You are on page 1of 10

RANGKA PIDATO Pendahuluan Kata-kata aluan Penerangan ringkas tajuk pidato

Isi-isi penting a. Tidak bertanggungjawab b. Tidak amanah c. Mementingkan diri sendiri d. Rasuah e. Tidak berilmu pengetahuan Penutup Masalah alam sekitar berpunca daripada masalah integriti Harapan hargai dan jaga alam kita

GRAFIK PIDATO

Tidak Bertanggungjawab -Pencemaran Udara

Tidak berilmu pengetahuan - pembangunan yang tidak teratur

Tidak Amanah

Masalah Alam Sekitar : Masalah Integriti


Rasuah

-Tidak menjalankan tugas memungut sampah

Mementingkan diri

- pembalakan haram

-tidak melaporkan kesalahan undnagundang melibatkan alam sekitar

TEKS PIDATO Kerana cinta kuhantar tanda, Kusemat dihati si mawar putih, Kerana harta jiwa ternoda, Angkara nafsu buana merintih.

Cuba kita taakul dan berfikir sejenak maksud tersirat pantun sebentar tadi. Adakah kerana harta kita sanggup menggadaikan alam sekitar kita? Adakah kerana duit, kita sanggup melihat dunia kita merintih? Di manakah integriti kita? Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang dikasihi Puan Suhailah binti Shariff,pensyarah penasihat bagi Bahasa Melayu Kontekstual,saudara penjaga masa yang setia dengan randiknya,seterusnya rakan seperjuangan yang saya segani dan hormati sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Sebelum madah bersulam indah, sebelum fakta menyusur kata, izinkan saya mendefinisikan secara literal mahupun konseptual, agar yang kabur dijelaskan yang gelap diterangkan. Dalam buku Pelan Integriti Nasional (PIN), integriti dapat didefinisikan sebagai peribadi mulia yang terdapat pada diri individu meliputi nilai-nilai amanah, jujur, ikhlas, sabar, tidak rasuah, berlapang dada, telus, bertanggungjawab, dan ciri-ciri positif yang lain. Merujuk Kamus Dewan edisi ke-4, masalah bermaksud sesuatu yang memerlukan penyelesaian atau perkara atau keadaan yang menimbulkan kesukaran. Integriti pula bermaksud kejujuran atau keadaan sempurna dan utuh.Manakala alam bermaksud segala yang ada di langit dan di bumi. Sekitar pula bermaksud sekeliling atau sekitarnya. Terang lagi bersuluh bahawa takrif secara konseptualnya adalah masalah alam sekitar ialah masalah keadaan sekeliling kita dan masalah integriti pula ialah isu nilai murni.

Maka, jelaslah akan maksud tajuk pidato saya iaitu Masalah alam sekitar : Masalah Integriti. Adakah benar masalah alam sekitar berpunca daripada masalah integriti? Izinkan saya meminjam telinga anda, bukakan minda dan renungkan hujah-hujah yang akan saya utarakan. Saudara dan saudari sekalian, Apabila kita perhatikan dalam kehidupan seharian, sikap tidak bertanggungjawab individu dan organisasi turut mengundang kepada berlakunya pencemaran alam sekitar. Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Seksyen 29A), tidak seorang pun dibenarkan atau menyebabkan pembakaran terbuka dimana-mana premis. Akan tetapi masih ada segelintir individu yang masih berhati batu melakukan pembakaran secara terbuka. Hal ini disebabkan oleh individu yang tidak mempunyai integriti tanggungjawab terhadap alam sekitar. Kesannya, pelbagai masalah yang melanda alam sekitar. Salah satunya adalah pencemaran udara. Pencemaran udara berlaku disebabkan hasil daripada perbuatan manusia melakukan pembakaran secara terbuka, penggunaan kenderaan yang semakin meningkat dan kilang-kilang yang menggunakan peralatan melebihi kapasitinya. Walaupun telah didedahkan kesan-kesan pencemaran dan cara penjagaan tetapi manusia tetap berdegil dan masih melakukan perbuatan ini. Setiap saranan yang ditunjukkan bagaikan masuk ke telinga kanan keluar telinga kiri. Akibatnya, pelbagai kesan yang dihadapi oleh manusia itu sendiri bak kata pepatah bagaikan meludah ke langit jatuh kemuka sendiri. Seharusnya kita sebagai khalifah dimuka bumi ini harus bertanggungjawab terhadap bumi yang semakin dimamah usia ini. Jangan kerana perbuatan kita, kemusnahan berlaku dimerata-merata tempat. Bukan alam sahaja yang terkena tempiasnya namun hidupan lain juga akan merana. Oleh itu, marilah kita memikul tanggungjawab yang diberikan kepada kita bak kata pepatah berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Hadirin dan hadirat yang saksama, Sabda Rasulullah SAW, Allah mencintai apabila tugas diamanahkan kepada seseorang maka laksanakan tugas tersebut dengan sebaik yang mungkin. Di sini, ingin saya menekankan perkataan amanah sebagai kata kunci untuk isi saya yang kedua. Seperti yang telah kita ketahui, setiap pekerjaan yang dilakukan adalah merupakan amanah kepada kita. Selain itu, alam ini juga adalah amanah yang Allah
4

berikan kepada kita untuk kita jaga dengan baik dan sempurna. Siapa lagi yang akan menjaga alam sekitar kalau bukan diri kita sendiri. Saya pasti anda semua pernah terlihat atau membaca di mana-mana berita, artikel mahupun diri sendiri yang menjadi salah satu watak dalam senario di mana terlalu banyak longgokan sampah yang tidak diambil mengikut jadual sehingga sampah sarap itu terbiar di kawasan itu, malah ada yang lebih memanaskan pihak berkuasa tempatan di mana syarikat yang mengikat kontrak tidak menjalankan tugas setelah dibayar. Hal ini akan mengakibatkan kawasan terbabit berbau busuk dan ada penduduk di tempat itu yang terpaksa melihat panorama hidupan ulat yang membiak. Kita haruslah sedar akan amanah yang dipikul kerana bahananya bukan sahaja kepada kita sebagai penduduk di muka bumi ini tetapi kesannya juga membabitkan alam ini sendiri yang akan memberikan kesan kepada generasi akan datang yang berkemungkinan besar tidak dapat lagi merasai nikmat kehijauan alam kurniaan Ilahi. Oleh itu, kita sebagai manusia yang tinggal dan menggunakan alam ini hendaklah bersatu padu menjaga dan memastikan alam ini tetap terpelihara dan sentiasa kekal bukan sahaja untuk kegunaan kita pada masa kini tetapi juga buat generasi kita pada masa akan datang. Saudara dan saudari yang dihormati sekalian, Kebanyakkan bandar-bandar purba dan sebahagian bandar moden pada hari ini pada asalnya bermula dari sungai. Sebagai contoh, bandar Babylon dibina di lembah sungai Tigris dan sungai Euphrates manakala dalam catatan sejarah kita pula ialah Abdullah Munsyi menyentuh tentang kewujudan Kuantan, Hatta, pada malam Khamis datanglah sebuah perahu kecil dari Kuantan... Dengan itu, Kita dapat merumuskan bahawa kebanyakkan penempatan bermula dari sungai. Hal ini dapat membuktikan bahawa sungai adalah amat penting dalam kehidupan seharian kita. Namun begitu, zaman beralih zaman, masa berlalu pergi, kita semakin lupa akan sungai yang menjadi nadi utama kita pada suatu ketika dahulu. Sungai kini menjadi rosak dan semakin tenat dari sehari ke sehari. Di Malaysia sendiri kita dapat melihat buktinya di mana sungai Pinang dan sungai Juru di Pulau Pinang yang berada dalam senarai sungai yang tercemar dan kualiti airnya berada dalam kelas 4 iaitu tercemar dan yang paling teruk sekali berada dalam kelas 5 iaitu sudah menjadi sungai mati. Pencemaran sungai yang berlaku ini adalah disebabkan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab seperti pengusaha-pengusaha kilang dan juga
5

individu-individu yang membuang sisa-sisa bahan buangan ke dalam sungai. Perkara ini akan menyebabkan berlakunya pencemaran sungai dan membuatkan air sungai tersekat untuk mengalir akan mengakibatkan air menjadi cetek. Kesannya boleh mengakibatkan berlakunya banjir kilat apabila turunnya hujan lebat di kawasan sungai terbabit. Akan tetapi, masih ada pihak yang mengambil sambil lewa akan masalah ini sehingga membuatkan mereka tetap enggan melaporkan aktiviti-aktiviti tersebut yang berlaku di sekitar kerana bimbang akan kesannya. Maka, jelaslah hujah saya yang ketiga iaitu sikap mementingkan diri sendiri ini akan menjadi salah satu punca kepada masalah alam sekitar. Seandainya sikap ini masih yang tetap diamalkan oleh setiap insan, lambat-laun masalah alam sekitar akan berterusan dan menjadi semakin rumit jika tidak diatasi. Kita sebagai masyarakat yang prihatin sepatutnya berani menyuarakan kesalahan yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan melaporkannya kepada pihak berkuasa. Kita juga tidak sepatutnya menyembunyikan kesalahan segelintir pihak hanya kerana tidak ingin digelarkan menjaga tepi kain mereka ataupun bersubahat dengan mereka. Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian, Tahukah anda baru-baru ini terpampang di dada akhbar tentang kerugian yang ditanggung oleh kerajaan sebanyak RM 8.95 juta akibat daripada aktiviti pembalakan haram. Sepanjang tahun lalu, Ops Balak dijalankan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Pengarah Perhutanan Daerah Kedah Selatan, Pegawai Hutan Daerah Kedah Selatan serta dua renjer hutan, mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 kerana meminta rasuah daripada pengusaha balak. Sepatutnya pihak berkenaan mengenakan tindakan dan bukanlah meminta wang suap. Menurut Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak, pihak penjawat awam seharusnya berintegriti dalam mengatasi cabaran ekonomi semasa seperti amalan rasuah. Jika amalan rasuah ini berlaku secara berleluasa dalam pembalakan, ekoran itu habitat dan ekosistem alam semula jadi akan terancam serta pihak-pihak lain akan mengalami kerugian. Oleh itu, untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem alam semula jadi maka pihak berkuasa seharusnya mengambil tindakan untuk mengawal sebarang aktiviti yang boleh mengakibatkan kerosakan alam seperti mengetatkan tindakan undang-undang terhadap penceroboh hutan, melaksanakan pemeliharaan dan pemuliharaan, melakukan tinjauan yang lebih kerap dan meluaskan kawasan tinjauan.
6

Saudara dan saudari yang budiman, Di Malaysia, pembangunan fizikal merupakan keperluan semasa seiring dengan peredaran zaman yang semakin mencabar dan penduduk yang kian bertambah. Oleh itu, banyak pembangunan yang dijalankan bagi memenuhi tuntutan tersebut. Namun, pembangunan yang dijalankan akan menyebabkan pencemaran alam sekitar. Contohnya, pembinaan kawasan perumahan yang baru. Pihak pemaju sepatutnya merancang dengan teliti akan pembinaan kawasan perumahan tersebut. Untuk membina kawasan perumahan yang baru, satu kawasan yang baru diperlukan. Hal ini akan mendorong mereka untuk menggondol kawasan tersebut untuk menjalankan projek pembangunan. Pihak pemaju sepatutnya harus mengambil kawasan yang diperlukan sahaja dan bukannya menggondolkan kesemua tempat. Selain itu, pembinaan tersebut juga akan mengakibatkan masalah pencemaran bunyi yang berpunca dari bunyi enjin gerudi dan pemunggahan batu yang dilakukan oleh lori batu. Sampah sarap turut akan berlonggok di kawasan tersebut dan pelbagai penyakit akan menular. Masalah-masalah ini berlaku apabila pihak pemaju kekurangan pengetahuan dengan tidak mengambil berat serta cuba mengelakkan piawaian keselamatan yang ditetapkan sama ada berhubungan keselamatan manusia atau alam sekitar. Pembangunan tidak boleh dipersalahkan kerana pembangunan adalah rekaan manusia. Kita sebagai orang yang berakal dan berilmu harus berfikiran jauh akan kesan perkara yang dilakukan oleh kita. kita seharusnya mengambil langkah bijak bagi mengatasi sebarang kemungkinan masalah yang akan dialami oleh alam sekitar. Sebagai penyimpul kata, saya ingin menegaskan bahawa masalah alam sekitar yang berlaku pada masa kini adalah berpunca daripada masalah integriti seseorang individu. Bagi hujah saya yang pertama, sikap individu dan organisasi yang tidak bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas menjadi salah satu penyebab pencemaran udara. Manakala hujah saya yang kedua, amanah yang digalaskan dibahu kita dikhianati dengan sewenang-sewenangnya. Selain itu, sikap mementingkan diri sendiri juga merupakan salah satu punca berlakunya masalah alam sekitar begitulah hujah saya yang ketiga. Di dalam era globalisasi ini, semua manusia berlumba-lumba untuk mengejar kemewahan duniawi sehingga sanggup menjadi penerima rasuah adalah merupakan hujah saya yang keempat. Seterusnya, hujah saya yang terakhir iaitu kekurangan ilmu pengetahuan tentang pengurusan
7

alam akan menyebabkan wujudnya pencemaran alam sekitar. Sesungguhnya, alam ini merupakan ciptaan daripada Allah yang Maha Esa. Kita sebagai hambaNya hanya peminjam sementara bagi harta milikNya di dunia ini. Oleh itu, kita hendaklah menghargai dan menjaganya dengan sebaik mungkin. Dengan itu, saya mengakhiri pidato saya dengan serangkap pantun. Tanam mari si pokok kelapa, Pohon kelapa juga di tegar, Kesedaran diri jika di dada, Kekal terpelihara alam sekitar. Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakattuh.

(1599 patah perkataan)

RUJUKAN (28.04.2011). Kerugian Akibat Pembalakan Haram, Curi Pasir RM754 juta : SPRM. Dilayari pada 25 Ogos,2011, melalui laman web http://www.bharian.com.my/articles/Kerugianakibatpembalakanharam_curipas irRM754juta_SPRM/Article/ (9 Januari 2010). Masalah Pencemaran, Faktor-faktor Penyebab dan Langkahlangkah untuk Mengatasinya, dilayari pada 25 Ogos 2011, melalui laman web http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:X_61iX7rZ1oJ:my.o pera.com/karanganbm/blog/masalah-pencemaran-faktor-faktor-penyebabdan-langkah-langkah-untukmengatasin+faktor+pencemaran+bunyi&cd=1&hl=en&ct=clnk&gl=my&source =www.google.com.my (22 Jun 2010). Sampah Berulat depan pintu di Johor, Dilayari pada 25 Ogos 2011, Melalui laman web http://amkns.blogspot.com/2010/06/sampah-berulatdepan-pintu-di-johor.html (Cetakan keempat). (November 2009), Pelan Integriti Nasional. Institut Integriti Malaysia Abdul Rahman Sulaiman. Isu Rasuah Di Malaysia, Dilayari pada 25 Ogos 2011, melalui laman web http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/16-isunasional/2390-isu-rasuah-di-malaysia.html Asal Usul Nama bandar-bandar di Pahang. Dilayari pada 25 Ogos 2011, melalui laman web http://akuanakpahang.blogspot.com/2011/07/asal-usul-nama-bandar-bandardi-pahang.html Haji Muhammad Zakaria. (2011). Iman Tunjang Integriti. Solusi, Isu 32, ms 44-45 Info Larangan Terbuka dan Jerebu, Dilayari pada 25 Ogos 2011, melalui http://www.doe.gov.my/portal/public/air/ Kamus Dewan (edisi keempat). (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
9

Rohana Man. (05.06.2010). Memulihara Sungai Tercemar, dilayari pada 25 Ogos 2011, melalui laman web http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0605&pub=Utusan_Malaysia &sec=Rencana&pg=re_02.htm Tengku Anuar bin Tengku Dalam. (1989). Isu-isu Mengenai Penduduk dan Kemasyarakatan, Kuala Lumpur : Penerbitan Pustaka Antara Tidak Tahan Bau Busuk. Dilayari pada 25 Ogos 2011, melalui laman web http://www.sinarharian.com.my/johor/content/story8132145.asp

10

You might also like