You are on page 1of 3

PENGENALAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING Menurut Crow dan Crow (1983), dalam buku bimbingan dan kaunseling kanak-kanak

(2010), bimbingan, di bawah konteks pendidikan merujuk kepada bantuan atau pertolongan yang diberikan dengan betul kepada murid yang berkenaan, manakala kaunseling mengikut definisi Shertzer dan Stone (1968), pula ialah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Untuk pemahaman dengan lebih jelas lagi tentang definisi kaunseling, dipetik tiga definisi yang telah dibuat oleh tiga tokoh iaitu Blocher (1974); Corey (1977) dan James (1982) dari sebuah laman sesawang, Blocher (1974) mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya. Corey (1977) sepertimana dengan Blocher menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulakn masalah pada dirinya. Akhir sekali James (1982) pula mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu. Manakala makna bimbingan pula mengikut Othman Mohamed (2000), merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bagi penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya. Kesimpulannya, kaunseling merupakan sebahagian proses daripada

perkhidmatan bimbingan yang merupakan proses pertemuan secara bersemuka antara seorang kaunselor dengan kliennya yang menghadapi masalah peribadi atau akademik, dengan tujuan membawa perubahan tingkah laku ke arah menyelesaikan masalah yang dihadapi. Bimbingan pula merangkumi segala aspek seperti orientasi, penempatan, inventori, kaunseling, tunjuk ajar dan nasihat serta tindakan susulan. Justeru, matlamat utama Bimbingan dan Kaunseling ialah memupuk

kebolehpercayaan menyelesaikan masalah diri sendiri, menguasai pelbagai kemahiran asas untuk penyesuaian diri agar dapat mencapai prestasi yang lebih baik pada masa hadapan.

PENGENALAN BIBLIOTERAPI Biblioterapi boleh ditafsirkan sebagai penggunaan buku-buku untuk menolong orang menyelesaikan masalah atau lebih tepat didefinisikan sebagai teknik untuk menstruktur interaksi antara pelapis dengan klien, atau pemudahcara dengan peserta berasaskan perkongsian secara mutual dengan idea literatur yang dibaca. Mook Soon Sang dalam buku Bimbingan dan Kaunseling kanak-kanak (2010), Menurut Zaccaria dan Moses (dalam Nystul, 2003), kaunseling bimbingan dan kaunseling biblioterapi paling awal digunakan pada zaman Yunani di mana terdapat satu papan kenyataan yang tergantung di pintu masuk sebuah pusat sumber dengan kata-kata Tempat Merawat Jiwa. Dalam konteks bimbingan dan kaunseling kanakkanak, biblioterapi adalah terapi yang menggunakan bahan-bahan penulisan yang terbimbing bertujuan untuk memperoleh pemahaman atau menyelesaikan masalah sejajar dengan keperluan terapuetik kanak-kanak. Pardeck dan Pardeck (1998) menyatakan bahawa terapi Biblio melibatkan rawatan melalui buku-buku. Haris dan Hodges (1995) berkata terapi ini merangkumi penggunaan pembacaan bahan-bahan bertulis untuk membantu pembaca berkembang dari segi kesedaran kendiri. Biblioterapi boleh dilaksanakan secara individual mahupun kelompok. Pada individual biblioterapi, bahan-bahan yang diperlukan harus bersifat khusus dan terperinci. Perkembangan biblioterapi berkembang pesat setelah Perang Dunia kedua. Hal ini kerana beberapa hospital hospital yang ada telah mengambil langkah berkesan dengan mendirikan perpustakaan untuk mengembalikan keadaan mental yang stabil para tentera yang cacat akibat perang. American Library Association (ALA) melaporkan kaedah ini telah membantu 3.981 tentera untuk menerima keadaan dirinya dengan lebih baik. Beberapa tokoh dalam bidang ini melaporkan bahawa kebelakangan ini, penggunaan biblioterapi agak popular sebagai pelengkap dalam sesi kaunseling di mana kaunselor-kaunselor semakin cenderung mengesyorkan supaya klien

membaca buku-buku bantu kendiri dan buku-buku motivasi yang berperanan sebagai alatan teraputik yang membantu untuk memperoleh ilmu, meluahkan perasaan dan menyelesaikan masalah mereka. Ini membawa implikasi bahawa biblioterapi berpotensi untuk meningkatkan perkembangan potensi seseorang.

KONSEP BIBLIOTERAPI Konsep asas biblioterapi membaca untuk pengalaman rawatan. Konsep ini diaplikasikan dalam amalan rawatan, terutamanya selepas Perang Dunia Kedua kerana ramai anggota tentera yang cedera melakukan pembacaan dalam tempoh pemulihan dan mereka berpendapat bahawa membaca boleh membantu pemulihan dengan lebih cepat terutamanya dari segi spiritual. Flesman dan Fryrear (Nytsul, 2003) dalam buku bimbingan dan kaunseling kanak-kanak siri pendidikan perguruan, mengatakan bahawa konsep utama kaunseling biblioterapi berasal daripada teori psikoanalisi Freud. Antaranya ialah unsur Kesejagatan yang membawa maksud, klien akan dapat meminimumkan perasaan serba salah, malu dan pengasingan sekiranya mereka menemui seseorang yang sedia mendengar masalah hidup mereka. Seterusnya ialah unsur Identifikasi iaitu klien dapat mengaitkan diri mereka dengan watak tertentu dalam buku yang dijadikan role model dari segi sikap dan nilai. Selain itu, teori tersebut juga mengandungi unsur Catharsis iaitu klien berpeluang membuat pendedahan kendiri catharsis (luahan perasaan tanpa had), kemudia melihat bagaimana watak tersebut menyelesaikan masalah yang dialami. Celikakal pula membawa maksud bahawa klien memperoleh celikakal setelah membaca dan membuat perbandingan dengan alternatif penyelesaian yang digunakan oleh watak tersebut. Manakala unsur terakhir yang terdapat dalam teori tersebut yang mempengaruhi konsep Biblioterapi adalah unsur Penyelesaian masalah. Langkah ini akan mengambil masa untuk tercapainya matlamat dan berlaku secara beransur-ansur kerana kanak-kanak akan mencuba alternatifalternatif penyelesaian sehingga mereka berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi. Karin Kramer (2006) berpendapat bahawa konsep biblioterapi adalah penggunaan buku dalam sesi kaunseling untuk menyokong perubahan klien. Konsep Biblioterapi juga boleh diandaikan sebagai teknik menstruktur interaksi antara kaunselor dengan klien berasaskan perkongsian pembacaan dan juga membantu seseorang yang mengalami permasalahan personal. Terapi ini juga diberikan kepada klien yang sukar mengungkapkan masalah secara verbal.

You might also like