PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR

)
MOD KURSUS DALAM CUTI

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

MODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH

(BMM3110)

( SINTAKSIS BAHASA MELAYU)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, JALAN PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2010

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Jun 2010 Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan Jun 2010 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

.

KANDUNGAN MUKA SURAT Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Kata-Alu-aluan Rektor Panduan Pelajar Pengenalan Agihan Tajuk (Interaksi dan Modul) Tajuk Pembelajaran i i v vi viii ix xi Tajuk 1 Sintaksis Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk Kandungan Isi  Struktur Binaan Ayat    Pembahagian Subjek dan Predikat Ayat Dasar dan Ayat Terbitan Susunan dalam Ayat 6 1 Tajuk 2 Sintaksis Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk-Tajuk Kandungan Isi    Urutan Kata. Perpindahan Ayat Ragam Ayat. Jenis Ayat Sintaksis dan Aspek Tatabahasa Tajuk 3 Frasa Nama Bahasa Melayu Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk-Tajuk Kandungan Isi  Konstituen Frasa Nama 14 .

Tip untuk membantu anda melalui kursus ini. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. anda boleh berbincang dengan pensyarah. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. sumber-sumber pembelajaran. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. dan masa anda.PANDUAN PELAJAR Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. 1. Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan. Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. . Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Walau bagaimanapun. 2. tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah.

(Sila rujuk . binaan ayat dalam bahasa Melayu. Tajuk 3 membincangkan frasa nama bahasa Melayu. kedudukan frasa sendi nama dalam ayat. Hal yang dibincangkan ialah binaan frasa sendi nama. Tajuk 7 dan 8 berkaitan frasa adjektif bahasa Melayu. Modul ini mengandungi 10 tajuk terpilih daripada 15 tajuk keseluruhan. Tajuk 5 dan 6 membincangkan binaan frasa kerja dalam Bahasa Melayu. frasa. tajuk 7 dan 8: frasa adjektif bahasa Melayu. Tajuk 4 adalah khusus menyentuh peraturan D-M. Tajuk 9 berkaitan frasa sendi nama. Tajuk 4 . Tajuk ini berkaitan dengan ayat. dan ayat tunggal. Sepuluh tajuk yang terlibat dalam modul ini ialah Tajuk 1 dan 2 . Tajuk ini membincangkan konstituen frasa nama dan binaan frasa nama. Tajuk 10 ialah ayat bahasa Melayu.susunan konstituen frasa nama bahasa Melayu. pembahagian subjek dan predikat. kekecualian hukum D-M serta kata bilangan dan kata panggilan. ayat dasar. klausa. Secara umumnya tajuk. ayat dasar dan ayat terbitan serta elemen yang berkaitan dalam binaan ayat.sintaksis. .tajuk tersebut adalah seperti yang berikut: Tajuk 1 dan 2 mengenai konsep sintaksis. Tajuk 3 – frasa nama bahasa Melayu. unsur keterangan dan ayat komplemen. susunan frasa adjektif.Agihan Tajuk). perkataan. dan penggunaan kata sendi nama. tajuk 9 : frasa sendi nama bahasa Melayu dan tajuk 10: ayat bahasa Melayu.PENGENALAN Kursus BMM3110 (Sintaksis Bahasa Melayu) melibatkan aspek teori tatabahasa dalam binaan ayat Bahasa Melayu. dan Tajuk 5 dan 6 – frasa kerja bahasa Melayu.

AGIHAN TAJUK Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan 15 / 30 jam interaksi bersemuka. Tajuk 1 Kandungan Sintaksis: Bidang Kajian  Struktur Binaan Ayat  Pembahagian Subjek dan Predikat  Ayat Dasar dan Ayat Terbitan  Susunan dalam Ayat Sintaksis: Bidang Kajian  Urutan Kata. Jenis Ayat  Sintaksis dan Aspek Tatabahasa yang Lain Frasa Nama Bahasa Melayu  Konstituen Frasa Nama  Binaan Frasa Nama Susunan Konstituen Frasa Nama Bahasa Melayu  Peraturan D-M  Kekecualian Hukum D-M  Bilangan dan Panggilan Frasa Kerja Bahasa Melayu  Binaan Frasa Kerja  Binaan Frasa Kerja Tanpa Objek  Binaan Frasa Kerja dengan Objek Frasa Kerja Bahasa Melayu  Frasa Kerja dengan Kata Bantu  Frasa Kerja dengan Ayat Komplemen  Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja Kuliah (jam) Modul (jam) Jumlah (jam) 3 3 2 3 3 3 3 3 4 3 3 5 3 3 6 3 3 . Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul. Perpindahan Ayat  Ragam Ayat.

ayat terbitan. . perkataan daripada sudut binaan sintaksis ialah bentuk bebas yang minimum yang menjadi unsur setiap binaan sintaksis. Hasil dari binaan perkataan. binaan ayat terbitan dan struktur subjek dan predikat dalam ayat. Ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini. klausa. Susunan dalam ayat Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS). frasa. Menjelaskan definisi ayat. Menganalisis binaan ayat. manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa. struktur binaan ayat. Ayat dasar dan ayat terbitan .TAJUK 1 Sintaksis SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara yang berikut:     Struktur binaan ayat Pembahagian subjek dan predikat. iaitu frasa nama (FN). Selain itu. frasa kerja (FK). binaan ayat dasar. iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Binaan sintaksis pula merujuk kepada binaan yang dibentuk oleh perkataan yang berfungsi sebagai binaan ataupun konstituen dalam ayat. iaitu ayat. iaitu klausa dan frasa. Sehubungan itu. ialah satu ayat. frasa subjek dibentuk oleh frasa nama. anda seharusnya dapat: 1. klausa dan frasa. binaan subjek dan predikat 2. ayat dasar.

Seterusnya. => Proses penerbitan ayat berlaku sama ada secara pengguguran. Ayat dasar juga disebut sebagai ayat inti . 1. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan. 1.KERANGKA TAJUK-TAJUK => => Ayat merupakan unit binaan yang terdiri daripada subjek dan predikat Ayat dasar : ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. perbincangan difokuskan kepada struktur binaan ayat serta struktur binaan subjek dan predikat dalam ayat. Ali (FN) (2). Pemburu itu (FN) (3). Contoh binaan ayat: Subjek (1). penyusunan semula dan peluasan. iaitu ayat yang menjadi sumber bagi pembentukan ayat-ayat yang lain.struktur dan binaan atau konstruksi ayat (Siti Hajar Abdul Aziz . Rumah itu (FN) Predikat peniaga (FN) melontar lembing (FK) cantik sekali (FA) di tepi sawah (FS) . 2008). serta mengandungi intonasi yang sempurna (Nik Safiah Karim et.al. Bajunya (FN) (4). => Ayat terbitan : ayat yang terhasil daripada proses penerbitan sesuatu ayat dengan mematuhi hukum tatabahasa atau rumus transformasi.0 KANDUNGAN ISI Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep ayat dan binaannya.1 Definisi Ayat (Sintaksis) Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. 2006). Struktur binaan ayat : subjek dan predikat boleh berubah-ubah kedudukan mengikut kesesuaian dalam proses penerbitan ayat. Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk.

(14) Kucing comel (FN+FA) => Kucing comel itu kesayangan Mama. penyusunan semula atau peluasan. yang menjadi judul atau unsur yang diterangkan.1. Sedang berehat di bilik sebelah (10). Pegawai kastam itu Predikat guru besar di sekolah baru itu. . Abang kandungku (7). pegawai kastam itu. (12) Ah Meng berlari (FN+FK) (13) Pak Cik membaca(FN+FK) => Ah Meng berlari dengan pantas. Amat cekap Predikat Amin. amat cekap. Ayat di atas boleh juga disongsangkan dengan melakukan pendepanan predikat dan meletakkan subjek di belakang. 1. Rahim Syam . Contoh: Subjek (5). => Pak Cik membaca surat khabar. Predikat Kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek. Guru besar di sekolah baru itu (9).2 Struktur Binaan Subjek dan Predikat Subjek Konstituen yang terdiri daripada sama ada satu perkataan atau beberapa perkataan. Amin (6).3 Ayat Dasar dan Ayat Terbitan Ayat dasar : ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. Subjek (8). Ayat dasar juga disebut sebagai ayat inti . Contoh : Ayat Dasar -------- Ayat terbitan (perluasan) (11) Faridah guru (FN+FN) => Faridah guru yang sabar. Proses penerbitan ayat berlaku sama ada secara pengguguran. iaitu ayat yang menjadi sumber bagi pembentukan ayat-ayat lain (Raminah Hj. Ayat terbitan : ayat yang terhasil daripada proses penerbitan sesuatu ayat dengan mematuhi hukum atau rumus transformasi.Sabran. abang kandungku.1987). sedang berehat di bilik sebelah.

Bina 5 ayat tunggal dan 5 ayat terbitan. AKTIVITI (i). Raminah Hj.Sabran. Nik Safiah Karim et. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.(15) Mak Limah ke sawah (FN+FS) => Mak Limah ke sawah untuk menuai padi. LATIHAN (i). Bincangkan pola-pola ayat dasar dalam bahasa Melayu BAHAN BACAAN Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn. Tatabahasa Dewan.Rahim Syam (1987). Kuala Lumpur: Fajar Bakti. . Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. (ii). Bahasa Melayu II.Bhd. Nyatakan kepentingan membuat analisis sintaksis dalam kalangan guru bahasa.al (2006).

(Marzukhi Nyak Abdullah. . ragam ayat serta aspek tatabahasa dalam binaan ayat. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini. Menjelaskan jenis-jenis ayat. yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. anda seharusnya dapat: 1. 2. konsep ragam ayat. Perpindahan ayat merupakan satu proses pembentukan ayat berdasarkan binaan subjek dan predikat sama ada secara susunan biasa atau susunan songsang. Menyatakan konsep ayat berdasarkan jenis dan ragam ayat.1997). Selain itu. Jenis Ayat SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:    Konsep kata dan perpindahan ayat dalam Bahasa Melayu. Ragam ayat . Perkataan dimulai dan diakhiri oleh sempadan perkataan.TAJUK 2 Sintaksis:   Urutan Kata. jenis ayat Sintaksis dan aspek tatabahasa bahasa Melayu Kata ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna. Perpindahan Ayat Ragam Ayat. jenis ayat serta aspek tatabahasa bahasa Melayu akan disentuh dalam bab ini.

Sebagai contoh. Ramli sangat pandai bermain skuasy. Aspek-aspek tatabahasa yang menjurus kepada bidang sintaksis merupakan aspek penting dalam melengkapi kajian bahasa. kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep sintaksis yang merangkumi konsep kata dan perpindahan ayat. perbandingan antara bahasa-bahasa di bawah: a) Paulus Mariam Vidit (bahasa Latin) . (2). kata kerja. Terdapat unsur lain seperti kata bantu atau kata penguat dalam sesuatu ayat. Konsep perpindahan ayat pula adalah berasaskan pola ayat dasar yang jelas terdapat perbezaan urutan dalam pelbagai bahasa.al 2008). Jenis Ayat Aspek Tatabahasa 2. (Lutfi Abas .adjektif atau kata sendi nama. ragam ayat. Maniam itu baik sungguh. jenis ayat serta aspek tatabahasa yang lain. (3).KERANGKA TAJUK Sintaksis Konsep kata dan perpindahan ayat Ragam Ayat. Frasa pula boleh terbina daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sama ada kata nama. Sebagai contoh. 2. terdapat ayat yang mempunyai kata adjektif seperti berikut: (1). Kedudukan sesuatu perkataan atau kelompok perkataan dan kebolehan berubah tempat dalam sesuatu binaan ayat juga memperlihatkan ciri perbezaan (Nik Safiah Karim et.1 Konsep kata dan Perpindahan Ayat Perkataan atau kata merupakan unsur yang terdapat dalam salah satu binaan ayat.1975).0 KANDUNGAN ISI Untuk pengetahuan anda. Kek lapis itu enak sekali.

Hubungan antara ayat aktif dengan ayat pasif ialah perpindahan tempat frasa nama yang menjadi subjek dan objek ayat berkaitan. kedudukan kata kerja tidak menjadi persoalan dan tidak menjejaskan makna ayat bahasa Latin tersebut. Dengan perkataan lain. 2. Sebaliknya.perbezaan urutan dalam pelbagai bahasa serta sistem bahasa yang berbeza-beza menjadikan bahasa itu sesuatu yang unik untuk dikaji dan digunakan. (ayat aktif) . ayat Melihat Paul. Mary akan mengubah makna asal daripada bahasa Latin tersebut. Ayat aktif mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asas sebagai judul. Oleh itu. kita akan bincangkan tentang ragam ayat yang menjadi salah satu unsur dalam ayat. akhiran –us dan –am menentukan kata nama subjek dan kata nama objek. Ayat bahasa Melayu yang lebih sesuai bagi bahasa Arab tersebut ialah kamu datang dari mana? Oleh itu . Ayat pasif pula mengutamakan subjek terbitan sebagai judul. (ayat pasif) (6) Saya menendang bola itu. Contoh: (4) Amar menendang bola itu.2 Ragam Ayat Konsep ayat telah pun diperkenalkan dalam penerangan sebelum ini. dalam bahasa Melayu. b) Min aina anta ? (bahasa Arab) Min = daripada / dari aina = mana anta = kamu (lelaki) Maksud terjemahan langsung [daripada mana kamu] kurang memberikan makna yang tepat dan gramatis dalam bahasa Melayu. (ayat aktif) (5) Bola itu ditendang oleh Amar. Seterusnya. Terdapat dua jenis ragam dalam ayat. Ragam ayat terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif.Paulus = Paul Mariam =Mary vidit = melihat Dalam hubungan tersebut. ayat boleh terdiri daripada pelbagai bentuk variasi mengikut pola-pola yang tertentu.

pipinya. Contoh : a) Ayat Aktif Transitif Subjek Kata Kerja Transitif (9). (ayat pasif yang mengalami pendepanan predikat) 2. buah durian.(7) Bola itu saya tendang. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif. Ombak (14). di pantai Damai. sepanjang malam. 2. Pekerja (10).2.2. . Budin (11). Air mata b) Ayat Aktif Tak Transitif Subjek Predikat Kata Kerja Tak Transitif (12). Kanak-kanak (13). Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang tak transitif iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambut. Ayat pasif dalam bahasa Melayu digolongkan kepada tiga jenis iaitu: a) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif b) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua c) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja. Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif yang diikuti oleh frasa nama atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambut. Diana sedang mandi memutih menangis Objek di kolam itu. membaiki membeli membasahi Predikat Objek jalan itu. (ayat pasif) (8) Saya tendang bola itu.1 Ayat aktif Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai unsur yang diterangkan.2 Ayat Pasif Ayat pasif ialah ayat yang asalnya daripada ayat aktif transitif iaitu yang mengandungi kata kerja tetapi mengutamakan objek asal sebagai unsur yang diterangkan.

Semak samun sudah dibeli dibersihkan oleh Amin oleh pekerja minggu lepas setiap bulan. Saya sudah memiliki kereta baru. Budak itu Kena kena kena Kata Kerja Dasar tembak kejar Oleh+Frasa Nama oleh pemburu. (23). Kereta itu (18). Contoh: (21). Jenis Ayat Ayat dapat dibahagikan kepada empat jenis. Dia pandai mengawal emosinya. Kereta itu (16). Rusa itu (20). iii) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja Subjek (19).i) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif Subjek Kata Kerja Pasif Oleh + Frasa Nama (15). lagi. oleh anjing. Dunia ini penuh dengan dugaan. Keterangan ii) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua Subjek Frasa Kerja Pasif dengan Ganti Nama Diri Pertama atau kedua sudah saya bersihkan belum awak makan Keterangan (17). Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat keterangan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal. Kuih itu pagi tadi. 3. (22). . i) Ayat penyata ii) Ayat tanya iii) Ayat perintah iv) Ayat seruan a) Ayat Penyata Ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan.

b) Ayat Tanya Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu. Ayat tanya boleh wujud dengan kata tanya atau tanpa kata tanya.

c) Ayat Perintah Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan bertujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, anda, engkau dan sebagainya.

d) Ayat Seruan Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan dengan tujuan melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti marah,takut,gembira,sedih dan sebagainya. Contoh kata seru ialah oh, amboi, wah, cis, aduh dan sebagainya. Menurut Abdullah Hassan (2005), ayat seruan lazimnya tidak sempurna dan menyatakan perasaan sedih, suka, gembira, duka , terkejut, marah, hairan dan lain-lain.

AKTIVITI

1.

Nyatakan 4 jenis ayat dalam bahasa Melayu dengan memberikan contoh-contoh

yang sesuai.

LATIHAN

1. 2. Bincangkan pola-pola ayat pasif dalam bahasa Melayu

BAHAN BACAAN

Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Marzukhi Nyak Abdullah. (1997)Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu. Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Nik Safiah Karim et.al (2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Raminah Hj.Sabran,Rahim Syam (1987). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

TAJUK 3

Frasa Nama Bahasa Melayu

SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:  

Konsep Frasa Nama; Binaan Frasa Nama bahasa Melayu; Tahukah anda bahawa dalam bahasa Melayu, terdapat unsur frasa nama yang

menjadi salah satu binaan dalam satu-satu ayat. Tanpa unsur frasa, maka sesuatu ayat itu tidak akan dapat wujud dengan sempurna.

Frasa nama juga menjadi tonggak dalam binaan sintaksis. Binaan sintaksis pula didasari oleh pola-pola ayat yang mengandungi pola-pola frasa yang menjadi tunjang dalam ayat sama ada sebagai subjek atau predikat. Malah, ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Sehubungan itu, frasa subjek dibentuk oleh frasa nama, manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: 1. menjelaskan definisi frasa nama dan; 2. menjelaskan binaan frasa nama.

perbincangan ditumpukan kepada ciri-ciri dan jenis-jenis frasa nama bahasa Melayu. 1986) Contoh : Subjek Frasa Nama (1). Seterusnya.0 KANDUNGAN ISI + inti inti + penerang Anda perlu mengetahui bahawa.1 Konsep Frasa Nama Bahasa Melayu Frasa Nama menurut Nik Safiah Karim et. Putrajaya (4). Emak (2). 3. atau sebelum dan sesudah frasa nama.Omar. bandar selamat. Unsur inti boleh wujud secara sendiri atau dengan sederetan penerang yang hadir sebelum frasa nama atau sesudahnya. Frasa nama ialah frasa yang boleh berdiri pada subjek dan objek ayat dan predikat nama. .KERANGKA TAJUK-TAJUK Frasa Nama inti 3. Emak Wan Seng (3).al. Bandar Putrajaya Predikat Frasa Nama peniaga. disamping boleh menggantikan kata nama (Asmah Hj. kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa nama berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa. peniaga sayur. bandar selamat. (2008) ialah konstituen atau unsur yang menjadi pengisi frasa nama yang terdiri daripada kata nama sebagai unsur intinya.

al. namun perbincangan dalam topik 3 ini frasa nama. untuk pekerja sahaja. Anak (11). frasa didapati merupakan unsur yang terletak di bawah klausa.1983). 3. Kucing Penerang paralimpik semester akhir Jabatan Haiwan yang soleh itu jinak itu Predikat meraih pingat emas. baik akhlaknya. Frasa digunakan bagi membina ayat. Frasa ialah unsur terkecil dalam bidang sintaksis.2 Binaan Frasa Nama Dalam Bahasa Melayu Binaan frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan atau lebih (Abdullah Hassan et. Jawa. 2006). parsi. Keluar Inti bapa masuk Predikat saling bantu-membantu. Walaupun terdapat beberapa pendapat tentang binaan frasa nama bahasa Melayu. Dalam struktur binaan ayat. Struktur Frasa Nama (inti + penerang) Frasa Nama Inti (7). Pelajar (9). Pegawai (10).Struktur Frasa Nama (inti + inti) Frasa Nama Inti (5). Binaan frasa dapat dibentuk daripada satu kata atau lebih. Binaan frasa nama dapat digambarkan seperti berikut: Binaan Nama Penerang keturunan Suku bangsa Penerang Inti + Penerang Nama jenis bunga nama kucing nama askar Frasa Penerang Inti Penerang British. menggigit makanan. Ibu (6). (Abdullah menjurus kepada dua struktur frasa dan binaan Hassan. . Atlet (8). menduduki ujian. memberi ceramah.

kedua ketiga . Penerang Penerang (Penentu belakang) Inti orang rumah Penerang kata kerja Penerang kata adjektif Penerang frasa sendi nama Penerang bilangan ordinal mesin bilik pengemis kereta baju banglo tempat tingkat itu ini kira menunggu muda antik di jemuran di desa. Penerang kegunaan nama serbuk minyak kari pelincir skru pintu lelaki. pantai Penerang penyambut nama pemutar penjaga Penerang kelamin Penerang tempat nama pelakon guru nama pinggiran Penerang (Penentu Binaan Frasa Nama Hadapan) Inti (Bilangan+penjodoh bilangan) tiga orang lima buah tujuh dulang Penerang (Inti) guru kereta nasi minyak. wanita.mawar.

Asmah Hj. Senaraikan 20 binaan frasa nama berdasarkan sebuah cerpen atau rencana yang terdapat dalam majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. 2.al (2006) Sintaksis. Abdullah Hassan et. atau akhbar tempatan. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.Inti + inti dengan maksud sama erti Inti + inti Inti + inti dengan maksud berlawanan tubuh bukit tuan atas hidup badan bukau puan bawah mati AKTIVITI 1. . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.al (2008). Tulis 10 contoh frasa nama bagi binaan inti + penerang nama. LATIHAN 1. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Omar (1986) Pustaka.Bhd. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Nik Safiah Karim et. Apakah ciri-ciri yang dapat membezakan frasa daripada ayat? BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Nahu Melayu Mutakhir.

TAJUK 4 Susunan Konstituen Frasa Nama Bahasa Melayu  Peraturan D-M  Kekecualian Hukum D-M  Bilangan dan Panggilan 4.0 Konstituen Frasa Nama Konstituen Frasa Nama dalam tatabahasa Bahasa Melayu mengandungi aspek-aspek yang telah disusun secara sistematik berdasarkan rumus-rumus tatabahasa bahasa Melayu :    Peraturan D-M (Hukum D-M) Kekecualian Hukum D-M Bilangan dan panggilan Peraturan D – M (Hukum D . unsur yang diterangkan merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur menerangkan merupakan unsur penerang yang hadir pada kedudukan yang kedua.M) 4.sos cili (bukan cili sos) . Contoh : Frasa Nama Diterangkan (Inti) Askar Budak Pemain Penarik Penghantar Pensyarah Pakar Doktor Menerangkan (Penerang) Melayu lelaki boling beca surat wanita psikologi veterinar Contoh-contoh lain: . Dalam peraturan ini.1 Dalam tatabahasa bahasa Melayu.Restoran Ali ( bukan Ali Restoran) . D-M membawa maksud diterangkan (D) dan menerangkan (M).

2 Kekecualian Hukum D . Kebiasaan ini mewujudkan kelaziman yang semakin diterima penggunaannya dalam masyarakat pengguna bahasa. kekecualian hukum D .sup kambing ( bukan kambing sup) . Contoh: Penerang (M) Perdana Ibu Naib Ketua Timbalan Naib Pembantu Menteri Pejabat Presiden Hakim Perdana Menteri Presiden Penyelaras Diterangkan (D) .pisang goreng (bukan goreng pisang) . seperti sesetengan penguna bahasa Melayu yang gemar menggunakan sistem bahasa Inggeris sebagai kayu ukur berbahasa. terutama sekali yang melibatkan pada nama-nama jawatan.kentang goreng ( bukan goreng kentang) . Lama-kelamaan.M Konsep kekecualian wujud dalam kebanyakan bahasa di dunia bagai merasionalkan penggunaan sistem bahasa yang sudah lazim dipakai secara mantap dalam masyarakat pengguna bahasa..Kedai Makanan Rahim ( bukan Rahim Kedai Makan / Kedai Makan Rahim) .nasi goreng (bukan goreng nasi) 4.cakera padat (bukan padat cakera/compact disc) . keadan itu menjadi perkara lazim dan terhasillah satu fenomena bahasa yang menyimpang dari rumus tatabahasa dalam konteks hukum D . Hal yang demikian berlaku disebabkan oleh kecenderungan pengguna bahasa menggunakan sistem bahasa lain bagi bahasa sendiri .M juga wujud akibat kebiasaan dalam penggunaan. Selain itu.M.

3 Bilangan dan Panggilan Kata bilangan yang berfungsi sebagai penerang dalam frasa nama boleh wujud di hadapan katan nama inti. (Abdullah Hassan. (14). bilangan yang digunakan merujuk kepada unsur numerik yang menjadi penanda kepada jumlah yang difokuskan dalam frasa. Contoh : lima ekor kuda segolongan kecil peneroka kelima-lima pendekar silat sekumpulan penyelidik segelintir pengundi sejumlah wang sebilangan besar pekerja Contoh ayat: (19) Lima ekor kuda telah dibeli oleh Haji Tahir. Timbalan Perdana Menteri membuat lawatan kerja ke Syria. menteri kanan. . Kelima-lima pendekar silat itu menunjukkan gaya kepahlawanan. Ketua Hakim Negara telah bercuti selama dua hari. Naib presiden yang baharu telah berucap dalam majlis perasmian. Pembantu penyeldik sedang membuat penganalisisan data kajian. (13). (15). (22). Segolongan kecil peneroka sudah menanam pokok gaharu. menteri pengangkutan. 2006) Dalam konteks ini. (17). Contoh penggunaan dalam ayat: (12). Jawatan Naib Presiden disandang oleh Dato Hj.Ali. (20). dan seumpamanya.Namun. Mohd. (21). Ibu pejabat Kastam daerah Johor Bahru dipindahkan ke Jalan Aman. hal ini tidak berlaku pada frasa menteri besar. Sekumpulan penyelidik sudah mendapat elaun khas. (16). (18). imam besar. Perdana Menteri Malaysia yang pertama ialah YTM Tunku Abdul Rahman. 4.

dan vi. (24). Sukan Asia ke-XIV telah mencatat satu sejarah kegemilangan atlet Malaysia.Kata bilangan tingkatan Kata Bilangan Tentu Kata bilangan yang mendukung makna tentu yang menjurus kepada bilangan khusus terdiri daripada angka yang boleh dilambangkan dengan simbol atau huruf abjad.Musa. (32). (27). Kata bilangan tentu ii.Kata bilangan tak tentu iii. kata bilangan boleh dibahagikan kepada enam kumpulan berdasarkan makna (Hashim Hj.(23). 1993). Segelinitr pengundi pilihanraya dilihat berlegar-legar di situ. i. Kegiatan gotong-royong itu disertai oleh semua penduduk kampung. .Kata bilangan himpunan iv. Konvokesyen ke-2 telah dilaksanakan pada hari semalam.sedikit. sekalian. (33). (29). Dollah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan nyanyian. sekelompok. semua . Beberapa orang guru telah ditukarkan ke sekolah pedalaman. (28). Secara lebih khusus. Contoh: satu = 1 dua = 2 Contoh ayat: (26).Kata bilangan pisahan v. Contoh: Segala. (25). Sebilangan besar pekerja sudah pulang ke kampung. Contoh ayat: (31). (30) Hang Tuah memiliki dua ekor kuda putih . empat = IV sepuluh = X Kata Bilangan Tak Tentu Kata bilangan yang merujuk kepada jumlah bilangan yang tidak khusus .Kata bilangan pecahan. banyak . Shakira mempunyai empat ekor anak kucing. Sejumlah wang yang besar diperlukan untuk kos perubatan. Segala bantuan yang diberikan oleh pihak sekolah amat dihargai. beberapa.

Contoh ayat: (34). memerihalkan bilangan yang menjadi dasar pokok pernyataan. Setiap hari dilalui oleh Pak Malau dengan hati yang tabah. Kata Bilangan Pisahan Kata bilangan jenis pisahan merujuk kepada unsur pemisahan dalam proses berbelas-belas. Contoh: berpuluh-puluh. (42).Kata Bilangan Himpunan Kata bilangan yang merujuk kepada jumlah bilangan yang terhimpun atau terkumpul. (36). (41). sepertiga. Berpuluh-puluh kenderaan tentera telah bergerak ke sempadan negara. segelintir. Kedua. kesemua. (38). Masing-masing ada pendapat yang tersendiri dalam isu pembangunan sukan. Sabar itu adalah separuh daripada iman. beratus-ratus. kedua. Contoh: setengah. Kata Bilangan Tingkatan Kata bilangan tingkatan merujuk kepada sejumlah perkataan yang mendukung makna taraf tingkatan bilangan. Sebahagian daripada ahli-ahli persatuan tidak hadir. kelima-lima. (35). Kesemua mangsa banjir telah dipindahkan ke tempat yang selamat. tiap-tiap Contoh ayat: (37). Contoh: masing-masing. Setengah daripada kawasan ini adalah milik Tuan Haji Ali. Tiap-tiap pasukan mempunyai ketua yang dilantik oleh pihak pengurusan. (39). keseribu. Kata jenis ini juga adalah sejumlah perkataan yang menyokong makna bilangan yang terasing. ketiga . Kata Bilangan Pecahan Kata bilangan jenis pisahan merujuk kepada unsur pecahan atau pembahagian daripada jumlah keseluruhannya. setiap. sebahagian Contoh ayat: (40). beribu-ribu. kedua-dua.dua peninju itu telah diberi penghargaan oleh pihak persatuan. separuh. . contoh: pertama.

Datuk dan seumpamanya lazim digunakan sebelum kata nama inti. Gerai pertama menjadi perhatian pembeli. Datuk Maharaja Lela ialah seorang pejuang yang menentang Inggeris di Perak. Kata panggilan merupakan satu sistem yang digunakan dalam bahasa Melayu bagi tujuan penghormatan. (44). (45). Datuk Sagor harus diingati sebagai seorang pahlawan. Dia mampu meraih tempat kedua sahaja dalam pertandingan tersebut. Jenis-jenis kata panggilan seperti Tuan. pengiktirafan ataupun penentuan identiti secara lebih khusus. (48). Puan .Profesor Ungku Aziz merupakan seorang pencetus idea penubuhan tabung pengurusan haji di Malaysia. Haji.contoh ayat: (43). Contoh: Datuk Maharaja Lela Datuk Sagor Haji Abdul Rahman Limbong Tuan Adam Puan Mastura Chong Contoh ayat : (46). 4. 2008). Tunku. konsep panggilan ( kata panggilan) merupakan unsur frasa nama yang hadir sebelum kata nama inti ( Abdullah Hassan. Profesor Ungku Aziz Tunku Kamalia Syed Zain Barakbah Sharifah Mona Alsagoff Tan Sri Malik Kamal .4 Panggilan / Kata Panggilan Sementara itu. Pengunjung keseribu akan diberi hadiah cepu emas. (47). Tun.

Bhd. Bina carta atau pengurusan grafik untuk menunjukkan peraturan D – M. Tulis semula ayat. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn. Apakah maksud hukum D-M? 2.al (2008). b) Cili sos jenama lada dijual di Aminah Mini Market. anda boleh bayar bil awal. BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Siti Hajar Abdul Aziz (2008). a) Ahmad punya kedai terletak di sebelah bas terminal. PTS Professional Publishing Sdn.al (2006) Sintaksis. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. c) Kenderaan mini bas sudah semakin dilupakan. Bahasa Melayu II. Kuala Lumpur.ayat di bawah dengan ayat-ayat yang sesuai berdasarkan Hukum D. Abdullah Hassan et.Bhd. e) Itu hari kita sudah bercadang melawat mini zoo. Nik Safiah Karim et.Bhd. g) Sport rim kereta itu milik Romli. . LATIHAN 1. f) Lain masa. Hashim Hj. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. d) Lain-lain hal boleh dibincangkan pada lain hari.Musa ( 1993) Binaan dan Fungsi Perkataan dalam Bahasa Melayu.M.AKTIVITI 1.

iaitu frasa subjek dan frasa predikat. iaitu frasa nama (FN). frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).6) . anda seharusnya dapat:   Menjelaskan definisi frasa kerja dan binaan frasa kerja (1. Frasa kerja binaan sintaksis pula didasari oleh pola-pola ayat yang mengandungi pola-pola frasa yang menjadi tunjang dalam ayat sama ada sebagai subjek atau predikat. Frasa kerja juga menjadi salah satu tonggak dalam binaan sintaksis. ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama. Sehubungan itu. terdapat unsur frasa kerja yang menjadi salah satu binaan dalam satu-satu ayat. binaan frasa kerja tanpa objek dan dengan objek Tahukah anda bahawa dalam bahasa Melayu. binaan frasa kerja tanpa objek dan dengan objek (1. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini.1) Menganalisis binaan frasa kerja. manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa. frasa kerja (FK). Malah.TAJUK 5 Frasa Kerja Bahasa Melayu  Binaan Frasa Kerja  Binaan Frasa Kerja Tanpa Objek  Binaan Frasa Kerja Dengan Objek SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:   Menjelaskan definisi frasa kerja dan binaan frasa kerja Menganalisis binaan frasa kerja. frasa subjek dibentuk oleh frasa nama.

1 Konsep Frasa Kerja Bahasa Melayu Frasa Kerja menurut Siti Hajar Abdul Aziz. frasa kerja berfungsi sebagai predikat. 5. (2008) ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja sebagai unsur intinya. Frasa kerja dalam bahasa Melayu terdiri daripada kata kerja sebagai dasarnya.KERANGKA TAJUK-TAJUK Frasa Kerja(Predikat) Frasa kerja (tanpa objek) Frasa Kerja (dengan objek) 5. Frasa kerja bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa.0 KANDUNGAN ISI Anda perlu mengetahui bahawa. Dalam susunan ayat biasa. kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa kerja berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa. frasa kerja terdiri daripada satu atau beberapa perkataan dengan kata kerja berfungsi sebagai fungsinya. Frasa kerja wujud dalam sesuatu ayat dalam binaan predikat. Menurut Abdullah Hassan et.al (2006). .

ayat ini masih mengekalkan konsep kata kerja tak transitif (tanpa objek) Pelengkap ialah perkataan yang hadir selepas kata kerja transitif dan berfungsi untuk melengkapkan kata kerja tersebut. meniup saksofon. 5. Emak Ahmad (3). Namun kata kerja ini boleh diikuti oleh unsur pelengkap dan penerang. Pemuzik itu (4). P.2. Contoh: (8).2 Binaan Frasa Kerja Binaan kata kerja terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. terjatuh dan bergaduh. Faisal tidur lena. (7). Dalam ayat (94). ayat (91) . Berdasarkan contoh ayat di atas. Emak (2). 5. (92) dan (93) menunjukkan kata kerja tidur. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek sebagai penyambut. Kata kerja tersebut tidak memerlukan atau tidak tidak diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau penyambut. Budak nakal itu terjatuh lagi. Kata kerja tak transitif juga dikatakan sebagai kata kerja yang tidak memerlukan frasa nama sebagai objek (penyambut) untuk melengkapkannya. (9). (95).1 Frasa Kerja Tanpa Objek Frasa kerja tanpa objek merupakan jenis frasa yang tidak memerlukan penyambut (objek) dan boleh berdiri sendiri dalam sesuatu binaan predikat.Contoh : Ayat Subjek (1). Faisal tidur lena di bilik tidur. menjual sayur di pasar. Biarpun begitu.Ramlee Predikat Frasa Kerja menjemur kain. (6). Contoh : (5). Dia selalu bergaduh sesama rakan sekolah. Budak nakal itu terjatuh lagi setelah terpijak kulit pisang. mencipta lagu itu. kata kerja telah diberi unsur pelengkap dan penerang. . (10). Dia selalu bergaduh. dan (96).

(12) dan (13). (16). (19). Mahmud membaiki radio yang telah rosak. (13). frasa adjektif dan frasa sendi nama. . frasa yang bergaris ialah unsur keterangan yang mengikuti objek. (15). Zamani akan melaporkan kepada warden asrama tentang kejadian itu. frasa kerja.5. Unsur keterangan juga boleh terdiri daripada frasa nama. Lee Chong Wei menghantar dengan tenang bulu tangkis ke jaring. dalam proses Contoh kesilapan dapat dilihat dalam ayat (15) hingga ayat (19). (17). kadang-kala terdapat kekeliruan dalam kalangan pengguna bahasa menggunakan frasa kerja sebagai predikat. Hal yang demikian berlaku membina sesuatu ayat. Ibu menganyam tikar setiap hari. Contoh: Frasa Kerja Kata Kerja Transitif Menaikkan menganyam membaiki Penyambut bendera tikar radio Contoh ayat lengkap: (11). Frasa kerja juga boleh menerima unsur keterangan.Halijah menggenggam erat tangan suaminya. Semua ayat di atas tidak menepati sistem penggunaan kata/frasa kerja transitif. Frasa kerja transitif mempunyai dasar kata kerja transitif. Kata kerja transitif pula ialah kata kerja yang memerlukan objek. Tuan Pengarah sedang membincangkan tentang isu pendidikan.3 Frasa Kerja Dengan Objek Frasa kerja dengan objek dikenali juga sebagai frasa kerja transitif. Pelajar itu menaikkan bendera semasa perhimpunan. Dalam ayat (11). Kata kerja jenis ini mesti diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau penyambut untuk melengkapkan kata kerja tersebut.Datuk Amran menghasilkan banyak produk berasaskan herba. Dalam konteks ini . (12). (18).

Zamani akan melaporkan kejadian itu kepada warden asrama (21). Catatan: kejadian’. ‘bulu tangkis’ dan ‘isu pendidikan’ ialah objek yang mesti hadir selepas kata kerja transitif. Lee Chong Wei menghantar bulu tangkis ke jaring dengan tenang. (24).Ayat-ayat yang tersebut di atas harus ditulis begini: (rujuk ayat 20 – 24) (20). Datuk Aman menghasilkan produk berasaskan herba. Tuan Pengarah sedang membincangkan isu pendidikan. Halijah menggenggam tangan suaminya dengan erat. ‘tangan’. (22). (23). . ‘produk ’.

Tulis 10 contoh frasa kerja tanpa objek LATIHAN 1. Siti Hajar Abdul Aziz (2008).Bhd. PTS Professional Publishing Sdn. Buat analisis binaan frasa kerja berdasarkan sebuah cerpen atau rencana yang terdapat dalam majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. atau akhbar tempatan. Kuala Lumpur.Bhd.AKTIVITI 1.Bhd. BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn. .al (2006) Sintaksis. Abdullah Hassan et. Bahasa Melayu II. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn.

Frasa kerja dalam bahasa Melayu mempunyai elemen kata bantu dalam predikat. Terdapat dua jenis kata bantu iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam. anda seharusnya dapat:  Menghurai frasa kerja dengan kata bantu. Hal yang demikian membuktikan bahawa kepelbagaian elemen kata dalam sesuatu frasa bahasa Melayu menghasilkan satu sistem yang komprehensif.TAJUK 6 Frasa Kerja Bahasa Melayu  Frasa Kerja dengan Kata Bantu  Frasa Kerja dengan Ayat Komplemen  Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:  frasa kerja dengan kata bantu. kita akan melihat pola-pola frasa kerja yang menggunakan kata bantu dalam predikat. aspek penggunaan ayat komplemen dan unsur keterangan akan dibincangkan juga dalam tajuk frasa kerja bahasa Melayu. Selain itu. frasa kerja dengan ayat komplemen dan unsur keterangan dalam frasa kerja(1. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini. Kata bantu boleh hadir di hadapan predikat kata kerja.1) . Dalam perbincangan ini. frasa kerja dengan ayat komplemen dan unsur keterangan dalam frasa kerja.

Amirul sudah mencapai kejayaan dalam peperiksaan yang lepas. (2008) Frasa kerja terdiri daripada kata kerja sebagai unsur intinya. 6. Contoh (fungsi menunjukkan perbuatan yang belum dilakukan: akan dan (4). Dalam susunan ayat biasa. telah . Frasa kerja dalam bahasa Melayu terdiri daripada kata kerja sebagai dasarnya. Wan Malini akan memetik bunga di taman. frasa kerja yang melibatkan kata bantu aspek merupakan keperihalan tentang aspek masa lampau. ini atau masa hadapan.KERANGKA TAJUK-TAJUK Frasa Kerja (Predikat) Frasa kerja (didahului kata bantu aspek. Dalam hal ini. Dia telah menulis puisi sejak di bangku sekolah. Adi Kencana belum lagi berminat untuk merantau ke kota. diberikan contoh ayat berkaitan. kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa kerja berdasarkan pendapat-pendapat ahli bahasa. belum) . dan kata bantu ragam) Frasa kerja (dengan ayat komplemen) 6. (5). Contoh (fungsi menunjukkan masa yang telah berlaku: sudah . frasa kerja berfungsi sebagai predikat. Michael pernah mendapat pengiktirafan sebagai guru cemerlang. (3).pernah) (1). Bagi menjelaskan fungsi kata bantu dalam frasa.1 Frasa Kerja Dengan Kata Bantu Aspek Menurut Siti Hajar Abdul Aziz. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu aspek. Frasa kerja bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa.0 Kandungan Isi Anda perlu mengetahui bahawa. (2).

Maslina mahu membuktikan bahawa dia juga mampu menjadi juara. mahu. akan. maka ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk Contoh : (i) Frasa kerja transitif dengan ayat komplemen (12). harus. Anda mesti belajar untuk menguasai kemahiran mengajar. Apabila keadaan sedemikian berlaku. (10). atau masa hadapan. Contoh : telah. Contoh: hendak. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu aspek yang memerihalkan perasaan ketika melakukan perbuatan. Dia harus pulang ke kampung segera. Pak Mat mengakui bahawa dia pernah berkhidmat dalam pasukan komando. masih. kini. (13). belum Kata Bantu Ragam Memerihalkan perasaan ketika melakukan perbuatan. (7). boleh menerima ayat komplemen.2 Frasa Kerja Dengan Kata Bantu Ragam Frasa kerja yang melibatkan kata bantu ragam merupakan keperihalan tentang aspek perasaan. Dalam binaan predikat. Daud dapat menyertai program sukan berkuda di Johor Bahru. sedang.3 Frasa Kerja Dengan Ayat Komplemen Frasa kerja dengan ayat komplemen merupakan jenis frasa yang boleh menerima pelengkap atau sebaliknya yang dipancangkan ke dalam klausa utama bagi binaan sesuatu ayat. Dia hendak bekerja di Kuala Lumpur. Menurut Nik Safiah Karim et. 6. boleh.Kata Bantu Kata Bantu Aspek Memerihalkan masa lampau. supaya. (8). sudah. Cikgu Normah menegaskan bahawa tidur yang berkualiti adalah perlu untuk kesihatan minda. semoga dan untuk. Contoh ayat: (6). (11). frasa kerja jenis ini ditandai dengan penggunaan kata kata hubung bahawa. (9). frasa kerja sama ada jenis transitif atau tak transitif. .al (2008). dan dapat 6. Yatim boleh berjaya jika dia berusaha bersungguh-sungguh. mesti. demi.

(16). Dalam ayat (15). Pemandu bas itu memaklumkan bahawa semua penumpang selamat sampai ke destinasi. frasa adjektif. terjatuh dan bergaduh.dari. unsur keterangan hadir selepas objek (penyambut).daripada. dan (17). Kata kerja tersebut menerima ayat komplemen yang akhirnya membentuk ayat majmuk. (ii) Frasa kerja tak transitif dengan ayat komplemen (15). Berdasarkan aspek makna yang hadir dalam frasa kerja. Unsur-unsur keterangan boleh terdiri daripada binaan frasa sendi nama. dan frasa nama. Unsur –unsur biasanya hadir selepas kata kerja. ayat (12) . Biarpun begitu. unsur keterangan dapat dibahagikan kepada lapan jenis: (i) Keterangan tempat atau arah (ii) Keterangan waktu (iii) Keterangan cara (iv) Keterangan tujuan atau harapan (v) Keterangan alat (vi) Keterangan penyertaan (vii) Keterangan hal (viii) Keterangan bagai Huraian: (i) Keterangan tempat atau arah Unsur keterangan tempat atau arah membincangkan tempat berlakunya peristiwa. unsur keterangan ini dapat memberikan gambaran yang lebih jelas tentang maksud dan sasaran makna dalam sesuatu frasa yang menjadi struktur binaan dalam satu-satu frasa. frasa kerja tak transitif telah menerima ayat komplemen. ayat ini masih mengekalkan konsep kata kerja tak transitif dan akhirnya membentuk ayat majmuk. Jasmin berpendapat bahawa kerjaya guru sangat mencabar.pada jelas terdapat dalam . Bagi kata kerja transitif. (16). (13) dan (14) menunjukkan kata kerja tidur. Yang pasti. (17). Berdasarkan contoh ayat di atas.4 Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja diwakili oleh unsur-unsur penerang yang Unsur keterangan dalam frasa kerja memerihalkan atau menerangkan kata kerja tersebut dengan lebih lanjut. Haji Amin percaya bahawa mangsa kebakaran itu boleh diselamatkan. Kim Seng faham bahawa jirannya terpaksa berpindah ke kampung.(14).kepada . 6.ke. nama di. Penggunaan kata sendi unsur keterangan ini.

tahun lepas. Contoh : (25) Air sungai mengalir deras. (25) (a) Air sungai mengalir dengan derasnya. Mereka berkahwin untuk mencapai kebahagiaan hidup. (24) Aiman menunggu kepulangan ayahnya hingga pukul 12 malam. (21) Emak Shafik menerima hadiah cenderamata daripada guru besar. Contoh : (28) (29) (30) Muhamad belajar bersungguh-sungguh demi masa depan. (19) Abang Malik memanjat ke atas bumbung rumah.Contoh: (18) Dia belajar di universiti. (27) (a) Menteri berjalan dengan megahnya. (iii) Keterangan cara   Keterangan cara boleh bersumberkan daripada kata adjektif. bentuk frasa sendi nama yang mengandungi kata sendi nama iaitu pada. (20) Swee Ling berasal dari Negeri Sembilan. (iv) Keterangan tujuan atau harapan   Keterangan tujuan atau harapan ialah unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian. (26) (a) Azman berlari dengan pantasnya. (27) Menteri berjalan megah. (26) Azman berlari pantas. Keterangan cara boleh terbina daripada frasa sendi nama yang mengandungi kata sendi nama dengan diikuti kata adjektif yang menerima kata pembenda –nya. (ii) Keterangan waktu Dua bentuk keterangan waktu wujud dalam frasa kerja iaitu   Contoh : (22) Pensyarah itu menamatkan kuliah pada jam 9 malam. sejak dan hingga bentuk frasa nama seperti semalam. . untuk dan bagi. Penghulu berucap di perhimpunan itu bagi menjelaskan isu sebenar. Keterangan tujuan menggunakan kata sendi nama : demi. dalam . (23) Pameran kesenian itu bermula sejak semalam.

(42) Diana berlakon sebagai Puteri Gunung Ledang. (41) Kepantasan lelaki itu bertindak bagai lipas kudung . sebagai. (39) Jurutera perunding membuat penilaian semula tentang projek tersebut.kesamaan atau hampir sama. bak. (vii) Keterangan hal   keterangan hal berfungsi menerangkan keadaan kata sendi nama yang digunakan ialah tentang. mengenai. terhadap. Kata sendi nama yang digunakan ialah dengan. Contoh: (34) Aminah datang ke masjid dengan suaminya. (vi) Keterangan penyertaan   Unsur yang menerangkan maksud ikut serta. (33) Harjit Singh memukul bola dengan kayu hoki. (36) Muniandy masuk ke pejabat dengan pembantunya. bagai. Contoh: (31) Guru pelatih itu datang dengan menaiki kereta api (32) Encik Ahmad memotong kek dengan pisau. Contoh : (40) Amran berlagak seperti pegawai tinggi . perkakas atau benda yang digunakan dalam sesuatu proses atau peristiwa. ikut bersama-sama atau melibatkan diri. (35) Pegawai kebajikan melawat kampung contoh dengan ahli jawatankuasa surau. (43) Hidungnya mancung bak seludang.(v) Keterangan alat  Unsur yang menerangkan peralatan. Kata sendi nama yang digunakan ialah dengan. Contoh: (37) Tuan pengurus sedang memikirkan tentang masalah itu. Kata sendi nama yang digunakan ialah seperti. (38) Panel disiplin membuat teguran terhadap kes itu. (viii) Keterangan bagai   Unsur yang menerangkan keserupaan. .

Pahang:PTS Professional Publishing Sdn. bersedia vii. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Musa (1993).Bhd. mengalami ix. bina ayat yang menggunakan predikat frasa kerja dengan kata bantu ragam atau kata bantu aspek.Bhd. AKTIVITI 1. memikirkan ii. Hal yang demikian bergantung kepada situasi dan rumus yang menjadi dasar dalam pembentukan frasa yang akhirnya menghasilkan satu ayat yang lengkap. Bincangkan fungsi kata bantu ragam dan kata bantu aspek dalam frasa kerja. mendirikan BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. i. berjumpa x. Berdasarkan perkataan di bawah. Nik Safiah Karim et. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Bhd. LATIHAN 1.6. Hashim Hj. Abdullah Hassan et. . berupaya vi. melagukan v.al (2006) Sintaksis. memancing iv. Kuala Lumpur. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn. PTS Professional Publishing Sdn. Binaan Dan Fungsi Perkataan Dalam Bahasa Melayu. Siti Hajar Abdul Aziz (2008). memutuskan viii. bertolak iii.5 Kesimpulan Frasa kerja merupakan satu bentuk frasa yang kompleks dan mampu menerima unsurunsur perkataan yang menjadi struktur asas dalam binaan predikatnya.al (2008) Tatabahasa Dewan. Bahasa Melayu II.

(1. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini. (1. Harus dijelaskan bahawa kata adjektif yang hadir selepas kata kerja disebut sebagai keterangan. kata penguat dan kata bantu dalam frasa. unsur pengisi yang wujud dalam frasa adjektif akan dibincangkan juga dalam tajuk frasa adjektif bahasa Melayu ini. anda seharusnya dapat:   Menjelaskan definisi frasa adjektif.Penguat . Sementara.Kata Bantu dalam Frasa Adjektif SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:    Binaan frasa adjektif : unsur pengisi frasa adjektif Penguat Kata bantu dalam frasa adjektif Frasa adjektif dalam bahasa Melayu mempunyai elemen kata yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mewakili kata sifat atau kata adjektif sebagai kata intinya.1) Menghuraikan binaan frasa adjektif dengan unsur pengisi.Binaan Frasa Adjektif: Unsur Pengisi Frasa Adjektif . kita akan melihat pola-pola frasa adjektif yang berkaitan dengan binaan frasa. penguat dan kata bantu. Dalam perbincangan ini.TAJUK 7 Frasa Adjektif Bahasa Melayu .2) . Hal yang demikian membuktikan bahawa kepelbagaian elemen kata sifat atau kata adjektif memberikan impak dalam pembentukan frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat dan juga unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat. Selain itu. kata adjektif yang hadir selepas kata nama disebut sebagai penerang.

Frasa adjektif dalam bahasa Melayu terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mewakili kata sifat atau kata adjektif sebagai kata intinya. Dalam susunan ayat biasa. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu dan penguat sebagai binaan dan unsur pengisian dalam frasa adjektif. kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa adjektif berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa. Frasa Frasa adjektif adjektif bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa. Dalam hal ini. 7.KERANGKA TAJUK-TAJUK Frasa Adjektif Binaan Frasa Adjektif : Unsur Pengisi Frasa Adjektif Penguat Kata Bantu dalam Frasa Adjektif 7. frasa adjektif boleh terdiri daripada satu kata adjektif atau beberapa kata yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat sama ada dihadapan atau di belakangnya. frasa adjektif berfungsi sebagai predikat.0 Kandungan Isi Anda perlu mengetahui bahawa. .1 Binaan Frasa Adjektif : Unsur Pengisi Frasa Adjektif ialah frasa yang terdiri daripada kata adjektif sebagai unsur intinya.

Contoh: (2) . Dalam binaan predikat. kata bantu boleh hadir bersama-sama penguat hadapan mendahului kata adjektif. (5) .Contoh : (1) . penguat juga boleh hadir sama ada di belakang atau di belakang kata adjektif.1 Binaan Kata Adjektif Satu Perkataan Binaan jenis ini merupakan asas kepada pembentukan frasa adjektif yang menggunakan satu kata adjektif dalam ayat. (6) . (3) . 7. Bentuk sedemikian boleh berubah-ubah berdasarkan rumus tatabahasa dan pola dalam ayat berkaitan. Namun. Penglihatannya kabur. Wak Samad sudah terlalu tua Dalam ayat (1) [Wak Samad] merupakan subjek frasa nama yang diikuti oleh predikat frasa adjektif. Guru pelatih itu cergas (4) . [sudah + terlalu + tua] merupakan predikat yang terbina daripada unsur-unsur berikut : [kata bantu + penguat + kata adjektif] Unsur pengisi dalam frasa adjektif juga dapat dilihat dalam contoh-contoh di bawah: Kata Bantu sudah belum masih Penguat terlalu sangat terlalu amat Kata Adjektif tua prihatin masak awal baik Penguat benar - Dalam contoh-contoh di atas. .1. Salim sangat rajin. Dia kelihatan ceria. Tanamannya subur.

 Penguat bebas ialah perkataan yang kedudukannya bebas. benar. Rumahnya terlalu besar. (8) . Contoh: amat dan sungguh.2 Penguat  Kata penguat boleh hadir dalam frasa adjektif Terdapat tiga jenis penguat: (i) Penguat hadapan (ii) Penguat belakang (iii) Penguat bebas  Penguat hadapan merupakan kata yang terletak di hadapan kata adjektif. berdasarkan jenis-jenisnya. iaitu boleh hadir di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contoh: (7) .7. Pakaian puteri itu cantik sekali. (11) . Taman Bunga di istana itu indah nian. (10) . Penguat hadapan terdiri daripada kata terlalu dan paling. . Lukisan itu paling cantik.1.  Penguat belakang pula merupakan kata yang terletak di belakang kata adjektif seperti sekali. nian (9) .2 Binaan Kata Adjektif Dua Perkataan Binaan dua perkataan adjektif merupakan asas kepada pembentukan frasa adjektif yang menggunakan dua kata adjektif dalam ayat Pola binaannya boleh terdiri daripada yang berikut: (i) kata adjektif + kata adjektif (unsur keserasian makna) contoh : letih lesu cantik molek lemak manis penat lelah (i) kata adjektif + kata adjektif (makna berlawanan) contoh: jatuh bangun hidup mati baik buruk susah senang pahit maung 7. Kereta lembu itu lambat benar.

AKTIVITI 1. Pekerja yang berkualiti harus cekap. Contoh: (16). Frasa adjektif jelasnya boleh disertai oleh kata bantu sudah. (13) . Contoh : sungguh amat. .(12) . Kehadiran pelajar itu belum terlalu lewat. Ada kata bantu tertentu yang boleh hadir sebelum atau sesudah penguat. (15). sungguh telah pandai Contoh: (19). Percakapan orang tua itu sungguh amat kasar . misalnya: masih amat jauh. Pelajar kelas peralihan itu sungguh telah pandai. Bincangkan fungsi kata bantu dalam frasa adjektif. belum sangat cekap. masih. (23). sungguh masih muda. (20). Anak sulungnya itu sungguh masih muda. 7. belum. Terdapat juga kata bantu yang boleh hadir sebelum atau selepas penguat. Unsur penguat yang hadir berderetan sebelum kata adjektif juga wujud dalam binaan frasa adjektif.3 Kata Bantu Dalam Frasa Adjektif Kata bantu merupakan unsur yang boleh hadir dalam frasa adjektif. belum terlalu lewat. Kedudukan khemah itu masih amat jauh. Kubah masjid itu amat besar. (21). harus berdasarkan kesesuaian konteks ayat. Perangai anaknya terlalu amat sopan. (22). seperti dalam ayat-ayat berikut: (14). Anaknya sudah besar. Sayur-sayuran dikebun itu masih belum subur. Pekerja baru itu belum sangat cekap. terlalu amat. (17). (18). Gerakan dan gaya pesilat Malaysia tangkas sungguh.

menampar muka mendabik dada langkahmu pantas sungguh. hatinya cemas langkahnya kian tidak cergas. injak. dan pijak lantaran amarah yang membakar hati lantas kau tegar menyusun langkah pantas. untuk memijak sesiapa jua dengan mata yang merah menyinga. di bumi Gaza ini. bahawa kau juga pernah jadi anak kecil hidupmu sangat sederhana kautidur berselimutkan langit gelap impianmu sangat suram. penat lelahnya dihiasi air matanya berderai tangisnya mohon belas kasihan sedu-sedannya tanda kesedihan wajahnya pucat. SAJAK : SEBUAH PERSOALAN Mengapa harus kau pijak kaki anak kecil itu? yang hanya semalam belajar bertatih dan jatuh kembali. hingga akhirnya kau terpijak kakimu sendiri dan jatuh tersungkur menyembah bumi. sepak.LATIHAN 1. Oleh: ESA ALHAJ Johor Bahru. jatuh bangunnya. Senaraikan frasa adjektif dalam petikan sajak di bawah. Mungkin rasa ihsan sudah terhakis dari dalam dirimu hingga kau mudah keliru antara langkah. Barangkali kau sudah lupa wahai rejim zionis. letih lesunya. .

Hashim Hj. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Binaan Dan Fungsi Perkataan Dalam Bahasa Melayu.Musa (1993). PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. . Bahasa Melayu II.al (2006) Sintaksis. Abdullah Hassan et. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim et.al (2008) Tatabahasa Dewan.Bhd. Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn.

(1.(1. unsur predikat yang terdapat dalam frasa objektif dapat diikuti oleh ayat komplemen yang mewujudkan ayat majmuk. boleh hadir selepas frasa nama sebagai penerang. Hal yang demikian membuktikan bahawa kepelbagaian elemen kata sifat atau kata adjektif memberikan impak dalam pembentukan frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat dan juga unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat. Selain itu. anda seharusnya dapat:   Menghuraikan binaan frasa adjektif dengan unsur pengisi. kita akan melihat pola-pola frasa adjektif yang berkaitan dengan susunan frasa dalam ayat serta frasa adjektif dan ayat komplemen.TAJUK 8 Frasa Adjektif Bahasa Melayu  Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat  Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: Frasa Adjektif Bahasa Melayu   Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen Frasa adjektif dalam bahasa Melayu seterusnya mempunyai peranan yang besar dalam mengungkapkan kata sifat secara luaran dan dalaman berdasarkan konteks kata-kata adjektif tertentu dalam binaan frasa dan ayat. Dalam perbincangan ini.2) . HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini. Harus dijelaskan bahawa frasa adjektif mempunyai ketentuan sama ada boleh hadir selepas subjek sebagai predikat.2) Menghuraikan ayat komplemen. boleh hadir selepas kata kerja sebagai keterangan dan. penguat dan kata bantu.

Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu dan penguat sebagai binaan dan unsur pengisian dalam frasa adjektif. Dalam hal ini. . Frasa Frasa adjektif adjektif merupakan komponen penting dalam proses melengkapkan sesuatu ayat. frasa adjektif berfungsi sebagai predikat. 8. kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa adjektif dan elemen berkaitan dengan susunan frasa serta ayat komplemen.1 Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat ialah frasa yang terdiri daripada kata adjektif sebagai unsur intinya. Dalam susunan ayat biasa. frasa adjektif boleh terdiri daripada satu kata adjektif atau beberapa kata yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat sama ada di hadapan atau di belakangnya. Frasa adjektif dalam bahasa Melayu terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mewakili kata sifat atau kata adjektif sebagai kata intinya.0 Kandungan Isi Anda perlu mengetahui bahawa.KERANGKA TAJUK-TAJUK Frasa Adjektif Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen 8.

Stadium itu sudah usang. lancar sekali. (susunan biasa ) (3) (a) Merah tua warna bola itu. Contoh: (1) . Kucing itu berenang berpidato mengalir beraksi berlari sangat pantas.1 Frasa Adjektif Sebagai Predikat Predikat dalam sesuatu ayat boleh terbina daripada frasa adjektif. Warna bola itu merah tua. laju. Dalam binaan predikat. Pemuzik (8). Contoh-contoh lain: (2). Dalam hal ini. Hal yang demikian merupakan fungsi asas kata adjektif yang memerihalkan sifat dan adjektif bagi keterangan kata kerja. Kulitnya putih bersih. [predikat + subjek] Frasa predikat yang mendepani subjek sudah berpindah tempat melalui proses penyongsangan. [sudah + usang] merupakan predikat yang terbina daripada unsurunsur berikut : [kata bantu + kata adjektif] Ayat (1) boleh disongsangkan menjadi seperti berikut: (1) (a) Sudah usang stadium itu. Pelajar itu (6).1.2 Frasa Adjektif Sebagai Keterangan Frasa adjektif yang hadir selepas frasa kerja akan berfungsi sebagai keterangan. Amira (5). . Air sungai itu (7). deras sekali. Contoh: Subjek Predikat Frasa Kerja Keterangan (Frasa Adjektif) (4).Contoh : 8.1. frasa adjektif juga boleh hadir selepas subjek sebagai predikat. hebat sekali. (susunan songsang) [predikat + subjek] 8. (susunan biasa) (2) (a) Putih bersih kulitnya (susunan songsang) [predikat + subjek] (3). Dalam ayat (1) [stadium itu ] merupakan subjek frasa nama yang diikuti oleh predikat frasa adjektif.

Fungsinya ialah sebagai penerang kepada kata nama. Zulmazran Zulkifli yakin bahawa pasukan Malaysia akan meraih pingat emas dalam acara boling. (12). Dia insaf bahawa dia perlu meningkatkan kualiti ibadahnya. Peserta kursus sedar bahawa mereka harus tidur di khemah sementara. Contoh: (9). ayat tersebut akan menjadi ayat komplemen.1. (11). Frasa Nama Kata Nama kereta warna baju madu pangkat kain benang kelapa pinang kitab besar merah kelabu asli tinggi licin kasar muda masak tebal Kata Adjektif 8. (10). Ketua kampung itu percaya bahawa anak buahnya memberikan sokongan padu. Kesannya.3 Frasa Adjektif Sebagai Penerang Kata Nama Frasa adjektif boleh hadir selepas kata nama dan frasa nama.2 Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen Frasa adjektif yang berperanan sebagai predikat dalam ayat boleh diikuti oleh ayat komplemen.8. .

Bina 10 ayat berdasarkan pola binaan ayat di bawah ini. Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu II. PTS Professional Publishing Sdn.AKTIVITI 1. Kuala Lumpur. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn. Predikat Subjek Frasa Kerja Keterangan (Frasa Adjektif) BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. . Bincangkan fungsi susunan frasa adjektif dalam sesuatu ayat.al (2006) Sintaksis. Abdullah Hassan et. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.Bhd.Bhd. Nik Safiah Karim et. LATIHAN 1.al (2008) Tatabahasa Dewan.

6) . Frasa sendi nama mempunyai mempunyai potensi untuk hadir sebelum frasa nama atau sebelum kata nama arah diikuti oleh frasa nama. Ini membuktikan bahawa kepentingan elemen kata sendi nama menjadikan fungsi frasa sendi nama sebagai asas pembentukan predikat yang mempunyai pola FN+ FSN ( Frasa Nama + Frasa Sendi Nama).(1.1) Menganalisis binaan dan kedudukan frasa sendi nama dalam ayat. Dalam perbincangan ini. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini.TAJUK 9 Frasa Sendi Nama Bahasa Melayu  Binaan Frasa Sendi Nama  Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat  Penggunaan Kata Sendi Nama Secara Umum SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: Frasa Sendi Nama    Binaan Frasa Sendi Nama Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat Penggunaan Kata Sendi Nama Secara Umum Frasa sendi nama dalam bahasa Melayu seterusnya mempunyai peranan yang utama dalam melengkapkan satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama dalam ayat. kita akan melihat pola-pola frasa sendi nama yang berkaitan dengan susunan frasa dalam ayat . Selain itu. anda seharusnya dapat: Menjelaskan definisi dan binaan frasa sendi nama(1. unsur predikat frasa sendi nama juga akan dibincangkan dalam bab ini.

2008) Frasa sendi nama pada asasnya terbina apabila sesuatu kata sendi diikuti oleh kata nama.KERANGKA TAJUK-TAJUK Frasa Sendi Nama Binaan Frasa Sendi Nama Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat Penggunaan Kata Sendi Nama 9. .oleh.1 Binaan Frasa Sendi Nama ialah frasa yang terdiri daripada kata sendi nama yang boleh Frasa sendi nama Frasa sendi nama bergabung dengan kata nama dalam membentuk kesatuan frasa. dan sebagainya. (Nik Safiah Karim et. sampai. dari. kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa sendi nama dan elemen berkaitan dengan binaan frasa sendi nama dalam ayat. hingga. Frasa sendi nama dalam bahasa Melayu terdiri daripada beberapa perkataan yang mewakili kata sendi atau kata adjektif sebagai unsur binaan frasanya. pada. daripada . Frasa sendi nama juga boleh didahului oleh kata bantu sama ada kata bantu ragam atau kata bantu aspek. dengan.0 Kandungan Isi Anda perlu mengetahui bahawa.al 2006). ke.al. tentang. akan bagi. (Abdullah Hassan et. terbina daripada ayat yang mempunyai satu kata sendi nama dan satu frasa nama yag menjadi pelengkap dalam binaan frasa sendi nama itu.kepada . Antara kata sendi nama yang sering digunakan ayat ialah di. untuk. 9.

2 Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama Frasa sendi nama boleh wujud di hadapan frasa nama (didahului satu unsur kata nama arah).3 Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama + (Keterangan) . Frasa Sendi Nama Frasa Nama Kata Sendi Nama Kata Nama Arah Frasa Nama (i) di (i) di (ii) ke (ii) ke (iii) dari (iii) dari dalam dalam belakang - takungan takungan kolam kolam pentas pentas 9. Contoh: Frasa Sendi Nama Kata Sendi Nama di ke dari daripada kepada untuk dengan sejak tentang sampai bagi Frasa Nama gimnasium sekolah pusat tuisyen aluminium Tuan Jana Khatib ibu kemewahan semalam klorofil siang ayah 9.1.1. kata sendi nama hadir sebagai satu perkataan di hadapan suatu frasa nama. frasa sendi nama juga berpotensi untuk hadir tanpa kata nama arah. Dalam hal ini. Selain itu.1.1 Kata Sendi Nama + Frasa Nama Frasa dalam sesuatu ayat boleh terbina daripada frasa sendi nama dengan pola kata sendi nama + frasa nama ( KN+ FN).Contoh : 9.

Hadiah ini untuk ibu Zarina.2 Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat Frasa sendi nama mempunyai fungsi dalam predikat sesuatu ayat. (6). Frasa Sendi Nama Kata Sendi Nama Frasa Nama Kata Nama Arah (i) di di (ii) ke ke (iii) dari dari atas luar bawah Frasa Nama pentas pentas garisan garisan rumah rumah Keterangan pada saat itu.Binaan frasa nama boleh juga terdiri daripada kata sendi nama diikuti oleh frasa nama dan keterangan. Bahaman daripada keluarga seni.1 Predikat Frasa sendi Nama Dalam susunan ayat biasa. unsur keterangan ini boleh hadir secara pilihan mengikut kesesuaian konteks ayat berdasarkan rumus tatabahasa. frasa adjektif dan frasa nama. (2). dengan bergaya dengan kayu - 9.2.2 Frasa Sendi Nama sebagai Keterangan Unsur keterangan dalam sesuatu ayat boleh diwakili oleh frasa sendi nama. Dalam sesetengah ayat lain. Kerusi itu daripada kayu jati. Yushiro dari bandar raya Tokyo. 9. Kata nama arah dan keterangan boleh hadir dan boleh digugurkan mengikut kesesuaian ayat. Namun. (5). frasa sendi nama hadir selepas subjek.2. Kolam ikan di tepi taman. frasa sendi nama berfungsi sebagai unsur keterangan. (keterangan bandingan) . Ahmad ke sekolah setiap hari. Contoh: (i) Keterangan bagi frasa kerja Contoh: (7) Budin meniup saksofon seperti pemuzik profesional. 9. (4). (3). Contoh: (1). Unsur keterangan ini pada asasnya bertindak menerangkan keperihalan maksud predikat frasa kerja.

(keterangan masa) (9) Marini berehat di tepi pantai. frasa sendi nama dengan kata hubung dari boleh digugurkan secara pilihan unsur kedua.(keterangan tempat) (10). (26) Nadia Chin Abdullah bukan ke Australia tetapi ke Austria.Hang Tuah menikam lanun dengan keris. terdapat dua unsur kata sendi nama yang serupa boleh digabungkan dalam bentuk setara dengan menggunakan kata hubung dan.Ayah berbincang tentang hal pertunangan. (keterangan tempat) (19) Batu permata itu adalah dari zaman Dinasti Ming (keterangan asal) (20) Ridwan sudah membeli songkok untuk majlis tersebut.Sultan Mansur Syah hadir dengan permaisurinya.(8) Dahlan memasak pada waktu petang. tetapi. (24) Zulfadli makan dengan adiknya atau dengan abangnya? (25) Pak Cik Ali bekerja bukan di kebun tetapi bekerja di pejabat peguam. (keterangan bandingan) (15) Profesor itu cekap dalam bidang bioteknologi.mandir di dalam dan luar bangunan. (keterangan sumber) (22) Lagu oleh Dato’ Mokhzani telah menarik perhatiannya. (keterangan tujuan) (iii) Keterangan bagi frasa nama Contoh: (18) Bangunan di Kuala Lumpur sungguh tinggi.3 Penggunaan Kata Sendi Nama Dalam penggunaan kata sendi nama dalam ayat.(keterangan tujuan) (21) Keris itu diperbuat daripada besi.(keterangan hal) (11). Dalam ayat (23).(keterangan tujuan) (13). Ayat baharu setelah pengguguran kata sendi nama pada unsur kedua ialah: (27) Dia mundar. (keterangan masa) (17) Kita harus pantas supaya tidak ketinggalan. (28) Zulfadli makan dengan adiknya atau abangnya? . atau.(keterangan cara) (ii) Keterangan bagi frasa adjektif Contoh : (14) John segak seperti model. (keterangan pembuat) 9. Contoh: (23) Dia mundar-mandir di dalam dan di luar bangunan itu. (keterangan hal) (16) Dia rabun pada waktu malam.(keterangan penyertaan) (12) Anda wajar mengawal emosi demi kesejahteraan diri.

Pada asasnya. dalam perbincangan ini. (30) Nadia Chin Abdullah bukan ke Australia tetapi Austria. perkara tersebut ditunjukkan sebagai contoh penggunaan kata sendi yang boleh hadir dalam keadan lebih daripada satu situasi. (akan sebagai kata bantu aspek) (32) Diana sayang akan kucingnya. Keadaan ini dapat dipermudahkan dengan melihat kedudukan dan fungsinya dalam ayat. Bincangkan unsur-unsur yang terdapat dalam frasa sendi nama. Namun dalam beberapa keadaan. terdapat kata sendi yang boleh berfungsi sebagai kata bantu aspek. . frasa sendi boleh berfungsi sebagai predikat dan keterangan dalam ayat. (akan sebagai kata sendi) Namun. Ini berlaku pada perkataan ’akan’.(29) Tuan Haji Ali bekerja bukan di kebun tetapi di pejabat peguam. AKTIVITI (Aktiviti kumpulan) 1. Contoh : (31) Diana akan ke Kuala Lumpur.

Bhd. Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Abdullah Hassan et. PTS Professional Publishing Sdn. Frasa Sendi Nama Frasa Nama Kata Sendi Nama Kata Nama Arah Frasa Nama Keterangan BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Nik Safiah Karim et. Kuala Lumpur. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.LATIHAN (Aktiviti individu) 1. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.al (2006) Sintaksis. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn. Bahasa Melayu II. .Bhd. Bina 10 frasa dengan pola binaan frasa sendi nama berdasarkan jadual di bawah.Bhd.al (2008) Tatabahasa Dewan.

1) Menganalisis binaan ayat dasar dan ayat tunggal. Ayat terdiri daripada binaan klausa. Perkataan Ayat Dasar Ayat Tunggal Ayat Bahasa Melayu Ayat dalam bahasa Melayu boleh terbentuk daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini. anda seharusnya dapat:   Menjelaskan definisi klausa. Selain itu. dan perkataan dalam ayat . Kajian tentang ayat membuktikan bahawa kepentingan klausa. Perkataan  Ayat Dasar  Ayat Tunggal Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:    Ayat. ayat dasar dan ayat tunggal (1.dan perkataan. perintah dan seruan dan sebagainya. Klausa. Frasa. ayat dasar atau ayat inti merupakan ayat yang terdiri daripada ayat penyata. frasa dan perkataan mempunyai fungsi yang utama dalam pembentukan ayat. 2008). Dalam perbincangan ini. frasa.(1. Klausa. Ini berbeza dengan ayat tunggal yang terdiri daripada ayat tanya.6) . frasa. Frasa. frasa . (Nik Safiah Karim et. ayat tunggal dan tidak ketinggalan unsur yang berkaitan dengan susunan klausa. serta mengandungi intonasi yang sempurna.TAJUK 10 SINOPSIS Ayat Bahasa Melayu  Ayat. kita akan melihat pola-pola ayat dasar.al.

frasa dan perkataan. baju. Klausa. serta mengandungi intonasi yang sempurna. Predikat pula menerangkan tentang perkara yang telah disebutkan dalam predikat iaitu menerangkan tentang rumah. Menurut Abdullah Hassan et. kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep ayat. Sekolah di tepi laut. Setiap satu kelompok tersebut mengandungi sekurang-kurangnya dua bahagian iaitu subjek dan predikat. Perbincangan juga akan berkisar pada aspek ayat dasar (ayat inti) dan juga ayat tunggal. Perkataan Ayat Dasar Ayat Tunggal 10. baju. ayat terdiri daripada perkataaan-perkataan yang disusun dalam susunan dan kelompok-kelompok tertentu. 10. Malah sebenarnya. Contoh : (1).al (2006).0 Kandungan Isi Anda perlu mengetahui bahawa.1 Ayat Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan. seperti rumah. Setiap kelompok perkataan disusun dengan lengkap. (Nik Safiah Karim et. klausa. Subjek menyebut sesuatu perkara. Dalam ayat (1) sekolah terdiri daripada kelompok perkataan yang menjadi pokok perbincangan. Frasa. kereta dan seumpamanya. kereta dan seumpamanya.KERANGKA TAJUK-TAJUK Ayat Bahasa Melayu Ayat. 2008).al. Dalam kumpulan . sekolah ialah komponen subjek ayat. Susunan yang lengkap mempunyai makna yang lengkap.

2 Klausa Klausa ialah satu rangkaian perkataaan yang mengandungi subjek dan predikat .menceritakan tentang subjek ayat. Dalam ayat (2) rumah ialah kelompok perkataan yang menjadi subjek dalam ayat tersebut. 10. (2006).al.Maksud ayat tersebut ialah hal sebuah sekolah yang terletak di tepi laut. yang menjadi konstituen dalam ayat. pembentukan klausa bebas adalah berdasarkan ciri klausa yang mampu mendokong makna lengkap serta mendokong ciri –ciri ayat yang sempurna.perkataan kedua. di tepi laut. Contoh : klausa 1 : Majid kaya (klausa bebas) klausa 2 : kerana cekap menguruskan perniagaan (klausa tak bebas) Ayat sempurna: klausa 1 + klausa 2 = Majid kaya kerana cekap menguruskan perniagaan. Frasa kerana cekap menguruskan perniagaan. (2) Rumah langsir biru. Klausa boleh diumpamakan ayat dalam ayat (Abdullah Hassan et.al 2008) Frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan atau lebih (Abdullah Hassan et. [ klausa tak bebas] . 10. ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.al 2006). Berdasarkan contoh : Majid kaya [klausa bebas] [klausa utama] Oleh itu. et.3 Frasa Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan. langsir biru yang tergolong dalam kelompok kedua ialah predikat bagi ayat tersebut yang menerangkan tentang keadaan rumah besar tersebut.al. (Nik Safiah karim. (Nik Safiah Karim et. 2008) Klausa tergolong kepada dua jenis iaitu: (i) Klausa bebas (ii) Klausa tak bebas Klausa bebas ialah klausa yang terdiri daripada sekumpulan perkataan yang maknanya boleh berdiri sendiri dan boleh bersifat sebagai ayat lengkap apabila diujarkan dengan intonasi yang sempurna. Klausa bebas juga disebut sebagai klausa utama. Sementara.

frasa didapati merupakan unsur yang terletak di bawah klausa. dari Johor. daripada besi 10. sehelai baju kurung. tidur. Jadi. Bentuk tersebut diperluas menjadi sehelai baju. 2008) Bentuk-bentuk perkataan seperti sekolah. melukis. Contoh ayat : sehelai baju kurung di dalam almari. menendang Kata adjektif : kurus. gempal. kata tugas dan . Semua ayat yang terbina secara lengkap sebenarnya dapat dikesan dasar atau inti ayat yang menjadi landasan dalam sesuatu binaan ayat.5 Ayat Dasar Ayat dasar ialah ayat yang menjadi sumber atau dasar bagi pembentukan ayat-ayat lain berdasarkan rumus-rumus tatabahasa. Bentuk frasa satu perkataan ialah baju. Frasa baju sehelai baju baju kurung sehelai baju kurung Frasa di atas berasaskan satu binaan ayat (FN+FS) :Sehelai baju kurung di dalam almari. kata sendi nama. kata hubung. pucat. ayah. baju.al . Frasa digunakan bagi membina ayat. Dalam struktur binaan ayat. Contoh: kata nama: pelajar. frasa yang asas iaitu baju kurung telah diperluaskan melalui pancangan ke dalam sebuah frasa yang lain hingga terbentuknya frasa sehelai baju kurung. kata kerja. Seremban. ke kedai. tampan kata sendi nama : di rumah. 10. dan sebagainya. Perkataan adalah bentuk bahasa yang mengandungi makna atau fungsi nahu (Abdullah Hassan et.ialah unsur terkecil dalam bidang sintaksis. sebagainya. kereta adalah perkataan yang mendokong makna tertentu. Perkataan mempunyai beberapa golongan tertentu seperti kata nama. kata adjektif. orang.4 Perkataan Perkataan ialah konstituen kepada frasa. taman kata kerja : makan. baju kurung. Ayat ini akan dipenggal sebahagiannya untuk melihat rumus struktur frasa.

(2) (3) (4) Bapa saudara Ali Peninju itu Darwis Wahab pensyarah. Contoh: Pola Pola 1 (FN + FN) Pola 2 (FN + FK) Pola 3 (FN + FA) Pola 4 ( FN + FS) Subjek Harun Jurulatih Adik Marlina Muzium warisan Predikat pesilat amatur negara. Malah binaan ayat tunggal mempunyai persamaan dengan ayat dasar. sedang berehat di bilik sungguh pandai di Pusat Islam Kuala Lumpur. binaan-binaan tersebut harus masih tergolong dalam bentuk frasa. Namun. ayat dasar terdiri daripada ayat penyata. Komponen frasa boleh mengandungi satu perkataan atau lebih. yang membezakan ayat tunggal dengan ayat dasar ialah ayat tunggal terdiri daripada ayat tanya. ayat perintah ayat seruan dan sebagainya. membaca kitab jawi. sungguh pandai di Pusat Islam.6 Ayat Tunggal Ayat tunggal ialah ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat. 10. Ayat tunggal terbina daripada ayat dasar. Sementara. sedang berehat. Predikat . Ayat tunggal juga sebenarnya mempunyai satu klausa yang hadir mewakili satu subjek dan satu predikat tersebut.Ayat dasar mempunyai empat pola asas iaitu: Pola 1 : FN + FN Pola 2 : FN + FK Pola 3 : FN + FA Pola 4 : FN + FS Pola Pola 1 (FN + FN) Pola 2 (FN + FK) Pola 3 (FN + FA) Pola 4 ( FN + FS) Subjek Harun Jurulatih Marlina Muzium Predikat pesilat amatur. Jelas bahawa ayat tunggal terbina secara mudah dengan hanya mempunyai konstituen satu subjek dan satu predikat. ke kedai runcit. Namun. sangat tangkas. Contoh: Subjek (1).

Nyatakan unsur-unsur klausa dalam ayat bahasa Melayu dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai. AKTIVITI 1. Jelas. jelas didapati bahawa subjek dan predikat dalam ayat dasar boleh bertukar ganti mengikut keperluan dan keutamaan penutur bahasa. terdapat juga proses penyongsangan seperti predikat mendahului subjek seperti dalam ayat songsang. proses sedemikian menggambarkan sifat bahasa Melayu yang dinamik dalam pelbagai aspek bahasa dan rumus tatabahasa. (b) Dimakannya kuih itu. Bina lima ayat aktif dan tukarkan ayat tersebut menjadi ayat pasif LATIHAN 1. (b) Di dalam almari baju itu. (b) Ke pasar raya Mariam hari ini. Contoh: (5) (a) Mariam ke pasar raya hari ini. (b) Ditebangnya pokok kayu itu. Berdasarkan contoh-contoh ayat tersebut. . Nyatakan perbezaan antara ayat dasar dan ayat tunggal. (6) (a) Baju itu di dalam almari. (7) (a) Kuih itu dimakannya.Dalam proses binaan ayat tunggal ini . (8) (a) Pokok kayu itu ditebangnya. 2.

Siti Hajar Abdul Aziz (2008). . Nik Safiah Karim et. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn. Kuala Lumpur.Bhd.BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Abdullah Hassan et. PTS Professional Publishing Sdn. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.al (2008) Tatabahasa Dewan.al (2006) Sintaksis. Bahasa Melayu II.Bhd.Bhd. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful