You are on page 1of 17

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA ____________________________________________________________ HBIS4303 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5 SEMESTER SEPTEMBER 2012

NAMA HASLINDAR BINTI SARIMAN NO MATRIK 710107105512002 NO TEL 013 3717621 PUSAT PENGAJIAN PUSAT PEMBELAJARAN OUM,SEKSYEN 13,SHAH ALAM NAMA TUTOR PENYELIA USTAZ MOHD NORIZAN B. HASHIM EMEL isasaid68@gmail.com

HBIS4303 PENDIDIKAN ISLAM TING 5 HASLINDAR BITI SARIMAN

1.0 Pengenalan

Perbezaan pemahaman terhadap ajaran Islam telah bermula sejak zaman Rasulullah SAW masih hidup lagi, namun perbezaan tersebut tidak sampai berlarutan dan menimbulkan konflik, kerana Rasulullah SAW masih ada untuk menjelaskan serta menerangkan segala persoalan dan perbezaan yang berlaku kepada para sahabat. Apabila berlaku perselisihan pendapat di kalangan sahabat di dalam sesuatu persoalan, mereka segera merujuk kepada Rasulullah SAW dan persoalan mereka akan terjawab dengan penjelasan daripada baginda. Selepas kewafatan Rasulullah SAW, sering juga berlaku perbezaan pendapat terhadap sesuatu masalah, baik dalam soal ibadah, muamalah mahupun perkara penting yang lain.Bagi mengatasi masalah tersebut, biasanya para sahabat akan bertanya sesama mereka terlebih dahulu, sekiranya terdapat sahabat yang telah mengetahui dan pernah mendengar keterangan tentang persoalan tersebut dari Rasulullah tetapi tidak diketahui oleh sahabat yang lain. Mereka akan bermusyawarah untuk menetapkan hukum atas persoalan yang mereka hadapi itu jika tiada sahabat yang mengetahui dalil atau nasnya. Namun begitu perbezaan pendapat di kalangan umat Islam dalam bidang syariah atau perundangan ini dianggap sebagai satu rahmat. Ini kerana di sebalik perselisihan pendapat ini telah membawa kepada pertemuan dan perbahasan di antara alim ulama yang pakar dalam bidang tersebut sehingga satu keputusan dapat dibuat. Walau bagaimanapun perbezaan pendapat dalam bidang politik dan aqidah lebih cenderung kepada perbalahan serta peperangan sesama umat Islam. Ini akan mengakibatkan perpecahan di kalangan umat Islam yang tidak diinginkan oleh Rasulullah SAW dan seluruh umat Islam. Begitu juga dengan kewujudan fahaman Syiah telah menimbulkan pepecahan di kalangan umat Islam.
HBIS4303 PENDIDIKAN ISLAM TING 5 HASLINDAR BITI SARIMAN

2.0 Sejarah Perkembangan Syiah

Dari segi bahasa syiah bermaksud para penyokong, pengikut, pendukung atau pembela. Contohnya Syiah Ali bermaksud satu kumpulan yang menyokong atau pembela Ali. Dari segi istilah pula syiah ialah sesiapa yang menyokong Saidina Ali dan anakanaknya menjadi ketua atau imam. Oleh itu apabila di sebut seseorang itu syiah maka dia menganut atau berfahaman syiah. Pada zaman pemerintahan khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman, kalimah syiah belum wujud dan terbentuk lagi dalam sesuatu puak atau fahaman. Pada awalnya perkataan syiah ini hanya digunakan oleh penyokong dengan kumpulan- kumpulan yang berkonflik dalam perkara-perkara yang berkaitan

siasah dan pengurusan negara. Perkataan ini sering digunakan ketika berlaku pertikaian antara Muawiyah dan Saidina Ali selepas kewafatan Saidina Uthman. Pada dasarnya perbalahan antara dua kumpulan ini hanya bersifat siasah semata-mata. Ia tidak melibatkan soal aqidah dan pegangan agama. Saidina Ali meminta Muawiyah memberikan baiah kepadanya kerana perlantikannnya sebagai khalifah adalah sah. Namun begitu, Muawiyah meminta Saidina Ali mengambil tindakan terlebih dahulu terhadap para pembunuh Uthman sebelum dia dan pengikutnya mengiktiraf perlantikannya sebagai khalifah. Namun begitu penggunaan perkataan syiah ini berkembang kepada pengertian yang lebih khusus selepas itu.

3.0 Faktor-faktor Kemunculan Mazhab Syiah Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan munculnya fahaman dan ajaran syiah ini iaitu:
HBIS4303 PENDIDIKAN ISLAM TING 5 HASLINDAR BITI SARIMAN

3.1 Kewafatan Rasulullah S.A.W Selepas Rasulullah wafat, berlaku pertikaian sipakah yang layak mengggantikannya.Sesetengah pihak berpendapat bahawa Saidina Ali lebih berhak menjadi imam lalu memberikan sokongan kepadanya. Pendapat ini turut dipegang oleh sebahagian puak syiah dengan andaian mereka sendiri. Pendapat lain selain syiah pula mengatakan bahawa Saidina Ali mempunyai pertalian darah dengan Rasulullah dan baginda lebih berhak menjadi khalifah selepas Rasulullah SAW.

3.2 Kemunculan Pergerakan Abdullah b. Saba Abdullah b. Saba adalah seorang Yahudi dari Yaman dan pengasas golongan syiah al-Sabaiyah yang merupakan golongan syiah pelampau. Dia berpura-pura memeluk Islam pada zaman Uthman r.a dan menjelajah ke negara-negara pada masa itu Islam dalam usaha untuk menyesatkan umat Islam. Abdullah merupakan pelopor ajaran syiah yang eksterim yang menjadi punca berlakunya perpecahan dalam kelompok syiah itu sendiri. Dia juga merupakan orang yang mula-mula mengkafirkan Abu Bakar, Umar dan Uthman serta tidak mengiktiraf sistem khalifah kecuali hanya dari golongan ahli bait.

3.3 Peperangan Siffin dan Majlis Tahkim. Peristiwa pembunuhan Saidina Uthman telah menimbulkan salah faham di kalangan umat Islam sehingga tercetusnya Perang Siffin antara Ali bin Abi Talib dengan Muawiyah. Bukan sahaja banyak nyawa terkorban dalam peperangan ini tetapi telah menimbulkan salah faham dalam bidang politik dan soal akidah. Ekoran daripada peristiwa itu, wujud kumpulan yang fanatik terhadap Ali yang dikenali sebagai syiah dan mereka yang menyokong Muawiyah. Dalam perbalahan dua kumpulan ini, muncul pula golongan yang terkeluar dari kumpulan tersebut kerana tidak berpuas hati dengan urusan tahkim yang dikenali sebagai khawarij. Tahkim adalah peristiwa perlantikan ketua negara Islam antara Muawiyah dan Ali. Pada awalnya keadaan masih lagi terkawal namun
HBIS4303 PENDIDIKAN ISLAM TING 5 HASLINDAR BITI SARIMAN

selepas beberapa peringkat, anasir bukan Islam mula muncul. Akibat dari itu muncul golongan syiah yang berfahaman sederhana seperti Imamiah dan Zaidiah. Ada juga golongan yang dianggap radikal kerana fahaman mereka terkeluar daripada akidah utama.

3.4 Peristiwa pembunuhan Saidina Hussin Salah satu peristiwa besar selepas kewafatan Rasulullah ialah pembunuhan Saidina Hussin bin Ali, cucu baginda sendiri. Peristiwa ini telah berlaku di sebuat tempat yang bernama Karbala pada 10 Muharam tahun 61 Hijrah. Pertempuran berlaku di antara kumpulan yang dipimpin oleh Saidina Hussin dengan tentera Yazid yang dipimpin oleh Umar bin Saad. Saidina Hussin terbunuh akibat dipanah oleh tentera Yazid ketika beliau hendak mengambil wuduk. Peristiwa pembunuhan ini tidak berhenti setakat itu sahaja. Ia telah memberi kesan ke atas perjalanan sejarah umat Islam sehingga hari ini. Golongan yang paling sedih ialah golongan syiah kerana bagi mereka, mereka yang telah membunuh Saidina Hussin telah melakukan kesalahan besar. Oleh itu tarikh 10 Muharam itu bukan tarikh untuk bersuka-suka tetapi masa untuk melahirkan rasa sedih dan duka ke atas kematian Saidina Hussin.

4.0 Mazhab Popular Kumpulan Syiah

Perselisihan pendapat yang berlaku di kalangan puak-puak Syiah ini telah menyebabkan mereka berpecah kepada beberapa kumpulan. Namun begitu, ada satu perkara yang menyatukan mereka iaitu pandangan atau pendapat mereka terhadap Saidina Ali yang mereka anggap sebagai imam berdasarkan dalil nas dan wasiat daripada Rasulullah SAW. Imam ini kemudian diwarisi turun temurun kepada Saidina Ali r.a.

HBIS4303 PENDIDIKAN ISLAM TING 5 HASLINDAR BITI SARIMAN

Antara faktor yang membawa kepada wujudnya puak-puak dalam syiah ini adalah perbezaan prinsip dan ajaran yang mereka yang adakalya terlalu ekstrem. Manakala sesetengah puak lain yang bersikap lebih sederhana. Selain itu mereka bertelagah siapakah yang layak menjadi imam dari keturunan Saidina Ali. Akibat perbezaan dan percanggahan pendapat ini, ulama telah membahagikan pengikut syiah ini kepada lima kumpulan besar mengikut aqidah dan pegangan mereka iaitu:

4.1 Al- Ghaliyyah Mereka adalah kumpulan yang berpegang bahawa Saidina Ali adalah manusia yang paling utama menjadi rujukan mereka selepas Rasulullah wafat. Bukan sekadar itu mereka juga turut menambah dalam aqidah mereka perkara-perkara yang boleh menyebabkan mereka terkeluar daripada Islam. Bagi mereka, Saidina Ali itu mempunyai tahap kenabian dan sebahagian mereka yang ekstrem menganggap Saidinan Ali sebagai tuhan. Terdapat sebelas puak yang masyhur dari kumpulan ini iaitu as-Sabaiah, alKamiliah, al-Aliliah, al-Mughiriah, al-Mansuriah, al-Khitabiah, al-Kibalah, alHisyamiah, al-Nimaniah, al-Yunusiah dan al-Nasiriah.

4.2 Al-Zaidiyah Syiah Zaidiyah adalah pengikut Imam Zaid bin Ali Zainal Abidin. Imam Zaid ini juga dikenali sebagai Abu Muhammad dan Abu Hassan. Kelompok ini dianggap kelompok yang paling hampir fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mereka tidak sahabat Nabi terutamanya mereka yang diakui menyanjung imam setaraf nabi dan tidak berusaha untuk mendekatkan ke arah itu. Mereka juga tidak mengkafirkan kepimpinan mereka seperti Saidina Ali. Puak ini berkeyakinan bahawa imam itu adalah
HBIS4303 PENDIDIKAN ISLAM TING 5 HASLINDAR BITI SARIMAN

sama

seperti manusia lain tertapi mereka mempunyai sedikit keistimewaan

kerana

mereka orang yang paling utama selepas nabi. Sebenarnya dalam wasiat Rasululullah menyebut ciri-ciri seseorang yang patut menjadi imam atau ketua selepas kewafatannya. Kesemua ciri-ciri yang disebutkan itu hanya ada pada Saidina Ali tetapi tidak pada orang lain. Ciri-ciri yang disebutkan juga mengharuskan bahawa imam itu mesti berasal daripada keturunan Bani Hasyim. Orang itu juga mesti seorang yang soleh, bertaqwa, alim, dermawan dan hanya keluar untuk berdakwah sahaja. Setelah kematian Ali, syarat imam itu pula seharusnya daripada keturunan Fatimah binti Rasulullah.

4.3 Al-Rafidiyah Al-Rafidiyah bermaksud kumpulan yang menolak sesuatu. Puak ini di gelar alRafidiyah kerana mereka mengkafirkan, tidak mengiktiraf serta melaknat para sahabat dan isteri Nabi Muhammad SAW seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, Abu Hurairah dan Muawiyah serta keturunan daripada mereka. Golongan ini juga akan menolak dan menidakkan apa sahaja yang datang daripada mereka. Aqidah mereka berbeza aqidah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mereka mengkafirkan para sahabat dengan tujuan untuk meragukan sumber rujukan umat Islam iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Mereka juga mempunyai aqidah taqiyyah iaitu suka berbohong dan berpura-pura. Menurut fahaman mereka tiada agama bagi sesiapa yang tidak bertaqiyyah. Mereka dikehendaki untuk menzahirkan sesuatu yang bersesuaian dengan masyarakat setempat dan menyembunyikan kepercayaan dan fahaman mereka. mereka. Orang-orang syiah ini akan menyamar untuk memperdaya Ahli Sunnah Wal Jamaah yang kurang faham dengan agama

HBIS4303 PENDIDIKAN ISLAM TING 5 HASLINDAR BITI SARIMAN

4.4 Al-Ismailiyyah Perpecahan yang berlaku selepas kematian imam kelima syiah Imamiyyah menyebabkan wujudnya syiah Ismailiyyah.Aliran syiah ini adalah dinisbatkan kepada Ismail bin Jafar al-Shadiq. Aliran ini berpendapat bahawa penetapan Ismail sebagai imam adalah merupakan nas daripada ayahnya. Ajaran dalam syiah Ismailiyyah ini yang dikenali juga sebagai mazhab tujuh imam kerana mereka percaya bahawa sama ada Ismail bin Jaafar atau anaknya Muhammad bin Ismail al-Maktum merupakan yang ketujuh dan terakhir. Golongan ini berpendapat Ali sepatutnya menjadi pemimpin pertama umat Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w kerana Nabi sendiri yang mewasiatkan Ali sebagai mawla selepas baginda.

4.5 Al-Imamiyyah Mereka adalah golongan syiah yang kedua terbesar dan ramai pengikutnya. Puak Imamiyyah ini dikenali juga dengan nama Jaafariah iaitu menyandarkan kepada Imam Jaafar as-Sadiq yang dianggap sebagai pemimpin besar yang menjadi ikutan golongan ini. Imam Jaafar al-Sadiq adalah seorang mujtahid, kaya dengan ilmu,warak dan zuhud. Syiah Imamiyyah ini percaya bahawa Nabi Muhammad mewasiatkan kepimpinan umat Islam kepada Ali bin Abi Talib yang mesti ditaati selepas kewafatan baginda. Dengan itu, Saidina Ali dianggap oleh golongan ini sebagai imam pertama bagi umat Islam. Melalui nas-nas, Allah SWT sendiri memberi petunjuk siapakah yang layak menjadi pewaris. Mereka juga beranggapan imam tidak semestinya jatuh kepada anak lelaki pertama. Oleh itu imam kedua mereka jatuh kepada Hussin bin Abi Talib bukan kepada Hassan bin Ali. Syiah ini juga dikenali sebagai imam dua belas yang wajib mereka taati iaitu: 1. Ali bin Abi Talib 2. Hassan bin Ali 3. Hussin bin Ali 4. Ali bin Hussin
HBIS4303 PENDIDIKAN ISLAM TING 5 HASLINDAR BITI SARIMAN

5. Ali bin Musa (al-Rida) 6. Muhammad bin Ali (al-Jawad) 7. Muhammad bin Ali bin Hussin 8. Jaafar bin Muhammad 9. Musa bin Jaafar (al-Kazim) 10. Ali bin Muhammmad (al-Hadi) 11. Hassan bin Ali (al-Askari) 12. Muhammad bin Hussain (al-Mahdi). Pengikut Imamiyyah percaya beliau akan lahir menjadi Imam Mahadi pada akhir zaman. Imam-imam ini kemudiannya berpecah kepada beberapa aliran dan fahaman yang berbeza aqidah dan pegangan antara satu sama lain dan sebahagian terpesong dari ajaran yang asal.

5.0 Usul Aqidah Mazhab Syiah Seperti ajaran lain yang percaya kepada sesuatu rukun, mazhab syiah ini juga ada lima perkara yang menjadi kepercayaan atau usul aqidah bagi mereka iaitu: 1. Tauhid Golongan syiah percaya bahawa Allah itu s.w.t itu satu. 2. Adalah Golongan ini juga percaya bahawa Allah s.w.t itu adil. 3. Qiyamah Allah akan menghidupkan semula manusia untuk di adili pada hari kiamat.
HBIS4303 PENDIDIKAN ISLAM TING 5 HASLINDAR BITI SARIMAN

4. Nubuwwah Golongan Syiah berpendapat bahawa para Nabi dan Rasul adalah seorang yang maksum dan dilantik oleh Allah untuk membimbing dan mengajar manusia. Nabi Muhammad merupakan nabi dan rasul yang terakhir. 5. Al-Imamah Al-Imamah adalah salah satu iktikad yang telah menjadi pegangan golongan syiah.

Mereka mendakwa selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, kuasa memerintah menjadi milik Saidina Ali dan keturunannya. Ia menjadi satu rukun iman yang penting sehingga iman seseorang itu tidak sah sehingga dia menerima konsep al-imamah ini. Golongan Syiah percaya bahawa Allah telah melantik orang-orang tertentu sebagai imam iaitu ketua untuk memimpin umat manusia.Bagi golongan ini manusia memerlukan seorang imam dan hanya seorang imam sahaja yang boleh wujud pada bila-bila masa. Mereka berpendapat, sebahagian rasul itu adalah imam seperti Nabi Ibrahim yang menjadi nabi, rasul dan imam. Namun begitu tidak semua imam itu adalah rasul atau nabi seperti Imam Ali.

5.0 Perkembangan Syiah di Malaysia.

Fahaman Syiah di Malaysia mula berkembang secara meluas selepas kemenangan Ayatullah al-Khomeini dalam satu revolusi Islam di Iran pada tahun1979. Rakyat Malaysia telah memberi sokongan dalam revolusi ini tanpa menyedari orangorang Iran yang berfahaman syiah telah menyebarkan fahaman ini atas nama kerajaan Islam. Fahaman ini telah tersebar di Malaysia melalui beberapa cara. Antaranya ialah: a. Lawatan para pembesar Iran ke Malaysia dan kemudiannya disusuli dengan kempen, ceramah dan penerangan tentang fahaman tersebut kepada rakyat Malaysia. Begitu juga sebaliknya jika ada lawatan rakyat Malaysia ke Iran.

HBIS4303 PENDIDIKAN ISLAM TING 5 HASLINDAR BITI SARIMAN

b. Pelajar-pelajar Malaysia yang ditawarkan belajar ke negara tersebut akan diberi keistimewaan dengan mendapat biasiswa serta kemudahan asas yang mencukupi. Keistimewaan ini juga akan diberikan melalui pegawai-pegawai kedutaan Iran di Malaysia yang membuat lawatan ke pusat-pusat pengajian tinggi di Malaysia.
c. Perpustakaan-perpustakaan umum seperti perpustakaan universiti, masjid dan

kedai-kedai buku yang terkenal percuma.

diberikan hadiah buku fahaman syiah secara

Selain itu berdasarkan siasatan dan kajian Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan polis, beberapa pusat pengajian tinggi telah dikenalpasti menjadi sasaran golongan syiah untuk menyebarkan fahaman ini di kalangan pelajarnya. Apa yang dikhuatiri oleh pihak Jais ialah ada segelintir pensyarah yang menyebarkan fahaman ini di kalangan pelajarnya. Ada juga beberapa individu yang yang menyebarkan fahaman ini dalam kelompok kecil dengan berkempen daripada rumah ke rumah. Selain itu terdapat juga usaha-usaha golongan ini untuk menubuhkan persatuan bagi mengembangkan lagi fahaman ini di kalangan masyarakat namun dapat dihalang oleh pihak yang berkuasa seperti Mais dan Jakim. Kajian yang dijalankan oleh Jais juga mendapati bahawa Syiah di Malaysia merupakan satu kelompok perpecahan dari umat Islam yang merangkumi lebih kurang 10% dari umat Islam di dunia. Terdapat tiga kumpulan syiah yang berkembang semenjak beberapa tahun lalu. Kumpulan tersebut ialah Syiah Taibi Bohra yang berasal dari India dan dikenali sebagai Kedai Bombay yang kebanyakannnya berpusat di Kelang. Kumpulan kedua ialah Syiah Ismailiyyah Agha Khan yang bergerak di Lembah Kelang tetapi bilangannya sedikit. Kumpulan yang ketiga ialah Syiah Jafariyah yang dipercayai wujud selepas kejayaan Revolusi Iran pada tahun 1979. Dalam satu kenyataan daripada Encik Mohd. Ismail Ketua Ikatan Muslim Malaysia (ISMA) dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 18 Jun 2012, di Malaysia sahaja terdapat 20,000 hingga 30,000 ribu orang yang didakwa terlibat dengan fahaman syiah ini.Terdapat lima hingga enam pertubuhan syiah yang dikenalpasti masih aktif menyebarkan fahaman ini secara terang dan terbuka kepada orang ramai.
HBIS4303 PENDIDIKAN ISLAM TING 5 HASLINDAR BITI SARIMAN

Menurut Profesor Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa dalam kenyataannya di akhbar Berita Harian pada 20 April 2011 mengatakan bahawa syiah ini amat berbahaya kerana ia adalah pertembungan ideologi antara Syiah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Menurutnya Sunnah dan Syiah adalah dua aliran besar dan pergeseran daripada ideologi tersebut amat sukar untuk diselesaikan jika masyarakat di negara ini tidak berhati-hati yang akan mengakibatkan perpecahan umat Islam. Sejak dahulu lagi syiah ini baginya tidak sesuai kepada orang Melayu kerana sifatnya yang agak kasar berbanding dengan orang Melayu yang mempunyai kelembutan sesuai dengan masyarakat tempatan. Oleh kerana fahaman syiah ini bahaya dan boleh menyelewengkan aqidah umat Islam di negara ini maka fatwa telah dikeluarkan untuk mengharamkannya.

6.0 Fatwa Pengharaman Syiah Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam yang bersidang pada Mei 1996 telah membincangkan Malaysia antara lain telah memutuskan bahawa: a. Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi aqidah, syariah dan akhlak. b. Jawatankuasa telah mengambil keputusan untuk memansuh dan mengharamkan semua fahaman syiah di Malaysia. c. Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam. Bagi negeri Selangor fatwa telah dikeluarkan oleh pihak Jabatan Agama Islam (JAIS) yang memutuskan bahawa fahaman syiah ini menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam yang berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bagi penganut fahaman ini hendaklah kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.
HBIS4303 PENDIDIKAN ISLAM TING 5 HASLINDAR BITI SARIMAN

Syiah di

Selain itu Majlis Agama Islam negeri lain seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka Negeri Sembilan dan Kedah telah mewartakan bahawa fahaman Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng dari ajaran Islam dan ia menjadi ancaman kepada perpaduan dan keutuhan umat Islam. Fahaman ini perlu disekat daripada berkembang di Malaysia kerana ia bercanggah dari sudut aqidah, syariat dan pelbagai penyelewengan lain.

7.0 Cara-cara menangani Syiah Di Malaysia

Bagi saya, isu Syiah di Malaysia merupakan isu yang kompleks. Oleh itu untuk menanganinya memerlukan kerjasama semua pihak sama ada pihak berwajib atau kelompok masyarakat itu sendiri. Ia sejajar dengan matlamat merealisasikan tanggungjawab amar makruf nahi mungkar. Antara cara-cara yang perlu diambil untuk menangani ini pada pendapat saya ialah :
a. Penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat dengan menangkap pengamal

fahaman ini seterusnya mendakwanya di mahkamah. Hukuman yang berat perlu diambil seperti memenjarakannya dan seumpamanya. Pendakwaan ke atas pengamal amalan Syiah ini perlu didedahkan kepada umum untuk memberi pengajaran kepada masyarakat. b. Mengadakan program pemulihan aqidah dengan mewujudkan pusat-pusat pemulihan aqidah..Program pemulihan ini perlu diberikan dengan betul dan bersungguh-sungguh sehingga mereka benar-benar bertaubat. Sesi bimbingan, kaunseling dan nasihat diberikan kepada pengamal fahaman ini agar tidak mengulangi dan menerima fahaman yang salah ini. c. Ceramah, taklimat dan penerangan diadakan di sekolah-sekolah dan pusat-pusat pengajian tinggi kerana mereka yang berada di institusi-institusi berkenaan golongan muda yang mudah terpengaruh dengan anasir yan-anasir yang tidak sihat seperti syiah ini.
HBIS4303 PENDIDIKAN ISLAM TING 5 HASLINDAR BITI SARIMAN

d. Menyebarkan agama Islam secara meluas dan menyeluruh kepada umum. Ia boleh dilakukan dengan menyebarkannya melalui media cetak dan media elektronik. e. Penerangan melalui media elektronik dengan menyediakan slot khas mengenai bahayanya fahaman syiah ini.
f. Pihak berkuasa dan Jakim perlu bekerjasama erat mengadakan program-program bagi

mengembalikan aqidah pengamal fahaman ini.

8.0 Kesimpulan

Berdasarkan penerangan di atas jelaslah bahawa fahaman syiah amat bahaya dan sama sekali bercanggah dengan syariat Islam. Justeru itu usaha yang bersepadu diperlukan untuk menangani ajaran dan fahaman ini. Kerjasama semua pihak diperlukan untuk samasama membenteras fahaman ini. Ini kerana dalam Islam, konsep amar makruf nahi munkar memerlukan penglibatan dan kerjasama daripada semua pihak dan perlu dilihat secara menyeluruh. Bagi saya, ia bukan sahaja tugas pihak berkuasa semata-mata malah ia peranan setiap individu muslim dalam melaksanakan tanggungjawab bermasyarakat. Masyarakat adalah gongan yang pertama yang mampu menghidu atau mengetahui aktiviti berkaitan fahaman ini wujud di persekitaran mereka. Ketua-ketua masyarakat seperti ketua kampung atau para imam perlu peka dengan aduan dan pertanyaan daripada penduduk atau ahli masyarakat. Mereka perlu melaporkan kepada pihak berwajib untuk tindakan seterusnya. Penyelewengan tentang fahaman syiah ini juga perlu disebarkan secara meluas untuk maklumat awam. Ini bagi mengelakkan mereka yang kurang arif tentang agama untuk cenderung mengamalkannya sesuai dengan cara dan corak hidup mereka. Selain itu pihak berwajib seperti Jabatan Agama Negeri dan polis perlu mempuyai pemahaman yang mantap tentang kehendak undang-undang penyiasatan dan risikan serta kaedah yang yang baik dan sesuai digunakan untuk mengelakkan kes-kes tentang syiah ini lambat atau tidak

HBIS4303 PENDIDIKAN ISLAM TING 5 HASLINDAR BITI SARIMAN

selesaikan langsung.Kerjasama yang sebegini mampu menyekat fahaman syiah ini dari berleluasa di Malaysia. 3012 patah perkataan

HBIS4303 PENDIDIKAN ISLAM TING 5 HASLINDAR BITI SARIMAN

RUJUKAN

1. Abdullah Din & Azfar Abdullah.(t.t). Siapa Syiah Sebenarnya. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Malaysia. 2. Ahmad Hidayat Buang. (2002). Analisis Fatwa-fatwa Semasa Syariah di Malaysia. Jurnal Syariah. 3. Himpunan Ajaran dan Fahaman Yang Telah Difatwa dan Diwartakan Menyeleweng Dan Sesat Dalam Negeri Selangor Sepang Abad 20. (2002). Selangor: Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor. 4. Maulana Muhammad Asri Yusuf.(2008).Syiah Rafidiah: Di antara Kecuaian Ulama dan Kebingungan Ummah. Kuala Lumpur: Pustaka Hidayah. 5. Muhammad Isa bin Selamat & Hj Ahmad M.A Ghaffar. (t.t). Murtad: Kesan dan Kisah Mengenainya. Kuala Lumpur: Pustaka Numan. 6. Mohd Yusof Senik.(1993).Kepercayaan Khurafat tentang Saidina Ali di Kalangan Masyarakat Melayu Di Malaysia.Jurnal Usuluddin,Bil 1.204-215. 7. Sulaiman Nordin, Mohd Zawawi Abdullah & Mohamad Sabri Harun.(2010).Syiah Imamiyyah Mazhab ke 5.Bangi; UKM. 8. Siti Norbaya Abdul Kadir.(t.t). Ajaran Sesat: Sejarah Kemunculan dan CiriCirinya.Kuala lumpur: Pustaka Hidayah. 9. Sinar Harian. Isu Syiah Makin Rumit 18 Jun 2012. 10. Berita Harian. Bahaya Syiah Kepada Masyarakat. 20 April 2011.
HBIS4303 PENDIDIKAN ISLAM TING 5 HASLINDAR BITI SARIMAN

11. http://www.e-fatwa.gov.my akses pada 2 Okt. 2102 12. http://www.malaysiakini.com akses pada 2 Okt.2012 13. http://jais.gov.akses pada 19 Okt. 2012 14. http://www.islam.gov.my akses pada 20 Okt 2012 15. http://www.mais.gov.my akses pada 19 Okt. 2012 16. http://jaim.melaka.gov.my akses pada 16 Okt. 2012 17. http://mufti.terengganu.gov.my. Akses pada 20 Okt 2012 18. http://ipis.edu.my akses 16 Okt 2012

HBIS4303 PENDIDIKAN ISLAM TING 5 HASLINDAR BITI SARIMAN

You might also like