You are on page 1of 23

Ar-Risalah Al-Aqrabiyat Fi Nubuwwat Wa Risalat Wa Wilayat Wa Qutbaniyat

Ar-Risalah Al-Aqrabiyat
Fi
Nubuwwat Wa Risalat Wa
Wilayat Wa Qutbaniyat

Oleh:
'Abdu Dhaif Faqir Haqir
Khak Paey Buzurgan La Syaik Miskin
Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi
Naqshbandi Mujaddidi Uwaisi
'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi

KHANQAH NAQSHBANDIYAH
1430 HIJRAH / 2009 MASIHI

© Hadhrat Faqir Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi
Ar-Risalah Al-Aqrabiyat Fi Nubuwwat Wa Risalat Wa Wilayat Wa Qutbaniyat

NUBUWWAT DAN RISALAT

NUBUWWAT bererti Kenabian dan Risalat bererti Kerasulan. Kenabian bermaksud


seseorang yang dikurniakan dengan kedudukan sebagai seorang Nabi Allah
manakala Kerasulan pula bermaksud seseorang yang telah dikurniakan dengan
kedudukan sebagai Rasul Allah. Nabi dan Rasul adalah orang-orang pilihan Allah
Subhanahu Wa Ta’ala. Mereka telah ditetapkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala
untuk menjadi Nabi dan Rasul.

Perkataan Nabi pada pengertian bahasa bermakna seorang pemberi khabar.


Pada pengertian istilah, Nabi bererti seorang yang memberi khabar gembira untuk
orang-orang yang beriman dan memberi khabar ancaman untuk orang-orang yang
tidak mahu beriman. Khabar yang dimaksudkan ialah perkhabaran tentang Hari
Qiyamat dan perkhabaran tentang kehidupan di Hari Akhirat dari Allah Subhanahu
Wa Ta’ala.

Perkataan Rasul pada pengertian bahasa bermakna seorang utusan yang


menyampaikan surat dan menurut pengertian istilah, Rasul bermakna seorang
utusan atau pesuruh yang menyampaikan Risalah Syari’at Islam iaitu Al-Quran dari
Allah Subhanahu Wa Ta’ala kepada ummat manusia. Setiap Nabi bukanlah Rasul
namun setiap Rasul adalah Nabi. Nisbat yang ada di antara kedudukan Nabi dan
Rasul ini ialah Nabi bersifat umum manakala Rasul pula bersifat khusus.

© Hadhrat Faqir Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi
Ar-Risalah Al-Aqrabiyat Fi Nubuwwat Wa Risalat Wa Wilayat Wa Qutbaniyat

Menurut Para ‘Ulama terdapat lebih 124,000 Para Nabi dan di antara mereka
Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah mengangkat sebanyak 313 orang menjadi Rasul.
Ada sebahagian ‘Ulama mengatakan terdapat 315 orang Rasul kesemuanya. Hanya
sebahagian dari mereka sahaja yang ada disebutkan di dalam Al-Quranul Karim
manakala yang lain tidak dinyatakan.

Terdapat 33 Nabi yang masyhur iaitu Hadharat Adam, Idris, Syiths, Nuh,
Hud, Salih, Luth, Ibrahim, Isma’il, Ishaq, Ya’aqub, Yusuf, Ayyub, Shu’aib, Musa,
Harun, Yusha’, Khidhzr, Ilyas, Ilyasa’ Dzulkifli, Sham’un, Ishmoil, Yunus, Daud,
Sulaiman, Luqman, Dzulqarnain, Zakariyya, Yahya, ‘Uzair, ‘Isa dan Muhammad
‘Alaihimus Solatu Wassalam.

Nama Para Nabi yang ada dinyatakan di dalam Al-Quran hanya terdapat 28
orang, yakni yang tidak disebut adalah Hadharat Nabi Syiths, Khidhzr, Yusha’,
Sham’un dan Ishmoil ‘Alaihimus Solatu Wassalam. Dari kalangan 28 yang
dinyatakan di dalam Al-Quran itu, Para ‘Ulama ada yang berselisih pendapat sama
ada Hadharat Dzulqarnain, Luqman dan ‘Uzair ‘Alaihimus Solatu Wassalam
diangkat sebagai Nabi ataupun tidak. Walaubagaimanapun 25 orang yang ada
disebutkan di dalam Al-Quran adalah Nabi dan Rasul Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Terdapat 6 orang Nabi yang diberikan gelaran sebagai Ulul ‘Azmi kerana
mereka telah diuji dengan ujian yang besar dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan
mereka itu adalah Hadharat Nabi Adam, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi
‘Isa dan Nabi Muhammad Rasulullah ‘Alaihimus Solatu Wassalam.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah menurunkan 4 kitab-kitabNya kepada 4


orang Nabi dan Rasul iaitu Kitab Taurat kepada Hadhrat Nabi Musa ‘Alaihissalam,
Kitab Zabur kepada Hadhrat Nabi Daud ‘Alaihissalam, Kitab Injil kepada Hadhrat
Nabi ‘Isa ‘Alaihissalam dan Kitab Al-Quran kepada Hadhrat Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Mereka kesemuanya adalah Rasul yang membawa Syari’at kepada ummat


mereka masing-masing. Allah Subhanahu Wa Ta’ala juga telah menurunkan 100
Suhuf, 60 Suhuf kepada Nabi Ibrahim, 30 Suhuf kepada Nabi Syiths dan 10 Suhuf
kepada Nabi Musa ‘Alaihimussalam.

© Hadhrat Faqir Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi
Ar-Risalah Al-Aqrabiyat Fi Nubuwwat Wa Risalat Wa Wilayat Wa Qutbaniyat

WILAYAT DAN QUTBANIYAT

WILAYAT bererti maqam kewalian dan ia merupakan maqam yang khas di kalangan
Ummat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang
beriman. Seseorang yang telah mengamalkan Syari‘at Islam dengan sempurna dan
menuruti Tariqat yang dibawakan oleh Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dengan menuruti segala Adab dan
Sunnahnya, Makrifat dan mengenal Zat Allah dengan Sifat-SifatNya, Nama-
NamaNya serta Perbuatan-PerbuatanNya dengan keyakinan yang sempurna serta
telah mencapai Haqiqat dalam kefahamannya tentang wajibnya kewujudan Allah
Subhanahu Wa Ta’ala, hakikat Kenabian Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, hakikat Agama, hakikat kewujudan diri, dan segala
hakikat kewujudan makhluk dan alam semesta, dia pasti akan Allah Subhanahu Wa
Ta’ala angkatkan ke darjat Para WaliNya.

Wali adalah seseorang yang beriman kepada Allah dan Rasul dengan
keimanan yang sempurna dan dia sentiasa dilindungi oleh Allah Subhanahu Wa
Ta’ala dan membantunya dalam setiap urusan. Allah mengasihinya dan dia
mengasihi Allah. Di dalam hatinya tidak ada rasa takut terhadap makhluk dan tidak
ada rasa kesusahan hati baginya.

Perkataan Auliya adalah lafaz jamak bagi Wali yang bererti Para Wali dan
memberikan makna Para Kekasih Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Para Wali adalah
mereka yang menjadikan Allah Subhanahu Wa Ta’ala sebagai pelindung dan

© Hadhrat Faqir Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi
Ar-Risalah Al-Aqrabiyat Fi Nubuwwat Wa Risalat Wa Wilayat Wa Qutbaniyat

sentiasa menyerahkan segala urusan mereka kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.


Sesungguhnya Allah Subhanahu Wa Ta’ala itu adalah Al-Waliy yang bererti Yang
Maha Melindungi dan Dialah juga Al-Wali yang bererti Yang Maha Memerintah
dan Menguasai Segala Urusan.

Perkataan Wali dari sudut timbangan wazan dalam bahasa ‘Arab boleh
membawa makna Isim Fa’il yang bermaksud katanama pelaku dan ianya juga boleh
membawa makna Isim Maf’ul yang bermaksud katanama bagi sesuatu yang kena
dari perlakuan tersebut.

Jika diandaikan perkataan Wali itu membawa makna Isim Fa’il, maka Wali itu
bermaksud, orang yang sentiasa menjaga ketaatannya terhadap Allah Subhanahu
Wa Ta’ala dan menolak semua perkara yang selain dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Kerana itulah, maka Wali adalah seorang yang mendapat pertolongan dari Allah
Subhanahu Wa Ta’ala. Jika diandaikan perkataan Wali itu membawa makna Isim
Maf’ul, maka perkataan Wali itu bermaksud, orang yang sentiasa dijaga dan
dilindungi oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Jesteru, seorang Wali itu jika dilihat dari sudut hamba, maka dia sentiasa taat
menjaga hukum Allah Subhanahu Wa Ta’ala, melaksanakan segala yang telah
diperintahkan dan meninggalkan segala yang telah dilarang oleh Allah Subhanahu
Wa Ta’ala. Jika dilihat dari sudut Allah Subhanahu Wa Ta’ala, maka dia sentiasa
dijaga dan dilindungi oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala sehingga dia boleh
melakukan ketaatan kepadaNya.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah berfirman di dalam Al-Quran pada Surah


Yunus ayat 62 – 64 bagi menerangkan keadaan Para WaliNya yang bermaksud,
“Ingatlah, sesungguhnya Wali-Wali Allah itu tidak ada kekhuatiran
terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati. Iaitu orang-orang yang
beriman dan mereka selalu bertaqwa. Bagi mereka berita gembira di dalam
kehidupan di Dunia dan di Akhirat, tidak ada perubahan bagi kalimah janji-janji
Allah, yang demikian itu adalah kemenangan yang besar.”

Para Wali sentiasa mendapat perlindungan khusus dari Allah dan di kalangan
mereka ada yang mencapai berbagai tahap dan tingkatan kesucian. Mereka adalah
orang-orang yang sentiasa menyucikan dan mensucikan diri dengan Istighfar,
Taubat, Zikrullah dan Selawat serta pembacaan Al-Quran.

Di dalam kitab Risalah Qusyairiyah ada dinyatakan ciri-ciri untuk mengenal


pasti bahawa seseorang itu adalah Wali Allah dan ianya menerusi tiga perkara, iaitu:

1) Mereka selalu menyibukkan diri dengan beribadah kepada Allah Subhanahu


Wa Ta’ala.

2) Mereka selalu bermunajat, meminta dan memohon kepada Allah Subhanahu


Wa Ta’ala.

© Hadhrat Faqir Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi
Ar-Risalah Al-Aqrabiyat Fi Nubuwwat Wa Risalat Wa Wilayat Wa Qutbaniyat

3) Mereka menjadikan maksud dan tujuan mereka satu iaitu Allah Subhanahu
Wa Ta’ala.

Hadhrat ‘Abdullah As-Salim Rahmatullah ‘alaih mentakrifkan Wali sebagai,


“Mereka yang dapat dikenal kerana bicara mereka yang baik, tingkah laku
yang sopan, merendahkan diri, murah hati, tak suka berselisih, menerima
permintaan maaf dari siapa saja yang meminta maaf kepadanya, halus budi
terhadap segala ciptaan baik yang elok rupanya mahupun yang buruk.”

Hadhrat Ibnu ‘Arabi Rahmatullah ‘alaih menyatakan bahawa,


“Seseorang itu disebutkan sebagai Wali apabila dia sudah mencapai tingkatan
Ma’rifat, iaitu tingkatan tertinggi dalam tingkatan Tasawwuf Akhlak. Tetapi yang
sulitnya Ma’rifat ini tidak dapat diperolehi melalui teori atau manhaj. Ma’rifat
adalah pemberian dan anugerah dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala.”

Hadhrat Abu Yazid Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih berkata bahawa,


“Wali ialah seorang yang sentiasa sabar di bawah suruhan dan larangan Allah
Subhanahu Wa Ta’ala.”

Walaubagaimanapun, di kalangan Para Wali dan Auliya, Wilayat merupakan


suatu maqam yang umum yang mampu dicapai oleh sekelian Ummat Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan di sisi Allah
terdapat suatu maqam kewalian yang lebih tinggi dan merupakan suatu maqam
yang khusus di kalangan Para Wali yang menduduki maqam Wilayat dan ianya
merupakan maqam Qutbaniyat. Ianya merupakan suatu kedudukan yang khusus
bagi golongan yang khas.

Terdapat berbagai jenis Wali yang datang silih berganti yakni apabila
wafatnya salah seorang dari mereka maka Allah Subhanahu Wa Ta’ala akan
mengangkat seorang lagi hambanya dikalangan orang-orang yang beriman untuk
menggantikan tempat WaliNya yang telah wafat.

Iman merupakan syarat utama kerana sekiranya seseorang itu tidak beriman,
bagaimanakah dia hendak mengenali Penciptanya? Walaubagaimanapun, hanya
orang-orang beriman yang telah mencapai martabat Iman dan ‘Amal yang sempurna
kepada Allah dan Rasul, barulah Allah Subhanahu Wa Ta’ala akan mengangkatnya
sebagai Wali. Seseorang Wali sekali-kali tidak akan dapat mencapai pangkat Nabi
dan sesungguhnya setiap Nabi adalah Wali.

Hadhrat Ibrahim bin Adham Rahmatullah ‘alaih pernah bertanya kepada


seorang lelaki,
“Apakah kamu suka bila Allah menjadikanmu seorang Wali?”

Kemudian lelaki itu menjawab,


“Ya, aku suka.”

© Hadhrat Faqir Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi
Ar-Risalah Al-Aqrabiyat Fi Nubuwwat Wa Risalat Wa Wilayat Wa Qutbaniyat

Ibrahim bin Adham Rahmatullah ‘alaih lalu berkata,


“Janganlah engakau menyenangi perkara dunia dan akhirat tetapi
kosongkanlah jiwamu untuk Allah semata dan hadapkan wajahmu kepada Nya
supaya Allah menerimamu dan menjadikanmu sebagai WaliNya.”

Hadhrat Syeikh Ahmad Al-Fathani Rahmatullah ‘alaih telah menyatakan di


dalam kitabnya Faridatul Faraid bahawa,
“Mengi’tiqadkan tsabit Karamat bagi Para Auliya pada ketika hidup dan
setelah wafat mereka adalah wajib. Karamat atau Karamah ialah sesuatu pekerjaan
atau perbuatan atau perlakuan yang menyalahi dan mencarik adat secara nyata dan
ianya dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala kepada hamba-hambaNya yang
beriman lagi beramal soleh. Mereka adalah orang-orang yang sentiasa mendirikan
dan menegakkan segala hak-hak Allah di atas muka bumi.”

Berkata Hadhrat Syeikh Abu Hafs Umar bin Muhammad bin Ahmad An-
Nasafi Rahmatullah ‘alaih di dalam kitabnya ‘Aqaid An-Nasafi menyebutkan
bahawa,
“Segala Karamah yakni segala perlakuan yang mulia dan indah yang terbit
dari segala Wali itu adalah kebenaran yang Haq. Maka menjadi nyatalah segala
Karamah itu atas jalan melawan adat bagi seseorang Wali, seperti melalui perjalanan
yang jauh dalam masa yang sedikit, kelihatan hadirnya makanan atau minuman atau
pakaian tatkala berkehendak, berjalan di atas air dan pada udara, boleh berkata-kata
dengan Jamad yakni segala benda yang bersifat beku dan juga boleh berkata-kata
dengan ‘Ajma yakni segala benda yang tidak tahu berkata-kata, dapat menolak
sesuatu bala yang dihadapi, dapat memelihara daripada sesuatu yang mendukakan
dari kalangan musuh dan seteru serta berbagai-bagai lagi yang selain dari yang telah
disebutkan.”

Adapun perkara yang sedemikian itu apabila berlaku ke atas Para Nabi maka
ianya disebutkan sebagai Mukjizat dan bagi orang-orang yang beriman, perkara
tersebut dinamakan sebagai Karamat. Apabila perkara-perkara yang berbentuk
Karamat ini Allah Subhanahu Wa Ta’ala zahirkan di kalangan Ummat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ianya adalah untuk
menzahirkan bahawa sesungguhnya dia itu seorang Wali.

Hadhrat Ibnu ‘Ataillah Al-Iskandari Rahmatullah ‘alaih ada menyebut,


“Maha Suci Allah yang telah menutup berbagai rahsia Wali dengan
ternampaknya sifat-sifat manusia biasa.”

Menurut Hadhrat Syeikh Abu ‘Abbas Al-Mursi Rahmatullah ‘alaih bahawa,


“Jika Allah bukakan dan perlihatkan rahsia atau Nur Kewalian itu nescaya
boleh merosakkan Tauhid Wali itu sendiri. Misalnya Hadhrat Mansur Al-Hallaj
Rahmatullah ‘alaih yang pernah mengucapkan:
“Maha Suci Engkau, Maha Suci Aku” adalah ketika Nur Kewaliannya Tajalli
pada dirinya.”

© Hadhrat Faqir Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi
Ar-Risalah Al-Aqrabiyat Fi Nubuwwat Wa Risalat Wa Wilayat Wa Qutbaniyat

MARTABAT PARA AWLIYA ALLAH


ADALAH terkenal di kalangan Para Wali dengan tingkatan kedudukannya di Alam
Ruhaniyah iaitu suatu yang berupa hirarki tingkatan dan kuasa keruhanian.
Tingkatan kekuasaan yang tertinggi yang Allah Subhanahu Wa Ta’ala berikan hanya
kepada satu hamba sahaja dan dia takkan digantikan kecuali dia wafat. Mereka di
gelarkan dengan gelaran Qutub kerana telah mencapai maqam Qutbaniyat yakni
maqam yang khas dikalangan Para Wali. Perumpamaan yang dapat hamba berikan
adalah Para Wali itu diibaratkan seperti Para Nabi dan Para Qutub itu pula
diibaratkan seperti Para Rasul di kalangan Ummat Muhammadiyah ini. Wallahu
A’lam.

Menurut sebuah Hadits yang telah dikeluarkan oleh Hadhrat Abu Na’im dan
Hadhrat Ibnu ‘Asakir yang meriwayatkan daripada Hadhrat ‘Abdullah Ibnu Mas’ud
Radhiyallahu ‘Anhu berkata bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda,
“Sesungguhnya bagi Allah ‘Azza Wa Jalla ada 300 orang dari kalangan
manusia ini yang hati mereka itu seperti hati Nabi Adam ‘Alaihissalam, dan bagi
Allah itu ada 7 orang di kalangan manusia yang hati mereka itu seperti hati Nabi
Ibrahim ‘Alaihissalam, dan bagi Allah itu ada 40 orang di kalangan manusia yang
hati mereka itu seperti hati Nabi Musa ‘Alaihissalam, dan bagi Allah itu ada 5
orang di kalangan manusia yang hati mereka itu seperti hati Jibril ‘Alaihissalam,
dan bagi Allah itu ada 3 orang di kalangan manusia yang hati mereka itu seperti
hati Mikail ‘Alaihissalam, dan bagi Allah itu ada seorang di kalangan manusia
yang hati mereka itu seperti hati Israfil ‘Alaihissalam. Apabila wafat yang seorang
ini, maka Allah akan menggantikannya dengan melantik salah seorang dari yang
3 orang itu. Apabila wafat seorang dari yang 3 orang itu maka Allah akan
menggantikannya dengan melantik salah seorang dari yang 5 orang itu. Apabila
wafat seorang dari yang 5 orang itu maka Allah akan menggantikannya dengan
melantik salah seorang dari yang 7 orang itu. Apabila wafat seorang dari yang 7
orang itu maka Allah akan menggantikannya dengan melantik salah seorang dari
yang 40 orang itu. Dan apabila wafat seorang dari yang 40 orang itu maka Allah
akan menggantikannya dengan melantik salah seorang dari golongan yang 300
orang itu. Dan apabila wafat seorang dari yang 300 orang itu, maka Allah
menggantikannya dengan melantik salah seorang dari kalangan orang ramai.
Maka dengan Para Wali yang tersebut itulah seseorang itu dihidupkan dan
dimatikan, diturunkan hujan, dihidupkan tumbuh-tumbuhan dan dihalang bala
dari menimpa ummat manusia ini.” Hadhrat ‘Abdullah Ibnu Mas’ud telah
ditanya, “Bagaimana dikatakan bahawa dengan Para Wali itulah seseorang itu
dihidupkan dan dimatikan?” Beliau menjawab, “Kerana Para Wali itu memohon
kepada Allah supaya Allah meramaikan bilangan manusia, maka manusia pun
menjadi bertambah ramai. Mereka itu berdoa kepada Allah agar orang-orang yang
zalim dan tidak berbelas kasihan dibinasakan, maka mereka itupun dihancurkan.
Mereka memohon supaya diturunkan hujan, maka diturunkanlah hujan. Mereka
memohon agar disuburkan bumi, maka suburlah bumi. Mereka itu berdoa, maka
dengan doa mereka itu dijauhkan berbagai rupa bala.”

© Hadhrat Faqir Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi
Ar-Risalah Al-Aqrabiyat Fi Nubuwwat Wa Risalat Wa Wilayat Wa Qutbaniyat

Bilangan Para Wali tidak dapat ditentukan jumlahnya yang sebenar kerana
mereka adalah Ahli-Ahli Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan hanya Dialah yang tahu
berapakah jumlah bilangan yang sebenar Para AuliyaNya. Namun bilangan mereka
yang khusus dari kalangan Para Wali itu adalah tetap sepertimana yang ada
dinyatakan dalam sebuah Hadits yang diriwayatkan oleh Hadhrat Abu Na’im
Rahmatullah ‘alaih bermafhum,
“Orang-orang yang terbaik dari kalangan Ummatku pada setiap kurun itu
ialah seramai lima ratus orang.”

Mereka adalah orang-orang yang ‘Arif tentang Allah serta tekun membuat
kebaikan dan menjauhkan maksiat dan nafsu syahwat. Ingatan mereka hanya tetap
kehadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Dalam sebuah Hadits yang diriwayatkan
oleh Hadhrat Imam Muslim dan At-Tirmizi Rahmatullah ‘alaihima bahawa Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda
yang mafhumnya,
“Telah beroleh kemenangan golongan Al-Mufarridun.” Nabi Sallallahu
‘Alaihi Wasallam ditanya, “Siapakah mereka itu, Ya! Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam? Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, “Mereka itu ialah orang-
orang yang sangat suka menghabiskan masa untuk berzikir mengingati Allah.
Zikir itu tidak memberatkan mereka, maka mereka itu akan datang di Hari
Qiyamat dalam keadaan ringan.”

Sebuah Hadits ada menyatakan yang mafhumnya,


“Satu golongan dari Ummat Islam ini sentiasa dapat menegakkan
kebenaran, tidak akan membahayakan mereka orang yang menentang mereka itu
sehinggalah datang ketentuan urusan Allah Ta’ala.”

Dalam sebuah Hadits yang telah diriwayatkan oleh Hadhrat An-Nasa’I dan
Hadhrat Ibnu Hibban Rahmatullah ‘alaihima, bahawa Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda,
“Sesungguhnya ada hamba-hamba dari kalangan Hamba Allah yang
dipandang tinggi dan sangat mulia oleh Para Nabi dan Syuhada.” Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah ditanya,
“Siapakah mereka itu, Ya! Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam? Mudah-
mudahan kami juga kasihkan mereka. Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, “Mereka itu ialah kaum yang
berkasih sayang antara satu dengan yang lain dengan Nur Allah tanpa
memandang kepada harta kekayaan dan keturunan. Wajah-wajah mereka adalah
bercahaya dan mereka itu adalah berada di atas limpahan Cahaya Allah. Mereka
tidak akan berasa takut walaupun manusia lainnya berasa takut dan mereka tidak
akan berasa dukacita bila manusia lain berdukacita.”

Hadhrat Mujaddidul Millat Maulana Ashraf ‘Ali Thanwi Rahmatullah ‘alaih


menyatakan bahawa, istilah-istilah Tasawwuf terbahagi kepada dua jenis. Yang
pertama ialah apa yang bertakluk dengan maksud, iaitu apa yang terkandung di
dalam Syari’at, yang mana hakikat segala istilah yang digunakan dalam Tasawwuf
adalah untuk merujuk kepada Syari’at. Yang kedua ialah, istilah-istilah yang

© Hadhrat Faqir Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi
Ar-Risalah Al-Aqrabiyat Fi Nubuwwat Wa Risalat Wa Wilayat Wa Qutbaniyat

digunakan untuk perkara-perkara tambahan. Ianya digunakan untuk menyatakan


perkara-perkara yang di luar Syari’at, sebagai contohnya Tajdid Imtsal, Tauhid
Wujudi, Shughal, Rabitah dan sebagainya.

Perkara ini merupakan sesuatu yang halus di kalangan Para Sufi yang mulia,
yang mana bagi menyembunyikan rahsia mereka dari pengetahuan umum, maka
mereka pun menggunakan berbagai istilah. Jikalau tidak, tentulah ianya akan
bercanggah dengan Al-Quran dan Hadits, maka wujudlah perkataan-perkataan yang
baharu. Sebahagian ‘Ulama yang tidak mengerti dengan penggunaan istilah mereka
telah membantah ke atas mereka, yang mana pada hakikatnya memang perkara itu
tidak berlaku secara Waqi’, bahkan ianya hanya berlaku pada sudut kefahaman
seseorang.

Istilahate Ast Mur Abdal Ra


Bagi Para Abdal terdapat istilah-istilah yang khas.

Hadhrat Syeikh ‘Ali Bin ‘Utsman Al-Hujwiri Rahmatullah ‘alaih menyatakan


di dalam kitabnya Kashful Mahjub bahawa, menurut Hadhrat Syeikh Abu ‘Abdullah
Muhammad Bin ‘Ali Al-Hakim Al-Tirmizi Rahmatullah ‘alaih, ada terdapat seramai
empat ribu Wali yang sentiasa hidup di dunia ini dan tidak dapat diketahui oleh
orang ramai kerana mereka dilindungi dan disembunyikan oleh Allah Ta’ala, dan
mereka tidak mengenal antara satu dengan yang lain. Beliau menyatakan lagi
bahawa terdapat tiga ratus orang yang bergelar Akhyar, empat puluh orang yang
bergelar Abdal, tujuh orang yang bergelar Abrar, empat orang yang bergelar Awtad,
tiga orang yang bergelar Nuqaba dan seorang yang bergelar Qutub dan Ghauts.
Mereka yang termasuk dalam golongan tersebut itu adalah mengenali diri mereka
antara satu sama lain.

Adapun pembahagian jenis-jenis Wali dinyatakan seperti berikut seperti yang


telah dinyatakan di dalam kitab-kitab.

1. Wali Abdal
2. Wali Abrar
3. Wali Akhyar
4. Wali Aqtab
5. Wali Autad
6. Wali ‘Imad
7. Wali Ghauts
8. Wali Mufradan
9. Wali Maktuman
10. Wali Nujaba
11. Wali Nuqaba
12. Wali Qutub

© Hadhrat Faqir Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi
Ar-Risalah Al-Aqrabiyat Fi Nubuwwat Wa Risalat Wa Wilayat Wa Qutbaniyat

1. ABDAL

Terdapat empat puluh orang Wali Abdal kesemuanya. Dua puluh dua orang dari
mereka berada di Negara Syam yakni Damsyik, Syria dan lapan belas dari mereka
berada di Negara Iraq. Menurut sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad
bin Hambal Rahmatullah ‘alaih bahawa sekali Hadhrat Sayyidina ‘Ali Karramallahu
Wajhahu telah ditanyakan orang tentang Ahli Syam yakni Para Abdal. Hadhrat
Sayyidina ‘Ali Karramallahu Wajhahu telah berkata bahawa dia telah mendengar
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda
bahawa,
“Wali Abdal berada di Negeri Syam dan mereka berjumlah empat puluh
orang kesemuanya. Apabila seorang daripada mereka mati, Allah Subhanahu Wa
Ta’ala akan menggantikan tempatnya dengan seorang yang lain. Dengan menerusi
keberkatan mereka maka diturunkan hujan dan membantu mereka menghadapi
musuh-musuh dan menjauhkan azab bagi para penduduk Syam.”

2. ABRAR

Kebanyakan Ulama mengatakan bahawa Wali Abdal adalah Wali Abrar.

3. AKHYAR

Terdapat lima ratus orang Wali Akhyar kesemuanya dan adakalanya meningkat
sehingga tujuh ratus orang. Kedudukan mereka ada di merata tempat di atas muka
bumi ini. Terdapat Hussain pada nama mereka.

4. AQTAB

Terdapat 2 jenis Wali Aqtab:

1. AQTAB MU‘AIYINAH - Terdapat satu Qutub Al-‘Alam yang


dikenali juga sebagai Qutub Akbar atau Qutub Al-Irshad atau Qutub Al-
Aqtab atau sebagai Qutub Al-Madar. Namanya di Alam Ghaib ialah
‘Abdullah dan memiliki dua orang pembantu. Di bawahnya terdapat dua
belas orang Wali Qutub. Tujuh orang dari Wali Qutub tersebut menduduki
tujuh benua dan dinamakan mereka sebagai Qutub Aqlim dan lima orang
dari Wali Qutub tersebut tinggal di Negara Yaman. Mereka dinamakan
sebagai Qutub Wilayat.

2. AQTAB GHAIR MU‘AIYINAH - Terdapat di setiap bandar atau kariah,


seorang Qutub yang akan mendoakan kesejahteraan dan memohon dijauhkan
dari segala bala dan musibah.

© Hadhrat Faqir Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi
Ar-Risalah Al-Aqrabiyat Fi Nubuwwat Wa Risalat Wa Wilayat Wa Qutbaniyat

5. AUTAD

Tedapat 4 orang kesemuanya dan mereka menduduki empat penjuru alam.

6. ‘IMAD

Terdapat 4 orang kesemuanya dan mereka juga menduduki empat penjuru alam dan
bernama Muhammad.

7. GHAUTS

Hanya seorang sahaja Ghauts pada setiap zaman dan sebahagian Ulama mengatakan
bahawa dia juga adalah Qutub Al-Aqtab dan sebahagian Ulama mengatakan tidak.
Beliau tinggal di Mekah dan sebahagian Ulama mengatakan bahawa dia tidak
tinggal di Mekah.

8. MUFRADAN

Seseorang Wali Ghauts yang menuju kepada maqam Qutub Al-Aqtab akan terlebih
dahulu melalui kedudukan Wali Fard atau dikenali sebagai Mufradan atau
Mufarridan.

9. MAKTUMAN

Mereka adalah Auliya yang tersembunyi dan tidak diketahui keadaan mereka.

10. NUJABA

Mereka berjumlah 70 orang kesemuanya dan tinggal di Negara Mesir serta terdapat
Hassan pada nama mereka.

11. NUQABA

Mereka berjumlah tiga ratus orang kesemuanya dan mereka tinggal di Negara
Maghribi (Maroko) dan mereka bernama ‘Ali.

12. QUTUB

Terdapat 2 jenis Wali Qutub:

© Hadhrat Faqir Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi
Ar-Risalah Al-Aqrabiyat Fi Nubuwwat Wa Risalat Wa Wilayat Wa Qutbaniyat

1. QUTUB AL-IRSHAD - Yang pertama adalah mereka yang memberi


khidmat petunjuk, memperbaiki hati, mentarbiyah nafsu, membimbing
kepada jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan
makbul di sisiNya. Mereka dikenali sebagai Ahli Irshad. Dari kalangan
mereka ini yang paling sempurna dan terbaik di zaman masing-masing dan
memiliki limpahan Faidhz yang sempurna, maka mereka digelar sebagai
Qutub Al-Irshad. Mereka adalah Naib Para Anbiya yang hakiki. Hati-hati
manusia bercahaya dan diberkati kerana mereka dan syarat bagi memperolehi
keberkatan tersebut dari mereka adalah dengan meletakkan I’tiqad serta
kepercayaan yang penuh terhadap mereka. Keupayaan mereka seumpama
Nubuwwat.
2. QUTUB AT-TAKWIN - Kemudian ada golongan yang kedua iaitu mereka
yang berkhidmat mengislahkan manusia dan mentadbir urusan keagamaan
dan sebagai penghindar bala dan musibah yang mana dengan kehendak Batin
mereka dengan izin Allah Subhanahu Wa Ta’ala akan memperbetulkan
urusan-urusan tersebut. Mereka digelar sebagai Ahli Takwin. Dari kalangan
mereka itu yang paling tinggi dan kuat kedudukannya dan menjadi
penghukum atau penyembuh bagi mereka yang lain, maka mereka itu digelar
sebagai Qutub At-Takwin. Hal kehidupan mereka sepertimana kehidupan
Hadhrat Baginda Nabi Besar Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam dan menjalankan urusan pentadbiran. Hadhrat Khidhr
‘Alaihissalam menduduki maqam seperti ini. Dengan kedudukan mereka
yang tinggi maka terzahirlah perkara-perkara yang ajaib dan perkara ini
adalah lazim. Keadaan mereka tidak seperti Ahli Irshad kerana pada Ahli
Irshad tidaklah semestinya berlaku perkara-perkara yang menyalahi adat.
Ahli Irshad memiliki Karamat dalam bentuk yang berbeza di mana orang-
orang awam tidak dapat memahaminya, bahkan ianya adalah urusan yang
berupa Zauq dan perasaan Syauq. Seseorang yang berhajat dan berkhidmat
dengan mereka ini dalam suatu jangkamasa yang panjang akan beroleh
faedah yang besar dan adalah mereka ini mengetahui keadaan tersebut.

Perkataan Qutub pada pengertian bahasa ‘Arab bererti penghulu kaum


manakala menurut istilah Ahli Tasawwuf dan Tariqat, Qutub bererti Penghulu bagi
Para Auliya Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Mereka berada pada tingkatan yang teratas
dari kebanyakan Para Wali serta terhimpun padanya kesempurnaan Syari’at,
Tariqat, Ma’rifat dan Haqiqat. Para Qutub menjadi tempat rujukan dan petunjuk
bagi Para Wali yang lain.

Mereka membantu menyembuhkan penyakit-penyakit hati yang ada dalam


diri Para Wali dan orang-orang yang menuju kepada Kewalian. Kedudukan mereka
sangat tinggi dan tidak mudah dicapai melainkan dengan Rahmat dari Allah
Subhanahu Wa Ta’ala. Mereka ada di tiap pelosok muka bumi dan tidak seorang
pun yang mengenali mereka kecuali bagi orang-orang yang benar-benar ikhlas ingin
mengenali mereka dan mengambil istifadah ruhaniah yakni faedah keruhanian dari
mereka.

© Hadhrat Faqir Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi
Ar-Risalah Al-Aqrabiyat Fi Nubuwwat Wa Risalat Wa Wilayat Wa Qutbaniyat

Di dalam kitab Jami’ Karamatil Auliya dinyatakan bahawa Wali Qutub diberi
gelaran ‘Abdullah dan tingkatan Wali sesudahnya adalah Wali Aimmah yang
berjumlah dua orang sahaja. Seorang diberikan nama ‘Abdur Rabb dan seorang lagi
bernama ‘Abdul Malik. Dua orang Wali inilah yang nantinya akan menggantikan
Wali Qutub ketika dia wafat meninggalkan Dunia. Di bawah keduanya terdapat
Wali Autad yang berjumlah empat orang dan mempunyai tugas yang berlainan pada
kawasan yang berlainan. Seorang di Timur, seorang di Barat, seorang di Utara dan
seorang di Selatan. Wali Autad adakalanya terdiri dari kalangan kaum perempuan.

Tingkatan selanjutnya di bawah mereka adalah Wali Abdal dan mereka


berjumlah tujuh orang dan ditugaskan menjaga tujuh iklim benua di Dunia.
Kemudian ada tingkatan Wali Nuqaba iaitu Wali Pengganti sebanyak dua belas
orang di setiap peredaran masa dan jumlah mereka tidak akan pernah bertambah
mahupun berkurang sesuai dengan jumlah Buruj Falak yang berjumlah dua belas.
Kemudian terdapat juga di bawah mereka tingkatan Wali Nujaba yang berjumlah
lapan orang dan tingkatan yang terakhir sekali adalah tingkatan Hawariyun.
Wallahu A’lam.

Menurut Hadhrat Syeikh Muhammad Hisham Kabbani Quddisallahu Sirruhu


terdapat lima tingkatan Qutub yang tertinggi iaitu:

1. Qutub
2. Qutub Al-Bilad
3. Qutub Al-Mutasarrif
4. Qutub Al-Irshad
5. Qutub Al-Aqtab

Menurut beliau, Qutub adalah seseorang yang Allah Subhanahu Wa Ta’ala


kurniakan keupayaan menerusi Hakikat Muhammadiyah untuk menghuraikan ilmu
pengetahuan tentang hakikat Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sebelum
kewujudannya sehinggalah diutuskan ke Dunia. Qutub juga menghuraikan cabang-
cabang ilmu pengetahuan yang baru menerusi hati Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasallam. Qutub Al-Bilad adalah
bertanggungjawab untuk mentadbir urusan di Dunia dan memastikannya berjalan
lancar.

Dia mengetahui tentang keperluan jasmani setiap bangsa manusia dan bukan
manusia. Qutub Al-Mutasarrif diberikan kemuliaan untuk mengarahkan Malaikat
kepada manusia atau makhluk yang berlainan dan dia bertanggungjawab untuk
berkhidmat kepada makhluk sehinggakan kepada ulat di dalam batu. Segala
kemuliaan ini diperolehinya menerusi Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Qutub Al-Irshad pula bertanggungjawab
untuk memberikan nasihat dan petunjuk kepada seratus dua puluh empat ribu Para
Wali manakala Qutub Al-Aqtab pula bertanggungjawab mengawasi kesemua Wali
Aqtab.

© Hadhrat Faqir Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi
Ar-Risalah Al-Aqrabiyat Fi Nubuwwat Wa Risalat Wa Wilayat Wa Qutbaniyat

Di atas sekelian Wali Qutub dan Aqtab adalah Ghauts dan Rohaniahnya
adalah yang paling dekat dengan Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pada zamannya.
Ghauts ada pada setiap zaman dan dia diibaratkan seperti suatu terusan yang akan
membawa sesiapa sahaja yang dikehendakinya kepada Hakikat Muhammadiyah
dan Hakikat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Hadhrat Khwajah Khwajagan Ghautsul Tsaqilain Shah Muhammad


Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih merupakan salah seorang dari mereka
sepertimana Hadhrat Qutubul Aqtab Ghautsul A’zam Syeikh ‘Abdul Qadir Al-
Jailani Rahmatullah ‘alaih, Hadhrat Ghautsul Aqtab Khwajah ‘Abdul Khaliq
Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih dan begitu juga Hadhrat Imam Rabbani Ghauts As-
Samdani Mujaddid Alf Tsani Syeikh Ahmad Faruqi Sirhindi Rahmatullah ‘alaih.
Mereka datang silih berganti pada setiap zaman sama ada mereka diketahui ataupun
tidak diketahui. Para Wali Qutub, Aqtab dan Ghauts menghasilkan limpahan ilmu
kerohanian terus dari Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam menerusi hati ke hati. Mereka diberikan pengetahuan tentang
segala perkara dan kejadian yang berlaku di atas muka bumi yang berkaitan dengan
angin ribut, gempa bumi dan hujan yang lebat.

Mereka selalunya dari keturunan yang mulia Ahli Keluarga Hadhrat Baginda
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam iaitu menerusi Hassani
dan Hussaini. Meskipun jika seseorang yang dikurniakan Qutub atau Aqtab atau
Ghauts tidak mempunyai pertalian keturunan Hassani mahupun Hussaini, mereka
adalah orang-orang yang Allah Subhanahu Wa Ta’ala hendak meninggikannya
sepertimana Hadhrat Salman Al-Farisi Radhiyallahu ‘Anhu yang mendapat
pengiktirafan sebagai Ahli Keluarga Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Meskipun beliau adalah seorang A’jam yang datang
berhijrah dari Parsi dan memeluk Islam setelah bertemu dengan Hadhrat Baginda
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, namun kerana ketinggian
Iman dan amalannya yang Ikhlas, beliau telah diisytiharkan sebagai Ahlul Bait
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Adapun kedudukan yang lebih tinggi dari yang tersebut di atas, adalah
Sultanul Auliya dan ianya merupakan kedudukan yang tertinggi bagi seseorang
Wali Allah. Mereka diberikan kewajipan untuk memenuhi keperluan hati dan ruhani
manusia. Mereka membawa raja-raja di Dunia kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Sultanul Auliya merupakan Khalifah Allah yang sebenar di atas muka bumi pada
zamannya dan dia merupakan wakil Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sementara seratus dua puluh empat ribu Para Wali yang
lain adalah sebagai mewakili kesemua seratus dua puluh empat ribu Para Nabi dan
Rasul ‘Alaihimus Solatu Wassalam. Wallahu A’lam.

Walaubagaimanapun, satu perkara yang perlu sentiasa dipegang oleh


sekelian Ahli Tariqat bahawasanya Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah Khatamun Nabiyyin yang bererti Penutup
Sekelian Nabi. Ini bermaksud, sesudah Hadhrat Baginda Nabi Muhammad

© Hadhrat Faqir Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi
Ar-Risalah Al-Aqrabiyat Fi Nubuwwat Wa Risalat Wa Wilayat Wa Qutbaniyat

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, tidak akan ada lagi sebarang Nabi atau Rasul
yang baru akan muncul dengan membawa sebarang Syari’at yang baru sehinggalah
ke Hari Qiyamat yang mana inilah merupakan ‘Aqidah sekelian Ahlus Sunnah Wal
Jama’ah yang telah disepakati.

Jika ada yang mendakwa dirinya sebagai Nabi atau Rasul atau mendakwa
membawa suatu Syari’at yang baru untuk ummat manusia dan ianya bercanggah
dengan Syari’at yang telah dibawakan oleh Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, maka adalah diyakini bahawa ianya tertolak,
manakala orang yang mengeluarkan dakwaan tersebut adalah sesat dan jika dia
mengajak manusia lain maka adalah dia itu sesat lagi menyesatkan, dan adalah
mereka itu Dajjal-Dajjal kecil yang sememangnya ditakdirkan wujud sesudah
kewafatan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam di kalangan Ummat sepertimana Musailamah Al-Kazzab dan ini
merupakan suatui ujian atas keimanan dan I’tiqad di kalangan Ummat Islam.

Adapun Hadhrat Baginda Nabi ‘Isa ‘Alaihissalam yang akan muncul


menjelangnya Hari Qiyamat bukanlah Nabi yang baru kerana Nabi ‘Isa
‘Alaihissalam telah pun dihantar 600 tahun sebelum kelahiran Hadhrat Baginda
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan pada usia 33 tahun
telah diangkat ke langit. Nabi ‘Isa ‘Alaihissalam tidak akan membawa sebarang
Syari’at yang baharu, sebaliknya beliau akan turun sebagai seorang Ummat Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan
melaksanakan Syari’at Islam dengan Haq.

Wallahu A'lam Wa 'Ilmuhu Akmal Wa Atam.

© Hadhrat Faqir Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi
Ar-Risalah Al-Aqrabiyat Fi Nubuwwat Wa Risalat Wa Wilayat Wa Qutbaniyat

GLOSARI
A
Akhirat - Kehidupan yang kekal sesudah mati
Agama - Ad-Din, Syariat dan hukum-hakam Islam, ketaatan.
Ahadiyah - Keesaan
Ahmad - Yang Paling Terpuji
Ahwal - Hal-hal keadaan
Akabirin - Syeikh-syeikh besar
Akhfa - Yang paling tersembunyi, Latifah Alam Hahut di Alam Amar
Alam Amar - Alam di atas ‘Arasy
Alam Arwah - Alam Para Ruh
Alam Bahut - Alam Sifat-Sifat Allah, Alam Ketuhanan.
Alam Hahut - Alam Zat Allah, Alam Ketuhanan.
Alam Jabarut - Alam Para Ruh
Alam Kabir - Makrokosmos
Alam Khalaq - Alam di bawah ‘Arasy
Alam Lahut - Alam Bayangan Sifat-Sifat Allah, Alam Ketuhanan.
Alam Malakut - Alam Para Malaikat
Alam Saghir - Mikrokosmos
Allah - Nama Zat Tuhan yang wajib wujud secara mutlak, memiliki
segala sifat kesempurnaan dan suci dari segala sifat
kekurangan, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Alf Tsani - Seribu tahun kedua sesudah Hijrah Nabi Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam
Amir - Pemimpin jemaah
Anjuman - Khalayak ramai
Anwar - Kata jamak bagi Nur, cahaya-cahaya
Aqrab - Paling dekat
Aulia - Kata jamak bagi Wali
Awrad - Himpunan wirid-wirid
Azkar - Kata jamak bagi Zikir
‘Adadi - Bilangan
‘Ainul Yaqin - Syuhud, Ihsan
‘Aliyah - Yang tinggi
‘Aqidah - Pegangan i’tiqad, keimanan
‘Arasy - Tempat Allah Subhanahu Wa Ta’ala bersemayam

B
Bai‘ah - Janji taat setia
Baz Gasht - Kembali kepada Allah dengan lafaz “Ilahi Anta Maqsudi,
Wa Ridhoka Matlubi, A’tini Mahabbataka Wa
Ma’rifataka”.
Basirah - Pandangan mata hati
Basyariyah - Sifat-sifat manusiawi

© Hadhrat Faqir Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi
Ar-Risalah Al-Aqrabiyat Fi Nubuwwat Wa Risalat Wa Wilayat Wa Qutbaniyat

Bida ‘ah - Amalan yang tidak menuruti Sunnah

C
Chishtiyah - Tariqat Hadhrat Maulana Syeikh Mu‘inuddin Chishti Rah.
‘alaih

D
Da‘i - Seorang pendakwah.
Dakwah - Menyeru kepada Agama Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Dawam - Secara berterusan, tetap, kekal.
Dawam Agahi - Sentiasa berjaga-jaga menantikan limpahan Faidhz.
Dawam Hudhur - Kehadiran Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang berterusan.
Dehlawi - Nisbat kepada tempat iaitu Delhi, India..

F
Faidhz - Limpahan Ketuhanan.
Fana - Kehilangan diri.
Faruqi - Nisbat keturunan kepada Sayyidina Umar Khattab Faruq (R.
‘anhu)
Fasad - Kerosakan, kejahatan
Fauqaniyah - Yang kedudukannya bersifat teratas.
Faqir - Orang miskin yang menyerah kepada Allah Subhanahu Wa
Ta’ala.
Feqah - Kefahaman Agama yang berkaitan Syari‘at.

G
Ghaib - Sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar
Ghairullah - Makhluk, segala sesuatu yang selain Allah Subhanahu Wa
Ta’ala..
Ghauts - Darjat kewalian yang tinggi.

H
Ha/Hiya - Dia (muannats).
Haq - Kebenaran.
Hafiz - Seorang yang menghafal Al-Quran.
Hakikat - Kebenaran.
Hanafi - Mazhab Imam Abu Hanifah Rahmatullah ‘alaih.
Hambali - Mazhab Imam Ahmad Bin Hambal Rahmatullah ‘alaih.
Haqiqat - Kebenaran sesuatu.
Hadits/Hadis - Perkataan, perbuatan dan diam Hadhrat Nabi s.a.w.
Hadhrat - Kehadiran.
Hidayah - Petunjuk.
Hijab - Penghadang, tirai.
Hosh - Sedar.
Hosh Dar Dam - Sedar dalam nafas.

© Hadhrat Faqir Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi
Ar-Risalah Al-Aqrabiyat Fi Nubuwwat Wa Risalat Wa Wilayat Wa Qutbaniyat

Hu/Huwa - Dia (muzakkar).

I
Ihsan - Merasakan seolah-olah melihat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Ijtihad - Menetapkan sesuatu hukum Syari‘at.
Ilahi - Tuhan, Tuhanku
Imam - Pemimpin
Iman - Percaya dan yakin dengan perkara yang Ghaib.
Inabah - Kembali kepangkuan Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Islah - Memperbaiki diri
Islam - Menyerahkan diri kepada Allah dengan perlaksanaan
Syari‘at.
Ismu Zat - Nama bagi Zat Pencipta iaitu Allah Subhanahu Wa Ta’ala
Istighfar - Memohon keampunan dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Itsbat - Menetapkan.
‘Irfan - Limpahan Ma’rifat Ketuhanan.

J
Jam‘iyat - Kesemua lataif yang tetap mengingati Allah Subhanahu Wa
Ta’ala
Jemaah - Secara berkumpulan.
Jihri - Menguat dan mengeraskan suara, lisan yang kedengaran.
Jazbah - Penarikan terhadap Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

K
Kashaf - Pandangan batin.
Kaifiat - Cara dan kaedah perlaksanaan.
Khafi - Sesuatu yang bersifat tersembunyi, Latifah Alam Bahut.
Khalifah - Naib, pengganti.
Khalwat - Bersendirian, berseorangan.
Khalwat Kabirah - Bersendirian dengan Allah dalam kesibukan manusia.
Khalwat Saghirah - Bersendirian dengan Allah jauh dari kesibukan manusia.
Khandan - Kelompok, golongan, keturunan.
Khanqah - Tempat Syeikh mendidik Para Muridnya, Zawiyah, Ribat.
Khatrah - Kekhuatiran dan lintasan hati.
Khilafah - Menerima tanggungjawab Khalifah.
Khudawanda - Oh! Tuhanku.
Khwajah - Guru Murshid, Syeikh.
Khwajagan - Kata jamak bagi Khwajah.
Kiamat - Hari tertegaknya perhitungan Allah Subhanahu Wa Ta’ala

L
La Ilaha Illa Allah - Tiada Tuhan Melainkan Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Lafaz - Sebutan.
Lataif - Kata jamak bagi Latifah.
Latifah - Kehalusan sifat Rohani.

© Hadhrat Faqir Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi
Ar-Risalah Al-Aqrabiyat Fi Nubuwwat Wa Risalat Wa Wilayat Wa Qutbaniyat

Lisani - Ingatan yang dilakukan menerusi lidah.

M
Mabda - Tempat permulaan
Mabda Faidhz - Tempat sumber permulaan Faidhz
Ma’rifat - Pengenalan terhadap Allah Subhanahu Wa Ta’ala
Masjid - Tempat mendirikan solat berjemaah
Majzub - Seorang yang ditarik menuju kepada Allah Subhanahu Wa
Ta’ala.
Mahabbat - Cinta, kasih sayang
Malaikat - Makhluk Allah yang diciptakannya dari cahaya dan taat
kepadaNya.
Malakutiyah - Sifat-sifat Malaikat
Malfuzat - Kata-kata, ucapan, perkataan yang dilafazkan
Maliki - Mazhab Imam Malik Bin Anas Rahmatullah ‘alaihima
Maqam - Tempat kedudukan
Masyaikh - Kata jamak bagi Syeikh
Maulana - Tuan Guru
Maulawi - Guru
Mawrid Faidhz - Tempat yang hendak dilimpahkan Faidhz
Mazhab - Jalan anutan Para Imam Ahlus Sunnah
Mi’raj - Perjalanan Ruhani dari tempat rendah ke tempat yang tinggi.
Mujaddid - Seorang yang memperbaharukan Agama Islam
Mujaddidiyah - Nisbat kepada Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani
Mujahadah - Jihad melawan hawa nafsu
Muqaddimah - Pendahuluan
Muqarrabin - Orang-orang yang mendekatkan diri dengan Allah Ta’ala.
Muraqabah - Berjaga-jaga menantikan limpahan Faidhz dari Allah Ta’ala
Murshid - Syeikh, pembimbing Rohani
Murid - Seorang yang berkehendak kepada ilmu
Murad - Sesuatu yang dikehendaki
Musyahadah - Ihsan, Syuhud, menyaksikan kehadiran Allah Subhanahu Wa
Ta’ala

N
Nabawiyah - Kenabian
Nafi - Menidakkan
Nafi Itsbat - Ucapan kalimah LA ILAHA ILLA ALLAH
Nafs - Latifah Alam Khalaq
Nafsu - Kehendak yang bersifat Duniawi
Naqsh - Ukiran
Naqshband - Ukiran yang terpahat
Naqshbandiyah - Nisbat kepada Tariqat Shah Bahauddin Naqshband Rah.
‘alaih
Nazar - Memandang
Nigah - Berjaga-jaga, memerhati

© Hadhrat Faqir Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi
Ar-Risalah Al-Aqrabiyat Fi Nubuwwat Wa Risalat Wa Wilayat Wa Qutbaniyat

Nisbat - Pertalian hubungan


Nur - Cahaya

P
Pir - Syeikh, Murshid, Khalifah, pembimbing Rohani.

Q
Qadam - Kaki.
Qadiriyah - Nisbat kepada Tariqat Hadhrat Syeikh Abdul Qadir Jailani
Rah. ‘alaih.
Qalb - Latifah Alam Malakut di Alam Amar.
Qalbi - Ingatan yang dilakukan dengan hati.
Qalbu - Hati.
Qalibiah - Empat Latifah Alam Khalaq iaitu Tanah, Air, Api dan Angin.
Qana ‘ah - Bersederhana dalam segala urusan kehidupan.
Qaus - Maqam muraqabah di dalam Daerah Wilayah Kubra.
Qiblah - Arah panduan.
Qutub - Seorang wali yang mencapai kedudukan tertinggi dan
menghuraikan ilmu Hadhrat Baginda Rasulullah s.a.w.
Qutbul Aqtab - Wali Qutub yang bertanggungjawab ke atas sekelian Wali
Aqtab.

R
Rabitah - Menghubungkan diri dengan Syeikh secara jasmani
mahupun rohani.
Rabbani - Pemelihara, pemberi tarbiyah.
Redha - Menerima Qada dan Taqdir Allah dengan lapang dada.
Rohani - Sesuatu yang bersifat kekal pada diri manusia.
Rahmat - Kasih sayang Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Ruh - Latifah Alam Jabarut di Alam Amar.

S
Sabar - Tetap dalam melakukan ketaatan dan meninggalkan
maksiat.
Safar - Perjalanan.
Safar Dar Watan - Merantau di Alam Amar.
Salafus Soleh - Orang-orang Soleh yang terdahulu.
Sanad - Sijil.
Sair - Berjalan, bersiar-siar, merantau.
Sair Afaqi - Perjalanan di luar diri.
Sair Anfusi - Perjalanan di dalam diri.
Sir - Latifah Alam Lahut di Alam Amar.
Solat - Sembahyang.
Sohbet - Berdamping, bersahabat.

© Hadhrat Faqir Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi
Ar-Risalah Al-Aqrabiyat Fi Nubuwwat Wa Risalat Wa Wilayat Wa Qutbaniyat

Salik - Seseorang yang dalam perjalanan menuju Allah Subhanahu


Wa Ta’ala.
Sarhindi - Nisbat kepada tempat Hadhrat Imam Rabbani.
Sayyid - Seorang yang berketurunan Hadhrat Baginda s.a.w.
Shauq - Keseronokan.
Syafi‘i - Mazhab Imam Syafi‘i Rahmatullah ‘alaih.
Syaitan - Musuh yang nyata bagi orang-orang beriman.
Syeikh - Pembimbing rohani.
Syeikhul Masyaikh - Syeikh kepada Para Masyaikh, Guru sekelian guru.
Syukur - Berterima kasih kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Silsilah - Kesinambungan rantaian sesuatu hubungan.
Subhanahu - Maha Suci Dia.
Sufi - Seorang yang membersihkan hati dari ingatan selain Allah
Ta’ala.
Suluk - Perjalanan khusus menuju Hadhrat Allah Subhanahu Wa
Ta’ala.
Sunnah - Amalan Hadhrat Baginda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
Syari‘at - Hukum hakam Agama Islam.
Syafa‘at - Pertolongan dan belas kasihan.
Syuhud - Ihsan, musyahadah.

T
Ta’ala - Maha Memiliki Ketinggian.
Tabligh - Menyampaikan kebenaran Agama Allah Subhanahu Wa
Ta’ala.
Tajalli - Manifestasi, penzahiran.
Talqin - Menyebut dan mengajarkan sesuatu kalimah zikir.
Taqwa - Mentaati perintah Allah Subhanahu Wa Ta’ala. dan
RasulNya Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta meninggalkan
laranganNya.
Taubat - Perjanjian tidak akan mengulangi dosa.
Taufiq - Asbab kemampuan untuk melakukan ketaatan.
Tariqat - Jalan khusus menuju kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Tasawwuf - Ilmu tentang membersihkan hati.
Taslim - Menyerahkan diri kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Tawajjuh - Memberikan penumpuan.
Tawakkal - Berserah diri sepenuhnya kepada Allah Subhanahu Wa
Ta’ala.
Tilawah - Pembacaan Al-Quran secara lancar.

U
Ulul ‘Azmi - Lima Nabi yang tertinggi dan teragung darjatnya iaitu
Hadhrat Nabi Nuh ‘Alaihissalam, Hadhrat Nabi Ibrahim
‘Alaihissalam, Hadhrat Nabi Musa‘Alaihissalam, Hadhrat
Nabi ‘Isa ‘Alaihissalam dan Hadhrat Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

© Hadhrat Faqir Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi
Ar-Risalah Al-Aqrabiyat Fi Nubuwwat Wa Risalat Wa Wilayat Wa Qutbaniyat

Uwaisi - Nisbat Ruhaniah secara batin dengan seseorang Ahlullah


yang jauh samada yang masih hidup ataupun yang sudah
mati.

W
Wali - Seorang wakil bagi Allah Subhanahu Wa Ta’ala dari
kalangan manusia.
Wara’ - Memperbanyakkan amalan ibadah.
Warid - sesuatu yang terhasil dari amalan zikir.
Wazifah - Amalan zikir yang khusus.
Wijdani - Suatu pengalaman yang dapat dirasai secara nyata.
Wuquf - Hentian tetap.
Wuquf Qalbi - Menumpukan kepada hati dan hati menumpukan kepada
Allah Ta’ala.
Wuquf ‘Adadi - Menumpukan kepada bilangan yang ganjil ketika berzikir
Nafi Itsbat.
Wuquf Zamani - Menumpukan kembali ingatan kepada Allah selepas
beberapa jam.

Y
Yad - Ingat, zikir.
Yad Dasyat - Zikir yang bersungguh-sungguh.

Z
Zauq - Kelazatan.
Zamani - Berkaitan dengan masa.
Zat - Hakikat diri.
Zihni - Kewujudan sesuatu di ruang fikiran.
Zikir - Mengingat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Zuhud - Meninggalkan kesenangan dan kelazatan Duniawi.
Zuriat - Anak-anak.

© Hadhrat Faqir Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi

You might also like