You are on page 1of 5

1.0 Kaedah Pemantauan, Pentaksiran dan Penilaian Kemajuan Murid. 1.

1 Pendahuluan Secara umumnya penaksiran adalah proses membuat keputusan berdasarkan peraturan atau piawaian manakala penilaian dan pula melibatkan berdasarkan pengumpulan data yang

maklumat,merekodkan

,menganalisis

melaporkan

diperoleh. Penaksiran dan penilaian adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Ia merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. la hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Secara keseluruhannya penaksiran dan penilaian bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan

perkembangan mereka. Hasil penaksiran dan penialain membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor. Menurut Rohaty dan Abu Bakar (1989), penilaian adalah suatu proses yang melibatkan beberapa langkah utama atau proses yang berterusan untuk mencapai satu tujuan iaitu bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan mencukupi untuk membolehkan guru membuat sesuatu keputusan yang dirasakan perlu. Langkahlangkah utama atau proses yang dinyatakan sebelum ini dapatlah dirumuskan kepada tiga proses utama iaitu proses yang pertama adalah merancang, proses kedua melaksanakan penaksiran dan proses yang ketiga adalah merekod maklumat. Dodge et. Al (1994), pentaksiran merupakan satu proses pengumpulan maklumat tentang kanak-kanak dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan

perkembangan mereka yang dinilai melalui pemerhatian, dokumentasi dan tugasan yang dilakukan kanak-kanak.

1.2 Proses Perlaksanaan Dalam proses pertama iaitu merancang, beberapa perkara penting haruslah diambil kira agar penilaian dan penaksiran yang hendak dibuat berjalan dengan lancar dan sistematik. Perkara-perkara berikut adalah yang pertamanya mengenal pasti murid yang hendak dinilai, yang kedua menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, yang ketiga menentukan instrumen yang hendak digunakan, dan yang seterusnya adalah menentukan aspek yang hendak diperhatikan, menentukan tempoh masa pemerhatian dan yang terakhir menentukan waktu sesuatu penaksiran dan penilaian hendak dijalankan. Selain itu, dalam proses merancang juga pembinaan instrumen perlu dititikberatkan. Instrumen yang dibina seharusnya mempunyai ciri-ciri seperti tujuan yang jelas, menepati apa yang hendak dinilai, item yang boleh diukur dan perlu diingatkan bahawa setiap item hanya boleh mengukur setiap satu kemahiran sahaja. Dalam proses kedua iaitu proses melaksanakan penaksiran dan penilaian pula, perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah bagaimana penaksiran dan penilaian dilaksanakan. Penaksiran dan penilaian dalam pendidikan prasekolah hanya dapat dilakukan melalui pemerhatian. Pemerhatian merupakan proses pengamatan terhadap segala pelakuan murid yang bersesuaian dengan perkembangan mereka. Dalam konteks penilaian dan penaksiran, pemerhatian merupakan satu kaedah yang sistematik untuk mengumpul data atau maklumat agar dapat merekodnya dengan tepat kelak. Antara contoh-contoh rekod yang boleh digunakan adalah Senarai Semak,

Skala Kadar, Rekod Anekdot dan Rekod Berterusan.

1.3 Objektif Kaedah Penilaian dan pentaksiran mempunyai objektif mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Ia juga menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian. Ia juga sebagai satu alat untuk memberikan aktiviti yang sesuai pada tahap murid. Menurut Katz (1997) berpendapat penaksiran dan penilaian di prasekolah betujuan untuk menentukan kemajuan dalam pencapaian perkembangan yang utama, membuat keputusan penempatan, membuat diagnosis masalah pengajaran dan pembelajaran, membantu dalam membuat keputusan berkaitan pengajaran dan kurikulum, menjadi asas dalam membuat laporan kepada ibubapa dan menolong kanak-kanak tertentu dalam menilai kemajuan dirinya sendiri. Antara objektif penaksiran dan penilaian yang penting adalah untuk mengesan perkembangan seseorang murid itu serta mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh. Selain itu ia digunakan untuk mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari masa ke semasa. Guru juga dapat mengesan keberkesanan sesuatu pengajarannya melalui proses penaksiran dan penilaian. Selain itu, guru juga dapat menggunakan penaksiran dan penilaian sebagai medium untuk merangsang aktiviti mengikut keperluan dan pertumbuhan murid serta mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur mereka. Menurut Lihanna Borhan, dari tujuan penaksiran dan penilaian berdasarkan garis panduan Amalan Bersesuaian Perkembangan dalam pendidikan prasekolah, dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan penilaian berbentuk ujian atau peperiksaan bertulis bukanlah satu kaedah yang sesuai di tahap ini. Sebaliknya, guru prasekolah seharusnya mengubah perhatian mereka ke arah penggunaan sistem penilaian yang lebih autentik.

1.4 Prinsip Kaedah James H. McMillan (2000) telah menyatakan terdapat tiga utama prinsip penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak. Prinsip yang pertama adalah maklumat tentang sesuatu penaksiran dan penilaian itu haruslah jelas, boleh dipercayai dan boleh dicapai dengan telus. Prinsip yang kedua pula adalah penaksiran dan penilaian seharusnya boleh dipercayai dan konsisten. Prinsip yang terakhir pula adalah penilaian haruslah inklusif dan adil. Surayah dan Haslinda (2009) pula menyatakan terdapatnya enam prinsip penaksiran dan penilaian. Prinsip yang pertama adalah penaksiran dan penilaian seharusnya dijalankan secara berterusan, sesuai dan dapat membantu perkembangan kanak-kanak. Hal ini adalah selari dengan sifat perkembangan kanak-kanak itu sendiri iaitu perkembangan adalah satu proses yang berterusan. Oleh itu, guru tidak seharusnya menjalankan proses penaksiran dan penilaian hanya sekali atau dua sahaja. Ini adalah supaya maklumat tentang sesuatu penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak itu jelas, boleh dipercayai dan telus (James H. McMillan). Prinsip yang kedua adalah penaksiran dan penilaian haruslah mempunyai perancangan, strategi dan instrumen penilaian yang berbeza-beza sesuai dengan setiap tujuan penilaian dan hasil pembelajaran. Prinsip ini adalah menepati langkah melaksanakan penaksiran dan penilaian yang iaitu langkah yang pertama adalah proses merancang, langkah kedua melaksanakan penaksiran dan langkah yang ketiga adalah merekod maklumat ke dalam instrumen penaksiran dan penilaian yang bersesuaian dengan aspek perkembangan yang ingin dikaji. Sebagai contoh, Rekod Berterusan dapat digunakan untuk merekod perkembangan fizikal kanak-kanak. Senarai Semak pula merupakan instrumen yang terbaik digunakan kerana ianya mudah dan praktikal untuk dikendalikan di samping banyak kemahiran-kemahiran lain yang boleh dimasukkan secara serentak.

Prinsip penaksiran dan penilaian yang ketiga adalah ia perlulah mempunyai kriteria-kriteria penilaian perkembangan yang sesuai dengan objektif pembelajaran. Prinsip yang seterusnya adalah ianya harus memberikan manfaat dan bermakna dalam pengalaman harian kanak-kanak. seterusnya, penaksiran dan penilaian juga hendaklah dilaksanakan secara tidak formal, iaitu semasa kanka-kanak mengalami proses pembelajaran. Ini adalah untuk mendapatkan hasil yang autentik dan tidak hanya seperti sebuah lakonan. Jadi penilaian ini dilakukan secara telus. Prinsip yang terakhir pula adalah proses penaksiran dan penilaian perlu dilaksanakan melalui pemerhatian dan dokumentasi untuk membuktikan kesasihannya.

1.5 Kepentingan Pentaksiran Penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak prasekolah penting kerana membantu mengesan perkembangan seseorang murid itu dan mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh. Selain itu ia juga sebagai alat untuk mengesan kelebihan dan kelemahan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa. Ia juga dapat membantu guru dalam mengenal pasti keberkesanan seseuatu pengajaran. Selain itu, guru juga dapat menggunakan penaksiran dan penilaian sebagai medium untuk merangsang aktiviti mengikut keperluan dan pertumbuhan murid serta mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur mereka. Pentaksiran dan penilaian juga penting bagi menyediakan program atau aktiviti yang selanjutnya yang sesuai diberikan kepada murid prasekolah. Aktiviti tersebut adalah sama ada aktiviti pemulihan untuk murid yang lemah, aktiviti pengukuhan untuk yang menguasai dan aktiviti pengayaan bagi mereka yang sudah mahir. Ketiga-tiga tahap ini mempunyai tahap kesukaran yang berbeza-beza mengikut tahap murid. Penilaian dan pentaksiran juga berperanan untuk menjadi asas membuat laporan kepada ibu bapa. Melalui pentaksiran dan penilaian ini juga murid dapat menilai diri mereka sendiri. Dengan ini mereka akan berusaha memajukan diri melalui aktiviti yang disediakan.

You might also like