You are on page 1of 2

Refleksi

Pada semester ini, kami telah mengambil kursus WAJ 3104 Literasi Bahasa. Untuk kursus ini, kami dikehendaki melaksanakan satu tugasan dalam kumpulan. Ahli-ahli kumpulan saya termasuk Chieng Yan Yien, Eric ChungXianLong dan Ngui How Hock. Kumpulan kami telah mendapat undi untuk menghasilkan satu bahan bantu belajar untuk aktiviti pemulihan dengan menggunakan teknik Permainan Bahasa. Kumpulan kami telah mencari maklumat yang relevan daripada internet untuk mendapat idea untuk menghasilkan satu permainan bahasa yang menarik dan berkesan untuk pengajaran dan pembelajaran KIA2M. Akhirnya, kami bercadang menghasilkan satu permainan bahasa yang dikenali sebagai Permainan Hantu. Kaqmi memilih permainan ini kerana kanak-kanak KIA2M boleh belajar dengan seronok dan menarik melalui permainan ini. Jadi, kami berharap permainan yang kami rangkakan ini membantu dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran KIA2M. Melalui tugasan ini, saya telah memperoleh banyak pengetahuan dan pengalaman yang baru. Saya telah memahami Teori Pemerolehan Bahasa, Konsep KIA2M, kemahiran-kemahiran asas KIA2M, Prinsip dan Kriteria Pemilihan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran KIA2M. Pengetahuan yang saya perolehi ini amat penting bagi saya dan boleh menjadi panduan pada masa depan. Selain itu, saya juga menyedari bahawa sebagai seorang guru, saya perlu menggunakan strategi pengajaran yang sesuai dengan tahap kognitif pelajar. Saya perlu kreatif dalam meyediakan bahan bantu mengajar yang menarik dan berkesan untuk pelajar supaya mereka boleh belajar dengan seronok dan berkesan.

Oleh sebab tugasan ini adalah dilaksanakan dalam kumpulan, saya sedar bahawa semangat beekerjasama amat penting antara ahli-ahli kumpulan. Semasa melaksanakan tugasan ini, kami telah bekerjasama dalam menyediakan bahan bantu belajar kami yang berkonsepkan Permainan Bahasa. Tanpa usaha ahli-ahli kumpulan, kami tentu tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberikan. Di samping itu, pengurusan masa yang bijak juga penting semasa melaksanakan tugasan. Kami perlu merancang permainan bahasa kami dan menghasilkan bahan bantu belajar berdasarkan rancangan permainan bahasa kami. Kami perlu menggunakan masa dengan sepenuhnya supaya tugasan kami siap dan dapat dihantar pada masa yang ditetapkan. Secara kesimpulannya, saya telah memperoleh pengetahuan dan pengalaman yang boleh dijadikan panduan saya pada masa depan. Saya akan sentiasa memperlengkap diri dengan ilmu pengetahuan untuk menjadi seorang guru yang berjaya pada masa akan datang.

Disediakan oleh, ........................ (JONG CI HUI) PISMP MT SEMESTER 2

You might also like