You are on page 1of 21

Manis beracun

Susunan KHAIRUNNISA SULAIMAN

Setiap minuman yang kita minum mempunyai gula. Rasanya tidak lengkap hidup tanpa kemanisan. Apa rasanya air kopi atau teh jika tidak ditambah gula? Sirap yang tawar atau sambal tumis yang hambar. Setiap hari kita pasti mengambil gula sama ada dalam makanan seperti kuih-muih, laukpauk dan teh tarik semasa sarapan atau sirap semasa makan tengahari. Tapi bolehkah kita hidup tanpa kristal putih yang membawa 'kemanisan' itu? Gula sebenarnya adalah kimia tulen. Dalam menjalani pemprosesan, semua nutrisi makanan semula jadi yang asalnya terkandung di dalam tumbuhan telah dikeluarkan. Gula yang ada di meja makan sekarang bukan lagi dalam bentuk jisim semula jadi kerana ia dikeluarkan melalui proses industri dengan melakukan penapisan sehingga menjadi sukrosa atau fruktosa tulen. Walaupun kebanyakan gula terhasil daripada pokok tebu atau ubi bit. Semasa proses industri semua vitamin, mineral, protein, enzim dan nutrien bermanfaat yang lain dikeluarkan daripadanya. Justeru pengambilan gula yang berlebihan boleh mengurangkan tahap kesihatan dengan meningkatkan tekanan darah dan paras kolestrol. Itu belum lagi dikira penyakit kronik lain seperti risiko kegagalan hati, obesiti, sakit jantung dan diabetes.

Gula dan pemanis sebenarnya amat toksik kepada badan manusia dan sepatutnya dikelaskan sebagai alkohol oleh kerajaan seluruh dunia. Komen ini diberikan sekumpulan penyelidik Universiti California, San Francisco, Amerika Syarikat (AS) bertajuk The Toxic Truth About Sugar dalam jurnal Nature bertarikh 2 Februari lalu. Kumpulan penyelidik yang diketuai oleh Profesor Dr. Robert Lustig juga pakar pediatrik yang terkenal kerana kuliahnya di YouTube menyarankan penguatkuasaan seperti cukai ke atas semua makanan dan minuman yang ditambah gula, melarang penjualan makanan bergula di dalam atau berhampiran sekolah dan letakkan had umur untuk membeli gula. Menurut beliau, gula membawa kepada perkembangan sindrom metabolik, obesiti, meningkatkan risiko tekanan darah tinggi, diabetes dan penyakit jantung. Beliau menganggap fruktosa dan sukrosa menjadi penyebab masalah ini kerana ketoksikan meningkat jika dibandingkan dengan glukosa. Justeru dengan sejumlah kecil kalori dalam gula, kesan negatifnya amat jelas. Menurutnya, setelah gula memasuki aliran darah, kandungan gula dalam darah akan meningkat menyebabkan pankreas melepaskan insulin - yang diperlukan untuk mengubah gula menjadi tenaga. Apabila lebih banyak gula diambil bermakna lebih banyak insulin dilepaskan. Setelah paras insulin yang tinggi dilepaskan, kadar gula darah mulai berkurang dengan cepat sehingga menimbulkan pelbagai masalah tidak lama selepas mengambil makanan manis. Selain mengubah gula menjadi tenaga, insulin juga merangsang penyimpanan lemak. Ketagih Akibatnya, besar kemungkinan anda akan mengalami kenaikan berat badan dengan pengeluaran insulin. Disebabkan bahaya gula, ada yang meletakkan keburukan gula setaraf dengan tembakau dan alkohol. Misalnya di negara maju seperti AS, lebih dua pertiga daripada populasinya lebih berat badan dengan separuh daripadanya mengalami obesiti. Menurut Dr. Robert, kira-kira 80 peratus mereka yang obes mengalami diabetes atau keadaan metabolik tidak seimbang. Malah kira-kira 75 peratus dana penjagaan kesihatan dibelanjakan bagi diet berkaitan

dengan obesiti. Di seluruh dunia, obesiti adalah masalah kesihatan paling umum dalam banyak negara dan berkaitan penyakit kronik dengan diet seperti sakit jantung, diabetes dan beberapa jenis kanser. Kebanyakan penyelidik melihat gula bukan hanya kalori kosong tetapi juga bahan kimia yang toksik jika diambil berlebihan. Dr. Robert membandingkan gula tambahan dengan tembakau dan gula yang toksik, membuatkan ketagih dan mempunyai kesan negatif kepada masyarakat. Tapi apa rasanya dunia tanpa gula? Tentu saja tawar dan hambar. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2012&dt=0212&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_03.htm Anda mungkin juga meminati:
Mengandung dan Kencing Manis Jenis-Jenis Diabetes Selain Jenis 1 & 2 "Jangan Salahkan GULA Lagi!" Mengawal Diabetes dengan Mecobalamin Air Kencing Pesakit Kencing Manis Dijadikan Whiskey
LinkWithin

No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Links to this post

Kencing Manis: Amalan, Kaedah & Pemakanan Islam


Penyakit ini berlaku kerana hormon insulin tidak berfungsi. Apabila hormon insulin yang berfungsi memasukkan gula dalam sel sel darah tidak memberi kesan, penyakit yang akan lahir kesan kekurangan gula dalam sel darah inilah yang disebut penyakit kencing manis atau diabetis. PENGENALAN MENGENAI PENYAKIT KENCING MANIS Hormon yang berasal dari perkataan Greek secara dasar ialah chemical messengger. Iaitu alat suruhan di dalam tubuh kita yang berperanan menghantar arahan atau signal ke seluruh sel satu persatu. Dari pengertian itu hormon umpama bahan perantara atau bridge

yang memudahkan aliran gula dari darah mengalir ke sel sel otot untuk menerima arahan. Kerana, pengaliran gula tersebut ke sel sel otot akan dirembes atau dicerna sel sel yang terdapat pada pankreas. Pankreas ialah organ kelenjar yang tersendiri berfungsi mengeluarkan sejenis hormon yang penting dinamakan insulin. Di dalam perut makanan akan ditukar menjadi glukos dan diserap di dalam saluran darah serta digunakan tubuh mengeluarkan tenaga. Kerana, glukos ialah sumber utama menghidupkan tenaga. Dari huraian itu, dapat dirumuskan punca penyakit ini kerana organ pankreas tidak berupaya mengeluarkan insulin secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak berkesan. Lantaran ini, menyebabkan glukos tidak dapat masuk ke dalam sel badan. Ia hanya terkumpul di dalam darah menyebabkan tahapnya jauh meninggi sehingga melimpah dalam air kencing. Tanpa insulin, glukos tidak ada. Ia mengakibatkan badan kekurangan tenaga atau menjadi lemah. Ketika itu tisu tubuh akan menggunakan sumber lain iaitu lemak dan protein sebagai sumber tenaga. Aliran yang tidak sempuna itu akan menyebabkan rasa lapar, haus dan lemah. PERNYATAAN AL QURAN MENGENAI PENYAKIT KENCING MANIS

Surah Al Maidah Ayat 88. MAKSUDNYA: Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah Telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya. AMALAN DAN KAEDAH: Amalan 1 : DOA UNTUK PENYEMBUHAN PENYAKIT KENCING MANIS 1. Dibaca doa yang didahului membaca Al Fatihah :

Surah Al-Fatihah Ayat 1 - 7 MAKSUDNYA: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani. Setiap puji pujian hanya kepada Allah tuhan seluruh alam. Yang Maha Pemurah Maha Mengasihani. Yang Menghakimi di hari pertimbangan. KepadaMu aku sembah dan kepadaMu meminta pertolongan. Tunjukilah kami ke jalan yang lurus. Iaitu jalan yang Engkau beri nikmat ke atas mereka bukan ke jalan orang orang tidak Engkau lindungi dan bukan ke jalan orang orang yang sesat. 2. Dituruti membaca doa ini: DOA MAKSUDNYA: Ya Allah, Tuhan (yang memelihara) manusia, yang menghilangkan kesusahan, sembuhkanlah. Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada suatu penyembuhan kecuali kesembuhanMu, sembuh yang tidak diiringi sakit juga penderitaan, kecuali kesembuhannya. 3. MEMBACA SELAWAT Membaca Selawat Syifa (penyembuhan penyakit) SELAWAT MAKSUDNYA: Ya Allah, Berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammbad SAW yang menyembuhkan hati hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan, juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya. Membaca Selawat Tafrijiyyah (Selawat merungkaikan kebuntuan penyakit dan masalah) SELAWAT MAKSUDNYA: Ya Allah anugerahkan rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas peghulu kami Nabi Muhammad SAW yang dengan berkatnya terhurai ape yang tersimpul, terlepas dari segala kesusahan juga ditunaikan segala hajat dan tercapai segala keinginan, dan akhir hayat yang baik, dan dicurahkan rahmat, hasil keberkatan wajahnya yang mulia, kerahmatan dan kerahmatan yang sempurna. Engkau anugerahkan juga YA Allah, ke atas

keluarga dan sahabatnya dengan kiraan setiap kerdipan mata, juga hembusan nafas dan setiap bilangan ilmu yang ada bagi Mu. Amalan 4 : Senaman & Pergerakan Khusus 1. Solat Tahjud di jauh malam ialah manifestasi, meditasi untuk memulihkan penyakit kencing manis. Boleh membaca doa yang lazim dan di tambahkan dengan doa ia itu permintaan dan harapan kita kepada Allah SWT untuk menyembuhkan penyakit itu. 2. Kita disarankan membaca Bismillah 5 seperti dibawah: Bismillah hirrahman nir rahim - Maksud Dengan nama Allah maha pemurah lagi maha pengasih. Bismillah hirrahman nir rahim - Maksud Dengan nama Allah yang menyembuhkan. Bismillah hirrahman nir rahim - Maksud Dengan nama Allah yang mencukupi. Bismillah hirrahman nir rahim - Maksud Dengan nama Allah yang memberi kesejahteraan. Bismillah hirrahman nir rahim - Maksud Dengan nama Allah yang tidak memberi Mudarat sesuatu di bumi di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha mengetahui. 3. Amalan meditasi seperti ini juga boleh di amalkan untuk penyakit penyakit yang lain seperti di racun atau ketika badan kurang sihat. MAKANAN YANG DISYORKAN MAKAN BERDASARKAN AL QURAN DAN HADITH BAGI PENGHIDAP PENYAKIT KENCING MANIS KHAL MAKANAN KESIHATAN PARA NABI Ini makanan kesihatan sunnah para Nabi. Penyembuh kepada penyakit yang digeruni seperti darah tinggi, kencing manis, jantung, kolestrol dan obesiti. KHAL ialah nama di dalam bahasa arab yang bermaksud satu bahan daripada buah buahan seperti tamar (kurma), epal, anggur, tin (fiq) disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu bertukar dari jus buah menjadi alkohol, menjadi yis kemudian bertukar menjadi asid asetat dan akhir menjadi KHAL. Di dalam bahasa Inggeris dipanggil vinegar. Khasiat dan kelebihan KHAL ialah satu kenyataan yang tercatat dalam kitab kitab perubatan Islam. Catatan ini sudah lama wujud dikenali umum serta diamalkan sejak zaman Nabi Muhammad SAW sampai ke hari ini. KHAL ialah minuman kesihatan

sunnah Nabi Nabi. KHAL bukan satu penemuan baru atau kaian baru seperti setengah makanan kesihatan lain. MADU LEBAH DALAM LI KHAMSATUN Madu lebah merupakan salah satu perubatan menurut wahyu disebut di dalam Al Quran dan Hadith Nabi SAW. Terdapat satu surah khas dalam Al Quran tentang lebah iaitu Surah Al-Nahl pada ayat 68-69.

Surah Al-Nahl Ayat 68 -69 MAKSUDNYA: ..... dari mulut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam macam warna. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan penyakit bagi manusia. Li Khamsatun terdiri daripada madu lebah dan dua puluh (1-20) herba berkhasiat. Kesemua gabungan ini mempunyai dalil dalil atau nas sama ada dari Al Quran, Hadith Nabi SAW pendapat ulama perubatan Islam. Inilah satu gabungan yang sangat kuat dengan dalil dalil atau nas, InsyaAllah dapat menyembuhkan penyakit manusia. Antara 20 herba tersebut ialah hindiba, habbatus sauda, babunaj, hulbah, zanjabil dan lain lain. SAFFRON MENGGURANGKAN MENGELUARKAN TOKSIK Saffron atau Za'faran ialah sejenis bunga yang paling berharga dan mempunyai banyak khasiat serta terkenal kegunaannya di dalam dunia perubatan herba moden dan tradisional di Timur dan Barat. Digunakan juga sebagai bahan campuran semulajadi dalam pelbagai jenis makanan dan minuman serta di bidang kosmetik. Kebiasaannya, za'faran ini dijadikan sebagai dakwat ditulis doa doa penyembuhan penyakit seperti doa menguatkan ingatan, hafalan, pintar, doa menghilangkan penyakit misteri seperti gangguan makhluk halus, sihir, santau dan penyakit umum dengan cara air diminum. http://www.ahlussyifa.com.my/kencing-manis.html Anda mungkin juga meminati:
Pengidap Kencing Manis Tetap Perlu Glukos

"Jangan Salahkan GULA Lagi!" 3 Jenis Diabetes yang Utama Otak Manusia, Gula & Air Perbezaan Di antara Penyakit Kencing Manis Jenis 1 dan 2
LinkWithin

No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Links to this post

2 Petua Mengurangkan Komplikasi Kencing Manis


Bagaimana nak tahu sama ada kita ni ada kencing manis atau tak? Salah satunya ialah dengan mencurahkan air kencing sendiri ke tanah. Kemudian tunggu dan lihat ada tak semut yang mendekati kawasan tersebut. Jika ada, berkemungkinan kita menghidapinya. Selain itu, terdapat beberapa tanda awal kencing manis iaitu; - Berat badan turun secara mendadak - Jika mengalami luka, ia lambat sembuh - Kerap membuang air kecil - Kerap rasa lapar dan dahaga - Mengalami lemah otot - Mengalami kegatalan pada bahagian kemaluan - Mudah letih atau asyik letih memanjang - Nafas berbau manis - Penglihatan menjadi semakin kabur Pun begitu, sekiranya tidak ada tanda-tanda di atas tak semestinya seseorang itu bebas daripada penyakit kencing manis. Jika inginkan kepastian, adalah lebih baik lakukan pemeriksaan doktor, kan? Di sini, saya cuma ingin kongsikan petua tradisional bagi mengurangkan komplikasi kencing manis. Iaitu melalui 2 kaedah. Satu, dengan menggunakan kulit buah manggis. Keduanya menggunakan petai si raja ulam.

Petua 1 - Kulit Buah Manggis


1. Ambil kulit buah manggis dan bersihkannya.

Buah Manggis

2. Kemudian, keringkan kulit tadi. 3. Rebuskan kulit buah manggis yang dah kering tadi sampai mendidih. 4. Setelah itu, biarkannya suam dan minumlah secara perlahan-lahan. Air rebusan ini perlu diminum dua kali sehari. Walaupun rasanya agak kelat dan pahit, jika diamalkan mampu mengurangkan tahap penyakit kencing manis yang dihidapi.

Petua 2 - Petai
Anda boleh pilih sama ada nak memakannya secara mentah, merebus ataupun mencapurkannya dalam masakan. Biasanya sambal tumis petai yang menjadi pilihan, kan? Amalan memakan petai ni bagus kerana ia mampu menghalang jangkitan serta mengubati sistem pembuangan air kecil kita. Selain kencing manis, petai juga berkhasiat mengurangkan tekanan darah tinggi. Akhir kata, bagi yang menghidapi penyakit kencing manis ataupun darah tinggi, diharap petua ini dapat memberikan anda sedikit maklumat untuk mengelakkannya daripada bertambah teruk. Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/2012/01/2-petua-mengurangkankomplikasi-kencing.html#ixzz1s2FzjLqk Anda mungkin juga meminati:
Senarai Ubat Kencing Manis (Farmakologi) Perbezaan Di antara Penyakit Kencing Manis Jenis 1 dan 2 Kencing manis sewaktu hamil

Tips Pesakit Kencing Manis : Bagaimana Nak Merawat Kaki ... Periksa Glukosa Sendiri
LinkWithin

No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Links to this post

Kenali Penyakit dengan Bahasa Badan


Dulu dulu aku minat gila dengan bahasa badan terutama kalau dalam majalah. Boleh buat aku tuli buat sementara punya eksited nak tahu kita nih kategori mana. Tapi kali ni aku bukan nak share bahasa badan versi majalah tu tapi bahasa badan yang berkemungkinan menyebabkan korang diserang penyakit berbahaya. Arghh wachaaouutttt! Kahkahkah!

Saiz Jari Perempuan yang jari tengah lebih pendek dari jari manis lebih mudah diserang osteoporosis di lutut dua kali ganda berbanding perempuan lain. Kepanjangan Kaki Kalau kaki korang pendek sebelah inilah masanya untuk korang menjaga hati sebaik mungkin. Perempuan yang mempunyai kaki pendek sebanyak 20-29 inci dipercayai mempunyai 4 tahap enzim yang tinggi sehingga mampu membawa kepada risiko penyakit jantung. Lengan Pendek Perempuan yang mempunyai lengan pendek adalah 11/2 kali lebih mudah mendapat penyakit Alzheimer berbanding mereka yang mempunyai ukuran lengan lebih panjang.

Cuping Telinga Berkedut Banyak kajian mendapati yang kedutan pada satu atau kedua dua cuping telinga menunjukkan orang itu bakal mendapat penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung dan kematia mengejut. Saiz Bra Bra dengan saiz cawan D juga boleh membawa kepada masalah diebetes. Wanita yang memakai bra saiz ini pada usia 20-an terdedah kepada risiko diabetes tahap 2 sebanyak 1.5 kali berbanding mereka yang memakai bra lebih kecil. Tisu lemak di dalam payudara wanita adalah lebih sensitif dan memberi kesan kepada insulin yang mana membawa kepada masalah diabetes. P/s: Nak kata semuanya betul tak boleh jugak. Apa pun orang kata mencegah lebih baikkan jadi amalkan gaya hidup sihat ye! http://penmerah.com/kenali-penyakit-dengan-bahasa-badan/ Anda mungkin juga meminati:
Peringkat Perkembangan Kencing Manis. Pernahkah Doktor Anda ... Kencing Manis Jejas Keupayaan Ereksi Nasi Putih Meningkatkan Risiko Diabetes Jenis 2 Punca Rintangan Insulin dan Cara Untuk Menghapuskannya? Periksa Glukosa Sendiri
LinkWithin

No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Links to this post

Kencing Manis Menyerang Kaki


Luka sukar sembuh. Apa jenis ubat pun jika salur darah ke kaki telah tersumbat maka ubat tersebut tidak dapat ke luka di kaki. Toksik tidak dapat di keluarkan kerana salur darah telah tersumbat.

Kencing manis merupakan sejenis penyakit yang dapat menimbulkan pelbagai jenis komplikasi seperti kebas kaki dan tangan, luka yang sukar sembuh, immuniti badan yang rendah, sakit buah pinggang kronik, sakit jantung, mati pucuk, stroke, buta dan lain-lain.. Faktor umur, kekeluargaan dan pemakanan memainkan peranan penting. Tanda-tanda awal seseorang menghidapi kencing manis ialah kerap dahaga, kerap kencing, menjadi kurus, sentiasa letih, gatal-gatal badan dan sering terjadi bisul. Anda perlulah mendapat pemeriksaan dan rawatan dengan segera. Penjagaan makanan seperti benda yang manis, karbohidrat yang berlebihan perlu dielakkan sementara serat dari sayuran dan oats perlu ditambah. Kurangkan minum minuman bergas. Apabila salur darah ke kaki telah tersumbat. Darah tidak dapat mengalir. Kaki tidak dapat bekalan darah. Sel-sel di kaki akan mati. Sel-sel baru tidak dapat membiak. Kaki akan wujud tompok-tompok hitam. Kaki mula kebas.

Darah tidak dapat di bekalkan ke ibu jari kerana salur darah tersumbat. Darah membawa zat-zat makanan ke ibu jari.Bekalan zat-zat tidak dapat di bekalkan kerana salur darah telah tersumbat. Luka sukar sembuh kerana salur darah telah tersumbat.

Video Potong kaki kerana sel kaki tidak berfungsi.Sel mati kerana sel tidak dapat bekalan oksijen.Sel tidak dapat hidup.Salur darah telah tersumbat.

Luka perlu dibersihkan setiap hari.Sukar hendak sembuh. Salur darah ke kaki telah tersumbat.

Pada keadaan yang teruk, insulin perlu di bekalkan untuk mengurangkan kencing manis.

Kelihatan tompuk-tompuk hitam.Sel-sel telah mula mati kerana darah tidak dapat di bekalkan ke kaki. Salur darah telah mula tersumbat.

Kencing manis juga dipercayai menyebakan tenaga sex semakin menurun (lemah).

http://www.pembersihsalurdarahdanshen.com/kencingmanis.htm Anda mungkin juga meminati:


Peringkat Perkembangan Kencing Manis. Pernahkah Doktor Anda ... Tips Pesakit Kencing Manis : Bagaimana Nak Merawat Kaki ... Dua Angka Penting Bagi Kencing Manis Kenali Penyakit Kencing Manis. Ketahui Simptom, Komplikasi ... Pengenalan Kencing Manis Secara Umum
LinkWithin

No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Links to this post

Besan Paksa Anak Hidap Kencing Manis Cerai Isteri

KUALA LUMPUR: Seorang bapa kecewa dengan sikap keluarga besan yang memaksa anak lelakinya menceraikan isterinya hanya kerana anaknya menghidap kencing manis. Malah, keluarga itu dikatakan bertindak keterlaluan hingga sanggup mengugut mencederakan anak lelakinya itu jika permintaan mereka tidak dipenuhi. Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam di Flet Sri Kelantan, di sini, kelmarin, lelaki terbabit mendakwa dihubungi besannya sebelum dipaksa mengarahkan anak lelakinya berusia awal 20-an menceraikan isterinya. Difahamkan, keluarga besan itu mahu mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki lain atas alasan tidak mahu wanita terbabit menghabiskan seluruh hidupnya menjaga suaminya selepas penyakit kencing manisnya menjadi kronik. Menurut sumber, lelaki itu mendakwa dihubungi besannya yang memaksa anak lelakinya menceraikan menantunya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Besanpaksaanakhidapkencingmanisceraiist eri/Article/index_html Anda mungkin juga meminati:

Tanda Tanda Diabetes Kesan tanda diabetes dari awal Mengawal Diabetes dengan Mecobalamin Perubatan Islam untuk Penyakit Darah Tinggi, Kencing Manis ... Air Kencing Pesakit Kencing Manis Dijadikan Whiskey Doa-Doa Untuk Rawatan Darah Tinggi, Kencing Manis dan Sakit ...
LinkWithin

No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Links to this post

Mengandung dan Kencing Manis

KENCING manis atau diabetes merupakan satu keadaan di mana paras gula (glukosa) di dalam darah badan melebihi paras normal. Walaupun glukosa merupakan satu punca tenaga tetapi seandainya berlebihan akan menyebabkan permasalahan kesihatan, terutamanya semasa mengandung. Kencing manis semasa mengandung dipanggil diabetes gestasi. Punca Kencing manis berlaku apabila pengendalian badan terhadap insulin tidak teratur, sama ada dari segi pembuatan maupun penggunaannya. Insulin merupakan hormon yang menukar glukosa di dalam badan ke bentuk tenaga. Apabila pembuatannya ataupun pengunaannya tidak betul, paras gula darah akan meningkat dan ini dipanggil hiperglisemia. Semasa mengandung, hormon yang dikeluarkan oleh uri (plasenta) mengganggu

keberkesanan insulin, hasilnya, hiperglisemia mungkin berlaku. Puan boleh mendapat diabetes gestasi walaupun tidak ada risiko yang dikenal pasti. Lazimnya kencing manis yang berlaku semasa mengandung hilang selepas kelahiran. Namun demikian, risiko untuk mendapat kencing manis pada masa hadapan adalah tinggi. Sekiranya puan pernah mendapat rawatan kencing manis semasa mengandung, maklumkan kepada doktor atau jururawat yang ditemui. Harus diingat bahawa risiko kencing manis meningkat dengan peningkatan umur semasa mengandung Masalah kencing manis semasa mengandung Risiko kesihatan akan meningkat dengan peningkatan paras gula darah. Setengah daripada komplikasi ini meningkatkan risiko untuk kelahiran secara pembedahan. Inilah sebabnya mengapa paras gula darah perlu dikawal. Permasalahan yang mungkin puan hadapi sekiranya puan berisiko untuk penyakit kencing manis semasa mengandung: - Janin menjadi besar dikenali sebagai makrosomia. Ini disebabkan oleh gula berlebihan memasuki janin dan mengarahkan tumbesaran pesat, akibatnya janin menjadi besar dan mungkin sukar untuk dilahirkan secara normal, kejadian kelahiran tersekat terutamanya pada bahagian bahu meningkat. - Kejadian darah tinggi dan kehadiran protein di dalam air kencing meningkat, ini dipanggil pre-eklampsia. Jika dibiarkan, boleh menyebabkan sawan, kegagalan hati dan juga buah pinggang. Puan mungkin terpaksa melahirkan anak sebelum masanya untuk mengelakkan komplikasi dan musibah yang melanda sistem dalaman organ. Kematian juga boleh berlaku pada janin. - Meningkatnya cecair likuor di kantung di mana janin berada. Ini menyebabkan saiz kandungan melebihi saiz sebenar mengikut kiraan, menyebabkan ketidakselesaan seperti kesukaran bernafas. Kelahiran mungkin berlaku sebelum sampainya penggal kematangan iaitu sebelum 38 minggu. - Jangkitan sistem pundi kencing. Sekiranya tidak dirawat, jangkitan di pundi kencing akan merebak ke buah pinggang. - Sindrom kesukaran pernafasan mungkin berlaku pada bayi. Risiko ini meningkat untuk ibu-ibu yang mempunyai kencing manis semasa mengandung, lebih-lebih lagi apabila kelahiran awal sebelum tempoh terpaksa dilakukan. - Kematian bayi di dalam kandungan, mungkin berlaku sekiranya kencing manis gagal dikawal. Ini termasuklah keguguran. Pengawalan kencing manis

Apabila puan menghadirkan diri kali pertama ke klinik perbidanan untuk membuat kad lawatan antenatal, puan akan diselidiki akan faktor-faktor risiko, sejarah perubatan serta sejarah perbidanan lampau. Sejarah kesihatan sekarang seperti berat badan yang melebihi nisbah berat-tinggi yang disyorkan, umur puan, kandungan yang disyaki secara relatifnya besar, berat janin, kehadiran lebih daripada satu janin serta kandungan air likuor yang terlampau (mengikut umur kandungan). Pemeriksaan air kencing yang menunjukkan kehadiran gula di dalamnya bukanlah kaedah pengawasan pengawalan yang diamalkan di hospital. Puan akan diuji untuk paras glukosa darah, paling mudah diambil dari jari dan hanya memerlukan setitik darah. Puan juga akan ditanya bila kali terakhir ujian glukosa darah diambil, di samping masa puan makan dan minum. Sekiranya terbukti paras gula darah kapilari puan melebihi normal, puan akan dinasihatkan supaya menjalani ujian selanjutnya. Sekiranya puan sudah pun mengalami kencing manis sebelum mengandung, puan dinasihatkan supaya menghadiri klinik kencing manis supaya pengawalan paras gula darah yang ketat dapat dimanfaatkan. Ini kerana paras gula yang tidak teratur dan tinggi dapat mencacatkan pertumbuhan serta tumbesaran janin, terutamanya yang berumur kurang dari 12 minggu. Semasa mengandung, pengawalan paras gula darah dilakukan dengan penggunaan insulin. Pil-pil tidak digunakan. Pemakanan Pemakanan seimbang penting terutamanya untuk mereka yang menghidapi kencing manis. Tumbesaran janin bergantung pada pemakanan puan. Perlu ditegaskan pemakanan yang diambil perlu diimbangkan supaya paras gula tidak naik melebihi normal. Pemakanan puan bergantung kepada berapa berat badan, umur dan juga tahap kecergasan harian puan. Peringkat umur kandungan juga memainkan peranan dalam pemakanan puan. Perawatan Semasa mengandung, sekiranya puan memerlukan perawatan untuk kencing manis, ubat suntikan insulin diberikan. Sebelum insulin diberikan, puan mungkin dimasukkan ke wad untuk menentukan dos optimum, mengenalpasti apa yang mungkin puan rasai sekiranya paras gula jatuh terlalu rendah, serta diajar cara-cara menyuntik dan juga mengendalikan alat-alat suntikan. Ubat-ubat untuk dimakan mungkin diberikan sekiranya puan memang pesakit kencing manis sebelum mengandung lagi.

Senaman itu penting untuk mereka yang berpenyakit kencing manis. Walaupun puan mengandung, puan boleh juga bersenam, contohnya seperti berjalan-jalan dan senaman ringan lain. Penjagaan kandungan Semasa trimester pertama, ujian darah khas seperti darah hemoglobin berglikosi boleh dijalankan, di mana ujian ini meramalkan sama ada kecacatan janin merupakan satu kemungkinan. Puan juga mungkin dinasihatkan supaya menjalani pemeriksaan ultrasound pada minggu ke-18 hingga ke-20 kandungan untuk mengenalpasti sebarang kecacatan pada janin. Pemeriksaan antenatal lain seperti yang dijalani ibu-ibu yang mengandung biasa turut dilakukan. Temujanji puan mungkin lebih kerap sedikit kerana doktor perlu memastikan pengawalan gula darah, dos insulin dan juga komplikasi lain dikenal pasti. Lazimnya di hospital-hospital besar seperti hospital Universiti Sains Malaysia, puan akan dirawat dan hadir ke klinik gabungan khas yang terdiri daripada pakar perubatan dalaman dan pakar obstetrik. Puan juga mungkin dirujuk kepada pakar pemakanan serta jururawat mahir yang mempunyai pengkhususan dalam penjagaan ibu mengandung yang menghidapi kencing manis. Kelahiran Jangan runsing, sekiranya pengawalan gula darah puan stabil, saiz bayi biasanya tidak besar dan dalam kebanyakan kes, kelahiran berjalan secara normal. Semasa proses kelahiran, pengawasan gula darah dan juga paras elektrolit lain diawasi dengan teliti. Sekiranya terdapat komplikasi ataupun keadaan tidak terkawal, berkemungkinan kelahiran bayi puan akan dirancangkan lebih awal dari tempoh masanya. Penjagaan selepas mengandung Kebanyakan bayi tidak mengalami komplikasi tetapi doktor akan memasukkan bayi ke wad rawatan khas untuk mengenal pasti sebarang komplikasi yang mungkin berlaku seperti: - Paras gula darah yang rendah - Paras kalsium dan magnesium yang rendah - Peningkatan bilangan sel-sel darah merah - Jaundis neonatal iaitu kulit bayi menjadi kuning - Masalah dengan pernafasan Kebanyakan masalah ini tidak berlaku sekiranya kencing manis semasa mengandung puan terkawal. Tidak ada halangan juga untuk puan meneruskan penyusuan badan untuk

bayi. Puan boleh mengamalkan mana-mana kaedah kontraseptif yang ada. Sekiranya puan mengandung dalam tempoh dekat, puan mungkin mengalami kembali diabetes gestasi. Pengawalan paras glukos Sejurus selepas bersalin, puan tentu merasakan keletihan yang amat sangat. Pada masa tersebut sekiranya puan belum makan atau minum apa-apa, regim insulin boleh diteruskan. Insulin diberhentikan sebaik sahaja puan mengambil makanan atau meminum minuman bertenaga. Pengawasan gula masih ditumpukan, dan sekiranya paras gula puan masih tinggi, ubat anti kencing manis akan dipreskripsikan. Sekiranya paras gula darah puan kembali normal, puan perlu ingat yang puan adalah lebih berisiko untuk mendapat kencing manis di kemudian hari. Jadi selalulah berjumpa dengan doktor. Pengawasan berat badan Tidak digalakkan puan menurunkan berat badan atau berdiet terlampau semasa tempoh mengandung. Selepas bersalin, puan bolehlah meneruskan agenda menurunkan berat badan dengan bersenam serta cara pemakanan yang betul. Perlu diingat yang puan juga akan memerlukan tenaga yang lebih untuk menjaga bayi kesayangan yang baru sahaja lahir ke dunia. dicetak dari utusan online http://paramedik.bbfr.net/t4373-mengandung-dan-kencing-

You might also like