You are on page 1of 147
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH IJAZAH SARJANA MUDA PERG URUAN DENGAN KEPUJIAN MODUL

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

MODUL PENDIDIKAN KHAS ( MASALAH PEMBELAJARAN)

PKU 3102

PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH IJAZAH SARJANA MUDA PERG URUAN DENGAN KEPUJIAN MODUL

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA

Berkuat kuasa pada Jun 2011

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Jun 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

i

MODUL PEMBELAJARAN INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN.

MODUL PEMBELAJARAN INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan Jun 2011 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

ii

KANDUNGAN
KANDUNGAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Guru

Panduan Pelajar

Pengenalan

Tajuk Pembelajaran

Tajuk 1

Komunikasi, Bahasa dan Pertuturan

  • 1.0 Sinopsis

  • 1.1 Hasil Pembelajaran

  • 1.2 Kerangka tajuk

  • 1.3 Pengenalan

    • 1.4 Konsep dan definisi

MUKA SURAT
MUKA SURAT

I

ii

v

vii

1

  • 1.5 Hubungkait antara komunikasi, bahasa dan pertuturan

  • 1.6 Peranan dalam kehidupan

Tajuk 2 Komponen-komponen Dalam Bahasa

  • 2.0 Sinopsis

  • 2.1 Hasil Pembelajaran

  • 2.2 Kerangka Tajuk

  • 2.3 Pengenalan

16

  • 2.4 Model Bahasa : Komponen bentuk (form), kandungan (content), penggunaan (use)

    • - Fonologi, morfologi dan sintaksis

    • - Semantik

    • - Pragmatik

  • 2.5 Asas pemerolehan bahasa

    • - Fisiologi

      • - Psiko-sosial

      • - Kognitif

  • 2.6 Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan bahasa

    • - Kebolehan kognitif

    • - Faktor persekitaran

    • - Faktor genetik

  • iii

    Tajuk 3 Teori-teori Perkembangan

    30

    • 3.0 Sinopsis

    • 3.1 Hasil Pembelajaran

    • 3.2 Kerangka Tajuk

    • 3.3 Pengenalan

    • 3.4 Teori-teori Perkembangan Bahasa

      • 3.4.1 Teori Behavioris

        • - Elemen-elemen penting

        • - Kelebihan dan kekurangan teori

        • - Implikasi dalam intervensi bahasa

  • 3.4.2 Teori Psiko-linguistik

    • - Elemen-elemen penting

    • - Kelebihan dan kekurangan teori

    • - Implikasi dalam intervensi bahasa

    • 3.4.3 Teori Semantik-kognitif dan Teori pragmatic- interactionist

      • - Elemen-elemen penting

      • - Kelebihan dan kekurangan teori

      • - Implikasi dalam intervensi bahasa

    Tajuk 4 Bahasa Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (Learning Disabled)

    • 4.0 Sinopsis

    • 4.1 Hasil Pembelajaran

    • 4.2 Kerangka Tajuk

    • 4.3 Pengenalan

    40

    • 4.4 Ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran

      • - Aspek psiko-motor

      • - Aspek kognitif

      • - Aspek afektif

  • 4.5 Masalah bahasa kanak-kanak bermasalah pembelajaran

    • - Bentuk bahasa

    • - Kandungan bahasa

    • - Penggunaan bahasa

  • 4.6 Implikasi terhadap intervensi bahasa

    • - Kaedah penilaian bahasa

    • - Strategi / teknik intervensi yang spesifik

  • 4.7 Keberkesanan komunikasi

  • iv

    Tajuk 5 Bahasa Kanak-kanak Terencat Akal

    51

    • 5.0 Sinopsis

    • 5.1 Hasil Pembelajaran

    • 5.2 Kerangka Tajuk

    • 5.3 Pengenalan

    • 5.4 Ciri-ciri kanak-kanak terencat akal

      • - Aspek psiko-motor

      • - Aspek kognitif

      • - Aspek afektif

  • 5.5 Masalah bahasa kanak-kanak terencat akal

    • - Bentuk Bahasa

    • - Kandungan Bahasa

    • - Penggunaan Bahasa

  • 5.6 Implikasi terhadap intervensi bahasa

    • - Kaedah penilaian bahasa

    • - Strategi / teknik intervensi yang spesifik

  • -5.7 Keberkesanan komunikasi

    Tajuk 6 Bahasa Kanak-kanak Autisme

    66

    • 6.0 Sinopsis

    • 6.1 Hasil Pembelajaran

    • 6.2 Kerangka Tajuk

    • 6.3 Pengenalan

    • 6.4 Ciri-ciri kanak-kanak autisme

    • - Aspek psiko-motor

    • - Aspek kognitif

    • - Aspek afektif

    • 6.5 Masalah bahasa kanak-kanak autisme

    • - Bentuk bahasa

    • - Kandungan bahasa

    • - Penggunaan bahasa

    • 6.6 Implikasi terhadap intervensi bahasa

    • - Kaedah penilaian bahasa

    • - Strategi / teknik intervensi yang spesifik

    • 6.7 Keberkesanan komunikasi

    Tajuk 7 Bahasa Kanak-kanak Bermasalah Sensori

    86

    • 7.0 Sinopsis

    • 7.1 Hasil Pembelajaran

    • 7.2 Kerangka Tajuk

    v

    7.3

    Pengenalan

    • 7.4 Ciri-ciri kanak-kanak Bermasalah Sensori

    -

    Aspek psiko-motor

    -

    Aspek kognitif

    -

    Aspek afektif

    • 7.5 Masalah bahasa kanak-kanak Bermasalah Sensori

    -

    Bentuk bahasa

    -

    Kandungan bahasa

    -

    Penggunaan bahasa

    • 7.6 Implikasi terhadap intervensi bahasa

    -

    Kaedah penilaian bahasa

    -

    Strategi / teknik intervensi yang spesifik

    • 7.7 Keberkesanan komunikasi

     

    Tajuk 8 Bahasa kanak-kanak bermasalah emosi dan tingkah laku

    101

    • 8.0 Sinopsis

     
    • 8.1 Hasil Pembelajaran

    • 8.2 Kerangka Tajuk

    • 8.3 Pengenalan

    • 8.4 Ciri-ciri kanak-kanak Ciri-ciri Kanak-kanak Bermasalah Emosi dan Tingkah Laku

    -

    Aspek psiko-motor

    -

    Aspek kognitif

    -

    Aspek afektif

    • 8.5 Masalah bahasa kanak-kanak Bermasalah Emosi dan

     

    Tingkah Laku

    -

    Bentuk bahasa

    -

    Kandungan bahasa

    -

    Penggunaan bahasa

    • 8.6 Implikasi terhadap intervensi bahasa

    -

    Kaedah penilaian bahasa

    -

    Strategi / teknik intervensi yang spesifik

    • 8.7 Keberkesanan komunikasi

     
    • 9.0 Pentaksiran dan Peningkatan Tahap Pencapaian Bahasa

    113

    • 9.0 Sinopsis

    • 9.1 Hasil Pembelajaran

    • 9.2 Kerangka Tajuk

    vi

    9.3

    Pengenalan

    • 9.4 Pentaksiran bahasa

      • - Matlamat penilaian

      • - Kaedah-kaedah penaksiran formal dan bukan formal

      • - Perkara-perkara yang mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan pentaksiran

  • 9.5 Pemilihan sasaran intervensi

    • - Pendekatan developmental atau client- specific

    • - Sumbangan terhadap peningkatan kemahiran komunikasi harian

  • 9.6 Strategi-strategi peningkatan bahasa

    • - Pendekatan structured dan naturalistic

    • - Teknik-teknik pengajaran

    • - Penyediaan dan penyusunan persekitaran pembelajaran bahasa

  • Tajuk 10 Komunikasi Augmentatif dan Alternatif (Augmentative and Alternative Communication - AAC)

    • 10.0 Sinopsis

    • 10.1 Hasil Pembelajaran

    • 10.2 Kerangka Tajuk

    • 10.3 Augmentatif dan Alternatif

      • - Definisi dan konsep

      • - Matlamat menggunakan AAC

    121

    • - Kanak-kanak berkeperluan khas yang memerlukan AAC

    • 10.4 Jenis AAC

      • - Non-Aided AAC

      • - Aided AAC

      • - Structural

      • - Kelebihan dan kekurangan antara jenis AAC

  • 10.5 Faktor-faktor dalam pemilihan jenis AAC

    • - Mudah-alih

    • - Mudah-guna

    • - Kebolehan kanak-kanak

  • Rujukan

    129

    Panel Penulis Modul

    130

    Ikon Modul

    132

    Struktur Pelaksanaan

    vii

    PANDUAN PELAJAR

    PENGENALAN

    Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.

    PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI

    Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.

    SASARAN KURSUS

    Pelajar Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di bawah Program Pensiswazahan Guru (PPG).

    JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)

    Berdasarkan standard IPG KPM yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Anggaran peruntukan jam pembelajaran adalah seperti dalam Jadual 1:

    vi

    Aktiviti-aktiviti Pembelajaran

     

    Agihan Jam pembelajaran Mengikut Kredit Kursus

     

    3 Kredit

    2 Kredit

    1 Kredit

     

    Tanpa

    Ada

    Tanpa

    Ada

    Tanpa

    Ada

    Amali

    Amali

    Amali

    Amali

    Amali

    Amali

    (3+0)

    (2+1)

    (2+0)

    (1+1)

    (1+0)

    (0+1)

    (1+2)

    (0+2)

    (0+3)

    Membaca modul pembelajaran dan menyiapkan latihan / tugasan terarah / amali

    70

    60

    70

    62

    70

    65

    Menghadiri kelas interaksi bersemuka (5 kali)

    10

    10

    5

     
    • 5 5

    5

     

    Latihan Amali*

    -

    10

    -

     
    • 8 5

    -

     

    Perbincangan Atas Talian

    Kerja Kursus

    20

    20

    20

    20

    15

    15

    Ulangkaji

    10

    10

    10

    10

    5

    5

    Amali/Peperiksaan

    Jumlah Jam Pembelajaran

    120

    80

    40

    * Latihan amali akan dijalankan pada hari Ahad atau melalui kursus intensif.

    SUSUNAN TAJUK MODUL

    Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

    IKON

    Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat.

    vii

    PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN

    Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

    Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan juga perbincangan

    Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

    • 1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.

    • 2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.

    • 3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda.

    4.

    Semak

    dan

    ulangkaji

    pembacaan anda.

    pembacaan

    anda. Ambil masa untuk memahami

    • 5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima.

    • 6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan- bahan yang bermakna.

    • 7. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.

    viii

    PENGENALAN

    Modul ini mengandungi sepuluh tajuk yang terdapat dalam profoma Pengenalan Kepada Masalah Bahasa dan Komunikasi (Kod : PKU 3102). Topik-topik dalam modul disediakan bersertakan kemudahan mengakses bahan-bahan yang berkaitan dalam menjalankan pembelajaran kendiri.

    Tajuk pertama dalam modul ini menghuraikan maksud istilah-istilah komunikasi, bahasa dan pertuturan serta hubungkait antara ketiga-tiga istilah tersebut. Komponen- komponen dalam proses komunikasi dan pertuturan turut dibincangkan. Anda diberi pengetahuan mengenai punca sebab masalah komunikasi / bahasa serta bagaimana mengenal pasti kanak-kanak yang bermasalah bahasa dan komunikasi. Definisi tentang masalah komunikasi dan masalah bahasa juga diperjelaskan. Tajuk kedua memberi fokus terhadap bagaimana kanak-kanak memperoleh bahasa. Ia juga memberi pengetahuan mengenai lima komponen dalam bahasa, iaitu fonologi, sintaksis, morfologi, semantik dan pragmatik. Asas pemerolehan bahasa dari segi fisiologi, psiko- sosial dan kognitif dibincangkan. Topik ketiga menjelaskan mengenai teori-teori perkembangan bahasa dan dihuraikan dalam aspek elemen-elemen asas setiap teori dan implikasinya terhadap intervensi. Perbandingan antara empat teori tersebut dari segi kekurangan dan kelebihan juga diterangkan. Manakala tajuk keempat pula memberi pengetahuan tentang bahasa kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Masalah bahasa kanak-kanak terencat akal dihuraikan dalam topik kelima, manakala bahasa kanak-kanak autisme dalam topik keenam dan bahasa kanak-kanak bermasalah sensori dalam topik ketujuh. Topik kelapan berkaitan bahasa kanak-kanak bermasalah emosi dan tingkah laku manakala dalam topik kesembilan membincangkan mengenai kepentingan dan peranan pentaksiran dalam proses peningkatan kemahiran bahasa kanak-kanak berkeperluan khas. Pelbagai jenis pentaksiran bahasa serta perkara- perkara yang perlu diambil berat dalam pelaksanaan pentaksiran turut dibincang. Fokus diberi terhadap bagaimana melaksanakan kaedah pentaksiran language sampling dan cara menganalisis maklumat yang diperoleh. Topik terakhir adalah berkaitan komukasi augmentatif dan alternatif (AAC).

    Selepas membaca setiap tajuk, terdapat aktiviti/tugasan untuk tujuan mengukuhkan kefahaman disediakan. Anda boleh menggunakan buku-buku rujukan dan laman-laman web yang dicadangkan, atau mana-mana bahan sumber yang difikirkan sesuai bagi menyelesaikan aktiviti tersebut. Selain itu, latihan pengkayaan juga disediakan pada akhir modul untuk memantapkan proses pembelajaran.

    AGIHAN TAJUK

    AGIHAN TAJUK

    Kod & Nama Kursus:

    PKU3102 PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

    Kandungan modul ini dibahagi kepada 10 tajuk/topik. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk pembelajaran melalui modul.

    INTERAKSI

    TAJUK/TOPIK

    JUMLAH JAM

    MENGIKUT

    PRO FORMA

    KURSUS

     

    Tajuk 1 : Komunikasi, Bahasa dan Pertuturan

    6

    1

    Tajuk 2 : Komponen-komponen Dalam Bahasa

    3

     

    Tajuk 3 : Teori-teori Perkembangan Bahasa

    3

    2

    Tajuk 4 : Bahasa Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (Learning Disabled)

    3

     

    Tajuk 5 : Bahasa Kanak-kanak Terencat Akal

    3

    3

    Tajuk 6 : Bahasa Kanak-kanak Autisme

    3

    4

    Tajuk 7 : Bahasa Kanak-kanak Bermasalah Sensori

    3

    Tajuk 8 : Bahasa Kanak-kanak Bermasalah Emosi dan Tingkah Laku

    3

     

    Tajuk 9 : Pentaksiran dan Peningkatan Tahap Pencapaian Bahasa

    15

    5

    Tajuk 10: Komunikasi Augmentatif dan Alternatif (Augmentative and Alternative Communication - AAC)

    3

    PKU3102

    PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

    TAJUK 1

    KOMUNIKASI, BAHASA DAN PERTUTURAN

    • 1.0 SINOPSIS

    Tajuk ini menghuraikan maksud istilah-istilah komunikasi, bahasa dan pertuturan serta hubungkait antara ketiga-tiga istilah tersebut. Komponen-komponen dalam proses komunikasi dan pertuturan turut dibincangkan. Anda diberi pengetahuan mengenai punca sebab masalah komunikasi dan bahasa serta bagaimana mengenal pasti kanak-kanak yang bermasalah bahasa dan komunikasi. Definisi tentang masalah komunikasi dan masalah bahasa juga diperjelaskan.

    • 1.1 HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

    • 1. Menjelaskan hubungkait antara komunikasi, bahasa dan pertuturan.

    • 2. Menghuraikan komponen-komponen penting dalam proses komunikasi.

    Membeza

    • 3. antara

    aspek

    segmental

    dan

    aspek

    non-segmental

    dalam

    pertuturan.

    1

    PKU3102

    PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

    • 1.2 KERANGKA TAJUK-

    KOMUNIKASI Aspek Para-Linguistik Aspek Linguistik Aspek Bukan Linguistik Bahasa Tingkah Pic Laku Intonasi Pragmatik Suara Ritma
    KOMUNIKASI
    Aspek Para-Linguistik
    Aspek Linguistik
    Aspek Bukan Linguistik
    Bahasa
    Tingkah
    Pic
    Laku
    Intonasi
    Pragmatik
    Suara
    Ritma
    Pertuturan
    Kadar

    KANDUNGAN ISI

    • 1.5 Hubungkait antara komunikasi, bahasa dan pertuturan

    Komunikasi, bahasa dan pertuturan merupakan istilah-istilah yang biasa diguna dalam kalangan orang ramai dalam kehidupan harian. Bolehkah anda menjelaskan dengan tepatnya konsep ketiga-tiga istilah tersebut serta membeza antaranya ?

    PKU3102 PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI 1.2 KERANGKA TAJUK- KOMUNIKASI Aspek Para-Linguistik Aspek Linguistik Aspek

    Perbincangan

    Cuba jawab soalan-soalan berikut :

    Bolehkah komunikasi berlaku tanpa bahasa ?

    Bolehkah seseorang memperolehi bahasa tanpa pertuturan ?

    Bolehkah pertuturan berlaku tanpa bahasa ?

    Adakah haiwan mempunyai bahasa ?

    2

    PKU3102

    PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

    Jawapan anda terhadap soalan-soalan di atas akan menunjukkan tahap kefahaman anda mengenai konsep komunikasi, bahasa dan pertuturan.

    1.1 Komunikasi

    Komunikasi merupakan satu proses pemindahan pengetahuan / maklumat dan

    pendapat, keperluan dan hajat (Owens, 2001). Ia memerlukan sekurang-

    kurangnya dua pihak dan biasanya berlaku melalui bahasa. Komunikasi boleh juga berlaku tanpa bahasa. Bolehkah anda fikir beberapa kaedah komunikasi yang tidak melibatkan penggunaan bahasa ? Semua bentuk komunikasi melibatkan empat elemen berikut :

    (i)

    Penghantar mesej

    (ii)

    Penerima mesej

    (iii)

    Satu hajat untuk berkomunikasi yang dikongsikan

    (iv)

    Satu kaedah berkomunikasi yang dikongsikan

    Jika keempat-empat elemen wujud, komunikasi akan berlaku ( rujuk Rajah 1.1).

     

    Dikongsi

     

    Penghantar

    Hajat

    Penerima

    Kaedah

    Rajah 1.1 : Komunikasi yang berjaya

    Jika keempat-empat elemen wujud, komunikasi akan berlaku . (Rujuk Rajah 1.1).

    Penghantar

    Dikongsi Hajat Kaedah
    Dikongsi
    Hajat
    Kaedah

    Penerima

    Rajah 1.1 : Komunikasi yang berjaya

    3

    PKU3102

    PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

    Apabila satu atau lebih elemen tidak wujud, maka berlaku gangguan dalam komunikasi. Rajah 1.2 menggambarkan apa yang mungkin berlaku jika anda berjumpa dengan seorang dari negara asing. Anda masing-masing ingin berkomunikasi, tetapi jika tiada perkongsian bahasa, komunikasi akan terganggu. Walau bagaimanapun, jika kedua-dua pihak sudi menggunakan gestur tangan dan mimik muka, komunikasi masih boleh berlaku, tetapi tidak begitu lancar dan maklumat yang boleh dikongsikan mungkin terhad.

    Penghantar

    Dikongsi Hajat
    Dikongsi
    Hajat

    Penerima

    Rajah 1.2 : Gangguan Komunikasi akibat tiada perkongsian kaedah komunikasi

    Dalam senario lain, jika anda selaku guru bertanya kepada seorang murid yang duduk di sebelah tingkap bilik darjah, “Bolehkah kamu buka tingkap?” dan murid menjawab, “Boleh”, tetapi tidak bangun, masalah komunikasi telah berlaku disebabkan oleh tiada perkongsian hajat (Rujuk Rajah1.3). Anda hendak minta murid membuka tingkap, tetapi pada persepsi murid, anda sedang bertanya mengenai keupayaannya membuka tingkap.

    Penghantar

    Dikongsi Kaedah
    Dikongsi
    Kaedah

    Penerima

    Rajah 1.3 : Gangguan Komunikasi akibat tiada perkongsian hajat

    PKU3102 PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI Apabila satu atau lebih elemen tidak wujud, maka berlaku

    Perbincangan

    Setelah membaca setakat ini, bolehkah anda menjawab soalan yang ditanya pada awal tajuk ini. Bolehkah komunikasi berlaku tanpa pertuturan atau bahasa ?

    4

    PKU3102

    PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

    Komunikasi boleh dianalisis mengikut tiga komponen berikut :

    Linguistik : melibatkan bahasa

    Para-linguistik : intonasi, pic, stres, ritma, suara, kadar – iaitu ciri yang berkaitan bagaimana komponen linguistik dihasilkan.

    Bukan linguistik: tingkah laku pragmatik (kontak mata, turn taking, body language,mimik muka, gestur tangan, penggunaan ruang, dan lain-lain), yang tiada kaitan dengan komponen linguistik.

    1.2 Bahasa

    Bahasa merupakan satu sistem simbol yang ditetapkan oleh peraturan- peraturan tertentu untuk berkomunikasi maksud. Setiap bahasa mempunyai ciri-ciri berikut :

    Ia melibatkan komunikasi – perkongsian pemikiran, pendapat dan makna Ia terdiri daripada satu kod yang dikongsi – walaupun bukan semua orang mengetahui Bahasa Isyarat, orang yang mengetahuinya boleh berkomunikasi menggunakan bahasa tersebut. Ia terdiri daripada simbol-simbol arbitrari – kita yang menetapkan simbol yang diguna untuk mewakili sesuatu perkara atau benda. Tiada sebab mengapa kita tidak boleh guna perkataan seperti ’bubu’ untuk mewakili pokok jika itulah yang dipersetujui oleh ahli-ahli dalam sesuatu komuniti. Ia adalah generatif – jika terdapat satu set perkataan dan peraturan- peraturan yang ditetapkan, penutur boleh menjanakan bilangan ayat- ayat tanpa batasan.

    Ia adalah kreatif – perkataan-perkataan baru sentiasa dibina dari masa ke semasa sementara perkataan yang sudah ada mungkin hilang atau maksudnya telah berubah. Bolehkah anda fikirkan tentang perkataan- perkataan baru yang telah masuk sistem Bahasa Melayu atau Bahasa

    5

    PKU3102

    PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

    Inggeris dalam masa lima tahun ini atau perkataan-perkataan yang telah hilang atau berubah maksudnya baru-baru ini.

    1.3 Pertuturan

    Pertuturan boleh didefinisi sebagai tingk ah laku untuk menghasilkan satu kod

    bahasa dengan membentuk pola-pola bunyi yang sesuai. Ia memerlukan kefungsian saraf dan otot yang sempurna. Pertuturan boleh dibahagi kepada dua komponen – iaitu komponen segmental (artikulasi) dan komponen bukan segmental (suprasegmental / prosody). Artikulasi melibatkan penghasilan bunyi pertuturan yang melibatkan pergerakan otot-otot tertentu (spt. bibir, lidah, lelangit) yang juga dikenali sebagai articulators. Pergerakan articulators adalah dikawal oleh sistem saraf pusat, terutamanya bahagian otak yang bertanggung jawab atas koordinasi sistem pergerakan otot. Artikulasi yang baik akan menghasilkan bunyi-bunyi pertuturan yang tepat dan jelas. Jenis masalah pertuturan yang kerap dijumpai dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas ialah masalah artikulasi kerana ia merupakan satu proses yang kompleks – ia memerlukan sistem persepsi dan produksi yang sempurna. Sila rujuk Rajah 1.4 untuk kefahaman lanjut mengenai komponen-komponen penting dalam produksi pertuturan.

    PERTUTURAN KOMPONEN SEGMENTAL KOMPONEN BUKAN SEGMENTAL (PROSODI)
    PERTUTURAN
    KOMPONEN
    SEGMENTAL
    KOMPONEN BUKAN
    SEGMENTAL
    (PROSODI)

    Fonologi (terdiri daripada kompenan Fonetik & Bahasa)

    Mempunyai kesan terhadap

    makna seperti unsur berikut :

    • - Stres ( penekanan )

    • - Intonasi

    • - Kelancaran

    6

    • - Kualiti suara

    • - Kelajuan/ Kadar

    PKU3102

    PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

    Rajah 1.4 : Komponen-komponen Pertuturan

    Bahagian badan manusia yang terlibat dalam produksi pertuturan adalah ditunjukkan dalam Rajah 1.5 di bawah.

    PKU3102 PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI Rajah 1.4 : Komponen-komponen Pertuturan Bahagian badan manusia yang

    Rajah 1.5 : Organ-organ Vokal dalam Manusia

    • 1.4 Masalah Komunikasi dan Bahasa

    Pernahkah anda berjumpa dengan individu yang bermasalah komunikasi atau

    bahasa? Apakah ciri-ciri yang ditunjukkan oleh individu tersebut?

    7

    PKU3102

    PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

    1.4.1 Masalah Komunikasi

    Mengikut Charles Van Riper (1905-1994), seorang pelopor terkenal dalam bidang perkembangan terapi pertuturan, masalah komunikasi merupakan satu penyimpangan daripada pendengaran, pertuturan atau bahasa normal yang mengganggu komunikasi atau yang menarik tumpuan negatif terhadap individu yang mengalaminya, atau menyebabkan individu tersebut menjadi segan atau merasa diri kurang upaya. Berdasarkan definisi tersebut, terdapat banyak jenis dan bentuk masalah komunikasi yang membawa kesan yang serius kepada individu yang mengalaminya. Masalah komunikasi boleh dikategorikan seperti dalam Rajah 1.6 berikut :

    Masalah Komunikasi Masalah Masalah Masalah Pendengaran Pertuturan Bahasa Jenis : Jenis : Jenis : -Kehilangan Konduktif
    Masalah Komunikasi
    Masalah
    Masalah
    Masalah
    Pendengaran
    Pertuturan
    Bahasa
    Jenis :
    Jenis :
    Jenis :
    -Kehilangan Konduktif
    -Kehilangan Sensori-neural
    -Kehilangan berpunca drp.
    saraf pusat / saraf auditori
    -Masalah suara
    -Masalah artikulasi
    -Masalah kelancaran
    -Masalah Bhs secara
    spesifik
    ( fonologi, moforlogi,
    semantik, sintaksis,
    pragmatik )
    - Afasia dsb

    Rajah1.6 : Jenis dan Kategori Masalah Komunikasi

    8

    PKU3102

    PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

    Berapa kerapnya berlaku masalah komunikasi? Berdasarkan kajian-kajian yang ditelah dijalankan, data-data berikut diperolehi :

    Lebih kurang 5% kanak-kanak yang masuk sekolah mempunyai

    masalah komunikasi 1 dlm 1000 kanak-kanak bermasalah komunikasi mempunyai masalah

    bahasa yang serius Lebih kurang 23% kanak-kanak khas bermasalah dalam komunikasi

    Kekerapan masalah komunikasi dari segi jantina - 2 lelaki :

    1perempuan

    50-80% masalah komunikasi merupakan masalah artikulasi

    • 1.4.2 Masalah Bahasa (Language Disorders)

    Mengikut the American Speech and Hearing Association (1993), masalah bahasa merupakan masalah dalam kefahaman dan / atau penggunaan sistem simbol bahasa (spt. lisan, penulisan, dll.). Ia mungkin melibatkan (a) bentuk bahasa, (b) kandungan bahasa, dan/atau (c) fungsi bahasa dalam komunikasi dalam apa jua kombinasi.

    • 1.4.3 Ciri-ciri Kanak-kanak Bermasalah Bahasa dan Komunikasi

    Kanak-kanak bermasalah bahasa dan komunikasi merupakan satu kumpulan yang heterogeneous. Mereka tidak mempunyai ciri-ciri yang seragam dan tahap masalah yang dialami boleh terdiri darip ada ringan sehingga amat teruk. Walau bagaimanapun, masalah bahasa dan komunikasi yang dihadapi membawa impak yang ketara dan serius dalam pelbagai aspek perkembangan dan pencapaian akademik. Kesan masalah bahasa dan komunikasi boleh dirumuskan seperti berikut :

    Prestasi Akademik - Kurang menyumbang dalam perbincangan

    9

    PKU3102

    PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

    • - Sukar mengorganisasi idea-idea

    • - Sukar mendiskriminasi antara bunyi-bunyi pertuturan

    - Bermasalah menghasilkan bunyi pertuturan - Gagal mengikut arahan

    • - Sukar mencari perkataan yang tepat

    Interaksi Sosial - tidak suka berinteraksi dgn. kanak-kanak lain

    • - biasa disingkir oleh kanak-kanak lain

    • - bermasalah menguruskan perbualan

    • - bermasalah memahami / mengikut peraturan-peraturan permainan

    Kefungsian Kognitif

    • - bermasalah dalam mengorganisasi maklumat untuk diingat

    • - Memberi respons yang lambat

    • - Kurang tumpuan

    Tingkah Laku

    • - kerap menunjukkan tantrum

    • - kerap bergaduh

    • - berlawan dengan rakan sebaya

    • - menarik diri daripada interaksi

    1.4.4 Punca masalah bahasa / pertuturan

    Antara kanak-kanak berkeperluan khas, kategori masalah yang kerap sekali dijumpai ialah masalah pembelajaran secara spesifik ( specific learning disabilities) seperti disleksia yang memberi kesan terhadap salah satu aspek pembelajaran. Masalah komunikasi berada pada kedudukan kedua dari segi kekerapan berlakunya. Tahukah anda apak ah pasangan kategori masalah yang kerap sekali dijumpai bersama (dual disabilities)? Jawapannya ialah masalah bahasa/komunikasi bersama masalah kerencatan akal. Memandang kekerapan

    10

    PKU3102

    PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

    berlaku masalah bahasa dan komunikasi dalam kalangan kanak-kanak, kita harus meninjau beberapa punca sebab yang boleh mengakibatkan kewujudan masalah tersebut. Walaupun sebahagian besar masalah bahasa dan komunikasi tidak diketahui puncanya, kita boleh mengkateorikan punca sebab seperti berikut :

    Faktor Genetik / Sejarah keluarga

    • - kes-kes lebih kerap berlaku dalam keluarga-keluarga tertentu

    • - risiko lebih tinggi dalam kalangan lelaki

    • - ada perhubungan antara ketidaksempurnaan bilangan kromosom dengan beberapa kumpulan masalah bahasa/komunikasi tertentu (contoh: trisomi 21)

    Faktor neurologi

    • - ketidaksempurnaan dalam perkembangan sistem saraf,

    terutamanya pada bahagian otak tertentu yang bertanggung jawab

    terhadap pemprosesan bahasa

    • - kecederaan pada bahagian otak tertentu. Didapati kesan

    kecederaan

    yang berlaku semasa peringkat bayi biasanya tidak begitu teruk berbanding dengan jika ia berlaku pada peringkat dewasa. Adakah ini merupakan satu bukti untuk plastisiti otak di peringkat bayi ?

    Faktor perinatal (semasa kelahiran)

    • - lebih komplikasi semasa kelahiran, lebih tinggi risiko kanak-kanak untuk

    mengalami masalah perkembangan bahasa (contoh : masa kelahiran yang panjang boleh mengakibatkan kekurangan oksigen kepada sel-sel di otak menyebabkan masalah anoxia)

    Kehilangan pendengaran

    • - kehilangan jenis sensori-neural akibat kerosakan pada telinga dalam

    pada peringkat pralingual, iaitu sebelum kanak-kanak memperolehi bahasa (di bawah 2 atau 3 tahun)

    11

    PKU3102

    PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

    - kehilangan jenis konduktif akibat kerosakan pada telinga luar atau/dan tengah (contoh: infeksi otitis media yang kronik) jika tiada rawatan secara medikal atau surgikal

    Kerencatan kognitif / mental - terdapat hubungan yang rapat antara perkembangan bahasa dan kognisi (cognition ), maka tidak hairanlah bahawa kerencatan mental dan masalah bahasa merupakan dual disability yang kerap sekali berlaku dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas.

    Faktor persekitaran / sosial - kemiskinan boleh mengakibatkan risiko biologikal yang mungkin menjejaskan pembinaan organ-organ penting seperti otak dan telinga. - faktor ini boleh berinteraksi dengan faktor-faktor lain untuk menghasilkan kesan yang negatif terhadap pelbagai aspek perkembangan seperti fizikal, emosi dan kognitif.

    Rumusan

    Terdapat hubungkait yang rapat antara proses komunikasi, bahasa dan pertuturan. Bahasa dan pertuturan merupakan alat untuk berkomunikasi. Dalam kalangan manusia, tidak boleh dinafikan bahawa pertuturan merupakan saluran yang efektif dan cekap sekali untuk berkomunikasi. Walau bagaimanapun, komunikasi dan bahasa boleh wujud tanpa pertuturan seperti ditunjukkan oleh individu-individu bermasalah pendengaran yang berupaya berkomunikasi dengan begitu lancar dan mesra melalui bahasa isyarat. Rajah 1.7 di bawah merumuskan hubungkait antara ketiga-tiga komponen tersebut.

    12

    PKU3102

    PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI Komunikasi Bahasa Pertuturan Pertuturan
    PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI
    Komunikasi
    Bahasa
    Pertuturan
    Pertuturan

    Rajah 1.7 : Hubung kait antara komunikasi, bahasa dan pertuturan

    Punca sebab berlaku masalah komunikasi dan bahasa dalam kalangan kanak- kanak mungkin sukar dikenal pasti. Walaupun kanak-kanak bermasalah bahasa dan komunikasi berkongsi banyak ciri yang serupa, mereka merupakan satu golongan yang sangat heterogeneous (tidak seragam). Justeru jika anda ingin membantu kanak-kanak tersebut meningkatkan tahap kemahiran komunikasi dan bahasa, anda perlu mempunyai terlebih dahulu pengetahuan dan kefahaman mengenai bagaimana perkembangan bahasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak kecil. Aspek ini akan dibincang secara terperinci dalam Tajuk 2 modul ini.

    13

    PKU3102

    PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

    • Latihan

    Dalam sosialisasi, anda akan mendapat banyak peluang untuk membuat pemerhatian mengenai komunikasi non-verbal yang digunakan. Senaraikan jenis komunikasi non- verbal yang berlaku serta kekerapan setiap jenis untuk perbincangan dalam kelas. Bincangkan peranan komunikasi non-verbal dalam kehidupan harian.

    • Tutorial

    Secara berpasangan anda dikehendaki mencari maklumat dan membentangkan tajuk-tajuk berikut semasa sesi tutorial mengikut giliran yang ditetapkan. Pembentangan adalah selama 30 minit termasuk sesi perbincangan dan soal jawab. Tugasan yang dihasilkan perlu memberi fokus kepada kemahiran pemikiran aras tinggi ( hots – spt mensintesis, analisis dan penilaian ). Setiap perlu menyediakan dan menyerahkan satu salinan pembentangan kepada pensyarah dan setiap kumpulan.

    • 1. Bincangkan peranan komunikasi dan bahasa dalam pencapaian akademik. Bagaimanakah masalah komunikasi dan bahasa boleh menjejaskan prestasi akademik di sekolah?

    • 2. Jelaskan kepentingan pertuturan sebagai satu alat komunikasi dan huraikan jenis masalah pertuturan yang dihadapi dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas.

    14

    PKU3102

    PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

    PKU3102 PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI RUJUKAN Kuder, S. J. (2003) Teaching Students with Language

    RUJUKAN

    Kuder, S. J. (2003) Teaching Students with Language and Communication Disabilities.

    Boston:

    Allyn & Bacon.

    Martin, D. (2000) Teaching children with speech and language difficulties. London: David Fulton Pub.

    Owens, R. (2001) Language Development : An Introduction. (5 th Ed.). Boston : Allyn & Bacon.

    Reed, V. A. (2005) An Introduction to Children with Language Disorders (3rd ed.) Boston : Allyn & Bacon.

    15

    PKU3102

    PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

    TAJUK 10

    KOMUNIKASI AUGMENTATIF DAN ALTERNATIF (AUGMENTATIVE AND ALTERNATIVE COMMUNICATION –AAC)

    • 10.0 Sinopsis

    Tajuk ini menghuraikan tentang definisi dan konsep AAC, matlamat dan kanak-kanak berkeperluan khas yang memerlukan AAC. Bab ini juga menjelaskan jenis-jenis AAC dan faktor-faktor dalam pemilihan jenis AAC.

    • 10.1 Hasil Pembelajaran

    Hasil Pembelajaran

    Hasil Pembelajaran

    Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

    • 1. Mendefinisikan komunikasi augmentatif dan alternatif

    • 2. Menghuraikan jenis-jenis komunikasi augmentatif dan alternatif

    • 3. Menjelaskan faktor-faktor dalam pemilihan jenis komunikasi augmentatif dan alternatif.

    121

    PKU3102

    PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

    • 10.2 KERANGKA TAJUK

    Komunikasi Augmentatif dan Alternatif ( AAC ) Definisi dan Konsep Jenis-Jenis AAC Faktor-faktor Pemilihan Jenis AAC
    Komunikasi Augmentatif dan Alternatif
    ( AAC )
    Definisi dan Konsep
    Jenis-Jenis AAC
    Faktor-faktor
    Pemilihan Jenis AAC
    - Matlamat
    menggunakan AAC
    -
    Non-aided AAC
    -
    Aided AAC
    -
    Mudah-alih
    - Kanak-kanak khas
    yang memerlukan
    AAC
    -
    Mudah-guna
    -
    Struktural
    -
    Kebolehan kanak-
    kanak
    -
    Kelebihan dan
    kekurangan antara jenis
    AAC

    122

    PENGENAL AN KEPAD A MASALA H BAHASA

    PK U3102 DAN KOMU NIKASI

    jelas . Kekadan g melaksan akan pros edur komu nikasi alter natif memb erikan kes an
    jelas . Kekadan g melaksan akan pros edur komu nikasi alter natif memb erikan kes an yang ba ik
    kompenan
    pengguna an peralat an
    adalah tid ak
    pendekat an
    iaitu tekn ik
    1990). Gu ru
    simbol d an
    ni
    Term a Komuni kasi Augme ntatif meru juk kepad a kaedah d an peralat an yang m enghasilka n /
    Locke, R eiche elt.
    sedia ada yang dimil iki oleh kan ak-kanak.
    Man akala Kom unikasi Alt ernatif pula merujuk k epada tek nik yang m enggantika n kemahir an
    baha sa percak apan ( McC ormick & S hane, 199 0).
    komunika si Augme ntatif dan
    maka pe ndekatan
    Ma nakala
    d alam
    aug mentative t elah menja di asas uta ma keber kesanan ba hasa pert uturan sese orang mu id
    matlamat y ang sama
    disat ukan dan d isebut seb agai Komu nikasi Aug mentatif da n Alternati f.
    Siste m Komu nikasi Aug mentatif d an Alternat if mengan dungi tiga
    kom unikasi, sis tem simbo l dan kem ahiran kom unikasi (
    melaksan akan pros edur AAC
    kompena n sahaja c ontoh terl alu membe ri tumpua n kepada
    kom unikasi ber teknologi s ehingga m engabaika n konpen an lain se perti sistem
    kebaikan-k ebaikan ya ng akan di perolehinya
    kanak-kan ak khas y ang meme rlukan AA C
    Per sembahka n dapatan perbincang an tersebu t dalam sa tu Perguru san Grafik.
    Definis i dan Kons ep AAC
    (
    Mustonen,
    khas.
    10.3
    mem bekalkan
    men ingkatkan k emahiran komunikas
    Perb ezaan am alan antara
    kepa da pertut uran kan ak-kanak
    khas . Oleh se bab kedua -duanya b erkongsi
    haru s berhati-h ati semasa
    satu
    pene kanan kem ahiran ko munikasi.
    KA NDUNGAN
    verbal
    AK TIVITI
    Se cara berku mpulan bi ncangkan
    dan
    kemahiran
    huraikan
    kes
    komunikasi
    McCormick & Shane,
    agar tidak terlalu men itik beratk an
    1991) ya ng bertuju an
    Alternatif
    tertentu

    123

    PKU3102

    PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

     
    KANDUNGAN

    KANDUNGAN

     

    10.4

    Jenis AAC

    Tiga kompenan iaitu teknik komunikasi, sistem simbol dan kemahiran komunikasi :

     

    i). Teknik Komunikasi

     

    Terdapat dua asas teknik AAC iaitu berbantukan alatan dan tanpa alatan ( Vanderheiden & Lloyd, 1986 ). Teknik tanpa bantuan alatan tidak memerlukan sokongan peralatan atau persedur untuk melaksanakannya. Teknik ini termasuklah pertuturan, bahasa isyarat dan mimik muka. Manakala teknik berbantukan alatan – melibat kan penggunaan alatan elektronik atau alatan bukan elektronik serta melibatkan penggunaan prosedur tertentu dan penggunaan beberapa jenis sistem simbol.

     

    ii). Sistem Simbol

     

    Sistem AAC tanpa bantuan alatan menggunakan sistem isyarat tertentu (misalnya ASL – America Sign Language) pendekatan ini telah digunakan kepada individu berkeperluan khas termasuk yang mengalami kerencatan akal dan autisme. Kajian menunjukkan bahawa individu boleh memperoleh sekurang-kurangnya perbendaharaan kata yang berbentuk isyarat melalui penggunaan sistem simbol ( Kiernan, 1993 ). Alat AAC memerlukan sistem simbol sebagai mod untuk berkomunikasi. Bagi individu yang mempunyai masalah motor tetapi kemahiran literasi yang baik, perkataan dan huruf boleh dijadikan sebagai simbol. Namun bagi penggunaan sistem AAC yang tidak mempunyai kemahiran

     

    iii). Kemahiran Komunikasi

    Prosedur alat AAC telah menyediakan pelbagai peluang kepada individu yang tidak boleh bercakap untuk berkomunikasi dengan orang lain. Namun jika sistem ini tidak digunakan

    124

    PENGENAL AN KEPAD A MASALA H BAHASA

    PK U3102 DAN KOMU NIKASI

    mem baling ggan ke lantai unt uk aktiviti-aktiv iti kanak-kan ak seca ra efektif m aka
    mem baling
    ggan
    ke
    lantai unt uk
    aktiviti-aktiv iti
    kanak-kan ak
    seca ra efektif m aka pende katan ini ti dak bergun a walaupu n sistem A AC adalah berteknolo gi
    tingg i. Kajian te rhadap pe nggunaan sistem AA C telah me ndapati ba hawa peng guna siste m
    pada pe ndengar u ntuk mem ulakan at au
    men entukan ha la tuju ses uatu perbu alan. Calcu lator (1988 8), menyata kan baha wa penggu na
    AAC tidak berk omunikasi secara efe ktif dan se ring kali m embuktika n sedemiki an. Misaln ya
    me reka
    program A AC sehar usnya;
    ditanya se bab mere ka memba ling pingg an
    hanya m emerlukan jawapan y a atau tida k.
    Hal i ni menyeb abkan kem ahiran kom unikasi me reka tidak berkemban g.
    Se cara berku mpulan bin cangkan k elebihan d an kekura ngan antar a jenis-jeni s
    Per sembahka n dapatan perbincang an tersebu t dalam sa tu Perguru san Grafik.
    Pemiliha n Jenis A AC
    McC ormick dan Shane 19 90 telah m encadangk an bahawa
    meningkat kan kebole han kanak -kanak da ri segi ak ademik, fu ngsi dan
    bahasa s erta kema hiran berk omunikasi
    men yatakan ha srat mere ka ini. Me reka tidak
    ba nyak
    Mereka b ergantung
    mak anan
    ditanya s oalan yang
    Faktor-fa ktor Dalam
    10.5
    ini p asif berko munikasi.
    untu k meminta
    lebih
    terse but sebali knya sering
    i).
    sosi al dalam pe rsekitaran yang norm al
    ii). M emperbai ki kualiti d an kuantiti
    AK TIVITI
    AA C
    K ANDUNGA N
    pin

    125

    PKU3102

    PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

    tersebut. Selepas matlamat-matlamat seperti di atas, maka objektif sistem AAc boleh diwujudkan.

    Matlamat Keseluruhan- untuk meningkatkan kebolehan kanak-kanak dari segi akademik, fungsi dan aktiviti-aktiviti sosial dalam persekitaran normal.

    Pemilihan Cara Berkomunikasi – Sistem komunikasi yang menggabungkan sistem dengan bantuan alatan atau tanpa bantuan alatan adalah lebih digalakkan. Contohnya kombinasi gestural dan mod vokal adalah lebih efek tif berbanding penggunaan satu mod sahaja.

    Pemilihan Sistem Simbol – Doherty (1985) mencadangkan Strategi Pemilihan Memilih isyarat berkonteks berbanding isyarat tanpa konteks Memilih isyarat ‘symmetric’ berbanding isyarat ‘nonsymmetric’ Memilih isyarat ‘transluent ‘ berbanding isyarat ‘nontransluent ‘ Memilih isyarat apabila terdapat perbezaan lokasi yang maksimum Memilih isyarat yang diulang berbanding yang tidak boleh diulang Dsb

    Tiga Faktor Yang Harus Diambil Kira Semasa Memilih Sistem Simbol :

    • 1. Guessability

    • 2. Learnability

    • 3. Generalization

    126

    PENGENAL AN KEPAD A MASALA H BAHASA

    PK U3102 DAN KOMU NIKASI

    AKTIVI TI Secara berkumpul an bincang kan faktor -faktor dala h pemiliha n AAC - Muda
    AKTIVI TI
    Secara berkumpul an bincang kan faktor -faktor dala h pemiliha n AAC
    -
    Muda h alih
    -
    Muda h guna
    -
    Kebol ehan kana k-kanak.
    Persem bahkan
    dapatan
    perbincan gan
    ters ebut
    dala m
    bentuk
    Pergur usan Grafik .
    Cari makl umat dan b incang PE C (picture
    exchang e
    commun ication ) d alam meni ngkatkan m asalah ba hasa
    kanak-kan ak berkep erluan kha s.
    .
    J elaskan je nis AAC
    non
    aid ed AAC,
    aided
    AA C
    dan
    s tructural.
    Bincangka n kelebiha n dan ke kurangan
    antara
    j enis AAC t ersebut.
    Bin cangkan k eperluan k omunikasi
    (AA C) bagi p elajar berk eperluan
    def inisi serta
    matlamat p enggunaan
    augmentat ive dan alt ernatif
    khas. Jelas kan konse p dan
    AAC.

    127

    PKU3102

    PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

    PKU3102 PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI Bahan Rujukan Bloom, L. & Lahey, M.(1978) Language Development

    Bahan Rujukan

    Bloom, L. & Lahey, M.(1978) Language Development and Language Disorders. York : Wiley Kuder, S. J. (2003) Teaching Students with Language and Communication

    Disabilities.

    Boston:

    Allyn & Bacon.

    New

    Martin, D. (2000) Teaching children with speech and language difficulties. London:

    David Fulton Pub.

    Owens, R. (2001) Language Development : An Introduction. (5 th Ed.). Boston :

    &

    Bacon.

    Allyn

    Reed, V. A. (2005) An Introduction to Children with Language Disorders (3rd ed.) Boston : Allyn & Bacon.

    128

    PKU3102

    PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

    TAJUK 2

    KOMPONEN-KOMPONEN DALAM BAHASA

    • 2.1 SINOPSIS

    Tajuk ini memberi fokus terhadap bagaimana kanak-kanak memperoleh bahasa. Ia juga memberi pengetahuan mengenai lima komponen dalam bahasa, iaitu fonologi, sintaksis, morfologi, semantik dan pragmatik. Asas pemerolehan bahasa dari segi fisiologi, psiko-sosial dan kognitif dibincangkan. Empat teori perkembangan bahasa dihuraikan dalam aspek elemen-elemen asas setiap teori dan implikasinya terhadap intervensi. Perbandingan antara empat teori tersebut dari segi kekurangan dan kelebihan juga diterangkan.

    • 2.1 HASIL PEMBELAJARAN

    PKU3102 PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI TAJUK 2 KOMPONEN-KOMPONEN DALAM BAHASA 2.1 SINOPSIS Tajuk ini

    Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

    • 1. Menjelaskan lima komponen dalam bahasa.

    • 2. Menghuraikan asas pemerolehan bahasa dari segi fisiologi, psiko-sosial dan kognitif.

    • 3. Membincangkan unsur-unsur penting dalam teori-teori perkembangan bahasa.

    • 4. Membanding beza antara teori-teori perkembangan bahasa.

    16

    PKU3102

    PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

    • 2.2 KERANGKA TAJUK-

    BAHASA ELEMEN-ELEMEN BAHASA ASAS PEMEROLEHAN BAHASA Fonologi Faktor Morfologi Fisiologikal Sintaksis Semantik Faktor kognitif Pragmatik Faktor
    BAHASA
    ELEMEN-ELEMEN
    BAHASA
    ASAS PEMEROLEHAN
    BAHASA
    Fonologi
    Faktor
    Morfologi
    Fisiologikal
    Sintaksis
    Semantik
    Faktor kognitif
    Pragmatik
    Faktor sosial

    PKU3102 PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI 2.2 KERANGKA TAJUK- BAHASA ELEMEN-ELEMEN BAHASA ASAS PEMEROLEHAN BAHASA

    KANDUNGAN ISI

    • 2.3 Pengenalan

    Peranan Bahasa dalam kehidupan

    Selepas membaca Tajuk 1, anda telah mengetahui bahawa peranan utama menggunakan bahasa adalah untuk berkomunikasi. Bolehkah anda bayangkan bagaimana kehidupan anda jika anda tiada kemahiran berbahasa dan hanya boleh berkongsi maklumat, pendapat dan perasaan anda melalui gestur tangan atau mimik muka sahaja ? Dalam Tajuk 2, anda akan mempelajari secara terperinci unsur-unsur yang penting mengenai bahasa serta bagaimana kanak- kanak memperoleh bahasa.

    17

    PKU3102

    PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

    • 2.4 Model Bahasa

    Bahasa yang diguna oleh setiap individu adalah sangat kompleks. Untuk memahami bahasa secara lebih mendalam, ahli-ahli linguistik telah membina beberapa model untuk membahagi bahasa kepada beberapa elemen. Kebanyakan ahli linguistik telah mengenal pasti lima elemen utama –iaitua fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan pragmatik. Bloom & Lahey (1978) pula menggambarkan bahasa sebagai mempunyai tiga komponen iaitu bentuk (form), kandungan (content) dan penggunaan (use). Model bahasa yang diperkenalkan oleh Bloom & Lahey memberi penekanan terhadap hubungkait antara elemen-elemen bahasa. Dalam komponen bentuk, adalah termasuk fonologi, morfologi dan sintaksis manakala semantik merupakan komponen kandungan bahasa dan pragmatik merupakan penggunaan bahasa. Model- model bahasa tradisional dan model bahasa yang dikemukakan oleh Bloom & Lahey dirumuskan oleh Rajah 2.1 dan Rajah 2.2.

    MODEL TRADISIONAL

    MODEL BLOOM & LAHEY

    Phonology Morfologi Bentuk Sintaksis Semantik Kandungan Pragmatik Penggunaan
    Phonology
    Morfologi
    Bentuk
    Sintaksis
    Semantik
    Kandungan
    Pragmatik
    Penggunaan

    Rajah 2.1 : Dua Model Elemen-elemen Bahasa

    18

    PKU3102

    PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

    Bentuk Kandungan Penggunaan
    Bentuk
    Kandungan
    Penggunaan

    Rajah 2.2 : Model Bahasa (Bloom & Lahey, 1978)

    Untuk penguasaan bahasa yang sewajar, semua elemen-elemen bahasa yang ditunjukkan harus berkembang serentak. Sekarang, marilah kita meninjau setiap elemen bahasa secara lebih terperinci.

    • 2.4.1 Fonologi (Phonology)

    Fonologi boleh didefinisi sebagai sistem bunyi sesuatu bahasa dan peraturan- peraturan linguistik yang mempengaruhi kombinasi-kombinasi bunyi itu. Dalam sistem Bahasa Inggeris terdapat lebih kurang 45 unit bunyi yang berbeza manakala dalam Bahasa Melayu, terdapat kurang daripada 45 unit disebabkan oleh sistem Bahasa Melayu baku hanya mempunyai 6 enam bunyi vokal. Setiap unit bunyi tersebut dikenali sebagai fonem. Fonem boleh didefinisi sebagai unit bunyi linguistik terkecil yang membawa perbezaan terhadap makna. Contoh, /s/ dan /b/ merupakan dua fonem dalam Bahasa Melayu kerana perkataan ’satu’ membawa makna tertentu dan jika sebutan /s/ ditukar kepada sebutan /b/, ia menjadi ’batu’ yang membawa makna berlainan. Setiap bahasa mempunyai satu set peraturan masing-masing yang menentukan bagaimana fonem-fonem boleh dikombinasikan. Sebagai rumusan, fonologi ialah kajian mengenai sistem bunyi sesuatu bahasa.

    19

    PKU3102

    PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

    • 2.4.2 Morfologi (Morphology)

    Morfologi boleh didefinisi sebagai sistem peraturan linguistik yang mempengaruhi struktur perkataan dan pembinaan bentuk perkataan. Cuba fikirkan perkataan base. Seorang yang mengetahui Bahasa Inggeris akan mengakui bahawa ia adalah satu perkataan dalam Bahasa Inggeris. Bagaimana dengan baseball? Memang ia adalah satu perkataan lain yang mempunyai makna yang berbeza. Perkataan baseball terdiri daripada gabungan dua perkataan – base dan ball, dan setiap perkataan tersebut mempunyai makna yang berkaitan dengan perkataan majmuk baseball. Kedua perkataan bases dan balls diguna dalam permainan baseball. Bagaimana pula dengan basement? Bolehkah basement dipisah menjadi dua perkataan, iaitu base dan ment? Base memanglah satu perkataan yang bermakna, tetapi bagaimana dengan ment? Perkataan basement tidak boleh dipisahkan kepada unit-unit yang lebih kecil. Justeru ahli linguistik membuat kesimpulan bahawa terdapat blok-blok binaan asas bagi setiap bahasa yang dipanggil morfem (morphemes). Maka morfem boleh ditakrifkan sebagai unit terkecil yang mempunyai makna dalam sesuatu bahasa. Terdapat dua jenis morfem – morfem bebas dan morfem terikat. Perkataan seperti baseball terdiri daripada dua morfem bebas, iaitu base dan ball yang boleh diguna secara berasingan. Jika kita tambahkan /s/ pada hujung baseball untuk menjadikannya baseballs, berapa morfem yang terdapat? Apakah makna /s/ di hujung perkataan tersebut? Dalam konteks ini, /s/ membawa makna ’lebih daripada satu’ – ia mempunyai makna, maka /s/ juga merupakan satu morfem, tetapi sebab ia perlu diikat pada hujung perkataan baseball, ia dikenali sebagai morfem terikat. Maka dalam perkataan baseballs, terdapat tiga morfem. Sebagai rumusan, morfologi ialah kajian mengenai perkataan. Peraturan-peratuan morfologi akan menentukan bagaimana perkataan-perkataan dalam sesuatu sistem bahasa boleh dibina.

    20

    PKU3102

    PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

    • 2.4.3 Sintaksis (Syntax)

    Sintaksis boleh didefinisi sebagai sistem peraturan linguistik yang mempengaruhi urutan dan kombinasi perkataan untuk membina ayat. Cuba perhatikan struktur ayat-ayat berikut :

    • (a) The dog is running.

    • (b) The girl is reading a book.

    Dalam ayat (a), terdapat satu article (the) dan satu kata nama atau noun (dog),

    satu auxiliary verb (is), dan satu main verb (running). Ini dikenali sebagai elemen-elemen peraturan sintaktik yang ahli-ahli linguistik menyebut peraturan- peraturan struktur frasa. Peraturan-peraturan tersebut menentukan struktur ayat- ayat. Ahli linguistik telah mereka cipta satu kod ringkas untuk menunjukkan struktur ayat seperti berikut :

    S (sentence) = NP (noun phrase)+ VP(verb phrase) NP(noun phrase) = Art(article) + N(noun) VP(verb phrase) = Aux(auxiliary) + V(verb)

    Yang di atas menggambarkan peraturan-peraturan sintaksis Bahasa Inggeris.

    Bagaimana

    pula

    kod

    untuk

    ayat (b) ? Peraturan-peraturan di atas perlu

    diubahsuaikan seperti berikut :

    S = NP + VP

    NP = Art + N VP = Aux + V + NP

    NP

    =

    Art + N

    Sebagai rumusan, sintaksis ialah kajian mengenai struktur ayat yang boleh

    dibina berdasarkan peraturan-peraturan yang ditetapkan pada sesuatu sistem

    bahasa. Dengan dalam ayat.

    ringkasnya, ia menentukan susunan perkataan-perkataan

    21

    PKU3102

    PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

    • 2.4.4 Semantik (Semantics)

    Semantik boleh didefinisi sebagai peraturan-peraturan yang menentukan makna perkataan dan kombinasi perkataan. Cuba perhatikan ayat berikut :

    (a) Suami dia adalah seorang bujang. (b) Air sungai di situ nampaknya kotor dan jernih.

    Adakah ayat-ayat di atas boleh diterima ? Jika tidak, mengapa ? Tentu anda rasa keliru atau sesuatu yang tidak kena – dalam (a) seorang suami tidak boleh menjadi bujang, dan dalam (b), air yang kotor tidak mungkin jernih. Justeru terdapat peraturan-peraturan semantik yang menentukan jenis perkataan yang boleh dikombinasikan secara bermakna dalam sesuatu ayat. Pengetahuan peraturan-peraturan semantik tersebut memerlukan pengetahuan mengenai objek / orang, hubungan antaranya dan hubungan antara peristiwa. Sebagai rumusan, peraturan-peraturan semantik akan menentukan perkataan-perkataan yang boleh dipilih dalam sesuatu ayat supaya ia menggambarkan maksud yang sebenarnya berdasarkan pengetahuan dan pengalaman.

    • 2.4.5 Pragmatik (Pragmatics)

    Pragmatik boleh didefinisi sebagai peraturan-peraturan yang menentukan bagaimana bahasa diguna dalam konteks social, iaitu semasa interaksi atau perbualan. Ia melibatkan pengetahuan mengenai fungsi komunikasi dan konteks. Peraturan-peraturan pragmatik merangkumi memberi respons yang relevan terhadap sesuatu topik, memberi maklumat yang wajar dari segi kuantiti dan kualiti, serta cara menyampai maklumat dengan berkesan. Unsur-unsur penting dalam kemahiran pragmatik juga melibatkan kebolehan dalam aspek- aspek seperti mengambil giliran, mengurus topik perbualan, meminta dan memberi penjelasan semasa terdapat gangguan komunikasi, penggunaan mimik muka, body language, gestur tangan dan lain-lain aspek non-verbal.

    22

    PKU3102

    PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

    Kekurangan dalam penguasaan pragmatik akan menjejaskan keberkesanan dalam komunikasi.

    Setelah mengkaji elemen-elemen bahasa secara terperinci dan bagaimana peraturan-peraturan linguistik mempengaruhi struktur dan penggunaan bahasa, diharap anda telah menghayati kompleksiti sistem bahasa yang diamalkan dalam kehidupan anda.

    • 2.5 Asas Pemerolehan Bahasa

    Pernahkah anda fikir bagaimana bahasa diperolehi seolah-olah otomatik oleh kanak-kanak kecil semasa mereka berusia antara 1 – 3 tahun tanpa diajar oleh orang dewasa, sedangkan kita perlu melatih seekor chimpanzee dengan intensifnya untuk menguasai beberapa perkataan sahaja? Keupayaan memperoleh bahasa memang merupakan satu keistimewaan yang ada pada manusia yang tidak ada pada haiwan. Oleh kerana bahasa merupakan sesuatu perkara yang kompleks, pemerolehannya juga melibatkan interaksi yang kompleks antara beberapa faktor. Rajah 2.3 menunjukkan tiga faktor penting yang memainkan peranan penting dalam pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak kecil.

    Faktor Fisiologikal
    Faktor
    Fisiologikal
    Faktor Kognitif
    Faktor Kognitif

    Pemerolehan Bahasa

    Faktor Sosial
    Faktor Sosial

    Rajah 2.3 : Interaksi Faktor-Faktor fisiologikal, kognitif dan sosial dalam Pemerolehan Bahasa

    23

    PKU310 2 PENG ENALAN K EPADA MA SALAH BAH ASA DAN K OMUNIKA SI

    • 2.2.1 Faktor Fi siologikal

    Pern ahkah an da fikir m engapa b ayi yang

    baru

    dilah ir

    belum

    mempuny ai

    kebo lehan mem ahami dan

    menggun a bahasa?

    Jawapan yang muna asabah iala h

    baha wa otak

    belum berk embang d engan se penuhnya

    pada mas a kelahira n.

    Den gan laluan

    masa,

    k ombinasi

    kematanga an

    fisiolog ikal

    dan

    pengalama n

    men gakibatkan

    perkem bangan

    o tak

    sete rusnya.

    Pemeroleh an bahas a

    mem erlukan k

    fungsian

    otak yang

    sempurna.

    Didapati

    bahawa in dividu yan g

    men galami ke cederaan

    pada

    sel- sek

    otak

    akibat ke malangan

    atau stro k

    kem ungkinan m engalami

    masalah be rbahasa (a aphasia).

     

    Di m anakah le taknya ka wasan-kaw asan otak k yang be rtanggung

    jawab ata s

    pem erolehan b ahasa? Sila rujuk Raja h 2.4 yang menunjukk an kawasa n otak yan g memain kan perana n

    yang

    penting d alam pemp rosesan ba hasa.

    PKU310 2 PEN G ENALAN K E PAD A MA S ALAH BA H ASA DAN

    Raja h 2.4 : Bah agian-baha gian otak y ang penting g dalam Pe mprosesan Bahasa

    24

    PKU3102

    PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

    Dua kawasan otak yang berperanan penting dalam penguasaan bahasa ialah Kawasan Broca dan Kawasan Wernicke. Butir-butir penting disenaraikan di bawah :

    Kawasan Broca :

    - terletak dekat di tengah hemisfera cerebral kiri di mana frontal,parietal dan

    temporal lobes

    bertemu.

    - merupakan bahagian otak yang bertanggung jawab terhadap pembentukan urutan bahasa - kecederaan mengakibatkan kesilapan artikulasi, penghasilan ujaran yang pendek atau tanpa tatabahasa, kesilapan dalam ejaan.

    • - biasanya bahasa ekspresif iaitu pertuturan atau penulisan terjejas (Broca’aphasia)

    Kawasan Wernicke :

    • - terletak dekat bahagian belakang hemisfera cerebral kiri, dalam temporal lobe. merupakan bahagian otak yang bertanggung jawab terhadap kefahaman bahasa

    - kecederaan menjejaskan pemahaman bahasa, iaitu bahasa reseptif (Wernicke’s

    aphasia)

    • - individu yang mengalami kecederaan di kawasan Wernicke mungkin menghasilkan

    sebutan / ujaran yang panjang, yang mengandungi tatabahasa, tetapi kurang

    mengguna perkataan yang membawa maksud (seperti kata nama, kata kerja)

    Kecederaan pada kawasan luas di otak yang melibatkan kedua-dua kawasan Broca dan Wernicke akan mengakibatkan masalah bahasa yang teruk di mana kedua-dua bahasa reseptif dan bahasa ekpresif terjejas (global aphasia).

    • 2.2.2 Faktor kognitif

    Kanak-kanak yang mengalami kerencatan akal biasanya didapati menghadapi masalah dalam bahasa dan pertuturan. Ahli-ahli linguistik telah mempersetujui bahawa faktor kognitif memainkan peranan penting dalam penguasaan bahasa. Apakah yang dipertikaikan sehingga hari ini ialah bagaimana bahasa

    25

    PKU3102

    PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

    berhubungkait dengan kognisi. Adakah perkembangan kognisi mendahului perkembangan bahasa atau sebaliknya ? Beberapa pandangan telah

    dikemukakan seperti berikut :

    (i) Kognisi / pengetahuan / persepsi mendahului bahasa (Piaget, 1954). - Bahasa adalah salah satu fungsi simbolik yang berkembang dalam kanak- kanak melalui ketumbuhan dan interaksi dengan persekitaran.

    • - Beberapa asas pencapaian kognitif (seperti distancing, object permanence) harus berlakusebelum perkembangan bahasa di mana kanak-kanak beralih daripada dunia fizikal ke dunia simbolik.

    (ii) Bahasa mempengaruhi persepsi (Whorf, 1956)

    • - Bahasa mempengaruhi persepsi kita terhadap dunia ini.

    • - Jika kita mempunyai perkataan(bahasa) untuk memperihalkan sesuatu perkara, kita akan mempunyai persepsi atau kefahaman terhadap perkara tersebut.

    • - Sebagai contoh, semasa kita mula belajar mengenai warna, kita mungkin mengetahui warna primer sahaja, iaitu merah, biru dan hijau. Dengan perolehan lebih pengalaman, kita belajar bagaimana mengenal pasti warna-warna seperti ungu, maroon, pic dan seterusnya. Jika anda

    pernah mengecat rumah, anda mungkin berjumpa dengan nama-nama seperti azure, ice, melon dan lain-lain. Mengikut pandangan ini, persepsi mengenai warna-warna yang mempunyai perbezaan halus seperti di atas hanya berlaku selepas seseorang mengetahui perkataan untuk melabel warna-warna tersebut. (iii) Bahasa dan kognisi adalah saling bergantung (Vygotsky, 1962).

    • - Bahasa dan kognisi merupakan dua sistem yang berkembang secara berasingan.

    • - Pada peringkat awal, bahasa berlaku kerana interaksi dengan orang lain.

    • - Kemudian ia diinternalized. Pada peringkat ini, bahasa dan pemikiran mula disealirkan,membenarkan kanak-kanak menjalankan pemikiran abstrak dan penaakulan simbolik.

    26

    PKU3102

    PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

    -

    Menurut Vygotsky, pemikiran tidak akan berkembang seterusnya tanpa bahasa.

    -

    (iv) Kedua-dua bahasa dan kognisi bergant ung kepada kematangan fizikal. - Kebolehan berbahasa dan berfikir berkembang seiring dengan perkembangan sistem saraf pusat - Semasa sistem saraf pusat mencapai kematangan, bahasa dan kognisi juga berkembang dan mungkin berkembang secara berasingan. - Menurut pandangan ini, kecelaruan bahasa dan kognisi disebabkan oleh disfungsi fisiologi. Keempat-empat pandangan yang dihuraikan di atas telah membantu kita memahami hubungkait antara bahasa dan kognisi, tetapi hubungkait secara spesifik belum lagi ditakrifkan dengan sepenuhnya.

    27

    PKU3102

    PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

    2.2.3 Faktor Sosial

    Walau didapati bahawa perkembangan dalam aspek fisiologi dan kognitif merupakan pra-syarat untuk perkembangan bahasa berlaku, kedua-dua faktor tersebut sahaja tidak mencukupi untuk menerangkan bagaimana perkembangan bahasa berlaku. Pernahkah anda mendengar cerita-cerita sedih mengenai kanak-kanak yang dikurungkan bertahun-tahun dalam bilik tanpa peluang berinteraksi dengan orang lain? Curtiss (1977) dalam Kuder(2003) menceritakan kes Genie, seorang kanak-kanak perempuan yang dijumpai terkurung dalam sebuah bilik. Walaupun Genie mempunyai sistem fisiologikal yang lengkap, dia didapati mengalami kelewatan kognitif dan tiada bahasa. Kes-kes seperti ini menunjukkan bahawa interaksi sosial diperlukan untuk perkembangan bahasa. - Kajian-kajian menunjukkan bahawa kuantiti dan kualiti interaksi mempengaruhi perkembangan bahasa. Pengalaman awal dalam interaksi sosial memainkan peranan penting dalam membentuk perkembangan bahasa. - Didapati kanak-kanak daripada keluarga yang bertahap lebih tinggi dari segi sosio-ekonomi mempunyai vokabulari yang lebih luas. Lebih banyak interaksi bahasa berlaku antara ibu bapa dan anak dalam keluarga yang berada berbanding dengan keluarga yang sedang mendapat bantuan daripada badan-badan kebajikan.

    Sebagai rumusan, ketiga-tiga faktor menyumbang kepada kefahaman kita terhadap perkembangan bahasa - perkembangan fisiologikal memberi kita maklumat mengenai ‘bagaimana’, perkembangan kognitif memberi maklumat mengenai ‘apa’ dan perkembangan sosial memberi maklumat mengenai ‘mengapa’ perkembangan bahasa berlaku. Apa yang jelas adalah bahawa perkembangan bahasa melibatkan interaksi yang kompleks antara ketiga-tiga faktor tersebut.

    28

    PKU3102

    PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

    PKU3102 PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI Tutorial Huraikan masalah-masalah dalam hidupan harian seorang kanak-kanak khas

    Tutorial

    Huraikan masalah-masalah dalam hidupan harian seorang kanak-kanak khas yang alami masalah perkembangan bahasa dalam aspek (i) kandungan, (ii) bentuk dan (iii) penggunaan

    PKU3102 PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI Tutorial Huraikan masalah-masalah dalam hidupan harian seorang kanak-kanak khas

    Bahan Rujukan

    Bloom, L. & Lahey, M.(1978) Language Development and Language Disorders. New York : Wiley

    Kuder, S. J. (2003) Teaching Students with Language and Communication Disabilities.

    Boston:

    Allyn & Bacon.

    Martin, D. (2000) Teaching children with speech and language difficulties. London: David

    Fulton

    Pub.

    Owens, R. (2001) Language Development : An Introduction. (5 th Ed.). Boston : Allyn & Bacon.

    Reed, V. A. (2005) An Introduction to Children with Language Disorders (3rd ed.) Boston : Allyn & Bacon.

    29

    PKU3102

    PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

    TAJUK 3

    TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

    3.0 SINOPSIS

    Tajuk ini memberi fokus terhadap empat teori perkembangan bahasa dihuraikan

    dalam aspek elemen-elemen asas setiap teori dan implikasinya terhadap

    intervensi. Perbandingan antara empat teori tersebut dari segi kekurangan dan

    kelebihan juga diterangkan.

    3.1

    PKU3102 PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI TAJUK 3 TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA 3.0 SINOPSIS Tajuk ini

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

    1. Membincangkan unsur-unsur penting dalam teori-teori perkembangan

    bahasa.

    2. Membanding beza antara teori-teori perkembangan bahasa.

    3.2

    KERANGKA TAJUK-

    TEORI PERKEMBANGAN TEORI PERKEMBANGAN BAHASA BAHASA - - Teori Teori - - Teori Psiko Teori Psiko
    TEORI PERKEMBANGAN
    TEORI PERKEMBANGAN
    BAHASA
    BAHASA
    -
    -
    Teori
    Teori
    -
    -
    Teori Psiko
    Teori Psiko
    -
    -
    Teori
    Teori
    -
    -
    Teori
    Teori
    Behavioris
    Behavioris
    Linguistik
    Linguistik
    Semantik
    Semantik
    Pragmatik
    Pragmatik
    Kognitif
    Kognitif
    Interaksionis
    Interaksionis

    30

    PKU3102

    PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

    PKU3102 PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI  KANDUNGAN ISI 3 .3 Pengenalan Bagaimana kanak-kanak memperoleh

    KANDUNGAN ISI

    3.3 Pengenalan

    Bagaimana kanak-kanak memperoleh bahasa pertamanya? Banyak teori telah

    dikemukakan untuk memberi jawapan terhadap soalan tersebut tetapi setakat ini

    masih tiada satu teori yang boleh menerangkan semua aspek dalam

    pemerolehan bahasa oleh kanak-kanak kecil. Punca kesukaran disebabkan oleh

    proses pemerolehan bahasa dalam kalangan manusia yang begitu kompleks.

    Lindfors (1987) dalam Kuder (2003) memerihalkan masalah seperti berikut :

    Bagaimanakah kita boleh menjelaskan bahawa

    • - hampir setiap kanak-kanak

    • - tanpa latihan khas

    • - didedah kepada bahasa dalam pelbagai konteks interaksi

    • - dapat membina untuk dirinya (dalam satu tempoh masa yang pendek dan

    pada peringkat awal

    dalam perkembangan kognitifnya)

    - satu sistem struktur linguistik yang begitu kompleks, bertahap tinggi serta

    abstrak dan berjaya

    menggunanya dengan berkesan.

    Permasalahan ini telah menarik minat ahli-ahli linguistik sejak bertahun-tahun

    yang lalu. Banyak kajian telah dijalankan yang bermatlamat untuk mengetahui

    proses bagaimana pemerolehan bahasa dicapai oleh kanak-kanak kecil. Antara

    faktor-faktor yang biasanya diterima sebagai pengaruh perkembangan bahasa

    termasuk persekitaran linguistik, kebolehan-kebolehan yang diwarisi,

    pengalaman individu dan peluang individu untuk berinteraksi. Setiap faktor

    tersebut telah diberi penekanan dalam salah satu teori pemerolehan bahasa

    yang akan dibincang seterusnya. Setiap teori dapat menjelaskan sebahagian

    31

    PKU3102

    PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

    finomenon dalam pemerolehan bahasa, tetapi tiada satu teori yang dapat

    memberi penjelasan yang lengkap.

    • 3.4 Teori-teori Perkembangan Bahasa

      • 3.4.1 Teori Behavioris – Peranan Persekitaran

    Menurut teori ini, kanak-kanak mempelajari bahasa melalui peniruan (imitation).

    Secara ringkas, kanak-kanak mendengar sebutan orang dewasa dan cuba

    meniru apa yang didengar. Peniruan menjadi semakin menepati bahasa orang

    dewasa dan lama kelamaan kanak-kanak berjaya bercakap seperti orang

    dewasa. Teori ini menitik beratkan peranan persekitaran dalam pemerolehan

    bahasa. Kanak-kanak dianggap sebaga i penerima pasif terhadap pengaruh-

    pengaruh luaran – daripada ibu bapa, adik-beradik dan orang lain. Bahasa

    merupakan satu tingkah laku yang dipelajari, seperti tingkah laku - tingkah laku

    lain. Melalui teori ini, kanak-kanak dilahir tanpa bahasa. Semasa berkembang,

    mereka mula meniru atau memodelkan bunyi-bunyi yang diperdengarkan

    daripada orang di sekitar mereka. Respons yang lebih menepati contoh sebutan

    bahasa orang dewasa akan diberi peneguhan dan ini menggalakkan kanak-

    kanak melatih sebutan seterusnya. Akhirnya mereka berjaya mencapai sebutan

    perkataan orang dewasa. Teori ini mendapat sokongan daripada ramai pihak

    kerana melalui pemerhatian, pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak

    memang melibatkan proses peniruan dan peneguhan. Ramai tokoh-tokoh

    bahasa berpendapat bahawa peniruan merupakan satu komponen yang kritikal

    dalam pembelajaran bahasa.

    Walau bagaimanapun, teori ini mempunyai beberapa kekurangan yang serius.

    Urutan perkataan yang ditunjukkan dalam sebutan kanak-kanak tidak boleh

    dijelaskan oleh teori behavioris ini. Jika peniruan merupakan proses utama

    dalam pemerolehan bahasa kanak-kanak, ujaran pertama kanak-kanak harus

    terdiri daripada perkataan-perkataan yang kerap sekali didengar – dalam Bahasa

    32

    PKU3102

    PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

    Inggeris, perkataan pertama harus merangkumi jenis perkataan artikel seperti ’a’,

    atau ’the’ sebab perkataan-perkataan tersebut kerap sekali wujud dalam ayat

    orang dewasa. Akan tetapi perkataan ’a’ atau ’the’ jarang disebut oleh kanak-

    kanak yang mula bercakap. Masalah kedua mengenai teori ini adalah bahawa

    kanak-kanak dapat mengujar perkataan yang tidak mungkin mereka meniru

    daripada orang dewasa. Kanak-kanak kecil didapati menggunakan perkataan

    yang dibina secara unik seperti ’I wented’ atau ’womans’. Akhir sekali, teori

    behavioris ini tidak dapat menjelaskan bahawa kefahaman biasanya mendahului

    produksi bahasa dalam kanak-kanak – iaitu kanak-kanak memahami perkataan

    dan ayat sebelum mereka dapat menyebutnya. Jika pembelajaran bahasa

    berlaku melalui proses peneguhan, bagaimanakah kanak-kanak boleh

    memahami bahasa sebelum mereka boleh menyebutnya ?

    Walau bagaimanapun teori ini mempunyai kelebihannya. Ia memberi fokus

    terhadap peranan penting yang dimainkan oleh ibu bapa dan ahli-ahli lain dalam

    keluarga. Pendekatan behavioris ini telah berjaya memperkembangkan banyak

    pendekatan dalam usaha intervensi bagi meningkatkan kemahiran bahasa dalam

    kalangan kanak-kanak yang mengalami masalah bahasa yang teruk.

    • 3.4.2 Teori Psiko-linguistik – Peranan pewarisan

    Teori ini dikemukakan oleh Chomsky (1968) dan rakan-rakan sebagai respons

    terhadap kekurangan yang terdapat dalam teori behavioris. Menurut Chomsky,

    adalah mustahil bagi seorang kanak-kanak yang berusia 4 tahun menguasai

    bahasa pada tahap begitu kompleks dengan hanya mendengar bahasa orang

    dewasa dan mengingatinya. Tokoh-tokoh yang mempelopori teori ini

    berpendapat bahawa bahasa adalah unik pada manusia – bahasa dipelajari oleh

    semua manusia daripada semua budaya, dalam semua environmen. Chomsky

    berpendapat bahawa kanak-kanak bukan sahaja menghafalkan longgokan

    bahasa satu persatu, tetapi mereka sedang belajar peraturan-peraturan bahasa.

    Justeru, Chomsky membuat kesimpulan bahawa bahasa adalah sesuatu yang

    33

    PKU3102

    PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

    telah terbina semula jadi dalam diri setiap manusia (innate). Dengan erti lain,

    bayi-bayi dilahir dengan kesediaan untuk belajar bahasa. Selain itu, mereka

    mempunyai satu mekanisme yang Chomsky panggil the language acquisition

    device (LAD) yang terdiri daripada kategori-kategori tatabahasa asas dan satu

    set peraturan yang dikongsi oleh semua bahasa. Menurut teori ini, LAD hanya

    beroperasi apabila kanak-kanak terdedah pada bahasa. Kualiti input bahasa

    orang dewasa tidak penting dan orang dewasa tidak perlu mengajar bahasa atau

    mengukuhkan penggunaannya. Apabila kanak-kanak didedah kepada input

    bahasa, LAD akan mengambil alih untuk membantu kanak-kanak memperolehi

    peraturan-peraturan bahasa. Sebaik sahaja peraturan-peraturan tersebut

    dikuasai (bersama vokabulari asas), kanak-kanak akan memahami dan

    menghasilkan bahasa. Akan tetapi kefahaman sepenuhnya mengenai LAD dan

    lokasinya masih didebatkan sehingga hari ini. Teori ini dapat memberi

    penjelasan terhadap fakta bahawa hampir semua kanak-kanak berupaya

    berbahasa tanpa latihan khas. Ia juga dapat menjawab mengapa kanak-kanak

    menguasai bahasa dengan begit u cepat – kanak-kanak seolahnya diprogramkan

    sejak lahir untuk memproses peraturan-peraturan bahasa. Walau bagaimanapun,

    ia mempunyai kelemahannya. Menurut teori ini, input bahasa tidak memainkan

    peranan yang penting. Pada hakikatnya, kajian-kajian terhadap interaksi ibu

    bapa dan anak menunjukkan bahawa ibu bapa mengubahsuaikan bahasa

    semasa mereka berinteraksi dengan anak yang kecil – bahasa diringkaskan dan

    cara penyampaian berbeza. Jika kualiti input bahasa tidak penting, mengapakah

    ibu bapa mengubah cara mereka berbahasa demi anaknya? Selain itu, teori ini

    hanya berjaya menerangkan bagaimana k anak-kanak memperoleh sintaksis

    bahasa, ia tidak dapat menjelaskan bagaimana elemen-elemen lain seperti

    peraturan-peraturan morfologi, semantik atau pragmatik diperoleh. Akhir sekali,

    teori ini tidak memberi harapan yang tinggi untuk ibu bapa atau guru yang ingin

    membantu kanak-kanak yang bermasalah bahasa memandangkan kanak-kanak

    tersebut mempunyai LAD yang defektif sejak lahir. Ini bercanggah dengan

    pengalaman pihak-pihak yang terlibat dalam mengajar bahasa kepada kanak-

    kanak yang bermasalah bahasa – kanak-kanak tersebut dapat meningkatkan

    34

    PKU3102

    PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

    tahap bahasa melalui pengajaran yang berkualiti. Perkembangan teori ini oleh

    Chomsky memulakan satu bidang baru, iaitu bidang psikolinguistik – kajian

    mengenai psikologi bahasa. Seperti Teori Behavioris, teori ini juga tidak dapat

    menjelaskan dengan lengkapnya bagaimana kanak-kanak memperoleh bahasa.

    • 3.4.3 Teori Semantik-Kognitif – Peranan Environmen

    Teori ini dipelopori oleh Bloom (1970) setelah dia perhatikan bahawa kanak-

    kanak kecil biasanya mengguna perkataan yang serupa dalam situasi-situasi

    yang berbeza. Perkataan yang serupa akan diguna untuk meluahkan makna

    yang berbeza. Contohnya, sebutan ”mommy, sock” telah diguna oleh seorang

    kanak-kanak untuk memberitahu bahawa stokin adalah kepunyaan ibunya. Pada

    masa yang lain, ujaran yang serupa diguna oleh kanak-kanak tersebut untuk

    meminta ibu memakai stokin baginya. Justeru, Bloom membuat kesimpulan

    bahawa semantik mendahului sintaksis dalam pemerolehan bahasa dalam

    kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak berkembang dari aspek sintaksis kerana

    mereka telah ada sesuatu yang ingin disampaikan, bukan sebab mereka

    mempunyai tatabahasa untuk meluahkan sesuatu. Dalam contoh di atas, kanak-

    kanak telah mengguna satu bentuk sintaksis untuk mengekpres dua fungsi

    semantik. Fillmore (1968) juga mendapati bahawa pemilihan sesuatu perkataan

    dalam ayat ditentukan oleh makna dan bukan struktur sintaksis ayat. Kajian-

    kajian Bloom dan Fillmore memfokus kepada peranan semantik dalam

    pemerolehan bahasa. Pada masa yang sama, Piaget sedang mengkaji

    hubungkait antara kognisi/pemikiran dan bahasa. Walaupun Piaget tidak

    mencadangkan satu teori pemerolehan bahasa, usahanya memberi implikasi

    bahawa perkembangan bahasa berlaku selepas perkembangan kognitif. Menurut

    Piaget dan rakan-rakannya, perkembangan kognitif seperti object permanence

    perlu mendahului perkembangan bahasa. Hasil usaha Bloom, Fillmore dan

    Piaget membawa kepada perkembangan Teori Semantik-Kognitif dalam

    pemerolehan bahasa. Fokusnya ialah terhadap aspek semantik. Mengikut teori

    ini, kanak-kanak kecil memberi tumpuan terhadap makna. Mereka mengguna

    35

    PKU3102

    PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

    bahasa sebab mereka ingin bercakap tentang sesuatu yang telah dialami.

    Bahasa akan mengikuti pengalaman, dan sintaksis berkembang akibat keperluan

    bercakap mengenai lebih perkara dan pengalaman. Tambahan pula, pencapaian

    kognitif tertentu mesti berlaku sebelum bahasa diperolehi. Seperi teori-teori yang

    telah dibincangkan sebelum ini, teori semantik-kognitif juga mempunyai

    kelebihan dan kekurangannya. Kanak-kanak akan bercakap jika mereka ada

    sesuatu yang ingin disampaikan. Apabila pengalaman mereka bertambah,

    mereka akan memerlukan bahasa yang lebih rumit untuk meluahkan idea-idea.

    Justeru perkembangan bahasa akan terus berlaku. Terdapat juga bukti-bukti

    yang menunjukkan bahawa beberapa peringkat dalam perkembangan kognitif

    memang diperlukan sebelum kanak-kanak mula berbahasa. Kekurangan teori ini

    adalah bahawa input bahasa tidak begitu penting (seperti teori Psikolinguistik).

    Masalah yang lain ialah bahawa hubungk ait antara kognisi dan bahasa tidak

    sebegitu mudah seperti yang dicadangkan oleh Piaget. Terdapat kanak-kanak

    yang mencapai tahap perkembangan kognitif (yang merupakan pra-syarat untuk

    perkembangan bahasa), tetapi masih tiada kemahiran bahasa. Ada pula kanak-

    kanak yang menunjukkan tahap bahasa yang lebih tinggi daripada yang

    dijangkakan sedangkan kemahiran kognitif mereka agak rendah. Seperti teori-

    teori yang lain, teori ini telah memberi impak terhadap amalan-amalan intervensi.

    Ia telah mempengaruhi ibu bapa dan guru supaya mengalih tumpuan daripada

    aspek sintaksis bahasa kepada aspek-aspek yang lain seperti mewujudkan

    persekitaran yang berkesan menarik tumpuan kanak-kanak.

    3.4 .4 Pragmatik-Interaksionis – Peranan Komunikasi

    Teori ini berasaskan pemerhatian bahawa orang mengguna bahasa untuk

    berkomunikasi. Maka ia memberi fokus terhadap fungsi komunikasi dalam

    bahasa. Menurut teori ini, perkembangan bahasa berlaku semasa kanak-kanak

    belajar memilih bentuk linguistik yang memboleh mereka meluahkan hajat

    komunikasi dengan berkesan. Teori ini berdasarkan kajian-kajian yang dilakukan

    oleh ahli-ahli linguistik seperti Searle (1965), Dore (1974) dan Halliday (1975)

    36

    PKU3102

    PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

    yang telah mengenal pasti dan mengklasifikasi fungsi-fungsi pragmatik. Pada

    masa yang sama, ahli psikologi dan psikolinguistik seperti Bruner (1975) dan

    Bates (1976) telah membuat pemerhatian mengenai komunikasi ibu bapa

    dengan anak mereka. Hasil kajian daripada dua bidang tersebut digabungkan

    untuk mewujudkan teori Pragmatik – Interaksionis. Terdapat bukti bahawa

    kanak-kanak yang didera dan diabaikan, yang menerima kurang interaksi

    bahasa daripada penjaga, mengalami kelewatan dalam bahasa reseptif dan

    ekspresif. Melalui interaksi dengan ibu bapa dan orang dewasa lain, kanak-

    kanak belajar bahawa bahasa boleh diguna untuk berkomunikasi dan secara

    tidak langsung, mereka belajar mengguna aspek-aspek struktur bahasa.

    Komunikasi yang berulang-ulang dalam konteks rutin membolehkan kanak-

    kanak mendengar dan memodelkan bentuk bahasa orang dewasa.

    Seperti teori behavioris, teori ini menekankan kepentingan terhadap apa yang

    berlaku dalam persekitaran kanak-kanak. Kanak-kanak belajar berbahasa

    melalui pendedahan kepada bahasa. Tetapi berbeza dengan teori behavioris,

    teori pragmatik-interaksionis kurang menekankan peranan pengukuhan. Ia

    mengakui kepentingan kematangan fisiologi (seperti Teori Psikolinguistik) dalam

    menentukan tahap komunikasi yang boleh dilaksanakan oleh kanak-kanak. Teori

    ini boleh dianggap sebagai satu usaha untuk memberi kepentingan kepada

    peranan environmen dan peranan proses biologi dalam perkembangan bahasa.

    Kelebihan teori ini juga berdasarkan fakta bahawa kanak-kanak kecil boleh

    berkomunikasi keperluan mereka sebelum mereka memperoleh bahasa.

    Tambahan pula, terdapat bukti bahawa kanak-kanak yang mempunyai kurang

    peluang untuk berinteraksi dengan orang dewasa mengalami lebih kesukaran

    dalam memperolehi bahasa. Kekurangan teori ini adalah bahawa ia tidak

    menjelaskan bagaimana hampir semua kanak-kanak menunjukkan pola turutan

    perkembangan bahasa yang serupa pada masa yang sama. Jika kanak-kanak

    bergantung kepada orang dewasa dalam persekitarannya untuk input bahasa,

    maka adalah logikal untuk menjangka bahawa kualiti dan kuantiti input akan

    37

    PKU3102

    PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

    berbeza, mengakibatkan output bahasa dalam kalangan kanak-kanak turut

    berbeza.

    Justeru terbukti bahawa ada lagi faktor-faktor yang perlu diambil kira. Terdapat

    juga kurang kajian dijalankan setakat ini mengenai berapa banyak interaksi

    diperlukan untuk merangsangkan perkembangan bahasa berlaku. Teori ini juga

    telah memberi kesan terhadap teknik-teknik intervensi bahasa. Masa kini, ramai

    orang yang terlibat dalam intervensi bahasa lebih berfokus terhadap peranan

    komunikasi dalam teknik-teknik yang dijalankan. Mereka tidak lagi memisahkan

    bahasa kepada komponen-komponen kecil dan mengajarnya secara berasingan.

    Strategi-strategi yang terkini merangkumi penggunaan kaedah-kaedah secara

    tidak langsung untuk merangsangkan penghasilan bahasa, serta menitik

    beratkan penggunaan bahasa secara holistik dalam konteks komunikasi.

    Rumusan

    Sehingga hari ini, tiada satu teori yang dapat menjelaskan dengan tepat dan

    lengkapnya bagaimana pemerolehan bahasa berlaku dalam kalangan kanak-

    kanak. Setiap teori mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

    Walau bagaimanapun, usaha untuk memahami bagaimana kanak-kanak

    menguasai bahasa telah memberi kita pengertian baru. Kefahaman yang lebih

    mendalam akan membantu pihak-pihak yang terlibat dalam intervensi bahasa

    kanak-kanak berkeperluan khas merancang strategi yang lebih berkesan.

    PKU3102 PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI berbeza, mengakibatkan output bahasa dalam kalangan kanak-kanak turut berbeza.

    Tutorial

    Secara berpasangan anda dikehendaki mencari maklumat dan membentangkan

    tajuk-tajuk berikut semasa sesi tutorial mengikut giliran yang ditetapkan.

    Pembentangan adalah selama 30 minit termasuk sesi perbincangan dan soal

    jawab. Tugasan yang dihasilkan perlu memberi fokus kepada kemahiran

    pemikiran aras tinggi ( hots – spt mensintesis, analisis dan penilaian ).

    38

    PKU3102

    PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

    Setiap perlu menyediakan dan menyerahkan satu salinan pembentangan

    kepada pensyarah dan setiap kumpulan.

    • 1. Banding bezakan antara teori-teori behavioris, psiko-linguistik, semantik- kognitif dan pragmatik-interaksionis dalam pemerolehan bahasa dan

    PKU3102 PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI Setiap perlu menyediakan dan menyerahkan satu salinan pembentangan kepada

    implikasinya terhadap pengajaran.

    Layari Internet

    http://www.cal.org

    http://www.asha.org

    http://www.emich,edu

    PKU3102 PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI Setiap perlu menyediakan dan menyerahkan satu salinan pembentangan kepada

    Bahan Rujukan

    Bloom, L. & Lahey, M.(1978) Language Development and Language Disorders. New York : Wiley

    Kuder, S. J. (2003) Teaching Students with Language and Communication Disabilities. Boston:

    Allyn & Bacon.

    Martin, D. (2000) Teaching children with speech and language difficulties. London: David

    Fulton

    Pub.

    Owens, R. (2001) Language Development : An Introduction. (5 th Ed.). Boston : Allyn & Bacon.

    Reed, V. A. (2005) An Introduction to Children with Language Disorders (3rd ed.) Boston : Allyn & Bacon.

    39

    PKU3102

    PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

    TAJUK 4

    BAHASA KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN (LEARNING DISABLED)

    4.1

    SINOPSIS

    Tajuk ini memberi fokus terhadap ciri-ciri kanak-kanak bermasalah

    pembelajaran daripada aspek psiko-motor, aspek kognitif dan aspek afektif.

    Dalam topik ini turut dibincangkan mengenai masalah bahasa yang dihadapi

    oleh kanak-kanak bermasalah pembelajaran dalam aspek bentuk bahasa,

    kandungan bahasa dan penggunaan bahasa. Tajuk ini juga akan

    menghuraikan masalah tersebut dan implikasinya terhadap intervensi

    bahasa meliputi kaedah penilaian bahasa, strategi / teknik intervensi yang

    spesifik dan keberkesanan komunikasi

    4.2

    PKU3102 PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI TAJUK 4 BAHASA KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN ( LEARNING DISABLED)

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

    • 1. Membincangkan ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran daripada aspek psiko-motor, aspek kognitif dan aspek afektif

    • 2. Menghuraikan masalah bahasa yang dihadapi daripada segi bentuk bahasa, kandungan bahasa dan penggunaan bahasa

    • 3. Menjelaskan implikasi masalah yang dihadapi terhadap intervensi bahasa merangkumi kaedah, penilaian bahasa, strategi / teknik intervensi yang spesifik dan keberkesanan komunikasi

    40

    PKU3102

    PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

    • 4.3 KERANGKA TAJUK-

    BAHASA KANAK-KANAK MASALAH PEMBELAJARAN Ciri-ciri Masalah Bhs - Teori Implikasi Knk-knk Knk-knk Pragmatik Terhdp M.Pembel M.Pembel
    BAHASA KANAK-KANAK
    MASALAH PEMBELAJARAN
    Ciri-ciri
    Masalah Bhs
    - Teori
    Implikasi
    Knk-knk
    Knk-knk
    Pragmatik
    Terhdp
    M.Pembel
    M.Pembel
    Intervensi Bhs
    Interaksionis
    -
    Aspek psiko-motor
    - Bentuk bahasa
    -
    Kaedah penilaian bahasa
    -
    Aspek kogniti
    - Kandungan bahasa
    -
    Strategi / teknik intervensi
    yang spesifik
    -
    Aspek afektif
    - Penggunaan bahasa
    -
    Keberkesanan komunikasi

    PKU3102 PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI 4.3 KERANGKA TAJUK- BAHASA KANAK-KANAK MASALAH PEMBELAJARAN Ciri-ciri Masalah

    KANDUNGAN ISI

    • 4.3 Pengenalan

    Kanak-kanak bermasalah pembelajaran biasanya dikaitkan sebagai kelewatan

    perkembangan dalam satu atau lebih daripada proses pertuturan, pembacaan,

    penulisan, pengiraan atau mata pelajaran sekolah lain. Kelewatan dalam

    pembelajran menyebabkan kanak-kanak ini akan mengalami pelbagai masalah

    yang melibatkan perkembangan akademik mahupun perkembangan sahsiah

    seperti kanak-kanak normal yang lain.

    Justeru

    itu,

    tahap

    perkembangan

    yang lewat menyebabkan

    perkembangan bahasa kanak-kanak ini terjejas disebabkan pelbagai masalah

    yang berkaitan dengan ganguan pada proses psikologi yang mempengaruhi

    pemahaman dan penggunaan bahasa, sama ada lisan ataupun tulisan.

    41

    PKU3102

    PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

    Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya atau IDEA (1997) dengan jelas

    menyatakan bahawa kanak-kanak bermasalah pembelajaran mempunyai

    masalah dalam satu atau lebih daripada proses asas psikologikal yang

    melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau

    penulisan. Ketidakupayaan kanak-kanak ini juga seiring dengan penakrifan oleh

    Kementerian Pendidikan Malaysia (1995) dengan jelas menyatakan kanak-kanak

    bermasalah pembelajaran dikenalpasti dan disahkan oeleh pakar profesional

    sebagai mengalami kekurangan yang mengganggu proses pengajaran dan

    pembelajaran.

    Kesan daripada permasalahan yang dihadapi menyebabkan kanak-kanak

    bermasalah pembelajaran mempunyai masalah untuk berbahasa dengan baik

    mungkin disebabkan oleh masalah kerencatan mental, kurang upaya

    penglihatan, pendengaran, gangguan emosi dan tingkah laku.

    • 4.3.1 Definisi Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran

    Secara umumnya, terdapat pelbagai definisi yang boleh menjelaskan mengenai

    kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Kanak-kanak ini kebiasaannya

    mengalami ketidakupayaan neurologikal yang memberi kesan terhadap

    kemampuan untuk memahami, mengingat atau menyampaikan maklumat.

    Menurut Kirk, S (1963) dengan jelas menyatakan bahawa kanak-kanak

    bermasalah pembelajaran dikategorikan sebagai kelewatan perkembangan

    dalam satu atau lebih daripada proses pertuturan, pembacaan, penulisan,

    pengiraan atau mata pelajaran sekolah lain.

    Manakala Kementerian Pendidikan Malaysia (1995) pula dengan jelas

    menyatakan bahawa pelajar yang telah dikenalpasti dan disahkan pakar

    profesional sebagai mengalami kekurangan yang mengganggu dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran. Mereka terdiri daripada kanak-kanak yang

    42

    PKU3102

    PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

    mempunyai keupayaan mental yang rendah dan pengubahsuaian tingkahlaku

    yang rendah. Masalah yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap

    kefungsian seperti berikut :

    i.

    kebolehan kognitif

    ii.

    tingkah laku sosial

    iii.

    penguasaan bahasa lisan dan pertuturan

    iv.

    penguasaan membaca

    v.

    kemahiran matematik

    Selain itu, murid bermasalah pembelajaran adalah kanak-kanak yang

    mempunyai masalah kognitif (kerencatan akal) yang dianggap boleh diajar

    (educable) dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal. kategori kanak-

    kanak bermasalah pembelajaran di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia,

    adalah :

    i.

    Sindrom Down

    ii.

    Autisme ringan

    iii.

    Hiperaktif (ADHD)

    iv.

    Terencat akal minima

    v.

    Kurang upaya dalam pembelajaran (LD)

    vi.

    Kurang upaya dalam pembelajaran khusus, contoh Disleksia.

    • 4.4 Ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran

    Kanak-kanak bermasalah pembelajaran mempunyai masalah bahasa mungkin

    disebakan oleh ciri-ciri seperti berikut :

    • a. Aspek psikomotor

    Kanak-kanak bermasalah pembelajaran contohnya kanak-kanak Sindrom Down

    biasanya kanak-kanak ini sukar berbahasa manakala kemahiran pergerakan

    halus dan kemahiran pergerakan umum juga lewat bertumbuh.

    43

    PKU3102

    PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

    • b. Aspek Kognitif

    Perkembangan kognitif contohnya kanak-kanak Sindrom Down berbeza dan oleh

    itu kebolehan kognitif juga berbeza.

    • c. Aspek Afektif

    Masalah afektif kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah di tahap rendah

    dan sering menunjukkan sikap yang negatif.

    • 4.5 Masalah bahasa kanak-kanak bermasalah pembelajaran

    Masalah bahasa bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran menurut Pearl L.

    Siedenberg dalam Deena K. Bernstain dan Tiegerman (1993) menyatakan

    bahawa kelemahan bahasa merupakan salah sa tu daripada ciri-ciri kanak-kanak

    tersebut di mana mereka akan mengalami kelambatan dalam pertuturan dan

    sukar untuk memahami atau/dan menggunakan bahasa percakapan.

    Secara umumnya, masalah bahasa kanak-kanak BP boleh dibahagikan

    kepada 3 bahagian iaitu bentuk bahasa, kandungan bahasa dan penggunaan

    bahasa. Bentuk bahasa terdiri daripada fonologi, morfologi dan sintaksis,

    kandungan bahasa dikelompok sebagai semantik manakala penggunaan bahasa

    dikelompok sebagai pragmatik.

    Manakala Vogel (1975) telah mengkategorikan kanak-kanak yang tidak

    boleh membaca ke dalam kelompok masalah bahasa seperti berikut :

    • a. Metalinguistik Metalinguistik adalah kesedaran tentang bahasa dan konsep-konsep linguistik. Manakala Dena (1993) manyatakan ianya adalah kefahaman tentang penggunaan bahasa, berfikir, bercakap tentang bahasa dan bagaimana menggunakan bahasa sebagai alat untuk menganalisis serta menggunakannya untuk bercakap tentang bahasa itu sendiri.

    44

    PKU3102

    PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

    • b. Fonologi Fonologi adalah kajian mengenai buny i-bunyi bahasa, contohnya makan terdiri daripada dua suku kata dan erbina daripada lima fonem iaitu m, a, k, a, n. Perbezaan ini amat ketara apabila kanak-kanak BP ini menyebut perkataan yang mempunyai fonem konsonan-vokal-konsonan. Bock dan Mercer (1985) menyatakan masalah ekspresi bahasa adalah disebabkan oleh ketidakupayaan artikulasi (articulation disorders). Contohnya kesukaran kanak-kanak BP menyebut :

    rabbit

    • wabbit

    you

    • oo

    warsh

    • wash

    Kajian oleh Wiig dan Semel (1976) mendapati kanak-kanak BP sering

    keliru dengan konsonan bersuara dan tida k bersuara. Antara huruf-huruf

    yang sukar dibunyikan seperti b, d, g, p, t, v, z dan th. Contoh kesukaran

    membunyikan huruf konsonan berikut :

    p

    dengan

    b

    d

    dengan

    t

    Kanak-kanak BP juga keliru untuk membunyikan perkataan yang

    mempunyai vokal depan a, i, dan e seperti berikut :

    sit,

    set,

    sat

    freeze,

    leave,

    elite

    • c. Morfologi

    45

    PKU3102

    PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

    Morfologi adalah suatu bidang yang mengkaji struktur pembentukan kata.

    Contohnya dalam Bahasa Melayu terdapat perkataan yang terbina melalui

    proses imbuhan, gandaan, akronim, penukaran dan pemajmukan.

    Wiig, Semel dan Crouse (1973) telah mendapat ramai kanak-kanak BP

    sukar untuk menggunakan hukum morfologi, contohnya :

    tambah “es” untuk plural

    -

    seperti “boxes”

    tambah “s” untuk bilangan ramai

    -

    seperti “boys”, “toys”

    tambah “s” untuk tunjukkan kepunyaan

    -

    seperti “Ali’s bag”.

    Vogel (1983) pula menyatakan bahawa kelambatan kanak-kanak BP

    berbahasa lebih bersifat kuantitatif daripada kualitatif memandangkan

    kanak-kanak ini biasanya lambat menguasai hukum morfologi berbanding

    dengan apa yang selalu diramalkan.

    d.

    Sintaksis

    Bidang ini mengkaji ayat atau struktur ayat dan berkait rapat dengan

    tatabahasa, contohnya ;

    Ahmad

    menendang

    bola itu.

    FN

    FK

    FN

    Subjek

    predikat

    objek

    Selain itu, kanak-kanak BP juga sukar menggunakan atau membuat ayat-

    ayat pasif kerana keliru dengan subjek dan predikat (Semel dan Wiig,

    1984). Contohnya seperti berikut :

    “Saya makan nasi”

    menjadi

    “Nasi makan saya”.

    Sepatutnya

    PKU3102 PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI Morfologi adalah suatu bidang yang m engkaji struktur pembentukan

    “Nasi dimakan oleh saya”.

    46

    PKU3102

    PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

    • e. Semantik Bidang yang mengkaji mengenai makna perkataan-perkataan. Biasanya kanak-kanak BP sukar memahami makna perkataan yang lebih dari satu makna.

    • f. Pragmatik Pragmatik adalah kebolehan atau kemahiran untuk menggunakan ayat dengan batul mengikut konteks atau situasi. Woolfolk (1998) menyatakan bahawa pragmatik itu adalah kesukaran kanak-kanak BP menggunakan bahasa yang betul mengikut konteks atau sesuatu situasi. Kebiasaannya kanak-kanak BP menggunakan ayat-ayat yang panjang dan rumit untuk memberi keterangan atau arahan kepada kanak-kanak kecil berbanding dengan rakan sebayanya yang lain.

      • 4.6 Implikasi terhadap intervensi bahasa

    Kesukaran kanak-kanak BP menguasai kemahiran berbahasa dan komunikasi

    akan menyebabkan kanak-kanak ini sukar untuk berinteraksi dan bersosial

    dengan rakan sebayanya. Antara strategi intervensi yang boleh digunakan untuk

    mengatasi masalah bahasa kanak-kanak BP adalah seperti berikut :

    • a. Guru adalah model terbaik agar murid boleh menunjukkan perhatian sepenuhnya terhadap pengajaran (DeHaven, 1983)

    • b. Pertuturan dan penulisan secara spontan boleh digunakan untuk mengajar pendengaran, sebab pelbagai kemahiran boleh dibaiki (Frose, 1981)

    • c. Kanak-kanak BP oleh memahami apabila kelajuan pertuturan lebih perlahan berbanding aras/tahap biasa (McCroskey & Thompson, 1973)

    • d. Gunakan klu-klu untuk membina pengetahuan murid (Burns, 1980)

    • e. Penggunaan ayat pasif dan panjang perlukan masa untuk murid untuk melakukannya

    47

    PKU3102

    PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

    • f. Ayat perlu pendek dengan struktur yang ringkas semasa mengajar (Wiig & Semel, 1984)

    Strategi untuk memperbaiki kemahiran ekspresi berbahasa bagi kanak-kanak BP

    adalah seperti berikut :

    • a. Komponen-komponen seperti morfem dalam sistem bahasa formal perlu diajar bersama-sama bukannya berasingan.

    • b. Bahasa boleh diajar dalam setting yang berbeza dan tidak hanya dalam suasana yang seterotaip.

    • c. Kemahiran berbahasa perlu diajar merentasi kurikulum (Wiig & Semel, 1984).

    • d. Kemahiran pragmatik seperti menyoal dan mengambil giliran (turn taking) perlu dimasukkan dalam pengajaran (Spekman & Roth, 1984).

    • e. Kanak-kanak tidak perlu terlalu ditekankan dengan ayat-ayat yang lengkap, cukup sekadar menjawab soalan dengan satu atau dua ayat atau perkataan (Spekman & Roth, 1984).

    • f. Membuat generalisasi perlu diajar agar pelajar boleh menggunakannya dalam bentuk novel

    • g. Mesej yang disampaikan oleh kanak-kanak perlu diberi perhatian terlebih dahulu kerana ianya penting dalam proses komunikasi dan

    juga kesalahan-kesalahan sintak boleh diperbaiki (Spekman &

    Roth, 1984).

    4.6 Kesimpulan

    Secara umumnya, masalah bahasa di kalangan kanak-kanak BP agak kritikal

    jika tidak dikenalpasti lebih awal untuk tindakan selanjutnya. Langkah awal

    seperti intervensi awal berkemungkinan besar dapat membantu mengurangkan

    masalah yang dikenalpasti dan dihadapi oleh kanak-kanak tersebut. Memang

    tidak dinafikan bahawa berbahasa danber komunikasi adalah satu proses yang

    48

    PKU3102

    PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

    penting

    bagi

    menjamin

    kanak-kanak

    BP

    berjaya

    dalam

    kehidupan

    dan

    akademiknya.

     
    • Tutorial

    Jelaskan ciri-ciri yang mempengaruhi masalah bahasa dan komunikasi murid

    bermasalah pembelajaran semasa anda mengendalikan P&P di b ilik darjah?

    • Latihan

    Latihan :

    Jelaskan masalah komunikasi berikut yang sering terjadi kepada kanak-kanak

    BP, di sekolah :

    • a. Gangguan artikulasi (Articulation disorders)

    • b. Gangguan suara (Voive disorders)

    • c. Gangguan kelancaran (Fluency disorders)

    • d. Gangguan kualitaif (Qualitative disorders)

    • e. Gangguan bahasa (Interrupted language)

    • f. Kelewatan berbahasa (Delayed language)

    • g. Ketidakhadiran pertuturan (Absence of speech)

    49

    PKU3102

    PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

    PKU3102 PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI Tutorial Ramai pelajar masalah pembelaj aran menghadapi masalah kesedaran

    Tutorial

    Ramai pelajar masalah pembelaj aran menghadapi masalah kesedaran

    fonologi ( phonological awareness) yang menjejaskan kemahiran

    membaca dan menulis. Huraikan aktiviti-aktiviti bahasa yang berkesan bagi

    mengatasi masalah tersebut.

    PKU3102 PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI Tutorial Ramai pelajar masalah pembelaj aran menghadapi masalah kesedaran

    Layari Internet

    http://www.cal.org

    http://www.asha.org

    http://www.emich,edu

    PKU3102 PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI Tutorial Ramai pelajar masalah pembelaj aran menghadapi masalah kesedaran

    Bahan Rujukan

    Bloom, L. & Lahey, M.(1978) Language Development and Language Disorders. New York : Wiley

    Kuder, S. J. (2003) Teaching Students with Language and Communication Disabilities. Boston:

    Allyn & Bacon.

    Martin, D. (2000) Teaching children with speech and language difficulties. London: David

    Fulton

    Pub.

    Owens, R. (2001) Language Development : An Introduction. (5 th Ed.). Boston : Allyn & Bacon.

    Reed, V. A. (2005) An Introduction to Children with Language Disorders (3rd ed.) Boston : Allyn & Bacon.

    50

    PKU 3102

    PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

    TAJUK 5

    BAHASA KANAK-KANAK TERENCAT AKAL

    • 5.0 Sinopsis

    Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan bahasa kanak-kanak terencat akal yang

    meliputi ciri-ciri kanak-kanak terencat akal, masalah bahasa kanak-kanak terencat akal,

    implikasi terhadap intervensi bahasa, dan keberkesanan komunikasi kanak-kanak

    terencat akal.

    • 5.1 Hasil Pembelajaran

    i.

    Menghuraikan definisi kanak-kanak terencat akal.

    ii.

    Menjelaskan ciri-ciri kanak-kanak terencat dari segi psiko-motor, kognitif

    dan afektif.

    iii.

    Membincangkan masalah bahasa kanak-kanak terencat akal dari segi

    bentuk bahasa, kandungan bahasa dan penggunaan bahasa.

    iv. Menghuraikan implikasi terhadap intervensi bahasa yang meliputi kaedah

    penilaian

    bahasa,

    strategi

    keberkesanan komunikasi

    /

    teknik

    intervensi yang spesifik dan

    51

    PKU 3102

    PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

    • 5.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

    BAHASA KANAK-KANAK TERENCAT AKAL Ciri-ciri Implikasi Masalah Bhs Knk-knk Terhadap Knk-knk Terencat Akal Intervensi Terencat Akal
    BAHASA KANAK-KANAK
    TERENCAT AKAL
    Ciri-ciri
    Implikasi
    Masalah Bhs
    Knk-knk
    Terhadap
    Knk-knk
    Terencat Akal
    Intervensi
    Terencat Akal
    Bahasa
    -
    Aspek psiko-motor
    - Bentuk bahasa
    -
    Kaedah penilaian bahasa
    -
    Aspek kogniti
    - Kandungan bahasa
    -
    Strategi / teknik intervensi
    yang spesifik
    -
    Aspek afektif
    - Penggunaan bahasa
    -
    Keberkesanan komunikasi

    52

    PKU 3102

    PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

    KANDUNGAN ISI 5.3 Pengenalan Definisi Kerencatan Akal dan Faktor Penyebab Kanak-kanak yang ditafsirkan sebagai terencat akal
    KANDUNGAN ISI
    5.3 Pengenalan
    Definisi Kerencatan Akal dan Faktor Penyebab
    Kanak-kanak yang ditafsirkan sebagai terencat akal adalah kanak-kanak yang
    mempunyai daya pemikiran yang berkurangan dan bermasalah dalam pembelajaran.
    Mereka yang mengalami kerencatan akal yang teruk (severe mental retardation) tidak
    boleh berjalan, bercakap atau menjaga diri. Manakala mereka yang tidak begitu teruk
    hanya mempunyai masalah mempelajari cara-cara hidup sepertimenjaga diri.
    Kecacatan terbahagi kepada kecacatan-kecacatan fizikal/anggota, penglihatan
    danpendengaran.
    Apabila kanak-kanak mengalami kecacatan anggota, tidak bermakna anak mengalami
    kerencatan akal. 30% daripada kanak-kanak yang terencat akal teruk disebabkan oleh
    keabnormalan genetik seperti sindrom Downs, 25% disebabkan palsi serebrum, 30%
    disebabkan oleh meningitis dan masalah perinatal manakala 15% tidak ada sebab-
    sebab tertentu. Kanak-kanak sebegini mempunyai ukuran IQ (intelligence quotient)
    kurang daripada 50.
    Aktiviti 1
    Layari laman sesawang berikut untuk mendapatkan maklumat
    tambahan berkaitan dengan definisi kanak-kanak terencat akal:
    http://translate.google.com.my/translate?hl=en&sl=ms&u=http://www.s
    cribd.com/doc/14548068/Bahasa-Kanakkanak-Terencat-
    Akal&ei=zGFpTqSmHoLZrQfStN25BQ&sa=X&oi=translate&ct=result&
    resnum=1&sqi=2&ved=0CBkQ7gEwAA&prev=/search%3Fq%3Dpenila
    ian%2Bbahasa%2Bkanak-kanak%
    Setelah itu dikehendaki membuat perbincangan dengan rakan anda
    berkaitan dengan definisi kanak-kanak terencat akal.
    53

    PKU 3102

    PENGEN ALAN KE PADA MAS ALAH BA HASA DAN KOMUNIK ASI

    • 5.4 C iri-ciri Ka nak-Kanak Terencat Akal

    A pakah ciri ciri kanak- kanak teren cat akal ?

    A pakah ciri

    ciri kanak- kanak teren cat akal ?

    Cuba t eliti gamb ar di baw ah. Apak ah panda ngan and a terhada p kanak-k anak

    terenca t akal? A dakah and a dapat

    menghurai kan ciri-ci iri kanak- kanak tere ncat

    akal ke pada raka n anda sek iranya an da diminta untuk ber buat demi kian?

    PKU 3102 PENGEN ALAN KE PADA MAS ALAH BA H ASA DAN KOMUNIK ASI 5.4 C

    Bahagi an ini aka n menghu raikan sec ara ringk as aspek

    afektif