You are on page 1of 14

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

JAN / 2013

HBLS3103

ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: GERACHE @ GERAHE ISMAIL : 76029125963001 : 760229125963 : 0138873638 : gerachegrace@yahoo.com : PUSAT PEMBELAJARAN TAWAU

ISI KANDUNGAN 1. PENGENALAN 2. ALATAN PERTUKANGAN TANGAN 3. CARA CARA MEMBUAT MEJA KOPI MINI 4. BIBLIOGRAFI 5. LAMPIRAN LUKIRAN OTOGRAFIK

PENGENALAN Kerja kursus HBLS3103 merupakan satu topic yang menekankan soal pemberatan kepada menterjemahkan sesuatu objek tersebut pada lukisan isometric. Selain itu juga, topic ini memberikan pemberatan kepada bagaimana sesuatu objek tersebut dihasilkan mengikut langkah langkah tertentu. Pada kerja kursus kali ini, meja kopi ini menjadi pilihan untuk diketengahkan. Beberapa ciri ciri di tetapkan untuk mempamerkan meja kopi ini. Samada daripada permulaan penghasilan meja kopi ini iaitu sumber yang digunakan,bahan yang akan digunakan,alatan yang diperlukan dan lukisan isometric yang perlu untuk menonjolkan imej meja kopi mini ini.

1. ALATAN PERTUKANGAN TANGAN Pada amnya alatan tangan dalam kerja kayu dapat dikelompokkan kepada :1.1. Alat Menanda dan Merancang Tanda 1.2. Alat mengapit dan Menyangga 1.3. Alat Memotong 1.4. Alat Memukul dan Memutar 1.5. Alat Menajam 1.1. Alat Menanda dan Merancang 1. Pembaris Keluli Pembaris keluli ini diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi yang tahan karat dan keras.Permukaan pembaris keluli ditandai dengan ukuran sentimeter (cm) dan milimeter (mm).Pembaris keluli ini bersaiz 300 mm dan1000 mm.

a) Kegunaan alat ini ialah mengukur dan memindahkan,membina garisan lurus pada permukaanmenguji kerataan permukaan b) Cara menggunakan pengukur keluliadalah seperti yangberikut. Lihat.Rajah (a),(b),(c) disebelah. Rajah 1(a) : Mengukur panjang Rajah 1(b) : Menguji Kerataan Rajah 1(c) : Membina Garisan Lurus

2. Sesiku L Bahagian lengan atau mata sesiku L diperbuat daripada keluli yangtahan.Manakala bahagian badannya diperbuat daripada kayu keras atau keluli. Sesiku L biasanya bersaiz 20cm.Pada mata ditandai dengan ukuran sentimeter dan inci. a)Kegunaan Sesiku L menguji sesuatu permukaan bersudut tepat dan kerataan permukaan kayu dan kepersegian kayu b)Cara-cara menggunakan Sesiku L adalah seperti berikut.

3. Pita Pengukur Pita pengukur diperbuat daripada plastik atau keluli.Panjang pitapengukur yang biasa dapat dilihat ialah antara 2.0 meter hingga 8.0meter.Kegunaan pita pengukur ialah untuk mengukur jarak yangpendek serta panjang.Pita pengukur juga boleh digunakan untuk memindahkan ukuran.

4. Pisau Penanda Pisau penanda ialah sejenis pisau kecil yang diperbuat daripada kelulikhas.Pisau penanda digunakan untuk menandakan garisan yang akan dipotongdengan gergaji atau pahat semasa membuat tanggam.Lihat rajah 4 di bawah.

5. Pensil Tukang Mata dan badan pensil ini lebih lebar dan tebal. Permukaannya berbentuksegiempat tepat.Pensil ini khas untuk kerja kasar sahaja seperti menanda dan merancang tanda.

6. Pembaris Lipat Pembaris lipat dibuat daripada kayu keras yang boleh dilipat. Hujung pembaris ini diperkuatkan dengan loyang supaya tahan lasak.Saiznya berbeza-beza daripada 90 sm hingga 480sm.Pembaris lipat berfungsi sebagai alat pengukur atau memindahkan ukuran ke benda kerja yang sedang dibuat.Rajah 5 : Pembaris Lipat

7.Aras Spirit. Aras spirit ialah sejenis alat untuk menentukan aras dan kepugakkan.Iadperbuat daripada kayu atau logam yang lurus dan rata pada kedua-dua mukanya.Pada bahagian tengah serta hujungnya dipasangkan tabung spirit atau air untuk mendapatkan aras atau kepugakan.Panjang Aras Spirit biasanya diantara 300 milimeter (mm) hingga 1.5 meter (m).Lihat rajah 6 di bawah. Rajah 6 : Aras Spirit

8. Sesiku Serong Boleh Laras. Bentuk badannya serupa dengansesiku L melainkan matanya tidak dipasang tetap.Ia digunakan untuk menandakan atau menguji sesuatugarisan yang sudutnya lain daripada 45darjah dan 90 darjah.

9. Sesiku Bergabung Badan dan mata diperbuat daripada keluli. Manakala matanya boleh dilaraskan atau diubahsuaikan kedudukan pada badannya.Badannyamempunyai satu muka yang bersudut 90dan mukanya yang lain bersudut45dengan matanya.

10.Tolok Penanda Tolok penanda diperbuat daripada kayu.Tolok penanda mempunyai badan dan pelaras.Mata terdapat pada kayu pelaras.Terdapat dua jenis tolok penanda iaitu Tolok Penanda satu paku(mata) dan Tolok Penanda Tanggam Puting(dua mata).

11. Tolok Bersengat. Tolok bersengat ialah sepasang jangka yang diperbuat daripada keluli dankedua-dua kakinya adalah tajam seperti paku.Tolok bersengat digunkan untukmembuat bulatan pada kayu atau membuat tanda melengkung.

2.1 Alat Mengapit dan Menyangga a. Apit G dan Apit F 1.Bahagian pemidang Apit G dan Apit F diperbuat daripada bahan keluli. 2.Saiz Apit G dan Apit F ditentukan oleh jarak bukaan maksimum antara bahagianrahang. 3.Kegunaan Apit G dan Apit F adalah untuk :-mengapit kayu ketika proses mengglukan dua kepingan kayu.-memegang kayu yang hendak digerudikan, dipahat, atau digergajikan. 4.Apit G digunakan bersama-sama kayu kecil atau reja kayu untuk melindungi permukaan benda kerja yang diapit.

b. Apit Panjang Apit panjang diperbuat daripada besi tuangan atau aluminiumdengan panjangnya ialah 0.6 meter, 0.9 meter, 1.2 meter, 1.5 meter,dan 1.8 meter.Apit panjang digunakan untuk proses pemasangantanggam, pemidang pintu, tingkap, perabut, papan yang hendak dicantum atau diglukan.

c. Apit Rencong Apit rencong diperbuat daripada aluminium atau besituangan.Fungsinya ialah untuk menetapkan kedua-dua bahagiankayu yang bertanggam rencong apabila hendak diglu ataudipakukan seperti dalam kerja pemasangan kerangka gambar.

d. Kakak Tua Kakak tua digunakan untuk mengeluarkan paku,memotong dawai, dan sebagainya.Kakak tua biasanyabersaiz antara 125mm hingga 300mm.Kakaktua terdiridaripada lengan, rivet,rahang, dan kuku.

3.1 Alat Memotong dan Menajam

3.1 Ketam Kasar Terdiri daripada jenis kayu atau logam. Digunakan untuk mengetam permukaan kayu secara kasar kepada saiz yang diperlukan dengan cepat.Permukaan kayu yang dihasilkan adalah kasar dan perlu diketamsemula dengan ketam pelicin kepada saiz yang tepat.Panjang ketam kasar ini antara 355-380 mm.

3.2 Ketam Pelicin Sebagaimana juga ketam kasar, badan ketam pelicin juga ada yang diperbuat daripada logam dan kayu. Badannya terdapat yang berukuran 203-228 mm.Mata keluli yang tajam dan lurus selebar 37 mm hingga 62 mm. Kegunaannya ialah untuk mengetam permukaan kayu selepas diketam dengan ketam kasar kepada saiz yang lebih tepat.

3.3 Ketam Tetingkat Ketam ini dibina khas untuk membuat tetingkat pada tepi atau hujung kepingan kayu. Ketam ini juga terdapat pelbagai jenis dan bentuk. Ketam ini boleh didapati untuk kerja khas seperti ketam tetingkat berlaras, ketam tetingkat mata hujung dan ketam tetingkat mata tepi.

4.Ketam Pangka Ketam ini dibuat khas untuk mengetam penghujung atau pangkal kayu secara melintang ira. Ketam ini sangat berguna untuk membuat kerja-kerja penyudah atau kerja kecil yang tidak dapat dikerjakan dengan ketam yang lain seperti menyediakan kumai serong. Ketam pangkas ini bersaiz kecil, panjangnya ialah 170 mm dan lebarnya 50 mm.

10

5.Ketam Lurah Ketam lurah ini dibina dengan dengan mata yang seumpamanya bagimembina lurah atau saluran yang selari di sepanjang ira kayu dengan jarak yang tertentu dari tepi kayu. Ketam lurah ini mempunyai satu penahan di bahagian tepi yang bolehdilaraskan untuk menetapkan jarak dari tepinya.

6. Ketam Golek Ketam golek digunakan untk mengetam bahagian tepi permukaan kayu kecil yang cembong. Ketam ini diperbuat daripada logam. Bermata lengkung ataupun lurus untuk kerja yang berasingan. 7. Ketam Pancaguna Ketam ini besar dan berat. Ketam ini digunakan untuk membuat tetingkat dan lurah Ketam ini diperbuat daripada logam Ketam ini mempunyai mata pemotong pelbagai saiz.

11

2. CARA CARA MEMBUAT MEJA KOPI MINI 2.1 Langkah kerja penyediaan bahan. Untuk memulakan membuat meja kopi mini ialah dengan menyediakan sekeping papan lebar berukuran 20mm tebal,kayu beroti berukuran 25mm x 50 mm x 400mm sebanyak 4 batang dan juga 2 papan nipis sebagai kaki untuk meja kopi mini tersebut. Semua bahan kayu ini telah diukur dan dipotong mengikut saiz yang dikehendaki bagi meja kopi mini tersebut.

2.2 Langkah penyambungan. Untuk langkah membuat penyambungan tersebut pula, sambungkan 4 batang beroti tersebut dengan 2 papan nipis sebagai kaki meja. Sambungkan dengan menggunakan gam kayu yang sesuai. Lekatkan pada kedua-dua belah kaki meja tersebut. Biarkan kering selama 30 minit. Selepas itu,lekatkan papan lebar di atasnya sebagai muka depan meja juga dengan menggunakan gam kayu.

2.3 Langkah kemasan Untuk langkah kemasan pula, cat varnish boleh digunakan. Cat varnish boleh digunakan apabila bahan kayu tersebut telah kering. Terpulang kepada individu sama ada menggunakan cat varnish atau pun cat biasa mengikut tema yang dikehendaki.

12

BIBLIOGRAFI Abu Bakar Md Jelas, Periasamy, & Md Sukri Yasin. ( 2005 ). Automotif Kenderaan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Ian Chisholm. ( 1984 ). Automotive engine and vehicle technology. London, England: Mc Graw Hill. Istilah Kejuruteraan. ( 2002 ). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like