You are on page 1of 5

PENGGUNAAN TEKNIK SPAD DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJAWAB OPERASI BAHAGI NOMBOR BULAT DENGAN NOMBOR DUA DIGIT

BAGI MURID TAHUN 5 Oleh:


Ainun Jariyah Binti Mat Ariff & Norizah Binti Ahmad Unit Matematik Pendidikan Rendah Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail ABSTRAK Kemahiran membahagi adalah gabungan kemahiran-kemahiran asas yang lain iaitu menolak, menambah dan mendarab. Pembahagian adalah topik yang paling sukar berbanding ketiga-tiga kemahiran itu. Tujuan kajian tindakan ini dilakukan adalah untuk membantu murid dalam meningkatkan kemahiran menjawab operasi bahagi nombor bulat dengan nombor dua digit. Kajian ini melibatkan 5 orang murid daripada kelas 5 Bestari dari SK Telok Pasu. Tinjauan awal dilakukan untuk mengetahui masalah sebenar yang dihadapi murid dalam topik ini melalui pemerhatian, analisis dokumen dan markah murid dalam subjek Matematik pada OTI 1. Berdasarkan tinjauan itu, murid sememangnya tidak menguasai kemahiran dalam topik ini. Teknik SPAD diperkenalkan untuk membantu murid menguasai kemahiran menjawab ini dengan menggunakan instrumen kajian yang berbentuk ujian pra, ujian pos, temubual dan analisis dokumen. Data yang dikumpul telah dianalisis dengan menggunakan jadual dan graf. Kajian ini menunjukkan bahawa teknik SPAD telah berjaya membantu murid meningkatkan penguasaan menjawab iaitu melebihi 60% dalam menyelesaikan operasi bahagi nombor bulat dengan nombor dua digit. PENGENALAN Pada bulan Februari 2010 yang lalu, penyelidik telah mengajar subjek Matematik kepada murid 5 Bestari dimana topik yang diajar melibatkan operasi bahagi. Penyelidik telah menghadapi beberapa masalah yang melibatkan murid-murid kelas ini. Kelas ini merupakan kelas yang kedua daripada tiga kelas bagi Tahun 5. Walaupun mereka berada di kelas yang kedua, segelintir murid kelas 5 Bestari ini tidak dapat menguasai beberapa kemahiran yang ada dalam subjek Matematik terutamanya kemahiran menjawab operasi bahagi nombor bulat dengan nombor dua digit. Bagi pembahagian nombor bulat dengan nombor satu digit, murid tidak mengalami banyak masalah selain perlu mengingati sifir. Namun, masalah mula timbul apabila melibatkan proses pembahagian dengan nombor dua digit. Mereka tidak mengetahui cara yang mudah untuk menyelesaikan sifir yang melibatkan angka yang besar. Melalui pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik, murid kelas 5 Bestari tidak berminat untuk mempelajari kaedah Matematik yang sukar untuk difahami. Mereka mudah bosan apabila mempelajari kemahiran Matematik yang sukar. Oleh itu, mereka tidak akan memberi perhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlangsung di dalam kelas. Perkara ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Harunizad Haron dari SK Bandar Uda 2 . Berdasarkan kajian yang dibuat oleh beliau iaitu Teknik SPAD bagi Meningkatkan Kemahiran Manjawab Soalan Operasi Bahagi Nombor Bulat dengan Nombor Dua Digit, beliau menyatakan bahawa teknik yang ingin diperkenalkan kepada pelajar mestilah mudah untuk difahami dan dilaksanakan dimana ianya bersesuaian dengan tahap pencapaian pelajar yang terbabit. Penyelidik telah menyemak buku latihan murid dan hasil dapatan itu menunjukkan bahawa banyak soalan dan masalah tidak dapat diselesaikan dengan baik dan tepat. Soalan yang mudah yang tidak mempunyai baki juga tidak dapat diselesaikan mereka dengan baik. Apatah lagi jika soalan itu mempuyai jawapan yang berbaki. Selain itu, sebahagian daripada mereka hanya dapat menyiapkan separuh sahaja daripada soalan yang diberikan. Proses penyelesaian yang dibuat oleh mereka kebanyakannya adalah tidak lengkap. Punca yang menyebabkan murid tidak dapat menjawab operasi bahagi nombor dua digit dengan betul adalah kerana mereka tidak menggunakan cara yang betul seperti apa yang diajar oleh guru. Gaery, 2004; Kilpatrick, Swafford, & Findell, 2001; Koscinki & Gast, 1993 berpendapat bahawa kebanyakan murid menggunakan cara pengiraan yang tidak tepat dan bersesuaian dalam melakukan pengiraan Matematik. Penyelidik juga berpendapat bahawa murid kurang berminat untuk mempelajari sesuatu perkara yang tidak difahami oleh mereka. Kesukaran sesuatu teknik atau kaedah menjadi kekangan bagi menarik minat murid untuk belajar dengan baik dan berkesan. Jemaah Nazir Pendidikan (JNIP, A996) mengatakan bahawa apabila murid berupaya untuk menguasai sesuatu kemahiran maka mereka akan mempunyai keyakinan diri, menyukai Matematik, berminat dan bermotivasi tinggi untuk terus mempelajari Matematik. Kajian yang dibuat
SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2010

Muka Surat

oleh Azizi Hj. Yahya juga turut menegaskan bahawa minat dan kefahaman murid bertambah apabila murid faham dan menguasai sesuatu topik.

METODOLOGI Bentuk kajian ini merupakan kajian tindakan dimana penyelidik berusaha untuk menyelesaikan masalah yang dialami oleh pelajar. Objektif pertama kajian tindakan ini dilakukan ialah untuk membantu murid dalam meningkatkan kemahiran membahagi nombor bulat dengan nombor dua digit menggunakan teknik SPAD. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui bagaimana murid menjawab soalan operasi bahagi nombor bulat dengan nombor dua digit sebelum dan selepas menggunakan teknik SPAD. Objektif yang terakhir ialah mengetahui minat dan kefahaman murid terhadap penggunaan teknik SPAD dalam menyelesaikan masalah operasi bahagi dengan nombor dua digit. Populasi kajian tindakan ini ialah murid kelas Tahun 5 Bestari dari Sekolah Kebangsaan Telok Pasu yang terletak di Kuala Terengganu. Sampel kajian ini terdiri daripada 5 orang murid kelas ini dimana sampel ini lemah dalam menjawab soalah bahagi nombor bulat dengan nombor dua digit. Pengkaji telah menjalankan beberapa tindakan seperti yang dinyatakan jadual di bawah: No. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. TINDAKAN Pemerhatian semasa proses P&P Ujian Pra Temubual awal Sesi 1 (lukis jadual SPAD dan masukkan sifir) Sesi 2 (beri soalan bahagi yang tanpa baki) Sesi 3 (pengukuhan sesi 2) Sesi 4 (beri soalan bahagi yang berbaki) Sesi 5 (pengukuhan sesi 4) Sesi 6 ( beri soalan tanpa baki dan berbaki) Ujian Pasca Temubual akhir

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2010

Muka Surat

Instrumen yang digunakan ialah ujian pra dan ujian pasca, dokumen dan temubual. Ujian pra dijalankan di peringkat awal manakala ujian pos diberikan di peringkat akhir pengajaran. Ujian pra dan ujian pasca telah dibina dengan mengikut kemahiran-kemahiran dalam operasi bahagi. Kedua-dua ujian ini dihasilkan menggunakan test blueprint bagi memastikan soalan yang diberi kepada murid memenuhi syarat dan boleh diterima ketepatannya. Ujian pra dan pasca telah diberi kepada responden-responden yang telah dipilih sahaja iaitu seramai 5 orang. Ujian ini dijalankan selama 60 minit. Selain itu, pelaksanaan ujian ini telah diadakan di kelas 5 Bestari. Selepas ujian dijalankan, penyelidik menyemak kertas-kertas ujian tadi. Penyelidik memberi markah 2 bagi setiap soalan. Markah keseluruhan ialah sebanyak 20 markah bagi 10 soalan dan jumlah skor telah diberi adalah dalam bentuk peratus. Hasil dapatan itu, penyelidik mendapati bahawa kebanyakan murid tidak mengetahui bagaimana cara yang mudah dan betul bagi mencari sifir yang diberikan. Temubual pula ialah beberapa soalan yang ditanya kepada murid sebelum dan selepas teknik SPAD diperkenalkan. Bagi memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan data, penyelidik merujuk soalan temubual daripada kajian-kaijan lepas iaitu berdasarkan kajian Safinaz bt M. Annuar, Nellie Gan Hong Suan dan Oon Boey Lay iaitu Satu Tinjauan Kesilapan Murid Dalam Penyelesaian Masalah Operasi Bahagi Di Dua Buah Sekolah . Soalan temubual ini dikaji terlebih dahulu sebelum ditemubual kepada murid yang terlibat. Temubual ini dijalankan sebaik sahaja selepas ujian pra dan ujian pasca dijalankan. Temubual dijalankan kepada setiap murid bertempat di kelas 5 Bestari. Masa temubual kedua-dua sesi ini direkod untuk dibuat perbandingan. Selepas itu, penyelidik membuat analisis temubual dengan menyediakan kod-kod yang tertentu bagi mengaitkan hasilnya dengan dapatan kajian. Analisis ini penting bagi menentukan keberkesanan data dapat dihasilkan. Dokumen ialah hasil jawapan murid di dalam ujian pra dan ujian pasca. Hasil ini dianalisis bagi melihat corak jawapan yang diberikan oleh murid. Melalui dokumen ini, penyelidik dapat mengetahui kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh murid terbabit. Dokumen ini dikumpul daripada murid yang dipilih seramai 5 orang tadi. Proses pengumpulan dokumen dibuat di kelas 5 Bestari dimana pelaksanaan ujian telah dijalankan. Dokumen dikumpul selepas setiap kali ujian dijalankan. Selepas dokumen dikumpul, penyelidik menganalisis dokumen

terbabit dengan mengenalpasti kemahiran menjawab yang masih tidak dikuasai sebelum dan selepas teknik SPAD digunakan. Selain itu, dokumen tersebut juga dianalisis bagi mengenalpasti perkembangan murid terhadap teknik SPAD ini. Refleksi dilakukan selepas setiap ujian dijalankan berdasarkan dokumen-dokumen murid. Kajian ini juga telah menggunakan statistik deskriptif untuk mengutip data. Pengkaji menganalisis data dengan cara analisis kod. DAPATAN KAJIAN Dapatan pertama adalah berkaitan dengan peningkatan kemahiran menjawab soalan bahagi nombor bulat dengan nombor dua digit. Graf di bawah menunjukkan graf markah semua responden pada ujian pra dan ujian pasca:

MARKAH BAGI UJIAN PRA DAN UJIAN PASCA


120 100 MARKAH 80 60 40 20 0 A B C RESPONDEN Gambarajah 6.1.2: Graf Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca Graf di atas menunjukkan perbezaan yang ketara antara markah yang diperoleh oleh responden dalam keduadua ujian. Peningkatan markah dalam ujian pos dapat dilihat melalui graf berbanding ujian pra. Responden telah mencapai markah lulus yang disasarkan oleh penyelidik iaitu sekurang-kurangya 60 markah. Graf markah menunjukkan seorang responden mendapat 65 markah pada ujian pos dan menunjukkan peningkatan markah sebanyak 40 markah. Ini membuktikan bahawa teknik SPAD telah membantu murid meningkatkan kemahiran membahagi dengan nombor dua digit dengan berkesan. Dapatan yang kedua ialah melihat cara responden menjawab soalan bahagi nombor bulat dengan nombor dua digit.Jawapan murid dapat diukur dengan menggunakan analisis item berdasarkan data kedua-dua ujian yang telah dijalani. Melalui data tersebut, penyelidik telah mengetahui bagaimana murid menjawab soalan operasi bahagi nombor bulat dengan nombor dua digit. ITEM (NO. SOALAN) CONTOH JAWAPAN KESALAHAN D E UJIAN PRA UJIAN PASCA

Sifir dan nilai tempat

Gambarajah 6.2.1: Kesalahan responden A dalam Ujian Pra


SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2010

Muka Surat

10

Responden A tidak dapat menjawab item 5 yang mana responden ini telah menunjukkan kesalahan dari segi sifir dan nilai tempat. Ini bermaksud bahawa responden ini tidak mengetahui cara yang sebenar bagi mencari nilai jawapan yang terdekat dengan menggunakan kaedah yang tepat.

ITEM

CONTOH

Gambarajah 6.2.2: Contoh Jawapan Responden A pada Ujian Pasca


Contoh jawapan diatas telah menunjukkan berlakunya perubahan dari segi jalan kerja dan jawapan. Responden A telah berjaya menyelesaikan soalan yang diberikan dengan baik dan responden ini telah mengaplikasikan teknik SPAD bagi menjawab soalan ini. Dapatan yang ketiga adalah berkaitan dengan minat dan kefahaman murid. Jadual dibawah menunjukkan peratus yang diperoleh berkaitan dengan minat dan kefahaman responden sebelum dan selepas teknik SPAD diperkenalkan. Temubual dijalankan bagi mengetahui minat dan kefahaman responden.

Melalui temubual terbabit, pengkaji telah mengetahui peratus minat dan kefahaman murid dimana murid menunjukkan peningkatan minat dan kefahaman selepas teknik SPAD digunakan di dalam menjawab soalan operasi bahagi nombor bulat dengan nombor dua digit. PERBINCANGAN Berdasarkan analisis yang telah dibuat menggunakan jadual dan graf menunjukkan bahawa markah responden meningkat dengan sangat baik. 5 orang responden menunjukkan peningkatan purata peratusan markah sebanyak dimana mereka telah mencapai markah lulus berbanding dengan purata peratusan markah ujian pra yang menunjukkan mereka gagal. Markah lulus itu telah mencapai sasaran penyelidik iaitu melebihi 60 markah iaitu bersamaan skor B. Hal ini telah membuktikan bahawa apabila responden telah diperkenalkan dengan teknik SPAD, responden telah menunjukkan kemahiran membahagi dengan baik. Sesungguhnya teknik ini telah berjaya membantu murid meningkatkan kemahiran membahagi dengan lebih baik lagi. Dapatan ini telah menyokong kajian yang dibuat oleh Harunizad Haron dari SK Bandar Uda 2 berdasarkan kajiannya
SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2010

Muka Surat

11

iaitu Teknik SPAD bagi Meningkatkan Kemahiran Manjawab Soalan Operasi Bahagi Nombor Bulat dengan Nombor Dua Digit Berdasarkan analisis cara responden menjawab soalan membahagi nombor bulat dengan nombor dua digit pula menunjukkan beberapa perubahan dan perbezaan antara jawapan pada ujian pra dan ujian pasca. Semasa ujian pra, kebanyakan murid tidak mengetahui cara mencari sifir dengan betul berbanding kesalahan pengiraan dan konsep serta nilai tempat. Sebab mengapa hal ini terjadi adalah kerana mereka tidak tahu apakah teknik yang perlu digunakan bagi mencari sifir. Namun, perbezaan yang ketara dapat dilihat apabila melihat cara mereka menjawab soalan membahagi nombor bulat dengan nombor dua digit semasa ujian pasca dijalankan. Data yang telah dianalisis menunjukkan bahawa responden tidak lagi mengalami masalah mencari sifir. Perubahan dari segi cara menjawab ini banyak dibantu dengan penggunaan teknik SPAD dimana telah diperkenalkan sebelum ujian pasca dijalankan. Oleh itu, dapatan kajian telah membuktikan bahawa teknik SPAD juga telah membantu murid menjawab soalan operasi bahagi nombor bulat dengan nombor dua digit dengan begitu berkesan sekali. Dapatan ini telah menyokong pendapat Gaery, 2004; Kilpatrick, Swafford, & Findell, 2001; Koscinki & Gast, 1993 yang mana berpendapat bahawa kebanyakan murid menggunakan cara pengiraan yang tidak tepat dan bersesuaian dalam melakukan pengiraan Matematik. Tetapi selepas menggunakan cara yang betul, murid dapat menjawab soalan dengan baik. Minat dan kefahaman pelajar telah dianalisis melalui temubual yang dijalani sebelum dan selepas teknik SPAD diperkenalkan. Melalui temubual terbabit, pengkaji telah dapat mengetahui minat dan kefahaman pelajar terhadap penggunnaan teknik SPAD ini. Sebelum teknik ini diperkenalkan, murid kurang pasti dan tidak tahu bagaimana menyelesaikan soalan bahagi nombor bulat dengan nombor dua digit dengan betul. Mereka juga kurang berminat dalam menjawab soalan operasi bahagi kerana merasakan operasi ini susah untuk diselesaikan. Namun, pandangan mereka telah berubah apabila sudah diperkenalkan dengan teknik SPAD. Melalui temubual yang dijalankan selepas ujian pasca dijalankan, responden telah mengetahui dan memahami bagaimana menyelesaikan soalan operasi bahagi ini dengan baik. Semua murid telah menjawab semua soalan dengan baik. Ini membuktikan bahawa teknik ini telah berjaya dalam meningkatkan kefahaman murid disamping menarik minat murid dalam topik ini. Dapatan ini menyokong kajian yang dibuat oleh Azizi Hj. Yahya. RUJUKAN Internet http://kajiantindakanpontian.blogspot.com/ http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/ http://mptkl.tripod.com http://www.scribd.com Buku W. George Catheart (2001), Learning Mathematics In Elementary and Middle School, Prentice Hall,Person Education, New Jersey Soon Sang & Siew Fook Cheong (1986), Pengajaran & pembelajaran Matematik untuk Pengajaran Sekolah Rendah, Heinemann(Malaysia) Sdn. Bhd. Lim Poh Moi (1998), Masalah dan Sikap Murid-Murid Tahun Lima Terhadap Penyelesaian Matematik KBSR : Satu Kajian di SRB St. Faith Kenyalang, Kuching, Maktab Perguruan Batu Lintang Safinaz bt M.Annuar, Nellie Gan Hong, Oon Boey Lay (1998/1999), Satu Tinjauan Kesilapan Murid Dalam Penyelesaian Masalah Operasi Bahagi Di Dua Buah Sekolah : Kajian tindakan yang tidak diterbitkan Hairunizad bin Haron (2009), Teknik SPAD bagi Meningkatkan Kemahiran Menjawab Soalan Operasi Bahagi Nombor Bulat dengan Nombor Dua Digit: Kajian tindakan untuk diserahkan kepada JPN Negeri Johor.

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2010

Muka Surat

12

You might also like