You are on page 1of 6

SOALAN 1

Pada era globalisasi ini, Thailand dipercayai menjadi salah sebuah negara yang mempunyai jumlah populasi terbesar di dunia yang melakukan pembedahan menukar jantina. Pakar akademik menganggurkan sekurang-kurangnya 10,000 rakyat Thailand hidup sebegini meskipun jumlah sebenar adalah 10 kali ganda lebih ramai. Dengan ini, kita dapat tahu bahawa ramai di thailand menukar jantina. Malangnya pula di malaysia juga terdapat banyak kes mengenai pertukaran jantina seperti di thailand tetapi kadar pertukaran jantina di malaysia amat sedikit berbanding dengan di thailand . Baru-baru ini terdapat kes mengenai pertukaran jantina yang berlaku di kuala terengganu yang menjadi buah mulut orang ramai. Asraf yang berumur 25 tahun menukar jantinanya menjadi perempuan di thailand walaupun dia merupakan seorang doctor di kuala terengganu. Jika perkara tersebut berterusan dalam kalangnan masyarakat, banyak kesan akan berlaku kepada negara, masyarakat, ibu bapa dan juga diri sendiri.

Jika pertukaran jantina berlaku antara kesan yang berlaku kepada negara kita ialah imej negara akan terjejas serta menyebabkan negara-negara memandang serong terhadap negara kita. Keadaan ini akan menyebabkan nama baik negara kita akan terjejas. Jika nama baik negara kita terjejas, sistem pelancongan juga akan terjejas kerana para pelancong dari negara-negara lain akan kehilangan kepercayaan terhadap negara kita. Sebagai contohnya mereka akan mempunyai tanggapan yang buruk terhadap negara kita sehinggalah mereka berasa takut untuk dating ke negara kita untuk melancong. Oleh itu para pelancong yang datang ke negara kita untuk melancong akan berkurangan. Jika keadaan seperti berikut berlaku, ekonomi negara kita akan terjejas kerana sistem pelancongan merupakan salah sebuah sistem yang memegang ekonomi di negara kita. Jika ekonomi negara kita jatuh, nilai mata wang di negara kita juga akan jatuh sehingga menyebabkan harga barang-barang meningkat secara berleluasa. Keadaan ini akan menyebabkan ramai orang akan kehilangan pekerjaan. Secara tidak langsungnya, banyak penganggur akan wujud di negara kita serta digelar sebagai masyarakat mundur. Dengan penukaran jantina ini, negara kita juga akan mendapat banyak keburukkan sehingga menyebabkan keharmonian rakyat

juga terjejas. Justeru itu, penukaran jantina diharus dibenarkan oleh pihak kerajaan bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

Selain itu, masyarakat di negara kita juga akan mendapat banyak kesan daripada pertukaran jantina. Antaranya ialah jika pertukaran dibenarkan, masyarakat di negara kita akan memendang terserong terhadap individu tersebut. Individu yang

terlibat dalam pertukaran jantina pula akan menjadi buah mulut masyarakat sehinggalah sanggup memaki serta mengejek perbuatan mereka. Masyarakat juga akan menyingkirkan mereka daripada semua perkara. Sebagai contohnya, di tempat perkerjaan, kebajikan sanggup melayan mereka dengan begitu teruk sekali sehingga memalukan mereka depan pekerja lain. Selain itu, ada segelintir masyarakat sanggup menyingkirkan mereka daripada semua perkara seperti perkara baik mahupun buruk. Tambahan pula, ada segelintir masyarakat meletak tanggapan yang buruk terhadap kaum-kaum yang menukar jantina mereka sehingga mereka hilang kepercayaan terhadap mereka. Misalnya, jika seorang doktor menukar jantinanya, adakah masyarakat sanggup mengambil rawatan dengan doktor tersebut? Ini akan

menyebabkan nama baik profession tersebut akan tercemar disebabkan oleh kegiatan negatif beberapa orang. Secara tidak langsungnya, kita dapat tahu bahawa penukaran jantina tidak harus dibenarkan oleh pihak kerajaan bagi memastikan masyarakat di negara kita hidup secara aman dan damai.

Tambahan pula, jika penukaran jantina dibenarkan oleh pihak kerajaan, ibu bapa akan mendapat banyak impak negatif yang sentiasa menyakitkan hati mereka. Dengan berbuatan ini, anak-anak sanggup mengecewakan dan memalukan ibu bapa mereka yang amat menyayangi mereka. Selain itu, ada segilintir masyarakat sanggup meghina serta memaki perbuatan anak mereka sehingga menyebabkan mereka berasa malu dan takut untuk keluar dari rumah serta untuk bersemuka dengan orang lain. Jika keadaan ini berterusan, mereka akan mengalami tekanan emosi yang tinggi sehingga mental mereka terganggu. Lama-kelamaan, keadaan ini akan menjejaskan kesihatan serta menjejaskan rumah tangga mereka. Inikah cara anak-anak menjaga ibu bapa mereka? Adakalanya, ibu bapa yang tidak suka akan perangai anak-anak mereka

sanggup menyingkirkan anaknya dari semua perkara baik mahupun buruk. Keadaan ini berlaku kerana ibu bapa tidak dapat mengambil hakikatnya. Justeru itu, bagi memastikan ibu bapa sentiasa hidup secara aman dan damai, penukaran jantina tidak harus dibenarkan oleh pihak kerajaan.

Jika penukaran jantina dibenarkan, ia akan memberikan banyak impak kepada diri sendiri juga. Antaranya ialah mereka akan menjadi popular dalam kalangan masyarakat di negara sendiri mahupun di luar negara. Semua orang akan mengenali mereka secara dalaman sehingga mengenali asal-usul mereka walaupun mereka bukannya seorang artis mahupun orang yang terkenal di dunia. Selain itu, penukaran ini juga meninggikan lagi keyakinan diri. Dengan ini mereka juga dapat menukar jantina mereka tanpa sebarang rintangan. Tambahan pula, penukaran ini juga dapat memberikan keseronokkan dan kegembiraan kepada mereka kerana keinginan lama mereka tercapai. Jika adanya impak baik di situ juga adanya impak buruk. Jika

seseorang individu menukar jantinanya, dia akan mendapat banyak impak buruk. Antaranya ialah mereka akan berasa amat malu apabila masyarakat mengutuk mereka. Ini akan menyebabkan mereka berasa takut dan malu untuk keluar dari rumah dan untuk bergaul dengan orang lain. Secara tidak langsungnya, mereka akan mula berasa rendah diri. Jika perkara ini berterusan, mereka akan menghadapi tekanan yang tinggi sehingga menghadapi gangguan metal serta menjejaskan kesihatan mereka. Tambahan pula, jika penukaran jantina dibenarkan, orang lain tidak akan memahami perasaan mereka dan sentiasa melukakan hati mereka sewenang-wenangnya sehinggalah menyebabkan mereka berputus asa untuk hidup. Oleh itu, bagi mengelakkan perkara seperti berikut berlaku kepada diri individu tersebut, penukaran jantina tidak harus dibenarkan oleh pihak kerajaan bagi menjamin kehidupan mereka daripada kesengsaraan.

Justeru itu, semua pihak haruslah berganding bahu bagi menyelesaikan masalah ini. Jika masalah ini berterusan, ia akan memberikan banyak impak kepada diri sendiri, ibu bapa, masyarakat dan juga negara. Ini akan menyebabkan negara kita akan

kehilangan keharminian. Oleh itu, pihak kerajaan tidak harusnya membenarkan mereka untuk menukar jantina bagi menjamin kesejahteraan hidup rakyat Malaysia.

Jika perkara sebegini berlaku di sekolah saya, seorang guru yang berwibawa, saya akan memberikan kaunseling kepada anak murid saya agar mereka sedar akan perbuatan mereka. Dengan memberikan kepada kaunseling kepada anak murid, secara tidak langsungnya saya sebagai guru dapat mengetahui masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut. Ini akan membantu saya untuk mengambil tindakan yang wajar bagi mengelakkan pelajar itu terjemurus dalam kes seperti ini. Melalui kaunseling, saya percaya bahawa ia dapat mengelakkan pelajar tersebut terjemurus dalm kegiatan yang kurang sopan itu. Secara tidak langsungnya, perkara ini dapat dielakkan berlaku di sekolah melalui kaunseling.

Selain itu, bagi mengelakn perkara tersebut berlaku di sekolah, pihak sekolah haruslah mengadakan kempen kesedaran bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Dengan mengadakan kempen kesedaran, pelajar-pelajar dapatlah peluang untuk sedar akan kesalahan mereka serta ia juga akan menyebabkan mereka insaf dan tidak mengulangi lagi perkara yang sama. Dengan ini, kita sebagai guru dapatlah mengelakkan berlakunya kes-kes penukaran jantina di sekolah. Justeru itu, dengan mengadakan kempen kesedaran kalangan pelajar-pelajar di sekolah. masalah tersebut dapat dielakkan berlaku dalam

Tambahan pula, sebagai guru bagi mengelakkan berlakunya penukaran jantina di sekolah, kita tidak haruslah membenarkan pelajar yang bermasalah tersebut bergaul denagan jantina yang tidak sama. Kita haruslah memisahkan mereka mengikut jantina masing-masing seperti lelaki dan perempuan. Ini akan menyebabkan pelajar yang bermasalah tersebut akan menukar perangainya semasa bergaul dengan jantina yang sama. Dengan ini, kita dapatlah melihat perubahan berlaku dalam diri pelajar tersebut sedikit demi sedikit. Secara tidak langsung, pelajar tersebut akan mengubah perangainya. Dengan ini dapatlah mengelakkan berlakunya kes begini di sekolah.

Seterusnya, sebagai seorang guru, apabila kita dapat tahu bahawa pelajar tersebut mengalami masalah, kita haruslah menghubungi ibu bapa pelajar tersebut dan menerangkan segalanya kepada mereka. Sebagai guru kita hanya dapat memberikan

tunjuk ajar sahaja. Tetapi ibu bapalah merupakan orang yang penting yang dapat mengambil tindakan terhadap anak-anak mereka sepenuhnya kerana hanya mereka sahaja yang mempunyai hak yang sepenuhnya terhadap mereka. Setelah mengetahui masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka, ibu bapa haruslah mengambil beberapa tindakan bagi memastikan anak-anak mereka tidak terlibat dalam kes-kes seperti berikut. Antara langkah yang dapat diambl oleh ibu bapa ialah mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak mereka. Jikalau ibu bapa menasihati anak-anak mereka dengan penuh kasih sayang, mereka akan patuh akan kata-kata ibu bapa mereka. Melalui kasih sayang, ibu bapa dapat menukar masa depan mereka menjadi cerah.

Kesimpulannya, semua pihak haruslah bergtanding bahu bagi mengelakkan berlakunya masalah sosial dalam kalangan pelajar di sekolah. Dengan mengamalkan cadangan tersebut, masalah ini dapatlah dikurangkan.

You might also like