala cubaan Allah. Pengajaran seterusnya ialah kita mestilah menyayangi ahli keluarga. Demi memelihara kebahagiaan dan keharmonian keluarga, Julia member keizinan kepada Papa untuk berkahwin lagi. Selain itu, kita mestilah mempunyai cita-cita. sebagai anak yang cemerlang dan ingin mengharumkan nama keluarga, Julia bercita-cita menjadi seorang pakar ekonomi suatu hari nanti. Pengajaran terakhir ialah kita mestilah berfikir sebelum melakukan sesuatu. Tindakan Muaz al-Khalibi sewaktu zaman mudanya, telah mengundang kesan yang mendalam dalam diri anaknya, Rasylan. Rasylan mengalami tekanan perasaan benci terhadap perbuatan kedua-dua ibu bapanya. HURAIKAN TEKNIK PLOT YANG TERDAPAT DALAM NOVEL YANG ANDA KAJI. Novel yang saya kaji ialah Papa(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof. Salah satu teknik plot yang terdapat dalam novel ini ialah teknik saspens. Teknik saspens digunakan apabila Intan Maliana mengandung buat kali kedua walaupun dinasihatkan supaya tidak meneruskan kandungannya. Selain itu, teknik konflik luaran merupakan salah satu teknik plot yang terdapat dalam novel ini. Teknik plot ini dapat dijelaskan dalam hubungan rapat antara Aisyah dan Jeffri. Keakraban mereka berdua memberi kesan mendalam terhadap Julia. Di samping itu, teknik konflik dalaman juga teknik plot yang terdapat dalam novel ini. Julia teramat marah kepada Papa yang mempunyai hubungan dengan perempuan lain sedangkan pada masa yang sama Mama masih dalam keadaan koma akibat komplikasi semasa melahirkan anak yang kedua. Teknik klimaks juga digunakan untuk menggambarkan situasi cemas ketika Mama ingin bersalin. Sewaktu menunggu waktu bersalin, doktor menyatakan Mama mengalami komplikasi ketika bersalin. Mama berjaya melahirkan anak kembar siam walaupun bayi telah meninggal dunia semasa di dalam kandungan lagi. Implikasi daripada pembedahan tersebut, Mama pengsan dan koma.

You might also like