STILISTIK

PENGENALAN
Perbincangan mengenai stilistik adalah berkenaan dengan gaya atau style.Dalam bahasa , Melayu kata stylistiks menjadi stilistik. Sebagai pendahuluan , kita akan membicarakan persoalan istilah dahulu.Persoalan ini akan berkaitan dengan berbagai-bagai persoalan lain,misalnya istilah dan pengertian yang berhubungan dengan style dan stilistik atau persoalan yang berhubungan dengan kemunculan ilmu itu sendiri, yang berhubungan dengan hakikatnya sebagai ilmu. Sebelum timbul ilmu stilistik , iaitu kajian tentang gaya bahasa yang digunakan untuk menganalisis karya sastera, bahasa memang sudah mempunyai apa yang dinamakan gaya. Ini kerana semua pengucapan yang tidak lurus seperti biasa dipakai oleh masyarakat adalah gaya. Kelainan daripada bahasa yang lurus dan biasa itu dipakai untuk bercakap atau menulis, Maka timbullah berbagai-bagai kelainan dan ia membezakan gaya tertentu antara satu sama lain. Stilistik ialah ilmu yang masih baru dan kedudukannya masih goyah.Kesedaran tentang ilmu yang masih goyah, terutamanya tentang gaya yang sudah lama wujud bagi mengkaji gaya yang terdapat di dalam sesebuah karya sastera.Terdapat dua faktor yang menyebabkan perkembangannya lambat. Ini dinyatakan seperti berikut;

i)

Perhatian terhadap gaya mungkin pernah muncul pada orang yang hidup di dalam sastera dan mereka sedar, pemakaian bahasa mereka „berbeza‟ daripada bahasa seharian mereka.

ii)

Di dalam hubungan dengan perkembangan lainnya, ada keinginan untuk merumuskan gaya yang terdapat pada „bahasa yang indah‟ itu dengan menghubungkan gya dengan „keindahan‟

stilistik di dalam bahasa.Jacobsons beranggapan bahawa puitika (poetics) sebagai teori tentang system dan kaedah teks sastera sebagai bahagian yang tidak dipisahkan bagi linguistik.Gerak ke arah stilistik sebagai ilmu hanya muncul setelah adanya perubahan besar di dalam perkembangan linguistik dan kajian karya sastera.Di dalam konteks yang lebih luas . Menurut Kamus Bahasa Indonesia.Leech.Chatman. mereka menjelaskan stilistik sebagai suatu deskripsi daripada bahasa yang digunakan di dalam teks sastera.ching. stilistik adalah pembelajaran gaya ilmu linguistik atau „simply‟ defined as the (linguistic ) study as style”. bahasa perbandingan dan keberkesanan stilistik di dalam bahasa.Jacobson. 2. perlu didedahkan tentang kepentingan ilmu stilistik yang meliputi definisi stilistik.‟linguistik‟ yang bererti tatabahasa.1 DEFINISI STILISTIK Stilistik berasal daripada bahasa Inggeris iaitu “style‟ yang bererti gaya dan daripada bahasa serapan . .Kedua-dua faktor ini berpengaruh terhadap „kelambatan‟ munculnya stilistik sebagai ilmu.Menurut Bally. Wawasan demikian adalah seiring dengan pernyataan Cummings dan Simmons: bahawa pembelajaran bahasa di dalam teks sastera merupakan „a branch of linguistic called stylistic‟.Widdowson.Levin. Bagi Leech. maka dalam topik ini .Kesemua sub bidang ini akan disentuh memandangkan kepentinganya di dalam memberi gambaran kasar kepada pelajar sebelum mendalami bidang ini secara lebih mendalam pada topik berikutnya. stilistik ialah ilmu kebahasaan yang mempelajari gaya bahasa. ciri-ciri stilistik.dalan dan lain-lain. Berdasarkan gerak ke arah menjadikan stilistik sebagai bidang ilmu yang penting.

stilistika perhatian utamanya adalah kontras sistem bahasa pada zamannya (Wellek dan Warren. 1990:221).Manakala .22). apabila system tanda dihubungkan dengan cara pengarang di dalam menyampaikan gagasan . dan juga kekayaan unsur pembentuk itu dijadikan sasaran kajian hanya pada wujud penggunaan sistem tandanya.1995. Bertolak daripada berbagai pengertian yang telah disebutkan.stilistik boleh didefinisikan sebagai ilmu yang menyelidiki bahasa yang dipergunakan di dalam karya sastera atau ilmu yang bersifat interdisiplin antara linguistik dan kesusasteraan ataupun penerapan linguistik pada penelitian gaya bahasa. kita perlu memahami i) ii) iii) Gambaran objek/peristiwa Gagasan Ideologi yang terkandung di dalam karya sastera Mengikut Kamus Linguistik Edisi Ketiga . . Sedangkan menurut Rene Wellek dan Austin Warren . sebagaimana bahasa menjadi objek kajian linguistik (Aminuddin.Aminuddin mentakrifkan stilistik sebagai pengajian tentang cara pengarang di dalam menggunakan sistem tanda sejajar dengan gagasan yang ingin disampaikan secara kompleks.Chavatik pula mengemukan stilistik sebagal kajian teks sasatera dan kod estetik dengan kajian stilistik yang mengkaji bahasa dalam teks sastera. Mengikut Kamus Zaaba. stilistik ialah suatu kajian mengenai teknik penggunaan gaya bahasa yang mantap serta secara berkesan di dalam suatu penulisan. Walaupun fokusnya hanya pada sistem tanda untuk memperoleh pemahaman tentang ciri-ciri penggunaan .Kamus Dewan Edisi Ketiga pula mengatakan stilistik ilah kajian tentang teknik penggunaan gaya bahasa secara berkesan di dalam penulisan .Ianya berkaitan dengan stail atau gaya terutamanya gaya bahasa.

Stilistik juga merupakan satu lagi disiplin yang mengkaji ciri-ciri lingustik yang berbeza yang berlaku di dalam kalangan kelompok sosial.stilistik merujuk kepada kajian mengenai bahasa literari sesuatu komuniti dengan menggunakan kaedah linguistik.Segala hubungan yang menimbulkan kelainan gaya bahasa. yang melibatkan. di kaji dan dihubungkan dengan kajian bahasa (Keris Mas:8) . baik gaya individu mahupun implikasi lain. pada kebiasaanyan .antaranya ialah untuk menghuraikan tingkah laku bentuk bentuk bahasa tulisan yang digunakan atau dicipta oleh pengarang di dalam karya deskriptif mahupun karya kesusasteraan . kesusasteraan yang mempunyai sifat dan hakikat perkembangan dan perubahan yang sejajar dengan perkembangan fikiran dan realiti kehidupan manusia dan masyarakat. stilistik ialah kajian stail mengkaji segala kemungkinan gaya kesusasteraan untuk menilai dan mendapat kefahaman sebenar mengenai sesebuah teks kesusasteraan. maka stilistik berusaha mencari jalan keluar bagi menghuraikan perhubungan antara bentuk pengucapan dengan makna yang dibawa oleh ny a (Nik Hassan Basri :378). berdasarkan jenis bahasa inilah .Kelompok sosial itu pula dibezakan oleh bidang pekerjaan atau perbezaan kelas di dalam sesuatu masyarakat.Oleh itu.Ia meliputi kajian mengenai teknik pemakaian bahasa di dalam penulisan dan teknik yang mengkaji segala kemungkinan yang berkaitan dengan gaya bahasa penulisan kesusasteraan yang semata-mata untuk mendapatkan kefahaman sebenar tentang kesusasteraan (Nik Hassan Basri:378). Selain itu. ikut dipertimbangkan.Di dalam karya kesusasteraan. Menurut Keris Mas . bentuk bahasa tulisan atau gaya bahasa banyak dipakai.lahirnya hasil sastera yang diperhatikan dan diberi saluran kajian khusus.walaubagaimanapun .Stilistik ialah kajian stail yang melibatkan bentuk atau bahasa dan isi kesusasteraan. Kaedah ini banyak dipakai .

teknik eksposisi. terdapat stilistik.Kedua-dua pula merupakan cabang linguistik (Azmi Rahman . Dengan stilistik.(Keris Mas :8) Didalam disiplin linguistik.stilistik melihat penggunaan bahasa yang menyimpang atau deviasi daripada norma tatabahasa .ungkapan dan sebagainya.sindiran . Beberapa pendapat lain yang sempat dikutip telah diutarakan oleh Freeman(1970:4). pendekatan terhadap kajian teks sastera meninggalkan cara pendekatan yang subjektif dan impresionis dan memasuki cara baru yang lebih objektif dan lebih saintifik.pencapaian estetika dan pernyataan sikap penulis.com). Perubahan kajian ini disebut kajian bentuk dan kajian isi.Pemilihan kata dan penyusunan struktur ayat memperlihatkan ciri-ciri keperibadian penulis. Stilistik juga mempunyai hubungan yang rapat dengan disiplin sosiolinguistik dan dialektologi . Stilistik merujuk kepada penggunaan prinsip linguistik terhadap bahasa sastera.stilistik atau ilmu gaya dapat dianggap sebagai kajian variasi linguistik. Variasi linguistik ini mempunyai hubungan yang rapat dengan konteks teks dan konteks situasi. yang tidak lagi dari sudut kebahasaan saja tetapi juga dari sudut isi yang disampaikan dengan penggunaan bahasa itu. yang diandaikan sebagai apa yang diperkatakan (isi) dan apa cara mengatakan bentuk atau bahasa ).Esasterawan. Ia meliputi kajian terhadap teks sastera. .bahasa kiasan.baginya .Kajian stilistik telah berubah kepada kajian yang dianggap lebih objektif dan saintifik.iaitu penggunaan peribahasa. penggunaan pengulangan dan meminjam usaha pengarang (di dalam konteks ini penyair) untuk mendapat kepastian tulisannnya. Murray pula berpendapat bahawa stilistik ialah gaya dan sesuatu yang istimewa. disamping kelainan yang bersifat figuratif .Kajian terhadap teks sastera secara tradisional hanya terbatas pada kelainan bahasa dalam hubungan dengan kehendak tatabahasa.

struktur suara.stilistik melihat kajian bahasa puisi dengan unsur linguistik seperti fonologi.Selanjutnya .Menurutnya .Stilistik juga melihat diri puisi sebagai bahasa kreatif yang membenarkan terjadi deviasi/penyimpangan di dalam aspek linguistik secara eksplisit maupun implisit (Esasterawan.menurutnya . juga memberikan pengertian tentang stilistik.Umar Junus (1980:xvii). mengatakan bahawa hakikat stilistik adalah pemakaian dan penggunaan nya di dalam karya sastera.Menurutnya para ahli mengatakan bahawa stilistik meneliti sastera pada aspek bahasa .Bahasa sastera.adalah tentang ilmu gaya bahasa.Tetapi kemunculannya sudah ada di dalam linguistik .com) Kridalaksana(1982:157). stilistik dipakai sebagai gabungan. stilistik adalah bahagian daripada linguistik yang memusatkan perhatian nya pada variasi penggunaan bahasa . khasnya bahasa puisi adalah bahasa yang paling menonjol deviasi atau penyimpangan bahasa. stilistik.Wordpress. iaitu ilmu sastera dan ilmu linguistik . pemakaian ragam tertentu untuk memperoleh kesan tertentu serta keseluruhan ciri bahasa sekelompok penulis sastera (Kridalaksana.Gaya bahasa sendiri adalah pemuafakatan kekayaan bahasa oleh seseorang di dalam bertutur dan menulis. terlepas daripada linguistik ataupun sastera. morfologi dan sintaksis. sintaksis dan lain-lain.237). mengatakan bahawa stilistik merupakan cabang daripada pengajian sastera.Umar Junus (1980. Fowier (1987. Sebagaimana yang kita sudah ketahui.1982:49-50) .com) Tuner (1977:7).xviii) mengusulkan bahawa stilistik menjadi ilmu yang berdiri sendiri. terutama kesusasteraan.menurutnya . stilistik adalah ilmu yang menyelidiki bahasa yang dipergunakan di dalam karya sastera: iaitu ilmu interdispiliner antara linguistik dan kesusasteraan atau penerapan linguistik pada penelitian gaya bahasa (Dwisusanto. yakni imej. di dalam Kamus Linguistik. Di dalam kajian puisi. memberikan batasan stiliistik.

com). seperti berikut: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Bungkus yang membungkus inti pemikiran yang telah ada sebelumnya Pilihan antara berbagai pernyataan yang mungkin Sekumpulan ciri peribadi Penyimpangan norma atau kaedah Sekumpulan ciri kolektif Hubungan antara satuan bahasa yang dinyatakan di dalam teks yang lebih luas daripada kalimat Untuk mengkaji karya sastera dari sudut stilistik. iaitu: (i) Pertama. . ada dua kemungkinan di dalam mendekatinya .Wordpress.Ia dilihat daripada tujuan estetik karya sastera sebagai makna yang penuh. pengajaran stilistik dilakukan dengan cara menganalisis system linguistik karya sastera dan dilanjutkan dengan menginterpretasi ciri-cirinya.Enkvist(Junus 1989:4).1990:226) Berdasarkan kedua-dua pendekatan tersebut. mengatakan bahawa gaya bahasa ada enam pengertian . ternyata terdapat perbezaan mengikut bidang kajian masing-masing. (ii) Kedua. penelitian stilistik ini di lakuakn dengan menghayati variasi terhadap pemakaian bahasa yang normal dan mememukan tujuan estetiknya (Wellekdan Warren.namun kedua-dua pendekatan tersebut pada hakikatnya tidaklah saling bertentangan (Dwisusanto.

. sesuatu karya sastera boleh berupa novel .Stilistik ialah kajian kuantitatif yang berkaitan dengan usaha untuk mendapatkan atau membuktikan ciri-ciri keindahan bahasa yang universal berkenaan sesuatu karya sastera. ahli-ahli stilistik menyimpulkan dua jenis kajian stilistik. (i) Kajian tentang unsur-unsur ekspresif bahasa yang dapat menampilkan pemikiran dan perasaan sefektif mungkin (ii) Kajian tentang gaya bahasa pengarang secara individu.1988:210). Lutfi Abas. Ciri-ciri keindahan bahasa yang universal itu.Mengikut Awang Sariyan (1985) daripada dua aliran pemikiran yang diperkembangkan oleh Charles Bally dan Leo Spitzer itu. puisi moden atau sajak (Lutfi Abas. stilistik mula digunakan pada tahun 1846. Di dalam Bahasa Inggeris . iaitu. Dengan cara membuat perbandingan ini. cerpen.Stilistik wujud sebagai cabang disiplin linguistik yang berdiri sendiri pada penghujung abad ke 19 dan awal abad ke 20.drama . dalam tulisannya cuba menunjukkan perbezaan antara stilistik dengan linguistik. Ini akan diterangkan seterusnya. misalnya berupa rangkaian (perulangan) sesuatu bentuk linguistik seperti ayat jenis tertentu atau bunyi tertentu . maka beliau dapat mengemukakan takrif stilistik dengan lebih jelas.

rima dan sinkof.CIRI LINGUISTIK Stilistik atau kajian bentuk boleh dibahagikan kepada dua perkara.asonansi. bahasa pengulangan. Misalnya gaya bahasa perbandingan simile di ajar kepada pelajar-pelajar tingkatan satu.sintaksis dan semantik. . pertautan dan pertentangan.epifora. anaphora. (d) Gaya yang terakhir ialah penyirnaan yang hanya terdapat satu cirri sahaja iaitu sinkof. gaya bahasa ini di ajar mengikut tahap-tahap tertentu. gaya pertentangan merangkumi aliterasi. Stilistik di dalam kajian bahasa secara umumnya boleh dibahagikan kepada lima bahagian. Ianya boleh dipecahkan kepada beberapa bahagian yang utama tadi. (a) Ciri-ciri yang terdapat di dalam gaya bahasa perbandingan adalah seperti imejan.personafikasi.penyirnaan. Ciri yang keduanya ialah pemakaian bahasa yang termasuk segala yang tercakap dalam linguistik seperti fonologi. metafora. sindiran dan gaya retorik.Kesemua gaya ini mempunyai takrifan dan ciri-ciri yang membezakan diantaranya.Kelainan bahasa juga termasuk peribahasa. perbandingan. Di dalam mata pelajaran Bahasa melayu.pleonasme dan simile. (b) Gaya bahasa pertentangan pula adalah seperti hiperbola.inverse dan paradox (c) Sementara .morfologi.CIRI. Pertama.kajian tentang kelainan bahasa yang mengandungi bentuk gaya .

gaya bahasa pertautan ialah gaya bahasa yang menghubungkan sesuatu yang memiliki ciri atau sifat tertentu dengan yang lain.antaranya gaya bahasa yang selalu dikelompokkan di dalam gaya bahasa ini ialah gaya bahasa sinekdok. ianya juga perlu dikuasai oleh guru bagi membezakan nya dengan ciri-ciri yang lain. Contohnya . Kilatan atau bayangan merupakan nama lain bagi alusi.Alusi merupakan pemerian yang membayangkan atau merujuk sesuatu secara tidak langsung kepada sesuatu cerita. . Contoh perkataan yang sering digunakan bagi menggambarkan ciri ini ialah “Loceng pagi bersahut-sahutan pada pagi itu di rumah saya”. metonimia dan alusi. Menurut Nik Hassan Basri (2005) . epitet.Sungguhpun gaya bahasa pertautan tidak terdapat di dalam sukatan pelajaran. Ciri yang seterusnya ialah epitet yang menjadi keterangan atau frasa yang menggelarkan atau merupakan suatu huraian yang menjelaskan atau menggantikan nama sesuatu benda atau gaya bahasa. Ia merangkumi pengganti symbol atau lambing yang menyatakana sesuatu sifat atau ciri yang khas daripada seseorang atau sesuatu hal. antonomasia. eponym.Seterusnya antonomasia melibatkan penggunaan Jabatan kementerian dan gelaran tertentu seperti Dekan dan Guru Besar. eufemisme.Loceng pagi sebenarnya menggambarkan ayam jantan yang berkokok. gambar yang ditunjukkan itu menggembalikan kenangan kita kepada peristiwa Mei 1969.

Contohnya . Ciri yang terakhir di dalam gaya pertautan adalah sinekdok. perkataan “mati.Eponim pula sejenis gaya yang menggunakan nama seseorang yang memiliki sifat tertentu di pakai di dalam ayat bagi menghubungkan sifat yang dimiliki oleh orang lain.Apokop pula ialah sejenis gaya bahasa penyirnaan yang mengalami proses pengguguran huruf akhir. praakhir atau suku kata akhir bagi sesuatu .Contoh perkataan yang sering digugurkan ialah perkataan “hulu” menjadi”ulu” dan “kamu” menjadi “mu” sahaja. Manakala eufemisme merupakan kata atau ungkapan yang lebih halus sebagai pengganti kata-kata atau ungkapan yang agak kasar atau keras.Aferisis ialah salah satu gaya bahasa penyirnaan . dan“beranak”.”Perangai kamu ini seperti Pak Pandir”.2005) Gaya bahasa penyirnaan atau pelesapan iaitu bentuk bahasa yang mengalami unsure pengguguran bunyi.apokop.afesis. dan aferisis.Sinekdok membawa maksud perkataan yang disebut itu membawa maksud sepenuhnya.ellipsis.perkataan kasar digunakan . Tetapi bagi menggambarkan ciri eufemisme.Penyingkatan ini adalah disebabkan oleh pengguguran huruf atau suku kata didalam struktur kata tertentu. frasa atau bahagian ayatnya. kata yang mengalami proses penyingkatan pula disebut sebagai akronim.Terdapat perkataan yang sinonim dengan perkataan ini seperti “meninggal dunia”.Metonimia pula digunakan bagi menjelaskan ciri atau nama seperti jenama dan sebagainya.Contoh ayat .iaitu pengguguran bunyi atau kata pada awal ujaran atau huruf awal atau suku kata awal bagi sesuatu perkataan. walaupun perkataan separuh sahaja digunakan. kata.sama ada hasil daripada cantuman dua atau lebih perkataan sehingga akhirnya membentuk satu perkataan yang terdiri daripada satu atau lebih suku kata.Contohnya.Antara unsurnya ialah sinkof.Perkataan ini lebih lembut berbanding mati.batang hidung pun tak nampak”. Sementara itu.Pengguguran ini adalah bagi memudahkan penutur meyebutnya .”Setelah mereka pergi dari rumah. Batang hidung itu mewakili keseluruhan tubuhnya (Nik Hassan Basri . akronim.Contoh nya ABIM yang bermaksud Angkatan Belia Islam Malaysia.suku kata.

suku kata. suku kata atau bahagian suku kata di dalam struktur kata dan rangkai kata tertentu. manakala aferisis adalah sebaliknya. anaphora. terdapat sembilan ciri yang kurang digunakan iaitu anadiplosis. kata. tetapi pencantuman itu tidak dapat membentuk akronim. “Dia dirotan”.Sementara itu. asonansi.Contoh perkataan “kekanda” menjadi “kanda”. dan kiasmus.frasa yang digugurkan ialah “oleh gurunya”. frasa atau rangkai kata atau pengguguran tertentu seperti pengguguran frasa nama sebagai subjek. sama ada hasil daripada cantuman dua atau lebih. Contohnya . frasa. tetapi afesis mengugurkan bunyi vokal bagi sesuatu kata. contohnya “anakanda”menjadi “anak” sahaja.Pengguguran huruf sisip atau suku kata sisip perkataan atau dengan menghilangkan huruf tengah atau suku kata tengah. .epizeukis. gradasi.epanortesis.antanaklasis. atau bahagian ayat yang dianggap penting untuk menghasilkan kesan dan memberi tekanan di dalam sesebuah konteks yang sesuai.Contohnya Akademi Seni Kebangsaan (ASK).Kesemua ciri di bawah penyirnaan ini adalah hampir sama tetapi mempunyai hanya sedikit perbezaan dari segi pengguguran penyingkatan. objek. Proses penyingkatan adalah disebabkan penggunaan huruf . Ciri stilistik keempat yang terdapat dalam gaya bahasa pengulangan atau repetisi bermaksud gaya bahasa yang mengandungi unsur pengulangan bunyi.erotesis. Di dalam contoh ayat.perkataan.seterunya .asyndeton.ellipsis merupakan sejenis gaya bahasa penyirnaan yang di dalam struktur ayatnya dihilangkan kata.Terdapat lima ciri yang sering digunakan di dalam sukatan pelajaran iaiatu aliterasi.epanalepsi. baharu menjadi baru saja. Ian jug termasuk pengguguran seluruh frasa predikat atau pengguguran bahagian frasa predikat atau gaya bahasa.Afesis dan aferisis adalah hampir sama .yang di dalam ayatnya di dapati adanya unsur penghilangan atau pengguguran kata atau kata-kata atau ayat yang menjadi unsur penting di dalam pembinaan sintaksis yang lengkap.dan epifora.

pengulangan vokal pada setiap baris atau ayat yang biasanya berurutan seperti anaphora.frasa. gaya bahasa asonansi yang dipetik daripada puisi. moden kreatif atau bukan kreatif. Surat yang merupakan buku karya S.Oleh yang demikian . pengulangan konsonan „d‟ “dara damba daku”. Contohnya.‟o‟.Benarbenar tidak mahu”(halaman 29). moden. anaphora ialah pengulangan kata pada awal baris untuk ayat-ayat yang berturut-turutan.5).Menurut Rahman Shaari (2004.iaitupengulangan vokal „a‟. terdapat enam jenis vokal tetapi bunyi-bunyi itu hanya diwakili oleh lambing „a‟.185a:197) mendifinisikan aliterasi sebagai pemakaian kata yang permulaannaya sama bunyinya.Contoh gaya bahasa epifora yang ditinjau di dalam prosa kumpulan.beberapa kata pada akhir baris atau beberapa kata pada akhir ayat yang juga berurutan.dan „u‟ iaitu sebanyak lima huruf sahaja.Pengulangan bunyi konsonan yang sama pada awal kata dan yang berurutan . sajak “Negara Cinta”oleh Nahmar Jamil. taringan (1985a:181. sama ada di dalam puisi tradisional .cinta kepadanya adalah cinta jutaan bunga-bungaan.Di dalam bahasa Melayu . Othman Kelantan iaitu: “Aku tidak mahu. yang biasanya secara berurutan supaya memperoleh kesan tertentu.Pengulangan ini biasanya dapat dilihat di dalam beberapa rangkap sajak atau syair. Epifora atau epistrofa ialah sejenis gaya bahasa pengulangan: iaitu pengulangan kata.Anafora pula ialah pengulangan perkataan pertama pada setiap baris atau pada setiap ayat. cinta kepadanya cinta jutaan manusiawi.” Setiap huruf “a‟ menggambarkan asonansi.‟e‟. Contoh .alam adalah syurga bumi.‟i‟.gaya bahasa pengulangan ini biasanya terdapat di dalam puisi atau prosa. . prosa tradisional. Gaya bahasa ini terbentuk hasil daripada pengulangan konsonan yang sama . Seterusnya asonansi.Puisinya adalah seperti berikut”Alam adalah sebahagian daripada kami .

Contohnya.aabb.”Di dalam raga ada darah.Anadiplosis ialah sejenis gaya bahasa pengulangan.”Mereka tidak lupa pesanan ibu mereka”.Gaya bahasa ini terlalu banyak menggunakan tanda koma di dalam ayat.abab. .atau rima ialah susunan bunyi atau keselarasan huruf pada akhir kata atau suku kata terakhir di dalam sesuatu baris atau serangkap puisi.di dalam darah ada tenaga .sampan kolek mudik ke tanjung. budi sedikit rasa nak junjung”(Nik Hassan Basri .gurindam.abcabc.2005) Sungguhpun ciri-ciri ini juga terkandung di dalam gaya bahasa penyirnaan.”Burung kakak tua menegur ayahku kelmarin.hati terkenang mulut menyebut. “Tenang-tenang air di laut.di dalam tenaga ada daya.Contohnya. epanalepsi membawa maksud pengulangan kata pertama menjadi kata terakhir di dalam kalausa atau ayat. Contoh rangkap yang memaparkan rima akhir „abab‟ yang dipetik daripada “Pantun Budi”. Gaya bahasa pengulangan yang menggunakan tanda baca yang sama berulangulang untuk menghubungkan kata. iaitu kata atau frasa terakhir di dalam satu klausa atau ayat yang berikutnya.Antanaklasis pula ialah sejenis gaya bahasa pengulangan yang mengandungi pengulangan kata yang sama bentuknya di dalam ayat . frasa.klausa.pantun. Menegur kakak tua ayahku pagi kelmarin”.Penggunaan gaya bahasa ini boleh digunakan juga di dalam penulisan kreatif.ayat antara satu dengan lainnya menjadikan satu ayat yang panjang .Contohnya .Ianya dikenali sebagai asindeton. iaitu.didalam daya ada segala”.iaitu hanya dengan tanda koma atau beberapa tanda koma. iaitu yang terdapat dalam puisi seperti syair.Rima akhir bunyi ialah bunyi yang sama pada huruf akhir atau kata akhir di dalam suatu rangkap . misalnya aaaa. tetapi mempunyai makna yang berbeza.Sementara.Epanalepsi juga merupakan pengulangan awal kata di dalam struktur kata di dalam ayat menjadi kata terakhir di dalam baris yang sama di dalam ayat.abba dan sebagainya.namun ianya kurang diketahui.

Erotesis pula merupakan sejenis gaya bahasa pengulangan yang berupa pertanyaan yang sering digunakan di dalam ucapan .Tetapi di sebalik pengulangan itu terkandung maksud ayat pada mulanya ingin menjelaskan sesuatu tetapi diperbetulkan yang salah. iaitu pengulangan kata atau frasa yang pentingkan atau yang ditekan itu diulang beberapa kali berturut-turut di dalam satu ayat. iaitu pengulangan kata atau frasa yang berada di tengah .Ya Allah..Epanortesis ialah gaya bahasa pengulangan.‟‟..Tuhan Yang Maha Kuasa dan Maha Pengampun”...Gradisi pula ialah gaya bahasa pengulangan yang memaparkan maklumat yang mengandungi beberapa kata atau frasa yang paling sedikit tiga kata –atau istilah yang hadir secara berurutan di dalam ayat yang mempunyai beberapa perubahan yang bersifat kuantitatif. Sementara .(Taringan. pidato.Dan pengharapan tidak mengecewakan. dan tahan uji menimbulkan harapan.eh makan bubur”..iaiatu pengulangan beberapa kata yang sama di dalam ayat.Contohnya.contohnya..1985:239) pula merupakan inverse hubungan antara dua kata di dalam satu ayat pula dikenal sebagai kiasmus.dan ketekunan menimbulkan tahan uji.”Ramli makan nasi.mesodilopsis atau nama lainnya responsif ialah gaya bahasa pengulangan.Misalnya “Kita malah bermegah juga di dalam kesengsaraan kita tahu kesengsaraan itu menimbulkan ketekunan.Epizeukis ialah sejenis gaya bahasa pengulangan. perbahasan atau penulisan yang tujuannaya adalah untuk mencapai keberkesanan yang mendalam dan penekanan setra pertanyaan yang disuarakan atau persoalanyang diajukan itu tidak mengharapkan jawapan.

hiperbaton.sinis.tengah baris atau pengulangan kata atau beberapa kata di bahagian tengah ayat atau di bahagian tengah baris sesuatu ayat yang berturut-turutan. Gaya yang terakhir di dalam gaya bahasa yang berkaitan dengan pengulangan ialah tautotes. Gaya bahasa pertentangan. .paradox.Gaya yang sering digunakan di dalam gaya bahasa ini tiga sahaja iaitu hiperbola.Contohnya.oksimoron.antiklimaks. gaya bahasa yang lain pula adalah seperti antifrasis.litotes.Polisindeton ialah sejenis gaya bahasa pengulangan.silepsi dan zeugma.iaitu yang berupa pengulangan sebuah kata atau beberapa kata berkali-kali di dalam sebuah struktur ayat.Manakala .dan inverse atau anastof.katabasis.kakak mengunjungi abang dan mereka saling kunjung mengunjungi”. iaitu sejenis gaya yang berusaha untuk mencapai keselarian di dalam penggunaan kata –kata beberapa frasa yang menduduki fungsi yang sama di dalam bentuk kenahuan yang sama.”Bapanya memelihara kambing dan ayam dan lembu dan kerbau di ladang”.inuendo.preterisio.apofasis.sarkasme satira.Paralelisme ialah gaya bahsa pengulangan.hipalase.mengemukakan makna yang bertentangan dengan makna yang bertentangan.ironi. iaitu yang menggunakan kata hubung yang sama diulang-ulang untuk menghubungkan kata dengan kata menggunakan kata hubung yang sama diulang-ulang untuk menghubungkan kata dengan kata atau frasa dengan frasa atau klausa dengan klausa di dalam ayat.”Rasuah bukan sahaja patut di kutuk tetapi diperangi habis-habisan”.Contohnya..Contohnya “Abang mengunjungi kakak.klimaks.Tautotes ialah sejenis gaya bahasa pengulangan .

(b) Paradoks ialah sejenis gaya bahasa pertentangan yang mengandungi pertentangan nyata dengan fakta yang ada.Ini bermaksud paradox memaparkan suatu keadaan atau suasana yang berlawanan..Contohnya . sama ada ayat aktif songsang atau ayat pasif songsang. iaitu suatu gaya bahasa yang mengandungi kebenaran yang diperbesarkanbesarkan (Dale et al.Gaya bahasa ini boleh dijumpai dalam teks komsas. maksud hiperbola ialah pembaziran atau suatu cara yang melebihkan –lebihkan semata-mata untuk mencapai kesan tertentu. . ditengah-tengah kesedihan ada juga kelucuan (Dzul Karnain.a)Hiperbola berasal daripada bahasa Yunani. inverse atau anaskof pula ialah gaya bahasa pertentangan yang memfokuskan pembalikan kata-kata atau frasa yang berbeza daripada susunan nya yang lazim atau ayat yang susunnya dimulai dengan predikat dan diikuti dengan subjek.1984:3).Dengan kata lain hiperbola ialah unkapan yang melebihkan –lebihkan apa yang sebenarnya dimaksudkan : jumlahnya.Jadi . ukurannya dan sifatnya (Moelino.tetapi kenyataannya mengandungi kebenaran dengan pendapat umum dan reality. c) Manakala .2000:79).1971:233).Kata majmuk ini dibina melalui gabungan perkataan „hyper‟ yang bermaksud melebihi dan „ballien‟yang bererti meluahkan atau mengeluarkan .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful