You are on page 1of 8

I)

Tajuk : Strategi Memartabatkan Bahasa Melayu.

Kini, penggunaan bahasa Melayu semakin hari semakin hilang serinya dalam meniti era globalisasi negara. Menurut Wilhelm Von Humboldt iaitu seorang sarjana Jerman mendefinisikan bahasa sebagai satu lambang pertuturan arbitrari yang digunakan anggota masyarakat untuk berkomunikasi. Hal yang demikian, turut dikaitkan dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sosial masyarakat di Malaysia. J.R. Logan yang membuat kajiannya berdasarkan adat resam suku bangsa mendapati bahawa ada persamaan adat resam kaum Melayu dengan adat resam suku Naga di Assam (di daerah Burma dan Tibet). Persamaan adat resam ini berkait rapat dengan bahasa yang mereka gunakan. Beliau mengambil kesimpulan bahawa bahasa Melayu tentulah berasal dari Asia. G.K. Nieman dan R.M. Clark yang juga membuat kajian mereka berdasarkan adat resam dan bahasa mendapati bahawa daratan Asia merupakan tanah asal nenek moyang bangsa Melayu. Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu. Kepelbagaian bahasa Melayu ini menyebabkan kita sebagai rakyat Malaysia harus menjaga dan mengekalkannya. Justeru itu, perjuangan bahasa Melayu sebagai bahasa utama harus dilakukan oleh semua pihak dan bukan dengan cara mengharapkan sebelah pihak sahaja. Oleh itu, pelbagai langkah perlu dirangka untuk memartabatkannya.

Perjuangan untuk memartabatkan bahasa Melayu dilakukan dengan menubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ). Universiti tersebut telah ditubuhkan pada tahun 1972 sebagai langkah efektif melindungi bahasa melayu. Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia adalah untuk memartabatkan bahasa Melayu sepenuhnya sebagai bahasa pengantar menunjukkan kemampuan bahasa Melayu itu sendiri. Secara amnya, penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia menjadi pendaulat bahasa melayu melalui pengiktirafan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu. Malah, UKM juga dilihat sebagai kemuncak memperkukuhkan sistem pelajaran Malaysia. Bukti untuk memperkukuhan martabat bahasa melayu dapat dilihat
1

melalui agenda yang di atur oleh UKM untuk menampung lulusan sekolah menengah aliran melayu. Melalui agenda ini, di harapkan dapat melahirkan generasi yang berilmu dan golongan yang memperjuangkan bahasa melayu.

Di samping itu, terdapat pelbagai akta dan dasar telah direka bagi mengukuhkan penggunaan bahasa melayu. Pengenalan Dasar Pendidikan Kebangsaan dalam sistem pendidikan negara merupakan langkah penting bagi memartabatkannya. Menurut Akta Pendidikan 1996, bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana mana institusi pendidikan lain yang telah dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini. Oleh hal yang demikian menunjukkan walaupun sekolah tersebut terdiri dari pelbagai aliran, bahasa Melayu dijadikan sebagai subjek yang wajib diajar di sekolah. Melalui pendekatan tersebut, martabat bahasa Melayu sebagai bahasa unggul negara dapat dingkat dan dijulang sebagai bahasa utama negara.

Strategi yang seterusnya dapat dilakukan melalui penggunaan bahasa melayu dalam sistem pembelajaran. Sistem pembelajaran menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dapat meningkatkan penguasaan bahasa tersebut. Menurut, Mantan Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak ( 1998 ) telah membuat pengumuman bahawa kursus Pengajian Malaysia yang diwajibkan di semua universiti swasta mahupun awam dikendalikan dalam bahasa melayu, selaras dengan usaha memartabatkan bahasa melayu. Malah, menerusi pendidikan moral dan sivik yang diajar dalam bahasa melayu di sekolah menengah juga merupakan langkah penerapan unsur bahasa melayu dalam kehidupan harian dan . Langkah yang sedemikian rupa amat dialu alukan dan disokong sepenuhnya oleh pihak berkaitan. Pendedahan ini dapat menimbulkan semangat cinta akan negara dan merapatkan jurang debgan berbahasa Melayu.

Langkah lain yang dapat diambil menerusi penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa ilmiah.melalui institusi pengajian tinggi yang berperanan besar untuk menjayakannya. Nik Safiah ( 1984 ) pernah mengatakan bahawa pencapaian taraf keintelektualan bahasa Melayu akan menjadi lebih nyata apabila bahasa melayu digunakan sebagai bahasa ilmiah. Seperti mana yang diketahui, institusi pengajian tinggi merupakan institusi yang menjunjung tinggi ciri ciri keilmuan dari pelbagai aspek terutamanya aspek penyelidikan. Beberapa unsur telah dikemukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, tentang penggunaan bahasa ilmiah yang mana mengalakkan para pensyarah menulis hasil kajian dan penyelidikan mereka sama ada dalam bentuk tesis, ensiklopedia dan karya karya. Sebagai ganjaran, mereka akan duberi ganjaran iaitu kenaikan pangkat dan gaji. Oleh hal yang demikian, kaedah demi, penggunaan bahasa melayu dapat digunakan secara meluas dan dapat mengangkat martabat bahasa tersebut.

Bahasa Melayu sebagai bahasa asing merupakan strategi yang dirangka untuk mengangkat martabat bahasa ini. Pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa asing dijalankan di institusi pendidikan tinggi di negara ini merupakan langkah efektif. Menurut Azhar ab. Wahab dan Noor Ida Ramli ( 1997 ), Jabatan Pengajian Melayu Institusi Teknologi Mara mula memperkenalkan kursus bahasa Melayu sejak tahun 1972 lagi kepada para pelajar Kajian Sebaran Am dan kursus kursus lain. Begitu juga dengan pengalaman Universiti Kebangsaan Malaysia ( Abu Bakar Hj. Ibrahim dan Asma Yussof 1994 ) dan Universiti Sains Malaysia ( Mashudi Kader 1996 ). Konklusinya, menunjukkan kemampuan dan keperluan bahasa Melayu sebagai bahasa pemelajaran di institusi pengajian tinggi.

Selain itu, memperkembangkan dan memperkaya penyelidikan asli karya karya dalam bahasa melayu dalam pelbagai disiplin ilmu adalah suatu strategi yang wajar. Strategi sedemikian dianggap lebih berkesan terutamanya kepada pengkaji bahasa dan pencipta bahasa. Menurut Tajul Ariffin Noordin ( 1991 ) menyarankan agar seluruh spektrum perlu diselidiki dan ditulis semula dalam bentuk yang asal terutamanya dalam bahasa Melayu daripada sudut falsafah. Justeru, bahasa Melayu akan dijulang dlam era globalisasi ini. Oleh itu, untuk

membangunkan bahasa Melayu sebagai bahasa bermaruah memerlukan kreativiti yang berkesan supaya ilmu yang dikembangkan bertatahkan etika dan nilai.

Konklusinya, pelbagai agenda telah dilakukan untuk meningkatkan martabat penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu merupakan bahasa sangat baik dan mudah untuk difahami oleh semua golongan. Malah, ia juga dapat mewujudkan persefahaman dalam kalangan penduduk yang terdiri daripada pelbagai etnik di negara ini. Keraguan dari segi kemampuan berbahasa Melayu untuk melengkapkan disiplin disiplin berkaitan harus dipertahankan waima dengan pelbagai cara sekali pun. Justeru itu, andainya semua pihak berganding bahu untuk menyemai dan menggunakan bahasa Melayu tanpa menjejaskan produktiviti yang dihasilkan seperti mana penggunaan bahasa lain, ini bermakna kejayaan besar telah dicapai dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. Oleh hal yang demikian, keyakinan tentang kedudukan, martabat, dan wibawa berbahasa Melayu perlu dipupuk, ditanam, dan ditingkatkan dari semasa ke semasa agar bahasa ibunda tetap terjamin dan terpelihara.

II)

Berdasarkan penulisan anda, sila jawab soalan soalan yang berikut : ( 10 markah )

1. Nyatakan penyata tesis yang ditulis ( 1 M )

Kini, penggunaan bahasa Melayu semakin hari semakin hilang serinya dalam meniti era globalisasi negara. Menurut Wilhelm Von Humboldt iaitu seorang sarjana Jerman mendefinisikan bahasa sebagai satu lambang pertuturan arbitrari yang digunakan anggota masyarakat untuk berkomunikasi.

2. Nyatakan kaedah pengenalan yang digunakan dalam perenggan pendahuluan/pengenalan anda. ( 1 M )

Kaedah pengenalan yang digunakan dalam perenggan pendahuluan ialah kaedah pernyataan umum.

3. Nyatakan pola perenggan bagi perenggan isi tiga dan perenggan empat ( 2 M )

Pola perenggan isi tiga yang digunakan ialah pola deduktif dan begitu juga dengan perenggan isi empat telah menggunakan pola deduktif.

4. Gariskan ayat topik/ ayat judul, bulatkan judul dan gariskan ideal pengawalnya bagi perenggan isi tiga. ( 1 M )

Strategi yang seterusnya dapat dilakukan melalui penggunaan bahasa melayu dalam sistem pembelajaran. ( ayat topik/ ayat judul) Sistem pembelajaran menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dapat meningkatkan penguasaan bahasa tersebut.

Strategi yang seterusnya dapat dilakukan melalui penggunaan bahasa melayu dalam sistem pembelajaran. Sistem pembelajaran menggunakan bahasa Melayu sebagai

bahasa utama dapat meningkatkan penguasaan bahasa tersebut.

5. Gariskan ayat topik/ ayat judul, bulatkan judul dan gariskan ideal pengawalnya bagi perenggan isi empat. ( 1 M )

Langkah lain yang dapat diambil menerusi penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa ilmiah.melalui institusi pengajian tinggi yang berperanan besar untuk menjayakannya.( ayat topic/ ayat judul ). Nik Safiah ( 1984 ) pernah mengatakan bahawa pencapaian taraf keintelektualan bahasa Melayu akan menjadi lebih nyata apabila bahasa melayu digunakan sebagai bahasa ilmiah.

Langkah lain yang dapat diambil menerusi penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa ilmiah melalui institusi pengajian tinggi yang berperanan besar untuk

menjayakannya. Nik Safiah ( 1984 ) pernah mengatakan bahawa pencapaian taraf keintelektualan bahasa Melayu akan menjadi lebih nyata apabila bahasa melayu digunakan sebagai bahasa ilmiah. ( idea pengawal )

6. Apakah kaedah pengembangan perenggan yang anda gunakan dalam perenggan isi tiga. (1M)

Kaedah pengembangan perenggan yang digunakan dalam perenggan isi tiga ialah keadah sebab akibat.
6

7. Apakah kaedah pengembangan perenggan yang anda gunakan dalam perenggan isi empat. ( 1 M ).

Kaedah pengembangan perenggan yang digunakan dalam perenggan empat ialah keadah sebab akibat.

8. Nyatakan kaedah perenggan penutup yang digunakan. ( 1 M ). Kaedah perenggan penutup yang digunakan ialah perenggan penutup transisi.

RUJUKAN

Harimurti Kridalaksana. 1986. Pengembangan Ilmu Bahasa Dan Pembinaan Bangsa. Indonesia : Penerbit Nusa Indah.

Mazlan A. Aziz. Pemartabatan Bahasa Melayu ( Dewan Bahasa 2/99 ) (http://dinakan.tripod.com/karya/karya30.htm )

Mohd. Sidin Ahmad Ishak. 1996. Ketrampilan Menulis. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Sumber Internet : www.dbp.gov.my http://munawwarah. blogdrive. com

You might also like