You are on page 1of 24

Sintaksis Bahasa Melayu (BMM 3110)

1.0

PENDAHULUAN
Linguistik bahasa Melayu merupakan bidang linguistik yang begitu luas. Secara

umumnya, bahasa mempunyai tiga sistem iaitu sistem fonologi, tatabahasa dan semantik. Tatabahasa bahasa Melayu pula terbahagi kepada dua iaitu morfologi dan sintaksis. Tatabahasa ialah aspek yang terpenting dalam sistem bahasa kerana ketika kita berbahasa kita menggunakan tatabahasa sebagai peraturan tertentu. Sintaksis merupakan bidang ilmu linguistik yang mengkaji proses pembinaan ayat. Sintaksis juga melibatkan kajian tentang bentuk, struktur dan binaan ayat serta hukum ataurumus tatabahasa mengenai cara-cara penggabungan ayat. Selain itu, kajian sintaksis juga melibatkan aspek perbezaan binaan ayat melalui jenis-jenis ayat dan ragam ayat. Menurut Nik Safiah Karim (2008), sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmubahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sebagai konklusi awalan, kajian Sintaksis adalah berkaitan dengan hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Bagi semester lima ini, melalui kerja kursus Sintaksis (BMM 3110) inilah kami akan menganalisis sepuluh ayat secara eksplisit untuk menunjukkan kefahaman dan kemahiran linguistik para guru pelatih IPG Kampus Bahasa Melayu yang mengambil major bahasa Melayu.

Sintaksis Bahasa Melayu (BMM 3110)

2.0

Definisi Sintaksis
Sintaksis merupakan pinjaman perkataan Yunani iaitu suntutein yang bermaksud

menyusun atau susunan. Dalam bidang linguistik, pengertian sintaksis membawa kepada pembentukan ayat. Bidang kajian sintaksis ini dipelopori oleh Noam Chomsky. Menurut beliau, sintaksis ialah cabang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Menurut Nik Safiah Karim (2008) pula, sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis juga dikenali sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Selain itu, kajian sintaksis juga melibatkan aspek perbezaan binaan ayat melalui jenis-jenis ayat dan ragam ayat. Asmah (1968) berpendapat bahawa sintaksis adalah bahagian daripada linguistik deskriptif dan sinkronis yang mempelajari kombinasi kata-kata dalam rangkai kata dan ayat. Beliau juga berpendpat ayat ialah unit paling tinggi dalam skala tatatingkat nahu. Dalam perkataan lain, dalam tatabahasa tidak ada unit yang lebih tinggi yang mempunyai ayat sebagai unsurnya. Ayat terdiri daripada klausa yang disertai dengna intonasi ayat yang lengkap, iaitu yang dimulai dengan kesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan dan intonasinya mengatakan bahawa ayat itu sempurna dan selesai. Manakala menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008,) sintaksis ditakrifkan sebagai bidang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan bagi membentuk ayat dalam bahasa. Tatabahasa tradisional berpendapat, sintaksis ialah sehimpunan kata yang menyatakan fikiran yang lengkap. Tatabahasa struktur pula menyatakan sintaksis sebagai ujaran yang terdiri sendiri dan bebas daripada ujaran-ujaran yang lain. Zaba mentakrifkan sintaksis sebagai apa-apa susunan perkataan yang cukup memberi faham atau terjadi daripada sesuatu benda dan cerita dan hal benda itu kerana apabila kita bercakap tak dapat tidaklah bercakapkan sesuatu benda dan menceritakan apa halnya benda itu. Ia juga merupakan ayat yang terdiri dari subjek dan predikat.

Sintaksis Bahasa Melayu (BMM 3110) Kesimpulannya, sintaksis merupakan ilmu linguistik yang menjurus kepada kajian tentang ayat secara khususnya sama ada dari segi struktur, bentuk, binaan atau konstruksi ayat. Malahan itu, sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan bagi membentuk ayat dalam bahasa.

Sintaksis Bahasa Melayu (BMM 3110)

3.0
3.1 3.1.1

Penganalisisan Ayat
Penganalisisan Penggunaan Frasa Bulan depan daerah kami akan dikunjungi pemimpin parti tersebut. A

Frasa Nama (FN)

Frasa Kerja (FK)

Kata Nama

Kata Ganti Nama Diri Pertama

Kata Bantu

Kata Kerja Pasif

Frasa Nama

Frasa Sendi Nama

Kata Nama

Kata Penentu Kata Nama

Kata Sendi Nama

Frasa Nama

Kata Kata Adverba Nama akan daerah kami dikunjungi pada pemimpin tersebut parti Ayat ini ialah ayat pasif pelaku diri pertama susunan songsang. Ayat pasif susunan biasa ialah daerah kami akan dikunjungi pemimpin parti tersebut pada bulan depan. Ayat ini terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Subjek ayat ialah daerah kami manakala predikat ayat ialah akan dikunjungi pemimpin parti tersebut pada bulan depan. bulan depan

Sintaksis Bahasa Melayu (BMM 3110) Pola ayat ini terdiri daripada frasa nama dan frasa kerja (FN + FK). Frasa nama terdiri daripada kata nama inti daerah dan kata ganti nama diri pertama kami sebagai penerang kepada kata nama inti daerah. Frasa kerja pula terdiri daripada kata bantu akan, kata kerja pasif dikunjungi diikuti frasa nama pemimpin parti tersebut sebagai pelaku diri ketiga dan diikuti frasa sendi nama pada bulan depan sebagai keterangan masa kepada frasa kerja. Frasa sendi nama terdiri daripada kata sendi nama pada dan frasa nama bulan depan. Frasa nama bulan depan pula terbentuk daripada kata nama inti bulan dan kata adverb depan sebagai penerang masa kepada kata nama inti bulan.

Sintaksis Bahasa Melayu (BMM 3110) 3.1.2 Hasil padinya berguni - guni di dalam kepuk itu. A

Frasa Nama (FN)

Frasa Nama (FN)

Kata Nama

Kata Nama

Kata Ganti Nama Diri Ketiga

Kata Bilangan

Frasa Sendi Nama

Kata Sendi Nama

Frasa Nama Kata Arah

Kata Nama berguni - guni hasil padi -nya di dalam kepuk

Kata Penentu

itu

Ayat ini ialah ayat tunggal susunan biasa. Ayat ini terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Subjek ayat ialah hasil padinya manakala predikat ayat ialah berguni - guni di dalam kepuk itu. Pola ayat ini terdiri daripada frasa nama dan frasa nama (FN + FN). Frasa nama bagi subjek ayat terdiri daripada kata nama inti hasil diikuti kata nama padi dan kata ganti nama ditri ketiga -nya.

Sintaksis Bahasa Melayu (BMM 3110) Frasa nama bagi predikat ayat pula terdiri daripada kata bilangan berguni - guni yang menerangkan kata nama dan diikuti frasa sendi nama (FSN) di dalam kepuk itu yang merupakan keterangan tempat kepada frasa nama predikat. Frasa sendi nama terdiri daripada kata sendi nama di diikuti kata arah dalam dan frasa nama kepuk itu. Frasa nama kepuk itu pula terbentuk daripada kata nama kepuk dan kata penentu itu.

Sintaksis Bahasa Melayu (BMM 3110) 3.1.3 Dengan segeranya kami laksanakan perintah Pengarah Syarikat. A

Frasa Nama (FN)

Frasa Kerja (FK)

Kata Nama

Kata Nama Khas

Kata Ganti Nama Diri Pertama

Kata Kerja Pasif

Frasa Sendi Nama

Kata Sendi Nama

Frasa Nama

Kata Adjektif

Kata Ganti Nama Diri Ketiga

kami perintah Pengarah Syarikat laksanakan

dengan -nya segera

Ayat ini ialah ayat pasif pelaku diri pertama susunan songsang. Ayat pasif susunan biasa ialah perintah Pengarah Syarikat kami laksanakan dengan segeranya. Ayat ini terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Subjek ayat ialah perintah Pengarah Syarikat manakala predikat ayat ialah laksanakan dengan segeranya. Pola ayat ini terdiri daripada frasa nama dan frasa kerja (FN + FK). Frasa nama terdiri daripada kata nama inti perintah dan kata nama khas Pengarah Syarikat yang berfungsi sebagai penerang kepada kata nama inti perintah.

Sintaksis Bahasa Melayu (BMM 3110) Frasa kerja pula terdiri daripada kata ganti nama diri pertama akan diikuti kata kerja pasif laksanakan dan frasa sendi nama dengan segeranya. Frasa sendi nama terdiri daripada kata sendi nama dengan dan frasa nama segeranya. Frasa nama segeranya pula terbentuk daripada kata adjektif segera dan kata ganti nama diri ketiga -nya. Kata adjektif segera berfungsi sebagai kata nama dan kata pembenda -nya telah menjadikan kata adjektif segera sebagai kata nama.

Sintaksis Bahasa Melayu (BMM 3110) 3.1.4 Di seluruh negara orang sibuk memperkatakan Pilihan Raya Umum Ke - 13. A

Frasa Nama (FN)

Frasa Kerja (FK)

Kata Nama

Kata Bantu

Kata Kerja Transitif Kata Nama Khas

Frasa Nama

Frasa Nama

Kata Sendi Nama Pilihan Raya Umum sibuk Ke - 13 memperkatakan

Frasa Nama

orang

di

Kata Bilangan

Kata Nama

seluruh

negara

Ayat ini ialah ayat aktif transitif susunan songsang. aktif susunan biasa ialah orang sibuk memperkatakan Pilihan Raya Umum Ke - 13 di seluruh negara. Ayat ini terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Subjek ayat ialah orang manakala predikat ayat ialah sibuk memperkatakan Pilihan Raya Umum Ke - 13 di seluruh negara.

10

Sintaksis Bahasa Melayu (BMM 3110) Pola ayat ini terdiri daripada frasa nama dan frasa kerja (FN + FK). Frasa nama terdiri daripada kata nama inti orang. Frasa kerja pula terdiri daripada kata bantu sibuk, kata kerja transitif

memperkatakan, frasa nama Pilihan Raya Umum Ke - 13 sebagai objek yang menjadi kata nama khas dan frasa sendi nama di seluruh negara. Kata bantu sibuk pada asalnya merupakan kata adjektif namun telah berubah bentuk kepada kata bantu kerana hadir sebelum kata kerja transitif. Frasa sendi nama terdiri daripada kata sendi nama di dan frasa nama seluruh negara. Frasa nama seluruh negara pula terdiri daripada kata bilangan seluruh dan kata ganti nama negara.

11

Sintaksis Bahasa Melayu (BMM 3110) 3.1.5 Dengan segeranya kami laksanakan perintah Pengarah Syarikat. A

Frasa Nama (FN)

Frasa Kerja (FK)

Kata Nama

Kata Penentu

Kata Bantu

Kata Kerja Pasif

Frasa Nama

Kata Nama

Kata Nama

Frasa Sendi Nama

Kata Sendi Nama dadah terus pengedar itu dikejar ke polis Kata Nama

Frasa Nama

Kata Penegas

mana mana segera Ayat ini ialah ayat pasif pelaku diri ketiga susunan songsang. Ayat pasif susunan biasa ialah pengedar dadah it uterus diburu polis ke mana - mana sahaja. Ayat ini terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Subjek ayat ialah pengedar dadah itu manakala predikat ayat ialah terus diburu polis ke mana - mana sahaja. Pola ayat ini terdiri daripada frasa nama dan frasa kerja (FN + FK). Frasa nama terdiri daripada kata nama inti pengedar dan kata nama dadah yang berfungsi sebagai penerang kepada kata nama inti pengedar dan diikuti kata nama penentu itu. 12

Sintaksis Bahasa Melayu (BMM 3110) Frasa kerja pula terdiri daripada kata bantu terus diikuti kata kerja pasif diburu dan frasa nama polis ke mana - mana sahaja. Frasa nama polis ke mana - mana sahaja pula terbentuk daripada kata nama pelaku diri ketiga polis dan frasa sendi nama ke mana - mana sahaja sebagai penerangan tempat. Frasa sendi nama terdiri daripada kata sendi nama ke dan frasa nama mana - mana sahaja. Frasa nama mana - mana sahaja terbentuk daripada kata nama mana - mana dan kata penegas sahaja.

13

Sintaksis Bahasa Melayu (BMM 3110) 3.2 3.2.1 Penganalisisan Penggunaan Klausa Saya jelaskan kepadanya bahawa pemimpin itu tidak amanah terhadap rakyatnya. Ayat ini ialah ayat majmuk pancangan komplemen frasa nama objek pasif pelaku diri pertama susunan songsang. Ayat komplemen dipancangkan dalam ayat induk. Ayat induk ialah saya jelaskan kepadanya manakala ayat komplemen ialah bahawa pemimpin itu tidak amanah terhadap rakyatnya. Ayat komplemen telah dipancangkan dalam ayat induk pada bahagian subjek ayat. Subjek ayat induk ialah saya manakala predikat ayat induk ialah jelaskan kepadanya. Pola ayat induk ini ialah frasa nama dan frasa kerja (FN + FK). Frasa nama terdiri daripada kata ganti nama diri pertama saya manakala frasa kerja terdiri daripada kata kerja pasif jelaskan dan frasa sendi nama kepada yang diikuti kata ganti nama diri ketiga -nya. Ayat Komplemen pula terdiri daripada subjek pemimpin itu dan predikatnya ialah tidak amanah terhadap rakyatnya. Pola ayat komplemen ini ialah frasa nama dan frasa adjektif (FN + FA). Ayat ini didahului oleh kata hubung komplemen bahawa. Frasa nama ayat ini terdiri daripada kata nama pemimpin dan kata penentu itu. Frasa adjektif pula berfungsi sebagai predikat yang terdiri daripada kata nafi tidak diikuti kata adjektif amanah, kata bantu terhadap dan frasa nama rakyatnya. Frasa nama rakyatnya terdiri daripada kata nama rakyat dan kata ganti nama diri ketiga -nya. Frasa sendi nama kepadanya berfungsi sebagai keterangan orang kepada predikat tidak amanah. Fungsi klausa dalam ayat ini ialah sebagai subjek.

14

Sintaksis Bahasa Melayu (BMM 3110) 3.2.2 Wajahnya cantik umpama bulan dipagari bintang. Ayat ini ialah ayat majmuk pancangan keterangan perbandingan. Ayat induk ialah wajahnya cantik manakala ayat keterangan perbandinga ialah umpama bulan dipagari bintang. Ayat keterangan perbandingan dipancangkan dalam ayat induk selepas frasa nama. Subjek ayat induk ialah wajahnya manakala predikat ayat induk ialah cantik. Pola ayat induk ini ialah frasa nama dan frasa adjektif (FN + FA). Frasa nama terdiri daripada kata nama wajah dan kata ganti nama diri ketiga -nya manakala frasa kerja terdiri daripada kata adjektif cantik yang berfungsi sebagai penerang kepada frasa nama wajahnya. Ayat keterangan perbandingan pula terdiri daripada subjek ayat bulan dan predikatnya ialah dipagari bintang. Pola ayat keterangan perbandingan ini ialah frasa nama dan frasa kerja (FN + FK). Ayat ini didahului oleh kata hubung keterangan perbandingan umpama. Frasa nama ayat ini terdiri daripada kata nama inti bulan manakal frasa kerja terdiri daripada kata kerja pasif dipagari dan diikuti kata nama bintang. Ayat induk wajahnya cantik merupakan klausa bebas iaitu klausa yang dapat berdiri dengan sendirinya manakala ayat keterangan perbandingan umpama bulan dipagari bintang merupakan klausa tidak bebas dan tidak dapat berdiri dengan sendiri. Fungsi klausa dalam ayat ini sebagai keterangan perbandinga.

15

Sintaksis Bahasa Melayu (BMM 3110) 3.2.3 Pihak polis menerangkan bahawa pendatang asing itu telah melarikan diri. Ayat ini ialah ayat majmuk pancangan komplemen frasa nama objek. Ayat induk ialah pihak polis menerangkan manakala ayat komplemen ialah bahawa pendatang asing itu telah melarikan diri. Ayat komplemen telah dipancangkan dalam ayat induk selepas kata kerja transitif menerangkan. Subjek ayat induk ialah pihak polis manakala predikat ayat induk ialah menerangkan. Pola ayat induk ini ialah frasa nama dan frasa kerja (FN + FK). Frasa nama terdiri daripada kata nama inti pihak dan kata nama polis sebagai keterangan kepada kata nama inti pihak manakala frasa kerja terdiri daripada kata kerja transitif menerangkan. Ayat komplemen pula terdiri daripada subjek ayat pendatang asing itu dan predikatnya ialah telah melarikan diri. Pola ayat komplemen ini ialah frasa nama dan frasa kerja (FN + FK). Ayat ini didahului oleh kata hubung komplemen bahawa. Frasa nama ayat ini terdiri daripada kata nama inti pendatang dan diikuti kata nama asing yang menjadi keterangan kepada kata nama inti pendatang dan kata penentu itu. Frasa kerja pula terdiri daripada kata bantu aspek telah dan diikuti kata kerja transitif melarikan dan frasa nama daripada kata nama diri. Fungsi klausa ayat ini sebagai frasa nama objek bagi frasa kerja menerangkan.

16

Sintaksis Bahasa Melayu (BMM 3110) 3.2.4 Penduduk di situ berpendapat bahawa kediaman mereka tidak selamat. Ayat ini ialah ayat majmuk pancangan komplemen frasa kerja. Ayat komplemen telah dipancangkan dalam ayat induk pada bahagian predikat ayat selepaas kata kerja tak transitif. Ayat induk ialah penduduk di situ berpendapat manakala ayat komplemen ialah kediaman mereka tidak selamat. Ayat komplemen telah dipancangkan dalam ayat induk pada bahagian subjek ayat. Subjek ayat induk ialah penduduk di situ manakala predikat ayat induk ialah berpendapat. Pola ayat induk ini ialah frasa nama dan frasa kerja (FN + FK). Frasa nama terdiri daripada kata nama inti penduduk dan diikuti frasa sendi nama di situ yang terdiri daripada kata sendi nama di dan kata tunjuk situ sebagai frasa nama. Kata tunjuk situ yang merupakan frasa nama berfungsi untuk menerangkan tempat bagi kata nama inti penduduk. Frasa kerja pula terdiri daripada kata kerja tak transitif berpendapat. Ayat komplemen pula terdiri daripada subjek kediaman mereka dan predikatnya ialah tidak selamat. Pola ayat komplemen ini ialah frasa nama dan frasa adjektif (FN + FA). Ayat ini didahului oleh kata hubung komplemen bahawa. Frasa nama bagi subjek ayat komplemen ini terdiri daripada kata nama inti kediaman dan kata ganti nama diri ketiga mereka. Frasa adjektif pula terdiri daripada kata nafi tidak diikuti kata adjektif selamat. Fungsi klausa bagi ayat komplemen ini ialah sebagai pelengkap selepas kata kerja tak transitif berpendapat.

17

Sintaksis Bahasa Melayu (BMM 3110) 3.2.5 Kakitangan pejabat itu mendapat pengesahan bahawa pengarah baharu itu bukan

orang tempatan. Ayat ini ialah ayat majmuk pancangan komplemen susunan biasa. Ayat komplemen telah dipancangkan dalam ayat induk selepas frasa nama objek tepat pengesahan. Ayat induk ialah kakitangan pejabat itu mendapat pengesahan manakala ayat komplemen ialah bahawa pengarah baharu itu bukan orang tempatan. Subjek ayat induk ialah kakitangan pejabat itu manakala predikat ayat induk ialah mendapat pengesahan. Pola ayat induk ini ialah frasa nama dan frasa kerja (FN + FK). Frasa nama terdiri daripada kata nama inti kakitangan dan diikuti kata nama pejabat sebagai keterangan kepada kata nama inti kakitangan dan kata penentu itu. Frasa kerja pula terdiri daripada kata kerja transitif mendapat dan frasa nama pengesahan yang berfungsi sebagai objek kepada kata kerja transitif. Ayat komplemen pula terdiri daripada subjek pengarah baharu itu dan predikatnya ialah bukan orang tempatan. Pola ayat komplemen ini ialah frasa nama dan frasa nama (FN + FN). Ayat ini didahului oleh kata hubung komplemen bahawa. Frasa nama bagi subjek ayat komplemen ini terdiri daripada kata nama inti pengarah dan diikuti kata adjektif baharu dan kata penentu itu. Frasa nama bagi predikat ayat komplemen pula terdiri daripada kata nafi bukan diikuti kata nama inti orang dan kata nama terbitan tempatan sebagai keterangan kepada kata nama inti orang. Fungsi klausa bagi ayat ini ialah sebagai penerang kepada frasa nama pengesahan.

18

Sintaksis Bahasa Melayu (BMM 3110)

4.0

Kesimpulan
Kesimpulannya, sintaksis bukan saja bidang linguistik yang mengkaji proses

pembinaan ayat tetapi juga hukum yang menentukan bagaimana perkataan dibina dalam ayat. Ayat terbina daripada rentetan kata yang digabung dan disusun mengikut rumus dan hukum tatabahasa. Ayat juga merupakan tatatingkat atau hirarki tertinggi bermula wacana, ayat, klausa, frasa, kata, morfem dan fonem yang terkecil sekali. Sintaksis dapat dilihat bagaimana ayat dibina. Hal ini disebabkan oleh sintaksis merupakan pelengkap dan lanjutan kepada proses morfologi. Selain daripada itu, sintaksis merupakan perkara utama yang perlu difahami dan didalami ilmunya selepas penguasaan terhadap ilmu morfologi kerana tanpa sintaksis, morfologi tidak dapat berdiri sendiri. Begitu juga sintaksis kerana kedua-dua kajian ini amat berkait rapat dan saling bergantungan antara satu sama lain Umumnya sebagai warga pendidik, penguasaan ayat dalam kalangan guru pelatih sewajarnya diberi perhatian penting agar ilmu sintaksis yang dimiliki guru pelatih dapat dimanfaatkan dan diaplikasikan ketika mengajar kelak.

19

Sintaksis Bahasa Melayu (BMM 3110)

5.0

RUJUKAN

. Amdun Husain etl.2013. Kamus Pelajar Bahasa Malaysia. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur. Asraf.2007. Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu. Sasbadi Sdn.Bhd. Selangor Darul Ehsan. Nik Safiah Karim etl.2011. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur. Noresah Baharom etl.2010. Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur. Prof. Abdullah Hassan.2002. Tatabahasa Bahasa Melayu: Morfologi dan Sintaksis untuk Guru dan Pelajar. PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. Pahang.

20

Sintaksis Bahasa Melayu (BMM 3110)

6.0

NUR LAILAM BINTI MUSTAFFA (910522-14-5948)


Pertama sekali, saya panjatkan kesyukuran tidak terhingga kepada Allah SWT

kerana dengan rahmat-Nya, saya dapat menyelesaikan tugasan ini. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta kaum keluarga dan sahabat handai baginda. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah kursus, Puan Tuan Zainab binti Wi atas ilmu Sintaksis Bahasa Melayu (BMM3110) yang diajar di dalam kelas. Tidak lupa ucapan ribuan terima kasih ditujukan kepada rakan kelas saya PISMP 5B yang telah banyak membantu saya dalam mencari bahan, berkongsi idea dan pendapat sepanjang proses pembikinan kerja kursus ini. Pelbagai ilmu yang dapat saya dan rakan rungkaikan sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah juga pembangunan dalam bidang pendidikan. Justeru itu haruslah mahasiswa (bakal pendidik) ini tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat. Saya juga berpendapat, kami selaku bakal pendidik harus menguasai subjek Sintaksis Bahasa Melayu ini dengan baik kerana penguasaan ilmu Sintaksis amatlah penting untuk kami bakal guru yang akan mengajar subjek bahasa Melayu di sekolah kelak. Hal ini disebabkan oleh keupayaan mengajar bahasa bukanlah suatu perkara yang mudah dan harus dipelajari, difahami dan dikuasai dengan baik oleh guru tersebut. Pada semestersemester yang yang lepas, kami telah belajar subjek Fonetik dan Fonologi dan Pengantar Sintaksis, maka pada semester ini subjek Sintaksis dipelajari oleh kami secara lebih mendalam dan saya merasakan subjek ini bukanlah subjek yang mudah untuk dikuasai tanpa pembelajaran yang berkesan, usaha yang tinggi serta latih tubi yang berterusan. Saya berasa bersyukur atas kerja kursus ini kerana melaluinya saya lebih memahami kajian tentang bentuk, penggolongan, struktur dan pembinaan ayat. Namun jujur saya akui, masih banyak yang tidak saya fahami dan harus dipelajari dengan lebih mendalam lagi. Walaupun begitu, saya berpendapat sintaksis merupakan ilmu yang menarik untuk dikaji kerana setiap ayat tidak terhad bentuk, penggolongan atau strukturnya dan akann berubah - ubah mengikut penggunakan kata atau susunan ayat tersebut.

21

Sintaksis Bahasa Melayu (BMM 3110) Penggunaan kata memainkan peranan penting dalam pembentukan sesuatu ayat, maka tidak hairan jika satu ayat boleh berubah bentuk hanya disebabkan oleh penambahan satu perkataan sahaja. Menerusi kerja kursus ini juga, saya dan kumpulan berpeluang untuk mengkaji dengan lebih mendalam penggunaan frasa dan klausa dan melaluinya saya dapat memahami bahawa ayat boleh dikategorikan lebih daripada satu dan dapat dispesifikkan kepada penggunaan frasa dan klausa. Pada pemerhatian saya, penganalisisan penggunaan frasa menunjukkan ayat tersebut tidak terdapat pencangan ayat berbanding penganalisisan penggunaan klausa yang terdapat pencangan ayat seperti ayat komplemen dan keterangan. Untuk pengetahuan pihak Puan, saya melalui tiga peringkat sepanjang proses pelaksanaan kerja kursus ini. Tiga peringkat tersebut adalah proses sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan kerja kursus. Untuk proses sebelum, saya telah mendapat tugasan pada 04 Februari 2013. Seterusnya, saya diberi penerangan secara keseluruhan tentang bagaimana menghasilkan tugasan ini. Saya mulai mencari bahan-bahan di perpustakaan dan laman sesawang sebagai bahan rujukan bagi menyempurnakan tugasan ini. Akhir kalam, saya berharap Puan menerima tugasan saya serta terus membimbing saya dan rakan - rakan agar kami dapat menguasai segala perkara berkaitan ilmu Sintaksis Bahasa Melayu. Sekali lagi, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan selama ini serta ribuan terima kasih kepada rakan kelas atas kerjasama dan perkongsian ilmu yang terjalin erat. Sekian, terima kasih.

22

Sintaksis Bahasa Melayu (BMM 3110)

7.0

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS


: NUR LAILAM BINTI MUSTAFFA : PISMP 5B (AMBILAN JANUARI 2011) : SINTAKSIS BAHASA MELAYU (BMM 3110) : PUAN TUAN ZAINAB BINTI WI PERKARA YANG DIBINCANGKAN T/TANGAN PELAJAR T/TANGAN PENSYARAH

NAMA PELAJAR KUMPULAN KURSUS PENSYARAH TARIKH

4.2.2013

- Kerja kursus diberikan. - Pensyarah menerangkan butiran kerja kursus yang dikehendaki.

7.2.2013

- Berbincang dengan rakan sekelas mengenai tugasan.

10.2.2013

- Tugasan mula dilaksanakan.

12.2.2013

- Berbincang dengan pensyarah mengenai klausa untuk menganalisis ayat bahagian B.

15.3.2013

- Membuat semakan akhir.

18.2.2013

- Menghantar tugasan kerja kursus.

23

Sintaksis Bahasa Melayu (BMM 3110)

8.0

JADUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS


: NUR LAILAM BINTI MUSTAFFA : PISMP 5B (AMBILAN JANUARI 2011) : SINTAKSIS BAHASA MELAYU (BMM 3110) : PUAN TUAN ZAINAB BINTI WI

NAMA PELAJAR KUMPULAN KURSUS PENSYARAH

TARIKH
4.2.2013

PERKARA
Mendapat tugasan dan mendengar taklimat kerja kursus daripada pensyarah. Mencari bahan sebagai bahan rujukan.

CATATAN

7.2.2013 Tugasan mula dilaksanakan. 10.2.2013 Membuat penyemakan terakhir dan 15.3.2013 melengkapkan segala keperluan sebelum tugasan dihantar. 18.3.2013 Menghantar tugasan kerja kursus.

24

You might also like