You are on page 1of 8

KERTAS KERJA KEJOHANAN BOLA TAMPAR TARIKH: 9 APRIL 2013 (SELASA) MASA: 5.00 PETANG - 7.

15 PETANG TEMPAT: GELANGGANG BOLA TAMPAR, KOLEJ JAIPUTRA ANJURAN: PELAJAR-PELAJAR SUBJEK KOKURIKULUM BOLA TAMPAR SEMESTER JANUARI 2013

1.0

MUQADDIMAH Kejohanan Bola Tampar tersebut merupakan kegiatan yang melibatkan pelbagai

pergerakan asas yang dijalankan dalam bentuk permainan.

Kejohanan dijalankan secara

berpasukan di mana peserta menjalani acara sukan ini secara bergilir-gilir dan memungut mata untuk pasukannya. Pencapaian mata atau markah adalah berasaskan prestasi setiap peserta dalam acara yang tertentu. Bola tampar juga merupakan satu sukan aktif. Disebabkan banyak serangan memerlukan pemain menyentuh bola di atas jaring, kebolehan melompat ditekankan dalam permainan ini. Sukan bola tampar di Malaysia bermula sekitar tahun 1920-an di Pulau Pinang. Ia dipopularkan oleh pelajar-pelajar yang baru pulang daripada Universiti Chi-Nan, Shanghai, sebelum berkembang di Selangor dan negeri-negeri lain. Melalui penganjuran Kejohanan Bola Tampar ini, ia dapat memberi tunjuk ajar dan peluang kepada para pelajar subjek kokurikulum Bola Tampar untuk mengelolakan sebuah kejohanan secara kecil-kecilan dalam masa yang sama mendalami teknik-teknik permainan bola tampar melalui perkongsian antara kumpulan. Atas dasar inilah kami menganjurkan kejohanan kecil ini. 2.0
i. ii. iii.

OBJEKTIF Pelajar dapat merancang, mengurus dan mengelolakan aktiviti-aktiviti kesukanan. Melahirkan pelajar yang seimbang antara pelajaran dan kesihatan. Memberi peluang kepada para peserta menunjukkan bakat dalam permainan bola tampar. Dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan pelajar kolej dengan pensyarah di samping memperkenalkan permainan bola tampar yang sebenar.

iv.

3.0

SASARAN Dua kumpulan 8 orang siswa Kolej Jaiputra Satu kumpulan 8 orang staf lelaki Kolej Jaiputra Dua kumpulan 8 orang siswi Kolej Jaiputra Satu kumpulan 8 orang staf perempuan Kolej Jaiputra

4.0

TARIKH 9 April 2013 (SELASA) TEMPAT Gelanggang Bola Tampar, Kolej Jaiputra TENTATIF PROGRAM

5.0

6.0

Rujuk lampiran A ANGGARAN BELANJAWAN

7.0

Rujuk lampiran B ORGANISASI PELAKSANA PROGRAM

8.0

Rujuk lampiran C SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN

9.0

Rujuk Lampiran D PENUTUP Diharapkan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mendapat sokongan

10.0

moral fizikal daripada semua warga Kolej Jaiputra, semoga dengan keprihatinan ini dapat memenuhi matlamat yang kita harapkan. Kerjasama semua pihak amat kami hargai. Semoga program ini dapat memberikan banyak manfaat kepada semua pihak yang terlibat.

LAMPIRAN A TENTATIF PROGRAM 5.00 petang 5.15 petang 5.30 petang : Ketibaan Peserta : Taklimat Kejohanan : Kejohanan bermula

Perlawanan 1: Kumpulan 1 vs Kumpulan 2 Perlawanan 2: Kumpulan 3 vs Kumpulan 1 Perlawanan 3: Kumpulan 2 vs Kumpulan 3 Perlawanan 4: Kumpulan 2 vs Kumpulan 1 Perlawanan 5: Kumpulan 1 vs Kumpulan 3 Perlawanan 6: Kumpulan 3 vs Kumpulan 2 7.10 petang 7.15 petang : Acara Penyampaian Hadiah : Bersurai

LAMPIRAN B ANGGARAN BELANJAWAN UNIT Hadiah (Hamper) PERKARA Tempat Pertama: RM 30 x 2 Tempat Kedua: RM 20 x 2 Tempat Ketiga: RM 15 x 2 Minuman JUMLAH 12 botol 7up Revive 1.5 liter RM 2.48 x 12 botol RM 29.76 RM 159.76 RM 130 JUMLAH

PENDAPATAN : Yuran daripada setiap kumpulan RM 16 x 6 kumpulan = RM 96 Baki yang diperlukan : RM 63.76

LAMPIRAN C

ORGANISASI PELAKSANA PROGRAM Pengarah Setiausaha Bendahari AJK Minuman AJK Tugas-Tugas Khas AJK Promosi AJK Protokol AJK Hadiah : Mohd. Al Ashaari Bin Suhaidi : Muhd Fadhil Bin Wohanis : Muhammad Firdaus Bin Adel : Norain Binti Mohd Ali Wong : Datu Mohd Nazri Bin Datu Indal Jaya : Anis Binti Ariffin : Abdul Fattah Bin Muhammad : Amalin Aisyah Binti Izani : Mohammad Syarul Bin Azhar : Mohd Azhar Bin Kamaruzzaman : Nur Hayaa Izzat Binti Muhamad Ropi : Farzana Binti Abdul Halim

LAMPIRAN D

SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN

1. Pemain mestilah terdiri daripada kumpulan pelajar siswa dan siswi serta staf lelaki Kolej

Jaiputra.
2. Borang pendaftaran pasukan mestilah dihantar kepada AJK Protokol (Mohd Azhar Bin

Kamaruzzaman) 4 hari lebih awal untuk dimasukkan dalam senarai perlawanan.


3. Setiap pasukan dikehendaki membayar RM 16 untuk menyertai perlawanan ini. 4. Setiap pasukan terdiri daripada 8 orang pemain iaitu 6 pemain utama dan 2 pemain

simpanan. 5. Pakaian setiap pasukan mestilah kemas, berseluar track bottom dan menutup aurat bagi lelaki dan juga perempuan.
6. Diwajibkan memakai kasut dan stokin yang sesuai untuk bermain supaya mengelakkan

sebarang kecederaan. 7. Perlawanan lelaki dan perempuan akan diasingkan dari segi tempat dan liga. Perlawanan bagi liga lelaki akan diadakan di gelanggang utama bola tampar Kolej Jaiputra manakala liga perempuan akan diadakan di gelanggang bola tampar asrama siswi Kolej Jaiputra. 8. Peserta mesti berada di lokasi pertandingan 10 minit sebelum perlawanan pertama dimulakan. 9. Segala keputusan pengadil adalah muktamad dan para peserta mestilah akur keputusan pengadil.
10. Pertandingan yang dijalankan adalah mengikut sistem liga dan pemenang ditentukan

berdasarkan kedudukan kumpulan selepas tamat dua pusingan liga.


11. Undang-undang pertandingan adalah berdasarkan undang-undang yang telah ditetapkan

oleh Persatuan Bola Tampar Malaysia dan undang-undang yang ditetapkan oleh urusetia.
12. Pengadil:

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

. (MUHD FADHIL BIN WOHANIS) Setiausaha, Kejohanan Bola Tampar

. (MOHD. AL ASHAARI BIN SUHAIDI) Pengarah, Kejohanan Bola Tampar

Disokong oleh : . (USTAZ SEN SAFYAN) Penasihat Kejohanan Bola Tampar

Diperakukan oleh : (CIK NUR AZHANA BINTI AHMAD) Pengurus HEP Kolej Jaiputra

Diluluskan oleh : . (EN. MOHD SHAHROM BIN AZMIN) Ketua Pengerusi Operasi Kolej Jaiputra

You might also like