You are on page 1of 2

Kelas Tajuk Esei

: T4 S1 MT2 : Cabaran guru Matematik

Pada zaman yang serba canggih ini, guru memainkan peranan penting dalam mencorakkan murid-murid menjadi individu yang berguna. Pelbagai cabaran yang perlu diatasi bagi menghasilkan insan yang berguna. Bagi seorang guru Matematik, terdapat pelbagai cabaran yang perlu dirungkaikan dan diselesaikan. Selain terpaksa membuat kerja-kerja pengkeranian yang menimbun banyaknya, guru Matematik juga perlu menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan topik dan tahap perkembangan diri murid-murid. Penyediaan lembaran kertas kerja merupakan satu keperluan bagi menguji sejauh mana tahap kefahaman murid terhadap apa yang telah diajar. Menjadi seorang guru Matematik bukan suatu tugasan yang mudah. Guru seharusnya pandai untuk menarik minat murid-murid terhadap apa yang telah diajar disamping mencari jalan termudah dan terbaik supaya apa yang diajar dapat difahami dengan baik oleh murid-murid. Murid-murid tidak seharusnya berasa tertekan, bosan malah benci terhadap Matematik. Terdapat sesetengah murid-murid yang sangat tidak menyukai subjek matematik ini. Tugas guru Matematik di sini adalah mencari cara untuk melenturkan sikap benci murid-murid tersebut dan membuatkan mereka semakin menyukai subjek ini. Selain daripada itu, cabaran utama yang perlu dihadapi oleh guru Matematik adalah kecanggihan teknologi yang semakin pantas hari demi hari. Guru matematik yang baik seharusnya mengaplikasikan penggunaan teknologi dan ICT dalam pengajaran bagi menjadikannya lebih menarik dan berinovasi tinggi. Guru Matematik seharusnya melengkapkan diri dan meningkatkan kemampuan diri dalam ilmu pengetahuan berkenaan teknologi seiring dengan kemajuan dunia. Menurut Datuk Dr. Ahamad Sipon berkata, kesan globalisasi dan liberasasi menuntut kepada cabaran untuk membangunkna pekerja berilmu atau k-worker yang celik dan mahirdalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Teknologi

telah

mampu

untuk

membawa

perubahan

kepada

corak

pengajaran Matematik tradisional. Guru Matematik perlu meneruskan legasi pengajaran yang bersesuaian dengan tahap perkembangan murid-murid. Menurut Saidina Omar Al-Khattab, "didiklah anak-anak kamu mengikut zamannya. Jangan kamu didik mengikut zaman kamu." Kata-kata ini boleh dihurai dan dihubungkaitkan sebagai penggunaan teknologi dalam pendidikan Matematik. Seorang guru Matematik harus melengkapkan diri seiring dengan perkembangan teknologi pada masa sekarang. Sememangnya dengan mengaplikasikan teknologi dalam

pendidikan Matematik akan dapat menghasilkan generalisasi berteknologi yang mampu mengharungi era globalisasi serta merealisasikan impian negara agar Malaysia menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Cabaran seterusnya adalah berkaitan dengan pandangan murid-murid terhadap subjek Matematik itu sendiri. Sememangya murid-murid akan mempelajari subjek ini sejak dari sekolah rendah lagi. Kebanyakan mereka menganggap Matematik sebagai subjek yang kritikal, sukar dan susah untuk mencapai target skor yang sepatutnya. Rata-rata murid mengatakan Matematik sebagai subjek yang sukar dan membosankan. Tugas guru Matematik adalah untuk mengubah persepsi buruk ini. Proses pembelajaran dan pengajaran yang sistematik, penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik, persekitaran kelas yang kondusif dan selesa, pembudayaan sekolah yang positif dan keterampilan guru Matematik itu sendiri mampu menarik dan memupuk minat murid terhadap subjek ini.

You might also like