You are on page 1of 2

INOVASI PEDAGOGI

NORSHAHIDA BINTI MOHD ARSHAD

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS PERLIS INOVASI PEDAGOGI YANG DIHASILKAN SENDIRI

NAMA INOVASI Bintang Cemerlang

PENERANGAN DAN PERINCIAN TENTANG INOVASI

Saya telah diberi tanggungjawab untuk mengajar kelas tahun 4 Arif, 4 Bestari, 4 Cekal dan 6 Bestari. Kelas Arif adalah merupakan kelas yang tergolong dari muridmurid yang mempunyai keputusan yang lebih baik berbanding dengan kelas Bestari dan kelas Cekal. Murid-murid ini berbeza dari segi kemahiran 4M. Kebanyakan muridmurid dari kelas Bestari dan Cekal mempunyai masalah untuk membaca dengan lancar. Tumpuan yang lebih perlu diberikan agar murid-murid tidak terasa rendah diri dengan kelemahan yang mereka ada. Hari pertama saya memasuki kelas, saya telah memberitahu peraturanperaturan yang perlu dipatuhi murid-murid. Saya akan melaksanakan Bintang Cemerlang. Saya akan memberikan sticker iaitu bintang cemerlang kepada murid yang bekerjasama dengan guru dan rakan, mendengar arahan, menunjukkan kelakuan yang baik, menjawab soalan, memasuki kelas tepat pada masanya dan menunjukkan hasil kerja yang cemerlang. Murid yang berjaya mengumpul lima bintang ke atas akan mendapat hadiah. Setiap kelas saya telah menyediakan satu carta untuk melekatkan bintang Cemerlang dan dilekatkan di tepi papan putih di bengkel Kemahiran Hidup semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Setiap sticker yang dikumpul, mereka hendaklah melekatkan sticker yang telah dikumpul di atas carta tersebut. Carta tersebut dilekatkan di hadapan adalah supaya dapat memotivasikan murid-murid untuk mencapai

INOVASI PEDAGOGI

NORSHAHIDA BINTI MOHD ARSHAD

kecemerlangan dan mengawal tingkah laku semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

PENILAIAN KEBERKESANAN INOVASI

Setelah 7 minggu menjalankan kaedah anugerah bintang cemerlang ini, saya mendapati kaedah ini adalah amat berkesan untuk murid di Sekolah Kebangsaan Tambun Tulang. Bagi murid-murid Sekolah Kebangsaan Tambun Tulang, bintang seolah-olah merupakan satu simbol kecemerlangan bagi kumpulan masing-masing dan murid-murid amat sukakan bintang tersebut. Setiap kali saya mengemukakan soalan kepada murid, mereka akan mengangkat tangan untuk mencuba jawab tidak kira mereka tahu jawapan atau tidak. Segala tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh murid akan diberi pujian dan saya akan memberikan sticker sebagai ganjaran untuk mengenalpasti usaha yang telah mereka lakukan. Murid melibatkan diri dengan aktif di dalam kelas dengan keinginan untuk mendapatkan sticker. Mereka berani mencuba dan mereka akan berusaha mengingati isi pelajaran guru untuk memperoleh sticker tersebut. Hasil kerja murid yang cemerlang juga akan diberikan sticker sebagai tanda penghargaan. Murid akan berasa amat gembira. Pada masa yang sama, sebarang tingkah laku tidak baik yang ditunjukkan oleh mereka seperti bising dalam kelas, tidak bekerjasama, tidak menghantar buku latihan dan sebagainya akan menyebabkan bintang mereka ditarik balik.

You might also like