You are on page 1of 9

PENILAIAN KERJA KURSUS (PPGPJJ)

KPF3012
Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: Falsafah Dan Dasar SEMESTER 2 SESI 2012/13

ZAINI BIN ABDULLAH (PENYELARAS KURSUS) FAKULTI PENDIDIKAN & PEMBANGUNAN MANUSIA JABATAN PENGAJIAN PENDIDIKAN

Penilaian Kursus KPF3012

Sem 2 Sesi 2012/13

KANDUNGAN 1.0 2.0 3.0 Pengenalan Hasil Pembelajaran Kursus Penilaian Kursus: 3.1 Kategori penilaian & pemberatan 3.2 Agihan pemberatan kerja kursus 4.0 Bentuk Kerja Kursus Individu 4.1 Esei Ilmiah 4.2 E-Forum 5.0 6.0 7.0 Panduan Menulis Esei Ilmiah Skala Pemarkahan Kerja Kursus Peringatan LAMPIRAN: i. Cover tugasan kumpulan 7 3 3 4 5 6 2 2 2 2

Penilaian Kursus KPF3012 1.0 PENGENALAN

Sem 2 Sesi 2012/13

Kursus KPF3012 ini bermatlamat untuk melengkapkan para pelajar dengan pengetahuan terhadap perkembangan pendidikan negara. Pengetahuan yang diperoleh menerusi pertemuan bersemuka dapat diperluaskan oleh para pelajar menerusi pembacaan, perbincangan, perdebatan dan penerokaan. Kerja kursus merupakan sebahagian dari proses pembelajaran para pelajar dalam kursus ini yang bertujuan untuk meningkatkan keupayaan intelektual, pemikiran kreatif & kritis dan pembinaan sahsiah profesional sebagai seorang guru berwibawa. Panduan kerja kursus ini diharapkan dapat membantu para pensyarah dan pelajar untuk melengkapkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi kursus ini.

2.0

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS Pada akhir pembelajaran kursus ini, pelajar dapat:

i. Menganalisis perkembangan pendidikan di Malaysia dari aspek falsafah,


kurikulum dan dasar-dasar (C4, LL2). ii. Menghubungkait pembentukan kurikulum kebangsaan dan penterjemahannya menerusi sukatan pelajaran (C5). iii. Mempamerkan ciri-ciri keguruan selaras dengan Kod Etika Perguruan (C3, P2). iv. Membahaskan Akta Pendidikan 1996 (C6, A3, CS3).

3.0

PENILAIAN KURSUS 3.1. Kategori Penilaian & Pemberatan Kategori Kerja kursus Peperiksaan Akhir JUMLAH Pemberatan 60% 40% 100%

3.2.

Agihan Pemberatan Kerja Kursus Bentuk Kerja Kursus Individu JUMLAH Jenis Tugasan Esei Ilmiah E-Forum Agihan Markah (Peratus) 30% 30% 60%

Penilaian Kursus KPF3012 4.0 BENTUK KERJA KURSUS SECARA INDIVIDU

Sem 2 Sesi 2012/13

Sila baca SEMUA perkara yang terdapat di bawah supaya anda mendapat kefahaman yang sebenar tentang bagaimana hendak menyelesaikan kerja kursus anda. Tugasan 4.1. ESEI ILMIAH Arahan TAJUK: Pilih dan jawab satu (1) dari tajuk di bawah Tarikh Akhir 28 Apr 2013 % 30

1. Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 2. Dasar-Dasar Pendidikan Negara. 3. Kurikulum Kebangsaan.


4. Profesionalisme Keguruan. ARAHAN:

1. Sila dapatkan satu (1) dokumen rasmi berkaitan


dengan mana-mana tajuk di atas. (Sila kemukakan bukti dalam lampiran tugasan)

2. Berdasarkan dokumen tersebut: a) Lukiskan peta minda (Sila rujuk beberapa contoh
membina peta minda seperti yang dikemukakan oleh Buzan dalam laman web mind map) yang menunjukkan perkara-perkara yang berkaitan denganperkara-perkara berikut: i. Definisi dan konsep. ii. Pembentukan. iii. Peranan dan sumbangan iv. Cabaran dan halangan v. Cadangan pemantapan

b) Huraikan setiap perkara di atas dengan


mengemukakan contoh-contoh yang sesuai dalam konteks pendidikan di Malaysia.

3. Tugasan MESTI dihantar melalui tapak yang dibina di


Portal MyGuru di ruangan Assingment mengikut tarikh yang ditetapkan. Penghantaran melewati tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.

4. Gunakan cover tugasan yang diberi (Lampiran 1).


4.2 EFORUM

1. Tutor E-Learning bagi setiap kumpulan akan membuka


tapak forum dan memuat naik 5 soalan (berdasarkan kandungan modul KPF3012) untuk dijawab dan dibincangkan bersama dalam kalangan ahli kumpulan masing-masing di dalam portal MyGuru (Group Forum).

2. Setiap pelajar MESTI menjawab setiap soalan tersebut


dengan mengemukakan 3 isi penting (lebih kurang 300 patah perkataan) bagi setiap jawapan. Jawapan

Penilaian Kursus KPF3012 mestilah dalam bentuk hujah yang ilmiah.

Sem 2 Sesi 2012/13

3. Selain dari menjawab soalan tersebut, setiap pelajar


juga perlu membuat komentar terhadap sekurangkurangnya dua (2) jawapan yang dikemukakan oleh rakan sekumpulan yang lain bagi setiap soalan yang dikemukakan. 4. Pelajar perlu peka dengan tarikh-tarikh yang ditetapkan. Kelewatan untuk menjawab dan memberi komentar mengikut tarikh yang ditetapkan akan menjejaskan markah kerja kursus yang disediakan.

5. Tajuk E-Forum ditentukan oleh tutor E-Learning


mengikut kumpulan masing-masing.

6. Contoh tajuk-tajuk adalah seperti berikut: i. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan. Bincangkan.

10.03.2013

ii. Dasar-dasar pendidikan yang dilaksanakan di


sekolah-sekolah telah berjaya meningkatkan penglibatan dan pencapaian murid. Bincangkan.

24.03.2013 07.04.2013 21.04.2013 05.05. 2013

6 6 6 6

iii. Ke arah memartabatkan profesion keguruan di


Malaysia. Bincangkan. iv. Tranformasi pendidikan ke arah kecemerlangan pendidikan negara bertaraf dunia. Hujahkan.

v. Guru beretika, murid bertatasusila. Bincangkan.


JUMLAH 60

5.

PANDUAN MENULIS ESEI ILMIAH. 5.1 Penulisan mestilah mematuhi format berikut: i. Format APA ii. Font: Arial iii. Saiz: 11 iv. Spacing: 1.5 v. Margins: Atas 1 (inci) ATAU 2.5 cm Bawah 1" (inci) ATAU 2.5 cm Kanan 1 (inci) ATAU 2.5 cm Kiri 1.5 (inci) ATAU 3.0 cm vi. Bibliografi/ Sumber rujukan mestilah ada sekurang-kurangnya: 5 buah buku ilmiah 3 artikel dari jurnal (bercetak/ atas talian) 4 Sumber internet yang berwibawa.

Penilaian Kursus KPF3012

Sem 2 Sesi 2012/13

Dinyatakan di dalam esei pada bahagian bibliografi

vii. Panjang: 18 - 20 halaman.


viii. Teknik menulis esei mestilah mengandungi format yang berikut Muka hadapan: Gunakan contoh yang dilampirkan. Isi Kandungan dan Halaman Kandungan esei: PETA MINDA

1.0 Pengenalan (ringkas dan bernas tentang keseluruhan kandungan


esei yang ditulis. Lebih kurang 100 patah perkataan) 2.0 Definisi dan konsep. 3.0 Pembentukan. 4.0 Peranan dan sumbangan 5.0 Cabaran dan halangan 6.0 Cadangan pemantapan 7.0 Penutup 8.0 Bibliografi 9.0 Lampiran

6.

SKALA PEMARKAHAN KERJA KURSUS Artikel Ilmiah (30%) Penulisan ilmiah yang cemerlang, menepati format, isi mencukupi, isi di olah dan dikembangkan dengan baik, ada contoh yang baik dan konkrit. Ada idea asli yang bernas, kreatif dan kritis. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan bahasa. Penulisan ilmiah yang baik, menepati format, isi mencukupi, isi dikembangkan dengan baik, ada contoh yang konkrit. Ada idea asli yang bernas. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan bahasa. Penulisan ilmiah yang sederhana, menepati format, isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. Tiada kesalahan bahasa. Penulisan ilmiah yang sederhana, E-Forum (30%) Tahap perbahasan secara ilmiah yang cemerlang, penyampaian yang cemerlang & kemas, menarik & kreatif, idea yang bernas, ada elemen interaksi yang baik.

A-

Tahap perbahasan secara ilmiah yang baik, penyampaian yang baik, menarik & kreatif, idea yang bernas, ada elemen interaksi yang baik. Tahap perbahasan ilmiah yang sederhana, penyampaian yang baik, menarik & kreatif, idea yang bernas, ada elemen interaksi. Tahap perbahasan sederhana,

B+

Penilaian Kursus KPF3012 menepati format, isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. Kesalahan bahasa minima (tidak lebih dari 3 perkara). Penulisan secara ilmiah, kesalahan format yang minima (tidak lebih 2 perkara), isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea sendiri. Kesalahan bahasa minima (tidak lebih dari 3 perkara). Penulisan secara ilmiah, kesalahan format yang minima (tidak lebih 3 perkara), isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan bahasa minima (tidak lebih dari 5 perkara). Penulisan secara ilmiah, kesalahan format tidak melebihi 4 perkara. isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan bahasa tidak melebihi 7 perkara. Penulisan lemah, kesalahan format melebihi 5 perkara. isi tidak mencukupi, isi tdak dihuraikan. Tiada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan bahasa melebihi 8 perkara. Tidak diserah pada waktu yang ditetapkan. Tidak lengkap.

Sem 2 Sesi 2012/13

penyampaian yang baik, menarik dan idea yang bernas. Ada perbahasan secara ilmiah, penyampaian yang baik & menarik dan ada idea yang kemas

B-

C+

Ada penjelasan, penyampaian yang sederhana, Ada idea sendiri yang baik.

Tahap perbincangan yang rendah, penyampaian sederhana dan sekadar ada, ada idea tetapi kurang kemas.

Tidak ada penjelasan, penyampaian yang tidak berkesan, idea yang tidak jelas.

Gagal melengkapkan tugasan & Tidak menjawab soalan.

7.

PERINGATAN!!!!!!! Segala perkara yang berkaitan dengan kursus ini adalah merujuk dan mengikut arahan Tutor E-Learning anda. Kehadiran dan penglibatan pada setiap tutorial adalah WAJIB. Ketidakhadiran boleh menyebab anda dihalang (bar) dari menduduki peperiksaan akhir. Karya anda mestilah asli dari idea anda sendiri. Plagiat adalah jenayah intelek yang boleh dikenakan tindakan tatatertib. Sentiasa AWAS dan PEKA dengan tarikh-tarikh yang berkaitan dengan penghantaran tugasan secara on-line. Sentiasa rujuk kepada pengumuman dari masa ke semasa. Pastikan tugasan dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan secara on-line. Serahan pos tidak dianggap sebagai bukti penghantaran. Kegagalan anda melengkapkan & menghantar tugasan adalah tanggungjawab anda sendiri dan menjejaskan markah & gred anda. Pastikan anda menjadi pelajar yang aktif. Semua peraturan adalah tertakluk kepada arahan Tutor E-Learning bagi kumpulan masing-masing.

Penilaian Kursus KPF3012

Sem 2 Sesi 2012/13

PEMARKAHAN

FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SEMESTER 2 SESI 2012/2013MANUSIA PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PJJ)

KPF 3012: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR TAJUK ESEI ILMIAH

DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK

PUSAT PEMBELAJARAN: EL-_________

NAMA TUTOR E-LEARNING:____________________________________ TARIKH SERAH: ________________

Penilaian Kursus KPF3012

Sem 2 Sesi 2012/13

You might also like