You are on page 1of 12

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 50 _______________________________________________________________________________

UNIT 4 ORGANISASI KURIKULUM SEKOLAH RENDAH


HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini anda akan dapat: 1. 2. 3. menyatakan tahap-tahap kurikulum yang ada dalam pendidikan peringkat rendah melibatkan KBSR dan KSSR. menghuraikan bagaimana organisasi kurikulum dalam KBSR dan KSSR dilakukan. membanding beza antara organisasi kurikulum dalam KBSR dengan organisasi kurikulum dalam KSSR.

PETA KONSEP TAJUK

Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah

Tahap-tahap Dalam KBSR/ KSSR

Organisasi KBSR Bidang Mata Pelajaran

Organisasi KSSR Tunjang Mata Pelajaran

Banding Beza Antara Organisasi KBSR Dengan KSSR

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 51 _______________________________________________________________________________

PENGENALAN
Sebagaimana yang termaktub dalam Seksyen 29, Akta Pendidikan 1996, pendidikan di peringkat sekolah rendah di Malaysia mengambil tempoh selama enam tahun. Oleh itu, bagi memastikan pendidikan di peringkat sekolah rendah ini berjaya mencapai matlamatnya, kurikulum perlu dirancang agar dapat dilaksanakan dengan lancar seterusnya mencapai matlamat dan objektif yang diharapkan. Dalam mereka bentuk, menyusun dan mengorganisasi sesebuah kurikulum, terdapat beberapa aspek yang perlu diberi perhatian. Menurut Wyse (2002) . . .there is an infinite number of ways of structuring the curriculum and there are many influences : the children; schools; local education authorities; teachers; parents; society; business and government. Pelaksanaan sistem pendidikan di England sebagai contohnya, mengambil kira faktor sekolah, ibu bapa, penguasa pelajaran tempatan, masyarakat, ahli perniagaan dan kerajaan. Kurikulum boleh diorganisasikan mengikut penyusunan secara vertikal yang melibatkan urutan serta kesinambungan, dan penyusunan secara horizontal yang melibatkan liputan, skop dan imbangan. Ini kerana proses yang dilakukan dan produk yang dikeluarkan oleh sekolah perlu selaras dengan kehendak pihak-pihak tersebut, lebihlebih lagi bagi memenuhi permintaan pasaran tenaga kerja dan kemajuan masyarakat. Di peringkat KBSR dan KSSR kurikulum diorganisasikan dengan mengambil kira tahaptahap persekolahan iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Selain itu kurikulum diorganisasi dengan mengambil kira bidang atau tunjang dan mata pelajaran dalam bidang atau tunjang tersebut, selain mengikut kategori mata pelajaran teras iaitu teras asas dan teras tema; mata pelajaran wajib, tambahan dan elektif.

ISI KANDUNGAN Apakah tahap-tahap kurikulum dalam KBSR dan KSSR?

"A national or national-type school established under this Act shall provide a course of primary education designed for duration of six years . . . . (Education Act 1996, Sec.29)

Pendidikan di peringkat sekolah rendah adalah untuk tempoh selama enam tahun sebagai yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996. Pendidikan di peringkat sekolah rendah ini adalah untuk kanak-kanak yang berumur antara 6 tahun hingga 12 tahun. Dari segi penyusunan secara vertikal, KBSR dan KSSR dilaksanakan melalui dua tahap iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Tahap 1 terdiri daripada Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 manakala Tahap 2 terdiri daripada Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Rajah 4.1 menunjukkan penyusunan tersebut.

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 52 _______________________________________________________________________________

Tahun Persekolahan Tahun 6 Tahun 5 Tahun 4 Tahun 3 Tahun 2 Tahun 1 Tahap 1 Tahap 2

Umur Murid 11 12 tahun 10 11 tahun 9 10 tahun 8 9 tahun 7 8 tahun 6 7 tahun

Rajah 4.1 Penyusunan Secara Vertikal Tahap, Tahun Persekolahan dan Umur Murid
*Nota: Mulai RMK10 umur bagi memulakan persekolahan akan dikurangkan daripada 6+ kepada 5+.

Apakah aspek yang menjadi fokus dalam pelaksanaan KBSR dan KSSR? Dalam KBSR, fokus adalah kepada 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Di Tahap 1, tumpuan adalah kepada penguasaan kemahiran-kemahiran asas manakala di Tahap 2 pula, adalah bertujuan untuk mengukuhkan dan menggunakan kemahiran asas dalam pelbagai bidang ilmu. Bagaimana pula dengan KSSR? Jika fokus KBSR adalah kepada 3M, fokus KSSR pula adalah kepada 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul. Di Tahap 1, tumpuan adalah kepada penguasaan asas 4M. Manakala di Tahap 2, fokus adalah terhadap pengukuhan dan aplikasi 4M. Di samping itu, KSSR juga member tumpuan kepada kemahiran asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 53 _______________________________________________________________________________

Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia (2011)

AKTIVITI 4.1 Lengkapkan jadual di bawah. Tahap Tahun Fokus dalam KBSR Fokus dalam KSSR

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 54 _______________________________________________________________________________

Bagaimanakah KBSR diorganisasikan?


Rekabentuk kurikulum dalam KBSR adalah berasaskan tiga bidang. Apakah bidangbidang berkenaan? Bidang-bidang berkenaan ialah Komunikasi, Manusia dan Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. Bidang Komunikasi merupakan bidang yang utama dalam KBSR. Mengapa? Dalam bidang ini, tumpuan adalah ke arah penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira. Sehubungan dengan itu, di bawah bidang Komunikasi diletakkan komponen kemahiran asas. Di bawah bidang Manusia dan Alam Kelilingnya terdapat dua komponen iaitu Nilai, Kerohanian dan Sikap, serta Kemanusiaan dan Persekitaran. Manakala komponen Kesenian dan Rekreasi adalah di bawah bidang Perkembangan Diri Individu. Di bawah setiap bidang pula, terdapat mata pelajaran-mata pelajaran. Jadual 4.1 menunjukkan kategori mata pelajaran mengikut komponen dan bidang.

Jadual 4.1 Kategori Mata Pelajaran Mengikut Komponen dan Bidang Mata Pelajaran (Kurikulum Baru Sekolah Rendah) Mata Pelajaran (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah) Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Bahasa Cina (SJKC) Bahasa Tamil (SJKT) Matematik Pendidikan Islam Pendidikan Moral Sains Kajian Tempatan Kemahiran Hidup Perkembangan Diri Individu Kesenian dan Rekreasi Muzik Pendidikan Seni Pendidikan Jasmani Muzik Pendidikan Seni Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan

Bidang

Komponen

Komunikasi

Kemahiran Asas

Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Bahasa Cina (SJKC) Bahasa Tamil (SJKT) Matematik

Manusia dan Alam Kelilingnya

Nilai, Kerohanian dan Sikap Kemanusiaan dan Persekitaran

Pendidikan Islam Pendidikan Moral Alam dan Manusia

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 55 _______________________________________________________________________________

Mata pelajaran dalam KBSR dikelompokkan kepada tiga kategori iaitu mata pelajaran teras, mata pelajaran wajib dan mata pelajaran tambahan. Mata pelajaran teras meliputi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina (di SJKC), Bahasa Tamil (di SJKT), Matematik, Sains, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Di Tahap 2, terdapat pertambahan 2 mata pelajaran iaitu Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Matapelajaran wajib pula meliputi Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan dan Pendidikan Muzik. Di Tahap 2, Kemahiran Hidup juga merupakan mata pelajaran wajib. Manakala, mata pelajaran tambahan terdiri daripada Bahasa Cina Komunikasi, Bahasa Tamil Komunikasi, Bahasa Arab Komunikasi, Bahasa Iban, Bahasa Semai dan Bahasa Kadazandusun. Namun begitu Bahasa Iban dan Bahasa Semai ditawarkan mulai Tahun 3 dan Bahasa Kadazandusun ditawarkan di Tahap 2.

Bagaimanakah KSSR diorganisasikan?


Dalam KSSR pula, kurikulum direka bentuk berasaskan enam tunjang.

Komunikasi

Kerohanian, Sikap dan Nilai

Kemanusiaan

Perkembangan Fizikal dan Estetika

Sains dan Teknologi

Keterampilan Diri

Enam Tunjang Dalam KSSR

Pada Tahap 1, kurikulum diorganisasikan dalam tiga bentuk modul iaitu, Modul Teras Asas Modul Teras Tema Modul Elektif

Terdapat sembilan modul di bawah Modul Teras Asas, iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan dan Matematik. Tiga modul Modul Teras Tema iaitu Seni Visual dan Muzik; Dunia Sains dan Teknologi dan Malaysia Negaraku. Di bawah Modul Elektif ialah modul-modul Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan (BCSK), Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan (BTSK), Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun.

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 56 _______________________________________________________________________________

Jadual 4.2 Kelompok Mata Pelajaran Mengikut Modul Modul Teras Asas Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Bahasa Cina (SJKC) Bahasa Tamil (SJKT) Pendidikan Islam Pendidikan Moral Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan Matematik Modul Teras Tema Seni Visual dan Muzik Dunia Sains dan Teknologi Malaysia Negaraku Modul Elektif Bahasa Arab Bahasa Cina (BCSK) Bahasa Tamil (BTSK) Bahasa Iban Bahasa Kadazandusun

Bagaimana pula dengan organisasi kurikulum Tahap 2?


Pada Tahap 2, kurikulum diorganisasikan dalam dua bentuk mata pelajaran Mata Pelajaran Teras Mata Pelajaran Elektif Terdapat 14 mata pelajaran teras dan 6 mata pelajaran elektif yang dikelompokkan berdasarkan enam tunjang.

Mata Pelajaran Teras Tunjang Komunikasi : Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil Matematik, Sains, Reka Bentuk & Teknologi/Teknologi Maklumat dan Komunikasi Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Muzik, Pendidikan Seni Visual Pendidikan Islam Pendidikan Moral Sejarah

Tunjang Sains & Teknologi

Tunjang Perkembangan Fizikal & Estetika

Tunjang Kerohanian, Sikap & Nilai Tunjang Kemanusiaan

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 57 _______________________________________________________________________________

Mata Pelajaran Elektif Tunjang Komunikasi Elektif : Bahasa Arab Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan, Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan, Bahasa Iban, Bahasa Semai Bahasa Kadazandusun

Di samping itu, Tunjang Keterampilan Diri dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Dari segi peruntukan masa, KSSR memperuntukkan masa selama 1380 minit seminggu. Agihan masa bagi setiap modul di SK, SJKC dan SJKT adalah seperti Jadual 4.3.

BIL

Jadual 4.3 Peruntukan Waktu Pengajaran dan Pembelajaran Mengikut Mata Pelajaran MASA DALAM SEMINGGU (MINIT) MODUL SK SJKC SJKT

Modul Teras Asas 1 2 3 Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Bahasa Cina Bahasa Tamil 4 Pendidikan Islam Pendidikan Moral 5 6 7 Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan Matematik 180 180 60 30 180 120 120 60 30 180 360 330 300 150 360 360 120 120 60 30 180 300 150

Modul Teras Tema Seni Visual dan Muzik 8 Dunia Sains dan Teknologi Malaysia Negaraku Modul Elektif 9 BCSK/BTSK/Bah. Arab/Bah. Iban 60 (3 waktu di luar jadual waktu) 30 Jumlah 1380 30 1380 30 1380 60 60 30 60 60 30 60 60 30

Perhimpunan

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 58 _______________________________________________________________________________

Apakah persamaan dan perbezaan antara organisasi kurikulum dalam KBSR dan KSSR?
Terdapat persamaan dan perbezaan antara KBSR dan KSSR dari sudut organisasinya. Persamaan dan perbezaan boleh dilihat dari aspek:

organisasi tahun pembelajaran mengikut tahap-tahap iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. organisasi mata pelajaran mengikut bidang dan komponen; juga mengikut teras, wajib atau tambahan; atau organisasi modul mengikut tunjang dan tema. organisasi peruntukan waktu pembelajaran mengikut tahap.

AKTIVITI 4.2 Bina jadual yang sesuai untuk memaparkan a). b). persamaan antara organisasi kurikulum dalam KBSR dan KSSR. perbezaan antara organisasi kurikulum dalam KBSR dan KSSR.

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 59 _______________________________________________________________________________

RUMUSAN
Perbincangan dalam unit ini adalah tentang organisasi kurikulum dalam pelaksanaan kurikulum di peringkat pendidikan rendah di Malaysia. Dibincangkan juga agihan mata pelajaran dalam KBSR mengikut tahap; mengikut bidang dan komponen; juga mengikut kategori teras, wajib dan elektif. Di samping itu, organisasi kurikulum dalam KBSR dan KSSR bagi Tahap 1 dan Tahap 2 juga telah dihuraikan. Terdapat persamaan dan perbezaan antara KBSR dan KSSR dari sudut organisasinya. Pelajar diminta membuat analisis tentang persamaan dan perbezaan tersebut.

KATA KUNCI
Mata pelajaran teras mata pelajaran yang perlu dipelajari oleh semua murid mengikut aliran persekolahan. mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh semua murid di sekolah rendah. mata pelajaran yang dipelajari mengikut pilihan murid di sekolah rendah. mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai oleh murid serta diorganisasikan secara modular dan bersifat kendirilengkap (self-contained). melibatkan Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 di sekolah rendah. melibatkan Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 di sekolah rendah Satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada pembentukan modal insane seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Mata pelajaran wajib

Mata pelajaran elektif

Modul

Tahap 1

Tahap 2

Tunjang

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 60 _______________________________________________________________________________

PENILAIAN KENDIRI
Jawab semua soalan berikut. 1. Mata pelajaran yang terkandung dalam komponen Kesenian Dan Rekreasi antaranya adalah seperti berikut kecuali _____________ A. B. C. D. Pendidikan Muzik Pendidikan Moral Pendidikan Jasmani Pendidikan Seni Visual

2.

Pendidikan di peringkat sekolah rendah di Malaysia dibahagikan kepada Tahap 1 dan Tahap 2. Berikut adalah berkaitan dengan tahap-tahap tersebut ____________ I. II. III. IV. Tahap I menjurus kepada bidang komunikasi. Tahap 1 menekankan penguasaan kemahiran asas. Tahap 2 mengukuhkan kemahiran asas yang dikuasai di Tahap 1. Tahap 2 ialah aplikasi kemahiran asas untuk menyelesaikan masalah.

A. B. C. D.

I dan II sahaja I dan IV sahaja II, III dan IV sahaja I, II, III dan IV sahaja

3.

Penawaran mata pelajaran di sekolah-sekolah rendah adalah terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu Mata Pelajaran Teras, Mata Pelajaran Wajib dan Mata Pelajaran Tambahan. Manakah antara berikut adalah kenyataan yang membandingkan ketiga-tiga jenis kumpulan mata pelajaran tersebut?

A.

Mata Pelajaran Teras Sebagai identiti sesuatu aliran persekolahan Menjadi asas utama pendidikan muridmurid. Menjadi teras kepada KBSR Tulang belakang kepada semua mata pelajaran

Mata Pelajaran Wajib Wajib diajar oleh guru

B.

Mesti dipelajari oleh semua murid

C.

D.

Wajib terdapat di semua sekolah rendah Wajib dimasukkan dalam jadual waktu

Mata Pelajaran Tambahan Mencukupkan bilangan mata pelajaran yang terkurang Sebagai tambahan, terutama kepada mereka yang berminat Untuk menambah jumlah waktu pembelajaran Diajar di kelas-kelas tambahan

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 61 _______________________________________________________________________________

4.

Manakah antara berikut merupakan modul yang tergolong di bawah Modul Teras Asas? I. II. III. IV. A. B. C. D. Bahasa Malaysia Pendidikan Moral Seni Visual dan Muzik Dunia Sains dan Teknologi

I dan II sahaja III dan IV sahaja I, III dan IV sahaja II, III dan IV sahaja

5.

Mata pelajaran yang tergolong dalam komponen Kerohanian, Nilai dan Sikap bertujuan untuk ___________ A. B. C D. membina sikap, watak dan personaliti murid-murid. memahami persekitaran dengan kesedaran dan tanggung jawab. membangun sikap dan pemikiran yang kreatif dan kritis untuk kehidupan. mendedahkan pengetahuan dan kemahiran untuk murid-murid dapat hidup di tempat dan persekitarannya. 1. B; 2. D; 3. B; 4. D; 5. C

CADANGAN JAWAPAN:

RUJUKAN
http://www.moe.gov.my/bpk/ Ikhsan Othman., & Norila Md. Salleh. (2005). Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah: Aspek-aspek yang berkaitan. Tanjong Malim: Quantum Books. Bahagian Perkembangan Kurikulum (2010). KSSR: Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Rancangan Malaysia Kesepuluh: Bab 5 (Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia) Sufean Hussin. (2004) Sejarah, sistem & falsafah pendidikan di Malaysia (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Wyse, D. (2002). Becoming a primary school teacher. New York: Routledge.

You might also like