You are on page 1of 8

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI

Mata Pelajaran Tunjang Tajuk Subtopik Tarikh Masa Tahun Bilangan Murid

: : : : : : : :

Pendidikan Jasmani Kemahiran Pergerakan Kreatif Tema 1 Kesedaran Tubuh Badan 21 Julai 2009 7.45 8.15 pagi ( 30 minit ) 1 Cempaka 4 murid lelaki dan 4 murid perempuan

Objektif Psikomotor Kognitif Afektif

: : : :

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat: Melakukan sekurang-kurangnya 3 daripada 4 pergerakan kreatif (kesedaran tubuh badan) dengan berpandukan rangsangan (kad gambar). Menyatakan kepentingan dan kegunaan anggota tubuh badan dalam kehidupan seharian. Menunjukkan kepatuhan murid terhadap arahan yang diberikan oleh guru.

Pengalaman sedia ada Penerapan nilai KBKK Penggabungjalinan Kesepaduan Alatan

: : : : : :

Murid telah melakukan pergerakan tubuh badan secara tidak langsung dalam kehidupan seharian contohnya berjalan, berlari, melompat dan berguling. Mematuhi arahan, berusaha, bertanggungjawab dan menghormati orang lain. Murid mampu membezakan jenis pergerakan yang mereka hasilkan. Digabungjalin dengan tajuk pergerakan. Sains mengenali tubuh badan. 1. 1 biji belon 2. 8 biji skital 3. Kad Imbasan

Bahagian / Masa Permulaan (5 minit)

Aktiviti

Fokus Pembelajaran

Organisasi

Catatan / Alatan TKP: - Kinestatik - Kesedaran ruang Bahan: - 1biji Belon - 4biji skital

Aktiviti memanaskan badan. - Belonku Terbang

- Murid membuat satu bulatan besar mengelilingi guru. - Guru meniupkan sebiji belon sambil diperhatikan oleh murid. - Murid memerhatikan rupa belon itu sebelum dan selepas ditiup serta apakah yang berlaku apabila guru melepaskan udara keluar daripada belon. - Guru memberi arahan kepada murid untuk meniru pergerakan belon yang dilihat. - Murid berpura-pura menjadikan diri mereka seolah-olah seperti belon yang lembik. - Kemudian, murid mengembangkan diri dengan mendepakan kedua-dua belah tangan seperti belon yang telah ditiup. - Meleraikan pergerakan. - Murid akan bergerak seolah-olah terapung setelah pengembangan. - Biarkan murid mencucuk antara satu sama lain untuk kembali mengecut dengan cepat.

Murid membentuk bulatan dan guru berada di tengah-tengah bulatan.

= murid-murid = guru = skital

Perkembangan Langkah 1 (5 minit) Gerak kerja kelas - Badanku Bergerak Guru menyuruh murid duduk dalam bulatan bersama-sama guru dengan kedua-dua kaki lurus ke hadapan. Guru menunjukkan kad imbasan sambil murid menyentuh anggota badan yang berkaitan. Meminta murid meniru perbuatan guru menyentuh anggota-anggota badan. Mengulangi perbuatan menyentuh anggota badan beserta nyanyian. Lagu; Head and shoulders, Knees and toes, Knees and toes, Knees and toes, Head and shoulders, Knees and toes, Clap your hands together Sekarang silangkan kaki. Murid meniru gaya guru semasa guru menyanyikan lagu yang kedua. = guru = murid Bahan: - Kad imbasan TKP: - Kesedaran kinestatik

Kesepaduan Sains - Mengenali anggota badan.

Lagu; Eyes and ears, and Nose and chin, Nose and chin, Nose and chin, Eyes and ears and, Nose and chin, Clap your hands together

Langkah 2 (7 minit)

Gerak kerja berkumpulan - Mari Bersukan

Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan berada dalam kawasan masing-masing. Guru akan memberikan kad imbasan di setiap kawasan. Kad imbasan mengandungi gambar atlet sedang berenang, berlari, melontar peluru, dan menunggang kuda. Murid-murid akan berfikir untuk melakukan pergerakan tersebut mengikut kreativiti masing-masing. Setelah dibunyikan wisel, murid akan bergerak ke kawasan di sebelah mereka. Guru akan memantau pergerakan tersebut dan membetulkan kesilapan murid.

TKP: - Kesedaran kinestatik Alatan: - 4 biji skital - Foto sukan

Kemuncak (10 minit)

Permainan Kecil - Tiru Macam Saya

Murid dan guru akan membentuk satu bulatan Guru akan menunjukkan satu gaya gerakan badan. Murid di sebelah kanan guru akan meniru gaya tersebut setelah guru selesai membuat pergerakan. Murid kedua akan mengikut pergerakan murid pertama setelah beliau selesai pergerakan tersebut. Murid lain akan meniru pergerakan yang sama. Guru kemudiannya membuat pelbagai gaya gerakan badan dan pelajar akan meneruskan gaya tersebut . Pelajar yang tidak dapat meniru pergerakan badan tersebut dikira kalah dan perlu berdiri ditengahtengah bulatan tersebut. Permainan akan dimainkan semula dengan dimulakan oleh murid disebelah kanan pemain yang terkeluar sebentar tadi. Permainan akan dimainkan selama 7 minit.

Murid dan guru membentuk bulatan.

TKP: - Kesedaran tubuh badan.

= guru = murid

Penutup (5 minit)

Aktiviti regangan:

Murid beratur dihadapan guru dengan ruang yang mencukupi untuk melakukan regangan. Guru mengarah murid menggerakkan kepala mereka secara perlahan-lahan dengan arahan: Letakkan dagu ke dada Letakkan telinga kanan anda ke atas bahu kanan anda Lihat ke langit Letakkan telinga kiri anda ke atas bahu kiri anda Letakkan dagu ke dada Ulang arahan dengan arah yang sebaliknya. Guru mengarahkan murid untuk membayangkan mereka sedang menyentuh langit secara perlahanlahan dengan menghulurkan keduadua tangan ke atas. Perlahan-lahan menurunkan tangan dan membongkok seketika sambil membiarkan tangan terampai. Lakukan sebanyak dua kali

Murid membentuk ladam kuda di hadapan guru.

= guru = murid

Tarik nafas sambil melakukan perbincangan.

Tarik nafas dan hembus nafas dalam kiraan 3. Guru bertanyakan perasaan murid

setelah melakukan aktiviti dan kemudian menyuruh murid duduk dihadapan guru. Guru bertanya soalan kepada murid dan murid menjawab. Apakah yang telah dipelajari pada hari tersebut? Tunjukkan bahagian tubuh badan yang telah dipelajari. Apakah pergerakan yang telah dipelajari? Apakah kepentingan kesedaran tubuh badan terhadap kanakkanak? Guru memaparkan rajah tubuh badan serta menyuruh murid memadansuai anggota tubuh badan tersebut.

You might also like