You are on page 1of 18

1.

0 Pengenalan

Australia merupakan sebuah negara di Hemisfera Selatan yang terdiri daripada tanah besar
yany merupakan benua terkecil di dunia dan sebilangan pualu di Lautan Selatan, Hindi dan
Pasifik. Negara-negara jirannya termasuklah Indonesia, Timor Leste dan Papua New Guinea
di utara, Kepulauan Solomon, Vanuatu dan New Caledonia di timur laut dan New Zealand di
tenggara. Pada 1 Januari 1901, enam buah tanah jajahan bergabung menjadi sebuah
persekutuan dan Komanwel Australia dibentuk. Sejak masa itu, Australia telah mengekalkan
sistem politik demokratik liberal yang stabil dan tetep merupakn sebahagian Alam
Komenwel. Ibu negaranya, Canberra (1911) terletak di Wilayah Ibu Kota Australia
(Melbourne merupakan ibu negara dari tahun 1901 hingga 1927). Jumlah penduduk negara
yang kini di sekitar 20.6 juta orang tertumpu di bandaraya tepi pantai seperti Sydney,
Melbourne, Brisbane, Adelaide dan Perth.

Australia mempunyai ekonomi campura gaya barat yang kaya dengan KDNK per
kapita yang lebih tinggi sedikit daripada United Kingdom, Jerman dan Perancis dari segi
pariti kuasa beli. Negara ini berada dalam kedudukan ketiga dalam Indeks Pembangunan
Manusia 2005 oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan dalam Indeks Kualiti Hidup
Sedunia 2005 oleh ’The Economist’ berada ditempat ketiga. Sejak kebelankangan ini,
ekonomi Australia mudah pulih ketika menghadapi kemerosotan ekonomi sejagat. Kenaikan
keluaran di dalam ekonomi dalam negara berupaya mengimbangi kemerosotan sejagat dan
keyakinan perniagaan serta pengguna masih tegap. Isu-isu terkini yang membimbangkan
sesetengah ahli ekonomi adalah defisit akaun semasa yang tinggi serta tahap hutang asing
bersih yang dipinjam oleh sektor swasta.

1
2.0 Wang

Negara Australia mencapai kemerdekaan pada 1901. Selepas kemerdekaan kerajaan


persekutuan bertanggungjawab terhadap mata wang mereka. Terdapat pelbagai jenis mata
wang yang telah digunakan sejak ketibaan peneroka Eropah. Pada tahun 1966, kod mata
wang yang digunakan di Australia ialah AUD (Australian Dollar). Singkatan mata wang yang
digunakan ialah $A, AU$, A$ atau $A. Dolar Australia diperkenalkan pada Febuari 1966
mengantikan mata wang sebelum ini iaitu Pound Australia. Siri pertama Dolar Australia
dikeluarkan dibahagikan kepada $100, $50, $20, $10, $5, $2 dan $1.

NILAI MATAWANG POTRET


$100 DEPAN Douglas Mawson
BELAKANG John Tebbutt
$50 DEPAN Haward Florey
BELAKANG Ian Cluniess Ross
$20 DEPAN Charles Kingsford Smith
BELAKANG Lawrence Hargrave
$10 DEPAN Francis Greenway
BELAKANG Henry Lawson
$5 DEPAN Joseph Banks
BELAKANG Caroline Chisholm
$2 DEPAN John MacArthur
BELAKANG William Farrer
$1 DEPAN Queen Elizabeth II
BELAKANG David Malangi

Australia adalah merupakan negara pertama yang memperkenalkan not polimer


polipropilena (polypropylene polymer notes). Not-not ini dihasilkan lebih selamat bagi
mengelak pemalsuan. Ia juga mampu bertahan empat kali ganda daripada wang kertas biasa
yang digunakan. Not yang pertama ialah not $10 yang dikeluarkan pada tahun1988 di mana
direka oleh Harry Williamson. Masa kini kesemua banknotes Australia dibuat daripada
polimer. Note Printing Australia merupakan sebahagian daripada Reverse Bank of Australia

2
adalah syarikat yang menghasilkan banknotes Australia. Syarikat ini terletak di Melbourne.
Potret yang digunakan untuk wang mereka telah ditukarkan. Lima dolar yang telah
dikeluarkan pada Januari 2001 mempunyai potret muka depan Henry Parkes dan dibelakang
Catherine Helen Spence.

NILAI POTRET MUKA MATAWANG PEREKA


MATAWANG
$100 DEPAN Dame Nellie Melba Bruce Stewart
(Soprano Terkenal)
BELAKANG Sir John Monash
(Askar Terkenal, Jurutera dan
Pentadbir)
$50 DEPAN David Unaipton
(Penulis Peribumi dan Pereka) Brian Sadgrove
BELAKANG Edith Cowan (Parlimen Wanita
Pertama Australia)
$20 DEPAN Mary Reibey
(Hartawan Perkapalan Berjaya dan Garry Emery
Dermawan)
BELAKANG Reverent John Flynn
(Perkhidmatan Doktor Udara Diraja)
$10 DEPAN Banjo Paterson (Penyajak)
BELAKANG Dame Mary Gilmore (Penyajak)
Max Robinson
$5 DEPAN Queen Elizabeth II (Ratu Australia)
BELAKANG Parliament House
Bruce Stewart
2.1 Wang Kertas Australia

Wang kertas $100 memerhatikan ciri-ciri Dame Nellie Melba, seorang soprano yang
termasyhur (1861–1931) dan General Sir John Monash (1865–1931) seorang askar terkenal,
jurutera dan pentadbir. Wang kertas $50 memeerhatikan ciri-ciri penulis peribumi dan
pencipta David Unaipon (1872–1967) dan anggota parlimen wanita Australia yang pertama,
Edith Cowan (1861–1932). Seterusnya, not $20 memerhatikan ciri-ciri pengasas pertama
dunia perkhidmatan perubatan udara (Perkhidmatan Doktor Udara Diraja), John Yang Mulia
Flynn (1880–1951) dan Mary Reibey (1777–1855), yang tiba di Australia sebagai seorang

3
banduan dalam 1792 dan bertindak menjadi seorang hartawan perkapalan berjaya dan
seorang dermawan. Not $10 memerhatikan ciri-ciri penyajak-penyajak AB 'Banjo' Paterson
(1864–1941) dan Dame Mary Gilmore (1865–1962). Not ini menggabungkan hasil karya
petikan mikro Paterson dan Gilmore. Wang kertas $5 memerhatikan ciri-ciri Ratu Australia
Queen Elizabeth II dan Bangunan Parlimen di Canberra, ibu negari Australia.

2.2 Duit Syiling Australia

Syiling $2 menggantikan wang kertas $2 pada tahun 1988. Ia menggambarkan satu suku
kaum orang tua peribumi yang berlatarbelakangkan Southern Cross dan pokok-pokok rumput
tempatan. Syiling $1 juga menggantikan wang kertas $1 pada tahun 1984. Ia
menggambarkan lima ekor kanggaru. Piawaian $1 direka bersama dengan 50, 20, 10 dan 5
sen rekaan-rekaan, telah dicipta oleh Pegawai Permata Ratu, Stuart Devlin. 50 sen
menampilkan jata Australia (Australia’s coat of arms) iaitu enam buah lambang negara di
tengah perisai yang disokong oleh seekor kanggaru dan burung emu dengan berlatarkan
rumput Mitchell. Syiling 20 sen berlambangkan platipus (bintang di Australia yang berparuh
seperti itik), hanya satu daripada dua egg-laying mamalian di dunia. Ia mempunyai kaki
berkulit selaput berjaringan dan paruh seperti itik yang digunakan untuk memburu mencari
makanan disepanjang dasar aliran sungai dan sungai. Bagi syiling 10 sen mempunyai ciri-ciri
lyrebird jantan menari. Seorang mimik yang pandai, lyrebird mendiami hutan yang tebal
pantai timur Australia. Syiling 5 sen pula menggambarkan mamalia bertelur Australia atau
tenggiling berduri dan hanya egg-laying mamalia dunia yang lain.
Duit syiling 5, 10, 20 dan 50 sen dibuat daripada kupro nikel (75% keping tembaga
dan 25% nikel). Syiling $1 dan $2 dibuat daripada gangsa aluminium (92% keping tembaga,
6% keping aluminium dan 2% nikel). Edaran syiling $1, 50 dan 20 sen sekali sekala
menonjolkan peringatan rekaan. Duit syiling Australia dihasilkan oleh The Royal Australia
Mint yang terletak di ibu negeri, Canberra. Sejak pembukaan pada tahun 1965, Mint tersebut
telah mengeluarkan lebih daripada 14 bilion pengedaran duit syiling. Ia juga mempunyai
kapasiti untuk menghasilkan lebih daripada dua juta duit syiling setiap hari atau lebih
daripada 600 juta syiling setiap tahun. The Royal Australia Mint mempunyai reputasi
antarabangsa untuk mengeluarkan duit syiling numismatic yang berkualiti dan memenangi

4
anugerah antarabangsa bagi ‘Best Silver Coin 2006’ untuk reke bentuk syiling Silver
Kangaroo.

2.3 Penawaran Wang Di Australia

Reserve Bank of Australia mendefinasikan agregat kewangan sebagai M1 ialah edaran dan
deposit semasa bank daripada sektor swasta bukan bank. M3 pula ialah M1 dan deposit bank
lain daripada sektor swasta bukan bank. Broad Money adalah M3 dengan pinjaman daripada
sektor swasta oleh NBFIs. Asas wang pula adalah pegangan wang dan syiling oleh sektor
swasta tambahan deposit bank dengan Reserve Bank of Australia (RBA) dan liabiliti lain
RBA kepada sektor swasta bukan bank.

3.0 Dasar Kewangan Australia

3.1 Pengenalan Dasar Kewangan di Australia

Pada mulanya, terdapat pelbagai dasar kewangan yang di gunakan oleh sesebuah negara, di
peringkat antarabangsa di bahagikan kepada dua kumpulan. Antaranya;

5
i. Kumpulan Pertama

Dasar Kewangan yang memfokuskan kepada kadar pertukaran. Negara-negara tersebut


menggunakan kadar pertukaran yang tetap dalam matawang antarabangsa atau sesetengah
sasaran kumpulan dan Dasar Kewangan mempunyai kepentingan dalam pengurusan kadar
pertukaran. Hanya sebilangan kecil sahaja negara yang menggunakan kadar pertukaran yang
tetap. Contohnya seperti Hong Kong, yang mana ianya menetapkan matawang dalam sebutan
US dollar.

ii. Kumpulan Kedua

Dasar Kewangan yang bergantung kepada objektif ekonomi tempatan dengan menggunakan
kadar pertukaran boleh ubah. Contoh Negara yang termasuk di dalam kumpulan ini seperti
Australia, United State, Jepun, New Zealand ( Negara OECD ). Dalam Negara tersebut,
Dasar Kewangan boleh digambarkan sebagai pengurusan kadar bunga bagi jangka pendek
oleh Bnak Pusat bagi Negara-negara yang terlibat, kebiasaannya digambarkan dengan inflasi
dan pertumbuhan ekonomi.

3.2 Objektif-objektif Dasar Kewangan Australia

Di Australia, objektif-objektif Dasar Kewangan secara formal ditentukan oleh Akta Reserve
Bank of Australia 1959. Terdapat tiga objektif bagi Dasar Kewangan di Australia:
i. Kestabilan Matawang bagi Australia.

ii. Mencapai Gunetenaga Penuh di Australia.

iii. Kekayaan Ekonomi dan Kebajikan bagi Penduduk di Australia.

Kestabilan Matawang bagi Australia secara umumnya ditakrifkan kepada kestabilan


harga. Ianya dimaksudkan satu nilai yang stabil dalam sebutan dollar Australia iaitu melalui
kuasa beli barang dan perkhidmatan. Kestabilan matawang saling berkait antara dua objektif
lain, dengan ini Dasar Kewangan bagi Australia menggunakan sasaran inflasi untuk

6
mencapai pembangunan ekonomi semasa. Kepentingan hubungan antara dua objektif lain
dapat dijelaskan melalui kumpulan sasaran digambarkan secara purata untuk di capai
melebihi tempoh masa yang telah di tetapkan. Ianya memadai satu dasar yang boleh berubah
bagi pembangunan gunatenaga yang penuh dalam jangka pendek dan pertumbuhan ekonomi.
Dengan kata lain, terdapat beberapa skop dari dasar kewangan untuk menstabilkan keadaan
yang berubah-ubah bagi kitaran perniagaan dalam jangka pendek. Bagi jangka panjang
pula,seperti yang telah dinyatakan dalam penyata, sumbangan utama dalam dasar kewangan
bagi , memperkembangkan pertumbuhan dan kekayaan ialah dengan mengurangkan kadar
inflasi pada tahap yang rendah. Formula utama yang dirujuk adalah “garisan inflasi yang
paling bawah” tetapi diikuti dengan perubahan Indeks Harga Pengguna(IHP) pada tahun
1998 menunjukkan persetujuan antara Bank dan Bendahari untuk memfokuskan pada tajuk
IHP. Ianya dihasilkan untuk memastikan objektif sasaran inflasi jelas untuk diketahui umum.

Sasaran bagi Dasar Kewangan di Australia merangkumi beberapa skop bagi Dasar
Kewangan tersebut untuk mengira tukar ganti jangka pendek antara inflasi atau pun
gunatenaga. Ianya merupakan subjek sasaran akhir bagi sasaran inflasi terhadap purata
keseluruhan bagi kitaran ekonomi tersebut. Tukar ganti jangka pendek seperti yang
digambarkan oleh pembuat dasar tersebut menghuraikannya seperti berikut:

i. Sesetengah perkara sama rata

ii. Seperti titik yang di beri dalam masa

iii. Kemudahan bagi dasar (potongan dalam kadar bunga) akan menggiatkan ekonomi
dan

iv. akan cenderung untuk pertumbuhan ekonomi dan inflasi yang lebih tinggi.

Sebaliknya, kadar peningkatan cenderung untuk pertumbuhan yang rendah dengan serta
merta inflasi akan terkehadapan. Ini bermaksud, melebihi jangka tempoh yang singkat, dasar
boleh difikirkan mempunyai keseimbangan antara satu objektif dasar dengan objektif lain.

7
Sebagai contoh untuk mencapai pertumbuhan hasil yang tinggi tetapi kadar inflasi yang
kurang memuaskan. Kenaikan dalam kadar bunga akan membantu untuk mengurangkan
inflasi tetapi juga boleh dijangkakan akan mengurangkan pertumbuhan.sejauh mana atau
secepat mana kadar bunga boleh meningkat bergantung dengan bahagian bagaimana
ekonomi berjalan pada masa tersebut. Oleh itu, ianya dapat dikesan bagi dasar untuk mengira
kitaran pembangunan jangka pendek dalam mengikut sasaran inflasi. Ianya penting untuk
mengenali bahawa jenis ini tidak terdapat dalam jangka panjang. Akhirnya, pertumbuhan
terlaksana bagi ekonomi ialah dengan mengenalpasti kemampuan sebenar keluaran ekonomi,
ianya tidak akan menjadi tetap bagi menggiatkan pengembangan Dasar Kewangan tersebut.

3.3 Pembuatan Keputusan Dasar Kewangan

Perumusan bagi Dasar Kewangan ialah pada asasnya bertanggungjawab bagi Reserve Bank
Board. kebiasaannya ahli lembaga bank akan berjumpa sebelas kali setiap tahun, pada hari
selasa setiap bulan kecuali pada bulan Januari. Pada setiap kali mesyuarat di jalankan staf
bank akan menyediakan maklumat akaun secara keseluruhan bagi pembangunan di Australia
dan ekonomi antarabangsa, ekonomi tempatan dan pasaran kewangan antarabangsa. Kertas
kerja tersebut mengandungi cadangan bagi dasar membuat keputusan. Staf senior akan
menghadiri mesyuarat untuk membentangkan kertas kerja tersebut.

3.4 Perlaksanaan Dasar Kewangan

Australia menggunakan kadar bunga jangka pendek sebagai alat polisi kewangan yang
dikawal sepenuhnya oleh Bank Pusat. Kadar bunga yang digunakan oleh negara ini ialah
kadar tunai (cash rate) yang mana ianya merupakan kadar bunga pasaran ke atas dana
bermalam (overnight funds). Bank Pusat Australia mengamalkan sistem kawalan tertutup ke
atas kadar tunai ini melalui operasi pasaran kewangan dan ianya juga berfungsi sebagai alat
dasar kewangan negara. Penetapan pelarasan secara berkala ke atas kadar tunai akan
dinyatakan dalam satu penyataan umum oleh Bank Pusat. Walaubagaimapun, terdapat juga
isu yang ditimbulkan terhadap alat dasar kewangan ini. Antaranya ialah bagaimana dasar ini

8
dilihat berkesan dalam menguruskan ekonomi secara keseluruhannya apabila dasar
beroperasi melalui alat-alat kewangan jangka pendek.

Berdasarkan amalan yang telah dilaksanakan, kadar tunai dilihat memberi pengaruh yang
kuat ke atas kadar bunga yang lain. Ini secara tidak langsung dapat membantu dalam
penetapan kadar bunga jangka pendek dalam ekonomi keseluruhannya. Pengalaman ini telah
berjaya dibuktikan dalam kedua-dua jenis kadar bunga dalam pasaran yang berbeza iatu
kadar bunga untuk pasaran kewangan dan kadar bunga utama untuk perbankan dan
pengantara kewangan. Antaranya dibuktikan melalui pinjaman gadai janji dan kadar
pinjaman perniagaan yang cenderung untuk berubah secara selari dengan perubahan kadar
tunai. Implikasi daripada pelaksanaan alat dasar kewangan ini berjaya membentuk dasar
kewangan yang memberi kuasa berpengaruh dalam ekonomi agregat. Disamping itu, ianya
dilihat dapat memberi gambaran polisi kewangan beroperasi melalui hanya satu alat polisi
utama yang didapati meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara berbanding sebelum
kewujudan deregulasi kewangan iatu pada pertengahan 1980an. Pada era sebelum
deregulasi, polisi kewangan beroperasi melalui gabungan operasi pasaran kewangan dan
kawalan langsung ke atas pasaran dan institusi kewangan. Ini termasuklah kawalan ke atas
kadar bunga bank, keperluan rizab wajib dan lain-lain. Sebarang perubahan dalam polisi di
bawah sistem ini boleh dicapai melalui satu julat perbezaan penggunaan alat-alat polisi
ataupun juga melalui gabungan alat-alat kewangan. Melalui sistem ini, pengurusan polisi
dilihat beransur-ansur menjadi tidak efektif dalam mengembangkan pasaran sebagai satu
jalan untuk mengelak peraturan melalui pertumbuhan sektor kewangan yang melanggar
peraturan yang telah ditetapkan.

Dewasa ini, deregulasi pasaran kewangan membentuk sebuah polisi kewangan yang lebih
telus dan mudah untuk difahami dengan bermulanya melalui penggunaan kadar bunga jangka
pendek sebagai alat polisi kewangan. Pencapaian ke arah sebuah polisi kewangan yang
terbaik juga memerlukan usaha-usaha bahagian pemasaran bank tempatan untuk
mengekalkan syarat-syarat dalam pasaran wang untuk mencapai kadar tunai yang
menghampiri sasaran yang telah ditentukan oleh Bank Pusat. Kadar tunai merupakan satu
kadar yang dikenakan ke atas pinjaman bermalam (overnight loans) diantara pengantara-

9
pengantara kewangan. Ianya mampu memberi pengaruh yang kuat ke atas kadar bunga-kadar
bunga yang lain. Selain itu, ianya merupakan suatu asas pembentukan kadar bunga dalam
ekonomi. Hubungan yang rapat antara kadar tunai dengan kadar bunga pasaran wang yang
lain dapat dilihat dalam graf berikut.

Bank Pusat menggunakan operasi pasaran terbuka untuk menghasilkan kadar tunai yang
semakin mencapai sasaran melalui pengurusan dana yang bersesuaian untuk sistem
perbankan negara dalam pasaran wang. Kadar tunai ditentukan melalui keseimbangan
permintaan dan penawaran ke atas pinjaman bermalam (overnight loans). Bank pusat
berupaya meletakkan satu sasaran untuk kadar tunai yang dapat membendung daripada
berlakunya lebihan kawalan dalam penawaran dana yang mana digunakan oleh bank-bank
untuk aktiviti-aktiviti urusniaga perbankan.

3.5 Implikasi Dasar Kewangan

10
Ramalan dalam kesan dasar kewangan seperti ramalan ekonomi keseluruhan yang
merupakan suatu ketakpastian. Polisi ini bertujuan untuk membuat keputusan berasaskan
kesesuaian pengetahuan yang terbaik dalam mengenalpasti ketakpastian yang wujud.
Prinsipal umum penggunaan kadar bunga jangka pendek memberi kesan kepada permintaan
agregat dan aktiviti ini digambarkan dalam graf berikut.

Berdasarkan pola yang digambarkan oleh graf menunjukkan perubahan penting dalam arah
aliran dalam mengukur permintaan yang mendahului perubahan penting dalam tingkat kadar
bunga. Polisi kewangan mempengaruhi permintaan agregat dan aktiviti ekonomi untuk
bertindak balas dalam pembangunan berkitar dan tekanan inflasi. Terdapat beberapa
mekanisme ekonomi yang dapat menerangkan kesan daripada polisi kewangan. Antaranya
meliputi tabungan dan pelaburan, aliran tunai, wang dan kredit, harga aset dan kadar
pertukaran.

i. Tabungan dan pelaburan

11
Kadar bunga yang terlalu tinggi akan meningkatkan kos pinjaman untuk perbelanjaan
kewangan. Secara tak langsung, ianya akan menyebabkan individu cenderung untuk
meningkatkan insentif menabung atau menangguhkan perbelanjaan.

Disamping itu, individu juga cenderung mengurangkan pulangan bersih atas


pelaburan. Bagi isi rumah, keputusan pelaburan yang terbaik adalah keputusan untuk
membeli rumah. Walaupun kadar bunga bukan merupakan faktor penting dalam
membuat keputusan, kenaikan kadar pinjaman gadai janji cenderung untuk memberi
kesan yang menggalakkan kebanyakan isi rumah untuk menangguhkan pembelian
rumah atau mengurangkan kuantiti perbelanjaan untuk pembelian sebuah rumah.
Kecenderungan ini dibuktikan dalam graf di atas yang menggambarkan tingkat
agregat menunjukkan kadar bunga pinjaman gadai janji cenderung dikaitkan dengan
pengurangan dalam pembelian rumah. Sebaliknya kadar bunga pinjaman gadai janji
yang rendah akan merangsangkan pembelian rumah. Kesimpulannya, pelaburan
mempengaruhi kitaran ekonomi, yang juga mempengaruhi permintaan untuk produk
sesebuah firma dan tunai yang diperlukan untuk membuat sesuatu pelaburan.

12
ii. Aliran tunai
Bahagian ini berkait rapat dengan bahagian terdahulu iatu tabungan dan pelaburan,
tetapi ianya merujuk kepada kesan kadar bunga dalam mempengaruhi jumlah tunai
yang diperlukan untuk berbelanja. Ianya sangat berguna dalam membezakan antara isi
rumah dan firma. Kebanyakkan isi rumah pada satu masa, mengambil kelebihan
dalam penyusunan kewangan yang membenarkan mereka meminjam. Secara
keseluruhannya, sektor isi rumah di Australia adalah peminjam bersih dan juga
dipanggil pembayar faedah bersih. Dalam beberapa tahun, pembayaran faedah bersih
ke atas hutang menunjukkan arah aliran yang meningkat secara berkadar ke atas
pendapatan boleh guna. Aliran kewangan ini memberi kesan kepada sektor
perniagaan kerana hampir kebanyakkan perniagaan dipengaruhi oleh peminjam-
peminjam bersih ini. Perubahan dalam kadar bunga memberi kesan kepada aliran
tunai secara keseluruhan.

iii. Wang Dan Kredit

Dalam bahagian ini, bahagian wang dan kredit perlu diasingkan dimana ianya
dibezakan dari aspek kuantiti kewangan yang sedia ada. Jenis mekanisme polisi
kewangan sangat penting dalam operasi pasaran terbuka untuk membuat pelarasan
dalam sistem kewangan. Kadar bunga yang dikenakan oleh bank telah diselaraskan,
dan bahagian penting dalam mekanisme ini ialah polisi kewangan yang memberi
kesan kepada ekonomi melalui pinjaman bernisbah. Polisi yang terlalu ketat akan
mengurangkan penawaran dana kepada bank-bank dan ini akan memaksa mereka
mengurangkan pinjaman bank masing-masing. Walaupun harga pinjaman tidak
banyak berubah, potensi peminjam untuk mendapatkan pinjaman bank dalam situasi
polisi yang ketat adalah agak kurang. Pertumbuhan kredit juga dapat dikaitkan
dengan pertumbuhan ekonomi keseluruhannya. Ianya dapat dibuktikan melalui graf
berikut.

13
Ini tidak bermakna perubahan dalam penawaran kredit merupakan penyebab utama
kepada masalah kitaran ekonomi. Perubahan dalam pertumbuhan ekonomi agregat
yang perlahan akan mengakibatkan peminjam kurang memerlukan pembiayaan
kewangan, maka didapati pertumbuhan kredit juga perlahan.

iv. Harga Aset


Kadar bunga juga didapati memberi kesan kepada nilai aset, yang seterusnya
mempengaruhi kekayaan dan keputusan perbelanjaan individu. Berdasarkan teori,
kadar bunga yang terlalu tinggi dijangka akan meningkatkan kos melepas untuk
memegang aset. Secara umumnya, kejatuhan dalam harga aset didapati
mengurangkan perbelanjaan dan kapasiti meminjam individu juga berkurang.
Sejauhmana pentingnya faktor ini mempengaruhi keadaan ekonomi adalah sukar
untuk dipastikan. Harga aset tidak semestinya bertindak balas terhadap perubahan
dalam kadar bunga semata-mata. Terdapat beberapa faktor lain yang mempengaruhi
kadar bunga. Antaranya melalui perubahan dalam jangkaan dan persekitaran kegiatan
perniagaan. Pengalaman pada akhir 1990an membuktikan bahawa pertumbuhan

14
memberangsang dalam harga aset menyumbang kepada pertumbuhan penggunaan
yang mantap dan seterusnya meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

v. Kadar Pertukaran
Turun naik dalam kadar pertukaran mempengaruhi ekonomi melalui perubahan dalam
harga relatif barang dan perkhidmatan tempatan dan import. Dalam pengurusan polisi
kewangan, turun naik dalam berlaku dalam dua cara. Pertamanya, kesan langsung
terhadap tingkat harga. Ini dapat digambarkan melalui graf berikut yang menunjukkan
tingkat harga import bertindak balas secara langsung dengan kadar pertukaran. Ini
dapat dilihat dalam graf di bawah, yang menunjukkan hubungan langsung antara
harga import dengan kadar pertukaran.

4.0 Sasaran Inflasi

Graf 1 di bawah menunjukkan satu siri inflasi jangka panjang di Australia, bermula pada
pertengahan tahun 1950an. Selepas zaman Perang Dunia II merupakan masa yang kenaikan
tetap harga menjadi perkara biasa dalam ekonomi. Sebelum itu, telah terdapat zaman inflasi
diikuti zaman deflasi, dengan anjakan yang kecil dalam masa jangka panjang terhadap paras

15
harga. Melepasi tahun 1950-an, Australia mempunyai inflasi yang positif, tetapi dalam purata
yang rendah, walaupun sentiasa berubah-ubah. Ini sentiasa merupakan kes dalam separuh
masa pertama pada tahun 1960-an.

Pada
peringkat
akhir tahun
1960an,
bukan
sahaja
harga selalu
naik tetapi
kadar

peningkatan adalah semakin besar. Inflasi adalag cenderung lebih tinggidan berterusan
sehingga tahun 1970an. Seperti yang telah dinyatakan oleh Ian MacFarlane, inflasi Australia
telah berada pada tahap 10% apabila OPEC I meningkatkan harga minyak pada lewat tahun
1973 mendesak inflasi global meningkat kepada paras yang jarang berlaku sebelum ini.
Inflasi Australia telah mencapai 17.5%. Selepas itu berlaku penurunan, tetapi pada
akhir1970an ia tetap berada pada tahap kira-kiar 10%. Berikutan kemelesetan pada 1982-
1983, inflasi telah jatuh kira-kira 5%. Tetapi meningkat dengan cepat sebagai pemulihan
berterusan.

Pada akhir tahun 1980an, Australia telah mengalami tempoh selama dua dekad
semasa purata kadar inflasi IHP adalah 9%. Langkah-langkah jangkaan inflasi telah
ditunjukkan mempunyai digit berganda. Nasihat kewangan bagi semua generasi Australia
mengandaikan inflasi adalah tinggi dengan insentif untuk keberkesanan cukai itu dihasilkan
dan ia akan menjadi satu ciri yang tetap dalam ekonomi. Sesetengah orang mengira setengah

16
hayat satu dolar iaitu kira-kira lapan tahun sebagai satu cara pengilustrasian hakisan nilai
wang. Oleh itu, satu dolar dalam tahun 1970 mempunyai kuasa beli 17sen pada tahun 1990.
Apabila inflasi turun sepanjang kemelesetan pada awal 1990an, kadar yang lebih rendah
daripada kadar yang dialami sejak 1960an. Di seluruh dunia, sesetengah negara sedang
mencari satu model di mana tiada matlamat perantaraan seperti sasaran kewangan ataupun
mempunyai matlamat yang dapat digunakan seperti kadar pertukaran yang bersandar.

Jika dilihat pretasi terbaik inflasi, tiada orang yang dapat mengekalkan inflasi dalam
tempoh yang panjang. Sejak Perang Dunia II, purata terbaik berada dalam rantau ’two point
something’. Ia juga mempunyai satu darjah varasi yang luas disekitar purata. Menubuhkan
Bundesbank yang merupakan inflasi ditentukan bank pusat pada 1970an. Ia menyediakan
kadar inflasi 2% atau lebih tetapi bertindak mengurangkan inflasi jika mencecah 3% atau
lebih. Ini ialah satu pendekatan yang wajar digunakan. Jika boleh mencapai kadar inflasi
seperti tahun 1990an, ia akan menjadi satu peningkatan dalam prestasi pada 1970an dan
1980an. Bahagian ’on average, over the cycle’ dirumuskan daripada pemerhatian bahawa
inflasi sukar untuk dikawal dengan tepat. Percubaan ini dibuat dalam masa yang pendek dan
menanggung risiko memburukkan ketidakstabilan ekonomi yang cuba dikurangkan.

5.0 Kesimpulan

Terdapat tiga objektif Dasar Kewangan yang ingin dicapai oleh Australia antaranya
kestabilan matawang, mencapai gunatenaga penuh dan kekayaan ekonomi dan kebajikan
bagi penduduk negara. Polisi kewangan Australia menggunakan kadar tunai (cash rate) yang
ditentukan melalui keseimbangan permintaan dan penawaran ke atas pinjaman bermalam
(overnight loans). Bank pusat berupaya meletakkan satu sasaran untuk kadar tunai yang
dapat membendung daripada berlakunya lebihan kawalan dalam penawaran dana yang mana

17
digunakan oleh bank-bank untuk aktiviti-aktiviti urusniaga perbankan. Polisi kewangan
didapati mempengaruhi permintaan agregat dan aktiviti ekonomi untuk bertindak balas
dalam pembangunan berkitar dan tekanan inflasi. Sasaran inflasi yang dilaksanakan
merupakan gabungan antara darjah fleksibel jangka pendek dan kekangan-kekangan yang
terdapat dalam tempoh pertengahan ia dilaksanakan. Gabungan elemen-elemen ini menjadi
asas pembuatan keputusan dalam polisi kewangan.

Rujukan

1. http://www.rba.gov.au/MonetaryPolicy/about_monetary_policy.html
2. http://www.dfat.gov.au/facts/currency.html
3. http://ms.wikipedia.org/wiki/Australia
4. http://www.rba.gov.au/Speeches/2003/sp_dg_100403.html

18

You might also like