You are on page 1of 1

Antara langkah-langkah pencegahan awal bagi mengelakkan penyakit jantung adalah mengamalkan diet yang seimbang dengan mengurangkan

pengambilan makanan yang berlemak dan berkolesterol tinggi seperti burger,telur,daging dan sesetengah jenis makanan laut seperti udang. Sekiranya ingin memasukkan daging dalam diet, pastikan ianya daging putih dan telah dibuang lemaknya. Selaain itu, adalah dinasihatkan untuk tidak mengguna semula minyak masak yang telah digunakan serta mengurangkan penyediaan makanan secara menggoreng atau memanggang. Seterusnya, sayur-sayur dan buah-buahan perlu diutamakan dalam diet kerana ia mengandungi pelbagai jenis vitamin yang boleh mencegah penyakit . Penyakit kardiovaskular juga boleh dielakkan dengaan mengamalkan gaya hidup sihat seperti menjauhi amalan merokok, pengambilan dadah, dan minuman beralkohol. Di

samping itu, senaman secara berkala seperti berjoging sekurang- kurangnya 3 kali seminggu antara 20 hingga 30 minit seharusnya diamalkan. Ini kerana bersenam dapat menguatkan fungsi jantung dan melancarkan peredaran darah ke seluruh badan. Di samping itu, pemeriksaan berkala juga boleh dilakukan untuk mengesan tanda- tanda awal /diagnosis penyakit sekurang-kurangnya 6 bulan sekali bagi mengelakkan serangan tahap kritikal.

Langkah yang seterusnya ialah menghindarkan stress seperti membuat senaman pernafasan yang mana dengan mengamalkan senaman pernafasan secara konsisten, ini dapat membangunkan otak, melegakan otot dan mententeramkan minda kita. Di samping itu, amalan bertafakur (Meditation) juga merupakan salah satu cara yang baik untuk melegakan tekanan. Ini kerana, apabila bertafakur bersendirian tanpa apa-apa gangguan , otak akan menjadi tenang dan hormon tertentu yang meningkatkan kesihatan akan dibebaskan. Minda yang tenang dan lega membantu kita mengelakkan tekanan jiwa.

You might also like