You are on page 1of 20

Pengenalan Dalam subjek Pentaksiran dalam Pendidikan Pemulihan (PKP 3106), fokus utamanya ialah jenis-jenis pentaksiran yang

boleh dijalankan dalam pendidikan pemulihan serta cara-cara pentaksiran bagi masalah murid pemulihan. Misalnya masalah pembelajaran asas, kemahiran sosial dan tingkah laku, kemahiran lisan, kemahiran bacaan, kemahiran menulis dan kemahiran matematik. Pentaksiran dalam bilik darjah merupakan satu proses mengumpul dan menafsir data atau maklumat untuk tujuan membuat keputusan dan menilai data atau maklumat untuk membuat keputusan-keputusan tentang murid, terutamanya dalam aspek keperluan pengajaran dan pembelajarannya. Selain itu, guru didapati menggunakan sebahagian besar daripada masa bertugas utnuk mengukur dan menilai pelajar dan dirinya. Kegiatan guru mengukur dan menilai murid dan dirinya boleh dijalankan melalui kerja-kerja menyemak latihan, nota, jawapan ujian, aktiviti perseorangan dan kumpulan, menyoal, menemu bual dan memerhatikan tingkah laku pelajar. Penilaian ini adalah penting kerana ia dapat membantu guru mengetahui sama ada pengajarannya sesuai untuk murid atau tidak serta sentiasa menyemak semula pengajarannya. Oleh itu, aktiviti-aktiviti pengukuran dan penilaian hendaklah sentiasa dirancang, diselenggarakan, dianalisis, ditafsirkan dan dimaklumlan kepada pihak-pihak berkepentingan dengan prosedur yang sah dan boleh dipercayai.

Kelemahan Murid dalam Kemahiran Sosial dan Tingkah Laku Menurut Philip (1991) kemahiran sosial membawa maksud tingkah laku yang prihatin untuk melakukan perhubungan interpersonal yang efektif. Thacker (1996) pula mendefinisikan kemahiran sosial sebagai keupayaan untuk berkomunikasi secara efektif dengan individu lain dalam situasi sosial atau kerja. Kemahiran sosial juga didefinisikan sebagai tingkah laku yang bersesuaian untuk berinteraksi di rumah, sekolah dan bersama masyarakat. Sesetengah pendidik merujuk kemahiran sosial sebagai keupayaan sosial individu yang mampu mencapai kejayaan tanpa menggangu orang lain. Selain itu, kemahiran sosial dapat dikatakan sebagai pengumpulan tingkah laku seseorang yang membolehkannya berinteraksi dengan persekitaran. Terdapat beberapa aspek dalam kemahiran sosial iaitu kemahiran berkomunikasi, kemahiran asertif, kemahiran bergaul, kemahiran menyelesaikan masalah dan lain-lain lagi. Kemahiran sosial membolehkan mereka berinteraksi dan menjaga hubungan antara masyarakat dengan baik dan bersesuaian mengikut golongan. Kemahiran ini juga membantu mereka dalam menyesuaikan diri dalam pelbagai aktiviti sosial yang melibatkan orang lain. Mereka juga akan mengetahui cara yang sesuai untuk berkomunikasi dengan orang lain mengikut intonasi suara, gerak geri, mimik muka dan emosi yang betul. Sekiranya mereka gagal menguasai kemahiran ini, ia akan menyebabkan timbulnya perasaan rendah diri, mengasingkan diri dari orang lain dan menyebabkan kemurungan. Kemahiran tingkah laku ialah melibatkan perangai, kelakuan dan cara seseorang itu membawa penampilan dirinya. Ia merupakan karektor asas benda hidup kerana setiap benda hidup di dunia ini mempunyai perwatakan yang tersendiri. Menurut Kerr & Nelson, kelemahan murid dalam kemahiran sosial dan tingkah laku dilihat sebagai : Tingkah laku yang mengganggui (Disruptive Behavior) iaitu tingkah laku untuk mendapat perhatian orang lain, misalnya out of seat, merayau-rayau, mengejek, tidak mengikut arahan guru dan ibu bapa.

Tingkah laku yang tidak sesuai dari segi sosial dan tingkah laku kurang matang. Misalnya sering menangis, tantrums, terlalu bergantung kepada rakan. Mereka mungkin tidak faham apakah tingkah laku yang sesuai untuk situasi tertentu seperti bercakap dengan guru besar seperti bercakap dengan kawan-kawan. Menarik diri dari situasi sosial (withdrawal) iaitu individu yang terlalu segan dan takut melibatkan diri dalam situasi sosial. Misalnya sengaja mengelakkan diri daripada bermain atau berkomunikasi dengan kanak-kanak lain. Tingkah laku yang berulangan (stereo type beheviour) iaitu sesetengah kanakkanak misalnya kanak-kanak autistik atau buta sering menunjukkan tingkahlaku seperti gerakan tangan dari depan mata rocking dan lain-lain. Tingkah laku yang agresif iaitu tingkah laku di mana seseorang kanak-kanak selalu mencederakan orang lain atau merosakkan harta benda. Menurut Heward (2003) pula kelemahan murid dalam kemahiran sosial dan tingkah laku boleh dibahagikan kepada dua iaitu tingkah laku luaran dan tingkah laku dalaman. Contoh-contoh murid yang mempunyai masalah tingkah laku luaran ialah kerap bangun dari tempat duduk, menjerit, bercakap kuat, memaki hamun, mengganggu rakan, memukul, bergaduh, tidak menghiraukan guru, kerap mengadu, menipu, merosakkan harta benda dan sebagainya. Manakala murid yang bermasalah tingkah laku dalaman adalah seperti mengasingkan diri, tidak mempunyai kemahiran sosial, melibatkan diri dalam dunia khayalan dan fantasi, mengadu sakit, tertekan dan takut pada sesuatu tanpa sebab, prestasi kognitif yang kurang memuaskan, menunjukkan tingkah laku yang hyperaktif, suka merayau, pemarah, kurang bersabar dan lain-lain lagi.

Kelemahan Murid dalam Kemahiran Bacaan Membaca merupakan salah satu sumber pengetahuan dan asas pembentukan diri ke arah memperoleh ilmu pengetahuan. Tujuan membaca bagi memahami teks yang dibaca dan kandungan teks memberi makna kepada pembaca (Yahya 2005). Keupayaan membaca merupakan suatu kemahiran yang amat bernilai dan merupakan proses yang dinamik, iaitu memerlukan komunikasi yang aktif dan bermakna antara pembaca dengan penulis. Membaca juga dikatakan sebagai keupayaan seseorang mengecam bentuk visual dan menghubungkan antara bentuk dengan bunyi dan melalui pengalaman serta berupaya mentafsirkan maksudnya. Pemahaman bacaan bergantung pada gabungan dari segi pengetahuan bahasa, gaya kognitif,dan pengalaman membaca. Menurut Abdul Rasid dan Zulkafli (2008), masalah menguasai kemahiran membaca menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah akibat ketidakcekapan mereka menguasainya. Permasalahan membaca yang ada dalam diri murid pemulihan adalah seperti tidak kenal huruf. Masalah tidak kenal huruf merupakan punca utama kebanyakan kanak-kanak gagal membaca dengan baik. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak akan menyebut sesuatu huruf sesuka hati atau dengan meneka sahaja dan menjadikan perkataan itu tidak bermakna atau berlainan makna. Selain itu, murid-murid juga meninggalkan huruf dan perkataan semasa membaca. Masalah ketinggalan huruf ialah huruf dan imbuhan ditinggalkan ketika membaca, misalnya buah disebut uah, kering disebut kerin, mengandungi disebut mengandung dan sebagainya. Manakalan masalah ketinggalan perkataan ialah perkataan dalam ayat juga kerap ditinggalkan semasa membaca, seperti Buku itu sangat tebal dibaca sebagai Buku itu tebal. Murid yang lemah dalam kemahiran bacaan juga tidak memahami apa yang dibaca. Misalnya, mereka gagal memahami maksud perkataan dan frasa yang berkaitan dengan waktu seperti selepas, sudah, sebelum, pagi, sekejap, dan sebagainya, tidak memahami maksud perkataan dalam pelbagai situasi, misalnya dalam ayat Panjatlah lagi pokok itu yang bermaksud melarang seseorang daripada memanjat pokok, gagal memahami atau membuat urutan idea atau peristiwa yang terdapat dalam bahan

bacaan terutamanya apabila diminta menceritakan semula petikan yang dibaca lambat memberi tindak balas terutamanya apabila tidak memahami arahan yang dibaca, gagal menghubungkan sebab dan akibat dalam bahan bacaan yang dibaca, tidak dapat mengenal pasti perkara yang tidak munasabah (absurdities) dalam bahan yang dibaca dan tidak dapat mentafsir atau menggunakan carta, graf, peta, rajah, dan sebagainya dalam buku. Di samping itu, murid yang lemah menguasai kemahiran bacaan juga teragakagak iaitu berhenti sejenak sebelum menyebut sesuatu perkataan ketika membaca disebabkan kanak-kanak tidak pasti akan bacaannya. Mereka juga mungkin menambah perkataan semasa membaca seperti bulan-bulan disebut bulang-bulang, ikan-ikan disebut ikang-ikang dan seumpamanya serta mengulang-ulang perkataan atau suku kata semasa membaca dan perbuatan mengulang ini bukan disebabkan oleh masalah gagap. Tambahan pula, murid yang lemah menguasai kemahiran bacaan juga mengalami masalah salah sebut. Salah sebutan terjadi akibat kanak-kanak tidak mengenal huruf atau tidak tahu membunyikan sesuatu huruf sehingga sesuatu perkataan tidak bermakna lagi dalam konteks ayat berkenaan. Kesalahan-kesalahan ini boleh mengubah makna perkataan atau ayat yang dibaca. Antara tingkah laku yang kerap ditunjukkan adalah yang seperti membatang suku kata terlebih dahulu sebelum dapat menyebut seluruh perkataan, bacaan tersekat-sekat, iaitu perkataan demi perkataan dan tidak lancar, membaca terlampau cepat atau gopoh tanpa menghiraukan tanda bacaan, tingkah laku yang tidak selesa seperti mengedip-ngedipkan mata, mengerut dahi, menggeleng-geleng kepada, dan sebagainya,

Konsep Pentaksiran Pentaksiran dalam bilik darjah bermaksud proses mengumpulkan dan

mentafsirkan maklumat tentang pelajar untuk membuat keputusan-keputusan yang dapat meningkatkan pembelajaran dan pengajaran (Mohamad Sahari Nordin, 2008). Menurut Salvia dan Ysseldyke (2001), menyatakan pentaksiran sebagai satu proses mengumpul dan menilai data atau maklumat untuk tujuan membuat keputusan dan menilai data atau maklumat untuk tujuan membuat keputusan tentang murid, terutamanya dalam aspek keperluan pengajaran dan pembelajarannya. Ia termasuklah ujian, temu bual, pemerhatian, sampel-sampel kerja dan apa juga maklumat yang harus diperoleh bagi membantu membuat keputusan yang munasabah dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Konsep pentaksiran merangkumi istilah-istilah berikut yang mana ianya perlu difahami terlebih dahulu iaitu : i. Pengujian satu kaedah penilaian kemajuan dan penentuan keperluan murid. ii. Penilaian proses yang menggunakan maklumat atau data untuk membuat keputusan iii. Peperiksaan pentadbiran alat/instrumen ujian dalam jangka masa, tempat dan suasana yang formal. iv. Pengukuran skor pencapaian yang diperoleh untuk mengukur prestasi individu Secara keseluruhannya pentaksiran bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka. Hasil pentaksiran membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.

Pentaksiran Dalam Pendidikan Pemulihan Pentaksiran dalam pendidikan khas juga menggunakan prinsip yang sama dengan pentaksiran dalam kelas normal. Dalam kebanyakan kes, pentaksiran yang digunakan adalah sama seperti pentaksiran pendidikan normal iaitu pemerhatian ke atas tingkah laku murid, membuat penilaian kemajuan murid dan seterusnya mereka bentuk program atau strategi pengajaran berdasarkan maklumat yang telah diperoleh. Merujuk laman web pendidikan khas, matlamat keseluruhan pentaksiran ialah untuk kemajuan murid dalam pembelajaran. Pentaksiran memberikan murid, ibu bapa dan guru maklumat yang terperinci tentang perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya. Pentaksiran yang dibuat adalah mengikut peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid tersebut. Pentaksiran juga

memerlukan pengumpulan bukti dan data pencapaian murid dalam satu tempoh masa untuk mentaksir pembelajaran dan pemahamannya. Bukti dan data ini dapat diambil dalam bentuk dialog, jurnal, lembaran kerja, portfolio dan beberapa jenis ujian seperti ujian diagnostik. Segala bukti dan data tersebut menggambarkan tahap kebolehan, kekurangan dan kelebihan murid berkenaan untuk penempatan. Pentaksiran dalam pendidikan khas adalah untuk memberi maklumat dan gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Ia juga dapat mengesan punca masalah yang dihadapi murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya. Mempelajari kemahiran asas adalah amat

penting bagi proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Hal ini kerana ia akan membantu murid untuk mempelajari setiap mata pelajaran dengan lebih mudah dan cepat jika mereka mahir dalam menguasai kemahiran asas.

Jenis-jenis Pentaksiran Pentaksiran didefinisi sebagai proses pengumpulan maklumat untuk mengenal pasti masalah dan membuat sesuatu keputusan keputusan (Salvia dan Ysseldyke 2007). Ia melibatkan pengumpulan maklumat mengenai kekuatan dan bidang keperluan yang perlu diberi perhatian. Terdapatlah beberapa jenis pentaksiran. Misalnya, pentaksiran berterusan pentaksiran informal atau formal, pentaksiran portfolio, pentaksiran subjektif atau objektif, pentaksiran penempatan, pentaksiran diagnostik, pentaksiran pencapaian, pentaksiran kecekapan, pentaksiran kemajuan dan pentaksiran formatif atau sumatif. Menurut Overton (1992), pentaksiran tidak formal melibatkan penggunaan kaedah yang tidak standard bagi menilai kemajuan seperti senarai semak, kerja rumah murid, kuiz, projek kumpulan, temu bual murid, pemerhatian tingkah laku murid, dan ujian-ujian yang dibina sendiri oleh guru. Ia tidak diberi skor pemarkahan atau gred. Pentaksiran tidak formal memberi peluang kepada guru membuat pemantauan berterusan ke atas murid yang bermasalah dalam akademik dan murid berkeperluan khas. Pentaksiran formal berkaitan dengan dokumen bertulis seperti ujian atau peperiksaan yang direkodkan. Ia diberi skor pemarkahan atau gred untuk menunjukkan pencapaian murid. Pentaksiran sumatif dan formatif sering merujuk kepada konteks pembelajaran. Pentaksiran sumatif dilakukan dalam situasi sebenar murid dan bertujuan untuk mengukur hasil pembelajaran serta pelaporannya kepada murid, ibu bapa dan pentadbir. Manakala pentaksiran formatif dilakukan dalam situasi sebenar dan diguna oleh guru sebagai panduan kaedah pengajaran akan datang. Pentaksiran diagnostik biasanya adalah berbentuk pentaksiran formatif. Ia mengukur pengetahuan dan kemahiran semasa murid bagi tujuan mengenal pasti kesesuaian pembelajaran. Pentaksiran kendiri adalah bentuk pentaksiran diagnostik di mana melibatkan murid membuat pentaksiran terhadap diri mereka.

Pentaksiran (sumatif/formatif) sering dikategori juga sebagai subjektif atau objektif. Pentaksiran objektif adalah bentuk soalan di mana satu jawapan betul. Pentaksiran subjektif adalah bentuk soalan yang mempunyai jawapan betul lebih daripada satu (atau lebih daripada satu cara untuk memperoleh jawapan betul). Terdapat pelabagai jenis soalan objektif dan subjektif. Jenis soalan objektif termasuklah jawapan betul atau salah, aneka pilihan, soalan pelbagai respon dan padanan. Soalan subjektif melibatkan soalan berbentuk huraian dan esei.

Kepentingan Pentaksiran Kepada Guru Pemulihan Pentaksiran dijalankan dalam bilik darjah adalah untuk mengintegrasikan pengukuran dan penilaian dengan pengajaran sehingga membantu meningkatkan mutu pembelajaran dan pengajaran guru. Pentaksiran adalah berbeza daripada tujuan amalan pengukuran dan penilaian tradisional, di mana tujuan ujian dan peperiksaan adalah untuk mengetahui apa yang berjaya dicapai oleh pelajar dan menetapkan gred pencapaian. Oleh itu, ujian dan peperiksaan hanya penting diadakan pada akhir sesuatu unit pelajaran atau pada penghujung semester. Namun, pentaksiran dalam kelas, adalah untuk mendapatkan maklumat bagi mengukuhkan pembelajaran dan pengajaran. Kepentingan pentaksiran kepada seorang guru pemulihan adalah guru dapat mengenal pasti faktor yang penyebab kepada sesuatu kelemahan murid. Sebagai contohnya, seorang murid yang selalu menarikkan diri dalam P&P guru serta aktivitaktiviti yang dijalankan dalam kelas dan sekolah. Jika guru ingin membantu murid mengatasi masalah yang dihadapinya, guru boleh menggunakan cara pentaksiran pemerhatian atau pentaksiran lain untuk mengenal pasti faktor-faktor yang

menyebabkan sikap dan tingkah laku murid itu. Selepas pentaksiran, guru juga dapat mengesan kelemahan murid dalam pelbagai aspek. Misalnya, aspek kemahiran sosial dan tingkah laku, kemahiran lisan, kemahiran bacaan, kemahiran menulis, kemahiran matematik dan sebagainya. Kepentingan pentaksiran seterusnya ialah ia dapat membolehkan pendidik dan guru mendapatkan informasi bagi tujuan mengubahsuai dan mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran jenis ini memaklumkan cara dan kaedah kebiasaan pembelajaran pelajar dan cara mengenal pasti corak dan kaedah serta jalan

yang diambil oleh pelajar. Oleh itu, pentaksiran ini memerlukan reka bentuk yang teliti daripada pendidik atau guru agar informasi hasilan keputusan dapat menentukan bukan sahaja sesuatu yang diketahui oleh pelajar tetapi turut mendapat pandangan mendalam tentang bagaimana, bila dan sama ada pelajar boleh mengaplikasikan apa yang mereka tahu atau pelajari. Dengan itu, para guru dapat menggunakan informasi dan maklumat ini bagi menyalurkan dan menyasarkan arahan dan sember maklum balas kepada pelajar bagi tujuan mempertingkatkan pembelajaran mereka. Selain itu, pentaksiran dalam bilik darjah dapat membantu guru mengumpulkan maklumat tentang pembelajaran dan pengajaran secara berterusan. Proses ini melibatkan dua aktiviti yang dikenali pengukuran dan penilaian. Pengukuran membolehkan guru membandingkan pencapaian antara pelajar. Penilaian pula, merupakan aktiviti menetapkan nilai terhadap perkara yang diukur. Aktiviti ini melibatkan tindakan membuat pertimbangan tentang kualiti iaitu sifat-sifat yang diingini dan sebaliknya pada sesuatu aspek pencapaian tertentu.

10

Pentaksiran Kemahiran Sosial & Tingkah Laku Bagi mentaksir kelemahan atau masalah murid dalam kemahiran sosial dan tingkah laku, guru boleh menggunakan salah satu kaedah daripada pentaksiran tidak formal iaitu pemerhatian. Kaedah pemerhatian merupakan alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temuduga. Melalui pemerhatian, guru dapat mengenal pasti kelemahan-kelemahan atau masalah yang dihadapi oleh murid dalam menguasai kemahiran sosial dan tingkah laku. Peranan guru ialah sebagai pemerhati terhadap perubahan-perubahan tingkah laku, mendengar, serta melihat tingkah laku murid sama ada dari jauh atau dari dekat. Sebelum membuat pemerhatian, guru perlu membuat perancangan yang baik dan teliti. Setiap pemerhatian mestilah mempunyai tujuan tertentu, dilakukan secara sistematik, mempunyai fokus, dan mestilah dicatatkan secara rapi dan betul. Catatan yang dibuat mestilah tepat, sah, dan boleh dipercayai. Guru boleh melaksanakan pemerhatian dengan menggunakan strategi dan cara serta kriteria tertentu. Antaranya ialah pemerhatian dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan yang dirancang, menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod anekdot, rubrik yang merangkumi aspek kognitif, afektif, psikomotor, bahan dan persekitaran, melaksanakan secara global atau analitik mengikut objektif pemerhatian tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian dijalankan jangka masa pemerhatian hendaklah disesuaikan dengan keadaan dan keperluan. Berikut disertakan satu contoh borang pemerhatian untuk meneliti tingkah laku bermasalah yang digunakan oleh guru.

Nama Murid : Pemerhati : Aktiviti Tingkah Laku :

Tarikh Pemerhatian : Masa : Mata Pelajaran :

11

Peristiwa peristiwa yang berlaku sebelum tingkah laku bermasalah

Tingkah Laku Bermasalah

Kesan-kesan daripada tingkah laku bermasalah

Rajah 1 : Borang Pemerhatian Tingkah Laku Bermasalah

Rekod Anekdot adalah satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan secara positif atau negatif untuk direkod. Pemerhatian tingkah laku biasanya tidak dirancang, tetapi secara kebetulan tingkahlaku tersebut berlaku. Pemerhatian ini dilakukan terhadap murid secara individu, walaupun peristiwa berlaku dalam kumpulan. Tiada had masa ditentukan untuk pemerhatian tingkah laku ini. Catatan hendaklah ditulis secara objektif apa sebenarnya yang berlaku. Contoh maklumat yang boleh direkod adalah peristiwa yang menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah. Contoh rekod anekdot:

REKOD ANEKDOT Nama Murid : _______________ Jantina : _______________ Tingkatan : _______________ Umur : _______________

Tarikh

Tempat

Kejadian / Peristiwa

Komen

_______________________ Nama Guru : Rajah 2 : Borang Rekod Anekdot

12

Aktiviti yang dapat membantu mengatasi masalah kemahiran sosial dan tingkah laku dalam kalangan murid pemulihan Salah satu kelemahan murid dalam kemahiran sosial dan tingkah laku ialah pengasingan diri. Mereka mengasingkan diri ini kebiasaannya tidak mahu bergaul dengan kawan-kawan yang lain. Murid ini suka menjauhkan diri dari kelompok dan meletakkan dirinya di satu sudut atau tempat terpencil. Murid yang suka mengasingkan diri mempunyai beberapa sebab tertentu seperti keadaan fizikal yang tidak sempurna, merasai kekurangan dari segi material berbanding rakan-rakan lain, sikap dari diri individu itu sendiri semenjak kecil atau mempunyai masalah peribadi atau dalaman. Kemungkinan, murid itu tidak biasa hidup di dalam kelompok kerana sudah terbiasa sejak kecil lagi hidup bersendiri dan merupakan anak tunggal atau bilangan adik beradik yang kecil. Murid sebegini jarang bercakap atau tidak banyak berinteraksi. Murid yang suka mengasingkan diri serta bermasalah tingkah laku atas faktor masalah keluarga, kewangan dan kurang perhatian dari kawan-kawan , kebiasaannya berwajah murung, tidak ceria dan kurang senyum. Murid sebegini juga kurang memberi penumpuan atau perhatian di dalam kelas. Murid ini lebih banyak berkhayal atau mengelamun ketika belajar. Sesetengah pula,menunjukkan sikap tidak berminat langsung untuk belajar. Tingkah laku bermasalah bagi murid yang suka mengasingkan diri ini boleh di atasi menggunakan teori mazhab sosial. Semasa P&P dijalankan, guru boleh mengadakan aktiviti kumpulan. Semasa membentuk kumpulan kecil, guru boleh memilih beberapa orang murid yang berkelakuan positif seperti berdisplin dan cemerlang dalam akademik bersama dengan murid yang mengasingkan diri. Guru mesti pandai memainkan peranan agar murid-murid yang bermasalah tersebut berminat dan berkecenderungan mengikut jejak langkah rakan sebaya mereka yang baik. Selain itu, guru perlu memberi tumpuan yang lebih kepada murid-murid yang bermasalah berbanding murid-murid lain semasa mengajar di dalam kelas. Guru hendaklah pandai mencuri tumpuan murid bermasalah agar mereka dapat mengikuti aktiviti pembelajaran bersam-sama dengan murid-murid lain di dalam kelas. Guru jangan sekali-kali meminggirkan murid yang bermasalah. Sebaliknya, guru hendaklah sentiasa cuba mencari jalan untuk merapatkan hubungan dengan murid tersebut.

13

Sebagai contohnya menyoal murid, meminta pendapat atau respon, mendekati murid, membimbing murid dan memberi semangat jika perlu. Guru juga boleh memberi peneguhan seperti ganjaran, pujian, penghargaan,hadiah dan motivasi kepada muridmurid ini agar mereka lebih berkeyakinan dan bersemangat di atas perubahan tingkah laku mereka. Semasa mengajar, guru juga boleh menggunakan situasi pembelajaran secara berkumpulan atau berpasangan. Aktiviti yang sesuai dilakukan adalah menyanyi bersama. Melalui aktiviti nyanyi bersama, guru dapat menarik perhatian murid yang mengasingkan diri. Kawan-kawan yang dipilih oleh guru akan memainkan peranan mereka misalnya berdiri atau duduk di sebelaj murid mengasingkan diri, menggalakkan mereka nyanyi bersama atau memegang tangan mereka untuk melakukan pergerakan sambil menyanyi. Murid yang mengasingkan diri akan berasa diri mereka adalah penting, dihormati dan disayangi. Dengan menjalankan aktiviti sebegini secara berterusan, sikap murid yang suka mengasingkan diri akan ubah.

14

Pentaksiran Kemahiran Bacaan Bagi mentaksir kelemahan dan masalah murid dalam kemahiran bacaan, guru boleh menggunakan kaedah pentaksiran diagnostik iaitu menggunakan ujian diagnostik bacaan. Ujian diagnostik adalah satu alat pengukuran yang membolehkan guru pemulihan khas mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terpeinci yang dihadapi oleh seseorang murid. Tujuan ujian diagnostik bacaan ialah: Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenalpasti secara khusus masalah bacaan yang dihadapi oleh murid. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenal pasti punca kegagalan murid untuk menguasai kemahiran bacaan. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus pada individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik. Ujian diagnostik bertujuan membolehkan guru merancang dan membina program dan bahan bantu belajar yang bersesuaian mengikut tahap murid. Sebelum membina sesuatu ujian diagnostik, terdapat beberapa perkara utama perlu guru tentukan iaitu objektif ujian, kemahiran yang hendak diuji, bagaimana hendak menguji murid sama ada individu atau kumpulan serta siapa yang hendak diuji iaitu sasaran. Ujian diagnostik hendaklah dilaksanakan setelah guru mengenal pasti muridmurid yang dipilih mengikuti program pemulihan. Ujian diagnostik bacaan harus dijalankan secara individu supaya guru dapat memerhati keadaan murid membaca serta masalah yang dihadapi oleh mereka. Ujian diagnostik bacaan harus dibina mengikut aras iaitu dari mudah ke susah; soalan ujian diagnostik pula harus dibina mengikut kemahiran-kemahiran membaca. Kemahiran membaca yang diuji adalah seperti asas membaca dengan sebutan yang betul, membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul, membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul dan sebagainya.

15

Selain itu, ujian ini hendaklah diberhentikan sekiranya seseorang yang diuji itu didapati gagal menjawab semua item dengan betul dalam 3 kemahiran berturut-turut. Setiap jawapan murid dalam ujian hendaklah direkodkan kerana keputusan ujian

diagnostik dapat memberi panduan kepada guru untuk menyusun satu program pengajaran kepada murid tersebut. Semasa menjalankan ujian diagnostik ini, guru harus berikan masa yang cukup kepada murid untuk menjawab soalan supaya mereka dapat menjawab dengan tenag dan selesa. Markah uijan yang diberi tidak penting, tetapi yang penting ialah keteranganketerangan atau data-data yang diberi cara mana murid belajar. Semua jawapan hendaklah diteliti oleh guru supaya guru tahu apa yang murid tidak tahu dan di manaa kesilapan mereka. Setiap kesalahan dan kesilapan murid hendaklah direkodkan untuk menjadi panduan kepada guru pada satu masa yang lain. Selepas menjalankan ujian dignostik ini, jumlah kesalahan kemahiran bacaan yang dilakukan oleh murid hendaklah direkodkan dalam borang analisis. Hasil analisis ujian diagnostik menjadi asas kepada guru untuk merancang pengajaran sama ada secara kumpulan atau pun individu.

16

Aktiviti yang dapat membantu mengatasi kelemahan bacaan dalam kalangan murid pemulihan Terdapat banyak aktiviti yang sesuai bagi membantu murid pemulihan dalam menguasai kemahiran bacaan. Jika murid pemulihan itu tidak dapat membaca dengan betul dan lancar, salah satu aktiviti membaca yang boleh dijalankan ialah membaca bersama. Aktiviti membaca bersama melibatkan guru dan murid membaca dan ulang membaca buku yang mempunyai teks bersaiz besar. Guru dan murid duduk bersama mengadap buku besar. Guru tunjuk tulisan dan membaca. Murid boleh ikut membaca bersama. Tujuan membaca bersama ialah satu langkah untuk membantu murid melihat bagaimana membaca. Murid membaca mengikut contoh guru. Aktiviti membaca bersama ini dapat membentuk sikap positif kerana cara membaca ini lebih seronok dan dapat membantu murid memahami buku. Guru juga dapat mengenalkan murid kepada pelbagai jenis bahan, melibatkan murid secara aktif, meransang imaginasi murid dan mencetus idea baru. Selain itu, guru dapat menyediakan contoh teks yang baik dab sesuai untuk digunakan oleh murid. Melalui aktiviti ini, guru dapat meransang murid untuk bercakap serta menggalakkan mereka berinteraksi dengan teks dan visual. Oleh itu, murid akan berasa seronok kerana membaca di dalam suasana yang tidak tertekan. Bahan aktiviti baca bersama ini adalah sebuah buku besar yang sesuai dengan tahap pembelajaran murid pemulihan. Sebelum membaca, guru harus menentukan apa yang hendak dibaca oleh murid serta sebab buku itu dipilih untuk murid. Guru juga harus menentuk objektif sesi, fokusnya mungkin isi kandungan atau strategi membaca. Selain itu, guru hendak menentukan sebanyak mana hendak dibaca. Satu perenggan, satu bab, keseluruhan teks. Tambahan pula, guru harus memberitahu murid tujuan membaca. Misalnya membaca semua perkataan dengan betul dan sebagainya. Semasa membaca, guru boleh menggalakkan murid lihat, bercakap dan berkongsi. Murid juga digalakkan baca teks sebaik mungkin dengan tidak berhenti bersoal jawab sehingga habis. Untuk meminta murid menggalakkan murid membaca bersama. Selepas membaca, dapatkan buku yang sama, saiz biasa supaya murid dapat membaca semula dengan sendiri atau bincang dengan rakan ulang baca, guru boleh

17

Refleksi Goh Chee Yuin (920201-07-5052) Terlebih dahulu, saya berasa amat bersyukur kerana dapat menyiapkan kerja kursus Pentaksiran dalam Pendidikan Pemulihan pada masa yang telah ditetapkan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya En. Fauzi Bin Hassan atas segala bimbingan dan tunjuk ajar. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli kumpulan saya iaitu Teh Yi Suan atas segala usaha, pendapat dan kerjasama mereka. Sebelum menjalankan kerja kursus PKP 3106 ini, taklimat kerja kursus telah diberikan oleh En. Fauzi. Selepas penerangan En. Fauzi, kami telah memahami kehendak kerja kursus dan mencatat apa yang perlu dibuat semasa menjalankan kerja kursus ini. Selepas membahagikan kumpulan, saya mula membuat perbincangan dengan ahli kumpulan saya lalu membahagikan tugas. Kami juga mula mencari maklumat dari laman web serta buku-buku dari perpustakaan. Apabila mengalami masalah atau kurang memahami tajuk tugasan kerja kursus ini, kami akan mendapat tunjuk ajar daripada En. Fauzi. Masalah yang saya hadapi sepanjang proses menjalankan kerja kursus ini ialah saya sukar mengenal pasti kelemahan murid dalam menguasai pembelajaran asas, kemahiran sosial dan tingkah laku, kemahiran lisan, kemahiran bacaan, kemahiran menulis dan kemahiran matematik. Hal ini disebabkan kami harus menjalankan pentaksiran terhadap kelemahiran murid dalam menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dahulu baru dapat mengenal pasti kelemahan-kelemahan murid. Namun, Pengalaman Berasaskan Sekolah kali ini adalah melaksanakan tugas elektif 1 iaitu Bahasa Cina. Jadi, kami tidak dapat menjalankan pentaksiran lalu tidak dapat maklumat yang benar mengenai kelemahan-kelemahan murid. Oleh itu, kami telah berjumpa dengan En. Fauzi lalu membuat perbincangan. Akhirnya, En. Fauzi mencadangkan kami merujuk kepada ilmu pengetahuan yang kami dapat sepajang P&P beliai. Untuk medapat maklumat yang lebih tepat dan benar, saya telah banyak mencari maklumat-maklumat dari buku rujukan dan dari laman web supaya dapat menghasilkan kerja kursus yang berkualiiti dan isi kandungannya tepat dan padat. Saya telah banyak merujuk kepada jurnal dan kajian-kajian pendidik mengenai

18

kelemahan atau masalah murid dalam menguasai kemahiran bahasa serta cara untuk membantu murid untuk mengatasi masalah mereka. Selepas melaksanakan kerja kursus Pentaksiran dalam Pendidikan Pemulihan ini, saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai bakal guru pemulihan. Saya telah mempelejari jenis-jenis pentaksiran yang sesuai digunakan untuk mentaksiran kelemahan murid dalam kemahiran tertentu serta cara untuk membina instrumen yang sesuai dengan kemahiran-kemahiran dan kelemahankelamahan yang diuji. Misalnya, saya telah membina senarai semak untuk mengenal pasti kelemahan atau masalah murid dalam menguasai kemahiran sosial dan tingkah laku. Untuk mendapat keputusan yang lebih tepat, setiap bahagian dalam senarai semak itu telah dirancang dengan halus dan terperinci. Selain daripada mempelajari cara pentaksiran dan membina instrumen, saya mempelajari cara untuk menganalisis dan menjelaskan pentaksiran yang telah dijalankan. Selepas menganalisis pentaksiran yang telah dijalankan, kami akan dapat mengenal pasti kelemahan murid dalam sesuatu kemahiran secara terperinci. Oleh itu, kami dapat mencadangkan kaedah pengajaran atau intervensi yang sesuai kepada murid berdasarkan kelemahan mereka.. Pengetahuan mengenai jenis-jenis pentaksiran serta cara membina instrumen adalah amat penting bagi seorang guru pemulihan kerana masalah yang dihadapi oleh murid-murid pemulihan adalah tidak sama. Oleh itu, untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh mereka secara khusus, guru pemulihan harus melaksanakan pentaksiran untuk mentaksir kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran. Selepas mendapat keputusan, barulah guru pemulihan dapat merancangkan P&P yang sesuai bagi membantu murid dalam menguasai kemahiran-kemahiran tertentu. Melalui proses menyiapkan tugasan kerja kursus ini yang saya laksanakan bersama ahli kumpulan saya, hubungan antara kami semakin rapat Sikap toleransi dan bekerjasama dengan pensyarah dan semua rakan-rakan juga dapat ditingkatkan melaui proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini. Saya menjadi lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran pensyarah dan hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami.

19

Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-rakan bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh para pensyarah dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan. Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus Pentaksiran dalam Pendidikan Pemulihan ini telah memberikan banyak pengetahuan baru mengenai disleksia kepada saya. Apabila saya bertemu dengan murid disleksia pada masa yang akan datang, saya akan faham masalah pembelajaran dan situasi pembelajaran. Jadi, saya boleh merancang P&P yang sesuai dengan tahap mereka.

20

You might also like