You are on page 1of 8

Sem 2 2012/13

PENILAIAN KURSUS (PPGPJJ)


KRM 3023 ASAS UKURAN

DR MAZLINI ADNAN (PENYELARAS KURSUS) FAKULTI SAINS DAN MATEMATIK Jabatan Matematik

1.0

PENGENALAN

Kursus KRM 3023 membincangkan tentang konten matematik dalam bidang ukuran yang merangkumi topik-topik masa dan waktu, ukuran panjang, timbangan dan isipadu cecair Pelajar akan memperkukuhkan pengetahuan mereka dengan penekanan kepada konsep-konsep dalam bidang ini melebihi daripada penekanan terhadap nombor-nombor dan pengiraan. Pelajar juga akan mengkaji bagaimana kanak-kanak berfikir dan belajar tentang topik-topik tersebut. Pembinaan pengetahuan pedagogi isi kandungan bagi setiap topik akan dibincangkan secara mendalam. Bahan konkrit, media dan teknologi yang sesuai bagi memperkenal dan memperkembangkan konsep dan kemahiran bagi topik-topik tertentu akan juga dibincangkan.

2.0

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS

1. 2. 3. 4. 5.

Menganalisis konsep bidang ukuran dan perkembangannya. (C4) Membincangkan kesukaran dan miskonsepsi yang biasa dihadapi oleh pelajar dalam tajuk-tajuk tertentu bagi bidang ukuran. (C3, CS4) Merancang penggunaan bahan konkrit, media dan teknologi dalam tajuk-tajuk tertentu bagi bidang ukuran. (C5, P3,TS 3) Membina PCK bagi tajuk-tajuk dalam bidang ukuran. (C6,A2) Membuat penilaian dan keputusan secara effektif. (A4, LL3)

3.0

PENILAIAN KURSUS 3.1. Pemberatan


Kategori Kerja kursus Peperiksaan Akhir JUMLAH Pemberatan 60% 40% 100%

3.2.

Agihan Pemberatan Kerja Kursus


Bentuk Kerja Kursus Individu JUMLAH Jenis Tugasan Tugasan 1 dan Tugasan 2 E-Forum Jumlah (%) 40% 20% 60% 1

4.0

BENTUK KERJA KURSUS INDIVIDU i. Kursus KRM 3023 ini mengandungi Tugasan 1, Tugasan 2 dan E-Forum. ii. Jawab SEMUA tugasan tersebut. iii. Tugasan 1 dan Tugasan 2 yang telah dijawab dengan sempurna perlu dihantar kepada pensyarah E-Learning melalui pautan yang disediakan dalam myGuru3. Untuk E-Forum, sila baca arahan yang telah disediakan di bawah. iv. Sila baca SEMUA perkara yang terdapat di dalam Panduan Kerja Kursus ini supaya anda mendapat kefahaman yang sebenar tentang bagaimana hendak menyelesaikan kerja kursus anda.

Tugasan

Arahan

Tarikh Akhir 7 April 2013

Tugasan 1

Lukiskan peta konsep bagi setiap yang berikut: i. Masa dan Waktu ii. Panjang iii. Timbangan Berat iv. Isipadu Cecair

10

Tugasan 2

a. Bagi SETIAP tajuk di bawah, rancangkan satu aktiviti pengajaran yang melibatkan penggunaan satu daripada bahan berikut: bahan konkrit, media atau teknologi. Aktiviti ini mestilah ditulis dengan arahan yang lengkap dan mudah difahami. Anda juga mestilah menyediakan bahan bantu mengajar yang digunakan dalam aktiviti tersebut (sekiranya bahan adalah objek 3D, hantar gambar sahaja mencukupi) serta lembaran kerja yang bersesuaian. Di samping itu, kenal pasti miskonsepsi-miskonsepsi yang biasa dihadapi dan bincangkan cara untuk mengatasinya. Tajuk-tajuknya ialah: i. Menukar unit masa yang melibatkan jam, hari, bulan, tahun dan dekad. ii. Menganggar jarak dalam unit kilometer. iii. Mencari perkaitan antara berat, saiz dan bentuk. iv. Mengira isi padu cecair dari situasi yang dinyatakan dalam pecahan. b. Pilih salah satu daripada tajuk di atas (a) dan buat satu rakaman video mengenai pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang. Sila layari pautan di bawah sebagai contoh. www.khanacademy.org/math/statistics

5 Mei 2013

20

10

E-Forum

1. Pensyarah E-Learning bagi setiap kumpulan akan memuat naik (upload) 4 soalan untuk dibincangkan bersama dalam kalangan ahli kumpulan masing-masing di dalam portal MyGuru 3. 2. Setiap pelajar MESTI menjawab setiap soalan tersebut dengan mengemukakan 3 isi penting (lebih kurang 150 patah perkataan) bagi setiap jawapan. Jawapan mestilah dalam bentuk hujah yang ilmiah. 3. Selain dari menjawab soalan tersebut, setiap pelajar juga perlu membuat komentar terhadap sekurang-kurangnya tiga (3) jawapan yang dikemukakan oleh rakan sekumpulan yang lain bagi setiap soalan yang dikemukakan. 4. Pelajar perlu peka dengan tarikh-tarikh yang ditetapkan. Kelewatan untuk menjawab dan memberi komentar mengikut tarikh yang ditetapkan akan menjejaskan markah kerja kursus yang disediakan. 5. Tajuk-tajuk adalah seperti berikut: a) Bincangkan kegunaan dalam kehidupan seharian konsep-konsep ukuran berikut: i. Masa dan Waktu ii. Panjang iii. Timbangan Berat iv. Isipadu Cecair b) Bincangkan aktiviti-aktiviti bersesuaian yang boleh digunakan dalam menerangkan konsep tahun lompat. c) Terangkan diperlukan? mengapa unit piawai ukuran Minggu 3 (4 -17 Mac) 5

Minggu 5 (18-31 Mac) Minggu 7 (1 -14 April) Minggu 8 (15-28 April)

d) Terangkan dengan menggunakan contoh yang sesuai fenomena berat sesuatu objek tidak bergantung kepada saiz dan bentuknya. JUMLAH

60

5.0

FORMAT PENULISAN TUGASAN

Tugasan 1 : Tiada format yang ditetapkan. Ia bergantung kepada kreativiti setiap pelajar. Tugasan 2a : Tiada bilangan mukasurat yang ditetapkan. Ia mengikut pensyarah e-learning anda masing-masing. (TUGASAN 2a BUKAN MEMBUAT RPH cuma melibatkan bahagian konten sahaja). Format tugasan 2a: a) b) c) d) Muka depan Isi kandungan Pengenalan Isi (aktiviti) i. Menukar unit masa yang melibatkan jam, hari, bulan, tahun dan dekad. ii. Menganggar jarak dalam unit kilometer. iii. Mencari perkaitan antara berat, saiz dan bentuk. iv. Mengira isi padu cecair dari situasi yang dinyatakan dalam pecahan. (setiap lembaran kerja buat sebagai LAMPIRAN) e) f) g) Miskonsepsi dan cara mengatasinya Penutup Rujukan

Tugasan 2b: Sila lihat contoh video yang telah diberikan (hanya melibatkan tangan dan suara sahaja). Masa penayangan untuk video yang dibina adalah antara 10-15 minit.

6.0

SKALA PEMARKAHAN KERJA KURSUS

A-

B+

TUGASAN 1 DAN TUGASAN 2 (40%) Menepati format penulisan, isi mencukupi, isi diolah dan dikembangkan dengan baik, ada contoh yang baik dan konkrit. Ada idea asli yang bernas, kreatif dan kritis. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan format penulisan dan bahasa. Menepati format, isi mencukupi, isi dikembangkan dengan baik, ada contoh yang konkrit. Ada idea asli yang bernas. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan bahasa. Tiada kesalahan format penulisan dan bahasa. Menepati format, isi mencukupi, isi dihuraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. Tiada kesalahan format dan bahasa.

B-

C+

E-Forum (20%) Tahap perbahasan secara ilmiah yang cemerlang, penyampaian yang cemerlang dan kemas, menarik dan kreatif, idea yang bernas, ada elemen interaksi yang baik. Tahap perbahasan secara ilmiah yang baik, penyampaian yang baik, menarik dan kreatif, idea yang bernas, ada elemen interaksi yang baik. Tahap perbahasan ilmiah yang sederhana, penyampaian yang baik, menarik dan kreatif, idea yang bernas, ada elemen interaksi. Menepati format, isi mencukupi, isi dihuraikan Tahap perbahasan sederhana, dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. penyampaian yang baik, menarik Kesalahan format dan bahasa pada tahap minima dan idea yang bernas. (tidak lebih dari 3 kesalahan). Tahap perbahasan sederhana, penyampaian yang Ada perbahasan secara ilmiah, baik, menarik dan idea yang bernas. penyampaian yang baik dan menarik dan ada idea yang kemas. Kesalahan format yang minima (tidak lebih 3 Ada penjelasan, penyampaian perkara), isi mencukupi, isi di huraikan dan ada yang sederhana, Ada idea sendiri contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. yang baik. Kesalahan format minima (tidak melebihi 3 perkara) dan kesalahan bahasa minima (tidak lebih dari 5 perkataan). Kesalahan format tidak melebihi 4 perkara, isi Tahap perbincangan yang rendah, mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada penyampaian sederhana dan Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan sekadar ada, ada idea tetapi kurang format dan bahasa tidak melebihi 7 perkara. kemas. Kesalahan format melebihi 5 perkara. Isi tidak Tidak ada penjelasan, mencukupi, isi tidak dihuraikan. Tiada contoh. penyampaian yang tidak berkesan, Ada Idea yang diambil dari sumber lain. idea yang tidak jelas. Kesalahan format dan bahasa melebihi 8 perkara. Tidak diserah pada waktu yang ditetapkan. Tidak Gagal melengkapkan tugasan pada lengkap. masa yang ditetapkan dan tidak menjawab soalan.

7.0

PERHATIAN DAN PERINGATAN!!!!!!! Segala perkara yang berkaitan dengan kursus ini adalah merujuk dan mengikut arahan Pensyarah E-Learning anda. Kehadiran dan penglibatan pada setiap tutorial adalah WAJIB. Karya anda mestilah asli dari idea anda sendiri. Plagiat adalah jenayah intelek yang boleh dikenakan tindakan tatatertib. Sentiasa AWAS dan PEKA dengan tarikh-tarikh yang berkaitan dengan penghantaran tugasan secara on-line. Sentiasa rujuk kepada pengumuman dari masa ke semasa. Pastikan tugasan dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan secara on-line. Serahan pos tidak dianggap sebagai bukti penghantaran. Kegagalan anda melengkapkan & menghantar tugasan adalah tanggungjawab anda sendiri dan menjejaskan markah dan gred anda. Pastikan anda menjadi pelajar yang aktif. Semua peraturan adalah tertakluk kepada arahan Pensyarah E-Learning bagi kumpulan masing-masing.

LAMPIRAN 1

PEMARKAHAN

RIS SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2012/2013


KRM 3023 ASAS UKURAN TUGASAN 1 / 2

DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK

KUMPULAN

: __________________________________________________

PENSYARAH E-LEARNING:____________________________________________ TARIKH SERAH : __________________________________________________

You might also like